You are on page 1of 28

1.

0 PENGENALAN

Menurut T. Iskandar (1994:87) bahasa adalah sistem lambang-lambang suara yang

digunakan sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompak manusia atau antara

seorang individu dengan individu yang lain manakala menurut Abdullah Hassan (1992:2-3)

mendefinisikan bahasa yang digunakan dalam pertuturan sebagai satu alat perhubungan yang

penting antara manusia. Alat perhubungan ini amat kompleks tetapi teratur dengan menggunakan

kod-kod tertentu. Zulkifli Hamid (1996:1) menegaskan bahasa itu terdiri daripada dua

komponen, iaitu tatabahasa dan kecekapan berbahasa. Istilah tatabahasa merujuk kepada

peraturan atau cara-cara menyusun pelbagai unsur dalam sesuatu bahasa agar bersesuaian dengan

kaedah penyusunan secara sistematik.Kecekapan berbahasa pula merujuk kepada pemahaman

para pengguna bahasa tentang pelbagai kekangan sosial yang wujud dalam pelbagai wacana atau

situasi berbahasa.

2.0 ANALISIS WACANA

Mengikut Kamu Webster (1983:522), wacana atau discourse berasal daripada bahasa

Latin discursus yang diterangkan maksudnya sebagai hubungan fikiran dengan kata-kata,

ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan, percakapan dan juga risalah tulis, kuliah, ceramah dan

khutbah. Asmah Haji Omar (1986) berpendapat, wacana ialah penglahiran sistem bahasa dan

unsur-unsur lain sistem bahasa yang membantu kearah menjadi pertuturan ataupun tulisan

berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam aktiviti komunikasi. Wacana merupakan satuan

bahasa dengan keteraturan fikiran (coherence) dan tetenunan (cohesion) yang berkesinambungan

serta mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan atau tulisan. Stubbs

(1983), wacana merupakan kesatuan bahasa yang lebih besar daripada ayat atau klausa. Dengan

1
perkataan lain, wacana merupakan unit-unit linguistik yang lebih besar daripada ayat atau klausa,

seperti pertukaran percakapan atau teks-teks bertulis.

Wacana dapat membentuk sebuah karangan yang memiliki cerita dan alur. Menurut

Kridalaksana (1984: 208) bahawa wacana direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh

novel, buku, endsiklopedia dan sebagainya. Hal inilah yang disebut dengan analisis wacana

bertulis manakala pandangan Crystal (1987:116) berbeza, beliau menganggap bahawa analisis

wacana memfokuskan kepada struktur secara ilmiah yang terdapat pada bahasa lisan,

sebagaimana banyak yang terdapat dalam wacana seperti percakapan, wawancara dan ucapan-

ucapan. Analisis wacana lisan ini meneliti mengenai suatu percakapan yang tercipta. Analisis

wacana lisan tidak lagi berfokus kepada wacananya sahaja, akan tetapi turut mengaitkan konteks

di luar teks tersebut. Wacana lisan yang terjadi pada suatu waktu, bila dikaji akan

mempertimbangkan keadaan disekitarnya, yang disebut dengan konteks, dan inilah yang

mendasari bahawa analisis wacana yang mengkaji ucapan di atas tahap ayat

Analisis wacana adalah kajian mengenai struktur makna dalam komunikasi atau kajian

pelbagai bahasa (pragmatik) (Sobur,2009:48). Analisis wacana dalam kajian linguistik ini adalah

tindak balas bentuk linguistik formal yang mengekalkan unit kata, frasa atau ayat tanpa melihat

hubungan di antara unsur-unsur tersebut. Analisis wacana pada dasarnya menganalisis atau

menafsirkan mesej yang dimaksudkan oleh pembicara dan penulis dengan membina semula teks

sebagai produk pertuturan atau penulisan sehingga diketahui segala konteks yang menyokong

wacana apabila ditulis (Pranowo, 1996:74).

2
Kesimpulannya, daripada beberapa analisis wacana menurut tokoh, ini dapat disimpulkan

bahawa analisis wacana adalah satu cabang linguistik yang menganalisis mesej atau makna oleh

penulis dengan memfokuskan pada (lisan atau bertulis), bahasa adalah faktor yang penting

karena bahasa digunakan dalam menyatakan keinginan dan proses berhubung.

3.0 KESINAMBUNGAN IDEA DALAM WACANA

Menurut Amah Hj Omar (1980), wacana mempunyai cirri “unsur susun atur” dengan

pengertian bahawa unsur-unsurnya boleh disusun atur berdasarkan waktu, tempat, keutamaan,

sebab, akibat dan sebagainya. Maksudnya ayat-ayat itu mestilah mempunyai urutan yang

bertautan dari segi idea untuk mewujudkan koheran yang utuh. Sesebuah wacana yang utuh

mestilah mempunyai ciri koheran. Ciri koheran dapat dilihat daripada kesinambungan idea antara

unsur, iaitu ayat-ayat yang membina sesebuah wacana itu.Sekurang-kurangnya terdapat lapan

jenis kesinambungan idea dalam sesebuah wacana.

A. HUBUNGAN SEBAB DAN AKIBAT.

Contohnya :

i. Khalis tidak pandai memasak. Dia terpaksa membeli makanan di kedai.

ii. Ridwan sering tidak hadir ke sekolah. Dia telah dimarahi oleh guru.

B. HUBUNGAN SEBAB DAN HASIL.

Contohnya :

i. Dia rajin mengulangkaji pelajaran. Dia selalu mendapat keputusan yang

cemerlang dalam peperiksaan.

ii. Dia menumpukan usaha sepenuhnya dalam bidang Perniagaan. Hari ini dia ialah

seorang peniaga yang berjaya.

