You are on page 1of 24

PENGHARGAAN

Penghargaan yang tidak terhingga serta ucapan terima kasih saya


ucapkan kepada guru Muzik Cikgu Suhaimi bin Salleh,ibubapa,rakan-
rakan dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahu
pun tidak bagi menyumbangkan idea, kerjasama dan sokongan
sepanjang penghasilan folio ini.

1
ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

Pengenalan

AlatMuzikMelayu

AlatMuzikIndia

AlatMuzikCina

AlatMuzikSukuKaum diSabahdanSarawak

Kesimpulan

2
ALAT MUZIK TRADISIONAL DI
MALAYSIA
KEPELBAGAIAN ALAT MUZIK TRADISIONAL DI MALAYSIA
Setiap negeri di Malaysia mempunyai pelbagai jenis dan bentuk alat-alat muzik yang
sering digunakan untuk memainkan pelbagai bentuk teater tradisi Melayu seperti
wayang kulit, makyung, mek mulung, gamelan, kuda kepang, jikey dan sebagainya.
Alat-alat utama seperti dari keluarga gendang, rebab tiga tali, gambus, serunai dan
jenis-jenis gong, secara mutlak adalah milik masyarakat Melayu di mana ianya telah
diwarisi dan dicipta oleh orang-orang Melayu turun temurun sejak beratu-ratus tahun
lamanya.Alat muzik digunakan sebagai alat penyebar maklumat ,lambang budaya
bangsa,alat ritual yang dapat menghubungkan manusia dengan alam luar biasa (magis)
selain dari fungsi utama sebagai alat hiburan.Terdapat pelbagai jenis alat muzik
tradisional di Malaysia seperti gambus, erhu, rebab, yangqin, sompoton,
kompang,angklung,rebana,canang,tabla,sitar,gong,bongo,rebana ubi, gendang,dan
seruling.

Alat-alat muzik Tradisional Melayu

Gambus

Gambus merupakan sejenis alat muzik bertali tradisional di Malaysia. Ia berbentuk


seperti buah pear yang dibelah dua. Gambus tergolong dalam alat muzik jenis ‘petik’
yang dikatakan berasal dari Timur Tengah.Gambus terdapat dalam pelbagai jenis iaitu
dari gambus tiga tali sehingga gambus yang mempunyai 12 tali.

3
Gendang

Gendang ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau,
kambing atau lembu. Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga
genderang. Setiap bangsa seperti Cina, Melayu dan India mempunyai gendang dengan
nama yang tersendiri.Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan.Ada
gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu. Ada gendang digunakan
bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau
pertabalan Diraja.

Gong

Gong merupakan sejenis peralatan muzik 'idiophone' yang berasal dari Asia Selatan
dan Asia Tenggara. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunan. Gong

4
juga dimainkan bagi mengiringi permainan wayang kulit di Indonesia. Gong merupakan
alatan penting yang berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble
persembahan muzik gamelan.
Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap
satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2
drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik.
Gong telah banyak dijumpai di seluruh semenanjung Indochina dan kepulauan
Nusantara ebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional.

Di Malaysia, jumpaan terawal bentuk awal gong adalah gendang Dong Son yang
dijumpai di Batu Buruuk, Terengganu pada 1974. Ia dihasilkan sejak 600 BC atau lebih
awal sehingga Abad ke-3 dan merupakan salah satu contoh hasil kerja logam budaya
itu yang terbaik. Ini merupakan hasil pendedahan dari perdagangan rempah antara
India dan Cina yang berlaku sejak zaman Yunani lagi dan juga hasil kerajaan Melayu
tua seperti Champa, dan banyak nama tempat di Kelantan, dan Terengganu
menggunakan nama Gong.

Alat ini terjamin berkualiti tinggi kerana cara penbuatannya adalah sukar dan
memerlukan kos yang agak tinggi. Alat ini diimport dari Indonesia, terutama dari Jawa.
Gong tempatan mempunyai 'shallow rims' dan 'small boss'. Melodi yang dihasilkan
adalah untuk memberi isyarat pada permulaan dan penghabisan sesuatu lagu.

