You are on page 1of 15

TIGA OBJEKTIF PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA

(PPPM 2013-2025)
Salam.
Sistem pendidikan negara dapat diperkasa dan dibangunkan secara
berterusan menerusi Pelan Pembangunanan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 yang dirangka berasaskan tiga objektif khusus
supaya Malaysia mampu berdaya saing pada peringkat global.
Menurut PPPM 2013-2025 yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 September
2013 yang lalu, tiga objektif itu ialah:
1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan
Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada
pendidikan, peningkatan standard (kualiti), merapatkan jurang
pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan
murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem.
2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem
pendidikan dan murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga
2025.
3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk
sistem pendidikan termasuk perubahan utama dalam kementerian
yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan
jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi awam.

Read more: http://kopibiarpekat.blogspot.com/2013/09/tiga-objektif-pelanpembangunan.html#ixzz3UqOoaF7h


http://mimbarkata.blogspot.sg/2013/09/pelan-pembangunan-pendidikanmalaysia.html
http://www.slideshare.net/mdujai/2013-2015-29160496
http://insanwardah.blogspot.sg/2013/02/blueprint-pelan-pembangunanpendidikan.html
http://salmiahabdulkadir.weebly.com/
http://deriakacamata.blogspot.sg/2013/07/reka-bentuk-pengajaran.html
http://treebuilder.blogspot.sg/2010/11/bab-2-reka-bentuk-pengajaran.html
https://www.scribd.com/doc/21170941/Teknologi-Pengajaran-danPembelajaran-reka-bentuk-pengajaran-sid#download
https://www.scribd.com/doc/25848277/Model-Assure#download

http://www.slideshare.net/sahronzulkepli/pendidikan-abad-ke-21-dan-skype
http://www.slideshare.net/farisha85/pembelajaran-abad-ke21
https://www.scribd.com/doc/251777824/Pengajaran-dan-PembelajaranAbad-21
http://www.academia.edu/7945265/SOALAN_1_MODEL_ASSURE?
login=&email_was_taken=true&login=&email_was_taken=true
http://gengkenyalangsejarah.blogspot.sg/2012/10/model-assure_8.html
http://www.slideshare.net/limteongyam/kpt6043-tugasan-2-model-assure5120054

Kemahiran berfikir antara enam ciri utama murid yang menjadi aspirasi
kementerian untuk mereka berupaya bersaing pada peringkat global.
Pelajar tak lagi menghafal
Ini bermakna, kurikulum yang digubal menerusi PPPM berhubung HOTS
ialah inisiatif supaya pelajar tidak lagi hanya menghafal untuk
menghadapi peperiksaan, sebaliknya tahu menggunakannya.
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Dasar dan Pembangunan
Pendidikan), Datuk Dr Amin Senin, berkata transformasi itu akan
mengubah pengajaran dan pembelajaran yang sebelum ini lebih bertumpu
kepada peperiksaan dan menghafal.
Kita dapati keputusan pelajar Malaysia dalam ujian Trend Pendidikan
Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Murid
Antarabangsa (PISA) tidak berada pada tahap memuaskan.
Kajian mendapati antara punca kepada keadaan itu ialah soalan dalam
kedua-dua ujian yang menjadi penanda aras tahap pendidikan
antarabangsa berbentuk HOTS, iaitu bukan mengingat sesuatu fakta, tapi
bagaimana hendak menggunakannya.
Kita menyedari kelemahan itu, seterusnya membuat cadangan dalam
PPPM supaya HOTS diberi penekanan, katanya kepada BH di sini.

