You are on page 1of 18

Alat-alat muzik Tradisional Melayu

Gambus

Gambus merupakan sejenis alat muzik bertali tradisional di Malaysia. Ia berbentuk seperti buah pear yang dibelah dua. Gambus tergolong dalam alat muzik jenis petik yang dikatakan berasal dari Timur Tengah. Gambus terdapat dalam pelbagai jenis iaitu dari gambus tiga tali sehingga gambus yang mempunyai 12 tali.

Gendang

Gendang ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing atau lembu. Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga genderang. Setiap bangsa seperti Cina, Melayu dan India mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri. Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan. Ada gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu. Ada gendang digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau pertabalan Diraja.

Gong

Gong merupakan sejenis peralatan muzik 'idiophone' yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunan. Gong juga dimainkan bagi mengiringi permainan wayang kulit di Indonesia. Gong merupakan alatan penting yang berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan muzik gamelan. Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik. Gong telah banyak dijumpai di seluruh semenanjung Indochina dan kepulauan Nusantara ebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional. Di Malaysia, jumpaan terawal bentuk awal gong adalah gendang Dong Son yang dijumpai di Batu Buruuk, Terengganu pada 1974. Ia dihasilkan sejak 600 BC atau lebih awal sehingga Abad ke-3 dan merupakan salah satu contoh hasil kerja logam budaya itu yang terbaik. Ini merupakan hasil pendedahan dari perdagangan rempah antara India dan Cina yang berlaku sejak zaman Yunani lagi dan juga hasil kerajaan Melayu tua seperti Champa, dan banyak nama tempat di Kelantan, dan Terengganu menggunakan nama Gong. Alat ini terjamin berkualiti tinggi kerana cara penbuatannya adalah sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi. Alat ini diimport dari Indonesia, terutama dari Jawa. Gong tempatan mempunyai 'shallow rims' dan 'small boss'. Melodi yang dihasilkan adalah untuk memberi isyarat pada permulaan dan penghabisan sesuatu lagu. Semasa pemerintahan kerajaan-kerajaan Nusantara dahulu, gong kecil atau canang akan dikandar oleh pesuruh raja yang akan berkeliling kampong-kampong bagi menyebarkan berita. Gong akan dicanang bagi mengumpulkan penduduk kampung dan titah raja akan dibacakan oleh pesuruh raja.

Kompang

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing. Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan. Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab. Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain. Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain. Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka. Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.

Rebana

Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya. Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelandukpelanduk. Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana Ubi.

Seruling

Seruling merupakan sejenis alat muzik yang ditiup. Ia diperbuat daripada buluh satu ketika dahulu. Namun kini seruling moden ada yang diperbuat daripada logam aluminium dan plastik. Cara memainkannya adalah dengan meniup. Akan tetapi cara meniup seruling hendaklah betul bagi mengeluarkan bunyi yang baik.

ALAT PERKUSI
Alat perkusi merupakan alatan muzik yang menghasilkan bunyi. Alat perkusi terbahagi kepada 2 jenis iaitu : 1. ALAT PERKUSI BERPIC 2. ALAT PERKUSI TIDAK BERPIC 1. ALAT PERKUSI BERPIC Alat perkusi berpic ialah alat perkusi yang boleh memainkan melodi sesebuah lagu. Contoh alat perkusi

GLOKENSPIAL

XYLOPHONE

2. ALAT PERKUSI TIDAK BERPIC

Alat perkusi tidak berpic pula ialah alat perkusi yang menghasilkan bunyi satu ton sahaja. contoh alat perkusi

CARA - CARA MEMAINKAN BEBERAPA ALAT PERKUSI Kerincing Rupa bentuk Kerincing lazimnya diperbuat daripada besi dan berbentuk segitiga. Pemegangnya merupakan seutas tali pendek yang diikat pada bucunya. Kerincing mempunyai sebatang besi pengetuk. Apabila diketuk, ia menghasilkan bunyi lanjut yang nyaring. 1. Pegang tali kerincing pada talinya sebelah tangan dan pemukulnya di tangan yang sebelah lagi. Pastikan tangan yang memegang tali kerincing tidak menyentuh kerincing. 2. Kerincing boleh dimainkan dengan cara mengetuk pada lingkaran segitiganya dengan pengetuk kerincing. Ketukan boleh dilakukan juga di sebelah luar kerincing atau dalam kerincing.

