You are on page 1of 11

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SCHOOL OF EDUCATION & MODERN LANGUAGES

SBLM 4023

LANGUAGE IN SOCIAL CULTURAL CONTEXT

ANALISIS GENDER & PERBEZAAN BAHASA DALAM MEDIA


SOSIAL

PROVIDED FOR :

DR. MELOR FAUZITA MAT YUSOF

PROVIDED BY :

NORHAFIZAH BINTI AZIZAN

(826147)

WAN MUHAMAD FAWZY BIN WAN AHMAD

(826156)

0
ANALISIS GENDER & PERBEZAAN BAHASA DALAM MEDIA SOSIAL

Pendahuluan

Bahasa merupakan alat perantaraan utama dalam komunikasi dan menyampaikan sesuatu

maklumat. Coates (1986) mengatakan dalam pertuturan atau bahasa itu sendiri terdapat bahasa

khusus untuk lelaki bahasa yang khusus untuk wanita. Perkataan-perkataan yang melambangkan

lelaki dan wanita juga berbeza kerana lelaki sering menggunakan perkataan atau frasa-frasa

tertentu yang tidak digunakan oleh wanita dan begitu juga sebaliknya. Malah perbezaan bahasa

ini sebenarnya bukanlah disebabkan oleh faktor biologi atau jantina semata-mata tetapi dibentuk

oleh beberapa faktor seperti faktor sosial iaitu persekitaran gender tersebut. Oleh itu, dalam

beberapa kajian yang melibatkan bahasa dan gender, pelbagai bentuk kajian telah dijalankan

yang melibatkan pelbagai dimensi dalam membongkar segala persoalan bahasa dan gender.

Dalam bidang bahasa, isu bahasa antara gender sering dibicarakan dewasa ini dalam

mempersoalkan perbezaan penggunaan bahasa yang wujud antara gender yang sering kali

dianggap remeh oleh masyarakat. Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa perbezaan

penggunaan bahasa ini meninggalkan impak yang besar dalam mempengaruhi perkembangan

identiti dan sosial sesuatu gender. Oleh itu kajian dalam bidang bahasa dan gender ini perlu

dalam mengenalpasti perbezaan bahasa mengikut jantina sekaligus menjawab segala persoalan

terhadap perbezaan tersebut.

Gender pada amnya diketahui umum sebagai jantina. Namun tidak ramai yang sedar akan

wujudnya faktor-faktor biologikal dan sosial yang membentuk perkembangan gender ke arah

pembentukan gender lelaki dan wanita sebagai maskulin dan feminin. Coates (1986) dalam

kajiannya yang menyentuh perbezaan gender mengatakan bahawa gender lelaki dan wanita
1
sememangnya berbeza tidak kiralah dari segi biologi, fizikal mahupun bahasa yang digunakan.

Berdasarkan kajian beliau, beliau mendapati bahasa yang digunakan oleh lelaki dan wanita

memang berbeza. Malah perkataan-perkataan yang melambangkan wanita dan lelaki juga

berbeza kerana lelaki sering menggunakan perkataan atau frasa-frasa tertentu yang tidak

digunakan oleh wanita dan begitu juga sebaliknya dengan wanita. Perbezaan bahasa ini bukanlah

perbezaan yang dibawa oleh faktor biologi atau jantina sahaja, tetapi perbezaan bahasa antara

lelaki dan wanita adalah dibentuk terutamanya oleh faktor sosial yakni pengaruh

persekitarannya.

Kemunculan media sosial seperti Facebook turut memanipulasikan bahasa dan gender

dalam membentuk komunikasi pada era ini. Penggunaan media soaial yang menyeluruh dan

lebih pesat ini, telah membawa kepada permintaan yang agak hebat untuk memiliki kemudahan

teknologi ini dalam kehidupan seharian. Misalnya permintaan yang tinggi untuk membuka akaun

email dan facebook bertujuan bagi menghantar dan menerima maklumat secara atas talian

menerusi hujung jari (Riffe dan Varouhakis, 2008). Pada era globalisasi kini, penggunaan media

sosial seperti Facebook yang lebih ramai pengikutnya berbanding penggunaan media sosial yang

lain seperti Twitter, MySpace, Hi5 dan Orkut telah menaikkan perhubungan komuniti

masyarakat dunia untuk berinteraksi antara satu sama lain. Media sosial juga berfungsi untuk

meningkatkan jumlah kenalan masyarakat, mengirim pesanan dan mengemaskini profil serta

status peribadi supaya dapat diketahui oleh orang lain. Oleh itu, kajian akan menerangkan

dengan lebih lanjut penggunaan bahasa dan komponen gender ini yang boleh dilihat dalam

komen-komen nitizen yang diambil dari beberapa status individu dan page politik dari beberapa

saluran media sosial seperti facebook dan twitter.

