You are on page 1of 28

1

1.0

PENGENALAN.

Elemen akhlak, moral dan nilai-nilai murni merupakan salah satu unsur yang penting
dalam memastikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai. lni jelas termaktub
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu:
Pendidikan

di

Malaysia

adalah

suatu

usaha

yang

berterusan

ke

arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk


mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2005).
Pembentukan insan yang berakhlak mulia merupakan salah satu daripada aspek
penting yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Justeru, kepentingan
pcnghayatan nilai murni dalam kalangan murid amat penting, kerana nilai murni yang
dihayati itu akan menentukan kualiti murid yang diingini. Murid hari ini akan mewarisi
dunia yang penuh dengan cabaran hebat, termasuklah kemusnahan alam sekitar dan
konflik senjata. Kejayaan mengharungi segala cabaran ini bukan sahaja memerlukan
murid yang mempunyai kemahiran memimpin, tetapi juga nilai murni sejagat seperti
integriti, belas kasihan, adil dan penyayang bagi membimbing mereka dalam membuat
keputusan yang beretika (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2012). Oleh yang
demikian, pendidikan dan penerapan nilai tidak boleh dipisahkan. Pendidikan dan
penerapan nilai perlu berjalan seiring agar matlamat untuk mencapai modal insan yang
holistik akan terhasil. Boleh dikatakan bahawa pendidikan tidak akan bermakna dan
sempurna tanpa penerapan nilai murni (Zakaria Kasa, Abdul Rahman Md. Aroff, Abdul
Majid Mohd Isa, Rahil Hj. Mahyuddin, 1996; Wan Mohd. Zahid Mohd Noordin, 1994).
Pada masa yang sama, pembangunan identiti nasional yang kukuh perlu diimbangi
dengan pembangunan warganegara yang global.

Nilai yang telah dipelajari di sekolah akan diamalkan dalam kehidupan seharian
seterusnya menghasilkan tingkah laku sivik seperti peningkatan dalam aktiviti sukarela,
penerimaan individu berlainan bangsa, agama dan etnik; amanah dan berintegrasi
merupakan bentuk kejayaan. Hasilnya murid akan meninggalkan alam persekolahan
sebagai warga global yang telah dipupuk dengan nilai teras sejagat dan memiliki identiti
nasional yang utuh. Salah satu cabaran negara untuk menjadi sebuah negara maju
menjelang tahun 2020 adalah untuk melahirkan masyarakat yang memiliki nilai teras
sejagat dan identiti nasional yang utuh. Bagi merealisasikan aspirasi negara, kemantapan
dan kemurnian sistem pendidikan negara merupakan asas penting. Nilai-nilai mumi dapat
dipupuk secara formal dan tidak formal. Masyarakat dan anggota keluarga memainkan
peranan penting dalam pemupukan nilai dan sahsiah individu yang positif secara tidak
formal. Walau bagaimanapun, pemupukan nilai ini akan lebih terarah jika disampaikan
melalui sistem pendidikan formal yang jelas strukturnya (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2005).
Justeru Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 telah menggariskan
tiga elemen penting bagi melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. Elemenelemen tersebut adalah:
1. Memperkukuh Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik menjelang
tahun 2017.
2. Membangunkan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan
murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan1 Badan Beruniform.
3. Mengukuhkan dan memperluas RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara
interaksi jenis sekolah, kumpulan etnik, dan sosioekonomi.

ELEMEN 1
2.0

MEMPERKUKUHKAN PENDIDIKAN ISLAM, PENDIDIKAN MORAL


DAN ELEMEN SIVIK MENJELANG 2017

Dengan terbentuknya Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), negara telah menetapkan


matlamat pendidikan yang jelas iaitu salah satunya untuk mewujudkan insan yang
berakhlak mulia. Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) dengan jelas menyatakan ciriciri akhlak mulia:
...insan yang mempunyai pengetahuan mengenai nilai-nilai baik dan
buruk; mempunyai kesedaran terhadap kesan daripada perbuatan baik dan
buruk; yakin terhadap nilai murni; mengamalkan perbuatan yang baik;
menghindari perlakuan yang buruk; dan menghayati nilai-nilai mulia yang
merangkumi nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan, dan kewarganegaraan.
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990, ms. 8-9)
Untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan
warganegara yang menghayati nilai murni, para pelajar khususnya, mestilah dididik
untuk menghayati konsep akhlak, etika, mahupun moral agar dapat mendalami
maksudnya.
Akhlak, menurut Mohd. Nasir Omar (1986) terbahagi kepada dua aspek, iaitu
aspek batin dan aspek luaran. Akhlak dari aspek batin merupakan keadaan jiwa seseorang
yang merupakan tenaga penggerak kepada pembentukan tingkah laku, manakala akhlak
dari aspek luaran merupakan tingkah laku itu sendiri yang dilakukan bukan kerana
tekanan emosi atau desakan-desakan dari luar seperti paksaan. Perbuatan-perbuatan itu
pula hendaklah dilakukan secara berterusan hingga menjadi kebiasaan dan darah daging
kepada seseorang.
Adalah penting untuk dapat membezakan konsep akhlak daripada etika dan moral,
di mana etika merupakan satu peraturan yang menjadi panduan dalam hidup manusia
manakala moral merupakan suatu ilmu yang membincangkan sistem moral atau tingkah
laku yang dihayati oleh seseorang individu atau sesuatu golongan (Mohd. Nasir Omar,

1986). Zaharah Hussin (2005) berpendapat bahawa akhlak itu sudah semestinya
berpaksikan kepada wahyu Tuhan tetapi moral dan etika tidak semestinya bersifat
demikian.
Seseorang individu yang mempunyai akhlak yang mulia, etika dan moral yang
baik akan dapat menonjolkan keperibadian yang baik dalam menjalin hubungan sesama
manusia dan seterusnya dapat membentuk integrasi kaum yang harmoni di negara ini.
Konsep integrasi kaum menjurus kepada interaksi dan hubungan di antara kumpulan
minoriti dan masyarakat utama yang akhirnya membawa kepada penyebatian budaya
tanpa menjejaskan identiti kebudayaan seseorang individu (Sommerland, 1970 dalam
Chuhan, 2013).
Para pelajar merupakan generasi penting yang bakal mencorakkan kepimpinan
dan mewarisi pemerintahan negara pada masa hadapan. Aset yang bernilai ini perlu
dipandu dengan betul supaya negara dapat dibangunkan mengikut arus perkembangan
semasa.
2.1