Semasa pemerintahan kerajaan-kerajaan Nusantara dahulu, gong kecil atau canang


akan dikandar oleh pesuruh raja yang akan berkeliling kampong-kampong bagi
menyebarkan berita. Gong akan dicanang bagi mengumpulkan penduduk kampung dan
titah raja akan dibacakan oleh pesuruh raja.

5
Kompang

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat
Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya
diperbuat daripada kulit kambing.

Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan
bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan
bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu
sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui
Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan
kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan
memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari
atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan,
kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.

6
Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi
'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat.
Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang
terbuka.

Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden
ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil
menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala
paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian.
Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali
kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.

Rebana

Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-
lagu budaya.Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat
popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana
adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-
pelanduk.Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang
dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang
dikenali sebagai Rebana Ubi.

7
Seruling

Seruling merupakan sejenis alat muzik yang ditiup. Ia diperbuat daripada buluh satu
ketika dahulu. Namun kini seruling moden ada yang diperbuat daripada logam
aluminium dan plastik. Cara memainkannya adalah dengan meniup. Akan tetapi cara
meniup seruling hendaklah betul bagi mengeluarkan bunyi yang baik.

MARUAS

Pengenalan
Gendang dua muka. Badannya dibuat daripada kayu dalam bentuk leger dan
pendek. Belulang dipasang di kedua-dua belah mukanya disirat dengan tali di
antara satu muka dengan lain dan dirambing untuk menegangkannya.

Fungsi
Digunakan dalam muzik mengiringi tarian zapin.

Cara Bermain
Maruas dipegang dan diampu dengan sebelah tangan dan dipalu dengan perut
jaritangan sebelah lagi.

Alat ini dimainkan dengan memukul dan mengetuk kulit dengan tangan atau
jari.

8
NAHARA

Pengenalan
Gendang satu muka berukuran 12 inci panjang dan berukuran lilit 36 inci.
Badannya diperbuat dari kayu merbau yang berongga dan permukaannya ditutup
dengan kulit kijang.

Fungsi
Dimainkan dalam muzik nobat dalam majlis hiburan kaum kerabat diRaja,
mengiringi istiadat-istiadat istana, istiadat pertabalan, hari keputeraan Sultan,
perkahwinan diRaja dan upacara sambutan diRaja.

Cara Bermain
Nahara dimainkan dengan memalu permukaan dengan dua batang rotan halus
berukuran 17 ½ inci panjang. Semasa dimainkan sebatang kayu anggaran 70 inci
panjang yang dibalut dengan kain baldu kuning diletakkan di bawah nahara
supaya permukaan nahara mudah dipalu.

GEDOMBAK

Pengenalan
Gedombak didapati dalam dua ukuran besar; ibu dan anak. Badannya dibuat dari
kayu nangka yang berongga. Permukaannya dipasang dengan belulang kambing
dengan siratan tali rotan pada cincin besi yang berhampiran dengan lehernya. 

Fungsi
Dimainkan dalam pancaragam wayang kulit dan Menora.

Cara Bermain
Gedombak diletak melintang di atas riba pemain dan dipikul dengan sebelah
tangan. Sebelah tangan lagi membuka dan menutup dengungya.

9
HARMONIUM

Pengenalan
Pelidahnya daripada logam. Badannya ialah kotak yang berbentuk empat segi
panjang dan dibuat dari kayu. Ruang angin dan puputan terdapat dalam
badannya. Kibod dipasang pada bahagian atas badannya.

Fungsi
Dimainkan dalam kumpulan muzik hiburan.

Cara Bermain
Puputan dibomba (pump) dengan sebelah tangan. Kibod ditekan dengan jari
pada sebelah tangan lagi. Tekanan udara dari puputan menyebabkan pipit
bergetar dan berbagai pic dikeluarkan bila ditekan mata-mata kibodnya.

