You are on page 1of 18

1

1.0 1.1

POLISI DAN PERANCANGAN BAHASA DI SINGAPURA Sejarah Pembentukan Singapura

Singapura adalah sebuah negara yang pernah menjadi sebahagian daripada Malaysia iaitu pada tahun 1963 hingga 1965. Namun begitu, akibat ketegangan yang tercetus antara kaum Melayu dan Cina maka dengan secara rasminya pada tahun 9 ogos 1965, Singapura telah keluar dari gagasan Malaysia dan dikenali sebagai Republik Singapura. Sebelum itu, Singapura pernah menjadi jajahan Inggeris dari tahun 1819 sehingga ke tahun 1959. Singapura adalah merupakan sebuah negara yang kaya dan mempunyai masyarakat yang moden. Majoriti penduduknya adalah terdiri daripada kaum Cina dan selebihnya merupakan kaum Melayu, kaum India dan lain-lain. Terdapat empat bahasa rasmi di Singapura iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil. Namun begitu, bahasa Kebangsaan di Singapura adalah bahasa Melayu kerana bahasa tersebut memberikan identiti kepada Singapura sebagai sebuah negara yang berdaulat. Bahasa Melayu dipilih kerana bahasa itu melambangkan keaslian Singapura yang mana kedudukan geografinya adalah terletak di kawasan kepulauan Melayu. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu itu hanya berfungsi dalam upacara istiadat sahaja. Bahasa Inggeris pula terus digunakan dalam bidang perdagangan, pendidikan dan pentadbiran serta turut berfungsi sebagai bahasa perantaraan antara kaum. 1.2 Pendidikan di Singapura Setelah Merdeka Singapura adalah antara negara yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi jika dibandingkan dengan negara-negara disekelilingnya. Pemerintahnya amat prihatin dengan perkembangan pendidikan di Singapura. Hal ini kerana, mereka menyedari bahawa Singapura adalah sebuah negara kecil dan tidak mempunyai sumber asli yang hanya bergantung kepada sumber tenaga manusia. Maka dengan itu, pemerintahnya telah memaksimumkan sumber tenaga dengan mengalihkan fokusnya kepada pendidikan kerana telah mengenal pasti bahawa pendidikan dapat mendidik rakyat dan membentuk pemikiran rakyatnya. Justeru itu, semenjak kemerdekaan, sistem pendidikan di Singapura telah banyak mengalami perubahan demi mempertingkatkan lagi taraf pendidikan dan menyesuaikannya dengan perkembangan dan keperluan dunia. Semenjak perpisahan Singapura daripada Malaysia, Singapura semakin menitikberatkan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan dan bahasa perhubungan antarabangsa. Pada ketika itu, bahasa Melayu di Singapura semakin mula hilang peranannya

sebagai bahasa Kebangsaan. Dan sejak tahun 1975, kementerian Pelajaran Singapura telah memberikan kelonggaran kepada sekolah untuk tidak memasukkan pelajaran bahasa kebangsaan dalam kurikulumnya. Bahasa Inggeris dipelajari sebagai bahasa pertama dan bahasa ibunda pula dipelajari sebagai bahasa kedua. Bilingualisme atau polisi bahasa ibunda dilihat sebagai teras pendidikan sistem pendidikan di Singapura. Dalam sistem pendidikan Nasional di Singapura, bahasa Inggeris merupakan bahasa pertama yang wajib dipelajari dan pelajar turut diwajibkan mempelajari bahasa ibunda masing-masing selain bahasa Inggeris yang merupakan bahasa rasmi di Singapura. Oleh yang demikian, bahasa Melayu, bahasa Mandarin dan bahasa Tamil adalah merupakan tiga pilihan bahasa ibunda yang ditawarkan di skolah-sekolah nasional di Singapura. Dalam perkembangan terkini, kaum India yang tidak menuturkan bahasa Tamil boleh memilih bahasa yang bukan rasmi seperti Benggali, Gujerati, Hindi dan Punjabi sebagai bahasa ibunda mereka begitu juga dengan bahasa rasmi yang lain iaitu bahasa Cina dan bahasa Melayu. Para pelajar wajib lulus dan mencapai kemahiran lisan dalam bahasa ibunda sebagai syarat kemasukan ke universiti tempatan di Singapura. Dengan bersistemkan pendidikan bilingual, maka kebanyakan pelajar adalah lebih cenderung kepada bahasa Inggeris sebagai bahasa utama yang diajarkan di sekolah. Di samping itu, bahasa Inggeris juga menjadi bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran yang lain seperti Matmatik, Sains, Geografi dan sebagainya. Bahasa ibunda pula adalah bahasa Mandarin untuk pelajar kaum Cina, bahasa Melayu untuk para pelajar Melayu dan bahasa Tamil untuk etnik India. Hasil pendidikan sedemikian dilihat telah mengubah fungsi lingua franca penduduk Singapura ketika zaman awal kemerdekaannya iaitu daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. 1.3 Pendidikan Dwibahasa di Singapura Pendidikan dwibahasa adalah tonggak utama sistem pendidikan di Singapura sejak tahun 1966. Pendidikan dwibahasa menjadi semakin penting setelah timbulnya Laporan Goh pada tahun 1978 yang mewajibkan pembelajaran bahasa kedua iaitu bahasa Melayu, Cina dan Tamil bagi semua peringkat. Kelulusan dalam bahasa kedua dijadikan syarat kemasukan ke universiti dan pusat-pusat pengajian tinggi. Ini bermakna pelajar yang tidak lulus dalam bahasa kedua tidak layak memasuki universiti meskipun mereka lulus dengan cemerlang dalam mata pelajaran yang lain. Kamsiah (1994) menjelaskan bahawa terdapat juga peraturan yang tidak membenarkan murid-murid daripada satu kaum terbesar di Singapura mempelajari