3
C. HUBUNGAN SEBAB DAN TUJUAN.

Contohnya :

i. Ikram rajin bekerja. Dia ingin mencari duit untuk mengubati penyakit ibunya

ii. Dia mengumpulkan wang dari sekarang. Dia berhasrat untuk pergi ke mekah.

D. HUBUNGAN LATAR DAN KESIMPULAN.

Contohnya :

i. Lagu ini liriknya begitu menyentuh perasaan. Rupa-rupanya ditulis oleh orang

yang berpengalaman dalam bidang nyanyian .

ii. Sekolah di daerah itu sangat bersih. Hal ini demikian kerana, warga sekolah

tersebut mengamalkan sikap menjaga kebersihan.

E. HUBUNGAN SYARAT DAN HASIL.

Contohnya :

i. Jika anda belajar bersungguh-sungguh, anda akan berjaya dalam peperiksaan

nanti.

ii. Kita perlu bijak memilih kawan. Kawan yang baik dapat membimbing kita

menjadi orang yang baik.

F. HUBUNGAN PERBANDINGAN.

Contohnya :

i. Raja itu kelihatan takut, apatah lagi dengan pengikutnya yang lain

ii. Adiknya baik sekali. Abangnya itu tidak sebaik dia.

4
G. HUBUNGAN MEMPERKUAT ISI.

Contohnya :

i. Sungguh cantik orang itu. Kulitnya putih, matanya bulat dan rambutnya panjang.

ii. Rumah itu indah sekali. Warna luarannya hijau seakan daun pisang dan dipenuhi

dengan pokok-pokok bunga di halaman rumah

H. HUBUNGAN ADITIF.

Hubungan aditif bermaksud ayat yang mengikutinya itu memberikan maklumat

tambahan tentang perkara yang dinyatakan dalam ayat sebelumnya tetapi maksudnya

tidak dapat dikategorikan dalam mana-mana jenis kesinambungan ayat (a) hingga

(g).ia sebagai tambahan sahaja.Contohnya :

i. Dia mengalami penyakit kencing manis. Penyakit itu sering dihidapi oleh

keluarganya

ii. Amrin dinobatkan sebagai pelajar cemerlang pada tahun ini di Universiti Sains

Malaysia (USM). Anugerah itu yang pertama dalam sejarah kerjayannya.

4.0 KOHESI

Menurut Widdowson dan koleganya (1978) kohesi merujuk kepada pertautan bentuk dan

makna. Menurut Richards & Richards (2013) kohesi merupakan tautan atau hubungan yang

gramatis atau yang bersifat leksikal antara unsur yang membina sesebuah teks atau wacana.

Hubungan ini terdiri daripada hubungan antara ayat dengan ayat atau antara bahagian ayat.

Menurut Abdul Sukor Shaari et al (2003) aspek tautan dapat dilihat dalam sesuatu wacana

melalui penggunaan unsur rujukan, elipsis, dan leksikal. Contohnya; Aina dan rakannya pergi ke

pusat membeli belah untuk membeli seluar, baju dan skirt. Mereka membeli pakaian tersebut

5
untuk persiapan hari raya. Pusat membeli-belah tersebut tidak jauh dari kawasan perumahan

mereka.

i) Hubungan dari segi tatabahasa yang dapat kita lihat adalah dalam penggunaan

-kata ganti nama diri orang yang ketiga iaitu mereka merujuk kepada Aina dan rakannya

ii) Dari aspek leksikal pula

-penggunaan superordinat pakaian menggantikan nama seluar, baju dan skirt.

5.0 KOHEREN

Menurut Richards & Richards (2010) koheren merupakan kesinambungan idea antara

unit tatabahasa yang membentuk sesuatu wacana. Menurut Abdul Sukor Shaari et al (2003)

koheren juga dianggap sebagai pengantara atau titian gagasan idea yang menampakkan cara

jalinan fikiran atau idea yang dikembangkan untuk membentuk cerita, peristiwa dan maklumat.

Sebagai contoh; faktor berlakunya tanah runtuh adalah tiadanya litupan tumbuhan. Ketiadaan

pokok-pokok menyebabkan hilangnya cengakaman akar tanah. Hal ini secara tidak langsung

akan menyebabkan struktur tanah menjadi longgar dan mudah berlakunya tanah runtuh

terutamanya ketika hujan turun dengan lebat.

6.0 PRAGMATIK

Pragmatik merupakan bidang ilmu yang berkaitan dengan ilmu sosiolinguistik,

neorolinguistik, dan psikolinguistik. Pragmatik memberi makna tentang teori interpretasi ujaran

antara lain termasuk penginterpretasian ayat yang taksa iaitu menimbulkan lebih daripada satu

makna, yang eliptik iaitu ayat yang mengalami pengguguran kata kerja dan sebagainya.

Pragmatik juga penting bagi memperoleh makna implisit iaitu makna tidak dinyatakan secara

tidak langsung atau tidak terang-terangan bagi sesuatu ujaran, di samping melihat kehendak

6
sebenar si penutur terhada ujaran yang akan disampaikannya (Nor Hashimah Jalaluddin, 1992).1

Leech (1993) berpendapat bahawa pragmatik boleh diertikan sebagai kajian tentang bagaimana

ujaran mendapat maknanya apabila digunakan dalam keadaan tertentu. Dengan kata lain, Leech

(1993) memaksudkan pragmatik sebagai satu kajian tentang bagaimana suatu ujaran mempunyai

makna dalam situasi tertentu apabila terdapatnya pengguna bahasa yang bersedia untuk

berkomunikasi.

