You are on page 1of 17

BAB 10: SARAWAK DAN SABAH

Youtube link:
https://www.youtube.com/watch?v=YNYuvd7EbUE

10.1 SARAWAK DAN SABAH DALAM ALAM MELAYU

- Sarawak di barat daya pulau Bormeo, Sabah di uatara


pulau Borneo.

- Muncul seiring dengan kerajaan awal seperti Funan,


Champa, Srivijaya, Angkor, Majapahit, Kedah Tua dan
Gangga Nagara.

- Sejak sebelum Masihi, penduduk di pesisir Sarawak


dan Sbah berhubungan dengan Alam Melayu dan
dunia luar seperti kemunculan pusat pembuatan
tembikar di Gua Niah, Sarawak dan di Bukit Tengkorak,
Semporna, Sarawak. Penduduk di Bukit Tengkorak
telah menjalankan perdagangan dengan kawasan luar
Sabah. Pada aabd 3, muncul Chu-Po, iaitu pelabuhan di
utara Sabah dan menjadi tempat ,engeksport besi ke
Funan dan Champa.

- Abad7, Santubong muncul sebagai kerajaan awal yang


mempunyai pelabuhan di lembah sungai Sarawak,
terdapat penemuan tembikar zaman Dinasti Tang dan
Sung , membekalkan kapur barus, kayu laka, lilin lebah
dan kulit penyu. Abad 13, muncul industry peleburan
bijih beside Santubong. Terdapat kemunculan pusat
perdagangan lain: Gedong, Bukit Sandong, Kalka yang
menjalankan perdagangan dengan Siam, China.

- Kemajuan perdagangan menarik kerajaan lain


meluaskan pengaruhnya. Beberapa kawasan pesisir
pantai barat laut merupakan zon tamadun Melayu
menerima pengaruh kerajaan Alam Melayu. Srivijaya
pernah meluaskan pengaruhnya di selatan Sarawak
bagi mengawal perdagangan Laut China Selatan,
Majapahit mempunyai pengaruh di Sarawak dan utara
Sabah. Jumpaan gendang gangsa jenis Moko di Pulau
Banggi, Sabah membuktikan hubungan perdangan
Majapahit dengan penduduk di utara Sabah.Gendang
gangsa ini dikenali sebagai Gendang gangsa Timbang
Dyang yang dibuat di Pulau Jawa.

- Kemerosotan Majapahit membawa perkembangan


pengarauh Kesultanan Melayu Brunei dan Sulu di
kawasan barat dan utara pantai Pulau Borneo. Berlaku
penyebaran kuasa di Sarawak oleh Kesultanan Brunei.
Abad 14, Brunei muncul dan menjalinkan persahabatan
dengan kerajaan Sambas,membolehkan Sambas
menyerahkan wilayahnya di Sarawak kepada Brunei.
Brunei juga meluaskan pengaruhnya ke utara Borneo.
Kesultanan Sulu di utara Borneo membawa kepada
tersebarnya pengaruhnya di pantai timur laut Borneo.

- Kebangkitan Brunei melemahkan kerajaan Santubong,


Kalka, Samadong dan Melano di Srawak kerana
tumpuan perdagangan dialihkan. Kesultanan Sulu abad
15 meningkatkan perdagangan di utara Sabah. Kawasan
ini kaya dengan hasil laut. Laut terutama sarang
burung menarik pedagang hina. Kedua-dua kesultanan
mengalami kemerosotan menjelang abad 19 apabila
bersaing dengan kuasa Barat.

- Sarawak dan Sabah juga dipengaruhi kedatangan


agama Hindu, Buddha dan Islam, dibawa secara tidak
langsung oleh kerajaan Alam Melayu. Pada zaman
kegemilangan Srivijaya terdapat tinggalan objek agama
Buddha di Santubong. Terdapat penemuan patung
Ganesha di Limbang.Pengaruh Brunei di Sabah dan
Sarawak membawa penyebaran agama Islam dan kesan
ketara ialah penerimaan Islam oleh kebanyakan
penduduk kaum Melayu dan Melanau di pesisir pantai.
Sulu memainkan peranan penting dalam penyebaran
Islam I pantai timur Sabah.

10.2 KEMUNCULAN PEMERINTAHAN TEMPATAN

SARAWAK

1. KEPIMPINAN KESUKUAN

- Di kawasan pedalaman terdapat kepimpinan


kesukuan berbeza daripada muara sungai. Setiap kaum
mempunyai ketua yang bebas daripada kawalan kuasa
luar. Masyarakat Iban mempunyai ketua dikenali Tuai
rumah. Kaum Kayan: Kelunan Maren atau Hipun
Uma.Kaum Kenyah: Peran Lepo, Kaum Kelabit: Laih
Rayeh.