bahasa kedua yang bukan bahasa ibunda mereka. Ini bermakna, murid-murid Cina mestilah belajar bahasa Mandarin, murid-murid Melayu pula belajar bahasa Melayu dan begitu juga dengan murid-murid Tamil yang mestilah belajar bahasa Tamil. Parkir (1994) mendapati bahawa konsep kedwibahasaan di Singapura adalah unik. Dalam dasar pendidikan Singapura, kedwibahasaan ditakrifkan sebagai bukan mahir menguasai dua bahasa tetapi menguasai bahasa Inggeris dan salah satu daripada bahasa rasmi sama ada bahasa Cina, Melayu atau Tamil. Pembelajaran bahasa ibunda di sekolah diwajibkan bagi semua murid tidak kira sama ada mereka terdiri daripada golongan etnik yang berbeza asal usulnya (Kamsiah Abdullah, 1994). Murid-murid yang bersekolah aliran Inggeris akan belajar bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama dan sama ada bahasa Melayu,bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa kedua. Begitu juga sebaliknya, mereka yang bersekolah di sekolah aliran Melayu, Cina atau Tamil akan belajar bahasa-bahasa pengantar sekolah tersebut sebagai bahasa pertama dan bahasa Inggeris pula akan dipelajari sebagai bahasa kedua.Walau bagaimanapun, sejak tahun 1983, aliran persekolahan Melayu sudah tidak lagi wujud. Persekolah Melayuhanya diajar di madrasah-madrasah disamping mata pelajaran bahasa Inggeris, bahasa Arab dan pendidikan agama Islam. Sistem pendidikan di Singapura juga melaksanakan dasar penyaluran (streaming) sejajar dengan dasar kedwibahasaan. Pelajar-pelajar yang amat cemerlang ditempatkan ke aliran ekspress istimewa (special express) di mana bahasa Inggeris dan bahasa ibunda dijadikan bahasa pertama di samping satu lagi bahasa asing seperti bahasa Jepun, Perancis atau Jerman. Pelajar-pelajar yang terbaik pula ditempatkan ke aliran ekspress dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama dan bahasa ibunda berfungsi sebagai bahasa kedua. Manakala pelajar-pelajar yang sederhana ditempatkan ke aliran normal dengan pengajaran yang sama seperti aliran ekspress. Pendidikan tinggi pula hanya dijalankan dalam bahasa Inggeris selepas tertubuhnya Universiti Kebangsaan Singapura yang menggabungkan Universiti Nanyang yang berpengantarkan bahasa Cina dengan Universiti Singapura yang berpengantarkan bahasa Inggeris. Meskipun sistem pendidikan di Singapura kerap mengalami perubahan namun asas dasar kedwibahasaan tetap tidak berubah. Akhirnya, semua pelajar perlu mencapai tahap kecekapan asas dalam bahasa ibunda mereka dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama. Dasar kedwibahasaan di Singapura sememangnya menampakkan kesan yang positif khususnya daripada aspek penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat Singapura

itu sendiri. Penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Singapura telah meningkat dalam tempoh 10 tahun. Namun begitu, satu kajian yang telah dilakukan oleh Kamsiah (1985), beliau mendapati sikap murid-murid Melayu terhadap pembelajaran terhadap bahasa ibundanya sendiri adalah kurang positif berbanding sikap mereka terhadap bahasa Inggeris. Kajian tersebut turut menyokong kajian terdahulu yang dilakukan oleh Gopinathan (1981) yang mendapati perkembangan bahasa Tamil atau penggunaan bahasa Tamil di Singapura semakin mengecil. Berbeza pula keadaannya bagi bahasa rasmi Mandarin yang menunjukkan peratus penggunaannya meningkat dalam masa sepuluh di mana sebelumnya masyarakat Cina Singapura lebih cenderung menggunakan bahasa dialek. Situasi yang berlaku adalah kesan daripada dasar kedwibahasaan yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan Singapura itu sendiri. 1.3 Polisi Bahasa Bahasa Inggeris yang merupakan bahasa warisan penjajah dijadikan sebagai bahasa rasmi yang digunakan sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan dan lain lagi. Dalam akta kemerdekaan Singapura 1965, polisi bahasanya adalah seperti berikut iaitu: 1) Malay, Mandarin, English shall be the four official languages in Singapore 2) The national language shall be Malay language and shall be in Roman script that provided: a) No person shall be prohobited or prevented from using or from learning any other language. b) Nothing in this section shall prejudice the right of the goverment to preserve and sustain the use and study of the language of any other community in Singapore. (Singapore Gazette Acts Supplement, 1965: 99-100) Dasar bahasa di Singapura mempunyai pertalian yang erat dengan dasar pendidikan bahasa dan kedua-duanya berhubung kait dengan perkembangan politik negara tersebut. Ini dapat dilihat dengan peningkatan tahap kepentingan dalam polisi pelajaran, bilangan kemasukan anak Melayu di sekolah aliran Melayu semakin merosot. Pengajaran bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin lebih mendapat tempat dalam akhbar-akhbar dan media penyiaran turut mula menyiarkan rancangan-rancangan pelajaran yang menjurus kepada bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi yang terpenting di Singapura. Ianya