Menurut Ahmad Mahmood Musanif (2002:130), pragmatik sebenarnya dapat ditakrifkan

sebagai makna dalam perbualan. Hal ini menunjukkan bahawa makna tidaklah ditentukan

semata-mata hanya oleh perkataan yang dimaksudkan oleh penutur tetapi juga termasuk yang

difahami oleh pendengar iaitu tahap kognitif. Bagi menentukan sesuatu makna, ia melibatkan

satu proses dinamik yang meliputi persetujuan makna antara penutur dengan pendengar, konteks

ujaran (fizikal, sosial dan linguistik) dan juga kemungkinan makna bagi satu-satu ujaran itu

sendiri. Pragmatik merupakan ilmu yang bersangkutan dengan ilmu sosiolinguistik, neolinguistik

dan psikolinguistik (Levinson, 1987:2).2 Sebagai contoh: Kainnya tidak berapa cantik.

Dalam ayat di atas, kata ganti namanya itu merujuk kepada siapa dan apakah yang

dimaksudkan dengan perkataan kain itu. Adakah maksud kain yang dibeli, kain yang dipakai

atau kain yang tergantung di pusat membeli-belah.Begitu juga frasa tidak berapa cantik.Adakah

frasa itu merujuk kepada warna kain atau kualiti kain atau harganya. Jika ayat di atas ditafsir

pada peringkat semantic, ayat di atas hanya akan mempunyai bentuk logic pada peringkat nahu

sahaja.

1
Nor Hashimah Jalaluddin. (1992). Semantik dan Pragmatik: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
2
Nur Hafizah Razali &Normaliza Abd Rahim.(2006). Makna Ujaran Masyarakat Banjar Dari Sudut Pragmatik.Journal
of Business and Social Development, 4(1), 55-64.

7
6.1 PERIBAHASA

Peribahasa ialah rangkain-rangkain perkataan yang tetap; tersimpul dan terbeku dengan

susunan-susunan yang khas dan dipakai dengan erti yang khas dan dipakai dengan erti yang khas

yang berlainan daripada asalnya Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), Ilmu Mengarang Melayu, DBP

(1965). Pelbagai tafsiran dan gambaran telah diberikan oleh ahli bahasa sejarawan, budayawan

dan penutur bahasa Melayu mengenai peribahasa. Peribahasa dikatakan sebagai susunan

perkataan yang indah dengan maksud yang benar dan logik hasil daripada kecekapan berbahasa

masyarakat Melayu. Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan,

perbilangan, kata-kata hikmah dan bahasa kiasan.

Pendita Za’ba mendefiniskan peribahasa sebagai “segala susunan cakap yang pendek

yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama, oleh sebab sedao dan bijak

perkataanya, luas dan benar tujuannya dipakain sebagai sebutan-sebutan orang sebagai

bandingan, teladan dan pengajaran” (Za’ba 1965:165). Secara amnya peribahasa adalah

percakapan atau ujaran yang mengadungi kebijaksanaan fikiran dan pemerhatian yang tersusun

dalam bentuk ringkas, indah, sedap didengar dan benar pada perasaan dan fikiran (Keris Mas,

1988:136). Za’ba (1965) dalam buku Ilmu Mengarang Melayu, membahagikan peribahasa

kepada dua jenis iaitu peribahasa bererti selapis dan peribahasa bererti dua lapis.

1) PERIBAHASA BERERTI SELAPIS

Peribahasa bererti selapis ialah susunan kata yang membentuk peribahasa dengan

menyatakan perkara yang di maksudkan secara terus (makna tersurat). Peribahasa bererti

selapis terdiri daripada bidalan dan pepatah.

8
I. BIDALAN

Bidalan merupakan peribahasa yang maknanya selapis sahaja, iaitu ungkapannya

tidak membawa maksud yang lain daripada perkataan yang diaparkan. Bidalah ialah kata-

kata yang umum yang sudah lama dipakai orang, di dalamnya terkandung perbandingan,

teladan dan pengajaran. Bidalan mesti mengandungi pengajaran dan fikiran yang benar.

Contohnya :

o Biar lambat asalkan selamat

o Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang

II. PEPATAH

Pepatah lebih menitik beratkan sifat ringkas dan ketepatan perkataan dan

kebenaran pengajaran yang diungkapkan di dalamnya. Setiap patah perkataan yang

digunakan membawa unsur pengajaran. Pepatih hamper menyamai bidalan tetapi pepatah

lebih memberatkan sifat rangkaian kata yang berkerat-kerat atau berpatah-patah.

Contohnya :

o Di telah mati emak, diluah mati bapa

o Harapakan pagar, pagar makan padi

o Biar putih tulang, jangan putih mata.

2) PERIBAHASA BERERTI DUA LAPIS

Peribahasa ini mempunyai makna dua lapis, iaitu makna tersurat dan makna

tersirat. Peribahasa jenis ini juga dinamakan perumpamaan.

9
I. PERUMPAMAAN

Perumpaan merupakan peribahasa yang menyebut sesuatu dengan diumpamakan

kepada benda lain, ia memperkatakan sesuatu maksud atau tujuan dengan

membandingkannya kepada sesuatu perkara atau kejadian lain. Perumpamaan terbahagi

kepada dua jenis iaitu :

A. PERUMPAMAAN YANG MENGGUNAKAN KATA

BANDINGAN

Contohnya :

o Bagai telur di hujung tanduk

o Bak murai dicabur ekor

o Seperti lipas kudung

B. PERUMPAMAAN YANG TIDAK MENGGUNAKAN KATA

BANDINGAN

Contohnya :

o Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandaang

kerbau menguak

o Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain

3) KIASAN

Kiasan atau bunga bahasa ialah ungkapan yang menghuraikan sesuatu perkara dengan

mengiaskan dengan perkaran lain. Tujuannya adalah untuk menjelaskan lagi sesuatu maksud

yang cuba disampaikan. Di samping itu kiasan juga bertujuan untuk memaniskan kata ketika

menyebut perkara yang tidak digemari oleh pendengar atau pembaca (Nik Safiah Karim dan

10
Norliza Jamaluddin 2003: 270). Kiasan terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu kiasan asal, kiasan

berpindah, kiasan permanusiaan dan kiasa berkacau. Kiasan berpindah pula terbahagi kepada

tujuh jenis iaitu kiasan sandar, terus, berangkap, berbunga, pemanis, melompat dan kiasan

melarat.