Beliau berkata, walaupun HOTS wujud dalam kokurikulum sebelum ini,


tidak dilaksanakan secara berfokus, sebaliknya konsep pemikiran itu
hanya diharap digunakan pelajar secara semula jadi.
Katanya, pelaksanaan HOTS di bawah PPPM kali ini difokuskan kepada
subjek Sains, Matematik dan Sejarah serta dilakukan secara menyeluruh
membabitkan proses pengajaran dan pembelajaran, soalan peperiksaan,
penyediaan alat bantuan mengajar, malah diterapkan dalam aktiviti
kokurikulum seperti kuiz dan pertandingan.
Konsep soalan peperiksaan ada elemen HOTS
Katanya, bagi memastikan pelajar mengaplikasi kemahiran berfikir,
kementerian juga mengubah konsep soalan peperiksaan dengan
memasukkan elemen HOTS dalam soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara berperingkat.

Sasaran Kementerian Pendidikan ialah sebanyak 40 peratus soalan HOTS


dimasukkan dalam kertas soalan UPSR, manakala SPM (50 peratus)
menjelang 2016, katanya.
Beliau berkata, untuk memastikan pelaksanaannya berjaya, guru terlebih
dulu perlu mengikuti kursus jangka pendek dalam program i-Think
kendalian Agensi Inovasi Malaysia, bagi membolehkan mereka menguasai
teknik berfikir HOTS.

Tahun ini, guru dari 500 sekolah dihantar mengikuti program ini dan
tahun depan, kita mahu guru dari semua sekolah negara ini mengikuti
kursus itu.
Mereka akan pulang ke sekolah dan berkongsi kemahiran itu dengan
rakan sejawatan seterusnya mengajar murid menggunakan teknik
terbabit, katanya.
Lebih interaktif
Mengulas lanjut, Amin berkata, penekanan terhadap HOTS secara tidak
langsung mengubah corak dan proses pembelajaran dalam kelas,
menjadikannya lebih interaktif kerana memerlukan pembabitan aktif
pelajar dan guru.
Kita tidak lagi melihat proses sehala dengan guru berada di depan kelas
mengajar, manakala murid hanya menyalin dan menghafal.
Sebaliknya guru perlu menggalakkan murid banyak bertanya dan
membiarkan mereka meneroka rasa ingin tahu terhadap sesuatu perkara
yang diajar, seterusnya mengaitkannya dalam kehidupan, katanya.

Amin berkata, kejayaan pelaksanaan itu akan dinilai daripada keputusan


peperiksaan pelajar, terutama cara pelajar menjawab peperiksaan
berbentuk HOTS.

Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang
berkesan bagi membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan
sikap yang diharapkan serta digemari oleh para pelajar. Pengajaran yang dirancang
dengan teliti dan lengkap mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan
hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membina disiplin yang positif. Ini
kerana pengajar dapat melaksanakan pengajaran dengan lancar dan menarik serta
tidak membazir masa dan sistematik.
Dalam proses pemilihan bahan pula sesuatu model reka bentuk pengajaran itu
mampu membimbing dan membantu guru untuk membuat pilihan, menghasilkan
serta menggunakan media tersebut secara lebih tepat berlandaskan kriteria yang
dinyatakan seperti bersesuaian dengan ciri-ciri pelajar, memenuhi objektif
pengajaran serta melalui proses penilian bahan agar penggunaannya nanti lebih
mantap, berkesan dan mendapat respons yang positif daripada pelajar.

a) Domain Reka Bentuk


Domain yang pertama dalam teknologi instruksional adalah domain reka
bentuk. Reka bentuk adalah proses untuk menentukan komponen sistem
instruksional, ciri-ciri dan keperluan untuk pembelajaran. Dalam domain
reka bentuk terdapat empat bidang utama iaitu:

Reka bentuk sistem instruksional

Reka bentuk mesej

Strategi instruksional dan

Ciri-ciri pelajar

Reka bentuk sistem instruksional merupakan satu tatacara yang teratur


atau sistematik untuk menganalisis, mereka bentuk, membina, melaksana
dan menilai bahan instruksional, satu unit pelajaran, satu kursus atau satu
kurikulum agar dapat membantu atau menambahbaik pelajar belajar dan

guru mengajar. Bidang kedua iaitu reka bentuk mesej melibatkan


perancangan untuk menentukan cara dan format media yang paling
berkesan untuk menyampaikan mesej kepada pelajar. Bidang ketiga iaitu
strategi instruksional melibatkan proses memilih dan menyusun aktiviti
pembelajaran dalam sesuatu unit pelajaran seperti urutan, kandungan,
domain pembelajaran, kaedah dan media yang paling sesuai untuk
mengukuhkan proses pembelajaran. Bidang terakhir dalam domain reka
bentuk ialah menganlisis ciri-ciri pelajar seperti menentukan kemahiran,
pengetahuan, sikap yang sedia ada yang memberi kesan terhadap proses
pembelajaran.

Bab 2: Reka Bentuk Pengajaran


Bab 2: Reka Bentuk Pengajaran

Pengenalan:
Proses pengajaran atau penyampaian merupakan suatu
kemestian dalam pendidikan dan latihan. Setiap proses pengajaran perlu
ada maklumat yang jelas yang hendak dicapai. Matlamat ini tidak akan
dapat dicapai sekiranya tiada perancangan yang lengkap dan sistematis.
Justeru, reka bentuk pengajaran ialah manifestasi bahawa pembelajaran
tidak harus berlaku dalam keadaan kelam kabut, tetapi perlu dibina
mengikut proses yang tersusun atur dan menjurus kepada hasil
pembelajaran yang boleh diukur.
Pada asasnya, reka bentuk pengajaran menetapkan apa yang
hendak diajar dan bagaimana hendak diajar agar pembelajaran dapat
berlaku. Hal ini termasuk mengukur pencapaian objektif (hasil
pembelajaran) dan merancang semula sehingga objektif tercapai. Dengan
kata lain, reka bentuk pengajaran ialah proses tiga peringkat, iaitu
penentuan objektif yang jitu, perancangan pengajaran pembelajaran, dan
penilaian pengajaran pembelajaran.
Konsep Reka Bentuk Pengajaran
Reka bentuk pengajaran ialah satu proses sistemis menterjemahkan
prinsip-prinsip umum pengajaran-pembelajaran kepada bentuk
perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran.
Apa itu reka bentuk pengajaran?

"Instructional technology is the theory and practice of designing


development, utilization, management and evaluation of processes and
resources for learning". (Seels & Richey, 1994)
"Suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun,
melaksanakan dan menilai pengajaran". (Dick & Reiser, 1989)
"Sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci
untuk penegembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan
yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran tidak kira
kecil atau besar dalam sesuatu mata pelajaran". (Richey, 1986)
Terdapat banyak model reka bentuk pengajaran tetapi secara amnya
terdapat 6 perkara asas:
1.

Menentukan keperluan pelajar

2.

Menentukan matlamat dan objektif

3.

Membina prosedur penilaian

4.

Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian

5.

Mencuba sistem pengajaran

6.

Menilai keseluruhan sistem

Gustafson (1991) telah membahagikan model-model itu kepada 3


tumpuan:

Model berorientasikan bilik darjah

Model berorientasikan produk

Model berorientasikan sistem

Teknologi pengajaran ialah satu cara yang sistematik untuk membentuk,


melaksanakan dan menilai seluruh proses pengajaran dan pembelajaran
dari segi objektif-objektif tertentu yang berdasarkan penyelidikan,
pembelajaran dan komunikasi manusia dan menggunakan sumber-sumber
manusia dan bukan manusia untuk menghasilkan pengajaran yang lebih
berkesan.
Teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan
bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan
organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta mereka bentuk,
menilai dan menguruskan penyelesaian kepada masalah-masalah dalam
keadaan di maria proses pembelajaran itu adalah bermatlamat dan
terkawal.

(Yusuf Hashim, 1998)

Peranan dan kepentingan Reka Bentuk Pengajaran


1. Untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.
Dick and Reiser (1989):
"Pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperolehi
kemahiran, pengetahuan
dan sikap yang diharapkan".
2. Membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat
pelajar
terhadap pengajar, sekaligus membantu pembinaan disiplin yang
positif.