dilihat sebagai jambatan menuju ke arah kejayaan dan kegemilangan hidup. Jika dilihat kepada bahasa Melayu, hasil gabungan polisi pendidikan dan daya saing yang kuat daripada kaum yang lain telah menyebabkan bahasa rasmi kaum Melayu itu semakin dipinggirkan oleh masyarakatnya sendiri. 2.0 POLISI DAN PERANCANGAN BAHASA DI AFRIKA SELATAN

2.1

Pengenalan

Afrika Selatan telah menghasilkan satu dasar yang dianggap sesuai dalam menangani masalah bahasa dalam masyarakat yang berbilang bahasa. Dasar ini merupakan dasar yang menyumbang kepada peningkatan dan pembangunan bahasa Inggeris dan Afrika sebagai bahasa rasmi negara di Afrika Selatan. Namun, hasil daripada dasar itu, bahasa Afrika di negara ini dipinggirkan. Untuk menangani isu ini, kerajaan mengisytiharkan 11 bahasa sebagai bahasa rasmi negara untuk digunakan di semua peringkat. Keputusan ini telah dipengaruhi oleh politik berkompromi yang membawa kepada pembentukan demokrasi Afrika Selatan (Ngcobo, 2003). Definisi kompromi ini ditakrifkan oleh Bellamy (1999) iaitu mendedahkan konflik nilai. Tujuan kompromi adalah untuk mengintegrasikan pelbagai kepentingan dan cita-cita bagi mencapai perjanjian bersama. Walaupun perancangan bahasa di Afrika Selatan boleh dianggap salah satu yang terbaik di dunia, namun seseorang boleh berhujah bahawa pelaksanaan dasar bahasa di negara ini masih terdapat kawasan yang bermasalah dalam perancangan bahasa. Ini kerana pelaksanaan melibatkan banyak perkara termasuklah langkah-langkah yang konkrit, peruntukan sumber kewangan, merangka jadual masa siap dan penilaian.

2.2

Keadaan semasa pembangunan dasar bahasa di Afrika Selatan

Perbincangan mengenai pembangunan dasar bahasa di Afrika Selatan akan dikendalikan mengikut sudut pandangan bahawa perancangan bahasa adalah sebahagian daripada perancangan strategik untuk negara dan perancangan bahasa itu perlu dinilai dalam rangka perancangan strategik, yang boleh diwakili sebagai dalam Rajah 1 :

Rajah 1: Konsep Perancangan Strategi

Melihat perancangan bahasa sebagai sebahagian daripada perancangan strategik negara, ini bermakna ia dianggap sebagai instrumen dalam pembangunan sumber manusia negara nasional, dan tertakluk kepada dasar-dasar yang ditujukan dalam merealisasikan citacita kebangsaan negara. Oleh itu, adalah amat perlu untuk mengambil perhatian terhadap citacita dan wawasan kebangsaan di negara ini. Persoalan asas terhadap pembangunan dasar bahasa di Afrika Selatan bagaimana negara telah ditetapkan untuk mencapai cita-cita itu mempunyai jawapan yang tersendiri. Untuk menjawab soalan ini, dokumen pembangunan dasar dua bahasa perlu dipertimbangkan iaitu Perlembagaan dan Rang Undang-Undang Bahasa Afrika Selatan.

