You are on page 1of 6

Halaman Pengakuan

Penghargaan

Isi Kandungan

Pengenalan

Soalan 1

Soalan 2
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak boleh
dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba
sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman
masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri
dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu
pengetahuan sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan
oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan.
Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam
persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri.
Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang
membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru
harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila
maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian
daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu
bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Beberapa ahli konstruktivisme yang
terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula
dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada.
Oleh sebab pembelajaran secara konstruktivisme adalah merupakan
pendekatan berpusatkan murid tentunya peranan murid dan guru akan
berubah. Begitu juga persekitaran bilik darjah perlu diubah supaya sesuai dan
dapat menyokong pembelajaran konstruktivisme. Konstruktivisme adalah satu
pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana
manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu
membina pengetahuan dan bukan menerima pengetahuan daripada orang
lain.

You might also like