You are on page 1of 15

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SCHOOL OF EDUCATION & MODERN LANGUAGES

SBLM 4023

LANGUAGE IN SOCIAL CULTURAL CONTEXT

SISTEM PANGGILAN DALAM BAHASA MELAYU

PROVIDED FOR :

DR. MELOR FAUZITA MAT YUSOF

PROVIDED BY :

NORHAFIZAH BINTI AZIZAN (826147)

0
SISTEM PANGGILAN DALAM BAHASA MELAYU

1.0 Pendahuluan

Dalam masyarakat Melayu terdapat suatu sistem sapaan dan panggilan yang tertentu. Sistem

sapaan dan panggilan itu terdapat dalam hubungan antara anggota-anggota dalam lingkungan

keluarga, kaum kerabat, persanakan dan seterusnya dalam hubungan dengan masyarakat yang

lebih besar. Ini termasuk hubungan di antara orang-orang yang memerintah, orang-orang yang

diperintah, orang-orang yang bergelar menerusi pengurniaan atau penganugerahan daripada

seseorang raja atau pembesar negeri. Sistem sapaan dan panggilan tersebut adalah berdasarkan

sistem-sistem serta mengikut urutan tertentu iaitu urutan dari segi hubungan persaudaraan dan

pertalian darah, usia kedudukan dan pangkat, gelaran yang disandang, kuasa yang dimiliki serta

jawatan-jawatan yang dipegang. Selain daripada itu, terdapat juga kata-kata rujukan kehormat

yang tertentu, kata-kata gelaran dalam bahasa Arab atau laqab yang digunakan, dan seterusnya

nilai makna kata yang ada pada kata-kata rujukan kehormat, kata-kata gelaran, dan kata-kata lain

yang digunakan. Sistem sapaan ini selaras dengan keadaan keadaan masyarakat Melayu yang

merupakan suatu masyarakat yang mempunyai beberapa ciri, sifat, struktur dan susun lapis

masyarakatyang tersendiriyang membezakannya dengan masyarakat yang lain. Dalam masyarakat

Melayu itu sendiri terdapat pelbagai ragam iaitu dari segi sifat, ciri, bentuk, adat resam, susun lapis

masyarakat, bahasa, sistem-sistem sapaan serta gelaran-gelaran yang diberikan kepada pembesar-

pembesar dan orang yang dianggap berjasa kepada masyarakat, negara dan raja serta pembesar

negeri itu sendiri.

1
Masyarakat Melayu lama secara kasar terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan

pemerintah dan golongan yang diperintah (Gullick, 1965) atau golongan aristokrat dan golongan

bukan aristokrat. Golongan yang diperintah terdiri daripada raja yang memerintah, keluarga dan

kaum kerabat diraja serta pembesar-pembesar negeri. Oleh itu kedudukan dan status mereka adalah

lebih tinggi dan raja pula mempunyai kuasa mutlak terhadap rakyat jelatanya. Raja mestilah

dihormati dan segala kehendaknya haruslah dipatuhi dan hukuman kepada orang menderhaka

adalah berat kerana raja berkuasa mutlak dan dianggap berdaulat (Nordin Selat, 1976). Golongan

rakyat jelata pula ialah segala penduduk yang mendiami dalam sesebuah negeri serta jajahan takluk

seseorang raja itu. Golongan ini terdiri dari kaum tani, nelayan, pekerja lombong, peniaga dan

hamba abdi (Gullick, 1965).

Amat Juhari, (1989), dalam bukunya Sistem Panggilan dalam Bahasa Melayu menetapkan

sistem sapaan dalam bahasa Melayu kepada tiga perkara tersebut. Antaranya ialah susunan kata

yang digunakan pada masa membuat sapaan dan panggilan, iaitu sapaan yang lengkap dengan

kata rujukan kehormat, gelaran atau pangkat yang disandang dan nama peribadi yang lengkap dan

sapaan ringkas yang menyebut nama gelaran dan/atau pangkat dengan atau tanpa nama peribadi.

Seterusnya sistem sapaan juga merujuk kepada sebutan senarai orang yang disapa

daripada peringkat yang paling kanan hingga peringkat yang di bawahnya. Terakhir sekali merujuk

kepada penggunaan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri merupakan bentuk yang lebih

umum dan lebih kerap digunakan, serta kurang kompleks berbanding dengan bentuk sapaan yang

lain. Kata ganti nama diri dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu “kata ganti nama diri

pertama”, “kata ganti nama diri kedua” dan “kata ganti nama diri ketiga”.