I. KIASAN ASAL

Kiasan asal ialah kiasa yang menyebut bandingan atau perkara dengan satu

perkara yang lain secara terang-terangan dengan menggunakan kata bandingan (Za’ba

1965:191). Contohnya :

 Laksana sumbu pelita, membakar diri untuk menerangi orang lain.

 Kekasihnya cantik bak bulan purnama

II. KIASAN BERPINDAH

Kiasan berpindah ialah kiasan yang tidak menyebut perbandingan, tetapi terus

dipindahkan maksudnya kepada perkara yang hendak dibandingkan itu. Kiasan ini terdiri

daripada beberapa jenis.

A. KIASAN SANDAR

Menyandarkan maksudnya kepada benda atau perkara lain, seolah-

olah maksudnya menjadi sifat atau perbuatan benda atau perkara lain itu.

Contohnya :- Pening lalat, malu-malu kucing.

11
B. KIASAN TERUS

Kiasan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perkara dengan

kaitkan terus kepada benda lain tetapi mempunyai makna yang berbeza

daripada makna asal perkataan itu sendiri. Contohnya :

o Ayam tambatan

o Kayu tiga

C. KIASAN BERANGKAP

Kiasan ini menggunakan bahasa berirama yang mempunyai

pertentangan bunyi antara perkara yang diperkatakan dengan hal yang

dikiaskan. Contohnya :

o Tak tumbuh tak melata,

Tak sungguh orang tak kata

D. KIASAN BERBUNGA

Susunan kata yang menggambarkan sesuatu maksud dengan

menggunakan perkataan yang berbunga atau indah. Contohnya :

o Selimut kemalasan

o Pedoman hidup

E. KIASAN PEMANIS

Kiasan ini digunakan untuk mengelak penggunaan perkataan yang

kurang elok bunyinya. Ungkapan yang digunakan lebih halus dan santun

untuk menggambarkan sesuatu. Contohnya :

o Berbadan dua

12
o Buang air besar

F. KIASAN MELOMPAT

Kiasan ini ialah kiasan yang bersifat melangkah( meninggalkan )

satu tingkat atau lebih daripada benda atau perkara asal. Contohnya:

o Memanjat rambutan

o Mananak nasi

G. KIASAN MELARAT

Kiasan melarat ialah kiasan yang sudah menyeleweng atau berbeza

jauh daripada maksud asal. Contohnya :

o Ambil berat

o Kaki botol

III. KIASAN PERMANUSIAAN

Kiasan ini menjadikan sesuatu yang bukan manusia dapat berfikir dan bertindak

seperti manusia. Biasanya digunakan dalam bahasa kreatif dengan istilah personifikasi.

Contohnya :

Awal bermula kalam menari

Sejuk malam menggigit kulitnya

IV. KIASAN BERKACAU

Kiasan berkicau merupakan susunan kata yang menimbulkan kekeliruan

mengandungi fakta-fakta yang bertentangan antara satu sama lain. Contohnya: Ketika

terserempak dengan lembaga itu terasa mahu aku masuk ke perut ibuku. (Takut)

13
V. KATA HIKMAT

Kata hikmat merupakan perkataan-perkataan dikeluarkan oleh orang bijak yang

mengandungi pengertian yang tinggi. Boleh dijadikan teladan atau panduan hidup.

Contohnya :

o Bertangguh itu pencuri masa

o Bersatu teguh bercerai roboh

VI. PERBILANGAN

Perbilangan bermaksud peribahasa yang melahirkan kata-kata yang sudah menjadi

peraturan atau undang-undang atau nasihat yang dapat dijadikan pegangan (Kamus Dewan Edisi

Keempat).Perbilangan juga merupakan sejenis peribahasa yang panjang iaitu lebih daripada satu

ayat. Perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama dengan bidalan dan pepatah yang dapat

berfungsi sebagai undang-undang iaitu undang-undang Adat Perpatih. Nama lain bagi

perbilangan ialah ‘perbilangan adat’, ‘gurindam adat’, ‘teromba’ dan ‘terasul’.

Menurut Aripin Said (1996), perbilangan adat adalah sebagai gundalan adat, iaitu ikatan

puisi yang menyatakan adat lembaga atau asal usul adat lembaga khususnya terdapat dalam

kalangan mereka yang memakai Adat Pepatih. Secara ringkasnya, perbilangan adat merupakan

susunan adat dalam bentuk puisi (puisi adat) yang mencerita dan menerangkan sesuatu dan

berasal daripada masyarakat Melayu Minangkabau (adat/peraturan).Setiap rangkap terdiri

daripada dua baris atau lebih dan disebut satu demi satu, seperti orang sedang membilang

sesuatu. Contohnya:

14
o Biar mati anak jangan mati adat.

o Hukum berdiri dengan saksi.

Adat berdiri dengan tanda.

o Hidup dikandung adat.

Mati dikandung tanah.

6.2 RAGAM BAHASA

Ragam bahasa merupakan beberapa bentuk bahasa yang khas digunakan dalam karangan

atau percakapan untuk menguatkan maksud percakapan dan mempertajam pemahaman

pendengar atau pembaca.3 Ragam bahasa dapat dikatakan sebagai bahasa tertentu yang

digunakan untuk menyatakan sesuatu dengan pelbagai bentuk dan cara.