1.2 Bahasa dan Jantina

2
Ahli sosiolinguistik berpendapat bahawa peranan sosial yang berbeza membawa kepada

perbezaan penggunaan bahasa, struktur kata, dan kosa kata antara lelaki dan wanita. Kebanyakan

kajian yang dijalankan mendapati bahawa memang terdapat perbezaan antara lelaki dan wanita

dari aspek subutan, kosa kata dan tatabahasa. Kebanyakan ahli bahasa mengutarakan pendapat

bahawa struktur pengucapan bahasa wanita adalah lebih lembut dan bersopan santun berbanding

lelaki yang lebih tegas dan telus. Struktur bahasa antara lelaki dan wanita berbeza dari aspek

fizikal, suara dan kemahiran bertutur. Kajian menunjukkan bahawa pertuturan wanita lebih

lemah-lembut, suka mengalah, mudah dipengaruhi oleh tekanan sekeliling, lebih responsif

terhadap keperluan orang lain,lebih responsif terhadap ulasan orang, suka mengekalkan

keharmonian ketika berucap, lebih sensitif, ramah, lebih ikhlas berbanding lelaki. Lelaki pula

lebih kerap memulakan perbualan, menerima lebih respons dalam percakapan, lebih kerap

memotong serta mencangkal perbualan orang lain dan ini jelas bahawa lelaki lebih mempunyai

kuasa sosial dalam komunikasi.

Selain itu, terdapat juga kecenderungan dalam bahasa untuk menggunakan kata-kata atau

ungkapan-ungkapan khusus untuk membezakan antara lelaki dan wanita. Kata-kata yang

digunakan khusus untuk lelaki dan wanita untuk membezakan jantina adalah seperti berikut:

Lelaki Wanita
Olahragawan Olahragawati
Seniman Seniwati
Siswa Siswi
Pramugara Pramugari
Ustaz Uztazah

Jadual 1: Ungkapan Khusus Jantina

3
Pada masa kini, kecenderungan wujud dalam kalangan masyarakat untuk membezakan pekerjaan

untuk membezakan lelaki dan wanita. Misalnya istilah beliawan dapat membezakan jantina

dengan istilah beliawanis dan sasterawan dengan sasterawanis. Asmah Omar (1978), menyatakan

bahawa akhiran wati dalam bahasa Melayu digunakan untuk merujuk pada bentuk feminin

seperti dalam kata seniwati, wirawati dan olahragawati. Selain itu, terdapat juga istilah seperti

posnita bagi posmen wanita kerana posmen membawa konotasi lelaki.

Perbezaan jantina terdapat juga dalam pilihan kata dalam kebanyakan bahasa.

Umpamanya, dalam bahasa Melayu terdapat kata-kata yang merujuk kepada lelaki dan wanita

pada sesuatu masa tertentu. Contohnya, anak dara dan gadis sunti merujuk kepada wanita yang

masih muda dan wanita atau perempuan untuk mereka yang sudah dewasa atau tua. Berbeza

dengan lelaki, mereka digelar teruna ketika masih muda. Selain itu, untuk menerangkan tentang

kecantikan pula, wanita dan lelaki mempunyai kata-kata yang berbeza. Contohnya, perkataan

tampan, segak dan kacak merujuk kepada lelaki manakali perkataan canti, lawa dan jelita pula

merujuk kepada wanita. Menurut Amat Johari Moain (1989), masyarakat Melayu lama tidak

banyak membezakan antara lelaki dan wanita. Namun setelah masyarakat Melayu bertembung

dengan budaya lain seperti India, terdapat perbezaan perkataan antara jantina lelaki dan wanita

seperti:

Lelaki Wanita
Suami Isteri
Pemuda Pemudi
Permaisuri Permaisuri
Siswa Siswi

Jadual 2 : Pilihan Kata Mengikut Jantina

4
Kebanyakan kajian sosialinguistik membuktikan bahawa faktor jantina adalah faktor

sosial yang kuat mempengaruhi penggunaan bahasa sesuatu komuniti selain faktor-faktor lain

(W.A.Wolfman, 1969). Hal ini berlaku kerana terdapatnya perbezaan dalam penggunaan bahasa

antara lelaki dan wanita. Wanita juga banyak menggunakan bahasa hormat yang berlebihan iaitu

ungkapan yang membesar-besarkan sesuatu perkara yang hendak disampaikan, bahasa berlapik

dan rentetan yang tidak logik. Ciri-ciri ini dianggap mesra tetapi tidak menunjukkan kuasa.

