You are on page 1of 5

5.

2 PELUASAN KUASA DINASTI BROOKE DI SARAWAK

Secara implisit,

1. Peluasan kuasa Barat di Sarawak dilakukan oleh James Brooke.

2. Kekayaan Sarawak dengan hasil bumi mendorong James Brooke untuk menguasai Sarawak.

3. James Brooke menggunakan pelbagai strategi untuk menguasai Sarawak.

4. Perpecahan politik di Sarawak dan alas an kegiatan pelanunan digunakan sepenuhnya oleh James
Brooke dan keluarganya untuk meluaskan kuasa mereka.

Sarawak ketika kehadiran James Brooke

1. Kawasan Sungai Sarawak merupakan kawasan ekonomi yang penting.

2. Sultan Brunei menghantar Pangeran Indera Mahkota ke kawasan ini sebagai pembesar Brunei
untuk menguasai ekonomi.

3. Pada tahun 1820-an, masyarakat Melayu tertumpu di Lidah Tanah yang terletak di sekitar Sungai
Sarawak.

4. Kawasan ini menjadi pusat perdagangan dan pentadbiran yang strategik kerana mampu mengawal
kegiatan perdagangan sungai dan pedalaman.

Individu yang terlibat dalam percaturan politik dan pemerintahan di Sarawak antara tahun 1830-an
hingga 1840-an.

1. (sultan omar ali Saifuddin II,Sultan brunei)

• Mentqadbir Sarawak pada tahun 1827 berhasrat mengawal kegiatan perdagangan di Sarawak.

• Menimbulkan perbalahan dengan pembesar tempatan kerana mengenakan cukai tinggi dan
kerahan tenaga.

2. (Pengiran raja muda hashim)

• Dihantar oleh sultan brunei untuk menyelasaikan masalah Sarawak

• Merupakan bapa saudara sultan brunei

• Meminta bantuan james brooke

• Memujuk datu patinggi ali dan pembesar melayu, tetapi gagal

3. (james brooke)

• Mencari peluang mendapatkan Sarawak

• Menjalankan aktiviti pengembaraan di antara Sarawak dan singapura dengan kepalnya royalist

• Mendapat sokongan british melalui tentera laut

• Mengenakan syarat, iaitu PRMH perlu menyerahkan Sarawak Sarawak kepada beliau

4. (datu patinggi ali)

• Pembesar tempatan di Sarawak


• Melakukan penentangan terhadap pentadbiran brunei pada tahun 1836

• Menentan Tindakan-tindakan wakil sultan brunei yang menjejaskan kehidupan masyarakat


tempatan

• Berunding dengan james brooke dan manamatkan penentangan terhadap brunei

[Forwarded from Parveinesh]

James Brooke Mendapatkan Kuasa Pemerintahan

1. Rundingan

. Strategi ini digunakan oleh James Brooke apabila berunding dengan Pengiran Raja Muda Hashim
apabila diminta untuk menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku di Sarawak.

.Dalam rundingan inilah Pengiran Raja Muda Hashim menawarkan Sarawak kepada James Brooke
dan tawaran ini dilakukan sebanyak dua kali sebelum James Brooke menerimanya.

2. Ugutan

.Strategi ugutan dilakukan oleh James Brooke sebanyak dua kali. Pertama, terhadap Pengiran Raja
Muda Hashim yang cuba berdolak-dalik dan tidak bersetuju dengan rundingan yang dilakukan
sebelumnya,iaitu menyerahkan Sarawak kepadanya.Bagi mengatasi hal ini, James Brooke mengugut
Pengiran Raja Muda Hashim dengan bersedia menyerang kedudukan Pengiran Raj Muda Hashim di
Kuching.

.Tindakan ini menyebabkan Pengiran Raja Muda Hashim bersetuju menyerahkan pemerintahan
Sarawak kepada James Brooke.

.Ugutan kedua dilakukan secara tidak langsung kepada pemerintah Brunei,Sultan Omar Ali
Saifuddin apabila James Brooke hadir ke Brunei diiringi oleh angkatan tentera laut British.

. Kehadiran James Brooke adalah untuk mengesahkan penyerahan Sarawak seperti yang dilakukan
oleh Pengiran Raja Muda Hashim.

.Tindakan James Brooke menyebabkan Sultan bersetuju mengesahkan penyerahan Sarawak


tersebut.

3. Perjanjian

. James Brooke turut menggunakan perjanjian sebagai strategi untuk meluaskan kuasa. Dua
perjanjian terpenting berlaku pada tahun 1841 dan 1842.

Perjanjian 1841 James Brooke dengan Pengiran Raja Muda Hashim=


. James Brooke memerintah Sarawak dan menguasai hasilnya.

. James Brooke harus menghormati dan memelihara undang-undang dan adat Melayu.

Perjanjian1842 James Brooke dengan Sultan Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin=

.Sultan Brunei menyerahkan Sarawak dari kawasan Tanjung Datu ke Sungai Samarahan.

.Semua hasil pendapatan kawasan ini diserahkan kepada James Brooke.

. James Brooke mestilah memberikan ufti tahunan sebanyak 2,500 Dolar Sepanyol kepada Sultan
Brunei.

.Tidak boleh campur tangan dalam hal adat dan agama penduduk tempatan.

.Tidak boleh dipindah milik tanpa kebenaran Sultan Brunei.

.Sultan Brunei mengiktiraf James Brooke sebagai Raja Putih Sarawak.