6.2.1 BAHASA SINDIRAN

Bahasa sindiran mengikut Za’ba (1965:206) ialah “Perkataan yang ditujukan

maksudnya kepada seseorang dengan tidak disebut tepat, hanya di-sigung dengan dikias-kiaskan

atau diarahkan kepada perkara lain kerana tidak suka menyebutkan terang-terang tetapi jika

orang yang ditujukan itu mengerti maka terlebih dalam maknanya daripada perkataan yang

dikatakan dengan terus terang”. 4

Jelaslah bahawa bahasa sindiran itu ditujukan oleh penutur kepada seseorang dengan

tidak menyebutkan namanya dan menyatakan maksudnya secara terus-terang. Penutur lazimnya

menggunakan kiasan sama ada dalam bentuk frasa, ayat atau pantun. Contanya;

3
Nawi Ismail et al., (2016). Bahasa Melayu Topikal Penggal 3 Tingkatan Enam. Selangor: Pustaka Salam. Hlm 147
4
Zainal Abidin Bin Ahmad. (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 206

15
i. Orang yang baik itu tidak mengkhianati kawannya, iaitu dikatakan menyindir rakan yang

didapati berbuat tidak baik kepadanya.

ii. Buah langsat kuning mencelah,

Keduduk tidak berbunga pagi,

Sudah dapat gading bertuah,

Tanduk tidak berguna lagi.

Pantun tersebut, jelaslah bahawa penutur itu menyindir kepada seseorang yang tidak lagi

mengendahkan sahabatnya atau kekasihnya setelah mendapat yang baharu dan lebih baik

daripada diri penutur itu.

6.2.2 BAHASA MENGGIAT

Bahasa menggiat merupakan susunan kata seakan-akan bahasa sindiran tetapi tidak

mengandungi kiasan. Tujuan bahasa ini adalah untuk bergurau atau mengusik seseorang itu

tetapi boleh menjadi bersungguh-sungguh sehingga boleh menerbitkan perasaan malu orang

yang kena giat itu. 5 Antara contohnya ialah;

i. “Hai, tak lama lagi makan nasi minyaklah kita!” (ditujukan kepada pasangan

yang selalu berdua-duaan)

ii. “Hai, dah jadi orang bandar, tak kan nak balik kampong semula!” (ditujukan

kepada orang yang sudah lama tinggal di bandar tetapi tak pernah balik

kampung).

5
Zainal Abidin Bin Ahmad. (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 207

16
6.2.3 BAHASA MENGEJEK

Bahasa mengejek ialah susunan kata yang mengata pihak tertentu dengan perkataan

ejekan yang tepat dan disertai dengan aksi. Hal ini demikian bertujuan untuk menampakkan

kelemahan atau keburukan pihak yang diejek supaya mereka kelihatan bodoh dan menjadi bahan

ketawa.6 Bahasa mengejek turut menggunakan unsur-unsur menyindir, menggiat dan bahasa

terbalik. Orang yang ditujukan bahasa tersebut bukan sahaja akan berasa sakit hati, malah akan

menimbulkan kemarahan. Sebagai contoh;

i. “Lihatlah tuan-tuan, beginikah orang yang ingin menjadi pemimpin kita?”

ii. “Rupa-rupanya beginilah orang yang memperjuangkan bahasa!”

6.2.4 BAHASA TERBALIK

Bahasa terbalik ialah susunan kata yang menpunyai maksud yang bertentangan dengan

perkara yang diperkatakan tetapi orang tersebut tetap dapat memahaminya.7 Contohnya;

i. Mengapa datang awal hari ini? Sekarang baru pukul sebelas!

ii. Hisaplah rokok tu tiga empat bungkus sehari! Kalau sakit, hospital kan ada!

Contoh (i) menunjukkan bahawa bahasa ini ditujukan kepada pekerja yang datang lewat.

Hal ini demikian kerana penutur itu telah menegaskan maksud bertentangan kepada seseorang itu

tetapi orang tersebut faham bahawa dia sudah lewat datang kerja manakala, bagi contoh (ii) pula

ditujukan kepada perokok yang enggan untuk berhenti daripada merokok tetapi disampaikan

oleh penutur melalui bahasa terbalik supaya si perokok itu berhenti merokok kerana

membahayakan kesihatan perokok tersebut.

6
Ibid., hlm 207
7
Nawi Ismail et al., (2016). Bahasa Melayu Topikal Penggal 3 Tingkatan Enam. Selangor: Pustaka Salam. Hlm 148

17
6.2.5 BAHASA MERAJUK

Bahasa merajuk merujuk kepada susunan kata yang seakan-akan bahasa terbalik tetapi

maksudnya tidak terbalik.8 Bahasa ini selalunya digunakan untuk menunjukkan perasaan

menarik diri atau kecil hati disebabkan sesuatu perkara yang dirasakan menghina dan idak patut

dilakukan. Contohnya;

i. Apa boleh buat, kita ni bukan orang bijak.

ii. Apalah ada pada saya, rupa tak elok, harta pun tiada.