2.3

Ketetapan bahasa perlembagaan

Ketetapan bahasa perlembagaan boleh dianggap sebagai satu kenyataan misi yang telah ditetapkan oleh kerajaan Afrika Selatan untuk memberikan ungkapan visi dan nilai-nilai, dan tugas-tugas yang akan dilaksanakan dalam pengurusan bahasa negara. Ketetapan bahasa perlembagaan ini menjelaskan sebelas bahasa yang boleh digunakan untuk majlis-majlis rasmi di negara ini. Sebelas bahasa rasmi ini termasuklah dua bahasa Afrika dan Bahasa Inggeris dan sembilan bahasa utama lain di negara ini. Perlembagaan telah menetapkan penghargaan dan layanan yang saksama untuk semua sebelas bahasa rasmi, termasuk hak asasi berbahasa manusia sebagai asas kehidupan awam, melarang diskriminasi, menggalakkan semua bahasa bukan rasmi yang biasa digunakan oleh masyarakat (termasuk bahasa isyarat, bahasa agama, dan bahasa pertama di negara ini - Khoi, Nama dan San), dan memberi pengiktirafan yang jelas kepada prinsip kepelbagaian bahasa. Bersama-sama ketetapan perlembagaan ini juga turut dinyatakan falsafah pluralisme politik. 2.4 Rang Undang-Undang Bahasa Afrika Selatan Dokumen yang kedua yang perlu dipertimbangkan dalam menentukan bagaimana Afrika Selatan mahu mencapai cita-cita negara, iaitu dengan mencadangkan Rang Undang-Undang Bahasa Afrika Selatan. Rang undang-undang mencadangkan satu pelan pelaksanaan (apa yang telah dilakukan, oleh siapa, untuk siapa dan apabila) untuk pemilihan aktiviti teras seperti penubuhan unit bahasa, pembangunan kod bahasa tingkah laku dan audit bahasa. Satu aspek penting dalam penyediaan rang undang-undang iaitu persoalan kos. Kos anggaran ini telah diambil daripada jabatan-jabatan kerajaan yang dipilih. Rang undang-undang yang dicadangkan ini jelas tidak bertujuan sebagai satu dasar yang jelas bagi institusi negara. Setiap jabatan negeri (pada apa jua peringkat) perlu menentukan dasar tersendiri dan pelan pelaksanaan berdasarkan fungsi ia dilaksanakan, jenis dan tahap komunikasi di mana ia perlu terlibat dalam memenuhi fungsinya. Kedua-dua dokumen bahasa (ketetapan bahasa perlembagaan dan Rang Undangundang) Afrika Selatan menjadi rangka kerja undang-undang, infrastruktur perundangan dan perancangan bahasa di Afrika Selatan. Berdasarkan dokumen-dokumen ini, Afrika Selatan telah mencapai tahap kejayaan. Walau bagaimanapun, sebelum penghakiman boleh dilaksanakan, dasar bahasa perlu dibangunkan bagi setiap institusi kerajaan dan pelan pelaksanaan yang jelas perlu dimasukkan ke dalam tempat yang betul. Dalam usaha untuk membangunkan dasar-dasar dan mewujudkan pelan perlulah mengandungi pelaksanaan dan

model perancangan strategik perlu diikuti dengan mengambil perhatian terhadap persekitaran luaran dan dalaman yang berkaitan dengan perancangan bahasa ini. 2.5 Persekitaran luaran Persekitaran luaran yang terdiri daripada faktor-faktor di luar kawalan kerajaan Afrika Selatan, memberi impak secara langsung kepada perancangan bahasa di negara ini, sama ada sebagai halangan kepada pluralis pelaksanaan dasar bahasa atau sebagai cabaran yang serius. Faktor-faktor ini termasuklah globalisasi, negara dan institusi-institusi yang mengawal ekonomi global, dan era pengetahuan. Faktor ini menjadi cabaran khusus kepada perancangan bahasa di negara-negara membangun seperti Afrika Selatan. Jika negara mahu kekal sebagai sebahagian daripada kuasa politik moden, ekonomi dan sosial, mereka akan perlu menjadi kompetitif dan memerlukan rakyat terlatih dan memiliki pelbagai kemahiran. Jika Afrika Selatan mahu berdaya saing di peringkat global, ia mesti memastikan bahawa program-program latihan dapat menghasilkan individu yang mempunyai asas pengetahuan yang sangat maju dan tahap kemahiran yang boleh dipindahkan. Pendidikan merupakan tugas yang sangat besar dan bahasa sebagai instrumen asas dalam pembangunan pendidikan pelajar. Oleh itu, amalan dasar bahasa dalam pendidikan perlu memastikan bahawa bahasa pengantar yang digunakan memudahkan pembangunan pendidikan yang berkesan. 2.6 Persekitaran dalaman Persekitaran dalaman yang perlu dipertimbangkan dalam perancangan strategik bahasa ditubuhkan mengikut sifat bahasa negara, keadaan politik bahasa, masalah bahasa yang berkaitan dengan masalah-masalah negara dan bahasa. 2.6.1 Sifat bahasa Afrika Selatan Menurut Laporan LANGTAG, terdapat 80 bahasa yang digunakan dalam Afrika Selatan. Dua bahasa pribumi iaitu Zulu dan Xhosa adalah bahasa yang digunakan secara meluas di negara ini. Kemahiran dalam bahasa Afrika dan bahasa Inggeris di kalangan orang Afrika Selatan, bagaimanapun, secara umumnya hanya membenarkan interaksi sosial yang asas, dan tidak pada tahap yang membolehkan penggunaan yang berkesan dalam fungsifungsi yang lebih tinggi, seperti pembangunan pendidikan.