Perancangan pengajaran yang baik dapat menjamin pencapaian


objektif atau hasil
pembelajaran yang dirancang. Guru yang mengaplikasi reka bentuk
pengajaran dalam
perancangan penyampaian pengajaran akan dapat menjadikan
pembelajaran pelajarnya
jelas dan berkesan.

Rekabentuk pengajaran memainkan peranan yang penting dalam


menentukan
kejayaan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah serta kejayaan
satu-satu
program atau kurikulum kursus.

Antara kepentingan dan peranan reka bentuk pengajaran adalah


seperti
berikut:
1.

Meningkatkan pencapaian pelajar.

2.

Menjadikan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah lebih teratur.

3. Memungkinkan objektifpengajaran dan pembelajaran dan hasil


pembelajaran mudah tercapai.
4.

Membantu dalam proses membuat keputusan.

5. Menjadikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran standard


atau selaras bagi kumpulan yang pelbagai.
6. Menjimatkan masa dan peruntukan yang besar, khusus bagi sesuatu
program yang besar dan luas. Contohnya, pendidikan jarak jauh.

MODEL ADDLE
Terdapat lima langkah umum dalam merekabentuk sesuatu pengajaran:
Analisis: [Analyse]
Pembangunan konsep, penyataan tujuan, kenalpasti pengguna sasaran,
perbincangan, pemerhatian dan pembacaan.Pada peringkat ini, masalah
pengajaran dijelaskan, objektif dan matlamat pengajaran ditetapkan.
Persekitaran pembelajaran dan pengalaman sedia ada murid juga dikenal
pasti. Soalan-soalan berikut boleh digunakan sebagai panduan
menganalisis.

Siapakah kumpulan sasaran dan apakah ciri-ciri mereka?

Apakah hasil pembelajaran?

Apakah pilihan strategi penyampaian?

Berapakah tempoh pelaksanaan?

Rekabentuk: [Design]
Pembangunan spesifikasi perkakasan, perisian, untuk mendapat maklumat
terperinci, sistem penyebaran, elemen yang dimasukkan contohnya audio
dan video. Kebolehgfungsian: elemen navigasi yang digunakan hendaklah
boleh membantu pengguna akhir contohnya pengguna boleh mengklik
butang dan pintu terbuka dan kemudian loceng berbunyi dan antara muka
pengguna: rekabentuk skrin, objek disusun, bagaimana pengguna
berinteraksi dan mengemudi di dalam aplikasi.
Pembangunan: [Develop]
Proses pembangunan antara muka. Penyediaan papan cerita, apa yang
pengguna lihat pada skrin dan bagaimana ia dihubungkan antara satu
sama lain. Guna Powerpoint supaya senang untuk mengedit dan paparan
satu slaid satu papan

Pembangunan isi kandungan: maklumat atau bahan yang berkaitan


dengan projek yang akan dibangunkan - proses pengumpulan,
penterjemahan, pengubahsuaian elemen yang digunakan.
Pelaksanaan: [Implement]
Proses pengujian sebelum dilaksanakan bagi memastikan tiada pepijat,
tepat, beroperasi. Mengikut peruntukan masa dan kehendak pelanggan.
Turut juga bergantung kepada konfigurasi sistem tersebut. Pengujian
dipelbagai platform untuk memastikan projek tersebut boleh digunapakai.
Penilaian: [Evaluation]
Pengujian: alpha dan beta:
Alpha: pengujian dalaman, draf kerja sahaja belum siap 100%
kemungkinan terdapat kesilapan.
Beta: pengujian yang sebenar: Pengguna sebenar kemungkinan mereka
menandatangi perjanjian untuk menjaga maklumat mengenai aplikasi
terbocor kepada umum. Biasanya pihak syarikat memberi insentif kepada
produk yang telah siap.
Tujuan untuk mendapatkan maklumat yang banyak mengenai produk atau
aplikasi yang dijalankan dan pembangun boleh mengenalpasti kejayaan
dan pemasalahan yang timbul untuk membuat perubahan bagi mencapai
matlamat pembangunan.
Model ASSURE
Model ini telah diperkenalkan oleh Heinich, Molanda, Russell (1989).
Assure bermaksud memastikan sesuatu berlaku
Singkatan akromin ASSURE bermaksud
A Analyse learner (Analisis pelajar)
S State Objective (nyatakan objektif)
S Select, modify or make media (pilih, baiki atau bina media)
U Use media (gunakan media )
R Require learner response (keperluan tindakan)
E Evaluate materials (menilai)