6.2.6 BAHASA TEMPELAK

Bahasa tempelak yang diberikan oleh Za’ba ialah “Ia-itu bahasa tepat yang menunjokkan

kesalahan sa-saorang kemudian daripada telah di-lakukan-nya, supaya ia sedar akan taksir-nya

pada masa sa-belum di-lakukan-nya dahulu, dan supaya ia ingat pada masa yang ka-hadapan.9

Berdasarkan penjelasan dari Za’ba di atas, ternyatalah bahawa bahasa tempelak ditujukan

kepada seseorang yang melakukan kesalahan setelah enggan menerima nasihat oaring lain pada

suatu masa dahulu. Tindakan penutur diibaratkan seperti “memulangkan paku buah keras”

bertujuan supaya kesalahan itu tidak berulang lagi. Ragam bahasa ini dapat dilihat melalui

contoh di bawah;

i. “Bukankah dulu kau kata kau boleh buat! Sekarang apa dah jadi?” Ini

menunjukkan bahawa bahasa tempelak ini ditujukan kepada seseorang yang

mengaku boleh melakukan sesuatu pekerjaan tetapi akhirnya dia gagal berbuat

demikian.

8
Nawi Ismail et al., (2016). Bahasa Melayu Topikal Penggal 3 Tingkatan Enam. Selangor: Pustaka Salam. Hlm 148
9
Zainal Abidin Bin Ahmad. (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 209

18
6.2.7 BAHASA HERDIK

Bahasa yang susunan kata yang seakan-akan bahasa tempelak tetapi tujuannya adalah

untuk menunjukkan kesalahan pada masa itu juag, bukannya kesalahan lalu. Kebiasaannya

perkataan yang digunakan agar kasar dan mengandungi sedikit nada mengejek. Sebagai contoh;

i. Kalau tak mahu buat kerja, buat apa duduk di sini?

ii. Macam kamu ni nak jadi pengerusi? Jangan haraplah!

iii. Inilah muka orang tak tahu malu! Menipu orang sana sini!

7.0 KESANTUNAN BERBAHASA

Kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan budi ketika menggunakan

bahasa,sama ada dalam bentuk lisan mahupun bentuk tulisan. Kesantunan berbahasa peru

dipraktikkan semasa berkomunikasi dengan semua orang, sama ada orang berpangkat tinggi,

orang yang sama taraf, dan orang yang bestatus marhaen yang lebih rendah daripada penutur.

Menurut Asmah Hj. Omar (2002), beliau menyatakan bahawa kesantunan berbahasa adalah

penggunaan bahasa seharian yang tidak menimbulkan menimbulkan kegusaran, kemarahan, dan

rasa tersinggung daripada pihak pendengar.

Awang Sariyan (2007) menyatakan mengenai kesantunan berbahasa menerusi bukunya

Santun Berbahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan

peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang tertentu. Menurut Sa’adiah

Ma’alip (2000) dalam sebuah rencana terbitan Dewan Bahasa pula, aspek kesantunan berbahasa

merujuk kepada pengetahuan dan penguasaan komponen bahasa untuk tujuan penyaluran

maklumat yang berkesan. Ini bermaksud, tahap penguasaan komponen ini akan mewujudkan

19
kefasihan bahsa semasa berkomunikasi dari pelbagai aspek terutamanya dalam aspek

penyebutan, pembentukan perkataan, dan pembinaan ayat.

Secara ringkasnya, kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan bahasa

ketika berkomunikasi.Kesantunan juga merujuk kepada maksud timbang rasa yang diberikan

kepada pihak yang membaca perkara yang ditulis.Ini bertepatan dengan pepatah Melayu iaitu

orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi, kita merasa. Perspektif masyarakat akan berubah

dan berbeza melalui pengamalan budi bahasa yang tinggi.

7.1 CIRI-CIRI KESANTUNAN BERBAHASA DALAM KONTEKS LISAN DAN

TULISAN

7.1.1 PENGGUNAAAN UNGKAPAN BERTATASUSILA

Ungkapan bertatasusila merupakan ungkapan yang menggunaka kosa kata

yang halus dan sopan sama ada secara lisan mahupun secara tulisan. Ungkapan ini

biasanya menggunakan perkataan yang memberi unsur ketenangan dan

kedamaian.Unsur bahasa Arab turut diselitkan dalam ungkapan bertatasusisla ini.

Contohnya:

Assalamualaikum, boleh kami masuk, terima kasih.

7.1.2 PENGGUNAAN KATA GANTI NAMA DIRI MENGIKUT KONTEKS DAN

SITUASI

Penggunaan kata ganti nama diri penting untuk menunjukkan talian

perhubungan antar penutur dengan orang yang mendengar. Talian ini perlu wujud

untuk melancarkan kesepaduan dalam komunikasi agar tidak timbul

20
permasalahan. Perhubungan tersebut dapat ditentukan menerusi beberapa faktor

seperti faktor usia, faktor keakraban, faktor status sosial seseorang. Kata ganti

nama diri dapat diklasfikasikan kepada dua jenis iaitu kata ganti nama diri biasa

dan kata ganti nama diri diraja. Contohnya:

Kata ganti diri biasa

Aku perlu pergi segera.

Kata ganti diri diraja

Beta ingin beradu buat seketika waktu.

7.1.3 PENGGUNAAN BENTUK SAPAAN, GELARAN, DAN RUJUKAN

KEHORMAT MENGIKUT SITUASI

i. GELARAN KEKELUARGAAN

Gelaran kekeluargaan disabitkan melalui pertalian darah dan ikatan

perkahwinan.Gelaran ini ditentukan berdasarkan kepada umur dan umur

dan hubungan persaudaraan dalam kalangan ahli keluarga.

Contohnya:

Pertalian darah

Abang long baru pulang dari bermain bola.

Ikatan perkahwinan

Mak Cik Leha, besan belah menantu lelaki telah pergi buat

selama-lamanya.

ii. GELARAN PERGAULAN BIASA

Gelaran pergaulan bebas ditentukan melalui orang yang sebaya

dengan kendiri, orang yang lebih muda, atau orang yang lebih tua daripada

21
kendiri, tetapi tidak setua ibu bapa kendiri. Gelaran ini ditujukan kepada

orang yang belum berkahwin.

