You are on page 1of 28

1

Latar Belakang Sejarah Sarawak dan Sabah

Pengenalan

Pulau Borneo merupakan pulau yang ketiga besar di dunia. Jarak di antara utara dan selatan
kepulauan ini ialah 830 batu dan berada pada 70U dan 50S di garisan khatulistiwa. Sebahagian
besar daripada keluasan pulau Borneo diliputi oleh gunung ganang terutama di bahagian
tengah yang memisahkan sempadan negeri Sarawak, Sabah dan Kalimantan, Indonesia.

Pulau ini dapat dibahagikan kepada tiga negara iaitu Sabah dan Sarawak dalam
Persekutuan Malaysia, negara Brunei Darussalam, dan Kalimantan dimiliki oleh Republik
Indonesia. Secara keseluruhannya penduduk majoriti yang mendiami wilayah Sabah,
Sarawak, dan Brunei ialah Melayu, Iban, Cina, Bidayuh, Murut, dan Kadazan. Bahasa
pertuturan penduduk berbeza mengikut kaum masing-masing. Malah terdapat suku kaum
yang sama memiliki bahasa yang berbeza. Misalnya dialek Melayu di bahagian Kuching
sangat berbeza dengan dialek Melayu yang dipertuturkan di Brunei dan Sabah. Manakala
agama yang dianuti terdiri daripada agama Islam, Kristian, Buddha, dan tiada agama.

Terdapat beberapa andaian tentang cara pulau Borneo mendapat nama. Menurut
catatan Treacher istilah Borneo berasal daripada terbitan perkataan Brunei yang dipanggil
oleh orang-orang Sepanyol.1 Istilah ini jelas merujuk kepada kekaguman pihak Sepanyol
terhadap kemakmuran yang dimiliki oleh Brunei yang digambarkan oleh Treacher sebagai
“Venice of Hovels”.2 Menurut sumber Portugis melalui surat yang dihantar oleh Raja
Portugal kepada Sultan Brunei beranggapan Brunei adalah pihak yang berkuasa ke atas pulau
Borneo dan Selatan Filipina.3 Malah James Brooke sendiri turut menyamakan “Brunei” dan
“Borneo” dalam catatan beliau.4 Ringkasnya istilah Borneo merujuk kepada empayar Brunei
yang dirujuk sebagai pihak yang menguasai sebahagian besar kepulauan Borneo iaitu dari
Banjarmasin hingga ke kawasan selatan Filipina. Perkembangan sejarah akibat proses
penaklukan oleh Raja Brooke dan BNBC menyaksikan istilah “Borneo” kemudiannya hanya
merujuk kepada keseluruhan pulau dan “Brunei” hanya merujuk kepada kerajaan Brunei.
1
W.H. Treacher, British Borneo: Sketches of Brunei, Sarawak, Labuan and North Borneo, Singapore:
Government Printing Department, 1891, hlm. 14.
2
Ibid., hlm. 15.
3
D.E. Brown, “Letter from the King of Portugal”, Brunei Museum Journal, 1974, hlm.192.
4
Henry Keppel, Expedition to Borneo of H.M.S Dido for the Suppression of Piracy: With Extracts from The
Journal of James Brooke, ESQ of Sarawak, Vol. 1, London: Chapman and Hall, 1846, hlm. 30.
2

Sejarah Awal Brunei dan Jajahan di Sarawak

Kedudukan Brunei dan jajahan di Sarawak yang mengadap Laut China Selatan dan terletak di
antara laluan perdagangan di antara negara China, India dan Arab. Rekod awal tentang
negara Brunei sangat kabur. Justeru kajian banyak bergantung kepada catatan pedagang dari
China dan India yang telah melalui Brunei dan wilayah-wilayah di Sarawak. Selain catatan
China dan India sumber-sumber dari Jawa misalnya Kitab Negarakertagama dan juga sumber
tempatan Brunei seperti Syair Awang Semaun dan Silsilah Raja-raja Berunai sangat penting
dalam merekodkan peristiwa sebelum abad ke-19 Masehi.

Berbanding dengan catatan tentang Brunei rekod tentang Sarawak5, Mukah, Igan,
Samarahan, adalah begitu sedikit. Malah cerita-cerita rakyat yang ada kurang mengambarkan
kewujudan sebuah organisasi pemerintahan yang boleh dipanggil sebuah kerajaan atau
negeri. Hanya kewujudan cerita rakyat seperti Hikayat Datu Merpati Jepang6 dan penemuan
arkeologi di kawasan Santubong seawal abad ke-10 Masehi mengesahkan kewujudan
Sarawak sebagai negeri di bawah naungan Majapahit.

Berdasarkan maklumat arkeologi, sejarah awal kerajaan di pantai Barat Borneo harus
bermula dengan penemuan rangka manusia terawal di Gua Niah yang berusia 40,000 tahun
yang lalu.7 Bukti penemuan awal juga didapati di sekitar kawasan Gua Sireh yang
berhampiran kawasan Kuching.8 Kawasan Gua Sireh dipercayai berusia sekitar 20,000 tahun
yang lalu. Sekitar 14,350 tahun yang lepas adalah dipercayai manusia awal ini telah bergerak
di sepanjang pantai Borneo iaitu ke kawasan Utara Borneo yang meliputi kawasan Kota Batu
(Brunei)9 hingga ke Sabah; dan ke bahagian Selatan iaitu sekitar kawasan Kuching.

5
Sarawak atau Serawak merujuk kepada kawasan Daerah Kuching sekarang.
6
Sila rujuk Abang A. Razak bin Abang Medaan, Hikayat Datu Merpati Jepang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1992.
7
Tom Harrisson, “New Archaeological and Ethnological Results From Niah Caves, Sarawak”, Man, Vol. 59,
Jan 1959, hlm. 1. Gua Niah turut memainkan peranan membekalkan sarang burung dan hasil hutan yang lain
kepada perdagangan di lembah Sungai Sarawak lebih daripada enam abad terutamanya sekitar tahun 671 – 907
Masihi.
8
Zuraina Majid, The Excavation of Gua Gunung Runtuh and The Discovery of the Perak Man in Malaysia,
Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah dan Antiquity Malaysia, 1994, hlm. 133.
9
Tom Harrisson, “Radio-Carbon Dates for Sabah and Brunei (Related to Sarawak)”, dalam Sarawak Museum
Journal, Vol. XIX, No. 38-39, hlm. 364.
3

Menurut catatan Cina yang dibuat oleh Fa-Hsien pada tahun 413-414 Masehi terdapat
sebuah tempat di Borneo yang dikenali sebagai Ye-po-ti. Bagi menjelaskan kerajaan yang
memiliki nama Ye-po-ti, Bradell menyatakan bahawa Ye-po-ti “...was in Borneo, then it
must have been an important district and in some part from which a course could have been
set direct for Canton.”10 Berdasarkan bukti-bukti arkeologi penemuan tembikar pada zaman
awal di Brunei membuktikan bahawa kerajaan Ye-po-ti yang dimaksudkan oleh Fa-Hsien
adalah Brunei. Malah sekiranya berdasarkan pendapat Grimes, perjalanan daripada Ceylon ke
Ye-po-ti adalah 90 hari. Dengan mengambil kira keterangan Abang Gudam bahawa jarak
antara Sumatera (Pagar Ruyong) dan Brunei adalah dua bulan atau 60 hari 11 maka secara
rasional jarak antara Ceylon dan Brunei yang mengambil masa 90 hari wajar diterima. Justeru
sejak abad ke-5 Masehi Brunei telah wujud sebagai sebuah kerajaan perdagangan yang
teratur. Akan tetapi kerajaan Brunei pada ketika ini adalah sebuah kerajaan yang kecil dan
belum lagi menguasai lain-lain kawasan di Borneo.

Menjelang abad ke-8 hingga pertengahan abad ke-13 Masehi, 12 Sarawak telah muncul
sebagai sebuah bandar pelabuhan yang penting dalam perdagangan hasil hutan dan besi.
Banyak artifak-artifak sejarah seperti seramik daripada Dinasti Han dan arca Buddha dan
Stupa13 telah dijumpai melalui kajian arkeologi. Bijih besi daripada Sarawak dipercayai
dieksport ke China untuk diproses. Malah ada yang berpendapat pelabuhan Santubong
digunakan sebagai pusat pengumpulan barangan bagi kepulauan Borneo sebelum barangan
dihantar ke pelabuhan entreport yang lain seperti Semenanjung Malaysia, Indonesia dan juga
Brunei.14 Chang Te-Kun mengambarkan bahawa:
There is no doubt that Santubong [Sarawak] was a great seaport in the 12th-
13th centuries. The estuary was frequented by large fleets of sea-going
vessels, the river busy with ferries from both banks, the waterfronts crowded
with merchants, sailors and labourers at work, while the two hills that mark
the landscape were enveloped by the smoke puffing out from hundreds of
foundries.15

10
R. Bradell, “An Introduction to The Study of Ancient Times in Malay Peninsula”, JMBRAS, Vol. XIX, Part 1,
hlm. 57.
11
Benedict Sandin, “Origin of the Saribas Malays”, Sarawak Museum Journal, XVII, No. 34-35, 1969, hlm.
232.
12
Cheng Te-K’un, Archaeology In Sarawak, Great Britain: W. Heffer & Sons Ltd, Cambridge, 1969, hlm. 17-
18. Selepas pertengahan abad ke-13 China ditakluk oleh Monggol menyebabkan jumlah perdagangan dengan
negara Asia Tenggara menurun.
13
Ibid., hlm. 13-14.
14
Tom Harrisson dan Stanley J. O’Connor, “Excavations of the Prehistoric Iron Industry in West Borneo”,
Associated Artifacts and Ideas, Vol.2, No. 72, April 1969, New York, hlm. 259.
15
Cheng Te-K’un, Archaeology In Sarawak, hlm.18-19.
4

Menurut catatan Prapanca dalam Negarakertagama pada tahun 1365 Brunei adalah
sebahagian daripada jajahan takluk Majapahit. Salah satu daripada 14 buah pusat pentadbiran
daerah bagi empayar Majapahit ialah Singhapura atau Johor Lama. Berdasarkan hubungan
kerajaan Brunei dan Johor melalui catatan Syair Awang Semaun, dipercayai bahawa Brunei
menjadi pusat pentadbiran yang mewakili kerajaan Singhapura ataupun Johor Lama di
wilayah Borneo. Malah secara kebetulan wilayah di Borneo yang ditadbir oleh Brunei juga
terdapat 14 buah wilayah. Brunei telah menjadi pusat penting bagi mengawal wilayah-
wilayah jajahan Majapahit di Borneo seperti Kalka (Kalaka), Saludung (Samarahan), Sawaku
(Sarawak), dan Malano (Mukah).16 Semasa pentadbiran Majaphit telah menjadi lemah pada
masa itulah Awang Alak Betatar naik menjadi pemerintah Brunei sekitar tahun 1389. Ini
ditegaskan melalui Silsilah Raja-raja Berunai, “maka manakala telah binasa negeri Majapahit
itu, tiadalah lagi menghantar upeti melainkan Berunai beraja sendirinya dan berkuasa pada
telok rantaunya”.17

Pada tahun 1397 Masihi iaitu pada zaman Dinasti Ming terdapat rekod yang
mencatatkan tentang kerajaan Bruni yang berpusat di Kota Batu. Jumpaan duit syiling China
di Kota Batu, Brunei yang datangnya dari zaman Dinasti Tang, Sung dan Yuan mengesahkan
terdapat hubungan antara China dan Brunei18 dan ini mengesahkan bahawa Ye-po-ti, Po-ni
dan Bruni adalah merujuk kepada Kerajaan Brunei. Manakala menurut sumber dari India
menyatakan bahawa kerajaan Brunei dipanggil Varunaidvipa. Istilah ini diambil daripada
bahasa Sanskrit Varunai yang merujuk kepada sesuatu yang berhubungan dengan laut.19
Kedudukan bandar Brunei yang mengadap laut Cina Selatan membuktikan bahawa Varunai
merujuk kepada kerajaan Brunei.