2.6.2 Keadaan politik bahasa Bahasa-bahasa utama Afrika Selatan terdapat dalam sejarah politik negara. Penjajahan dan apartheid bermakna semua bahasa telah memperoleh sosio-politik. Bahasa Inggeris kini sangat berprestij dan bahasa Afrika umumnya diaibkan. Begitu juga dengan bahasa-bahasa lain dengan nilai ekonomi atau pendidikan yang sedikit. Malah, bahasa-bahasa lain dikatakan dilihat oleh sebagai simbol "tidak berpendidikan, tradisional, luar bandar, orang-orang budaya mundur dengan kuasa mental yang lebih rendah" dan sebagai bahasa yang "sub-standard" dan kurang mampu menjalankan pemikiran yang serius. Walaupun bahasa-bahasa lain serta Afrika adalah berangka bahasa utama, ia masih merupakan bahasa minoriti dari segi politik bahasa. Dari segi kuasa dan prestij, bahasa Inggeris adalah bahasa utama di negara ini. Ini bermakna bahasa-bahasa Afrika Selatan terlibat dalam hubungan kuasa yang tidak simetri. Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain bertentangan dengan persamaan masingmasing. Ini juga bermakna bahasa Inggeris boleh digunakan untuk mendiskriminasi dan manipulasi, dan mungkin sudah telah menjadi alat bagi perjuangan kuasa di antara kumpulan sosio-ekonomi yang berbeza. 2.6.3 Masalah bahasa yang berkaitan dengan masalah-masalah negara dan bahasa. Pembangunan dan pelaksanaan dasar bahasa Afrika Selatan akhirnya terletak pada keupayaan negara untuk menyelesaikan masalah bahasa yang berkaitan, di mana bahasa memainkan beberapa peranan sebab danmusabab. Bahasa memainkan peranan penting dalam setiap masalah. Perancangan bahasa di negara ini telah membangunkan dasar dan strategi yang akan menangani peranan bahasa dalam resolusi mereka, di samping memastikan bahasa merupakan fasilitator dan bukannya menjadi penghalang kepada pembangunan di semua domain. Masalah-masalah yang berkaitan dengan bahasa jelas tidak boleh dibincangkan. Walau bagaimanapun, beberapa maklumat mengenai peranan bahasa dalam pembangunan pendidikan disediakan pada tahap membaca dan mengira di negara ini, yang diperolehi dalam satu kajian ke atas orang Afrika pada tahun 1999. Afrika Selatan mempunyai cara yang lama untuk menuntut ilmu jika ia adalah untuk membangunkan penduduk yang berpendidikan tinggi, yang merupakan keperluan penting jika untuk mengembangkan ekonomi dan menjadi

10

lebih kompetitif dalam pasaran negara global. Jabatan Pendidikan itu perlu memberi perhatian yang serius kepada medium dasar pengajaran di sekolah-sekolah Afrika Selatan. Ia jelas menunjukkan bahawa perancangan bahasa di Afrika Selatan mempunyai beberapa cabaran utama untuk ditangani untuk mencapai visi dan misi kerajaan Afrika Selatan. 2.7 Cabaran utama perancangan bahasa Bagi merealisasikan matlamat asas perubahan, pembinaan semula dan pembangunan kerajaan Afrika Selatan harus memelihara bahasa dan matlamat perancangan iaitu membawa perubahan (radikal) dalam realiti politik bahasa negara, mewujudkan keadaan di mana bahasa-bahasa di negara ini wujud bersama-sama dengan cara yang seimbang dan berfungsi sebagai fasilitator pembangunan dalam bidang pendidikan, ekonomi, politik, pentadbiran negeri, dan bidang sosial dan budaya. Rancangan bahasa itu mesti menyumbang kepada penyelesaian masalah-masalah yang berkaitan dengan bahasa yang dibincangkan di atas. Kerajaan Afrika Selatan hendaklah tidak menyokong cadangan dasar bahasa yang hanya akan membawa kepada pengeluaran semula politik bahasa sebelumnya (dan sedia ada), di mana bahasa-bahasa lain lebih dominan dalam kehidupan awam dan dilihat sebagai simbol elit pemerintah, prestij dan kejayaan, dan bahasa-bahasa lain ini dianggap sebagai simbol sosio-ekonomi dan kelas bawahan. Untuk mencapai semua matlamat transformasi politik bahasa, setiap satu daripada bahasa rasmi melaksanakan fungsi bermakna iaitu perancangan bahasa di Afrika Selatan perlu menuju kepada matlamat khusus seperti dasar pembangunan, bahasa politik, perkembangan bahasa, penyelenggaraan bahasa dan sekatan bahasa. Seperti yang kita ketahui, banyak agensi umumnya terlibat dalam program perancangan bahasa, yang terdiri daripada badan-badan yang berkuasa kebangsaan untuk aktivis individu. Bagaimanapun, dalam kes Afrika Selatan, institusi pusat perlu memandu perancangan bahasa, kerana mereka mempunyai kewajipan moral, kuasa dan sumber. 2.8 Penilaian proses perancangan bahasa di Afrika Selatan Untuk memberikan penilaian yang saksama dalam perancangan bahasa di Afrika Selatan, seseorang itu mesti mengambil isu-isu latar belakang tertentu. Walaupun negara (kerajaan) hanya terlibat secara serius dalam melaksanakan dasar pluralism, terdapat beberapa tandatanda yang agak positif seperti kemajuan yang munasabah dalam penubuhan undang-undang infrastruktur untuk perancangan bahasa dan sokongan rakyat yang kukuh oleh menterimenteri kabinet utama (Kesenian, Kebudayaan, Sains dan Teknologi, Pelajaran). Dari sektor-