Contohnya:

Lelaki

 Encik Saiful, silakan duduk.

Perempuan

 Cik Sarah, saya ingin bercakap sebentar.

iii. GELARAN PERGAULAN TAK BERSAHAJA (FORMAL)

Gelaran pergaulan tak bersahaja digunakan apabila timbul

halangan dan sekatan social tertentu seperti sekatan pangkata (kedudukan

sosial) atau hubungan yang dijalankan belum mesra atau rapat.Gelaran ini

hanya berlaku semasa berlakunya situasi rasmi. Contohnya:

Lelaki

 Tuan/Saudara Saiful, anda dikehendaki memberi sedikit

ucapan.

Perempuan

 Puan/Saudara, bolehkan saya bertanyakan beberapa

soalan.

iv. GELARAN WARISAN ATAU KETURUNAN

Gelaran warisan atau keturunan biasanya diwarisi sejak zaman

berzama yang diwarisi oleh anaknya daripada bapanya. Gelaran ini

terbahagi kepada empat iaitu:

a. Keturunan Raja-Raja Yang Memerintah

22
 Tengku Noor Basyirah binti Raja Ibrahim

b. Keturunan Orang Besar-Besar

 Wan Muhammad Asyraff Bin Wan Yusoff

c. Keturunan Nabi Muhammad S.A.W.

 Syed Muhammad Nabil Bin Syeikh Ahmad Bukhari

d. Keturunan Berasal Luar Dari Malaysia

 Raden Ahmad

v. GELARAN KEAGAMAAN

Gelaran keagamaan diberikan kepada individi yang telah

mengerjakan fardhu haji.Gelaran bagi lelaki adalah haji, dan gelaran bagi

perempuan adalah hajjah.Gelaran keagamaan juga diberikan kepada

individu yang bergalaman dan berpengetahuan luas dalam bidang agama

Islam. Contoh:

Ustaz Azhar Idris

vi. GELARAN IKHTISAS

Gelaran ikhtisas diberikan kepada individu berdasarkan kepada

pencapaian dalam bidang akademik.Golongan ini biasanya telah Berjaya

membanggakan negara Malaysia dalam bidang masing-masing di mata

dunia.Penerima gelaran biasanya telah menerima pelbagai gelaran dalam

hidupnya. Contohnya:

Professor Diraja Ungku Abdul Aziz

23
vii. PANGGILAN HORMAT DIRAJA, KETUA NEGARA, DAN

KETUA NEGERI

Panggilan hormat ini diberi sempena khidmat dan jasa mereka

kepada pentadbiran negara, keselamatan negara, dan urusan yang berlaku

dalam sesebuah negeri. Contohnya:

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang di-Pertuan

Agong Ke-15, Sultan Muhammad Ke-5

viii. PANGGILAN HORMAT KURNIA DARJAH KEBESARAN

Gelaran kurniaan yang diberikan oleh pemerintah kepada individu

sebagai menghargai sumbangannya kepadan negara. Contohnya:

Tun Dr. Mahathir

ix. PANGGILAN HORMAT DALAM BIDANG POLITIK

Panggilan hormat ini diberikan kepada mereka yang terlibat dalam

bidan politik seperti di Parlimen, Dewan Negara, Dewan Undang Negeri,

Dewan Rakyat dan golongan tertentu yang aktif dalam bidang politik.

Contohnya:

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak

x. PANGGILAN HORMAT BAGI PENJAWAT AWAM

Panggilan hormat ini diberikan kepada golongan yang bekerja

yang berstatus penjawat awam kerajaan.Mereka layak menerima gelaran

ini sekiranya memberi sumbangan terhadap sesuatu institusi kerajaan

tersebut. Contohnya:

Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif

24
7.14 GABUNGAN GELARAN

Gabungan gelaran nama seseorang perlu mengikuti langkah-langkah yang

tertentu. Bermula dari gelaran kurniaan, gelaran ikhtisas, gelaran keagamaan, dan

gelaran warisan. Contoh:

Tan Sri (gelaran kurniaan) Dr. (gelaran ikhtisas) Haji (gelaran keagamaan)

Tengku (gelaran warisan) Nawi bin Tengku Sis

8.0 TEKS

Istilah teks sebenarnya berasal dari kata text yang berarti ‘tenunan’. Teks dalam filologi

dimaksudkan sebagai ‘tenunan kata-kata’, yakni serangkaian kata-kata yang berinteraksi

membentuk satu kesatuan makna yang utuh. Teks dapat terdiri daripada beberapa kata, namun

dapat pula terdiri dari milyaran kata yang tertulis dalam sebuah naskah berisi jalan cerita yang

panjang (Sudardi, 2001:4-5).10 Menurut Baried (1985:56), teks bermaksud kandungan atau

muatan naskah, sesuatu yang abstrak hanya dapat dibayangkan saja. Teks terdiri atas isi, iaitu

idea-idea atau amanat yang hendak disampaikan oleh pengarang kepada pembaca. Cerita dalam

teks yang dapat dibaca dan dipelajari mengikut pelbagai pendekatan melalui alur, perwatakan,

gaya bahasa, dan sebagainya.11

Menurut Cook (1992; 1) pula menyatakan bahawa teks merupakan bentuk linguistik yang

sementara dan buatan yang dipisahkan daripada kontek bagi tujuan analisis.12 Teks dalam

sesebuah wacana tidak semestinya mempunyai lebih daripada satu ayat atau perkataan. Sebagai

10
Ibid, hlm 4
11
Ibid,.
12
Cook, Guy. (1992). Discourse. Oxford: Oxford University Press, hlm 1

25
contoh, perkataan ‘berhenti!’, ‘pergi’, ‘tunggu’, ‘aduh’ yang terdiri daripada satu kata dianggap

sebagai teks yang lengkap sekiranya terdapat konteks, mesej koheren dan mempunyai makna.