Kastenet Rupa bentuk Kastanet diperbuat daripada kayu atau plastik. Alat ini mempunyai dua bahagian yang diikat dengan tali atau getah. Cara memegang dan memainkan kastanet : Lazimnya gelung tali atau getah kastanet disarungkan pada jari tengah dan biarkan kastanet terletak di atas tapak tangan kiri @ kanan. Ketuk kastanet dengan hujung jari tangan kanan @ kiri.

Tamborin Tamborin merupakan sebuah gelung yang lazimnya diperbuat daripada kayu atau plastik. Di sekelilingnya terdapat ceper-ceper besi kecil yang menghasilkan bunyi apabila digoncang. Terdapat dua jenis tamborin iaitu tamborin berkulit dan tamborin tanpa kulit.

Lazimnya tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu: 1. Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyangkan ke kiri dan ke kanan. 2. Pegang tamborin dengan tangan kiri @ kanan. Ketuk tepi tamborin atau kulit tamborin dengan hujung jari tangan kanan @ kiri.

Loceng Rupa bentuk Loceng merupakan segugusan loceng kecil yang dipasang pada bingkai. Bingkai berbentuk gelung diperbuat daripada plastik dan loceng-loceng logam kecil diikatkan pada bingkai tersebut. Loceng-loceng ini akan menghasilkan bunyi yang halus dan nyaring apabila digoncang. Cara memegang dan memainkan loceng : 1. Masukkan empat jari ke dalam gelong loceng dan genggam bahagian yang tidak berloceng. Loceng menghasilkan bunyi apabila ia digoncang. 2. Genggam pemegang loceng dengan tangan kiri @ kanan. Kemudian ketuk pergelangan tangan kiri dengan tangan kanan yang menggenggam loceng.

Tik Tok Rupa bentuk Tik-tok lazimnya diperbuat daripada kayu. Ia mempunyai pemegang dan sebatang pengetuk. Tik-tok menghasilkan bunyi yang tidak lanjut. Bunyi yang dihasilkan daripada bahagian kanan tik-tok tidak sama dengan bunyi daripada bahagian kiri.

Cara memegang dan memainkan tik-tok 1. Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pengetuknya dengan tangan kanan. 2. Ketuk tik-tok pada bahagian kiri dan kanannya secara bergilir-gilir.

Cara Memainkan Dram Bes Dram bes menggunakan stand atau digantung dan disandarkan pada bahagian perut pemain. Ia menggunakan pemukul khas. Paluan bahagian tengah muka dram pad kiri dan kanan. Dram juga boleh dipalu dengan menggunakan sebelah tangan sahaja.

POSTED BY SYAHARIMAN HAMID AT 10:38 PG TIADA ULASAN: THIS POST LABELS: KEMAHIRAN DAN TEKNIK MEMAINKAN ALAT PERKUSI Cara Memainkan Dram Tenor

LINKS TO

Dram tenor mempunyai dua permukaan berkulit. Saiz dram tenor adalah besar sedikit daripada dram getar. Sepasang pemukul digunakan untuk memainkannya. Dram tenor tidak mempunyai gegetar.

Cara mengendali dan memainkan dram tenor : Laraskan ketinggian dram ke paras pinggang. Berdiri dengan selesa dan tidak rapat dengan badan dram, atau Sangkutkan dram pada badan menggunakan tali selepang. Pegang kayu pemukul pada had satu pertiga daripada kayu tersebut. Gunakan pemukul khas (mallet) dan palu permukaan dram sebelah atas

POSTED BY SYAHARIMAN HAMID AT 9:28 PG TIADA ULASAN: THIS POST LABELS: KEMAHIRAN DAN TEKNIK MEMAINKAN ALAT PERKUSI Cara Memainkan Dram Getar / Snare

LINKS TO

Dram getar mempunyai dua permukaan. Permukaan bawahnya terdapat gegetar yang bergetar apabila diketuk. Sepasang kayu pemukul digunakan untuk memainkannya. Cara mengendali dan memainkan dram getar : Laraskan ketinggian dram ke paras pinggang. Berdiri dengan selesa dan pastikan badan tidak rapat dengan dram, atau Sangkutkan dram pada badan menggunakan tali selepang. (Untuk posisi di samping sahaja) Genggam kayu pemukul pada had satu pertiga daripada kayu tersebut. Palu permukaan atas dram kanan dan kiri secara bergilir-gilir.