Menurut Syair Awang Semaun, sebelum Awang Alak Betatar berjaya membentuk
sebuah kerajaan yang kuat, Brunei terpaksa bersaing dengan penguasaan orang Bisaya di
Teluk Brunei dan juga orang Melanau yang dipercayai datangnya dari kawasan Mukah dan
Igan.20 Ini menunjukkan bahawa telah terdapatnya beberapa buah kerajaan kecil di pantai
16
Yanuar, Kitab Negarakertagama (Terjemahan), http://religi.wordpress.com/2007/03/16/kitab-negara-
kertagama-terjemahan/ (diakses pada 28 Februari 2011). Sila lihat juga Slametmuljana, A Story of Majapahit,
Singapore: Singapore University Press, 1976, hlm. 93 dan 139. Malano boleh merujuk kepada kawasan utama
masyarakat Melanau iaitu di Mukah ataupun kawasan sekitar Teluk Melano.
17
P.L. Amin Sweeney, “Silsilah Raja-raja Berunai”, JMBRAS 41(2), Disember, 1998, hlm. 97.
18
Ranjit Singh, Brunei 1839-1983: The Problems of Political Survival. Oxford University Press: Singapore,
1984, hlm. 13.
19
Yahya Haji Ibrahim, “Sejarah Ringkas Kemasukan Islam Ke Brunei”, dalam Pelita Brunei, hlm. 4.
20
Sila rujuk Syair Awang Semaun. Dalam syair ini dicatatkan usaha perluasan jajahan takluk oleh Kerajaan
Brunei pada peringkat awal. Sila lihat Abd Hamid Jaludin, ‘Syair Awang Semaun Sebagai Epik Bangsa Melayu
5

Barat Borneo yang saling bersaing bagi menggantikan dominasi empayar Majapahit bagi
menguasai pantai barat Borneo. Catatan Negarakertagama turut mengesahkan bahawa pada
tahun 1365 memang terdapat beberapa buah kerajaan yang setaraf dengan Brunei di pantai
Barat Borneo yang saling bersaing untuk menguasai pantai barat Borneo. Kejayaan Awang
Alak Bertatar menumpaskan Kerajaan Bisaya dan Kerajaan Igan 21 menyebabkan Brunei tidak
lagi memiliki saingan dan berjaya menggantikan empayar Majapahit bagi mendominasi
pantai barat Borneo. Menurut Morris, hanya pada pertengahan abad ke-15 Masehi kawasan-
kawasan Sungai Igan telah berjaya dikuasai oleh pemerintah Brunei selepas berjaya
menewaskan pemerintah-pemerintah tradisi iaitu Tugau dan Besiong.22

Semasa pentadbiran Sultan Sharif Ali pada tahun 1425 Masehi Brunei telah berjaya
mengukuhkan kerajaan Brunei dan mulai bebas menentukan pengaruh sendiri.23 Dengan
membentuk pentadbiran yang bebas maka pedagang dari Brunei mulai meningkatkan
perdagangan dengan negara jiran misalnya Melaka. Terdapat bukti menunjukkan bahawa
pedagang Brunei telahpun berniaga hingga di Melaka. Ini jelas menunjukkan bahawa pada
ketika ini Brunei telahpun menonjol sebagai pusat perdagangan yang penting di kepulauan
Borneo.

Rekod-rekod awal seperti catatan syair Awang Semaun bukan sahaja menunjukkan
kewujudan banyak negeri di sepanjang pantai jajahan Sarawak tetapi menunjukkan
pentingnya negeri-negeri tersebut yang memiliki kekayaan hasil bumi yang banyak bagi
memacu kekayaan empayar Brunei. Penaklukan wilayah-wilayah ini menyebabkan mereka
terpaksa membayar ufti setiap tahun.24 Wilayah-wilayah yang ditakluki seterusnya
membentuk “kawasan pegangan”25 yang tunduk kepada pemerintah yang lebih kuat.
Persaingan antara kerajaan-kerajaan awal di Borneo membuktikan bahawa sebelum abad ke-
16 selain kerajaan Brunei telah wujud beberapa buah kerajaan negeri di Borneo yang

Brunei’, Tesis Ph.D 1995/96, hlm. 25 dan 243.


21
Haji Abdul Karim bin Haji Abd. Rahman, Keruntuhan Empayar Brunei KM 19: Satu Kajian Dari Sudut
Ekonomi, Bandar Seri Begawan: Pusat Sejarah Brunei, 2008, hlm. 4.
22
Dzulfawati binti Haji Hassan, Upacara Kematian Melanau Likow di Sarawak, Kota Samarahan: Universiti
Malaysia Sarawak, 2006, hlm. 12.
23
Haji Abdul Latif bin Haji Ibrahim, “Buruneng dan Majapahit di Mana Pertemuannya”, dalam Rampak
Serantau, No. 3, 1996, hlm. 1.
24
Abd Hamid Jaludin, ‛Syair Awang Semaun Sebagai Epik Bangsa Melayu Brunei’, Tesis Ph.D 1995/96, hlm.
25.
25
O.W. Wolters, The Fall of Srivijaya In Malay History, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1975
(Cetakan Semula), hlm. 12.
6

telahpun memiliki struktur masyarakat yang teratur dan lebih kompleks berbanding
masyarakat pagan.26

Wilayah Sarawak yang asal (Daerah Kuching) terletak paling jauh daripada pusat
pentadbiran Brunei menyebabkan Sarawak hanya ditadbir secara tidak langsung oleh
pembesar-pembesar tempatan Sarawak yang terdiri daripada Datu Patinggi, Datu
Temenggong, dan Datu Bandar.27 Pembesar-pembesar Sarawak ini diberikan kuasa autonomi
dalam pentadbiran negeri Sarawak disebabkan Daerah Sarawak tidak memiliki kekayaan
hasil bumi. Jumpaan emas dan antimoni pada tahun 1826 telah membuka mata Kerajaan
Brunei untuk kembali mengawal pentadbiran Sarawak secara terus daripada Brunei. 28
Keadaan ini telah menimbulkan gangguan dalam struktur kuasa penduduk tempatan yang
telah dinikmati untuk suatu jangka masa yang panjang. Keinginan untuk mengambil semula
kuasa daripada pembesar tempatan Sarawak dan juga mengawal sumber ekonomi telah
menimbulkan tentangan penduduk Sarawak ke atas pentadbiran Putera Mahkota. Tentangan
telah menimbulkan huru hara dan ketidakstabilan pentadbiran Brunei di Sarawak. Justeru itu
Pengiran Muda Hashim telah dihantar bagi membantu mengamankan Daerah Sarawak.
Namun beliau gagal bertindak disebabkan kebencian penduduk Sarawak ke atas Pengiran
Mahkota begitu mendalam. Semasa pemberontakan sedang berlangsung James Brooke telah
tiba di Sungai Sarawak pada tahun 1839 dan diminta membantu pemberontakan di Sarawak.
Namun beliau telah menolak. Semasa kedatangan James Brooke kali yang kedua pada tahun
1841, Pengiran Muda Hashim telah menawarkan James Brooke jawatan sebagai Gabenor di
Sarawak (Daerah Kuching) sekiranya berjaya membantu mengamankan pemberontakan
penduduk tempatan yang menentang pentadbiran Putera Mahkota Muhamad Salleh.

Kejayaan James Brooke mengamankan Sarawak telah memberikan beliau peluang untuk
mendapatkan jawatan Gabenor Sarawak yang dianugerahkan oleh Pengiran Muda Hashim
pada 24 November 1841.29 Jawatan Gabenor beliau telah disahkan oleh Sultan Brunei pada
tahun 1842. James Brooke memulakan pentadbiran Kerajaan Sarawak yang berpusat di
Kuching. Sejak tahun 1841 James Brooke telah bertindak meluaskan pemerintahan beliau
26
Aslinda binti Agil, ‘Pembinaan Peradaban Islam di Brunei Darussalam di Alam Melayu Abad ke-15’,
Disertasi Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2008, hlm. 2.
27
Mohammed Yusof Shibli, ‘The Descent of Some Kuching Malays’, Sarawak Museum Journal, Vol. V,
No.2, September 1950, hlm. 263.
28
Antimoni dijmpai pada tahun 1824. Sila lihat Robert Pringle, Rajahs and Rebels: The Ibans of Sarawak
under Brooke Rule, 1841-1941, New York: Cornel University Press, 1970, hlm. 68.
29
Surat lantikan James Brooke sebagai Gabenor Sarawak oleh Raja Muda Hashim 24 November 1841
bersamaan dengan 30 Rejab 1257 Hijrah.
7

dengan memerangi orang Melayu dan Iban yang dilabelkan sebagai lanun bagi mempastikan
kedudukan politik beliau di Sarawak tidak tergugat.30 Untuk tujuan itu James Brooke turut
mengheret kapal-kapal Kerajaan British dalam misi beliau di Sarawak dengan alasan bagi
melindungi aktiviti perdagangan dan perkapalan British daripada ancaman lanun. Misalnya
tindakan beliau di kawasan Paddi, Paku dan Rimbas 31 bagi memudahkan James Brooke
bertindak di Sungai Skrang dan Saribas. Seterusnya James Brooke meluaskan pengaruh
dengan mengambil sungai Batang Lupar hingga ke Sungai Rejang. Di sesetengah kawasan
James Brooke mengekalkan pemimpin tempatan misalnya Daerah Sarikei yang ditadbir oleh
Syarif Masyhor.32 Manakala pemimpin yang menentang beliau akan diperangi ataupun
ditukarkan dengan pihak yang boleh menyokong beliau. Tindakan James Brooke turut
memberikan kesan negatif apabila berlakunya tindak balas penduduk tempatan Sarawak bagi
menghalau beliau keluar daripada Sarawak. Misalnya peristiwa pakatan orang Melayu
menentang Brooke apabila berlaku pemecatan Datu Patinggi Abd. Ghafur. 33 Begitu juga
dengan penentangan masyarakat Iban34 dan Cina35 ke atas keluarga Brooke tidak menghalang
Kerajaan Sarawak diperluaskan sehingga melepasi Sungai Baram, Sungai Trusan, Sungai
Limbang dan Sungai Lawas di utara Sarawak. Tindak balas penduduk di Kuching, Sungai
Batang Lupar, Sarikei dan Mukah jelas memperlihatkan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh
Raja Brooke bagi menstabilkan Kerajaan Sarawak.