2
Kata ganti nama diri adalah salah satu aspek penting dalam komunikasi. Penggunaan kata

ganti nama diri membolehkan masyarakat berkomunikasi dengan lebih berkesan tanpa

mewujudkan kecelaruan siapa penutur dan siapa pendengar dalam sesuatu perbualan. Kata ganti

nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang. Dalam bahasa Melayu, kata

ganti nama diri terbahagi kepada dua golongan iaitu, kata ganti nama diri tanya dan kata ganti

nama diri orang. Kata ganti nama diri tanya ialah perkataan yang merujuk benda atau orang dalam

bentuk tanya. Ada tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu apa yang merujuk benda atau

perkara, siapa yang merujuk orang dan di mana merujuk benda atau orang. Contohnya: Pendapat

anda apa? Pengurus projek itu siapa? Buku hasil tulisannya mana?

(Nik Safiah et al., 2008) Kata ganti nama orang diri pula merujuk diri orang tertentu, iaitu

diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama

diri iaitu kata ganti nama diri orang pertama, seperti saya, aku, kami dan kita; kata ganti nama

orang kedua, misalnya awak, kamu dan engkau; kata ganti nama orang ketiga, misalnya ia, dia,

beliau dan mereka. Dalam Saya dan aku ialah kata ganti nama diri untuk merujuk penutur, kamu

atau awak ialah kata ganti nama diri untuk merujuk pendengar dan kata ganti nama diri dia dan

mereka pula ialah kata ganti nama diri untuk merujuk orang ketiga (Dewan Bahasa, 2012).

Sistem penggelaran dalam Masyarakat Melayu

2.0 Latar belakang kajian

Kajian ini berlatar belakangkan masyarakat berbahasa Melayu yang beraja iaitu negeri-

negeri di Malaysia dan Brunei Darussalam. Manakala Indonesia, Singapura dan empat buah bekas

negeri Melayu di Thai Selatan tidak termasuk dalam kajian ini kerana kerajaan beraja feudal sudah

luntur di Negara-negara tersebut. Negara Malaysia yang terdiri daripada sembilan buah negeri

3
beraja seperti Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor dan

Terengganu. Empat buah negeri yang berketuakan Yang diperketua Negeri ialah Melaka, Pulau

Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (ibu negara Malaysia). Brunei Darussalam pula

ialah sebuah Kerajaan Melayu yang diketuai oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dimana negara ini telah mencapai

kemerdekaan pada 1 Januari 1984 (Pelita Brunei, 1984).

Di kedua-dua buah negara ini, bahasa Melayu adalah merupakan bahasa kebangsaan. Di

Malaysia, bahasa Melayu adalah bahasa rasmi dan ianya disebut dalam Perlembagaan Malaysia.

Selain daripada itu, kedudukan istimewa orang Melayu dan raja-raja dikekalkan. Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong yang dilantik daripada kalangan

raja berketurunan Melayu bagi setiap lima tahun. Di Malaysia dan Brunei Darussalam, agama

Islam adalah sebagai agama rasmi, kedudukan orang Melayu dipelihara dalam Perlembagaan

Negara dan kebudayaan serta adat resam orang Melayu dipertahankan kedudukannya (Aziz

Deraman, 1975).

3.0 Kepentingan Sistem Panggilan dalam bahasa Melayu

Terdapat beberapa kepentingan dalam penggunaan sistem panggilan dalam bahasa Melayu

antaranya termasuklah dari aspek sistem nilai, sistem kekeluargaan, sistem politik, sistem adat,

sistem ekonomi serta sistem susunan lapisan masyarakat. Terdapat nilat tertentu dalam masyarakat

kaum Melayu dari segi tingkah laku, gerak-geri, tindak-tanduk, bahasa dan kegiatan tertentu dalam

masyarakat Melayu. Terdapat juga nilai-nilai dari adat, sudut budi, kaum lelaki dan perempuan,

individu atau perseorangan, kehidupan masyarakat, kepimpinan, agama dan lain-lain. Budi bahasa

mempunyai nilai yang tinggi dalam masyarakat Melayu kerana mereka dikehendaki hormat-

4
menghormati antara satu sama lain disamping mengutamakan nilai kesantunan dalam setiap

tingkah-laku.