CAKLEMPONG

Pengenalan
Gong kecil diperbuat dari perunggu berbentuk periok. Berbusut di tengah-
tengah permukanya.

Fungsi
Digunakan dalam muzik tradisional Minangkabau yang terdapat di Negeri
Sembilan dan Perak bagi kegunaan iringan (1) Pencak Silat (ii) Tarian Piring
(iii) Tarian Lilin (iv) Tarian Inai (Terinai) (v) Mengarak pengantin (vi) Randai
(vii) Pelbagai lagu tempatan

10
Cara Bermain
Gong-gong diatur berbaris melintang diatas Para panjang dan dipalu pada
busutnya dengan sepasang pemalu oleh seorang pemain.

KENONG

Pengenalan
Gong berbentuk periuk besar yang berbusut di tengah-tengah diperbuat daripada
perunggu. Diatur melintang di atas tali yang direntang pada para-para. Kenong
merupakan versi besar daripada gong yang biasanya set-set kecil. Kenong yang
kedapatan dalam Joget Gamelan adalah seakan dan tiruan dari Gamelan Jawa
Tengah.

Fungsi
Digunakan dalam joget gamelan Pahang, Trengganu dan gamelan Batu Pahat.

Cara Bermain
Dipalu dengan pemalu berbalut dihujungnya. Dimainkan oleh seorang pemain.

MUYU

Pengenalan
Genderang berbelah dibuat dari kayu membulat dalam bentuk ikan. Diukir indah
dipermukaan luar. Tangkainya pada satu hujung.

11
Fungsi
Digunakan dalam ensembel muzik menora, Wayang Godek, Wayang Jawa dan
dalam gamelan di Batu Pahat.

Cara Bermain
Diletak atas bantal dan dipalu pada bahagian luar dengan pemalu kayu.

TETAWAK

Pengenalan
Dibuat dari perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal, berbusut di tengah-
tengah bahagian permukaannya. Ia juga berpasangan (ibu dan anak). Bagi
tetawak ibu bunyinya rendah dan bergema manakala tetawak anak, nada
bunyinya nyaring. Alat muzik ini dapat menghasilkan bunyi seperti 'chak, dong,
peng'.

Fungsi
Tetawak digunakan dalam kebanyakan muzik tradisional Melayu seperti
Wayang Kulit, Mak Yong, Dikir Barat, muzik mengiringi tarian dan sebagainya.
Tetawak juga digunakan dalam pancaragam mengiringi tarian seperti Sumazau,
Limbai, Tingkad-Tingkad Silat, persandingan dan lain-lain istiadat yang tertentu
di Sabah.

Cara Bermain
Cara bermain dengan digantung dan dipalu busutnya dengan pemalu beralas.

12
EROFON BEBAS

Erofon bebas adalah suatu alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang
udara dengan car meniupnya, penjenisan alat adalah berbeza dari erofon. Ianya
diperbuat dari pelbagai bentuk yang berbeza dan diperbuat dari bahan yang
bersifat sementara seperti daun-daun kayu, daun kelapa dan sebagainya.
Penghasilan bunyi tidak mengikut kod muzik yang ditetapkan dan bukan untuk
tujuan dipermainkan bersama alat muzik yang lain.