ISU DAN POLA TINGKAH LAKU PELAJAR

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia melaporkan


penurunan bilangan kes salah laku disiplin murid dari tahun 2010 hingga 2012 yang
melibatkan antaranya salah laku berunsur jenayah, kelucahan, kurang sopan, laku
musnah, kemasan diri, ponteng sekolah, kenakalan dan tidak pentingkan masa. Walaupun
bilangan kes salah laku pelajar menurun dari setahun ke setahun, para pelajar
diperhatikan mempunyai akhlak yang merangkumi nilai hati budi kemanusiaan yang kian
luntur.
Menurut Husain (2012), nilai hati budi pelajar kian luntur yang melibatkan
amalan seksual, lari dari rumah, bersekedudukan, pergaulan rakan sebaya, hubungan
seksual, aktiviti berkumpulan seperti gengsterisme, vandalisme, keganasan, lumba haram,
buli dan sebagainya. Contohnya, isu yang berlaku di SMK Tun Husin Onn, Seberang
Jaya, Pulau Pinang pada April 2013 yang menyaksikan peristiwa ketua kelas dibelasah
beramai-ramai oleh sekumpulan pelajar hanya kerana telefon bimbit mereka dirampas

atas pemberitahuan ketua darjah tersebut. Othman (2011) menyatakan bahawa gejala
keruntuhan akhlak pelajar adalah berkaitan dengan penghayatan akhlak yang lemah.
Dalam kajiannya, beliau menyimpulkan bahawa gejala-gejala sosial dalam kalangan
pelajar masa kini adalah berpunca kerana kurang didikan dari segi akhlak dan
kemanusiaan. Hal ini disokong oleh Khadijah Rohani Mohd Yunus (2008) yang
menyatakan bahawa pendidikan hari ini terlalu memfokuskan kepada kejayaan akademik
yang menyebabkan pendidikan afektif diabaikan. Beliau turut menyatakan bahawa hal ini
bukan sahaja berlaku di sekolah-sekolah, kadangkala terdapat juga ibu bapa yang tidak
mempedulikan tingkah laku buruk anak mereka asalkan anak mereka cemerlang di
sekolah.
Selain isu keruntuhan akhlak pelajar, negara kita yang berbilang bangsa dan
agama tidak akan terlepas daripada isu integrasi kaum. Sehingga kini, perpaduan yang
erat masih belum dapat tercapai. Menurut Hamidah Ab Rahman (2012), masalah
perpaduan sering dikaitkan dengan polarisasi kaum, iaitu pembahagian golongan tertentu
yang mempunyai amalan atau pendirian yang berbeza mengikut perbezaan latar belakang,
agama dan nilai hidup sehingga mewujudkan beberapa kelompok anggota masyarakat
yang bertentangan dengan kelompok yang lain. Kajian yang dijalankan pada tahun 2005
oleh Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) terhadap 6,000 orang
pelajar di IPTA, mendapati bahawa polarisasi kaum masih wujud dalam kalangan pelajarpelajar IPTA. Kajian Hamidah Ab. Rahman (2012) juga mendapati bahawa tahap
hubungan sosial pelbagai etnik pelajar tahun satu Universiti Teknologi Malaysia berada
pada tahap sederhana, di mana pelajar berlainan bangsa berasa sederhana selesa untuk
membuat aktiviti harian seperti keluar makan, beriadah dan bergaul mesra. Isu perpaduan
kaum dalam sebuah negara yang berbilang bangsa merupakan suatu isu yang tidak boleh
diambil mudah kerana ia merupakan kunci keharmonian sesebuah negara.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan pendidikan yang menyeluruh,
bukan sahaja dari segi akademik, malah sahsiah. Oleh itu, penghayatan nilai adalah
sangat penting untuk diterapkan dalam jiwa anak-anak muda negara. Menurut Baba
(2006), penghayatan merupakan proses akhir pembelajaran, di mana tanpa penghayatan,
pembelajaran sebenarnya tidak berlaku. Usaha negara untuk menambah baik keadaan

sahsiah para pelajar khususnya adalah wajar untuk melahirkan modal insan minda kelas
pertama.
2.2

OBJEKTIF DAN PELAKSANAAN ELEMEN 1 ANJAKAN 3

Anjakan 3 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2017 dibentuk agar
setiap murid meninggalkan alam persekolahan sebagai seorang warga global yang telah
dipupuk dengan nilai teras sejagat dan memiliki identiti nasional yang utuh
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Nilai-nilai murni yang telah dipelajari akan
diamalkan dalam kehidupan harian, yang seterusnya menghasilkan tingkah laku sivik,
seperti peningkatan dalam aktiviti sukarela, penerimaan individu berlainan bangsa, agama
dan etnik, menghindari perbuatan rasuah dan jenayah serta menunjukkan tingkah laku
amanah dan berintegriti.
Menjelang tahun 2017, subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan elemen
Sivik dimantapkan dan berobjektifkan penghayatan nilai dan perkongsian aspirasi.
Anjakan dalam sistem pendidikan yang diformulasikan akan mempersiapkan setiap murid
supaya berinteraksi dan belajar memahami dan menerima perbezaan individu dari
pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama, mahupun etnik. Nilai-nilai murni dan
pengalaman bersama yang dikongsi akan mengukuhkan lagi perpaduan antara pelbagai
etnik di negara ini dan membentuk satu identiti nasional.
Fokus utama elemen 1 anjakan 3 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013
2017 merupakan perpaduan yang erat dan keharmonian kaum. Namun, perpaduan dan
keharmonian kaum bukanlah perkara mudah untuk dicapai, malah banyak usaha yang
perlu dilakukan dan tempoh yang agak lama untuk mencapai tujuan tersebut. Perpaduan
kaum tidak mungkin akan dicapai tanpa hubungan baik sesama warga negara ini dan
perkara ini harus dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.
Othman (2011) mencadangkan lima faktor sosial bagi pembentukan nilai murni
pelajar, iaitu bermula dengan ibu bapa sebagai faktor terdekat yang boleh menggalak atau
menghalang penghayatan nilai pelajar. Rakan sebaya di sekolah mahupun di kawasan
kejiranan serta pendedahan kepada media massa juga boleh memberi pengaruh baik atau

buruk untuk membentuk penghayatan pelajar terhadap nilai murni. Seterusnya, keadaan
persekitaran serta keadaan norma-norma dalam masyarakat juga boleh menyokong atau
menghalang penghayatan nilai daripada berlaku. Oleh itu, berdasarkan lima faktor yang
mempengaruhi penghayatan nilai murni pelajar, persekitaran, masyarakat serta pengaruh
rakan sebaya yang baik dalam hidup seseorang pelajar adalah di sekolah kerana dalam
seseorang pelajar akan menghabiskan separuh dari harinya di sekolah.
Nilai-nilai murni yang membentuk keperibadian mulia seorang pelajar boleh
diterapkan melalui kurikulum di sekolah, terutamanya subjek pendidikan Islam dan
pendidikan moral, iaitu merupakan subjek yang menitikberatkan akhlak dan
kemanusiaan. Kurikulum pendidikan Islam, pendidikan moral serta sivik akan
dimantapkan supaya bertunjangkan pemahaman nilai teras dan falsafah semua agama di
Malaysia dan berfokuskan pembentukan akhlak mulia, perpaduan dan hubungan baik
sesama insan.
Kaedah pengajaran pendidikan Islam dan pendidikan moral adalah lebih handson berbanding berpusatkan guru serta menggalakkan kesepaduan ilmu dan amali di
dalam bilik darjah. Antara kaedah yang dijalankan untuk membentuk penghayatan nilai
murni pelajar yang dianjurkan berikutan Anjakan 3 Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2017 merupakan kaedah Talaqqi Musyafahah sambil bercerita, iaitu
kaedah menyampaikan ilmu dan fakta sambil mengaplikasikannya dalam kisah-kisah
kehidupan harian yang senang difahami oleh pelajar. Selain itu, kaedah main peranan
juga kaedah yang lebih berkesan untuk memupuk penghayatan nilai murni dalam diri
pelajar, di mana pelajar sendiri cuba untuk melakonkan cara untuk beraksi dalam situasisituasi tertentu. Contohnya, situasi di mana pelajar ternampak orang tua mengangkat
barang-barang yang berat sambil berjalan dan cuba menolong orang tua tersebut.
Permainan penyelesaian masalah dan perbincangan juga adalah lebih berkesan di mana
pelajar akan melatih kemahiran berfikir dan kecerdasan emosi untuk menghayati nilainilai murni dan membentuk peribadi mulia. Projek serta lawatan juga dimasukkan dalam
kurikulum di mana pelajar akan mengalami sendiri sesuatu pembelajaran itu dengan lebih
menyeluruh dan efektif. Anjakan 3 yang diaplikasikan dalam kurikulum KSSR dan
KSSM yang telah dijalankan juga memerlukan setiap murid sekolah rendah dan