Kepercayaan

30
Robert Pringle, Rajahs and Rebels: The Ibans of Sarawak under Brooke Rule, 1841-1941, New York:
Cornel University Press, 1970, hlm. 66.
31
Steven Runciman, The White Rajahs: A History of Sarawak from 1841 to 1946, London: Cambridge
University Press, 1960, hlm. 76.
32
C.N. Crisswell, Rajah Charles Brooke: Monarch of All He Surveyed, Kuala Lumpur: Oxford University
Press, 1978, hlm. 64
33
Peristiwa “Pakatan Orang Melayu” ini diketuai oleh Datu Patinggi Imam Haji Abdul Ghafur di Kuching,
Sharif Masahor di Sarikei dan Sungai Rejang dan beberapa pemimpin lain di kawasan Lundu dan Kanowit.
Penentangan ini berpunca daripada tindakan Raja Brooke yang cuba menganggu struktur pentadbiran tradisi
dengan menukarkannya dengan pemimpin yang baharu yang tidak memiliki pengaruh Brunei. Namun Abddul
Ghani dan Juanda berpendapat penentangan ini berpunca daripada Terdapat pendapat lain yang menyatakan
sebab-sebab penentangan juga berpunca daripada kebimbangan pengaruh Brooke yang banyak menjejaskan
usaha dakwah agama Islam di Sarawak. Sila lihat Zulkiple Abdul Ghani dan Juanda Jaya, 2003, “Peranan
Tokoh Agama Dalam Mengorganisasikan Dakwah di Sarawak sebelum Merdeka”, dalam Prosiding Nadwah
Ulama Nusantara II Sumbangan Ulama dan Tokoh Agama Borneo, Farid Mat Zain et al (pnyt.), Bangi: Fakulti
Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003.
34
S. Baring-Gould dan C.A. Bampylde, A History of Sarawak under its two whites Rajahs, London:
Hendry Southern & Co., 1909, hlm. 153-184.
35
“Sir James Brooke’s Personal Narative of the Insurrection at Sarawak,” Sydney Morning Herald, 31
Julai 1857, hlm. 5.
8

Disebabkan kedudukan Brunei terletak di antara jalan perdagangan China dan India, adalah
tidak menghairankan jika terdapat hubungan yang menunjukkan kepercayaan awal
masyarakat di Brunei adalah beragama Hindu yang dibawa oleh pedagang dari India. Bukti
wujudnya pengaruh agama Hindu dapat dilihat pada cerita awal kewujudan kerajaan Brunei
dalam bentuk mitos pembentukan negara.36 Malahan jumpaan arkeologi di beberapa tempat
37
di Santubong seperti patung Buddha dan stupa yang menunjukkan selain pengaruh Hindu,
agama Buddha juga pernah menjadi amalan masyarakat pesisir pantai Sarawak dan Brunei.
Pada akhir abad ke-14 dengan penyebaran Islam yang begitu pesat dan pada masa yang sama
jatuhnya Kerajaan Majaphit maka agama Islam mulai mewarnai sistem pentadbiran di Brunei
dan jajahan takluk di Sarawak. Walau bagaimanapun kedatangan agama Hindu, Buddha dan
Islam hanya terhad di kawasan-kawasan pesisir pantai dan sungai utama. Penduduk di
kawasan pedalaman kekal dengan amalan pagan ataupun tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur
agama Hindu, Buddha dan Islam.

Latar Belakang Etnik Penduduk Sarawak


Bumiputera
Iban

Howell (1992:34) mengatakan orang Melayu atau pun orang Iban adalah bukan penduduk ash
Pulau Borneo. Orang Iban dipercayai datang lebih awal daripada orang Melayu. Mereka
berhijrah ke Pulau Borneo iaitu kira-kira tiga atau empat ratus tahun yang lalu. Mengikut
Howell lagi adalah dipercayai bahawa orang Than pernah tinggal di Semenanjung Tanah
Melayu. Ini berdasarkan alat tenunan atau wing-gasing mereka. Setetah meninggalkan
Semenanjung Tanah Melayu mereka pergi ke Borneo. Mereka tinggal di Kalimantan Barat
Indonesia sebelum mereka berhijrah ke Sarawak. Orang Iban mempunyai beberapa kumpulan
iaitu Batang Rejang, Saribas, Skrang, Batang Ai, Lemanak, Sebuyau dan sebagainya.

Namun berdasarkan tradisi mereka bergerak masuk ke Sarawak dari utara Kapuas. Mereka
berhijrah dalam dua kumpulan yang menggunakan laluan yang berbeza, kumpulan pertama
dari bahagian ulu Kapuas (Indonesia) dan Batang Ai (bahagian kedua dalam Sarawak).
Kebanyakan mereka berhijrah melalui sungai utama dari arah utara ke arah timur. Ramai
masyarakat Iban pada masa kini tinggal di bahagian Limbang, Brunei dan di Sabah. Menurut

36
Sila rujuk Syair Awang Semaun tentang kisah Awang Alak Bertatar.
37
Cheng Te-K’un, Archaeology In Sarawak, hlm. 13-14.
9

Juliza Kennedy (2007), masyarakat etnik Iban seperti masyarakat kaum lain mempunyai
sesuatu yang digunakan untuk membuktikan kewujudan mereka melalui budaya, bahasa,
kesenian, dan identiti sendiri. Masayarakat Iban di negeri Sarawak menetap di rumah
panjang. Rumah panjang merupakan rumah tradisional yang sememangnya merupakan
simbolik kepada masyarakat Iban di negeri Sarawak dan mereka menetap di rumah panjang
sehingga ke hari ini. Rumah panjang merupakan rumah kediaman masyarakat Iban yang
mempunyai beberapa “pintu” atau lebih dikenali sebagai bilik. Setiap “pintu” didiami oleh
satu keluarga. Setiap “pintu” mempunyai “ruai” atau lebih dikenali sebagai ruang halaman
rumah yang digunakan oleh masyarakat Iban untuk bersembang, melaksanakan majlis
perkahwinan, tempat untuk menyambut Hari Gawai kerana di “ruai” dapat mengumpulkan
sanak saudara dan rakan-rakan untuk menyambut majlis keramaian. Majlis keramaian yang
menunjukkan semua rakan, saudar mara berkumpul berkumpul bersama dikenali sebagai
“gempuru”.

Masyarakat Iban terkenal dengan kerajinan mereka. Disebabkan masyarakat Iban pada
dahulunya adalah menetap di muara sungai dan menetap di kawasan perkampungan.
Disebabkan oleh faktor kawasan tempat tinggal maka punca ekonomi masyarakat Iban adalah
lebih tertumpu kepada aktiviti pertanian. Aktiviti pertanian yang diusahakan oleh masyarakat
Iban ialah seperti menanam sayur, menanam lada, menanam padi serta menternak haiwan
ternakan seperti ayam dan itik dan sebagainya sebagai punca pendapatan mereka. Aktiviti
menanam padi merupakan aktiviti pertanian wajib yang dilakukan oleh masyarakat Iban
(Noria Tugang, 2014). Aktiviti menanam padi mempunyai makna tersendiri kepada
masayarakat Iban. Pada setiap tahun, masyarakat Iban di negeri Sarawak akan melakukan
aktiviti menanam padi pada bulan September ataupun Oktober pada setiap tahun. Manakala,
musim menuai padi pula ialah pada bulan April sehingga Mei pada tahun berikutnya. Setelah
masyarakat Iban selesai menuai padi maka mereka akan membuat persiapan untuk
menyambut Hari Gawai. Sambutan Hari Gawai adalah sebagai tanda kesyukuran kepada
Tuhan kerana telah memberi rezeki yang melimpah kepada mereka iaitu padi kerana padi
merupakan makanan ruji kepada masyarakat kita sehingga ke hari ini.

Melayu
(Nota orang Melayu sila rujuk jurnal tulisan Jeniri Amir).

Cina
10

Sebelum kedatangan Brooke pembesar Melayu tempatan di Sarawak telah mempelawa ramai
orang Cina bekerja di kawasan perlombongan sebelum kedatangan Brooke. Semasa James
Brooke menjadi Raja Sarawak pada tahun 1841, hanya terdapat sekumpulan kecil orang Cina
yang tinggal di Sarawak. Selepas tahun 1841 orang Cina mula masuk untuk menetap di
Sarawak. Perpindahan orang Cina ke Sarawak dalam zaman moden ini bermula pada awal
abad ke-19 apabila Sarawak masih di bawah kawalan Kesultanan Brunei. Kumpulan pertama
yang berpindah masuk ke Bahagian Pertama Sarawak hari ini ialah orang Hakka. Mereka
bukan datang dan Negara China tetapi dari kawasan Sambas dan Pontianak, Kalimantan.
Mereka ini terdiri daripada pelombong-pelombong emas yang telah bekerja di kawasan itu
sejak tahun 1760-an. Kumpulan ini masuk ke Sarawak sebagai orang pelarian dari
Kalimantan akibat daripada tekanan cukai dan pcntadbiran Belanda yang menakluki pantai
barat Borneo pada tahun 1823. Di samping itu hasil perlombongan emas di kawasan tersebut
telah merosot, maka petempatan orang Cina mula merebak ke kawasan-kawasan lain. Walau
bagaimanapun didapati bahawa kumpulan imigran Cina yang penting di Sarawak semasa
kedatangan James Brooke adalah pelombong-pelombong Hakka dan kongsinya, Twelve
Company (San-tiao-Kou) di Daerah Bau di bawah pimpinan Liaw Shang Pang. Bukan Bau
sahaja yang menjadi pusat orang Hakka tetapi sekumpulan orang Hakka juga masuk ke
Kuching pada tahun 1860 di bawah mandur Raja bemama Sia Jiet. Mereka masuk sebagai
buruh kasar di Sarawak. Orang Hakka telah sampai di Sibu pada akhir abad ke-19 sebelum
kemasukan tiga kumpulan orang Cina (Foochow, Kantonis dan Henghua) yang penting di
kawasan Rejang pada awal abad ke-20. Selepas tahun 1920-an didapati di Kapit sudah ada
sepuluh keluarga orang Kheh (Hakka). Mereka kebanyakan tinggal di Sungai Belit dan
menanam sayur-sayuran, lada dan getah. Pada masa itu juga orang Kantonis mula masuk iaitu
lebih kurang pada tahun 1830. Mereka menanam sayur-sayuran serta mentemak binatang di
Sarawak. Salah seorang daripada mereka ialah Lau Chek yang dilaporkan belayar dari
Negara China ke Simanggang kira-kira pada tahun 1830 dan kemudian menetap di Kuching.
Beliau telah menjadi tukang masak kepada Raja Sarawak yang pertama dan bersama-sama
dengan pengikutnya telah mengambil hahagian yang aktif dalam menentang pemberontakan
pelombong-pelombong Hakka pada tahun 1857. Terdapat juga sekumpulan kecil orang
Kantonis yang menanam sayur dan mentemak binatang dekat Satok, Kuching pada tahun
1930. Selain daripada Kuching, orang Kantonis jugs telah bertapak di kawasan lain di
Sarawak. Mereka telah menetap di sekitar Kanowit sejak awal abad ke-20 yang membentuk
21.4% daripada penduduk di bazar Kanowit Terdapat kira-kira 500 orang Kantonis yang
tclah menetap di Sarikei sejak tahun 1880. Jejak orang Kantonis juga dapat dikesan di
11

Simanggang.58 Sejurus selepas ketibaan James Brooke di Kuching, orang Hokkien juga mula
bertapak di Sarawak. Pada tahun 1846, Ong Ewe Hai seorang Hokkien yang dilahirkan di
Singapura telah tiba di Sarawak. Beliau ketika itu hanya berusia 16 tahun dan tujuan
kedatangannya ialah untuk bemiaga. Beliau kemudian menubuhkan Kompeni Ewe Hai Moh
bersama-sama dengan Lim Eng Moh. Dengan itu komuniti Hokkien mula merebak ke seluruh
Sarawak sejak tahun 1846. Orang Hokkien tertumpu di bandar-bandar dan menguasai
pemiagaan daripada menjadi petani. Didapati pedagang Hokkien dari Singapura adalah orang
Cina yang pertama sekali mendarat di kawasan Rejang, iaitu pada tahun 1870-an. Pada masa
itu kapal mereka bukan bersinggah di Sibu, Sarikei atau Binatang tetapi Kanowit.66
Mengikut Kapitan Cina pertama Sibu, Tco Chong Loh (16:441S1),61 apabila pertama kali
beliau sampai di Sarawak bersama-sama dengan saudaranya dari Singapura pada tahun 1892
ketika berusia 15 tahun, satu-satunya tempat di kawasan Sungai Rejang yang pernah
didengamya ialah Kanowit.