Alat-alat muzik Tradisional Cina

Guzheng

Guzheng dianggap sebagai salah sebuah alat muzik petikan yang tertua di China. Ia dicipta
berasaskan "Zhu", iaitu sejenis alat muzik pukulan pada zaman purba.
Alat muzik ini mempunyai sebuah kotak resonans yang berbentuk segi empat tepat yang leper.
Di atas kotak resonans itu dipasang beberapa utas tali yang diregang dengan disokong oleh
kayu penongkat (tiang kayu kecil). Pada asalnya, ia hanya mempunyai 5 utas tali sahaja.
Melalui evolusi, jumlah talinya bertambah banyak. Guzheng yang standard yang dimainkan
sejak tahun 1970 hingga sekarang ini, mempunyai 21 utas tali.
Bunyi yang dihasilkan oleh Guzheng ini padat dan jelas, sangat merdu didengar. Ia sesuai
dimainkan untuk menggambarkan suasana yang tenang dan indah, atau untuk meluahkan
perasaan yang seni.
Cara Memainkannya:
Guzheng ini dimainkan dengan cara dipetik. Untuk memetik talinya, alat bantu berupa kuku

13
palsu yang diperbuat daripada tempurung kura-kura atau plastik perlu dipakai pada jari
pemainnya. Ketika membuat persembahan, jari kanan akan memetik tali untuk menghasilkan
melodi, dan jari kiri menekan tali untuk mengawal melodi.

Yangqin

 
YangQin ialah sebuah alat muzik Cina jenis kordofon.
YangQin merupakan jenis zither dan mempunyai banyak tali. badannya dibuat dari kayu dalam
bentuk rama-rama. tiap-tiap satu pic mempunyai kembar dua atau kembar tiga. tali logam
sejumlah beberapa oktof semuanya, 2-6 set kekuda titian tali dibuat dari kayu. pemulas selaras
dari logam didapati dikedua belah kotak suaranya.
digunakan sebagai alat solo untuk hiburan.

14
PiPa 

Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan
belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari
kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan
dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir.

ERH-HU

Pengenalan
Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar.
Fungsi
Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk
mengiringi opera Cina.

15
Cara Bermain
Erh-Hu didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebalah
tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan
berbagai pic, lantai

MUZIK TRADISIONAL INDIA

DHOLAK

Dholak ataupun dholaki ialah sebuah alat muzik klasikal India Utara (Hindustan). Ia
dimain dengan menggunakan tangan and mudah dipikul oleh pemainya. Bunyi yang
dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil pukulan tangan keatas permukaan yang
diperbuat daripada kulit haiwan. Dholak biasanya digunakan dalam penghasilan rentak
untuk lagu-lagu filem dan sebagainya.
SITAR

16
Sitar adalah salah satu jenis alat muzik yang berasal dari Asia Selatan. Alat muzik
klasik Hindustan yang menggunakan dawai/tali. Alat muzik ini menggunakan dawai
halus bersama dengan dawai biasa dan ruang resonansi menggunakan gourd (sejenis
buah-buahan yang dikeringkan dan berongga di dalamnya) sehingga menghasilkan
bunyi yang unik. Sitar merupakan alat muzik yang sering digunakan dalam seni muzik
klasik hindustan sejak Zaman Pertengahan.
VEENA

Alat bertali mempunyai empat tali untuk melodi dan tiga tali untuk dengung. Badan
dibuat dari kayu, dadanya bulat dan belakangnya cembung. Kekudatitian tali yang tinggi
dipasang di tengah dadanya. Bilah fret logam dilekatkan pada papan jari dengan
menggunakan lilin lebah. Tali dipasang di atas daripada fret-fret dan diikat pada
pemulas melaras pada sisi leher, kepala dan labu berukir dipasang pada hujung
penghabisan lehernya. Dalam kepala ialah tempat menyimpan minyak kelapa yang
digosokkan untuk melicinkan hujung hujung jari pemain.

TABLA

17
Tabla adalah sejenis alat muzik tradisional yang sangat  terkenal dalam masyarakat
kaum India.Alat ini dikatakan berasal dari gendang Mridangam.Tabla mempunyai
sepasang gendang iaitu Sidda (gendang kecil) dan Dagga (gendang besar) yang ada
satu muka masing-masing.Badannya dibuat daripada kayu jati, rosewood
dan jackwood.Kulit kambing ditampal pada permukaan tabla untuk menghasilkan bunyi
irama yang indah.