1.

Analyse learner (Analisis pelajar)

Mengenalpasti kesediaan dan pengetahuan sedia ada pelajar


berkaitan dengan
tajuk yang dihendak ajar. Kaji umur, bakat, kelas serta taraf
ekonomi pelajar untuk
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

2.

State Objective (nyatakan objektif)

Nyatakan objektif dengan khusus berdasarkan pencapaian yang


dirancangkan.

3.

Select, modify or make media (pilih, baiki atau bina media)

Guru hendaklah memilih media yang sedia ada disesuaikan dengan


objektif pengajaran.
Sekiranya media itu rosak atau kurang sesuai hendaklah dibaiki
terlebih dahulu. Tetapi
jika media yang sedia ada tidak bersesuaian dengan objektif
pengajaran, guru
hendaklah membina media yang baru bersesuai dengan tajuk dan
objektif pengajaran.

4.

Use media (gunakan media )

Rancangan bagaimana media itu hendak digunakan. Sediakan alat


kemudahan untuk
persembahan. Rancangkan aktiviti-aktiviti yang menarik minat
murid murid serta yang
memberi motivasi kepada murid supaya murid murid merasa
senorok. Adakan juga
aktiviti susulan bagi tujuan pengayaan.

5.

Require learner response (keperluan tindakan)

Tindakbalas dari pelajar seperti membuat latihan hasil dari


pembelajaran yang berlaku.
Adakan juga pengukuhan supaya tindakbalas yang betul diperolehi

6.

Evaluate materials (menilai)


Menilai dan menyemak semula bahan yang telah digunakan

Adakan objektif tercapai?

Bahan yang digunakan membantu P&P?

Adakah semua pelajar gunakan cara yang betul?

Adakah suasana P&P selesa?

Adakah peluang-peluang pemerhati individu diberi?

Soalan yang dikemukan dapat dijawab?

Model Reka Bentuk Pengajaran ASSURE

A Analyse learner (Analisis pelajar)

Ciri umum; umur, tahap, latar belakang sosioekonomii

Kompetensi khusus peringkat masuk; kemahiran sedia ada

Stail pembelajaran; sama ada auditori, visual, atau kinestetik

S State Objective (nyatakan objektif)

Tahap minimum sepatutnya dipelajari murid daripada pengajaran


dan pembelajaran

Fokus kepada pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk


dipelajari

S Select, method, media & materials (kaedah, media, bahan)


Kaedah: simulasi, demostrasi, latihan tubi
Media: kriteria seperti:

Sepadan dengan kurikulum

Maklumat tetap dan terkini

Bahasa jelas

Tarik minat dan dapat mencetus moticasi

Menggalakan penglibatan pelajar

Kualiti teknikal

Terbukti keberkesanan

Ada panduan guna

Reka bentuk bahan mengambil kira

Objektif

Pelajar

Kos

Masa

Kepakaran teknikal

Peralatan

Kemudahan

U Use media (gunakan media )

Menyediakan media

Menyediakan bahan

Menyediakan persekitaran

Menyediakan pelajar

Menyediakan pengalaman pembelajaran

R Require learner response (keperluan tindakan)


Mendorong penglibatan pelajar seperti; latihan, kuiz. projek

E Evaluate materials (menilai)

Menilai pencapaian

Hasil pembelajaran

Media dan kaedah

Penyediaan guru

Penyediaan murid

Reka bentuk mesej


Dalam reka bentuk pengajaran, media merupakan saluran komunikasi
yang penting. Media inilah yang menjadi perantara dalam penyampaikan
mesej atau maklumat antara penyampai dengan penerima. Sebarang alat
media yang digunakan sama ada dalam bentuk cetak, video, audio atau
bahasa dan suara guru sendiri ialah media atau saluran komunikasi yang
memungkinkan mesej diterima.