Terdapat kajian menyatakan bahawa kata-kata seorang wanita yang diminta untuk memberi

keterangan tentang ciri-ciri seseorang yang dikehendaki oleh polis dalam siasatan, biasanya

kurang tepat kerana wanita biasanya cenderung menggunakan bahasa yang beremosi. Dalam

mendapatkan kepastian kepada sesuatu persoalan, wanita sering membuat maklum balas dengan

menggunakan frasa ’ya kah’ dan frasa ’bagaimana boleh jadi begitu?’ kedua-dua frasa ini

menunjukkan bahawa sifat wanita itu lebih lembut dan lebih mengakur terhadap apa yang

diperkatakan. Lelaki pula sering membuat maklum balas dengan menggunakan frasa ’betulkah

itu?’ dimana ungkapan lelaki lebih agresif dan memerlukan penjelasan yang lebih lanjut terhapat

setiap perbualan yang diperkatakan. Kajian mendapati bahawa lelaki lebih menggunakan bahasa

yang meminta perhatian, berdominasi, berwibawa, agresif, dan lebih berterus terang serta lebih

bersahaja berbanding wanita. Jika dilihat dalam bidang seni suara pula, lagu-lagu yang

dinyanyikan oleh wanita akan kedengaran janggal jika dinyanyikan oleh lelaki bahasa yang

merayu serta mendayu-dayu itu kurang sesuai untuk lelaki.

Sifat biasa atau kelaziman dalam pertuturan mengikut jantina boleh berubah dalam

keadaan tertentu. Umpamanya, wanita yang bekerja di pejabat terutamanya yang berjawatan

tinggi akan memberi arahan yang lebih imperatif dalam komunikasi walaupun beliau seorang

wanita. Keadaan ini bukanlah sifat semulajadi wanita tetapi hanya untuk seketika sahaja kerana

5
apabila beliau keluar dari pejabat atau kembali ke rumah, cara percakapan beliau akan kembali

semula kepada asal. Begitu juga dengan lelaki, dalam situasi tertentu pertuturannya akan menjadi

lembut sekiranya profesion mereka adalah dalam bidang pendidikan. Sebagai seorang guru,

pertuturan dalam bilik darjah memerlukan mereka berkomunikasi dengan pelajar dengan penuh

hikmah dan lemah lembut. Walaubagaimanapun, pertuturan mereka akan berubah apabila

mereka memerlukan pertuturan yang lebih keras seperti peranan seorang Guru Disiplin. Dari

sudut sebutan pula, wanita lebih cenderung untuk menggunakan bahasa baku dan berprestij

berbanding lelaki yang banyak melakukan kesalahan dari segi nahu, serta menggunakan kata

yang kurang sopan dan slanga.

Manakala, dari sudut keyakinan pula, lelaki lebih menunjukkan keyakinan berbanding

wanita yang kerap mengakhiri sesuatu kenyataan dengan tanda tanya kerana tidak yakin dengan

diri sendiri. Namun, ada kajian yang mendapati bahawa lelaki dan wanita menggunakan sama

banyak bahasa berlapik seperti ’saya rasa, mungkin, agaknya dan lain-lain’. Namun lelaki akan

mengurangkan bahasa berlapiknya jika bertutur dengan wanita dan lelaki yang bertutur dengan

menggunakan gaya bahasa wanita adalah tidak tegas atau asertif. Green (1978), melaporkan

kajian yang dibuat oleh Maureen O’ Connor bahawa lelaki yang menukar jantina kepada wanita

melalui pembedahan plastik terpaksa belajar menggunakan suara yang lebih halus dan nyaring

dari segi intonasi, ayat, kosa kata, serta bahasa badan. Manakala wanita yang menjadi lelaki pula

tidak mengalami banyak masalah kerana pola bahasa wanita mudah diterima oleh lelaki.