menengah melibatkan diri dalam khidmat komuniti serta mewajibkan pelajar sekolah
menengah untuk melibatkan diri dalam khidmat masyarakat sebagai salah satu prasyarat
kelulusan.
Selain perubahan dari segi kurikulum dan pedagogi, tumpuan seterusnya adalah
bagi memastikan semua sekolah dilengkapi secukupnya bagi menyokong penyampaian
kurikulum dan pedagogi yang dipertingkatkan. Usaha ini termasuk kemudahan dan
peralatan yang berkaitan bagi menyokong pembelajaran pelajar iaitu ruang khas untuk
pendidikan Islam. Kementerian juga sedang mengkaji membolehkan murid bukan Islam
berkongsi kelas yang sama apabila nilai-nilai sejagat diajar.
2.3

PERANAN GURU DAN INSTITUSI PENDIDIKAN


Menurut Zaharah Hussin (2005), pengaruh guru terhadap perkembangan dan

pembentukan sahsiah pelajar adalah sama dengan pengaruh ibu bapa terhadap anak-anak.
Oleh itu, guru-guru serta institusi pendidikan memainkan peranan yang sangat penting
dalam membimbing pelajar untuk membentuk peribadi mulia yang menjadi aset kepada
perkembangan negara. Peranan institusi pendidikan adalah untuk menonjolkan nilai-nilai
murni dengan mewujudkan suasana yang memberangsang dan budaya sekolah yang
positif. Barman (2012) mencadangkan bahawa cara yang terbaik anak-anak muda
membentuk penghayatan nilai-nilai murni dalam jiwa mereka adalah melalui peniruan.
Ini bermaksud, contoh (role-model) peribadi yang mulia adalah diperlukan untuk menjadi
contoh kepada pelajar-pelajar untuk meniru perlakuannya; dan siapa yang lebih
berkelayakan menjadi role-model tersebut jika bukan para guru.
Guru-guru mempunyai peranan yang besar dalam membentuk keperibadian
pelajar. Antara tanggungjawab guru dalam membantu pelajar untuk menghayati nilai-nilai
murni (Liekona, 1991 dirujuk dalam Othman, 2011) ialah untuk mencipta komuniti moral
dan mengamalkan disiplin moral, iaitu mewujudkan suatu budaya sekolah yang positif di
mana terdapat suatu peraturan untuk berinteraksi sesama manusia yang diwujudkan oleh
guru sebagai ikutan kepada pelajar-pelajar. Guru-guru disarankan supaya membina kelas
yang bercirikan demokrasi dan koperatif agar kerjasama dan toleransi dapat ditanam
dalam jiwa pelajar dan keharmonian suasana kelas dapat dipupuk.

Selain itu, pengajaran nilai seharusnya dipupuk merentas kurikulum, di mana


nilai-nilai murni tertanam secara tersirat dalam kurikulum pelajaran (Liekona, 1991
dirujuk dalam Othman, 2011). Nilai-nilai murni sesuai untuk diajarkan secara tersirat
melalui subjek-subjek sains sosial seperti sejarah, bahasa Melayu, bahasa Inggeris serta
pendidikan Islam dan moral di mana subjek-subjek tersebut adalah berkaitan dengan
kemanusiaan dan kehidupan manusia. Contohnya, Kerry (2014), seorang guru bahasa
Inggeris mengajarkan cara terbaik untuk meminta maaf dan merendah diri dengan
mengajarkan cara untuk pelajar mengetahui kesalahan yang dibuat dan memikirkan cara
untuk menebus kembali kesalahan yang dibuat.
Akhir sekali, guru-guru juga diseru untuk menjadikan ibu bapa sebagai rakan
kongsi untuk membentuk peribadi mulia anak-anak mereka, di mana kesepaduan antara
ibu bapa dan guru akan membentuk satu badan yang kukuh dalam usaha mendidik
pelajar-pelajar untuk berakhlak mulia, berkeperibadian tinggi serta mempunyai minda
kelas pertama.
ELEMEN 2
3.0

PENGHAYATAN NILAI MELALUI 1 SUKAN, 1 KELAB DAN 1 BADAN


BERUNIFORM

Salah satu usaha atau dasar yang telah diperkenalkan oleh pihak KPM bagi langkah
menerapkan penghayatan nilai dalam kalangan pelajar adalah melalui dasar 1 Murid 1
Sukan. Dasar ini juga adalah untuk menyemarakkan kembali kegiatan sukan di sekolah
telah pun dimulakan melalui pelaksanaan dan pengukuhan Dasar Satu Murid Satu Sukan.
Ianya bertujuan untuk memastikan penglibatan setiap murid dalam aktiviti sukan di
sekolah, menerapkan nilai-nilai sukan di kalangan seluruh warga sekolah, serta
mengembalikan sekolah sebagai institusi utama untuk melahirkan bakat-bakat sukan dari
peringkat akar umbi. Di samping itu, ia juga diharapkan dapat mewujudkan budaya
persaingan yang sihat dalam kalangan murid-murid dan sekali gus membentuk satu
persekitaran sosial yang kondusif untuk perkembangan mereka (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2011).

10

Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan
dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua
strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini
memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka
melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi
akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - SPTS (KPM
2011). Kegiatan sukan dan olahraga di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan
hendaklah terus dipergiatkan supaya matlamat perpaduan antara murid-murid berbilang
kaum dan lapisan masyarakat dapat dicapai.
3.1

DEFINISI ISTILAH

i) Kegiatan Kokurikulum
Gerak kerja kokurikulum merupakan sebahagian kurikulum formal yang merangkumi
aktiviti-aktiviti persatuan, kelab, permainan dan sukan serta badan beruniform yang
dijalankan di luar bilik darjah (Mohd Anuar 2011). Segala aktiviti dan pengalaman
pembelajaran adalah di bawah perancangan dan dibimbing oleh pihak sekolah di luar
waktu sekolah bagi mencapai matlamat dan objektif pendidikan. Menurut Abdul Rahman
dalam Kementerian Pelajaran Malaysia (2000), pada masa kini, penekanan baru kepada
gerak kerja kokurikulum di sekolah-sekolah adalah bersesuaian dengan masa dan
keperluan pendidikan di negara kita.
Mohd Sofian et. al (2002) berpendapat bahawa kokurikulum merupakan suatu
pelengkap kepada kehendak dan keperluan kurikulum di mana ia menyediakan pelbagai
peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukur dan mengamalkan kemahiran,
pengetahuan dan nilai-nilai yang telah dipelajari semasa pembelajaran di bilik darjah.
Aktiviti-aktiviti kokurikulum memberi arah dan hala tuju kepada murid supaya
melibatkan diri dalam kegiatan yang berfaedah. Penglibatan murid dalam kegiatan
kokurikulum dengan mempelajari kemahiran-kemahiran tertentu melalui aktiviti-aktiviti
yang dijalankan boleh memupuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan murid.

