You are on page 1of 5

EROFON

Erofon merupakan jenis-jenis alat yang mana sifat dan sumber bunyinya terhasil melalui
peniupan atau hembusan angin. Alat ‘tiup’ jenis serunai, dikatakan berasal dari Timur Tengah
iaitu Parsi. Jenis alat ini adalah dipercayai bermula daripada pengaruh budaya Hindu,
sebelum kedatangan agama Islam di rantau ini.

Biasanya di negara kita terdapat pelbagai jenis serunai yang digunakan dalam ensemble
untuk mengiringi teater Wayang Kulit, Menora, Silat, tarian istana dan rakyat serta Nobat
Diraja. Bersesuaian dengan mud muziknya, serunai kebanyakan mempunyai tujuh lubang
petik sebagai lubang penjarian (the fingering holes) dan satu lubang petik sebagai lubang ibu
jari (the thumb hole).

Dalam ensemble Nobat di Raja, serunai telah mempunyai kedudukan yang tinggi dari segi
statusnya. Ia digandingkan dengan alat tiup jenis ‘trumpet’ iaitu ‘nafiri’ yang memainkan
melodi dalam muzik istiadat seperti pertabalan dan sebagainya.

1
Kecopong

Kecopong berbentuk seperti ‘loceng’ iaitu membesar ke bawah. Bagi kecopong yang
mempunyai tebukan dalaman yang luas digunakan untuk memainkan kategori ‘lagu-semasa’
dalam aspek persembahan Wayang Kulit di Kelantan. Bagi kecopong yang mempunyai
tebukan dalaman yang sempit dikatakan mampu menghasilkan suara yang bersifat tradisional.

Peranan kecopong adalah sebagai alat ‘megaphonic’ iaitu untuk meningkatkan ataupun
membesarkan (amplify) suara sesebuah serunai itu. Ianya diperbuat daripada kayu-kayu yang
ringan dan sesuai dan diukir dengan motif-motif alam dan diwarnakan sebagai keunggulan
estetikanya.

2
Batang Serunai

Pada permukaan atas batang serunai ditebukan lubang-lubang penjarian dan satu lubang, ibu
jari pada bahagian permukaan bawahnya. Kikir yang berbentuk bulat digunakan untuk tujuan
melicinkan pada bahagian tebukkan dalaman yang bertindak sebagai ‘saluran udara’ iaitu ‘air
passage’. Pada bahagian pangkal dan hujung batang serunai juga diukir dan diwarnakan.
Pemasangan bahagian ‘batang’ pada kecopongnya adalah dengan cara memasukkan
bahagian hujungnya ke dalam lubang yang sedia ditebuk pada bahagian permukaan atas
kecopong. Pemasangannya tidaklah secara kekal tetapi boleh dicabut ataupun direlaikan
apabila perlu.

Serunai Batang Padi

Serunai batang padi diperbuat daripada batang padi.Ia ditiup secara menegak pada bahagian
hujungnya yang lebih kecil. Ia telah menjadi ‘alat perintis’ kepada kebanyakan tokoh serunai
yang ada di Kelantan.

Serunai Daun Kelapa

Serunai daun kelapa merupakan alat tiup berpipit.Ia diperbuat daripada daun kelapa dan
dibentuk seperti tanduk. Ia merupakan satu ciptaan terhasil dari pemikiran masyarakat Melayu
zaman silam. Serunai ini juga merupakan suatu pengalaman dasar suci manusia, hasil
daripada pengaruh serta interaksi dengan alam sekeliling.

Kedua-dua gambar tersebut


merupakan lubang jari batang serunai.

Serunai daun
kelapa

Kedudukan lubang penjarian serta nada serunai

3
Menali

Menali diperbuat daripada kepingan tembaga dan dipetrikan. Pemasangan Menali pada
batang serunai adalah melalui lubang yang telah sedia ditebuk pada pangkal batang serunai
dan ianya boleh dicabut ataupun direlaikan apabila perlu. Menali juga diistilah sebagai ‘reed
carrier’.

Pipit

Pipit merupakan bahagian yang menghasilkan suara ataupun ‘sounding device’ bagi serunai.
Ianya diperbuat daripada daun lontar dan dibentuk seperti kipas. Pipit yang berlapit empat ini
diikat secara berpasangan iaitu dua lapis sebelah,pada hujung Menali. Bagi persediaan untuk
persembahan, pipit perlu dibasahkan terlebih dahulu untuk menjaminkan getaran yang
seimbang apabila ianya ditiup.

4
Penumpu

Penumpu merupakan ‘mouthrest’ iaitu penahan mulut pemain dalam proses peniupan.

Seruling

Seruling merupakan alat tiup yang diperbuat daripada buluh. Seruling dicipta dalam pelbagai
jenis dan bentuk serta mempunyai lubang petik yang berbeza jumlahnya. Ia dikatakan
sebagai alat asli (indegeneous) bagi masyarakat di rantau ini. Seruling ditiup pada pangkalnya
secara menegak atau ada jenis seruling yang mana proses peniupannya dilakukan secara
melintang, seperti ‘pensol’.

Tetuang

Tetuang boleh dikatakan sebagai alat ‘tiup’ jenis ‘trumpet’. Ia diperbuat daripada tanduk lembu
ataupun kerbau. Para nelayan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia meniupkan tetuang
semasa tiba masa untuk turun ke laut. Kini alat ini digunakan sebagai alat yang menghasilkan
melodi ‘drone’.

You might also like