You are on page 1of 9

PENDIDIKAN SIVIK

DAN KEWARGANEGARAAN
“MAKANAN SEIMBANG”
Tahun 4
Makanan Yang Seimbang
Pengenalan

 Piramid makanan merupakan panduan bagi


memilih makanan secara sihat. Makanan yang
dimakan seharian perlu diambil dalam kuantiti
yang besar daripada kumpulan makanan di
bahagian bawah Piramid, dan paling sedikit
daripada kumpulan makanan di bahagian atas.
Piramid Makanan mengandungi makanan
yang dibahagikan kepada lima kumpulan
berasaskan kepada kandungan zat dan
fungsinya.
Pemakanan berpandukan piramid
makan
Makanan berkhasiat penting untuk anak anda kerana ia:

 Membekalkan nutrien untuk perkembangan dan


pertumbuhan

 Membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental

 Membantu dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap


jangkitan

 Menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan


pertumbuhan pada peringkat remaja.
 Piramid Makanan Malaysia memberi panduan
tentang bagaimana untuk mengimbangkan
pengambilan makanan setiap hari. Makanan
yang pelbagai membantu anak anda mendapat
semua nutrien yang diperlukan.
 Pilih gabungan makanan setiap hari
berpandukan Piramid Makanan Malaysia
Aras 1: Bijirin dan ubi-
ubian
 Beri tubuh anda lebih banyak makanan dari kumpulan
ini.
 Kumpulan makanan ini adalah sumber paling baik
untuk karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada
anak anda.
 Kumpulan ini juga mengandungi vitamin, mineral, serat
dan sejumlah protein.
 Contoh : Nasi, mee, roti, pasta, bubur, capati dan biskut
 Tubuh anda memerlukan 6 hingga 8 hidangan setiap
hari
Aras 2: Buah dan sayur

 Dapatkan lebih makanan daripada kumpulan


ini.
 Ia membekalkan vitamin, mineral dan serat
kepada anak anda.
 Secara minimumnya, anda perlukan sekurang
- kurangnya 2 hidangan setiap hari.
Aras 3: Ikan, ayam, daging, kekacang, susu
dan hasil tenusu

 Anda harus mengambil makanan dalam


kumpulan ini dalam kuantiti yang sederhana
 Makanan dalam kumpulan ini membekalkan
sumber protein, vitamin B dan mineral
 Keperluan untuk tubuh anda ialah 2 hidangan
untuk ikan, ayam, itik, daging dan ubi - ubian
dan 2 hingga 3 hidangan untuk susu dan hasil
tenusu setiap hari.
Aras 4: Lemak, minyak dan kumpulan gula

 Pastikan anda kurangkan pengambilan


daripada kumpulan makanan jenis ini.
 Penting juga untuk tubuh badan, tetapi perlu
diambil dalam kuantiti yang sedikit.
 Kurangkan minyak dan gula dalam diet anda.

You might also like