11

Pada masa yang sama, kegiatan kokurikulum juga dapat mengukuhkan interaksi
antara murid dan sekali gus memupuk integrasi antara kaum di samping memupuk nilainilai seperti kesopanan, berdikari, kerajinan bekerja, berdisiplin dan patuh kepada
undang-undang yang boleh membentuk murid menjadi warganegara yang beretika (Wee
Eng Hoe 1996).
ii) Sukan
Angela Lumpkin (2002) menyatakan sukan adalah aktiviti fizikal yang dikawal dengan
peraturan dan undang-undang formal atau tidak formal yang membabitkan pertandingan
secara individu atau berpasukan untuk mendapatkan keseronokan dan rekreasi. Aktiviti
sukan di sekolah bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam
latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan yang ditawarkan di
bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Ia juga
ditafsirkan sebagai aktiviti fizikal terancang, berunsur kemahiran dan pertandingan yang
melibatkan komitmen serta semangat kesukanan (KPM 2011; Julismah Jani 2007).
3.2

KONSEP 1 MURID 1 SUKAN

Dasar 1M 1S adalah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap


murid dari Tahap 2 di sekolah rendah hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti
sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan
sistematik. Hal ini bermakna, setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak
mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurangkurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun
6 di sekolah rendah dan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah.
Walau bagaimanapun, murid-murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai
program ini berdasarkan kemampuan sekolah. Penyertaan murid dalam aktiviti sukan
adalah asas kepada perkembangan intelek, rohani, jasmani, dan emosi murid.
3.3

OBJEKTIF 1M 1S

Dasar 1M 1S menggariskan objektif jangka panjang dan jangka pendek seperti berikut:

12

i.

Meningkatkan kecergasan jasmani;

ii.

Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni;

iii.

Memupuk perpaduan di antara kaum;

iv.

Membentuk budaya sukan di kalangan murid;

v.

Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal;

vi.

Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal;


dan

vii.
3.4

Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan


KEPENTINGAN BERSUKAN

Tujuan utama kerajaan melaksanakan program 1M1S ini adalah untuk melahirkan pelajar
yang sihat fizikal dan mental.

Pelajar yang bersukan akan bergerak aktif dan

mengeluarkan peluh di samping mencerna lebihan tenaga yang tersimpan dalam badan.
Badan akan menjadi lebih cergas jika selalu melakukan aktiviti fizikal dan otak pula
menjadi cerdas kerana peredaran darah yang membawa oksigen ke otak menjadi lebih
lancar. Keadaan ini mampu mencetus fenomena yang segar kepada pelajar untuk belajar.
Pelajar tidak lagi tertekan kerana hanya menjadi ulat buku sebaliknya dapat meluahkan
tekanan ketika bersukan. Masalah obesiti dalam kalangan pelajar juga dapat diatasi jika
pelajar bersukan secara konsisten sejak kecil. Jelaslah bahawa dengan melakukan aktiviti
sukan, badan akan menjadi cergas dan otak pula semakin cerdas.
Selain itu, program 1M1S ini penting dalam usaha mencungkil bakat terpendam
para pelajar dan menjadi pelapis atlet negara. Ada pelajar yang tidak sedar akan bakat
yang dimiliki oleh diri sendiri dan hanya dapat dikesan oleh guru. Jika mereka tidak
diwajibkan untuk terlibat dalam program seperti ini, sudah pasti bakat mereka akan
hilang begitu saja. Kemungkinan negara juga kehilangan atlet yang tersohor jika mutiara
yang ada itu tidak digilap sebaiknya. Guru berperanan untuk mengenal pasti bakat
pelajar, menggilap dan menonjolkan kehebatan yang dimiliki sehingga ke persada

13

antarabangsa. Peluang yang lebih adil dapat disediakan kepada pelajar yang tidak mampu
menonjol dalam akademik tetapi mampu mengharumkan nama negara dalam bidang
sukan dan menjana pendapatan yang lumayan.

Jelaslah bahawa program 1M1S ini

menjadi platform untuk mengenal pasti bakat terpendam yang ada dalam diri setiap
pelajar.
Kerajaan juga ingin mendidik pelajar-pelajar agar menyahut aspirasi 1 Malaysia
menerusi budaya bersukan.Semasa menjalani aktiviti sukan, pelajar-pelajar yang
berlainan kaum dan budaya akan bersama-sama melakukan aktiviti dan semasa dalam
pertandingan pula, mereka akan bersatu hati untuk mencapai matlamat ke arah kejayaan.
Pada masa itu, mereka akan belajar cara bertoleransi, bekerjasama, semangat berpasukan
dan semangat setiakawan. Perasaan suka duka yang dialami akan dikongsi bersamasama. Jalinan persahabatan yang dibina ketika menjalani aktiviti sukan diharap akan
berkekalan selama-lamanya. Di sini jelas terbukti bahawa aspirasi 1Malaysia mampu
tercapai melalui hubungan yang terjalin ketika bersukan tetapi dengan syarat sukan
tersebut tidak hanya dimonopoli oleh kaum tertentu sahaja dan situasi ini sebenarnya
mampu diperbetulkan di peringkat sekolah.
Isu 1: Penguasaan isi kandungan mata pelajaran
Bagaimanakah seseorang guru boleh berjaya dalam mewujudkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan ialah apabila guru menguasai ilmu isi kandungan dan ilmu
pedagogi yang mantap dalam bidangnya. Formula atau model yang perlu ada dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah pendekatan-pendekatan yang
melibatkan penggabungjalinan ilmu isi kandungan dan ilmu pedagogi secara bersepadu
dan bermakna (Julismah Jani 2006). Kemampuan guru melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan boleh direalisasikan sekiranya guru bermotivasi dan
komited terhadap bidang profesion keguruan yang diceburinya. Guru Pendidikan Jasmani
seharusnya pakar dalam pelbagai bidang sukan dan kecergasan fizikal bagi menentukan
bagaimana cara mereka menyampaikan ilmu dan sejauh mana murid belajar dalam satusatu unit isi kandungan pelajaran.

