You are on page 1of 12

Sejarah Tingkatan 2

BAB 4: KEKAYAAN EKONOMI SARAWAK MENDORONG PENJAJAHAN


KELUARGA BROOKE

Pengenalan
1. Sarawak merupakan sebahagian daripada wilayah Kesultanan Brunei.
2. Kekayaan hasil bumi Sarawak telah menarik minat James Brooke untuk
menguasainya.
3. James Brooke berjaya menguasai Sarawak melalui penglibatan beliau dalam
mengatasi kebangkitan rakyat tempatan terhadap pemerintahan wakil
Kesultanan Brunei.
4. Dari 1841 hingga 1941, Sarawak telah diperintah oleh James Brooke,
Charles Brooke dan Charles Vyner Brooke sebagai Raja Sarawak.
5. Sarawak merupakan jajahan keluarga Brooke secara individu.
6. Pada 1888, Sarawak menjadi negeri naungan British. Sarawak diperintah
oleh Raja Brooke yang dilindungi oleh British.

4.1 Perpecahan Membuka Ruang Penjajahan


(A) Perubahan Dasar Pemerintahan Brunei ke Atas Sarawak

Sebelum kurun ke-19


1. Pembesar-pembesar tempatan (orang Sarawak) telah dilantik oleh Sultan
Brunei untuk mentadbir wilayah Sarawak.
2. Mereka berkuasa mentadbir Sarawak tanpa campur tangan Kesultanan
Brunei.
3. Sultan Brunei membahagikan Sarawak kepada beberapa daerah.
4. Setiap daerah ditadbir oleh ketua tempatan (orang Melayu dan orang
Dayak).
5. Gelaran mereka: Menteri Darat, Temenggung atau Orang Kaya
6. Peranan mereka: melaksanakan arahan dan memungut cukai.

Pada kurun ke-19


1. Sultan Brunei melantik seorang pembesar Brunei iaitu Pangeran Indera
Mahkota sebagai wakil pemerintahan Kesultanan Brunei di Sarawak.
(Pemerintahan secara langsung)
2. Perubahan dasar ini adalah atas keinginan Kesultanan Brunei menguasai
kekayaan ekonomi Sarawak yang kaya dengan antimoni dan emas.

Tindakan Pangeran Indera Mahkota di Sarawak


1. Mengambil alih kuasa pentadbiran (bagi memudahkan beliau mengaut
kekayaan Sarawak).
2. Mengambil alih perdagangan antimoni dan emas.

Pembesar tempatan berasa kecewa kerana mereka


kehilangan kuasa pentadbiran dan sumber pendapatan
selepas kedatangan Pangeran Indera Mahkota.

3. Mengenakan cukai yang tinggi terhadap hasil penduduk tempatan.


4. Tidak membayar upah kepada orang Bidayuh yang bekerja di lombong
antimoninya.

Kesan tindakan Pangeran Indera Mahkota: Orang Melayu dan orang Bidayuh
bangkit menentangnya bagi membebaskan Sarawak daripada pemerintahan
Kesultanan Brunei. Kebangkitan tersebut dipimpin oleh Datu Patinggi Ali.

L.W.Keat 2017 Page 1


Sejarah Tingkatan 2

Nilai Murni/ Unsur Patriotisme


1. Menjaga dan mempertahankan maruah negara
2. Bertanggungjawab kepada bangsa dan negara
3. Peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara
4. Keberanian dan ketabahan dalam perjuangan

(B) Penglibatan James Brooke di Sarawak


Siapakah James Brooke?
1. Seorang bekas tentera SHTI.
2. Pernah terlibat dalam peperangan di Burma.
3. Terlibat dalam kegiatan perdagangan selepas bersara.
4. Belayar dengan kapal Royalist dan berusaha mencari kawasan
perdagangan di Tanah Melayu dan Sarawak.

1836
1. Berlakunya kebangkitan rakyat Sarawak terhadap Pangeran Indera Mahkota.
2. Pangeran Indera Mahkota gagal mengatasi kebangkitan tersebut.
3. Sultan Brunei menghantar Pangeran Raja Muda Hashim untuk membantu
menamatkan kebangkitan ini.

1840

1. Pangeran Raja Muda Hashim menerima kunjungan James Brooke ke


Sarawak.
2. Beliau meminta bantuan James Brooke untuk menamatkan kebangkitan
tersebut.
3. Tawaran Pangeran: melantik James Brooke sebagai Gabenor Sarawak.
4. Dengan kekuatan ketenteraan James Brooke, kebangkitan rakyat Sarawak
berjaya ditamatkan.