Struktur Pentadbiran di Brunei dan Jajahan di Sarawak Sebelum 1841

Secara umumnya masyarakat Brunei terbahagi kepada dua iaitu golongan bangsawan yang
bergelar Pengiran manakala orang kebanyakan tidak memiliki gelaran Pengiran. Gelaran
Pengiran, Patis atau Patih merupakan gelaran yang mempunyai unsur-unsur daripada
Majapahit.38 Biasanya golongan Pengiran ini merupakan kaum kerabat Sultan Brunei.
Kewujudan struktur pentadbiran di Brunei bertujuan untuk:39

1. Mengukuh dan memperluaskan kuasa, kedudukan dan kawasan, dan juga mengawal
pergeseran dan pergelutan kuasa sesuatu jawatan yang lebih tinggi.
2. Mewujudkan perhubungan di antara penaung dan pelanggan, iaitu penerima akan
memperoleh keistimewaan daripada segi taraf kedudukan, hadiah dan juga gelaran.
3. Pengiktirafan tentang perbezaan taraf sama ada sesuatu jawatan lebih tinggi atau lebih
rendah dalam masyarakat.

Negara diketuai oleh seorang Sultan dan dibantu oleh sebuah majlis pentadbiran
kerajaan yang menjalankan urusan pentadbiran kerajaan yang terdiri daripada empat
38
Haji Abdul Latif Haji Ibrahim, ‘Sistem Gelaran-gelaran Tradisi Melayu Brunei Satu Kajian Awal’,
Persidangan Antarabangsa Tamadun Melayu Ke-II, 15-20 Ogos 1989, Kuala Lumpur, Malaysia, hlm. 12.
39
Ibid., hlm. 2.
12

pembesar yang utama iaitu Pengiran Bendahara, Temenggung, Bendahari dan Syahbandar. 40
Di samping itu terdapat juga peranan jawatan-jawatan seperti menteri, hulubalang dan
pegawai dalam pentadbiran Kerajaan.

Struktur pentadbiran di wilayah jajahan di Sarawak berbeza mengikut tempat. Untuk


memudahkan huraian penulis membahagikan kepada dua:

1. Pembesar bahagian Kuching, Sri Aman dan Sarikei


2. Pembesar di bahagian Mukah, Bintulu hingga ke Baram

Di kawasan Sarawak Asal (Kuching) hingga ke Sungai Saribas, gelaran pembesar


berasal daripada warisan Majapahit.41 Pembesar di Sarawak dikatakan golongan yang
berketurunan Datu Merpati manakala pembesar di Sungai Saribas pula berasal daripada Datu
Abang Gudam.42 Daripada keturunan Datu Merpati, muncul golongan bangsawan Melayu
Sarawak yang mendapat gelaran “Datu Patinggi” dan “Datu Temenggong”. 43 Golongan
Melayu perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu
Temenggong, dan Datu Bandar.44 Kemudiannya wujud jawatan-jawatan lain seperti Datu
Hakim dan Datu Imam. Selain berperanan di Sarawak Lama, jawatan-jawatan golongan
pembesar di kawasan Samarahan hingga ke Sungai Rajang turut menggunakan gelaran Datu
Patinggi, Datu Temenggong, dan Datu Bandar. 45 Jawatan-jawatan pembesar tempatan
Sarawak ini semasa penjajahan Brunei dikekalkan dan bertanggungjawab mentadbir jajahan
Sarawak bagi pihak Brunei. Mereka diberi kuasa autonomi dalam pentadbiran negeri
Sarawak. Malah dalam banyak perkara wilayah Sarawak ditadbir secara tidak langsung oleh
Brunei khususnya kawasan yang didapati tidak memiliki kekayaan hasil bumi. Semua kuasa
40
P.L. Amin Sweeney, “Silsilah Raja-Raja Berunai”, hlm. 49. Menurut Silsilah Raja-Raja Berunai keempat-
empat jawatan utama ini mulai dianugerahkan kepada kaum kerabat oleh Sultan Hassan.
41
Sanib bin Said, “Pensejarahan Sarawak: Memperbaharui Makna Lama”, Sarawak Museum Journal, Vol.
LXII, No. 83, Disember 2006, hlm. 79.
42
Benedict Sandin, “Origin of the Saribas Malays”, Sarawak Museum Journal, XVII, No. 34-35, 1969, hlm.
231.
43
Datu Merpati dikatakan salah seorang keturunan Raja Minangkabau dan cucu kepada Raja Jawa yang datang
dari Sumatera bersama isteri baginda Raja Permaisuri. Raja Permaisuri adalah anak kepada Raja Jarom dari
Johor. Mereka yang menetap di Santubong merupakan pemerintah di kawasan Sungai Sarawak hingga ke
Sungai Rejang.
44
Mohammed Yusof Shibli, “The Descent of Some Kuching Malays”, Sarawak Museum Journal, Vol. V, No. 2,
September 1950, hlm. 263.
45
Golongan perabangan di kawasan Saribas adalah berbeza daripada golongan perabangan di Sarawak
(Kuching). Di Saribas golongan perabangan dikatakan berasal daripada keturunan Abang Gudam manakala di
Sarawak mereka merupakan keturunan Datu Merpati. Persamaan hanyalah kedua-dua jurai keturunan berasal
dari Sumatera. Sila lihat Benedict Sandin, “Origin of the Saribas Malays”, Sarawak Museum Journal, XVII, No.
34-35, 1969, hlm. 231-244.
13

diserahkan kepada ketiga-tiga pembesar tradisi Sarawak misalnya peranan sebagai pengutip
cukai.46 Setiap pembesar memiliki hubungan yang amat rapat dengan suku-suku kaum lain
seperti orang Iban dan Bidayuh. Jalinan hubungan pembesar tempatan yang baik ini
menyebabkan agak sukar untuk empayar Brunei mengawal jajahan Sarawak secara terus dari
Brunei. Gangguan terhadap struktur kuasa ini merupakan salah satu sebab mengapa Datu-
datu menentang pentadbiran Pengiran Mahkota yang mewakili Sultan Brunei di Sarawak
pada tahun 1836.

Selain golongan perabangan yang bergelar Datu Patinggi, Datu Temenggong, dan
Datu Bandar, terdapat golongan lain yang dianggap golongan bangsawan47 iaitu kaum kerabat
para Datu yang memiliki gelaran “Abang” dan “Dayang” 48. Selepas golongan bangsawan
terdapat golongan masyarakat biasa.

Di kawasan Mukah, Igan, Oya dan Bintulu didiami oleh masyarakat Melanau.
Masyarakat Melanau satu-satunya masyarakat di jajahan Sarawak yang banyak menerima
kesan langsung pentadbiran Brunei. Struktur masyarakat yang teratas adalah golongan
Pengiran yang merupakan golongan pentadbir atau mewakili Sultan Brunei. Mereka juga
diistilah sebagai bangsa Lima Belas Pikul.49 Perkahwinan campur di antara golongan
pentadbir Brunei dengan anak-anak perempuan ketua kaum Melanau telah membentuk satu
kelas baru dalam masyarakat Melanau. Anak lelaki golongan Pengiran dinamakan Awangku
manakala yang perempuan dinamakan Dayangku. Golongan ini bertindak sebagai golongan
aristokrat dan mentadbir sungai-sungai utama yang sebelum itu ditadbir oleh bangsa

46
R.H.W. Reece, The Name of Brooke: The End of White Raja Rule in Sarawak, Kuching: Persatuan
Kesusasteraan Sarawak, 1993, hlm. 2.
47
Golongan Bangsawan (Orang Berbangsa dalam dialek Melayu Sarawak) terdiri daripada Abang dan Dayang,
Pengiran ataupun Awang, Tuanku (Bukan berdarah Raja tetapi berkturunan Arab), Wan (Lelaki), dan Syarifah .
Gelaran-gelaran ini di Semenanjung Malaysia bersamaan dengan Nik, Wan, Megat, Tuan dan Tun (bukan
anugerah Tun yang diberi oleh Yang Di Pertuan Agong).
48
Menurut Abang Yusuf, golongan “Abang” dikatakan berasal daripada Dinasti Sanggau di Putussibau, Nanga
Silat, iaitu sebuah kerajaan di Sungai Kapuas, Kalimantan. Dinasti ini diasaskan oleh Abang Awal dan berakhir
dengan penaklukan Jepun semasa Perang Dunia Kedua (Generasi ke-18). Golongan Abang yang memerintah
mendapat gelaran rasmi Sultan, Penembahan,dan Pengiran Kesuma Negara. Pemerintah Lelaki yang
berketurunan Abang juga kadang-kadang menggunakan istilah Gusti (berasal daripada pengaruh Jawa)
manakala yang perpempuan menggunakan panggilan Dayang, Utin, Puteri, Galuh ataupun Lau (berasal daripada
pengaruh Bugis). Sila lihat Abang Yusuf Puteh, Malay Politics Perabangan, Sarawak: Shobra Publications Sdn.
Bhd, 1999, hlm. 67-74.
49
Istilah “Pikul” dalam struktur masyarakat Melanau bermaksud asal usul pembentukan struktur sosial mereka
adalah melalui pertandingan memilih orang yang paling kuat sebagai pemimpin. Pertandingan mengesahkan
bahawa beban paling kuat yang diangkat adalah sembilan pikul. Justeru keturunan mereka yang menang dalam
pertandingan telah mewarisi gelaran bangsa Sembilan Pikul. Manakala golongan kedua pula ialah bangsa Tujuh
Pikul, seterusnya bangsa Tujuh Bertirih dan golongan paling bawah dipanggil Dipen.
14

Sembilan Pikul. Penguasaan sungai penting bagi membolehkan penguasaan penjualan sagu di
seluruh Daerah Mukah, Igan, dan Oya.50

Golongan kedua adalah bangsa Sembilan Pikul ataupun juga dipanggil golongan A-
Nyat atau A-Metahei. Sebelum kedatangan Brunei golongan ini merupakan golongan
tertinggi dalam struktur sosial masyarakat Melanau yang menguasai politik, ekonomi dan
sosial. Mereka turut menguasai muara-muara sungai sehinggalah peranan mereka diambil
oleh golongan pengiran. Golongan seterusnya ialah bangsa Tujuh Pikul yang merupakan
golongan pertengahan yang terlibat dalam pedagangan dan memiliki kekayaan. Seterusnya
diikuti oleh bangsa Tujuh Bertitih dan golongan Dipen.