.Kedua-dua perjanjian inilah yang membolehkan James Brooke mendapatkan kekuasaan sebagai
pemerintah Sarawak dan secara langsung menamatkan kekuasaan Kesultanan Brunei di Sarawak.

4. Ketenteraan

. James Brooke turut menggunakan kekuatan ketenteraan dalam usahanya untuk mendapatkan
kuasa di Sarawak.

.Bantuan ketenteraan diperoleh melalui sokongan kapal HMS Dido yang dimiliki oleh angkatan
tentera laut British.

.Kapal ini digunakan bagi memerangi ancaman lanun yang mengganggu perdagangan dan
ketenteraman Sarawak.

Walau bagaimanapun,kejayaan James Brooke ini hanyalah permulaan kepada penguasaan yang lebih
luas.Kemudiannya,ia meliputi kawasan-kawasan lain di Sarawak yang masih dalam kekuasaan
Kesultanan Brunei.

Pengukuhan Kuasa James Brooke

Setelah memperoleh kuasa di Sarawak, James Brooke berusaha mengukuhkan kuasanya.

Berikut ialah usaha dan tindakan James Brooke mengukuhkan kuasa:

Kekuatan tentera

-James Brooke memperoleh bantuan dan sokongan daripada tentera laut British.

-Kapal perang HMS Dido berjaya menghancurkan kubu kuat orang Iban di Sungai Saribas dan Sungai
Skrang.

Menentang Kebangkitan Orang Tempatan


-James Brooke menganggap kebangkitan orang tempatan sebagai lanun.

-Isu ini menjadi alas an untuk meluaskan kuasa di Sarawak.

Memperoleh Sokongan Sebahagian Masyarakat Tempatan

-James Brooke berjaya memperoleh sokongan daripada sebahagian orang tempatan termasuklah
sebahagian orang Melayu dan Iban.

Mengambil Kesempatan daripada Pertelingkahan yang Wujud dalam Masyarakat Tempatan

-Di Mukah, James Brooke menyokong Pengiran Matusin yang berkonflik dengan Pengiran Ersat dan
anaknya Pengiran Nipa.

-Brooke menyokong Pengiran Matusin hingga membolehkan Brooke memecahkan kekuatkan


masyarakat tempatan di Mukah.

Menghapuskan Tokoh Tempatan yang Menentang Kedudukannya

-Berjaya menyingkirkan tokoh tempatan yang menentangnya.

-Sharif Masahor yang dituduh terlibat dalam pakatan menyingkirkan Brooke dibuang ke Singapura.

-Datu Patinggi Abang Abdul Ghaful bin Abang Qahar pula dibuang ke Melaka.

Memperkukuhkan Pertahanan Sarawak

-Benteng dan kubu yang dilengkapi dengan Meriam didirikan di kawasan yang strategik bagi
mengawal kawasan tersebut.

-Kubu di Sungai Skrang dibina pada tahun 1849 selepas Perang Benting Maru tamat bagi
memerhatikan kaum Iban di Skrang

-1862, Renjer Sarawak ditubuhkan bagi mengawasi keamanan dan pertahanan.

Sokongan Kewangan

-James Brooke memperoleh sokongan kewangan daripada pemodal Eropah terutama Baroness
Angela Burdett-Count.

Kronologi Peluasan Kuasa Dinasti Brooke

Tahun 1841

-James Brooke memperoleh kawasan Kuching, kemudiannya merangkumi kawasan dari Tanjung
Datu ke Sungai Samarahan

-Sejak tahun 1840-an, James Brooke Berjaya menguasai Batang Lupar dan Sungai Saribas

Tahun 1853

-Penentangan orang Iban di Saribas dan Batang Lupar Berjaya ditumpaskan dengan menggunakan
alasan menghapuskan lanun

-Sadong, Batang Lupar, Saribas dan Kalaka berjaya diperoleh oleh James Brooke. Sebagai balasan,
separuh daripada hasil pendapatan wilayah ini diberikan kepada Sultan Abdul Mumin
Tahun 1861

-Sultan Abdul Mumin menyerahkan Sungai Rajang kepada James Brooke dengan bayaran 4500 Dolar
Sepanyol setahun kerana membantu menghapuskan kebangkitan orang tempatan

-Kawasan yang terlibat termasuklah Oya, Mukah, Tatau dan Bintulu

Tahun 1883

-Orang Kayan yang mendiami kawasan Sungai Baram bangun menentang Kesultanan Brunei

-Charles berjaya mendapatkan Baram dan seluruh lembangan Sungai Baram daripada Sultan Brunei
dengan bayaran ufti sebanyak 4200 Dolar Sepanyol setahun

Tahun 1885

-Kawasan di Sungai Trusan diperoleh oleh Charles Brooke dengan bayaran 4500 Dolar Sepanyol yang
diserahkan kepada Temenggung kerana kawasan itu di bawah penguasan beliau

-Tindakan ini diambil bagi membolehkan isu pembunuhan beberapa peniaga Sarawak oleh orang
Murut di kawasan itu dapat diselesaikan

Tahun 1890

-Limbang diperoleh Charles Brooke pada tahun 1890

-Tindakan ini dilakukan apabila penduduk Limbang bersetuju untuk menyertai Sarawak

-Bayaran sebanyak 6000 Dolar Sepanyol kepada Sultan Brunei

Tahun 1905

-Pada 12 Januari 1905, kerajaan Sarawak memperoleh hak terhadap Lawas yang sebelum itu dimiliki
oleh SBUB

-Sempadan Sarawak itu masih dikekalkan hingga kini

You might also like