1841

1. Pangeran Raja Muda Hashim melengah-lengahkan pelantikan James


Brooke kerana:
- Pangeran tidak mempunyai kuasa untuk membuat pelantikan ini.
- Pelantikan ini tidak akan dipersetujui oleh Sultan Brunei.
2. James Brooke marah lalu membedil bandar Kuching.
3. Pangeran terpaksa melantik James Brooke menjadi Gabenor dan Raja
Sarawak yang pertama.
4. Jawatan Gabenor: Ketua yang memerintah sesebuah wilayah. James Brooke
masih tertakluk kepada kekuasaan Kesultanan Brunei.

Perjanjian antara Pangeran Raja Muda Hashim dengan James Brooke


pada 1841
1. James Brooke boleh memerintah negeri Sarawak dan menguasai
segala hasilnya.
2. James Brooke harus menghormati dan memelihara undang-undang
dan adat istiadat orang Melayu.

L.W.Keat 2017 Page 2


Sejarah Tingkatan 2

Nilai Murni/ Unsur Patriotisme


1. Berwaspada terhadap anasir luar
2. Bijaksana dalam menjalin hubungan
3. Berhati-hati dalam mengambil tindakan
4. Berfikiran strategik
5. Berilmu dan berketerampilan
6. Bersikap rasional dalam membuat keputusan

1842
1. Pada 1842, James Brooke menghadap sultan Brunei, Sultan Omar Ali
Saifuddin bagi mengesahkan kedudukannya.
2. Beliau datang bersama-sama angkatan tentera British dari Singapura yang
diketuai oleh Edward Belcher.
3. Sultan bimbang dengan kehadiran angkatan tentera dan terpaksa
mengiktiraf perjanjian 1841 serta menandatangani satu lagi perjanjian:
- James Brooke dapat meluaskan kawasan yang dikuasai.
- James Brooke diiktiraf sebagai Raja Putih Sarawak.

Perjanjian antara Sultan Omar Ali Saifuddin dengan James Brooke 1842
1. Sultan Brunei menyerahkan Sarawak dari kawasan Tanjung Datu ke
Sungai Samarahan dan menyerahkan segala hasil cukainya kepada
James Brooke dan pewarisnya.
2. James Brooke akan membayar 2500 dolar setiap tahun kepada
baginda.
3. Agama dan adat istiadat penduduk Sarawak tidak boleh diganggu.
4. Sultan Brunei mengiktiraf James Brooke sebagai Raja Putih
Sarawak.

1846

1. Sultan Omar Ali Saifuddin cuba menentang James Brooke.


2. James Brooke dengan bantuan tentera laut British telah
menewaskan Sultan Omar.
3. Satu lagi perjanjian telah ditandatangani.
4. James Brooke diiktiraf sebagai Raja Sarawak yang merdeka dan
mempunyai kedaulatan penuh ke atas Sarawak.
5. Sarawak menjadi sebuah negara yang tersendiri dan tidak lagi
berada di bawah kekuasaan Kesultanan Brunei.

James Brooke berselindung di sebalik kekuatan tentera British. Buktinya:


Tahun Peristiwa
1840 James Brooke membantu Pangeran Raja Muda Hashim menamatkan
kebangkitan rakyat dengan kekuatan tentera.
1841 James Brooke membedil bandar Kuching bagi memaksa Pangeran Raja
Muda Hashim melantiknya sebagai Gabenor dan Raja Sarawak.
1842 James Brooke datang menemui Sultan Brunei dengan tentera laut British
dari Singapura di bawah pimpinan Edward Belcher.
1846 James Brooke meminta bantuan tentera laut British untuk menyerang
Sultan Brunei.

L.W.Keat 2017 Page 3


Sejarah Tingkatan 2

4.2 Keluarga Brooke Meluaskan Kuasa


Tahun 1853 1861 1883 1905
Peristiwa Penentangan di Masalah Pembunuhan Pembelian
Saribas dan kekacauan di peniaga
Batang Lupar sepanjang Sarawak oleh
Sungai Rajang orang Murut

Sultan Sultan Abdul Sultan Abdul Sultan Abdul Sultan


Brunei Mu’mein Mu’mein Mu’mein Hashim Jalal
Wakil James Brooke James Brooke James Brooke Charles
keluarga Brooke
Brooke
Kawasan Tanah antara Sungai Rajang Lembangan Lawas
yang Sungai Sungai Trusan
dikuasai Samarahan
dengan Sungai
Rajang
Bayaran 1500 dolar 4500 dolar 4500 dolar
setahun setahun setahun

Wilayah-wilayah Kesultanan Brunei jatuh ke tangan Brooke kerana ketidakstabilan


yang kerap berlaku.