Sistem kekeluargaan Melayu secara kasar terbahagi kepada dus kumpulan besar iaitu

sistem kekeluargaan mengikut Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Terdapat sistem hierarki

yang tersendiri dalam sesebuah keluarga mengikut kedudukan pangkat seseorang itu. Urutan

pangkat keluarga diberi keutamaan sebelum urutan usia atau umur, kedudukan taraf dan lain-lain.

Dari aspek politik pula, ia terbahagi kepada dua iaitu sistem politik tardisional dan sistem politik

moden. Dalam sistem politik tardisional unit politik yang terbesar ialah pada peringkat negeri dan

diikuti dengan peringkat jajahan atau daerah dan seterusnya di peringkat kampung. Pada zaman

moden pula, unit politik yang terbesar ialah pada peringkat Negara. Sistem panggilan dalam politik

ini penting untuk penggaihan tugas mengikut hirarki masing-masing serta melancarkan system

pentadbiran.

Sistem adat pula berasaskan sama ada Adat Perpatih dan Adat Temenggung yang dipusakai

turun-temurun oleh orang Melayu yang juga sebahagiannya digunakan dalam undang-undang dan

Hukum Syarak Islam. Hukum Syarak Islam dan Hukum Adat masih diamalkan terutamanya dalam

urusan yang berkaitan perkahwinan, pembahagian harta pusaka dan hal-hal yang berkaitan dengan

agama Islam dan adat orang Melayu. Sistem ekonomi pula berkaitan dengan aktiviti bercucuk

tanam, perikanan serta kutipan hasil sesebuah negara itu. Masyarakat yang mempunyai banyak

harta atau kaya akan mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding golongan yang miskin

dan hal ini akan mempengaruhi unsur dalam sistem susun lapis masyarakat itu sendiri. Setiap susun

lapis masyarakat Melayu mempunyai sistem panggilan yang berbeza mengikut hierarki dan

pangkat masing-masing.

5
4.0 Sistem Penggelaran dalam Masyarakat Melayu

Dalam masyarakat Melayu tradisional terdapat adat memberi gelaran kepada anggota-

anggota masyarakat tertentu, khususnya kepada raja dan keturunannya. Selain itu, gelaran juga

diberikan kepada pembesar dan rakyat biasa yang telah berjasa kepada raja dan negara. Gelaran

yang boleh diturunkan daripada bapa kepada anak dan seterusnya kepada cucu dan cicitnya hingga

ke bawah dinamai gelaran warisan atau keturunannya. Dengan itu gelaran yang diperolehi adalah

secara warisan. Gelaran-gelaran yang diterima oleh seseorang individu yang bukan disebabkan

warisan atau keturunan disebut gelaran kurniaan atau kehormat. Seseorang yang dikurniai atau

diberi sesuatu gelaran adalah sebagai memberi penghormatan dan penghargaan kepadanya oleh

sebab jasa-jasanya yang cemerlang sama ada kepada masyarakat, negara dan raja.

4.1 Jenis-jenis Gelaran Warisan

Gelaran warisan atau keturunan mengandungi pelbagai kategori. Antarnya ialah dari

kategori disebabkan keturunan daripada raja-raja yang memerintah, disebabkan keturunan

daripada para pembesar, disebabkan seseorang itu berasal daripada keturunan Nabi Muhammad

s.a.w. serta disebabkan keturunan daripada gelaran yang berasal dari luar Malaysia. Gelaran

warisan atau keturunan daripada raja-raja yang memerintah lebih banyak terdapat pada masa kini.

Misalnya, gelaran Raja yang terdapat di negeri Perak dan Selangor, Tunku di negeri Johor dan

Negeri Sembilan, Pangeran, Pangeran Anak dan Pangeran Muda terdapat di Brunei Darussalam,

Tengku di Kelantan, Pahang, Kedah dan Terengganu serta Cik Wan pula di Pahang dan

Terengganu.