Masyarakat lain kurang menerima perubahan akibat penaklukan Brunei disebabkan


tumpuan pemerintah Brunei hanya di kawasan ekonomi yang utama iaitu sagu. Justeru,
penerimaan agama Islam hanya terhad kepada orang Melanau. Perubahan tidak berlaku di
kalangan kaum lain disebabkan hubungan di antara mereka kekal dilakukan oleh bangsa
Tujuh Pikul yang secara tradisi berurusan secara langsung dalam perniagaan. Malah orang
Melanau di kawasan pedalaman masih kekal mengamalkan kepercayaan Likow.51

Kedatangan Orang Eropah ke Borneo

Agak sukar untuk menentukan siapakah orang Eropah pertama yang singgah di Pulau
Borneo. Marco Polo juga tidak membuat sebarang catatan tentang pulau Borneo. Walaupun
beliau ada menyentuh tentang sagu tetapi catatan tentang penggunaan sagu adalah tentang
pulau Sumatera.52 Treacher berpendapat orang Eropah pertama yang sampai di Borneo atau
Brunei ialah Friar Odoric pada tahun 1322. 53 Pada tahun 1518 wakil Portugis iaitu Lorenzo
de Gomez sampai di bandar Brunei. Semasa pemerintahan Sultan Abdul Kahar (1524-1530)
sekali lagi wakil Portugis sampai di Brunei untuk menguasai peluang perniagaan di
pelabuhan Brunei tetapi dengan kecekapan Sultan Abdul Kahar Mendez hanya berjaya
50
Dzulfawati binti Haji Hassan, Upacara Kematian Melanau Likow di Sarawak, hlm. 27.
51
Likow bermaksud amalan dan kepercayaan tradisi yang diamalkan secara turun temurun. Amalan dan
kepercayaan mereka boleh dikategorikan sebagai Pagan.
52
Hugh Murray, Travels of Marco Polo, Greatly Amended and Enlarged from Valuable Early Manuscripts
Recently Published by the French Society of Geography and in Italy by Count Baldelli Boni (Edisi Ketiga),
Edinburgh: Oliver & Boyd, London, 1845, hlm. 270.
53
Robert Nicholl, European Sources for the History of The Sultanate of Brunei in the Sixteenth Century,
Penerbitan Khas Bil. 9, Brunei: Muzium Brunei, 1975, hlm. 3.
15

mengadakan hubungan perniagaan bersama Brunei.54 Ini jelas dengan pernyataan Jorge de
Albuquerque, Kapten Jeneral Melaka bahawa “...I wrote to the king of Bureno [Brunei]
about this business and he replied saying that he was a true friend of the King of
Portugal ...”55 Antara barang dagangan penting yang dibawa dari Brunei misalnya ikan, sagu,
emas, dan beras. Pihak Portugis turut tidak ketinggalan dalam merebut pengaruh ke atas
Brunei misalnya Gabenor Moluccas menuntut agar mereka diiktiraf sebagai kuasa terawal
yang menemui kepulauan Borneo pada tahun 1526.56

Minat kuasa Sepanyol di utara Borneo telah bermula sejak ketibaan Ferdinand
Magellan pada 16 Mac 1521 di Pulau Cebu. Bukti minat yang mendalam ini telah dicatat
dalam ekpedisi Pigafetta yang turut serta dalam ekspedisi Magellan.57 Kejayaan Sepanyol
menawan Manila pada tahun 1571 telah memberi inspirasi untuk mereka bergerak lebih jauh
lagi bagi menawan kawasan utara Borneo dan di selatan kepulauan Filipina. Sepanyol
berusaha menawan kawasan ini untuk tujuan perniagaan dan juga bagi menyebarkan
pengaruh agama Kristian. Usaha Sepanyol sebenarnya telah bermula lebih awal iaitu sejak
tahun 1521 iaitu semasa pemerintahan Sultan Saiful Rijal (1535-1581).

Kuasa British mula mengadakan hubungan dengan Borneo pada tahun 1609 apabila
aktiviti perdagangan mula dibuka di Sukadana. 58 Terdapat percubaan Syarikat Hindia Timur
Inggeris (SHTI) untuk membuka kilang pada tahun 1702 di kawasan Banjarmasin tetapi telah
mendapat tentangan penduduk tempatan pada tahun 1706. Menjelang tahun 1761, SHTI telah
membuat satu perjanjian dengan Sultan Sulu. Pada tahun 1762, Sultan Sulu telah
menyerahkan Pulau Balambangan kepada SHTI pada 12 September 1762. Pada tahun 1763
Sultan Sulu telah menambah kawasan yang diserah meliputi utara Borneo dan selatan Pulau
Palawan bersama semua pulau yang terdapat di antaranya. Keadaan ini menimbulkan
bantahan daripada pihak Sepanyol sehingga menyebabkan satu Protokol di tandatangani di
antara pihak British, Sepanyol dan German pada 7 Mac 1885 untuk mengiktiraf hak Sepanyol
ke atas seluruh kepulauan Sulu kecuali wilayah utara Borneo yang kemudiannya diduduki

54
Abdullah Zakaria, ‘Menoleh Sejarah Membetulkan Arah’ dalam Majlis Ilmu 2010’, 26 hingga 28 Julai 2010,
Persidangan Antarabangsa Brunei 2010.
55
Robert Nicholl, European Sources for the History of The Sultanate of Brunei in the Sixteenth Century, Brunei:
Muzium Brunei, 1975, hlm. 21.
56
W.H., Treacher, British Borneo: Sketches of Brunei, Sarawak, Labuan and North Borneo, hlm.15.
57
J.F. Robertson, “Using Pigafetta’s Journal”, Brunei Museum Journal, 1973, hlm. 102.
58
Sukadana terletak di sebelah Barat Kalimantan, Pulau Borneo. Ibid., hlm.15.
16

oleh BNBC.59 Minat British terhadap kawasan utara Borneo jelas dengan arahan untuk
membuka petempatan di Pulau Balambangan pada November 1771 bagi mengalih arah
perdagangan dari China untuk tujuan perniagaan lada.60

Peluasan kuasa Raja Brooke

Pada 15 Ogos 1839, James Brooke tiba di Sarawak (Kuching) dengan kapal Royalist dengan
hasrat untuk menyampaikan ucapan terima kasih dan memberi hadiah kepada Raja Muda
Hashim yang telah membantu kelasi-kelasi kapal British yang karam berhampiran negeri
Sarawak. Raja Muda Hashim merupakan bapa saudara kepada Sultan Brunei pada ketika itu
iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin 1. Raja Muda Hashim dihantar ke Sarawak apabila didapati
pemberontakan terhadap Pengiran Indera Mahkota Muhamad Salleh berterusan dan gagal
dihentikan. Pemberontakan di Kuching melibatkan orang Melayu dan Bidayuh yang
menentang dasar percukaian61 Pengiran Mahkota yang dianggap terlalu membebankan
penduduk. Pada masa yang sama kedatangan Pengiran Indera Mahkota juga tidak disenangi
oleh Datu-datu di Sarawak yang kehilangan kuasa memungut cukai. Keadaan menjadi lebih
buruk apabila Pengiran Indera Mahkota telah memaksa penduduk tempatan menjadi
pelombong antimoni.62

James Brooke tiba sekali lagi di Sarawak pada tahun 1840. Raja Muda Hashim sekali
lagi meminta bantuan Brooke untuk mengamankan Sarawak. Raja Muda Hashim telah
berjanji untuk melantik James Brooke sebagai Gabenor Sarawak sekiranya berjaya memadam
pemberontakan penduduk Sarawak (Kuching). Pada 24 November 1841, melalui campur
tangan James Brooke, pemberontakan telah berjaya dihentikan dan beliau telah dilantik
menjadi Gabenor Sarawak. Perlantikan Brooke kemudiannya disahkan oleh Sultan Brunei
melalui perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1842. Melalui perjanjian ini James Brooke
telah bersetuju untuk membayar ufti tahunan sebanyak $2,500 kepada Sultan Brunei. Malah
perjanjian ini juga telah mengiktiraf Brooke sebagai Raja Sarawak. Wilayah Sarawak yang

59
Protokol ini turut dirujuk semasa kes tuntutan Pulau Ligitan dan Sipadan antara Malaysia dan Indonesia. Sila
lihat Case Concerning Sovereignty over Pulau Ligitan and Pulau Sipadan (Indonesia v. Malaysia) Judgment of
17 December 2002, http://www.mpil.de/ww/en/pub/research/details/publications/institute/ wcd.cfm?
fuseaction_wcd=aktdat&aktdat=201010200402.cfm (diakses pada 6 Feb 2011).
60
W.H., Treacher, British Borneo: Sketches of Brunei, Sarawak, Labuan and North Borneo, hlm. 16.
61
C.N. Crisswell, Raja Charles Brooke: Monarch of All He Surveyed, Kuala Lumpur: Oxford University Press,
1978, hlm. 5.
62
Sanib Said, “Melayu Di Bawah Brooke, 1841-1941: Mulanya Kejatuhan Sosio Politik Melayu”, Sarawak
Museum Journal, Vol. XL, No. 61, hlm. 88-89.
17

diserahkan meliputi kawasan dari Tanjung Datu hingga ke kawasan di antara Sungai
Samarahan dan Sungai Sadong.

Kejayaan memperoleh wilayah Sarawak (Kuching) tidak menghentikan minat Brooke


untuk menambah luas wilayah yang sedia ada. Justeru banyak tindakan Brooke di Sarawak
dalam memerangi lanun berkait dengan motif sebenar untuk meluaskan jajahan takluk.
Misalnya usaha Brooke membanteras aktiviti pelanunan berselindung dengan usaha untuk
menghapus pengaruh golongan pembesar Melayu di kawasan Sungai Saribas dan Skrang.
Justeru, pada bulan Julai 1843 James Brooke telah melancarkan serangan ke atas orang Iban
di Sungai Saribas, atas alasan memerangi lanun. Untuk tujuan itu, James Brooke telah
dibantu oleh Keppel dan Komander Farquhar melalui kapal perang H.M.S Dido dan Nemesis.
Pertempuran yang berlaku berakhir dengan kekalahan orang Iban dan Melayu. Kejayaan ini
telah melemahkan benteng pertahanan utama penentang-penentang beliau di kawasan Paddi,
Paku dan Rimbas.63 Kesannya Brooke telah dapat meluaskan tanah jajahannya di kawasan
Sungai Skrang dan Saribas.  Perang di kawasan ini turut mengorbankan Datu Patinggi Ali
yang merupakan pemimpin Melayu di Kuching.

Kejayaan menumpaskan orang-orang Melayu dan Iban menyebabkan ketua


masyarakat Iban di Saribas menandatangani perjanjian yang menghalang mereka daripada
melakukan aktiviti melanun dan memberontak pada masa akan datang. Bagi menjamin
kedudukan Brooke agar tidak diganggu, Brooke telah memisahkan kawasan petempatan di
antara orang Melayu dan orang Iban untuk mengelakkan orang Melayu bersatu dengan orang
Iban dalam menentang pemerintahan Brooke. Brooke beranggapan hubungan yang baik ini
telah membawa orang Iban dalam aktiviti melanun bersama orang Melayu. Bagi C.N.
Crisswell penglibatan orang Melayu dalam aktiviti pelanunan ada kaitannya dengan
berkurangnya pendapatan daripada hasil perdagangan. Justeru pembesar Melayu di Sungai
Saribas dan Skrang merekrut orang Iban untuk menjadi lanun di sepanjang kedua-dua
sungai.64

Keinginan James Brooke untuk mengambil alih Pulau Labuan telah menimbulkan
persengketaan di antara pengikut Raja Muda Hashim dan Pengiran Muda Usop. 65 Pada 31
Disember 1845, kemuncak kepada episod pergeseran kaum kerabat diraja membawa kepada
63
Steven Runciman, The White Rajas: A History of Sarawak From 1841 to 1946, Kuala Lumpur: Synergy
Media, 2007 (Ulang Cetak), hlm. 96.
64
C.N. Crisswell, Raja Charles Brooke: Monarch of All He Surveyed, hlm. 4-5.
18

pembunuhan Raja Muda Hashim dan semua saudara mara yang terdekat dengan beliau.
James Brooke telah menggunakan isu pembunuhan Raja Muda Hashim dan layanan buruk ke
atas kelasi-kelasi kapal British yang karam di Teluk Brunei untuk memperoleh Pulau Labuan
dan juga Sarawak tanpa bayaran tahunan.

