You are on page 1of 25

TAJUK 1 SENI

RAGAM HIAS
PENGANGKUTAN,
ALAT PERMAINAN
RAKYAT DAN ALAT
DOMESTIK
Pendidikan Seni Visual T2 KSSM
Oleh Cikgu Norazila Khalid
Smk Ulu Tiram, Johor
SENI RAGAM HIAS
oSeni ragam hias atau
ornamen ialah hiasan dalam
seni kraf atau karya seni.
oSeni ragam hias boleh diolah
supaya rupa bentuknya
menjadi pelbagai ragam.
oKepelbagaian seni ragam
hias biasanya khas untuk
suatu unit budaya pada masa
tertentu.
SENI RAGAM HIAS
oKain pua
oUkiran kayu
okayu Ukiran tembaga
SENI RAGAM HIAS
oSeni ragam hias
merupakan karya seni rupa
yang diambil daripada
motif flora, fauna,
geometri, awan larat dan
figuratif.
oFokus seni ragam hias
dalam tajuk ini menjurus
kepada pengangkutan, alat
permainan rakyat dan alat
domestik.
oDi negara kita, pengangkutan
yang sering dikaitkan dengan
seni ragam hias ialah
pengangkutan tradisional
seperti beca, kereta lembu dan
perahu.
oSeni ragam hias pada beca dan
kereta lembu biasanya terdapat
pada bahagian kisi-kisi,
belakang tempat duduk
penumpang atau bawah letak
kaki.
SENI RAGAM HIAS oFungsi seni ragam hias ini
PENGANGKUTAN adalah untuk memaparkan nilai
estetik dan menarik perhatian.
Perahu tradisional juga banyak
dihiasi dengan seni ragam hias.
Komponen perahu seperti badan,
bangau, okok dan caping
biasanya dihiasi dengan seni
ragam hias.
Perahu yang dikenali juga sebagai
kolek atau sekoci dihiasi dengan
pelbagai warna dan ukiran di
bahagian kepala yang digelar
koyan atau caping.
SENI RAGAM HIAS Koyan ini digunakan untuk
PENGANGKUTAN mengikat tali kemudi.
oPada bahagian badan perahu
terdapat seni ragam hias corak
awan larat yang menggunakan
warna-warna terang.
oBangau, iaitu ukiran kayu yang
diletakkan di hadapan perahu
biasanya mempunyai seni ragam
hias motif flora dan fauna.
oFungsi bangau adalah untuk
menyangkut galah panjang dan
pukat di samping menjadi
hiasan.
SENI RAGAM HIAS oBahagian caping dan okok juga
PENGANGKUTAN dihiasi oleh seni ragam hias yang
menarik.
SENI RAGAM HIAS ALAT
PERMAINAN RAKYAT
oAlat permainan rakyat juga
dikenali sebagai permainan
tradisional.
oAlat permainan rakyat ini
mempunyai seni ragam hias
dengan motif yang tertentu.
oContoh permainan rakyat yang
terkenal ialah wau, gasing dan
congkak.
WAU
oWau ialah warisan budaya
yang tinggi nilai estetiknya.
oWau terkenal kerana seni
ragam hiasnya yang menarik.
oMotif flora dan awan larat
menghiasi wau yang dihasilkan.
oContoh-contoh wau ialah wau
bulan, wau burung dan wau
kucing.
WAU
GASING
oTerdapat dua jenis gasing, iaitu
gasing pangkah dan gasing uri.
oGasing yang mempunyai seni
ragam hias ialah gasing
pangkah.
o Seni ragam hias terdapat pada
bahagian bahu gasing.
o Seni ragam hias yang biasa
digunakan ialah motif flora.
GASING
CONGKAK
oPermainan congkak
menggunakan papan kayu
berlubang atau lubang di atas
tanah.
oBuah congkak biasanya
menggunakan biji getah atau
guli.
oSeni ragam hias boleh dilihat
pada badan, kepala, ekor dan
lubang congkak yang biasanya
menggunakan motif awan larat
dan flora.
CONGKAK
oAlat domestik
biasanya berkaitan
dengan keperluan
harian terutamanya di
rumah.
o Alat-alat seperti
rehal, kukuran, acuan
putu, jebak puyuh,
bakul dan nyiru ialah
contoh alat domestik
tradisional yang
mempunyai seni SENI RAGAM HIAS ALAT
ragam hias tertentu. DOMESTIK
REHAL
oRehal ialah sejenis papan
bersilang yang direka untuk
meletakkan al-Quran.
oRehal mempunyai ukiran
dan seni ragam hias
dengan motif tertentu.
oSeni ragam hias yang
biasa digunakan ialah
motif flora, geometri dan
kaligrafi.
oKukuran ialah sejenis
alat yang mempunyai
mata
bergerigi.Kegunaannya
untuk mengukur,
mengeruk dan mengikis
isi kelapa.
oSeni ragam hias alat ini
terdapat pada bahagian
badan yang bermotifkan
flora dan fauna serta
awan larat.
oBentuk ukiran kukuran
ini berbeza antara satu
KUKURAN tempat dengan tempat
yang lain.
ACUAN PUTU
oAcuan putu ialah alat untuk
membuat kuih putu kacang.
oSeni ragam hias yang biasa
digunakan ialah motif bunga atau
daun.
oKepelbagaian seni ragam hias
pada dasar acuan akan
menghasilkan pelbagai bentuk
kuih putu.
JEBAK PUYUH
oJebak puyuh ialah alat yang digunakan
untuk memerangkap burung puyuh.
oAlat ini mempunyai pelbagai seni ragam
hias
o Misalnya, seni ragam hias yang dihiasi
dengan motif flora yang membentuk
sulur bayung di atas gunungan dan
lingkaran yang kompleks.
oMotif gunungan menggunakan teknik
tebuk tembus bersilat.
oTukang Ulung
Perahu Tradisional
oAdiguru Wau
Tradisional

TOKOH KRAF
TUKANG ULUNG PERAHU
TRADISIONAL
Hasni bin Ali.
Lahir pada tahun 1946 di Terengganu.
Mewarisi kemahiran daripada ayahnya.
Menghasilkan pelbagai jenis perahu seperti
Perahu Sekoci, Perahu Payang dan Perahu
Kolek.
Perahu buatannya kaya dengan nilai-nilai
tradisional Melayu.
TUKANG ULUNG PERAHU
TRADISIONAL
ADIGURU WAU TRADISIONAL
oShafie bin Jusoh.
oLahir pada tahun 1947 di Kelantan.
oMeminati bidang kraf wau sejak kecil dan
mendapat sokongan keluarganya.
oKeunikan hasil pembuatannya ialah badan
wau berbentuk bulat dan seimbang.
oDilantik menjadi duta Syarikat Penerbangan
Malaysia (MAS) dan sering dijemput
membuat demonstrasi di luar negara.
ADIGURU WAU
TRADISIONAL
TAMAT

You might also like