2. KEPIMPINAN LEMBAH SUNGAI

(A) KERAJAAN

- Terdapat kerajaan di kawasan lembah sungai:


Sawaku, Samadong, Kalka, Saribas dan Melano, wujud
interaksi antara kerajaan ini dengan kerajaan luar,
kerajaan ini muncul abad 7.

(B) WAKIL RAJA

- Pergerakan dan penghijrahan penduduk membawa


perubahan dan pembentukan tamadun yang lebih
tinggi. Penduduk di pesisir pantaiterdiri daripada
daripada kaum Melayu dipengaruhi oleh Srivijaya,
Brunei dan Majapahit, Kerajaan Sewaku berpusat di
Satubong,kerajaan Samadong di lembah Sungai
Samarahan dan kerajaan Kalka di Kuala Sungai Krian
membentuk sistem berkerajaan sendiri dengan
menggelarkan raja sebagai Datu, Daruk Abang dan
Dayang. Kesultanan Brunei mengekalkan sistem
pemerintahan kerajaan Melayu di Sarawak kecuali
kaum Dayak yang diberikan gelaran Orang Kaya.
- SAWAKU: Santubong dan sekitar Sungai Sarawak, Datu
Merpati, abad 7

- SAMADONG: Samarahan dan Sadong, abad 7

- KALKA: Kuala Sungai Kalka, Dayang Hubu dan Dayang


Ruku

- MELANO: Sungai Retus, Tungau, abad 11

- SARIBAS: Lembah Sungai Saribas dan Sungai Rimbas,


Pengiran Temenggung Abdul Kadir, Pusat di

- Tandang Sari Muara Sungai Rimbas, abad 15

SABAH

1.KEPIMPINAN KESUKUAN

- Masyarakat pedalaman Sabah mempunyai kesukuan


tersusun dan bebas daripada kawalan kuasa-kuasa
luar.Hal ini boleh dilihat dalam kepimpinan kesukuan
kaum Kadasandusun, Murut dan Orang Sungai.
- Kaum Kadasandusun, Murut dan Orang Sungai
mempunyai ketua dikenali Orang Tua,
Bobohizan/Bobohian bagi Kadazandusun dan Babalian
bagi kaum Murut akan mengurus soal adat dan
pantang larang.

- Keterbukaan kawasan lembah sungai membawa


kemunculan tiga corak kepimpinan yang berbeza
mengikut pengaruh Brunei, Sulu dan ketua bebas.

2. KEPIMPINAN LEMBAH SUNGAI

(a) WAKIL RAJA

- Pengaruh Brunei dan Sulu di Sabah adalah menerusi


wakil raja. Kuasa pemerintah wakil raja ini adalah
dalam aspek kehakiman ,menjaga keamanan dan
kebajikan penduduk, mengutip cukai daripada
penduduk dan aktiviti perdagangan.

(b) KETUA BEBAS

- Mentadbir wilayah di muara sungai, terdiri daripada


Syarif Osman yang menguasai kawasan Marudu dan
Datu Kurunding yang menguasai kawasan Tungku.
Ketua bebas menegakkan kekuasaan dan menjalankan
undang sendiri, biasanya mempunyai pertalian dengan
keluarga diraja sama ada dari Brunei, Sulu atau Arab
Syarif. Penduduk terdiri daripada pengikut mereka.

10.4 KEUNIKAN MASYARAKAT BUMIPUTERA SARAWAK


DAN SABAH

MASYARAKAT BUMIPUTERA SARAWAK

- Bumi putera lain: Bisaya, Bukitan, Dusun, Kedayan,


Kajang, Kejaman, Lahanan, Lisum, Lugat , Sebop,
Sekapan, Sipeng, Tagal, Tanjong dan Ukit.

- IBAN: Berasal dari Sungai Kapuas mula berhijrah dan


menetap di kawasan hulu Sungai Batang Lupar.

- MELAYU: Bermula abad 6, menetap di semua bahagian


Sarawak seperti Belanga, Baram dan Skrang.

- BIDAYUH:Berasal dari Sungkung, Kalimantan dan


kemudian berhijrah ke selatan Sarawak.
- MELANAU: Mendiami kawasan tengah Sarawak.

- ORANG ULU: Terdiri daripada Kayan, Kenyah, Kelabit,


Penan dan Punan.Kayan dan Kenyah berasal dari
Sungai Kayan dan berhijrah ke kawasan hulu Sungai
Rajang, Balui, Baram dan Hulu Kemena.

MASYARAKAT BUMIPUTERA SABAH

- Kaum lain: Balabak atau Molbog, Binadan, Bisaya,


Bulungan, Idahan, Kadayan, Berunai, Iranun, Cocos,
Lundayeh, Rungus, Tagaas dan Tatana.