11

sektor seperti penyiar awam dan Jabatan Pendidikan pula, kesediaan kerajaan untuk melibatkan pakar-pakar perancangan bahasa dalam bengkel ilmiah dasar bahasa dan persidangan untuk mewujudkan kesedaran etno-linguistik dalam perancangan bahasa. Bagaimanapun, terdapat juga tanda-tanda negatif seperti meningkatkan institusi monolingualism, tahap perdebatan awam adalah tidak memberansangkan kerana rasional tidak kukuh (asas teori dan fakta yang tidak kuat), hujah-hujah yang masih menggunakan ideologi lama, idea-idea baru dan kreatif terlalu sedikit, bahasa yang berkesan untuk penyelidikan perancangan adalah terlalu sedikit dan tiada apa-apa penyelarasan projek-projek penyelidikan yang sedia ada, sokongan tidak terlalu berkesan untuk pluralism, rintangan emosi kepada bahasa-bahasa lain dan kekurangan sokongan awam dalam kalangan pemimpinpemimpin amnya dalam dasar 11 bahasa. 3.0 PERBANDINGAN ANTARA POLISI BAHASA SINGAPURA DAN AFRIKA SELATAN. Perbandingan perancangan bahasa di Singapura dan Afrika dapat ditafsirkan menerusi aspek- aspek yang berikut. 3.1 Dari segi bahasa Melihat dari aspek pembakuan ejaan, kosa kata dan istilah serta tatabahasa yang selama ini agaknya masih mengandungi kelemahan sebagai bahasa baku, terutama masalah kesesuaian dengan penggunaan warga masyarakat dan kepenggunaan dalam aspek pembangunan. Di Singapura, perspektif bahasa dari paduan budaya yang dimilikinya, Singapura mengadaptasi satu bahasa untuk mewakili semua dari empat etnik atau kelompok ras yang utama. Empat bahasa rasmi dalam konstitusi Singapura adalah bahasa Inggeris, Mandarin, Melayu, dan Tamil. Namun, sebagai pengakuan atas status etnik Melayu sebagai masyarakat pribumi di Singapura, bahasa nasional Singapura adalah Bahasa Melayu. Manakala bahasa Afrika pula merujuk kepada Bahasa Jerman Barat yang dituturkan di Afrika Selatan dan Namibia. Bahasa ini pada awalnya ialah dialek yang dituturkan oleh para pendatang Afrikaan yang dibawa ke daerah Cape Town oleh Syarikat Hindia Timur Belanda pada tahun 1652 dan 1705. Sebagian besar pendatang ini berasal dari Perserikatan Provinsi (sekarang Belanda),namun ada juga pendatang dari Jerman, Perancis, Skotlandia dan beberapa negara lainnya. Para pekerja yang dibawa serta adalah orang-orang Melayu, orangorang Khoi, dan Bushmen.

12

Dialek tersebut dikenal sebagai cape Dutch. Kemudian, bahasa Afrikaans juga dikenal sebagai "bahasa Belanda Afrika" (bahasa Inggris:African Dutch). Afrikaans dianggap sebagai Dialek Bahasa Belanda sampai dengan awal Abad 20 ketika bahasa tersebut mulai dikenal sebagai bahasa yang berbeza. Nama Afrikaans sebenarnya adalah istilah Bahasa Belanda untuk "Orang Afrika" atau "Bahasa Afrika" 3.2 Dari segi warga pengguna Sikap sebahagian masyarakat yang bangga menggunakan bahasa asing, terutama bahasa Inggeris, tetapi kurang bangga menggunakan bahasa setempat merupakan kelemahan dalam pengimplementasian hasil-hasil pembakuan sesuatu bahasa di sesebuah negara. Di Singapura, hampir semua orang di Singapura dapat berbahasa lebih dari satu bahasa, dan banyak yang mampu berbicara dalam tiga hingga empat bahasa. Sebahagian besar anak-anak di Singapura menguasai dua bahasa sejak kecil, dan mereka pun mempelajari bahasa lain tatkala mereka menginjak dewasa. Dengan majoriti populasi yang mampu membaca dan menulis dalam dua bahasa, bahasa Inggeris dan Mandarin merupakan bahasa yang paling umum digunakan dalam kehidupan sehari-hari. Sementara bahasa Inggeris merupakan bahasa utama yang diajarkan di sekolah, anak-anak di Singapura juga mempelajari bahasa ibu mereka untuk memastikan agar tetap tersambung dengan akar budaya mereka. Di antara dialek bahasa Tionghoa yang berbeza-beza, bahasa Mandarin dijadikan sebagai bahasa utama etnik Tionghoa dibandingkan bahasa lainnya seperti Hokian, Tiociu, Kanton, Hakka, Hainan, dan Fuchow. Sebagai bahasa kedua yang paling banyak digunakan di antara etnik Tionghoa di Singapura, penggunaan bahasa Mandarin meluas setelah dimulainya dengan bahasa Mandarin di tahun 1980 yang menerajui etnik Tionghoa.