POSTED BY SYAHARIMAN HAMID AT 9:14 PG TIADA ULASAN: THIS POST LABELS: KEMAHIRAN DAN TEKNIK MEMAINKAN ALAT PERKUSI Cara Memegang Kayu Dram

LINKS TO

Terdapat dua pilihan pegangan (grip) iaitu matched grip dan traditional grip. Matched grip atau Genggaman Sepadan paling popular digunakan oleh pemain-pemain dram set bagi lagu pop, country, metal, rock dan lain-lain genre. Ia juga digunakan untuk dram getar dalam orkestra atau brassband. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa matched grip lebih mudah dan bersifat semula jadi. Pegangan jenis ini juga mirip kepada American Grip, French Grip dan German Grip. Pegangan kedua ialah traditional grip. Walaupun ianya juga pilihan yang baik dan popular di kalangan pemain dram, ianya memerlukan latihan yang cukup untuk menguasai pegangan ini. Traditional grip sering dimainkan dalam persembahan orkestra dan marching band kerana mungkin kedudukan dram samping yang digantung pada tubuh mempunyai sudut yang sesuai dengan pegangan ini. Pegangan ini juga digunakan oleh pemain ternama (berkemahiran tinggi) dram set dalam pelbagai genre. Perhatikan rajah di bawah :

POSTED BY SYAHARIMAN HAMID AT 8:33 PG TIADA ULASAN: THIS POST LABELS: KEMAHIRAN DAN TEKNIK MEMAINKAN ALAT PERKUSI RABU, SEPTEMBER 30, 2009 Cara Memegang dan Teknik Memainkan Loceng

LINKS TO

Rupa bentuk Loceng merupakan segugusan loceng kecil yang dipasang pada bingkai. Bingkai berbentuk gelung diperbuat daripada plastik dan loceng-loceng logam kecil diikatkan pada bingkai tersebut. Loceng-loceng ini akan menghasilkan bunyi yang halus dan nyaring apabila digoncang. Cara memegang dan memainkan loceng : Masukkan empat jari ke dalam gelong loceng dan genggam bahagian yang tidak berloceng. Loceng menghasilkan bunyi apabila ia digoncang. Genggam pemegang loceng dengan tangan kiri @ kanan. Kemudian ketuk pergelangan tangan kiri dengan tangan kanan yang menggenggam loceng.

LABELS: KEMAHIRAN DAN TEKNIK MEMAINKAN ALAT PERKUSI Cara Memegang dan Teknik Memainkan Tik Tok Rupa bentuk Tik-tok lazimnya diperbuat daripada kayu. Ia mempunyai pemegang dan sebatang pengetuk. Tik-tok menghasilkan bunyi yang tidak lanjut. Bunyi yang dihasilkan daripada bahagian kanan tik-tok tidak sama dengan bunyi daripada bahagian kiri. Cara memegang dan memainkan tik-tok Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pengetuknya dengan tangan kanan. Ketuk tik-tok pada bahagian kiri dan kanannya secara bergilir-gilir.

KEMAHIRAN MEMAINKAN ALAT PERKUSI Cara Memegang dan Teknik Memainkan Tamborin

DAN

TEKNIK

Tamborin merupakan sebuah gelung yang lazimnya diperbuat daripada kayu atau plastik. Di sekelilingnya terdapat ceper-ceper besi kecil yang menghasilkan bunyi apabila digoncang. Terdapat dua jenis tamborin iaitu tamborin berkulit dan tamborin tanpa kulit.

Lazimnya tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu: Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyangkan ke kiri dan ke kanan. Pegang tamborin dengan tangan kiri @ kanan. Ketuk tepi tamborin atau kulit tamborin dengan hujung jari tangan kanan @ kiri.

gongs, drums, tambourine, flute

You might also like