Brooke telah mencadangkan agar British mengambil alih Pulau Labuan bagi
mengawal pelanunan dan melindungi jalan perdagangan di sepanjang pantai Borneo. Bagi
menarik penglibatan British, Brooke mengatakan bahawa terdapatnya bekalan arang batu di
Labuan yang belum diterokai.66 Cadangan Brooke yang diterima oleh British telah membawa
kepada Persetiaan 184767 yang telah mengikat Brunei daripada menyerahkan mana-mana
wilayah yang dimiliki kepada kuasa-kuasa Eropah yang lain tanpa persetujuan British.
Kejayaan mengambil Pulau Labuan melalui Persetiaan 1847 telah mewujudkan satu kawasan
lingkungan pengaruh British di kepulauan Borneo.

Selepas tragedi “Beting Maru” pada 1849, tindakan James Brooke mulai
dipersoalkan.68 Dalam peristiwa “Beting Maru” Brooke telah membunuh ramai penduduk di
sepanjang Sungai Saribas yang dituduh sebagai lanun tanpa usul periksa. Tindakan James
Brooke yang meluaskan jajahan takluk dengan melabel setiap pemberontak sebagai lanun
telah menyebabkan timbul syak kepada Kerajaan British yang telah menubuhkan satu
Suruhanjaya pada tahun 1853 bagi menyiasat tindakan Brooke yang dianggap sebagai
kejam.69 Walaupun akhirnya Brooke telah dibebaskan daripada tuduhan tersebut tetapi
Suruhanjaya mendapati kedudukan beliau sebagai pegawai British di Labuan bertentangan
dengan kepentingan peribadi beliau di Sarawak. Selepas tahun-tahun 1853 tentera laut British
tidak lagi memberi bantuan kepada Brooke dalam ekspedisi beliau di Sarawak.

65
G.E. Saunders, “James Brooke’s to Brunei in 1844: A Reappraisal”, Sarawak Museum Journal, Vol. XVII,
No. 34-35, hlm. 312. Brooke melihat kelompok Pengiran Usop adalah penghalang kepada cita-cita Brooke di
Brunei. Bagi pihak Pengiran Usop, mereka telah melihat jauh ke hadapan bahaya yang dibawa oleh Brooke.
Brooke telah meninggalkan Pengiran Muda Hashim tanpa apa-apa perlindungan sedangkan beliau tahu ancaman
yang sedang dihadapi oleh Pengiran Muda Hashim. Dengan pembunuhan Pengiran Muda Hashim maka
perangkap yang dipasang oleh Brooke telah berjaya.
66
Steven Runciman, The White Rajas: A History of Sarawak From 1841 to 1946, hlm. 93.
67
Sila lihat Lampiran 2, Persetiaan Persahabatan dan Perdagangan antara Kerajaan British dan Sultan Brunei
1847.
68
Hansard Parlimen, 10 Julai 1851, Vol. 118, cc436-503. Lihat juga FO 12/18, Court at Buckingham Palace, 11
Ogos 1854.
69
Robert M. Pringle, “The Brooke of Sarawak: Reformers in Spite of Themselves”, dalam Sarawak Museum
Jornal, Vol. XIX, No. 38-39, hlm. 55.
19

Selepas berjaya mengambil bahagian Kuching, Brooke cuba meluaskan lagi wilayah
Sarawak. Pada tahun 1852, James Brooke telah membuat perjanjian bersama Sultan Abdul
Mumin untuk mengambil kawasan di antara Sungai Batang Lupar hingga ke Sungai Rejang
dengan bayaran $1500 setahun. Dengan pembesaran wilayah Sarawak, Brooke tetap
mengekalkan sebahagian besar pemimpin tempatan misalnya Sarikei yang diambil pada
tahun 1853 oleh Brooke terus mengekalkan Syarif Masyhor sebagai pemimpin tempatan. 70
Kejayaan meluaskan wilayah Sarawak hingga ke Sungai Rejang telah mendedahkan kawasan
Mukah dan Oya yang kaya dengan pengeluaran sagu kepada ancaman Brooke.

Semasa Brooke berusaha untuk mengambil Mukah dengan melibatkan diri dalam
pertikaian tempatan, telah berlaku peristiwa “Pakatan Orang Melayu” untuk menghalau
Brooke dari seluruh Sarawak. Peristiwa ini melibatkan orang Melayu di Kuching, Saribas,
dan Sungai Rejang. Dalam banyak tulisan penulis barat mereka banyak menggambarkan
peristiwa “Pakatan Orang Melayu” sebagai komplot pembesar Melayu di tanah jajahan
Brunei yang berjuang hanya untuk mempertahankan hak individu masing-masing. Terdapat
bukti menunjukkan perjuangan mereka dalam peristiwa ini sebagai usaha untuk
mempertahankan daerah masing-masing daripada campur tangan asing.71 Walaupun belum
mencapai tahap gerakan nasionalisme tetapi kesedaran awal ini telah wujud lama sebelum
peristiwa Anti-Cession tahun 1946. Peristiwa ini turut menguji kesetiaan penduduk tempatan
sama ada memihak kepada pemerintah Brunei ataupun mengalihkan sokongan kepada
pentadbir baru, James Brooke.

Brooke sangat sedar selagi beliau gagal memusnahkan pengaruh pembesar Brunei ke
atas orang Melayu dan juga kekuatan pengaruh orang Melayu ke atas orang Iban maka
kedudukan beliau di Sarawak akan tergugat. Pengaruh orang Melayu ke atas orang Iban
begitu jelas di kawasan Saribas dan Skrang. Malah Robert Payne menyatakan bahawa “...
His [James Brooke] secret intention may have been destroy the last remnants of Malay
power and to place himself in commands of the Dayaks and all the tribes which had hither to
been under Malay domination.”72 Justeru, Brooke merancang untuk memusnahkan pengaruh
orang Melayu ke atas orang Iban dan beberapa suku kaum lain bagi mengelak berlakunya
penentangan bersepadu di kalangan masyarakat tempatan yang boleh membahayakan
kedudukan Brooke di Sarawak.
70
C.N. Crisswell, Raja Charles Brooke: Monarch of All He Surveyed, hlm. 64.
71
Ibid., hlm. 63.
72
Robert Payne, The White Rajas of Sarawak, London: Robert Hale Ltd.,1960, hlm. 60.
20

Peristiwa “Pakatan Orang Melayu” ini diketuai oleh Datu Patinggi Imam Haji Abdul
Ghafur di Kuching, Syarif Masahor di Sarikei dan Sungai Rejang dan beberapa pemimpin
lain di kawasan Lundu dan Kanowit. Penentangan oleh pemimpin Melayu ini ada
hubungannya dengan kemerosotan pengaruh pemimpin yang telah dilantik oleh Pengiran
Brunei setelah Brooke berkuasa. Pada bulan Jun 1856 pemberontakan terhadap Brooke
meletus di Kanowit. Dalam penentangan ini dua orang pegawai James Brooke iaitu Henry
Steele dan Charles Fox telah dibunuh. Dengan kegagalan “Pakatan Orang Melayu” James
Brooke telah berjaya menghapus sumber ekonomi dan politik orang Melayu. Malah Datu
Patinggi Imam Abdul Ghafur dan Syarif Masahor telah dibuang negeri. Dengan jatuhnya
kawasan Batang Lupar hingga ke Sungai Rejang maka sumber ekonomi pembesar Melayu
dan Brunei hanya bergantung kepada sumber sagu di Mukah. Justeru episod seterusnya di
Mukah merupakan lanjutan daripada ketegangan yang berlaku di Sungai Rejang yang
berpunca daripada pengawalan ekonomi pengeluaran sagu.

Bahagian muara Sungai Rejang meliputi beberapa kawasan iaitu Mukah, Oya, Igan,
Matu dan Nipa. Kawasan ini merupakan antara kawasan yang paling kaya di bawah jajahan
Brunei khususnya dengan pengeluaran sagu yang mencecah setengah daripada pengeluaran
sagu dunia.73 Melalui campur tangan James Brooke, kawasan muara Sungai Igan hingga ke
kawasan Kidurong (Bintulu) telah diserah kepada keluarga Brooke pada tahun 1861.

Masalah di Mukah bermula akibat daripada pergaduhan antara pembesar iaitu


Pengiran Arshad dengan keluarga Pengiran Matusin. Pengiran Arshad dilihat sebagai
mewakili pembesar Brunei manakala Pengiran Matusin pula dilihat mewakili penduduk
tempatan yang dikatakan seringkali ditindas oleh pembesar Brunei. Krisis di antara Pangeran
Arshad dan Pangeran Matusin telah membawa kepada pembunuhan Pengiran Arshad dan
keluarga beliau. Peristiwa ini telah menyebabkan campur tangan Syarif Masyhur yang juga
mempunyai pertalian keluarga dengan Pengiran Arshad. Disebabkan Pengiran Matusin
enggan menyerah dan melarikan diri ke Kuching, menyebabkan Syarif Masyhur melakukan
serangan yang mengakibatkan kematian seramai 45 orang pengikut Pengiran Matusin.
Menurut perspektif Gould dan Bampylde, tindakan pembesar Brunei ini dianggap cubaan

73
Awang Asbol bin Haji Mail, “Kesultanan Melayu Brunei dalam Konflik Mukah pada Abad ke-19: Satu
Perbandingan Antara Perspektif Sumber Barat dan Tempatan”, Sosiohumanika, 2(2), 2009, hlm. 166.
21

menghapus pembesar yang disukai oleh penduduk tempatan Mukah.74 Masalah perdagangan
timbul akibat pembesar-pembesar Brunei yang dikatakan menganggu perdagangan di situ. Ini
menganggu bekalan sagu yang dibawa ke Singapura dan Kuching. Selain gangguan terhadap
perdagangan pembesar turut menyerang kapal-kapal perdagangan dan mengenakan cukai
yang tinggi.

Campur tangan Brooke di Daerah Mukah banyak dipengaruhi oleh faktor ekonomi
iaitu pengeluaran sagu untuk eksport ke Singapura. Pada masa yang sama peningkatan
eksport sagu dari Mukah ke Kuching disebabkan sejak tahun 1858, Kuching memiliki kilang
pemprosessan sagu. Sebab itu penguasaan ke atas Daerah Mukah sangat penting Brooke
untuk menguatkan ekonomi Sarawak. Walau bagaimanapun keadaan politik di Mukah pada
tahun-tahun 1850-an agak kacau bilau disebabkan pergaduhan antara pembesar-pembesar
tempatan. Punca pergaduhan akibat pembunuhan Gabenor Brunei di Mukah iaitu Pengiran
Arshad pada tahun 1854 yang dilakukan oleh Pengiran Matusin. Charles Brooke terlibat
melalui sokongan yang diberikan kepada Pengiran Matusin.

