You are on page 1of 4

3.

USAHA DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN

1) Sistem persekolahan yang sama bagi semua kaum


Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan sekolah-sekolah jenis
umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa
Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan. Laporan ini telah menjadi
rujukan sebagai dasar pendidikan kerajaan sehingga kini dan bahasa Melayu telah
menjadi bahasa pengantar di semua peringkat sekolah.
2) Bahasa kebangsaan menjadi bahasa pengantar utama
Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah
melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan
persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa
menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni
antara kaum di negara ini.
3) Kurikulum yang sama
Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu
pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan
kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahliahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan
pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara
Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita
negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun Negara di samping
menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara (modal insan).

4) Sukatan pelajaran yang seragam


Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah
diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan
adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah

terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses
menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang
sama
5) Peperiksaan yang sama
Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah
diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan
adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah
terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses
menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang
sama

4.0

KESAN PERPADUAN DALAM PENDIDIKAN TERHADAP NEGARA


Bagi merealisasikan impian wawasan 2020.Pendidikan, Sekolah wawasan
ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat cinta
akan Negara terutamanya golongan yang lahir selepas merdeka yang kurang memahami
konsep bangsa Malaysia. Dengan melalui sekolah wawasan ini membolehkan muridmurid di sekolah rendah memahami sama satu lain walaupun berasal dari pelbagai jenis
bangsa dan latar belakang yang berbeza. Apabila anak melayu, cina, india dan kaum lain
berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan sudah tentu dapat melahirkan satu
generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya. Secara tidak langsung sifat teloransi
dan persefahaman antara kaum dapat dipupuk. Hal ini akan mewujudkan sebuah Negara
yang bersatu padu.
Selain itu, kerajan berusaha mencapai perpaduan melalui ko-kurikulum di peringkat
sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi menampakkan hasil yang positif.
Melalui aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti kebudayaan, keseniaan dan sukan
menampakkan semangat perpaduan diantara pelajar-pelajar pelbagai kaum. Aktiviti
sebegini boleh merapatkan hubungan dan membangkitkan semangat tolong-menolong,
semangat setiakawan dan saling percaya-mempercayai di antara pelajar-pelajar pelbagai
kaum yang terlibat. Penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang ko-kurikulum akan
melahirkan individu pelajar yang berfikiran terbuka dan matang dalam perhubungan dan
bersosial.
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar juga member kesan yang
positif dalam mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid. Apabila murid berbilang
kaum di peringkat awal didedahkan dengan kepelbagaian bangsa dan agama di sekolah
rendah lagi, usaha untuk membentuk satu masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu
dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Di sekolah, murid-murid yang berbilang kaum
akan berinteraksi, bergaul , bermain dan sebagainya semasa melakukan aktiviti- aktiviti
semasa P & P ataupun aktiviti kokurikulum. Dengan cara ini, generasi Malaysia yang
lebih bersefahaman, bekerjasama dan bersatu padu mampu dilahirkan. Selain itu,
menerusi sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan, sifat perpaduan kaum dapat dipupuk dalam kalangan murid. Jelasnya,

generasi muda akan sedar akan peranan mereka untuk mengukuhkan perpaduan kaum
menerusi peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah.

You might also like