14

Salah satu aspek penting pengajaran seseorang guru ialah penguasaan dalam teras
pengetahuan mengajar (knowledge based of teaching) secara interaktif dan mendalam
(KPM 2002). Dalam memilih dan melantik guru penasihat kelab sukan sekolah, pihak
pengurusan perlulah mengambil kira aspek-aspek kepakaran sedia ada daripada guruguru itu sendiri. Kepakaran ini merujuk kepada penglibatan guru tersebut dari bangku
sekolah lagi, di Institut Pendidikan Guru (IPG) atau di Universiti. Sememangnya bukan
semua guru mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang sukan, namun sekurangkurangnya pengalaman sejak dari bangku sekolah juga boleh dijadikan asas kepada
pertimbangan bagi pelantikan seorang guru itu sebagai guru penasihat sesebuah kelab
sukan sekolah (KPM 2012).
Semenjak kokurikulum diwajibkan perlaksanaannya, beban tugas guru semakin
bertambah rencam dan ada sesetengah guru merasakan ia memberikan suatu bebanan
buat mereka dalam memberikan komitmen sepenuhnya. Kajian yang dilakukan oleh
Zainal (1999) ke atas 72 orang guru untuk menilai persepsi guru-guru terhadap
perlaksanaan dan penyeliaan kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah menengah di
Negeri Sembilan menunjukkan bahawa faktor utama yang menghalang perlaksanaan
kokurikulum dengan berkesan hingga boleh mempengaruhi penglibatan pelajar ialah guru
kurang berpengalaman dan kursus kurang disediakan untuk guru. Disamping itu,
kurangnya seliaan daripada pihak pentadbiran menjadi salah satu faktor juga dan guru
juga kurang menerima penghargaan daripada pihak sekolah sekiranya dia merupakan
seorang guru yang aktif.
Isu 2: Kemudahan fizikal dan alatan
Kemudahan infrastruktur dan peralatan untuk menjalankan aktiviti pendidikan jasmani.
Kawasan lapang seperti gelanggang permainan, padang bola dan ruang-ruang yang agak
luas memainkan peranan penting dalam menjalankan sesuatu aktiviti. Kekangan yang
dihadapi oleh sekolah bandar ialah mendapatkan kawasan padang permainan yang agak
luas disebabkan faktor nilai hartanah yang tinggi. Kawasan sekolah menjadi semakin
sempit, ruang untuk sekolah menyediakan kemudahan agak terhad. Sebaliknya, sekolahsekolah di kawasan pedalaman menghadapi kekangan dari segi kemudahan peralatan.

15

Jika ditinjau di sekolah-sekolah pedalaman dan luar bandar, jumlah peruntukan untuk
membeli peralatan sering digunakan untuk pembangunan sekolah. Akibatnya pelajar
terpaksa menggunakan peralatan yang agak uzur, alatan yang dah dimakan usia dan tidak
selamat untuk digunakan. Seandainya pihak pentadbir sekolah kurang berminat dalam
bidang sukan, maka tumpuan yang agak kurang diberikan, begitu juga sebaliknya.
Guru-guru terpaksa menggunakan kreativiti masing-masing dalam pengajaran
mereka bagi menarik minat pelajar. Sesuatu kurikulum yang dibentuk bergantung kepada
kemudahan dan peralatan yang sedia ada. Sekolah sebagai tempat pelaksanaan kurikulum
bertanggungjawab ke atas kemudahan dan peralatan untuk kegunaan kelas pengajaran
dan juga untuk aktiviti-aktiviti bukan pengajaran. Ini menunjukkan bahawa kemudahan
dan peralatan merupakan salah satu aspek yang penting dalam pelaksanaan sesuatu
kurikulum, termasuk kurikulum Pendidikan Jasmani. Penglibatan pelajar akan menjadi
lebih aktif sekiranya peralatan yang digunakan adalah mencukupi (Mohd Sofian 2006).
Kajian Mustafa Kamal (2000) mendapati bahawa peralatan, kelengkapan dan
kemudahan kurang diberi perhatian oleh pihak sekolah. Selain itu, hasil kajian juga
mendapati ibu bapa kurang mendorong penglibatan anak-anak dalam kegiatan
kokurikulum. Beliau turut menyatakan hanya faktor minat dan rakan-rakan sebaya dapat
membantu membina kesedaran pelajar terhadap kepentingan aktiviti kokurikulum.
Dapatan kajian dalam Mohd Jaflus (2008) menunjukkan faktor penghalang utama kepada
penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum ialah faktor struktur. Maka dengan itu,
pihak Kementerian Pelajaran hendaklah menyediakan peruntukan yang lebih besar
kepada sekolah agar pihak sekolah dapat merancang dan seterusnya memperlengkapkan
kemudahan dan peralatan di sekolah-sekolah sebagai strategi menarik minat pelajar untuk
menyertai aktiviti sukan.
Isu 3: Sikap Guru, Pelajar dan Ibu Bapa
Walaupun sumbangan aktiviti kokurikulum kepada pendidikan diakui namun konsepnya
masih lagi kurang difahami sehinggakan ada yang masih menganggap bahawa
kokurikulum adalah merupakan kegiatan luar (Adnan 1990). Oleh sebab itu, kadang kala
terdapat program kokurikulum dilaksanakan secara sambil lewa dan aktiviti dijalankan

16

secara ringkas dan tergesa-gesa serta tidak diberi keutamaan seperti mata pelajaran
akademik. Kebanyakan pelajar beranggapan kegiatan kokurikulum kurang penting dan
dilihat membuang masa kerana ianya tidak dinilai sebagaimana kegiatan yang melibatkan
akademik (Mohd Jaflus 2008).
Dalam kajian Mohd Suzli (1997), mendapati terdapatnya masalah-masalah di
dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulm. Dapatan kajian beliau menunjukkan sekolahsekolah yang dikaji bukan sahaja menghadapi masalah kewangan, kemudahan dan
peralatan yang tidak mencukupi serta penjadualan yang tidak bersistem tetapi juga
mendapati bahawa kebanyakan guru kokurikulum tidak mempunyai kemahiran dalam
aktiviti kokurikulum yang dikendalikan. Kebanyakan murid yang yang menjadi sampel
dalam kajian melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dan mereka yang terlibat secara
aktif didorong oleh diri sendiri, guru, rakan dan ibu bapa. Manakala murid yang tidak
terlibat dengan aktivit kokurikulum memberikan alasan bahawa mereka terpaksa
menolong ibu bapa di rumah dan juga disebabkan oleh kekurangan peralatan dan
kemudahan kokurikulum di sekolah.
Guru yang dilantik sebagai penasihat kokurikulum perlulah peka terhadap surat
pekeliling yang diedarkan oleh kementerian serta memahami dan mengetahui isi
kandungannya. Selain itu, guru penasihat sukan perlulah memahami, mematuhi tatacara
tindakan sebelum, semasa dan selepas aktiviti sukan dijalankan agar setiap kegiatan
kokurikulum tidak mendatangkan masalah kepada guru yang bertugas dan juga muridmurid. Bagi murid yang mempunyai masalah kesihatan dan mempunyai surat pengesahan
doktor perlulah mendapat perhatian daripada guru penasihat agar tidak mendatangkan
mudarat kepada murid sekiranya dikehendaki melakukan sebarang aktiviti sukan. Walau
bagaimanapun, murid yang mengalami kesihatan digalakkan melibatkan diri dalam aspek
pengelolaan aktiviti yang dijalankan seperti menjadi penanda check point bagi aktiviti
seperti kejohanan merentas desa sekolah.

17

ELEMEN 3
4.0

Mengukuhkan dan Memperluas Rancangan Integrasi Murid Untuk


Perpaduan

(RIMUP). Mulai 2016 Untuk Memudah Cara Interaksi Antara

Jenis Sekolah, Kumpulan Etnik dan Sosioekonomi.