Torkelson (1972) membahagikan media kepada tiga kompenen, iaitu


mesej, bentuk mesej, dan saluran mesej.
1. Mesj ialah isi kandungan atau maklumat yang hendak disampaikan.
Mesaj boleh dalam bentuk maklumat, motivasi, peringatan dan
sebagainya.
2. Bentuk mesej merujukan kepada cara maklumat disimpan, mungkin
dalam bentuk asli atau yang sebenar, dalam bentuk abstrak, symbol,
visual, gambaran, bentuk bahasa dan sebagainya.
3. Saluran mesej merupakan alat fizikal yang digunakan dalam
penyampaian mesej. Alat saluran mesej ini boleh dalam bemtuk elektrikal,
mekanikal, digital dan sebagainya. Anatara alat penyaluran mesej ialah
media televisyen, radio, projector overhed, LcD, projector filem dan
sebagainya.

Penyampaian mesej yang berkesan melibatkan dua kontinum yang


bertindak saling. Memandangkan pengajaran melibatkan penyampaian
mesej daripada guru kepada pelajar dan sebaliknya. Pemahaman tentang
proses komunikasi adalah penting untuk memastikan penyampaian
pengajaran pembelajaran berkesen dapat berlaku.

Guru dan pelajar saling memainkan peranan sebagai penyampai


maklumat dan penerima maklumat. Tindak balas, tingkah laku, dan
respons pelajar memberikan maklum balas kepada guru sama ada mesej
telah diterima dan difahami atau sebaliknya.

Dalam proses pengajaran, reka bentuk mesej adalah penting kerana ia


memastikan mesej difahami. Penerima dan pemahaman mesej inilah yang
menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Mesej dapat
disampaikan melalui pelbagai media. Pemilihan media yang paling sesuai
dengan pengalaman pelajar dapat mempercepatkan dan memudahkan
penyampaian mesej.

Menurut edgar dale, pelajar boleh memanfaatkan aktiviti pembelajaran


yang abstrak, iaitu penggunaan media simbolik verbal jika mereka sudah
memiliki banyak maklumat konkrit untuk mentafsir maklumat abstrak
berkenaan. Berikut ialah paparan kon pengalaman Edgar Dale (1969)

Gagne dan briggs (1974) mengemukakan enam kategori media


berdasarkan rangsangan fizikal media berkenaan. Pemilihan media yang
sesuai bagi menyampaikan maklumat atau mesej bergantung pada objktif
dan jenis pembelajaran yang dirancang. Enam kategori media tersebut
ialah:

1.

Perkataan/struktur bahasa

2.

Bentuk bunyi bukan bahasa

3.

Perkataan bercetak

4.

Gambar statik

5.

Gambar bergerak

6.

Sampel sebenar

Pemilihan satu media atau gabungan pelbagai media nergantung pada


bentuk mesej dan objektif pengajaran-pembelajaran yang hendak dicapai.

Rujukan:

1. Chin Yoon Poh (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran


untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Shah Alam: Kumpulan
Budiman Sdn Bhd

2. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan
Kamaruddin Wan Hasan (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Shah Alam: Penerbit Oxford Fajar
3. Professor Madya Dr. Wan Zah Wan Ali, Dr. Rosini Abu (2009).
HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn
Bhd
4. Rozinah Jamaludin (2005). Multimedia dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur: Prin-Ad Sdn Bhd

You might also like