- KADAZANDUSUN: Mnediami kawasan Panampang,


Papar, Tuaran, Tambunan dan Ranau. Nama Dusun
diberi oleh orang Brunei yang bermaksud petani
pedalaman.

- BAJAU/SAMA: Dua pendapat tentang asal usulnya


iaitu dari Sambaungan(Zamboanga) dan Johor.Menetap
di kawasan pantai timur dan barat Sabah, keunikan
yang tinggal di pantai barat Sabah ialah budaya
menunggang kuda.
- MURUT: Tinggal di kawasan Tenom hingga Kalabakan.
Nama Murut diberikan oleh oaring Brunei bermaksud
orang bukit atau orang dari pedalaman pergunungan
yang terpencil.

- SULUK: Berasal dari Kepulauan Sulu dan menetap di


kawasan pantai timur Sabah.

- ORANG SUNGAI: Tinggal di Sungai Kinabatangan,


Sungai Sugut, Sungai Paitan dan Sungai Labuk.

- Tamu merupakan pasar terbuka jualan pelbagai


barangan: barang basah, buah-buahan, kraf tangan dan
pakaian, tempat pertemuan kaum-kaum di Sabah.

KEPENTINGAN SUNGAI

- Kegunaan harian

- Pengangkutan

- Petempatan

- Sumber rezeki
- Perdagangan

- Kegiatan rekreasi

KESENIAN

SARAWAK

1. TENUNAN KAIN

- IBAN: Pua kambu dibuat daripada kain kapas,


digunakan dalam pelbagai majlis: kelahiran,
perkahwinan dan kematian.

- MELAYU: Keringkam dibuat daripada pelbagai jenis


kain: kain kapas dan kain sutera, kain disulam dengan
benang emas, perak dan tembaga.

KRAF TANGAN

- IBAN: Sintung Duduk untuk membawa benih padi,


lanji untuk membawa hasil padi dan basong untuk
memburu.
- ORANG ULU: Menghiasi bakul dengan manic. Simbol
naga, manusia, burung kenyalang dan harimau dihiasi
pada bakul digunakan oleh kelas atasan.

- MELANAU: Penutup kepala iaitu terendak, digunakan


semasa kerja harian dan adat tertentu, Pesta Kaul.

PERTUKANGAN

- ORANG ULU: Tiang Totem melambangkan status


masyarakat, hanya mayat golongan atasan boleh
diletak tinggi di atas tiang ini.

- IBAN: Patung Burung Kenyalang lambang


kepahlawanan.Ukiran digunakan sebagai pemberi
semangat kepada pahlawan. Patung menjadi penjaga
rumah panjang daripada semangat jahat dan penyakit.

SABAH

TENUNAN KAIN

- RUNGUS: Menggubah Inavol dan menghasilkan


selendang berwarna-warni.
- IRANUN: Kain dastar yang biasa digunakan sebagai
tanjak.

KRAF TANGAN

- MASYARAKAT KAWASAN PEDALAMAN: Bakul sebagai


waked untuk membawa barang besar, tayen untuk
membawa hasil kebun dan barang hantaran
perkahwinan, dan buan sebagai tempat menyimpan
barang.

- BAJAU/SAMA: Barangan berwarna-warni daripada


daun serdang seperti tikar pandan dan duang(tudung
saji)

PERTUKANGAN

- BAJAU/SAMA: Mewarisi cara pembuatan barangan besi


seperti Guuk, Bdi’ untuk memotong rumput dan Pida’
untuk upacara perkahwinan.

- PEDALAMAN SABAH: Jaket kulit kayu

PERAYAAN
SARAWAK

- IBAN, BIDAYU, ORANG ULU: Pesta Menuai atau Gawai


Dayak. Upacara Miring dilakukan unutk menyatakan
rasa terima kasih kepada petara atau tuhan bagi IBAN.
Acara Kumang dan Keling Gawai ialah pemilihan ratu
cantik dan jejaka tampan.

- BISAYA: Pesta Babulang( pesta menuai), Lumba kerbau


antara acara.

- KADAYAN: Makan Tahun diadakan sebagai tanda


kesyukuran atas hasil yang diperoleh oleh petani.

- MELANAU: Pesta Kaul untuk mengelak malapetaka


buruk oleh roh jahat yang dipanggil Ipok. Acara Tibau
diadakan iaitu permainan berayun oleh golongan
lelaki.

SABAH

- KADAZANDUSUN, MURUT: Pesta Kaamatan merupakan


simbol kesyukuran untuk meraikan semangat padi
atau Bambaazon atau Bambarayon dijalankan oleh
Bobohizan/Bobolian.Penduduk berharap agar tahun
hadapan akan mendapat lebih banyak hasil tuaian
padi. Acara: pertandingan ratu cantik atau Unduk
Ngadau, berkaitan dengan asal usul pengorbanan
Huminodun( seorang puteri iaitu anak Kinoingan atau
Minamangun pencipta yang mengorbankan dirinya
unutk membantu manusia dalam kesusahan semasa
kemarau.