ALAT MUZIK SARAWAK, SABAH

Muzik ini boleh didefinasikan sebagai salah satu seni yang dihasilkan sama ada secara
individu atau berkumpulan. Ianya dapat dimainkan dengan pelbagai jenis alat
muzik. Diantara alat-alat muzik yang diperkenalkan adalah seperti berikut:

SAPE

18
Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan berbentuk
hampir empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang. Dipermukaan sapeh ini
kebiasaannya didapati ukiran bermotif orang Iban Sarawak serta diwarnakan samada
merah atau hitam. 

ENGKROMONG
Gong kecil diperbuat daripada perenggu berbentuk periok. Berbusut di tengah
permukaannya. Lapan buah gong bagi satu set diatur berbaris di atas para yang
panjang. Semua alat-alat muzik ini dimainkan oleh kaum lelaki. 
Walaubagaimanapun ada sebahagian kecil alat-alat muzik ini dimainkan serta
dipratikkan oleh kaum wanita khususnya warga tua masyarakat Iban. Selain daripada
dimainkan untuk hari perayaan mereka, iaitu “Hari Gawai” ia juga dipamerkan kepada
orang ramai terutama para pelancong yang ingin mengetahui kebudayaan seni muzik
masyarakat Iban khususnya dinegara ini.

ALAT MUZIK SABAH


Kebanyakaan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli. Sebagai
contoh, tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton dan togunggak diperbuat
daripada buluh.

19
GONG
Gong merupakan tulang belakang dalam kebanyakan arena permainan muzik dan
ianya digunakan dalam hampir kesemua upacara sosial.
Bilangan gong yang dimainkan bersama berbeza-beza mengikut keperluan masyarakat
setempat. Satu atau dua buah gendang juga sering dipalu bersama untuk
menseragamkan iramanya.
Gong boleh didapati di seluruh negeri Sabah dan mempunyai nilai yang tinggi. Ia juga
digunakan sebagai hantaran berian, upacara kepercayaan animistic, isyarat dan
perayaan pesta-pesta menuai Sejak akhir-akhir ini suku kaum Rungus di Kudat ada
membuat gong yang dibentuk dari kepingan besi galvanic yang dibeli di sini.
Gong yang lebih popular mempunyai dinding yang tebal, bibir yang dalam serta tombol
yang besar, ditempah dari Filipina, Indonesia atau Berunei.

BUNGKAU
Kecapi mulut dibuat daripada kulit sejenis pokok palma yang dikenali sebagai polod
oleh suku kaun Kadazandusun. Untuk mengukir bentuknya, ianya memerlukan tangan
yang halus dan mahir. Alat ini lazimnya ditemui di kawasan-kawasan suku-kaum
Dusun.

Kepingan berkayu yang nipis di tengah alat ini digetarkan dengan memukulnya dengan
ibu jari. Getaran kepingan kayu ini menghasilkan bunyi yang kecil tetapi dengan

20
meletakkannya di hadapan mulut sipemain boleh membesarkan bunyinya melalui salun
(bunyi yang berbalik).
Berjenis-jenis frekuensi boleh dihasilkan dengan mengubah mulut serta kedudukan
lidah. Apabila tidak dipakai, alat ini selalunya disimpan dalam bekas tiub buluh kecil
agar ianya tidak rosak dan sentiasa dalam keadaan bersih.

TOGUNGGAK
Dikenali sebagai tagunggak di kalangan suku kaum Murut, Togunggak di kalangan suku
kaum Dusun/Kadazan atau 'Togunggu' di Penampang., idiofon bambu paluan ini
dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian atau perarakan di pesta-pesta.

Satu set alat-alat muzik ini merangkumi enam (togunggu') hingga tiga puluh
(tagunggak) buah, bergantung kepada suku kaum. Muzik yang dikeluarkan menyerupai
satu set gong sesuatu kumpulan, dengan setiap idiofon diselaraskan bunyinya mengikut
gong sebenar yang dimainkan.