Pada hari ini, kementerian menjalankan program aktiviti rentas sekolah, iaitu RIMUP
bagi memupuk interaksi yang lebih kukuh antara murid dari berlainan jenis sekolah. Pada
masa hadapan, kekerapan dan intensiti program akan ditingkatkan dan disasarkan kepada
sekolah yang mempunyai populasi murid yang homogen seperti sekolah jenis kebangsaan
dan sekolah agama. Kementerian juga akan memperluaskan program ini dengan
melibatkan sekolah swasta. RIMUP dijalankan untuk menunjukkan perpaduan antara
kaum di negara kita serta

melahirkan insan-insan yang berlainan kaum, agama,

dan budaya supaya dapat hidup dan bekerjasama dengan harmonis bagi mewujudkan
masyarakat dan negara yang aman dan damai. RIMUP juga memberi peluang kepada
guru-guru dan murid-murid dari sekolah berlainan aliran berintegrasi dengan aktif dan
positif
Rancangan ini merupakan suatu komponen yang sangat penting dalam usaha
mengeratkan hubungan antara pelajar dan juga guru. Pelajar - pelajar daripada ketiga
-tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India dapat bersama -sama mengambil bahagian
dalam aktiviti yang dianjurkan. Aktiviti yang dianjurkan ini dibahagikan kepada aspek
kebudayaan, akademik dan permainan. Dari segi kebudayaan, RIMUP kebiasaannya
diadakan sempena perayaan Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.
Melalui RIMUP, kita boleh saling mengenali budaya dan adat kaum masing- masing.
Sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masyarakat dan
negara ke arah yang lebih baik. Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat
majmuk di mana setiap dasar yang dilaksanakan perlu selari dengan keperluan
masyarakat. Dasar pendidikan yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan untuk memberi
pelajaran di sekolah semata-mata tetapi sebagai alat untuk merealisasikan perpaduan

18

bangsa. Melalui sistem persekolahan, masyarakat dibentuk dengan memberi pelajaran


kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, dan warna kulit.
Sistem pendidikan, melalui sistem persekolahan, merupakan elemen yang penting
bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat dari segi
ekonomi, politik, dan sosial. Sistem persekolahan bukan sahaja berperanan untuk
memberi pelajaran kepada masyarakat semata-mata, bahkan ia merupakan saluran untuk
menyampaikan kepada rakyat berkenaan dengan wadah perjuangan negara yang sangat
mementingkan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai
perpaduan. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum,
agama, dan adat resam di mana ia dikenali sebagai masyarakat majmuk. Pelaksanaan
sistem pendidikan yang dijalankan perlu mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat
Malaysia.
Masyarakat Malaysia yang terdiri dari bangsa Melayu, Cina, India, lain-lain etnik,
dan beragama Islam, Buddha, Hindu, dan Kristian menjadi rujukan pihak pemerintah
sebelum sesuatu dasar dirangka agar manfaat dan faedah dapat dirasai oleh semua
golongan masyarakat. Melalui pendidikan, nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati,
bertoleransi, bekerjasama, dan aspek-aspek moral diterapkan kepada masyarakat yang
bertujuan untuk melahirkan pewaris negara yang berkualiti, bertanggungjawab, berdaya
saing, bijak, dan mempunyai sifat patriotik di mana ia penting untuk memupuk perpaduan
di kalangan masyarakat.
Pendidikan pula dapat menyeimbangkan sosioekonomi antara kaum dan
kumpulan etnik di mana ia dapat dilihat melalui peluang-peluang pekerjaan, pendapatan,
dan pegangan ekuiti (Robiah Sidin, 1994). Apabila keadaan ini tercapai, kestabilan
ekonomi, politik, dan sosial akan dapat berkembang maju. Contohnya pada zaman
pemerintahan Inggeris, punca kaum Melayu mundur dan miskin adalah disebabkan
mereka tidak diberikan peluang yang sama untuk mendapat pendidikan. Ini juga menjadi
penyebab utama perpaduan yang erat di kalangan masyarakat majmuk sukar untuk
dicapai. Hal ini mempunyai kaitan yang rapat dengan dasar dan sistem pelaksanaan
pendidikan yang tidak meliputi semua golongan masyarakat.

19

Pendidikan, mengikut Plato, ialah suatu proses membentuk individu yang


berakhlak mulia. Menurut Jean Jacues Rousseau pula, pendidikan sebagai suatu proses
yang berterusan dan bermula dari masa kanak-kanak lagi. Dalam proses ini, segala
kebolehan semulajadi lahir dengan sendirinya mengikut kehendak dan peraturan semula
jadi (Mok Soon Sang 2000). Masyarakat dan pendidikan adalah bergerak seiring kerana
pendidikan adalah acuan membentuk insan.
4.1

KONSEP INTEGRASI DAN PERPADUAN

Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan
kumpulan yang terpisah daripada segi budaya, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit
politik. Manakala, perpaduan pula boleh diertikan sebagai satu proses yang
menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air
(Shamsul Amri 2007).
Jika digabungkan kedua-dua perkataan ini, integrasi perpaduan bermaksud
mewujudkan satu masyarakat bersatu padu dengan satu identiti nasional. Kerjasama ini
boleh dibentuk melalui integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan dan
politik. Dalam konteks politik di Malaysia, integrasi dan perpaduan tidak banyak
melibatkan unsur-unsur asimilasi tetapi lebih mirip kepada integrasi, akomodasi dan
akulturasi.
Menurut Ting Chew Peh (1987), proses mencapai sebuah masyarakat integrasi
bukanlah sesuatu yang mudah. Integrasi adalah suatu proses yang kompleks.Kata-kata
Ting Chew Peh ini memang tidak boleh dinafikan kebenarannya. Kita dapat lihat setiap
kaum membawa hal masing-masing daripada pelbagai sudut seperti sejarah, pendidikan,
sosial, politik, ekonomi dan sebagainya. Boleh dikatakan kebanyakannya bersifat
perkauman. Ia telah berakar umbi sejak dahulu lagi, sebelum, semasa dan selepas
merdeka. Usaha ke arah mengintegrasikan perpaduan berasaskan satu identiti nasional
tidak dapat diterima oleh orang bukan Melayu.

20

4.2

HALA TUJU SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA KE ARAH


PERPADUAN NASIONAL

Kementerian Pelajaran Malaysia memainkan peranan yang sangat penting dalam


membawa perubahan pendidikan di Malaysia sejak sekian lama lagi. Misi Kementerian
Pelajaran Malaysia ialah membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf
dunia, di samping memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi
aspirasi negara. Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan matlamat, iaitu melahirkan
bangsa Malaysia yang taat setia, bersatupadu, beriman, berakhlak mulia, berilmu,
berketerampilan, sejahtera, menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan
kemajuan negara, dan memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara.
Melalui PIPP 2006-2010, 6 teras strategik telah digariskan, iaitu: (1) Membina
negara-bangsa, (2) Membangunkan modal insan, (3) Memperkasakan sekolah
kebangsaan, (4) Merapatkan jurang pendidikan, (5) Memartabatkan profesyen perguruan,
dan (6) Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Jika dikaji secara teliti, ternyata
enam strategik yang digariskan itu mampu untuk membawa perubahan kepada sistem
persekolahan yang berperanan sebagai alat perpaduan. Strategik yang pertama iaitu
pembinaan negara bangsa sangat ditekankan oleh kerajaan untuk dilaksanakan kerana
melaluinya perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dapat
diperkukuhkan lagi. Pelan rancangan ini seiring dan dapat merealisasikan matlamat
utama pendidikan kebangsaan negara sejak merdeka, iaitu matlamat pendidikan untuk
perpaduan bangsa Malaysia. Sebab itu sekolah memainkan peranan yang penting untuk
menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa untuk menjalinkan
hubungan baik dan saling bertoleransi.
Apabila mereka pulang ke rumah, hubungan antara bangsa yang berbeza
terhenti kerana di rumah mereka hanya bergaul dengan keluarga, bahasa yang digunakan
adalah bahasa ibunda, dan untuk keluar bersama jarang dilihat. Masyarakat Malaysia
lebih selesa dan kerap keluar ke mana sahaja bersama-sama dengan sahabat yang sama
bangsa, agama, dan budaya. Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa hanya bertemu