Pergelutan di Mukah berkait dengan pergelutan di antara Brunei dan Sarawak bagi
menguasai sumber ekonomi yang penting di Mukah iaitu sagu. Selain Mukah, sagu juga
didapati Oya, Igan, Matu dan Nipa yang juga terletak dalam wilayah Brunei. 75 Pergelutan di
antara Pengiran Matusin sebenarnya banyak untuk mewakili kepentingan Sarawak, begitu
juga dengan tindakan Pengiran Arshad yang cuba mempertahankan kewibawaan dan sumber
ekonomi Brunei di jajahan Mukah. Pada tahun 1857, Sultan Mukmin membenarkan James
Brooke menyelesaikan masalah di Mukah.76 Walau bagaimanapun Charles Brooke telah
bertindak lebih jauh dan bercita-cita untuk membawa terus Mukah ke dalam pengaruh
Sarawak dengan alasan pentadbiran pemerintah Brunei telah memburukkan keadaan
perdagangan dengan mengenakan pelbagai cukai dan levi. Situasi tegang di antara Sarawak
dan Brunei akhirnya berjaya dileraikan oleh Konsul British iaitu Spenser St. John. Campur
tangan beliau akhirnya telah membawa kepada satu perjanjian di antara Sultan Brunei dan
Brooke yang menyaksikan seluruh kawasan Mukah sehingga Bintulu diserahkan kepada
Kerajaan Sarawak dan Brooke perlu membayar ufti tahunan sebanyak $4500 kepada Sultan
74
S. Baring Gould dan C.A. Bampfyde, History of Sarawak Under Its Two White Raja, 1839-1908, Singapore:
Oxford University Press, 1989, hlm. 214-215.
75
L.R. Wright, “Sarawak’s Relations With Britain, 1858-1870”, Sarawak Museum Journal, Vol. XI, No. 23-24,
1964, hlm. 636.
76
L. R. Wright, The Origins of British Borneo. Hong Kong: Hong Kong University Press, 1970, hlm. 70.
22

Brunei. Setelah kematian James Brooke pada 11 Jun 1868 segala urusan pentadbiran Sarawak
diambil alih oleh anak saudaranya iaitu Charles Brooke.

Majoriti penduduk di kawasan Bintulu hingga ke Sungai Baram terdiri daripada orang
Melanau dan Kayan. Orang Melanau tinggal di kawasan pinggir pantai manakala orang
Kayan di kawasan pedalaman. Charles Brooke yang begitu berminat untuk mengambil
Daerah Baram sebagai sebahagian daripada negeri Sarawak telah memohon kebenaran
kepada Kerajaan British sejak tahun 1868.77 Walau bagaimanapun permintaan ini telah
ditolak oleh Sultan Brunei.78

Tahun-tahun 1870-an masalah kewangan Brunei sangat meruncing. Keadaan


kewangan yang buruk akibat daripada hilangnya kawalan terhadap daerah luar bandar Brunei
yang semakin longgar. Kehilangan jajahan Brunei khususnya Mukah menyebabkan
pendapatan kerajaan Brunei turut terjejas. Sultan Abdul Mumin menghadapi kesukaran untuk
menyelesaikan masalah ditambah dengan keadaan umur yang telah lanjut. Keadaan yang
buruk di sekitar Baram berpunca daripada pemberontakan orang-orang Kayan terhadap
pemerintah Brunei. Situasi di Baram turut mempengaruhi kawasan hulu Rejang yang dihuni
oleh majoriti orang-orang Kayan.79 Keadaan ini telah mengganggu pedagang Sarawak untuk
berurusan di Daerah Baram. Walaupun Daerah Baram hanya memberikan sedikit hasil
kepada Brunei namun Sultan tetap enggan menyerahkan Baram kepada Brooke.

Kawalan Brunei terhadap Daerah Baram yang terlalu lemah menyebabkan jenayah
mudah berleluasa. Keadaan yang tidak diingini berlaku apabila beberapa orang pedagang
Sarawak mati dibunuh di sekitar Sungai Baram pada tahun 1873. Brooke meminta ganti rugi
apabila warga Sarawak terbunuh di dalam jajahan Brunei. Sultan bersetuju untuk
bekerjasama tetapi pemerintah Brunei gagal menangkap pihak yang bertanggungjawab
melakukan jenayah. Pada tahun yang sama Brunei telah meminta bayaran cukai dari Daerah
Baram. Ketua-ketua kaum di Baram berasa kurang senang dengan tindakan pemerintah
Brunei telah melancarkan pemberontakan pada tahun 1874. Selain menggunakan alasan
gangguan terhadap aktiviti perdagangan Brooke dalam surat beliau menafikan “...it may be
thought that the Sarawak Government desires power on this coast merely for aggressive

77
FO 12/59, Charles Brooke kepada Earl of Derby, 20 Mac 1875.
78
FO 12/59, Lord Tenterden kepada Meade, 3 Mei 1875.
79
C.N. Crisswell, Raja Charles Brooke: Monarch of All He Surveyed , hlm. 153.
23

purposes; but I can positively assert that this is not the case”. Malah Brooke menyatakan
bahawa:

The Sarawak government feels and knows it can exert a beneficial influence
and power to ensure a semi-native and European rule which will satisfy all
honest men, and keep any badly disposed either in order or at a distance; and
furthermore, this change of territory will greatly tend to improve trade in
Labuan and Brunei.80

Brooke turut cuba meyakinkan pegawai di Kementerian Luar British bahawa sekiranya
Brooke dibenarkan untuk menguasai sehingga ke Sungai Baram, maka kebajikan penduduk
tempatan dapat dipertingkatkan dan ini akan mempengaruhi aktiviti perdagangan di Sungai
Baram.
Akhirnya Sultan telah bersetuju untuk menyerahkan Baram kepada Brooke tetapi
permohonan Brooke ditolak oleh pegawai Kementerian Luar British. Seterusnya Brooke
mencadangkan agar Brunei diberikan status Protektorat. 81 Dengan berselidung disebalik
kepentingan perdagangan dan menaikkan imej British sekali lagi permohonan diajukan
kepada Kementerian Luar British. Sehingga tahun 1876 permohonan ini telah ditolak atas
alasan Kerajaan British belum bersedia melaksanakan komitmen Protektorat pada waktu
tersebut.

Sepanjang tahun-tahun 1870-an keadaan ekonomi agak tidak memberangsangkan


khususnya ke atas Labuan. Peranan sebagai pelabuhan entreport terus menjunam dengan
saingan sengit daripada Sarawak dan BNBC. Keadaan diburukkan lagi dengan ancaman
Sepanyol di selatan Filipina yang mula menuntut hak perdagangan ke atas keseluruhan
kepulauan Sulu dan mula mengenakan sekatan ke atas hasil-hasil daripada Kepulauan Sulu
untuk dibawa ke Labuan. Peningkatan minat kuasa-kuasa Eropah khususnya Perancis dan
Jerman telah memberikan amaran ke atas British terutamanya di wilayah-wilayah yang masih
bebas daripada pengaruh British. Tertekan dengan ancaman daripada kuasa-kuasa Eropah
yang lain Kementerian Luar British telah meluluskan pengambilan oleh Brooke pada tahun
1879.82 Walau bagaimanapun proses kelulusan daripada kerajaan British terhenti disebabkan

80
FO 12/59, Leys kepada Earl Granville, 5 Mei 1883.
81
FO 12/59. Charles Brooke kepada Pejabat Hal ehwal Luar British, 5 Februari 1875. Lord Tenterden kepada
Meade, 3 Mei 1875. Earl of Derby kepada Raja Brooke 10 Mei 1875.
24

oleh perubahan politik di Britain 83 tetapi akhirnya Baram diserahkan secara rasmi kepada
Brooke pada 13 Jun 1882 dengan bayaran tahunan sebanyak $3,000 kepada Sultan dan
$2,000 kepada Temenggong.84 Kelulusan pengambilan Baram ada kaitannya dengan
pemberian status Piagam Diraja kepada BNBC.85

Di Sungai Trusan, pemberontakan telah meletus pada tahun 1884 oleh kaum-kaum
pribumi yang menentang pemerintah Brunei. Pemberontakan di Sungai Trusan berlaku
hampir serentak dengan pemberontakan di Sungai Limbang. Punca pemberontakan
disebabkan oleh kadar cukai yang dikenakan oleh pemerintah Brunei yang dikatakan sangat
keterlaluan. Ini menyebabkan situasi di Sungai Trusan sangat tegang. Di samping masalah
cukai yang tinggi ketegangan juga berpunca daripada kesan pergaduhan di antara peniaga
Melayu dan Iban dengan masyarakat Lun Bawang di Kampung Loagan Kelilang. Pergaduhan
menyebabkan beberapa orang Lun Bawang mati dibunuh malah wang mereka turut
dirompak.86 Ketika keadaan di Sungai Trusan agak tegang, Kerajaan Brunei telah
mengeluarkan amaran agar orang-orang Dayak dari Sarawak yang menjalankan perniagaan
dan pengumpulan hasil hutan meninggalkan Brunei. Amaran oleh kerajaan Brunei ini tidak
dipandang serius malah orang-orang Dayak hanya mengambil sedikit sahaja langkah berjaga-
jaga disebabkan tidak yakin akan pemberontakan yang besar akan tercetus.87

Peristiwa di Sungai Trusan telah mengorbankan penduduk Melayu Brunei dan juga
Sarawak yang menjalankan perniagaan di Sungai tersebut. Warganegara Sarawak terdiri
daripada dari suku kaum Iban dan Melanau.88 Walaupun keadaan yang berlaku adalah tidak
jelas89 tetapi yang nyata hubungan penduduk di Sungai Trusan dan pemerintah Brunei sangat
tidak harmoni.

82
C.N. Criswel, Raja Charles Brooke: Monarch of All He Surveyed, hlm. 155. Kelulusan ini juga diharap dapat
mengurangkan kos ke atas kerajaan British dalam menguatkan cengkaman British di wilayah Borneo tanpa
melibatkan diri secara langsung.
83
Parti Konservatif yang menyokong kuat idea perluasan kuasa dan empayar British telah kalah kepada Parti
Liberal dalam pilihan raya di Britain. Parti Liberal cuba menyekat penambahan wilayah baru dalam empayar
British. Atas sebab itu kelulusan untuk Raja Brooke mengambil Sungai Baram tertangguh untuk sementara
waktu. Sila rujuk bab ketiga untuk penjelasan yang lebih lanjut.
84
C.N. Crisswell, Raja Charles Brooke: Monarch of All He Surveyed, hlm. 161.
85
G. Irwin, Borneo Abad Kesembilan Belas, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, hlm. 266.
86
Leonard Edwards dan Peter W. Stevens, Shorts Stories of the Lawas and Kanowit Districts, Sarawak: Borneo
Literature Review, 1971, hlm. 14.
87
W.H., Treacher, British Borneo: Sketches of Brunei, Sarawak, Labuan and North Borneo, hlm. 51.
88
FO 12/61, Treacher kepada kepada Setiausaha Hal Ehwal Luar Britain, 24 November 1884.
89
Menurut Runciman, pihak yang membunuh orang Dayak merupakan orang Murut yang juga tinggal di Sungai
Trusan. Sila lihat Steven Runciman, The White Rajas-A History of Sarawak from 1841-1946, hlm. 186-187.
25

Insiden pembunuhan rakyat Sarawak di Sungai Trusan menyebabkan Kerajaan


Sarawak menghantar F.O. Maxwell90 bagi membuat siasatan. Kegagalan pemerintah Brunei
menghukum mereka yang terlibat telah menyebabkan Maxwell mengugut untuk menahan
bayaran pampasan daripada Kerajaan Sarawak selama dua tahun yang bernilai $22,000.
Kegagalan membayar pampasan menyebabkan pemerintah Brunei terpaksa menyerahkan
Sungai Trusan kepada Sarawak dengan kadar $4500 kepada Pengiran Temenggung. 91
Menurut Treacher penyerahan Trusan dilakukan setelah Brunei gagal memperoleh pinjaman
daripada BNBC bagi membayar pampasan kepada Sarawak. 92 R. Haller-Trost pula
menyifatkan penyerahan Trusan oleh Temenggung Hashim disebabkan ketidakupayaan
Brunei mengawal Daerah Trusan dan memperoleh kutipan cukai.93 Sebagai langkah tindak
balas keengganan BNBC membantu maka Sungai Trusan telah diserahkan kepada Sarawak
secara rasmi pada 12 Disember 1884.94 Bahagian Sungai Limbang akan dibincangkan dengan
lebih lanjut pada bab kedua dan ketiga.

Usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Charles Brooke untuk meluaskan kuasanya di
Sarawak berterusan walaupun status protektorat telah diberikan kepada Brunei. Jelas sekali
Charles Brooke lebih banyak menonjolkan sikap sebagai seorang yang imperialis ke atas sisa-
sisa wilayah kerajaan Brunei. Pada masa yang sama persaingan dengan BNBC turut
mempengaruhi sikap Charles Brooke ke atas saki baki wilayah Brunei yang masih belum
diambil. Masyarakat yang tinggal di Daerah Lawas terdiri daripada orang Melayu, Kedayan
dan Lun Bawang. Daerah Lawas lebih banyak dihuni oleh orang Melayu, manakala disekitar
Lawas Damit lebih ramai didiami oleh kaum Lun Bawang. 95 Kebanyakan tempat di Daerah
Lawas adalah berstatus Tulin misalnya kawasan Punang yang merupakan hak Tulin kepada
Pengiran Muhamad Tali Bongsu, kawasan Siang-siang hingga ke Kuala Bunbun pula adalah

90
Frank R.O. Maxwell mulai menyertai perkhidmatan Kerajaan Sarawak mulai tahun 1872. Beliau merupakan
pegawai kanan yang mewakili Kerajaan Sarawak.
91
CO 874/237, Treacher kepada R. Alcock, 20 Disember 1884.
92
W.H., Treacher, British Borneo: Sketches of Brunei, Sarawak, Labuan and North Borneo, hlm. 51.
93
R. Haller-Trost, The Brunei-Malaysia Dispute Over Territorial and Maritime Claims, hlm. 12.
94
CO 874/237, Treacher kepada Davies, 20 Disember 1884. Ketika Temenggong Hashim menandatangani
perjanjian penyerahan Sungai Trusan baginda berstatus Temenggung dan bakal pengganti Sultan Brunei.
Menurut Ranjit Singh dan Treacher, perjanjian ini tidak sah. Ketika Maxwell bertanya persoalan ini kepada
Temenggung Hashim beliau menyatakan bahawa Sungai Trusan adalah hak peribadi beliau yang tidak
memerlukan cop Sultan untuk sebarang urusan. Akan tetapi bagi Treacher tindakan ini bertentangan dengan
Perjanjian 1847 di antara Brunei dan British.
95
Tom Harrisson, The Malay of South West Sarawak Before Malaysia, Glossgow: University Press, 1970, hlm.
122. Sejarah awal pembentukan Kerajaan Brunei menyatakan bahawa Sultan pertama yang beragama Islam
bukanlah orang Melayu tetapi merupakan suku-suku peribumi tempatan. Walaupun dinyatakan kaum peribumi
itu berkemungkinan Bisaya atau Kelabit-Murut tetapi kemungkinan untuk merujuk kepada orang Lun Bawang
tidak boleh diketepikan begitu sahaja.
26

hak Tulin kepada Pengiran Tajudin Hitam, kawasan Langarih hingga Bunbun dimiliki oleh
Pengiran anak Jambul, Pengiran Abu Bakar dan Pengiran Tajudin memiliki hak Tulin di
seluruh Sungai Lawas dan Sungai Merapok. Walaupun kemasukan BNBC telah dibawa oleh
Sultan Brunei namun rasa tidak puas hati tetap ditunjukkan oleh pembesar-pembesar Brunei
khususnya Pengiran Abu Bakar.96 Keseluruhan daerah daripada Sungai Sipitang hingga ke
Sungai Trusan diserahkan kepada BNBC. Kesemua kawasan ini dianggap sebagai kawasan
bebas97 telah dijual kepada BNBC pada tahun 1901.

Berbeza dengan cara pengambilan lain-lain daerah di Sarawak, Daerah Lawas


diperoleh dengan cara pertukaran yang dilakukan oleh Charles Brooke dengan BNBC pada
12 Januari 1905. Kemasukan Lawas dalam negeri Sarawak diumumkan oleh Raja Muda pada
16 Januari 1905. Notis penyerahan telah dibaca oleh wakil BNBC:98

Now therefore I, Edward Peregrine Gueritz, the Company Principal


Representative in Borneo, do hereby assign and cede to His Highness the Raja
of Sarawak all sovereign and “tulin” rights in the said districts, and call upon
all chiefs, headmen, and other inhabitants to render true and loyal allegiance to
the Government of His Highness the Raja of Sarawak.

Pertukaran dan pembelian ini melibatkan bayaran £4000 dan penyerahan tanah
perlombongan di sepanjang Teluk Brunei yang termasuk dalam kawasan BNBC. Bantahan
oleh para Pengiran turut diselesaikan oleh Charles Brooke melalui beberapa siri rundingan. 99
Selain bantahan daripada para Pengiran, Charles Brooke turut berdepan dengan bantahan
daripada anak saudara beliau iaitu Brooke Johnson. Walau bagaimanapun masalah Lawas
selesai apabila tamatnya konsesi yang diberikan kepada Brooke Johnson. 100
96
Singapore Free Press, 7 October 1901.
97
Straits Times, 5 November 1901. Status sebagai daerah bebas menyebabkan BNBC gagal menyekat kes-kes
jenayah yang turut melibatkan penduduk BNBC daripada berleluasa. Begitu juga peralatan senjata yang di bawa
masuk secara tidak terkawal menyebabkan pihak BNBC berasa sangat bimbang. Kekhuatiran ini disebabkan
kawasan ini dianggap sering berlaku pemberontakan terutamanya semasa pentadbiran Sultan Brunei.
98
Straits Times, 10 Februari 1905.
99
FO 881/8725X, H. Conway Belfield kepada John Anderson, 29 Mei 1905. Beberapa siri rundingan telah di
adakan di Labuan pada 1 hingga 29 Mei 1905 yang dihadiri oleh Chales Brooke, Residen British di Labuan dan
wakil para Pengiran yang terdiri daripada Pengiran Mat Hashim, Pengiran Haji Ismail dan Pengiran Abdul
Rahman. Perbincangan ini bertumpu kepada pelupusan hak Tulin para Pengiran kepada Charles Brooke
(Sarawak). Jumlah pembelian hak Tulin yang dipersetujui adalah sebanyak $6,000. Mereka turut menyentuh
tentang perjanjian yang dibuat oleh Pengiran Abu Bakar bersama dengan Brooke Johnson. Lihat juga laporan
Straits Times, 1 Mei 1905, Singapore Free Press, 8 Jun 1905.
100
Brooke Johnson telah mengisyitharkan hak beliau ke atas Lawas sejak tahun 1904 melalui surat khabar
Straits Times. Beliau memperolehi hak daripada Pengiran Abu Bakar melalui perjanjian 10 tahun yang dibuat
27

Kesimpulan

Kejayaan James Brooke dan Charles Brooke mengambil alih tanah jajahan Brunei satu
persatu di Sarawak bukan hanya bergantung kepada kekuatan senjata tetapi juga banyak di
dorong oleh kekuatan personaliti individu. James Brooke khususnya memiliki personaliti
yang mudah diajak berbincang oleh orang Melayu dan Iban. Dengan mengembalikan fungsi-
fungsi Datu di Sarawak yang menentang Raja Muda Hashim101 Brooke berjaya menawan hati
pembesar dan seterusnya mengelak berlaku tentangan daripada orang Melayu dan Bidayuh.
Walaupun fungsi mengutip cukai telah diubah kepada pendapatan tetap tetapi ini telah dapat
memuaskan hati para pembesar Melayu Sarawak. Justeru, sokongan orang Iban Balau dan
Sebuyau yang bermusuhan dengan orang Iban Saribas dan Skrang telah dimanipulasikan
untuk menghentikan kegiatan pelanunan di sepanjang Sungai Saribas dan Skrang. Tanpa
sokongan tentera laut British pada peringkat awal memerangi kegiatan lanun adalah agak
sukar untuk James Brooke untuk meluaskan wilayah takluk beliau. Kejayaan memadamkan
pemberontakan di Kuching, Saribas dan Sungai Skrang telah membuka laluan bagi
penaklukan sehingga ke Trusan. Masyarakat Iban yang sebelum itu dituduh sebagai lanun
telah dilantik oleh Brooke menjadi tentera telah banyak membantu Brooke dalam ekspedisi
meluaskan negeri Sarawak. Begitu juga dengan pembuangan negeri beberapa pemimpin
Melayu Sarawak telah dapat membantu Brooke membuang elemen gangguan dalam
pentadbiran negeri Sarawak. Kejayaan menundukkan pemimpin Melayu dan Iban telah
mendedahkan Daerah Baram, Trusan dan Limbang untuk ditakluki oleh Brooke. Menjelang
tahun 1882 Brooke telah mara hingga ke Sungai Baram berhampiran sempadan Brunei di
bahagian barat daya. Tekanan bukan sahaja datang daripada Raja Brooke bahkan Brunei turut
ditekan dari arah utara dengan penglibatan syarikat swasta Eropah melalui Baron Von
Overbeck dan Alfred Dent yang menandatangani perjanjian bersama Sultan Brunei dan
Sultan Sulu pada tahun 1878.102 Kewujudan kuasa Eropah dari arah utara dan barat daya telah
pada tahun 1904. Walau bagaimanapun pada tahun 1902 BNBC telah memperolehi hak ke atas Lawas apabila
membeli daripada Sultan Brunei. Akan tetapi Pengiran Abu Bakar enggan menjualkan hak Tulin beliau.
Ketegangan di Lawas memuncak apabila Gabenor Birch telah membawa tentera ke Lawas dan menakluki
Merapok pada akhir tahun 1902. ketegangan ini berakhir dengan campur tangan Konsul British di Labuan dan
Raja Sarawak yang menegah BNBC mengambil hak Tulin Abu Bakar. Atas sebab itu Pengiran Abu Bakar
membuat perjanjian konsesi dengan Brooke Johnson untuk mentadbir bagi pihak beliau Daerah Lawas. Brooke
Johnson pula bertindak menjual hak beliau kepada BNBC yang bertentangan dengan kehendak pembesar di
Lawas.
101
C.N., Crisswell, Raja Charles Brooke: Monarch of All He Surveyed, hlm. 11.
102
BOR 1, John W. Field kepada Foreign Office, 23 November 1922.
28

mempercepatkan kejatuhan Brunei sebagai sebuah kuasa yang penting di kepulauan Borneo.
Pada pandangan James Brooke dan Charles Brooke, negeri Sarawak daripada Kuching
hingga ke Sungai Lawas merupakan kawasan yang dijajah oleh pembesar Brunei. Justeru
selepas mengambil alih negeri Sarawak mereka sedaya upaya menghalang sebarang
pembaharuan atau ancaman luar yang cuba mengeksploitasi penduduk peribumi Sarawak.103
Tindakan ini akhirnya membawa kesan yang negatif bukan sahaja terhadap pendidikan tetapi
juga pengalaman politik negeri Sarawak.

103
Sabihah binti Osman, “Pemerintahan Brooke dan Pelajaran Bumiputera di Sarawak”, JEBAT, Bil. 1.
1971/1972, hlm. 71.

You might also like