Manakala di Afrika, rumpun bahasa Afrika terdiri daripada Rumpun bahasa Afrika iaitu I. Bahasa Bantu a. b. c. d. Bahasa Swahili Bahasa Zulu Bahasa Shona Bahasa Kenya

13

II. Bahasa Niger-Kongo a. b. c. Bahasa Yoruba Bahasa Wolof Bahasa Sango

III. Bahasa Nilo Sahara a. b. c. Bahasa Songhai Bahasa Kanuri Bahasa Acholi

Kira-kira seratus satu bahasa Afrika digunakan secara meluas untuk komunikasi antara etnik. Arab, Berber, Bahasa Amharic, Somalia, Oromo, Swahili, Hausa, Igbo dan Yoruba dituturkan oleh berjuta-juta orang di Afrika. Jika kelompok sehingga seratus bahasa yang sama dikira bersama-sama, dua belas bahasa yang dituturkan oleh 75 peratus, dan lima belas bahasa sebanyak 85 peratus, sebagai penduduk Afrika yang bertutur sebagai bahasa pertama atau tambahan. Kepelbagaian bahasa yang tinggi banyak negara-negara Afrika (Nigeria sahaja telah lebih 500 bahasa, salah satu daripada jumlah terbesar kepelbagaian bahasa di dunia) telah membuat dasar bahasa satu isu penting dalam era pasca-kolonial. Sebagai contoh, semua bahasa-bahasa Afrika dianggap bahasa rasmi Kesatuan Afrika (AU) dan pada tahun 2006, Kesatuan Afrika telah mengisytiharkan tahun itu sebagai "Tahun Bahasa Afrika". 3.3 Dari segi pelaksanaan Status dan kewibawaan peranan yang dipertanggungjawabkan kepada badan yang mengendalikan bahasa hingga sekarang masih mengandung berbagai kelemahan sebagai pusat nasional pembinaan dan pengembangan bahasa. Pada umumnya pengembangan bahasa baku masih berada pada tahap yang kurang memberangsangkan kerana faktor-faktor persekitaran kurang membantu ke arah itu. Sejak tahun 2000, kerajaan Singapura nampaknya mengambil pendirian yang kurang tegas dalam perkembangan bahasa terhadap dialek. Pada tahun 2002, persatuan puak-puak seperti Hainan Persatuan Singapura (Kheng Chiu Hwee Kuan) dan Teochew Poit Ip Huay Kuan memulakan kelas untuk mengajar dialek. Ini adalah sebagai tindak balas kepada keinginan rakyat yang meningkat dalam kalangan rakyat Singapura untuk menyambung semula dengan warisan Cina dan budaya mereka melalui dialek pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

14

Tambahan pula, pada tahun 2007, sekumpulan 140 orang pelajar dari Darjah 3 hingga 6 daripada pelajar-pelajar Sekolah Rendah Paya Lebar Methodist Girls belajar dialek Hokkien dan Kantonis sebagai satu usaha untuk berkomunikasi dengan lebih baik dengan orang tua. Generasi tua mengajar pelajar untuk bertutur bahasa Cina dalam dialek Hokkien dan Kantonis. Program ini dianjurkan dengan harapan untuk merapatkan jurang generasi yang terbentuk akibat penindasan dialek ini di Singapura. Begitu juga, pelajar tahun tiga dari Dunman High kini boleh mengambil modul yang dipanggil "Budaya Pop Song". Modul ini membolehkan mereka belajar tentang budaya pop dalam kumpulan dialek yang berbeza melalui lagu-lagu pop dialek dari 70-an dan 80-an. Selain itu, pelajar juga boleh mengambil elektif pada tahun yang berbeza dan mempelajari budaya bahasa dari pelbagai kumpulan dialek. Perlaksanaan perancangan bahasa di Afrika pula menunjukkan perkembangan yang perlahan. Selepas mencapai kemerdekaan, banyak negara-negara Afrika, dalam mencari perpaduan negara, memilih satu bahasa, secara umumnya bahasa bekas penjajah, yang akan digunakan dalam kerajaan dan pendidikan. Walau bagaimanapun pada tahun-tahun kebelakangan ini, negara-negara Afrika telah menyokong dalam mengekalkan kepelbagaian bahasa di negara mereka. Dasar bahasa yang sedang dibangunkan pada masa kini bertumpukan kepada multilinguistik bagi memperkembangkan perancangan bahasa di Afrika. Pihak kerajaan telah mewujudkan kolaborasi dalam perlaksanaan kajian dan pembangunan bahasa dengan pihak universiti dari dalam dan negara luar. Seorang pakar ekonomi pembangunan dan pendidik berkata bahawa pembangunan dan perancangan bahasa Afrika didalam perancangan adalah neutral, dimana pembangunan bahasa, kebudayaan dan ekonomi di Afrika hanya berjaya dengan kerja keras semata-mata,walaupun bahasa yang digunakan sama ada bahasa Inggeris atau Perancis. Berikut ialah perbandingan diantara negara dalam perancangan polisi bahasa. Dalam perancangan bahasa dikenal adanya negara tipo endoglosik, seperti Indonesia; tipo eksologsik-endoglosik, seperti Filipina; dan tipo eksologsik seperti Somalia. Lebih lanjut lihat jadual yang disediakan oleh Moeliono (1983).