KULINTANGAN

21
Pada mulanya alat ini diperkenalkan di barat Sabah oleh suku kaum Brunei tetapi
secara tradisional ianya juga digunakan oleh suku kaum Bajau dan beberapa suku
Dusun/Kadazan.
Selalunya, ia dimainkan dalam majlis-majlis dan perayaan seperti majlis perkahwinan
dan upacara keagamaan, di mana ianya diiringi oleh gong-gong tradisional.
Alat ini merangkumi lapan ataupun 9 buah gong-gong cerek yang kecil. Setiap
daripadanya mengeluarkan bunyi-bunyian yang berbeza-beza apabila dipukul.
Gong-gong cerek ini diletakkan tersusun dalam satu barisan di atas sebuah rangka
kayu rendah. Biasanya sipemain duduk di atas lantai berhadapan dengan barisan gong
sambil memukulnya dengan dua pemukul kayu kecil.

SOMPOTON

Pengenalan
Diperbuat dari labu air yang telah dikeringkan. Lapan batang buluh kecil
disusun dalam dua lapisan dan dimasukkan kebahagian buah labu
tersebut dengan menebuk. Gam kelulut digunakan untuk melekatkan
batang-batang buluh tersebut juga untuk menahan angin dari keluar
melalui celah-celah buluh apabila tiupan dilakukan. Salah satu daripada
buluh ini tidak berfungsi hanya untuk memperseimbangkan kedudukan
bentuk alat tersebut. Beberapa kepingan kecil plat buluh diletakkan pada
dasar tiap-tiap tepian buluh untuk menghasilkan bunyi mengikut kod
muzik yang telah ditentukan.

Fungsi
Alat ini dimainkan oleh suku kaum Kadazan di Sabah dalam
persembahan nyanyian dan tarian. Sompotan boleh dimainkan secara
hiburan persendirian atau kumpulan untuk mengiringi tarian.

Cara Bermain
Pemain boleh meniup atau menyedut mulut labu dengan menutup dan
membuka tiga daripada empat buluh terpendek pada hujungnya dengan
tiga kecil pada dasar buluh terpendek serta hadapan dan belakang paip
yang lebih panjang dengan jari tangan kiri. Ianya akan mengeluarkan
nada yang bergetar dan menghasilkan satu bunyian harmoni yang
22
merdu. 

ENGKERURAI

Pengenalan
Diperbuat dari labu air yang telah dikeringkan. Lapan batang buluh kecil
disusun dalam dua lapisan dan dimasukkan kebahagian buah labu
tersebut dengan menebuk. Gam kelulut digunakan untuk melekatkan
batang-batang buluh tersebut juga untuk menahan angin dari keluar
melalui celah-celah buluh apabila tiupan dilakukan. Salah satu daripada
buluh ini tidak berfungsi hanya untuk memperseimbangkan kedudukan
bentuk alat tersebut. Beberapa kepingan kecil plat buluh diletakkan pada
dasar tiap-tiap tepian buluh untuk menghasilkan bunyi mengikut kod
muzik yang telah ditentukan.

Fungsi
Alat ini dimainkan oleh suku kaum Kadazan di Sabah dalam
persembahan nyanyian dan tarian. Sompotan boleh dimainkan secara
hiburan persendirian atau kumpulan untuk mengiringi tarian.

SUNDATANG

23
Pengenalan
Diperbuat dari kayu bernama tembailing atau kayu nangka. Ia mempunyai dua atau tiga
tali loyang diperbuat dari akar polon.
Fungsi
Di Tambunan ianya dimainkan untuk mengiring tarian sundatang magarang. Ianya
dimainkan juga untuk hiburan persendirian dimainkan secara solo tanpa diiringi oleh
suara.
Cara Bermain
Ia dimainkan dengan memetik tali loyang dan nada tali-talinya dibetulkan dengan
memutarkan skru kayu telinga di atas alat ini.

24

You might also like