Guy Cook (2001: 9) menyatakan bahawa teks adalah semua bentuk bahasa

bukan hanya kata-kata yang tercetak di lembar kertas, tetapi juga semua jenis ekspresi

komunikasi, ucapan, musik, gambar, efek, suara, citra, dan sebagainya.13 Kebanyakan

orang menukarkan istilah teks dan wacana. Sebenarnya, istilah teks ini lebih dekat

pemaknaannya dengan bahasa tulis, dan wacana adalah bahasa lisan (DedeOetomo, 1993:4).14

Dalam tradisi tulis, teks bersifat monolog dan tidak berinteraksi dan wacana

lisan bersifat dialog interaksi.

Dalam konteks ini, teks dapat disamakan dengan naskah, iaitu semacam bahan tulisan

yang berisimateri tertentu, seperti naskah materi kuliah, pidato, atau lainnya. Perbezaan kedua-

dua istilah itu semata-mata terletak dari segi jalur pemakaiannya sahaja.

Namun demikian, atas dasar perbezaan penekanan itu pula kemudian muncul dua tradisi

pemahaman dalam bidang linguistik, iaitu analisis linguistik teks dan analisis wacana. Analisis

linguistik teks langsung bergantung kepada objekkajiannya yang merupakan bentuk formal

bahasa, iaitu kosa kata dan perkataan manakala analisis wacana mengharuskan disertakannya

analisis tentang konteks terjadinya suatu pertuturan.

9.0 KONTEKS

Konteks merujuk kepada semua perkara tidak kira konkrit atau abstrak yang wujud ketika

bahasa digunakan. Dalam erti kata lain, konteks hadir disetiap lisan dan tulisan yang berlaku

antara individu dengan individu yang lain. Konteks juga dibahagikan kepada 2 iaitu konteks

13
Ibid,.
14
Ibid, hlm 2

26
situasi dan konteks ayat. Konteks situasi merujuk kepada hal-hal yang terlibat dalam pertuturan

yang menyebabkan makna sesuatu kata mengalami perbezaan seperti tempat, orang yang terlibat,

tajuk perbincangan dan kesan pertuturan kepada sesuatu golongan atau masyarakat. Konteks ayat

pula merujuk kepada aspek bahasa yang melibatkan leksikal, morfologi, intonasi dan lain-lain.

9.1 KONTEKS SITUASI

Konteks situasi bergantung kepada keadaan atau persekitaran yang disampaikan oleh

penutur kepada pendengar mahupun penulis kepada pembaca. Situasi tersebut boleh berlaku

dalam keadaan rasmi atau tidak rasmi kerana ia bergantung kepada konteks yang dihadapi oleh

penutur dan pendengar itu sendiri. Jadi, jika penutur dan pendengar dalam situasi rasmi maka

konteks dan teks yang disampaikan dalam wacana tersebut adalah rasmi manakala jika penutur

dan pendengar dalam wacana yang tidak rasmi maka situasi itu juga tidak rasmi. Konteks situasi

mengandungi tiga konsep yang digunakan untuk menghuraikannya iaitu, medan wacana,

pameran atau peserta dan mode wacana.

9.2 MEDAN WACANA

Medan wacana merujuk kepada topik, hal, tindakan dan proses yang berlaku atau proses

yang melibatkan pameran semasa bahasa memainkan peranan penting dalam menyampaikannya

seperti teks formal untuk majlis rasmi. Dalam erti kata lain, medan wacana adalah teks yang

disampaikan oleh penutur kepada pendengar dan ia bergantung kepada situasi dan konteks ayat

dalam bahasa tersebut bagi menentukan konteks pertuturan itu adalah formal atau tidak. Jika teks

itu dituturkan dalam majlis rasmi seperti mesyuarat atau anugerah cemerlang, konteks yang

disampaikan itu adalah rasmi namun jika teks yang disampaikan itu berbentuk tidak formal

27
seperti perbualan bebas antara rakan-rakan ia menunjukkan bahawa teks yang disampaikan itu

adalah dalam bentuk konteks yang tidak rasmi atau tidak formal.

9.3 PAMERAN ATAU PESERTA

Pameran atau peserta ialah gologan yang mengambil bahagian, status dan hubungan

peranan serta peranan dalam pertuturan tersebut. Ia sebenarnya merujuk kepada pendengar yang

ada dalam konteks tersebut. Pendengar yang hadir dalam sesebuah wacana digelar sebagai

peserta. Peranan golongan ini adalah sebagai penerima maklumat yang disampaikan oleh

penutur. Peserta ini juga terlibat dalam konteks formal dan tidak formal. Jadi, peserta

menyebabkan berlakunya hubungan atau interaksi dua hala antara penutur dengan pendengar

kerana pendengar juga mampu memberi maklum balas kepada penutur untuk mendapatkan

pengetahuan atau penambahan maklumat serta perkongsian idea dengan penutur.

9.4 MOD WACANA

Mod wacana merujuk kepada peranan bahasa iaitu cara bahasa itu digunakan oleh

organisasi, status seseorang, saluran atau jenis penggunaannya, retorik dan sebagainya. Dalam

erti kata lain, mod wacana ialah cara penutur menggunakan bahasa dan setiap penutur yang

menggunakannya adalah dalam cara yang berbeza kerana ia bergantung kepada siapakah penutur

tersebut. Jadi, setiap penutur mempunyai mod wacana yang berbeza kerana peranan mereka

dalam setiap konteks juga berbeza.

28

You might also like