Negara Tipo Endoglosik No Negara Bahasa Nasional Bahasa rasmi Bahasa rasmi kenegaraan kedaerahan

15

1 2 3 4 5 Keterangan:

Indonesia Malaysia Thailand Belgia

Indonesia Malaysia ---

Indonesia Malaysia 1 Thai Belanda Perancis

------

R.R.China Putunghua Putunghua 2 Perbandingan bahasa Negara tipo endoglosik

1. Antara tahun 1957, tahun proklamasi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, sampai tahun 1967 bahasa Melayu dan bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi di Malaysia. Sejak tahun 1967 hanya bahasa Malaysia yang menjadi bahasa rasmi. 2. Putunghua (bahasa bersama) adalah bahasa nasional China sejak tahun 1955. Di Taiwan disebut Guoyu (bahasa nasional). Putunghua berdasar pada bahasa bahasa China Utara dan bahasa China dialek kota Beijing. Negara Tipo Eksoglosik-Endoglosik No 1 Negara Filipina Bahasa Nasional Pilipino 1 Bahasa kenegaraan Filipino Inggeris Sepanyol 2 2 India Hindi Hindi Inggeris (sebelas bahasa berdasarkan konstitusi, a.l. telugu, Tamil, 3 Singapura Melayu Melayu Mandarin Tamil Inggeris 4 5 Tanzania Ethiopia Swahili Amhar Swahili Inggeris Amhar Inggeris --dan benggali) -rasmi Bahasa rasmi kedaerahan --

16

Keterangan jadual : 1. Antara tahun 1946-1972 nama bahasa nasional Filipina adalah Pilipino (dengan huruf P) yang berdasarkan pada bahasa Tagalog lalu diubah menjadi Filipino, yang diusahakan berdasarkan unsur semua bahasa daerah ( dialek ) yang ada di Filipina. 2. Bahasa Sepanyol hanya menjadi bahasa rasmi antara tahun 1946-172, setelah itu tdak lagi digunakan secara meluas di Filipina. Negara Tipo Eksoglosik No 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Negara Somalia Haiti Senegal Liberia Mauritania Sudan Papua Nugini Nigeria Ghana R.R. Kongo Bahasa Nasional Somalia Arab Kreol Wolof -Arab Arab Tok Pisin Hiri Mott -Prancis -Inggeris Inggeris Perancis Hausa -Kituba Luba Lingala Swahili Tujuan perancangan bahasa ialah berlangsungnya perancangan aspek bahasa dalam aspek komunikasi kenegaraan dan komunikasi intrabangsa dengan baik, tanpa menimbulkan masalah sosial dan emosional yang dapat mengganggu stabiliti bangsa-bangsa negara terbabit. Chaer dan Agustina (1995) menjelaskan, bahawa perancangan bahasa untuk menaiktaraf satu bahasa tertentu sebagai bahasa nasional sekaligus sebagai bahasa negara boleh saja digunakan secara meluas dan rasmi, dimana pada masa yang sama tidak menyingkirkan bahasa lain yang Bahasa kenegaraan Inggeris Italia Perancis Perancis Inggeris Perancis Inggeris ( diganti Arab) Inggeris -------rasmi Bahasa kedaerahan -rasmi

17

ada dalam negara itu menjadi tersisih atau membentuk paradigm penuturnya menjadi resah sehingga akhirnya dapat menimbulkan masalah sosial. Selain itu perancangan bahasa harus pula memberi pengarahan terhadap pengolahan korpus bahasa. Korpus bahasa merangkumi semua komponen bahasa, iaitu fonologi, morfologi, sintaksis, kosakata, dan sistem semantik.

18

Rujukan Asmah Haji Omar. 1993. Perancangan bahasa dengan rujukan khas kepada perancangan bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamsiah Abdullah. 1994. Kedwibahasaan, prestasi akademik, dan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan penuntut Melayu di Singapura. Dewan Bahasa 625. Kamsiah Abdullah. 2000. Sikap, penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu di Singapura. Singapura: Angkatan Sasterawan 50. Pakir, A. 1994. Making Bilingualism Work: Developments In Bilingual Education In ASEAN. Dlm. Khoo, R, Kreher, U dan Wong (pnyt.). Towards global multilingualism: European Model and Asian realities. 13-26. Adelaide: Multilingual Matters Ltd. Llamzon, Teodoro A dan Lee, Koh Beng. 1980. Patterns in the Acquisition of bilingual 38(7): 617-

ability and language use in three Southeast Asian Countries. Dlm. Afendras, Evangelos A (Penyt.). Incidence, patterns of use, and motivation. Singapore: Singapore University Press for SEAMEO Reginal Language Centre. Roksana bibi Abdullah. 2010. Masyarakat Melayu Sebagai Golongan Minoriti di Singapura: Impaknya Terhadap Bahasa. Asian Languages and Cultures National Institute of Education Singapore. http://www.mymla.org/files/icmm2010_papers/ICMM2010_p61.pdf N.N Mtholeni. 2007. Language Planning, Policy and Implementation in South University of South Africa. http://bibliotecavirtualut.suagm.edu/Glossa/Journal/jun2007/Language Planning, Policy and Implementation in South Africa.pdf V.N. Webb. 2002. Language Policy Development in South Africa.Centre for Research in the Politics of Language : University of Pretoria. http://www.up.ac.za/academic/libarts/crpl/language-dev-in-SA.pdf Africa.

You might also like