You are on page 1of 7

Aspirasi Pendidikan

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat :


- Aspirasi membawa erti keinginan yang kuat untuk mencapai cita-cita
atau mengadakan sesuatu.
- Aspirasi Pendidikan ialah keinginan atau hasrat yang ingin dicapai oleh
kerajaan bagi membangunkan sistem pendidikan di negara kita Malaysia.
- Maka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah dirangka
da digubal bagi sistem pendidikan negara bermula tahun 2013-2025.
- Pelan ini menyediakan kerangka pembangunan yang menyeluruh untuk
menzahirkan transformasi sistem pendidikan secara pantas dan mapan
sehingga tahun 2025.
- Malaysia juga mempunyai aspirasi untuk memajukan sistem pendidikan
di negara ini dengan mengemukakan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia dengan mengemukakan 5 aspirasi sistem pendidikan.
PRINSI
Kualiti P
K
E
P
Kecekapan Ekuiti A
Aspirasi K
Sistem
Pendidikan
Malaysia

Akses Perpaduan
Kualiti
• Malaysia daripada kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa
seperti TIMSS (Kajian Trend Matematik dan Sains Antarabangsa) dan PISA
(Program Penilaian Pelajar Antarabangsa) dalam tempoh 15 tahun.

Ekuiti • 50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar bandar, sosioekonomi,


gender) menjelang tahun 2020.

Perpaduan • Sistem Pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada
kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.

Akses • 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah -


menengah atas menjelang tahun 2020.

Kecekapan • Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia


ada.
 Kualiti Standard Antarabangsa yang Tinggi
Memastikan sekolah memberikan proses pendidikan yang berkualti termasuklah
standard untuk bidang Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta kemahiran berfikir
aras tinggi. (KBAT)
Mensasarkan Negara berada dalam kelompok sepertiga teratas dalam TIMSS dan
PISA dalam tempoh 15 tahun.
Pelaksanaan i-Think dan Frog VLE perlulah dilaksanakan secara serius.
 Ekuiti untuk Semua Murid
• Memastikan sistem pendidikan pada tahap yang terbaik kepada setiap murid tanpa
mengira etnik, tempat atau latar belakang sosioekonomi dan merapatkan jurang.
• Memastikan setiap murid yang pelbagai latar belakang dan sosioekonomi di sekolah
mendapat hak dan ekuiti yang sama terhadap kemudahan dalam menyokong
pembelajaran dan pembangunan sahsiah mereka.
• Program Pendidikan Khas, Kelas Rancangan Khas dan Program Kawalan perlulah
diurus dengan berkesan mengikut kebolehan dan potennsi masing-masing.
 Memupuk Perpaduan dalam Kalangan Murid
 Mewujudkan interaksi dalam kalangan murid-murid agar mereka belajar saling
memahami, menerima dan menghargai kepelbagaian.
 Mewujudkan dan menghargai perpaduan dalam kepelbagaian kaum yang ada dan
mengutamakan keterangkuman sosial yang unik.
 Gerak kerja kokurikulum perlu dioptimumkan dan Dasar 1 Murid 1 Sukan. (1M1S)
 Akses kepada Kejayaan
 Setiap murid di sekolah mendapat akses yang sama.
 Prinsip pendidikan untuk semua.
 Meletakkan Negara kita standing dengan negara maju.
 Pelaksanaan Bercekapan Tinggi
 Elemen kecekapan untuk memastikan pulangan dalam bentuk keberhasilan murid
dimaksimumkan untuk setiap ringgit yang dibelanjakan.
Rujukan
Ismail, N. F. (2017). Aspirasi Pendidikan. ASPIRASI PENDIDIKAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH
RENDAH BANDAR DAN LUAR BANDAR UTARA MALAYSIA, 1-24.

Ahmad, A. (17 01, 2017). kheru2006. Retrieved from slideshare:


https://www.slideshare.net/kheru2006/topik-4-aspirasi-dan-kepentingan-pendidikan

Azalan, S. N. (16 02, 2021). 9DD78CCC5A8. Retrieved from flipsnack:


https://www.flipsnack.com/9DD78CCC5A8/pengertian-konsep-aspirasi-dan-kepentingan-pendidikan.html

diagram. (n.d.). Retrieved from coggle.it:


https://coggle.it/diagram/XGwHq0eGFVNYBiH1/t/konsep%2C-aspirasi-dan-kepentingan-pendidikan

Ham0, M. N. (11 02, 2019). gabdj/txki/basic. Retrieved from fliphtml5:


https://fliphtml5.com/gabdj/txki/basic

Isnen, M. S. (02 12, 2017). Retrieved from cikgusuhaimin:


http://www.cikgusuhaimin.com/2017/12/5-aspirasi-pendidikan-dalam-pelan.html

You might also like