Jenis yang kedua ialah disebabkan keturunan daripada para pembesar seperti Megat dan

Puteri di Perak, Nik di Kelantan, Wan di Kelantan dan Terengganu, Abang di Sarawak, Datu di

6
Sabah, Awangku, Pangeran dan Dayangku di Brunei, Tan di Kedah dan Tun di Terengganu. Jenis

yang ketiga pula disebabkan seseorang itu berasal daripada keturunan Nabi Muhammad s.a.w.

melalui keturunan Sayidina Hussain bin Ali bin Ali Talib. Sayidina Hussain ialah anak Sayidina

Ali dengan isterinya yang bernama Fatimah al-Zahra iaitu puteri kepada Rasulullah. Gelaran yang

digunakan untuk keturunan ini ialah Syed atau Sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan.

Kumpulan Syed dan Syarifah serta Syeikh dan Siti (keturunan dari para sahabat Rasulullah)

terdapat di Semenanjung Malaysia manakala Syarif (keturunan Sayidina Hassan bin Ali bin Abi

Talib), Tuanku dan Wan terdapat di Sarawak.

Gelaran yang keempat ialah gelaran yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden

berasal dari Pulau Jawa dan Palembang, Daeng dari Tanah Bugis, Sidi dan Sutan dari

Minangkabau, Teuku dan teungku dari Acheh dan seumpamanya. Gelaran-gelaran warisan atau

keturunan ini diletakkan pada pangkal nama sebenar seseorang yang bergelar itu. Contohnya

seperti Tengku Mahmud, Cik Wan Abu Bakar dan lain-lain lagi. Seseorang yang mempunyai

gelaran warisan atau keturunan ini akan berubah gelarannya apabila jawatan yang disandangnya

berubah. Contohnya, Raja Yusuf Putera Almarhum Sultan Abdullah Muhammad apabila dilantik

menjadi Sultan Perak pada 1886, gelaran baginda berubah menjadi Sultan Yusuf Sharifuddin

Muzaffar Shah. Manakala bagi Negara Brunei Darussalam pula, gelaran Awangku adalah gelaran

bagi anak lelaki bangsawan yang belum berkahwin tetapi apabila anak lelaki itu telah berkahwin

gelaran Awangku akan berubah menjadi Pangeran. Selain itu, terdapat juga gelaran keturunan

yang berbeza mengikut jantina. Misalnya, Awangku bagi lelaki dan Dayangku bagi anak

perempuan yang terdapat di Negara Brunei Darussalam.

7
4.2 Jenis-jenis Gelaran Kurniaan

Gelaran-gelaran yang didapati secara capaian atau achievement dinamai gelaran kurniaan

atau gelaran kehormat yang terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelaran yang dianugerah oleh raja

atau sultan sebagai mengenangkan jasa-jasa yang telah dicurahkan oleh seseorang itu kepada raja

atau negara., gelaran yang diberikan oleh pertubuhan atau badan orang ramai sama ada diberikan

dalam upacara rasmi atau tidak rasmi kepada seseorang yang sangat berjasa, gelaran yang didapati

daripada jawatan yang disandangnya, gelaran yang didapati disebabkan pencapaian dalam bidang

akademik atau profesional, gelaran yang diterima mengikut sistem adat dalam susun lapis

masyarakat, gelaran yang didapati daripada pencapaian atau kepintaran sesuatu usaha atau

pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang serta gelaran dari sudut keagamaan.

Gelaran yang dianugerah oleh raja atau sultan sebagai mengenangkan jasa-jasa yang telah

dicurahkan oleh seseorang itu kepada raja atau negara terdiri daripada dua kategori iaitu kategori

yang pertama ialah gelaran yang diperolehi daripada anugerah bintang. Misalnya, seseorang yang

mendapat kurniaan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara atau ringkasnya SMN akan

diberi gelaran Tun sama ada lelaki ataupun perempuan dan Toh Puan pula ialah gelaran kepada

seorang isteri kepada suami yang bergelar Tun. Gelaran dan nama peribadi penerima hendaklah

disebut bersama-sama supaya tidak timbul kekeliruan kerana ia dianugerahkan kepada beberapa

individu dalam satu masa dan ia boleh ditarik balik oleh Sultan. Manakala gelaran yang kedua

ialah gelaran serta Surat Wasikah daripada Y.D.M.M. Sultan tanpa bintang seperti contohnya

gelaran Dato’ Lela Jasa yang dikurniakan oleh Almarhum D.Y.M.M. Sultan Ismail Nasiruddin

Shah Terengganu kepada Encik Hashim bin Sulaiman, Pengarah Tanah dan Galian Negeri

Terengganu. Gelaran ini biasanya disebut gelarannya sahaja secara lengkap tanpa menyebut nama

8
penuh penerima gelaran itu kerana penerima bagi gelaran jenis ini hanya seorang sahaja dalam

satu-satu masa dan ia tidak boleh ditarik balik.