21

di pasar, di tempat awam, dan pejabat kerana atas urusan kerja dan kemudian mereka
pulang ke rumah.
Jadi, melalui sistem persekolahan, mereka yang berbilang bangsa dapat saling
kenal-mengenal dan berinteraksi dengan baik. Dari ketika itu mula wujud hubungan
antara masyarakat dan seterusnya membina perpaduan nasional yang kukuh. Perpaduan
yang erat dapat dikekalkan dan diperkukuhkan melalui dasar-dasar yang kerajaan
laksanakan. Strategik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang ketiga adalah
memperkasakan sekolah kebangsaan, iaitu sekolah rendah dan menengah, merupakan
usaha yang bertepatan dengan keperluan semasa kerana melaluinya masyarakat
mempunyai kepercayaan serta keyakinan yang tinggi untuk menghantar anak-anak
mereka ke sekolah kebangsaan.
Dalam petikan my suara. net Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin berkata Sebagai sebuah negara yang masih muda, Malaysia amat bergantung
kepada perpaduan rakyat untuk mencipta kemajuan yang lebih gemilang, Katanya,
dengan perpaduan, masyarakat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama
telah menikmati pelbagai kejayaan sejak merdeka hingga kini."Tanpa perpaduan, rakyat
di negara kita tidak mungkin dapat hidup dalam suasana yang harmoni, apatah lagi untuk
bergiat dalam pelbagai sektor ekonomi.
"Oleh sebab itu kita mestilah sentiasa memelihara dan memperkukuhkan lagi
perpaduan yang kita nikmati selama ini", katanya semasa berucap merasmikan majlis
makan malam Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) sempena ulang tahun ke22, di Bandar Sunway. kerajaan telah dan sedang melaksanakan pelbagai usaha untuk
memperkukuhkan perpaduan rakyat khususnya menerusi sistem pendidikan negara.
Muhyiddin turut berkata dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)20132025, kerajaan memberi tumpuan khusus kepada usaha memperkukuhkan perpaduan di
kalangan murid. Katanya, antara langkah yang diambil di bawah pelan itu ialah menerusi
program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) di samping
meningkatkan penguasaan Bahasa Kebangsaan sebagai alat perpaduan.

22

4.3

ISU DAN MASALAH SISTEM

SEKOLAH PELBAGAI ALIRAN

DALAM SISTEM PENDIDIKAN


Memasuki tahun 2010 telah menjadikan sistem pendidikan di Malaysia bergerak seiring
dengan keperluan semasa kerana masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus
pemodenan dan globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan
sistem persekolahan lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis
kebangsaan Cina, dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Seringkali isu-isu berkenaan
dengan sistem persekolahan dibincangkan dan diperdebatkan yang akhirnya tiada jalan
penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan yang baru. Isuisu sistem persekolahan merupakan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang
berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapat persetujuan
daripada masyarakat yang mempunyai pandangan dan kepentingan yang berbeza.
Seringkali setiap keputusan, sama ada yang hendak mahupun yang telah dibuat,
dipengaruhi oleh politik tanah air yang bermula sejak zaman penjajah lagi. Umum
mengetahui bahawa pihak kerajaan sentiasa memainkan peranan bagi menaikkan mutu
pendidikan kebangsaan, tetapi sejauh mana setiap tindakan yang diambil dapat
menyelesaikan masalah yang timbul. Sistem persekolahan Malaysia kini masih tidak
banyak berubah dari aspek perpaduan kaum. Murid-murid dan pelajar-pelajar dapat
menjadikan sekolah sebagai asas permulaan membina hubungan baik sesama mereka di
mana di sekolah, mereka dapat beramah mesra, bergaul, bersukan, makan bersama, saling
kenal mengenal, dan merapatkan hubungan silaturahim.
Namun begitu, kewujudan sekolah yang pelbagai aliran seperti sekolah
kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil telah menjejaskan perpaduan
kaum di Malaysia. Walaupun elemen ketiga dalam anjakan ketiga ini telah dilaksanakan
iaitu rancangan integrasi murid untuk perpaduan yang mewajibkan ketiga-tiga jenis aliran
sekolah ini terlibat dalam setiap program yang dijalankan namun ianya tetap tidak
mencukupi untuk menggalakkan perpaduan antara kaum. Kini, kewujudan sekolah
pelbagai aliran sudah tidak relevan untuk diguna pakai kerana sekiranya ia masih
diteruskan, maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan semakin pudar. Hal

23

demikian kerana sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang


berbilang bangsa bertemu untuk saling mengenal.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengatakan bahawa
beliau sedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya satu sistem sekolah sahaja yang
diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk mengikuti satu sistem
persekolahan. Dalam melaksanakan dasar baru itu, kerajaan perlu mengambil kira
kehendak rakyat kerana tidak mahu timbul perbalahan dan kesan buruk kepada rakyat.
Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum bersetuju untuk menggunakan satu
sistem sekolah sahaja. Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu menggunakan
sistem sekolah pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka dan
menjamin hak-hak mereka.
Idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu dilaksanakan kerana
melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat dapat dipupuk. Pelaksanaan sekolah
satu aliran tidak akan menyebabkan kehilangan identiti kaum tertentu, malah ia akan
terus menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarakat Malaysia.
Masyarakat Cina, India, dan semua kaum masih boleh mengekalkan penggunaan bahasa
ibunda mereka, walaupun belajar di sekolah yang sama aliran.
Di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bilangan murid-murid
Melayu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan sekolah kebangsaan. Keadaan ini
menunjukkan jurang yang begitu luas antara murid-murid Melayu, Cina, dan India.
Masalah ini disebabkan oleh penggunaan bahasa, iaitu bahasa Melayu, Cina, dan Tamil
yang menjadi faktor utama wujud jurang pendidikan antara masyarakat. Contohnya, di
sekolah kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tidak diterapkan; manakala di sekolah jenis
kebangsaan Cina dan Tamil, bahasa Melayu bukan bahasa utama. Jadi, wujud dua
keadaan yang berbeza dan masalah ini sering berlanjutan sehingga kini.
Perkembangan pendidikan di Malaysia ternyata mengalami banyak perubahan,
terutama sejak zaman penjajahan hinggalah zaman selepas merdeka. Perkembangan
masyarakat seiring dengan perkembangan dasar-dasar negara yang sentiasa dibuat
penambahbaikan bagi memastikan keperluan rakyat terbela. Perubahan dalam sektor