Secara keseluruhannya, semua perbezaan itu dapat disimpulkan sebagai bahasa laporan

dan bahasa badan. DeborahnTannen (1990) mendapati bahawa lelaki menggunakan bahasa

laporan manakala wanita menggunakan bahasa badan. Bahasa laporan digunakan dalam

berunding supaya dapat mengekalkan taraf dalam kumpulan. Gaya ini menunjukkan bahawa

6
seseorang itu mempunyai maklumat yang tepat dan kemahiran bertutur. Manakala wanita pula

kerap menggunakan bahasa badan untuk mendapatkan perhatian dan simpati dimana bahasa ini

kelihatan lebih mesra. Oleh itu, bahasa wanita menunjukkan bahawa penuturnya tidak

mempunyai maklumat dan kemahiran yang tepat. Istilah bahasa lelaki dan wanita ini merujuk

kepada gaya bahasa dimana ada juga lelaki yang menggunakan bahasa bualan atau bahasa

wanita. Terdapat juga wanita yang menggunakan bahasa laporan atau bahasa lelaki dan lelaki

yang menggunakan bahasa bualan dianggap tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang

tinggi. Dalam dunia lelaki, bahasa digunakan untuk berunding bagi mencapai kuasa dan

mempertahankan diri daripada ditindas. Oleh itu, dalam dunia atau bidang perniagaan dan urusan

rasmi, bahasa laporan adalah bahasa yang paling tepat digunakan. Wanita yang ingin

berkecimpung dalam bidang ini haruslah menguasai bahasa laporan terlebih dahulu supaya tidak

ditindas.

7
3.0 Rumusan

Secara keseluruhannya, berdasarkan analisis dan perbincangan yang dilakukan terhadap

status terpilih didapati terdapat bahasa mempunyai kaitan yang rapat dengan jantina dalam

menghasilkan variasi bahasa dalam penggunaan media sosial. Peranan sosial yang berbeza

membawa kepada penggunaan perbezaan bahasa, struktur kata, kosa kata antara lelaki dan

wanita. Dalam bahasa juga terdapat kecenderungan untuk menggunakan kata secara khusus

untuk membezakan jantina melalui pilihan kata dalam kebanyakan bahasa. Terdapat juga istilah

yang membawa kepada konotasi yang berbeza antara lelaki dan wanita. Walaupun masyarakat

Melayu lama tidak banyak membezakan antara lelaki dan wanita namun dengan pertembungan

budaya-budaya luar timbulnya perbezaan kata berdasarkan perbezaan jantina. Faktor jantina

adalah faktor sosial yang kuat mempengaruhi penggunaan bahasa sesuatu komuniti dalam media

sosial seperti Facebook dan Twitter. Perbezaan ini disebabkan beberapa faktor fizikal seperti

fizikal, kemahiran bertutur, sifat dan sikap jantina itu sendiri. Malah perbezaan dari segi bahasa

boleh berubah mengikut keadaan tertentu mengikut status pekerjaan, pendidikan dan didikan

seseorang itu. Lelaki banyak menggunakan bahasa laporan yang lebih tepat dan asertif manakala

wanita lebih banyak menggunakan bahasa badan bagi mengekalkan kesantunan dalam sesebuah

komuniti. Selain itu, secara keseluruhannya terdapat juga perbezaan dari aspek kesantunan

8
berbahasa yang berbeza antara jantina ketika berkomunikasi di laman sosial. Senario ini perlu

dibendung kerana dikhuatiri generasi kini dan akan datang tidak lagi menghormati orang yang

lebih tua, pemimpin dan juga sesama masyarakat tidak kiralah sama ada lelaki atau wanita. Oleh

itu sebagai masyarakat Malaysia kita perlulah melakukan sesuatu supaya gejala ketidaksantunan

ini dapat dibendung dan dikawal.

Rujukan

Abdul Rashid Daing Melebek. (2010). Sosiolinguistik dan Bahasa Melayu. Malaysia: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Amat Juhari Moain. (1977). Sejarah Rumpun dan Bahasa Melayu. Serdang: IDEAL,
Universiti Putra Malaysia.

Asmah Haji Omar. (1975). Essays on Malaysian Linguistics. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Mohd Anuar Ramli. (2019). Analisis Gender dalam Amalan Sogit Masyarakat Murut Tahol di
Daerah Nabawan, Sabah: Journal of Research in Islamic Studies 6(3) (2019) 37-48.

Nik Safiah Karim. (1984). Sosiolinguistik Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Riffe, D., Lacy, S., & Varouhakis, M. (2008). Media system dependency theory and using the
internet for in-depth specialized information. WJMCR, 11: 1-13.

Wolfram, W. (1969). A Sociolinguistic Description of Detroit Negro Speech. Washington,


DC: Centre for Applied Linguistics.

9
10

You might also like