Gelaran yang kedua ialah gelaran yang diberikan oleh pertubuhan atau badan orang ramai

sama ada diberikan dalam upacara rasmi atau tidak rasmi kepada seseorang yang sangat berjasa.

Contohnya, gelaran pendeta yang diberikan kepada Allahyarham Yang Berbahagia Tan Seri Haji

Zainal Abidin bin Ahmad atau terkenal dengan nama Za’ba dalam kongres Bahasa Melayu Ketiga

pada tahun 1956 kerana sumbangan dan jasa beliau terhadap perkembangan dan kemajuan Bahasa

Melayu. Begitu juga gelaran Bapa Kemerdekaan yang telah diberikan kepada Yang Teramat Mulia

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kerana uasaha beliau mendapatkan kemerdekaan kepada

negara Malaysia.

Gelaran yang ketiga ialah gelaran yang didapati daripada jawatan yang disandangnya.

Contohnya, penyandang atau pemegang Kursi Linguistik Bahasa Melayu akan diberi gelaran

Profesor. Gelaran tersebut akan diletakkan pada pangkal nama pemegang jawatan tersebut seperti

contohnya Yang Berbahagia Dr. Mohd Taib Osman mendapat gelaran Profesor kerana beliau

menduduki jawatan Kursi Pengajian Melayu di Universiti Malaya. Gelaran ‘Profesor’ tersebut

akan hilang dengan sendirinya jika seseorang itu berhenti melainkan gelaran lain seperti Profesor

Emeritus.

Gelaran yang keempat ialah gelaran yang didapati disebabkan pencapaian dalam bidang

akademik atau profesional seperti gelaran Doktor (Dr.) yang telah diberi kepada seseorang yang

telah lulus dalam bidang di peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) atau Doktor Perubatan dan

Pembedahan (MBBS) serta Doktor Perubatan Veterinar (DVM). Terdapat juga gelaran lain seperti

Ingenieur (Ir.) dan al-ustaz.

9
Gelaran yang kelima ialah gelaran yang terdapat dalam sistem politik tradisional yang

diterima mengikut sistem adat dalam susun lapis masyarakat dimana setiap individu yang

memegang jawatan adat akan diberi gelaran tertentu. Misalnya, Undang Jelebu bergelar Datuk

Mendika Menteri Akhirulzaman, Penghulu Ulu Muar bergelar Datuk Setia Mahkota Lela

Pahlawan, Ketua Luak Tampin pula bergelar Tengku Besar Tampin, Empat Lembaga Ulu Muar

bergelar Datuk Baginda Besar, Datuk Paduka Besar, Datuk Senara Muda dan Datuk Orang Kaya

Bongsu.

Gelaran yang keenam ialah gelaran yang didapati daripada pencapaian atau kepintaran

sesuatu usaha atau pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang seperti contohnya cikgu atau Tuan

Guru. Sekiranya guru ini telah mencapai kepintaran yang luar biasa sepertinya dalam bidang seni

silat, maka beliau akan diberi geleran Mahaguru dan jika kepintarannya lebih unggul lagi beliau

mungkin akan diberi gelaran Khalifah atau Datuk Mahaguru. Gelaran yang ketujuh pula ialah

gelaran dari sudut keagamaan yang diberi kepada seseorang yang telah menunaikan kewajipan

agama yang dianggap besar seperti menunaikan fardu haji. Individu seperti ini akan mendapat

gelaran Haji bagi lelaki dan Hajah bagi perempuan. Selain itu, terdapat juga gelaran keagamaan

yang lain seperti Lebai, Imam, Bilal, Siak, Malim dan sebagainya.

4.3 Gelaran-gelaran lain

Selain itu, terdapat juga gelaran-gelaran lain seperti gelaran timang-timangan. Gelaran

tersebut tidak sama dengan gelaran yang dibincangkan sebelum ini dan ia juga bukan nama batang

tubuh seseorang individu. Ia merupakan bentuk sapaan atau panggilan yang diberikan kepada

seseorang sejak dari kecil lagi seperti contoh Tun Muhammad yang mendapat nama Tun Seri

Lanang. Gelaran timang-timangan di kalangan raja Melayu sering diberi dalam bahasa Arab

10
seperti khitab iaitu seperti nama penghormatan yang diletakkan selepas nama yang sebenar.