24

pendidikan menjadi intipati penting dalam pengukuhan perpaduan negara ke arah yang
lebih baik kerana pendidikan menjadi peneraju pembentukan masyarakat.
Aspek-aspek murni amat ditekankan dalam pendidikan kerana sebagai sebuah
masyarakat majmuk, nilai-nilai murni perlu ada dalam diri setiap masyarakat. Namun,
walaupun banyak perubahan yang telah dilakukan, kelemahan-kelemahan masih lagi
wujud dan perlu diambil serius oleh pihak kerajaan untuk menyelesaikannya dengan
segera. Kelemahan yang wujud umpama barah yang akan merebak menjadi semakin
besar, malah boleh menyebabkan perpecahan dalam masyarakat. Masalah-masalah yang
melibatkan isu-isu antara kaum perlu diselesaikan segera, bukan dibiarkan senyap begitu
sahaja.
Oleh itu, untuk mencapai matlamat perpaduan negara yang kukuh, seluruh
masyarakat perlu berganding bahu, seiring dengan usaha murni kerajaan melalui dasardasar dan rancangan baru. Mutu pendidikan yang sempurna serta hubungan masyarakat
yang harmoni menjadi tunggak kejayaan yang akan menjadikan Malaysia sebuah negara
maju dan dapat merealisasikan Wawasan 2020.
5.0

KESIMPULAN
Pihak sekolah dan ibu bapa harus berganding bahu memainkan peranan masing-

masing. Kepelbagaian jenis budaya sekolah yang wujud bukanlah menjadi faktor utama
kepada halangan yang ingin dicapai melalui cita-cita murni anjakan 3ini. Seharusnya
tiga elemen yang digariskan bagi mencapai matlamat ini iaitu memperkukuh Pendidikan
Islam, Pendidikan Moral dan elemen sivik menjelang tahun 2017, mengukuhkan
keperluan penyertaan murid dalam 1 sukan, 1 kelab dan1 badan beruniform,
mengukuhkan dan memperluas RIMUP mulai 2016 perlu diberi perhatian yang serius
oleh semua pihak. Oleh itu, semua pihak harus memainkan peranan penting dalam
melahirkan masyarakat Malaysia yang menghayati nilai. Perancangan yang baik namun
tidak disusuli dengan gerak kerja yang terancang daripada pihak pelaksana menyebabkan
harapan dan hasrat murni ini sukar untuk dicapai. Semoga hasil dari keprihatinan
terhadap penanaman nilai dan moral akan memberi kesan yang positif dalam
pembangunan nilai pelajar. Kesepaduan antara kepelbagaian ilmu dan disusuli dengan

25

keprihatinan daripada semua menjadi kunci keberhasilan melahirkan masyarakat


Malaysia yang menghayati nilai.
RUJUKAN
Adnan Khamis. 1990. Sikap Pelajar Terhadap Kegiatan Kokurikulum Pergerakan
Beruniform.

Satu Kajian Awal. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Barman, P., & Bhattacharyya, D. 2012. Vivekanandas Thoughts On Man-Making


through Moral Values and Character Development and Its Present Relevancy in
School Education. behaviour, 1(2).
Chuhan, S. 2013. A Study of Perceived diversity Climate in Relation to Organizational
Acculturation, Agreeableness adn Previous Acquaintance with Various Social
Group.
Husain, F. C., & Kadir, F. A. A. 2012. Contribution of the Islamic and Asia Civilization
(TITAS) towards Holistic Formation of Students in Public Higher Learning
Institutions Malaysia). Journal of Al-Tamaddun, 7(1). Julismah Jani. 2006.
Peranan Guru dalam Memacukan Pembangunan Sukan di Malaysia. Konvensyen
Sukan Antarabangsa Teluk Danga Mac, 2006 di Johor Bahru, Johor.
Julismah Jani. 2006. Peranan Guru dalam Memacukan Pembangunan Sukan di Malaysia.
Konvensyen Sukan Antarabangsa Teluk Danga Mac, 2006 di Johor Bahru, Johor.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2000. Dokumen Undang-undang, Tatacara Dan
Kaedah Pelaksanaan Kokurikulum Di Sekolah-sekolah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2011. Panduan Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu
Sukan. Putrajaya: Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2017 Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.

26

Kerry,

S.

2014.

Better

Way

to

Say

Sorry.

Retrieved

from

http://www.cuppacocoa.com/a-better-way-to-say-sorry/
Khadijah Rohani Mohd Yunus. 2008. Pembentukan Tingkah Laku Pro-sosial dan Insan
Berkualiti. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Pendidikan Akhlak dan Moral.
Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Fakulti Pendidikan, Universiti
Malaya.
Lumpkin, A. 2002. Introduction to Physical Education, Exercise Science, and Sport
Studies (5th ed.). Boston, MA: McGraw-Hill.
Mohd Anuar Abdul Rahman & Nor Azah Azman. 2011. Peranan Pengetua Sebagai
Pengurus Kokurikulum di Sekolah Menengah Daerah Mersing. Journal of
Educational Management, 1:14-30.
Mohd Jaflus Bahari. 2008. Faktor-Faktor yang Menghalang Penglibatan dalam Kegiatan
Kokurikulum. http://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/jaflus.pdf. [13 Mei
2014].
Mohd. Nasir bin Omar.1986. Falsafah etika: perbandingan pendekatan Islam dan Barat.
Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Hal Ehwal Islam.
Mohd Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof & Borhan Yusof. 2002. Kokurikulum,
Peranan dan Implikasi. Kuala Lumpur: Sanon Printing.
Mohd Sofian Omar Fauzee. 2006. Kaedah mengajar Pendidikan Jasmani. Shah Alam:
Karisma.
Mohd Suzli Abdullah. 1997. Permasalahan Aktiviti Kokurikulum Sekolah-Sekolah
Menengah Agama Yayasan Islam Kelantan di Daerah Pasir Mas. Tesis tidak
diterbitkan. Universiti Utara Malaysia.
Mok Soon Sang. 2000. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd., edisi ketujuh.

27

Mustafa Kamal Ali. 2000. Faktor yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar Melayu
Tingkatan Empat dalam Aktiviti Kokurikulum di Rancangan Felda Daerah
Segamat Selatan. Tesis yang tidak diterbitkan: Universiti Teknologi Malaysia.
Othman, M. K., & Suhid, A. 2010. Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan
Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Murni: Satu Sorotan. MALIM-SEA
Journal of General Studies, 11, 117-131.
Othman, M. K. H., Suhid, M. D. A., Rashid, A. M., & Roslan, M. D. S. 2013.
Hubungan Faktor-faktor Sosial dengan Penghayatan Nilai Murni Pelajar Sekolah
Menengah(The Relationships between Social Factors and the Internalization of
Noble Values Among Students at Secondary School). Journal of Applied
Research in Education, 17, 56-76.
Pusat Perkembangan Kurikulum. 2005. Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran
Nilai Merentas Kurikulum KBSR I KBSM. Kuala Lumpur: Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Robiah Sidin. 1994. Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk Masa Depan. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik. Putrajaya: Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia.
Ting Chew Peh. 1987. Hubungan Ras dan Etnik. Kuala Lumpur: Pustaka Dimensi.
Wee, E.H. 1994. Organisasi dan Pentadbiran Sukan dan Pendidikan Jasmani. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.
www.mysuara.net/index.php/berita/5446-malaysia-bergantung-kepada-perpaduan-rakyattpm
Zainal Sabu. 1999. Persepsi guru-guru terhadap perlaksanaan dan penyeliaan kegiatan
kokurikulum di Sekolah Menengah di N.Sembilan. Tesis yang tidak diterbitkan
Universiti Malaya.

28

Zaharah Hussin. 2005. Mendidik Generasi Berakhlak Mulia: Fokus Peranan Guru
Pendidikan Islam. Jurnal Masalah Pendidikan, 28: 79-94.

You might also like