- BAJAU/SAMA: Pesta Regata Lepa merupakan perayaan


memperingati peranan lepa dalam kehidupan. Acara
menghiasi lepa dan perlumbaan perahu.

TARIAN

SARAWAK

- TARIAN DATUN JULUD: Berasal daripada kaum Orang


Ulu, sebagai lambing kegembiraan dan terima
kasih.Penarinya ialah wanita yang memakai pakaian
berwarna-warni dengan perhiasan kepala, bulu burung
kenyalang digunakan semasa menari. Diiringi alat
muzuk tradisional, sape.

- NGAJAT: Iban dan Orang Ulu . Jenis: Ngajat Indu,


Ngajat Lesung. Sebagai pemberi semangat kepada
pejuang yang hendak pergi berperang.
- BERMUKUN: Acara bergendang. Gendangnya yang
dipalu oleh wanita dan penarinya hanya lelaki.
Ditarikan semasa majlis perkahwinan, para pemukul
gendang akan berbalas pantun.

SABAH

- Diwarisi zaman-berzaman. Berbeza tarian, hiasan


baju penari, peralatan dan gerak tarian.

- SUMAZAU: Kadazandusun. Terdapat variasi mengikut


kawasan: Penampang dan Papar. Ditarikan semasa
Pesta Kaamatan dan majlis keramaian. Sumazau
diambil daripada perkataan ‘sazau’ yang merujuk
pergerakan tangan penari seperti seekor burung
helang.

- MAGUNATIP: Mururt di kawasan pedalaman.


Menggunakan dua batang buluh, semasa majlis
keramaian.

- LIMBAI: Bajau/Sma dari pantai barat, secara


berpasangan. Pasangan wanita memakai
sarimpak(hiasan kepala), ditarikan semasa
perkahwinan dan majlis keramaian.
SENI BINA

SARAWAK

- RUMAH PANJANG: Iban, Bidayuh, Orang Ulu.Tujuan


keselamatan dan pertahanan serta mewujudkan
kerjasama , tempat berinteraksi dan mengadakan
acara-acara perayaan. Kayu keras digunakan terutama
kayu belian. Atapnya diperbuat daripada daun
tebalseperti daun rumbia.Bilik- ruang bilik setiap
keluarga.Tanju-ruang pelbagai guna. Ruai- tempat
berkumpul untuk majlis ssosial.

- RUMAH TINGGI: Melanau. Dibina 10 meter dari aras


tanah untuk mengelak serangan musuh. Kayu keras
dan bulat seperti belian menjadi bahan utama dalam
pembuatan rumah.

- RUMAH BARUK: Bidayuh. Bulat dan berbentuk kon


dengan puncak dihiasi dengan lambing burung
kenyalang.Menjadi temoat menyimpan tengkorak,
menyimpan senjata, pusat ritual, mesyuarat dan majlis
social. Kayu keras: belian digunakan untuk membina .
Atapnya akan ditutup dengan daun rumbia dan
dinding diperbuat daripada buluh.
SABAH

- RUMAH PANJANG RUNGUS: Dikenali sebagai Vinatang.


Bilik tidurnya dibina dengan kedudukan kepala pada
sudut tepat arah Gunung Kinabalu.Menjadi kediaman
dan kubu pertahanan aripada serangan musuh.
Mewujudkan semangat bekerjasama dan melindungi
ahli-ahlinya.Bahan perbuatan: kayu bulat, buluh, kulit
kayu dan daun nipah.Ongkob- ruang bilik keluarga.
Apad- tempat berkumpul untuk majlis tertentu dan
tempat bersantai bersama penghuni rumah panjang.

- RUMAH PANJANG MURUT: Diknali Tulus dan Pahun.


Dibina atas faktor keselamatan dan pertahanan. Pintu
dibina di tepi rumah dan terdapat ruang memanjang
yang memisahkan bili keluarga. Di tengah terdapat
tempat pertemuan dan lantai untuk tarian atau
lansaran.Bahan pembuatan: kayu bulat,kulit kayu,
daun tolidus.Sulap- bilik keluarga,Lansaran- lantai
tarian,Tabon- pintu utama, Salo-ruang terbesar untuk
majlis social dan agama.

- LEPA: Perahu Bjau/Sama di pantai timur untuk


mengangkut barang dan menjadi tempat
kediaman.Diperbuat daripada kayu ; Kayu obasuluk,
seraya, mata-mata dan gagir. Bahagian atap diperbuat
daripada daun nipah. Perbuatan diberi perhatian
seperti hari dan bulan untuk mengambil kayu dan
bahan lain untuk membuatnya

You might also like