Contohnya Raja Yusof yang berasal dari negeri Perak apabila dilantik menjadi Sultan Perak

gelarannya timang-timangannya ialah Sultan Yusof Sharifuddin Muzaffar Syah dimana

Sharifuddin Muzaffar Syah ialah nama khitabnya. Terdapat juga gelaran timang-timangan dalam

bentuk laqab selepas namanya misalnya Sultan Ali iaitu sultan Perak yang dua puluh empat yang

diberi laqab Al-Mukammal Inayat Shah. Kadang-kadang seseorang raja juga di nisbahkan kepada

tempat mangkat baginda. Contohnya semua sultan negeri Perak yang telah mangkat diberi nisbah

tempat mangkat baginda misalnya Sultan Mahmud Shah (Sultan Perak Kelapan) diberi gelaran

anumerta Marhum Pulau Tiga dan Sultan Abdullah diberi gelaran nisbah Marhum Durian

Sebatang selepas baginda mangkat disitu. Bagi seseorang yang berasal dari golongan Arab akan

diberi nisbah pada akhir namanya seperti Sayid Muhammad Zain iaitu Menteri Besar Terengganu

diberi nisbah Al-Idrus. Selain daripada itu gelaran nisbah kuniyah iaitu abu atau abi di pangkal

nama yang beerti bapa. Contohnya gelaran kuniyah Abu Mahasin diberikan kepada As-Syeikh

Haji Yusuf. Daripada penjelasan yang dihuraikan, terdapat pelbagai ragam gelaran dimana setiap

gelaran mempunyai kedudukan dan taraf yang tertentu. Rumus sapaan untuk kalangan raja ialah

‘kata pembuka rujukan kehormat (kpr) + rujukan kehormat + rujukan tambahan+ gelaran jawatan

+ gelaran raja + gelaran keagamaan + nama + gelaran bahasa arab + laqab + gelaran bahasa Arab

bagi bapa’. Bagi rumusan untuk gelaran warisan, kurniaan, pangkat atau jawatan pula ialah

‘rujukan kehormat + gelaran warisan + gelaran kurniaan + jawatan + nama + gelaran bahasa Arab’.

11
5.0 Kesimpulan

Setelah dikaji struktur masyarakat bangsa Melayu didapati bahawa dalam sistem sosial

masyarakat Melayu terdapat subsistem-subsistem sosial yang tersusun seperti system nilai,

kekeluargaan, politik, ekonomi, hokum adat dan lapisan masyarakat. Setiap subsistem mempunyai

pecahan tertentu dan tersusun mengikut pengalaman sejarah hidup, cara hidup, cara berfikir serta

pengaruh luar masyarakat Melayu. Dalam lapisan masyarakat Melayu terdapat profil susunan

peringkat yang diatas hingga ke bawah yang diselit dengan sistem penggelaran yang kompleks

selari dengan hierarki masyarakat Melayu. Secara keseluruhannya, jelas menunjukkan masyarakat

bangsa Melayu yang mengamalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya mempunyai satu

system yang teratur dalam membina dan menyusun masyarakatnya selari dengan cara hidup, latar

belakang serta nilai-nilai masyarakat Melayu tersebut.

12
Rujukan

Amat Juhari Moain. (1985). Sistem Panggilan dalam Bahasa Melayu: Satu Analisis
Sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (2007). Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jariah M. J. (2006). Kata Persanakan Panggilan Kekeluargaan dan bentuk Hormatan


Masyarakat. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya hlm. 167 – 178.

Nor Hashimah Jalaluddin, Harishon Radzi dan Maslida Yusof. (2002). "Kata Panggilan dalam
Masyarakat Melayu: Analisis Sosiolinguistik dan Pragmatik". Jurnal Bahasa. Bil. 2 Jil. 2,
224 -257.

Nor Hashimah Jalaluddin, Harishon Radzi, Maslida Yusof, Raja Masittah Raja Ariffin dan
Sa'adiah Ma'alip. (2005). Sistem Panggilan dalam Keluarga Melayu: Satu Dokumentasi.
Selangor: Dewama Sdn. Bhd.

13
14

You might also like