Iktibar/ Pengajaran: Pemerintah/ pemimpin negara seharusnya berusaha


mewujudkan kestabilan dan keamanan dalam negara supaya kuasa asing tidak
mengambil kesempatan menguasai negara kita.

 Kapal H.M.S Dido


 Fort Margherita dibina sebagai banteng
pertahanan daripada serangan rakyat

Rumusan: Keluarga Brooke meluaskan kuasa melalui kekuatan ketenteraan.

L.W.Keat 2017 Page 4


Sejarah Tingkatan 2

Kawasan yang dikuasai oleh keluarga Brooke di Sarawak

4.3 Keluarga Brooke Memantapkan Pentadbiran


(A) Sistem Pemerintahan Beraja
1. James Brooke memperkenalkan sistem pemerintahan beraja di Sarawak.
- James Brooke merupakan Raja Sarawak yang berkuasa mutlak.
- Kuasa mutlak: Kuasa sepenuh-penuhnya dan tidak terbatas.
2. James Brooke melibatkan pemimpin-pemimpin tempatan dalam
pentadbiran.
- Pembesar Melayu yang berpengaruh dan berpengalaman: Datu Patinggi,
Datu Bandar, Datu Temenggung dan Datu Iman.
- Tujuan James Brooke:
1. Mendapat sokongan daripada penduduk tempatan
2. Pembesar Melayu dapat menasihati beliau berkenaan undang-undang
dan adat tempatan.

Nilai Murni/ Unsur Patriotisme berdasarkan Kepimpinan James Brooke


1. Berilmu dan berketerampilan
2. Berfikiran strategik
3. Kepimpinan berwibawa
4. Berwawasan
5. Perancang dan pengurus yang cekap

(B) Sarawak dibahagikan kepada lima bahagian.


1. Tujuannya untuk melicinkan pentadbiran Sarawak.
2. Setiap bahagian ditadbir oleh Majlis Bahagian dan diketuai oleh Residen.

(C) Penubuhan Majlis Tertinggi, Majlis Negeri dan Majlis Bahagian


Perkara Majlis Tertinggi Majlis Negeri Majlis Bahagian
Keanggotaan  Residen Bahagian  Ketua kaum  Residen
Pertama bumiputera  Penolong
 Empat orang Datu Residen
Melayu  Penolong
Pegawai
Daerah
 Pegawai Anak
Negeri

L.W.Keat 2017 Page 5


Sejarah Tingkatan 2

 Ketua
Kampung

Tujuan  Menasihati James Memberi peluang  Menasihati


Brooke kepada pemimpin Residen
 Membuat semua bumiputera untuk  Mengetuai
dasar pentadbiran  Bersidang tiga tahun operasi
Sarawak sekali ketenteraan
 Meluluskan  Menyuarakan  Menjaga
undang-undang pandangan keamanan
dan peraturan  Bertukar fikiran dalam  Mengutip cukai
satu perjumpaan
 Mengambil bahagian
dalam pentadbiran

(D) Penubuhan Jabatan-jabatan dan Pasukan Keselamatan


1. Beberapa jabatan telah ditubuhkan seperti Jabatan Kehakiman, Jabatan
Plois, Jabatan Kastam dan Cukai serta Jabatan Pos.
2. Tujuannya adalah untuk melicinkan pentadbiran.
3. Sarawak Rangers ditubuhkan untuk menjaga keselamatan Sarawak.

(E) Penubuhan Mahkamah Keadilan


1. Kes sivil dalam kalangan orang Melayu, orang Dayak dan orang Cina akan
diadili oleh ketua-ketua mereka.
2. Kes jenayah dan kes yang melibatkan lebih daripada satu suku kaum akan
dihakimi oleh Raja Sarawak, Residen atau Timbalan Residen.

Kes 1
Perkara: Ah Beng dan Ah Huat merupakan adik-beradik. Mereka bergaduh
kerana merebut harta ayah mereka.
Jenis kes: Sivil
Kes melibatkan: Dua orang Cina
Kes diadili oleh: Ketua kaum Cina

Kes 2
Perkara: Ah Hong bergaduh dengan Syazwan kerana Syazwan berhutang
dengannya.
Jenis kes: Sivil
Kes melibatkan: Seorang Cina dan seorang Melayu
Kes diadili oleh: Raja Sarawak, Residen atau Timbalan Residen

Kes 3
Perkara: Ah Beng membunuh Ah Huat.
Jenis kes: Jenayah
Kes melibatkan: Dua orang Cina
Kes diadili oleh: Raja Sarawak, Residen atau Timbalan Residen

Adakah perubahan dalam sistem perundangan di Sarawak akan mendatangkan


kebaikan kepada rakyat Sarawak?
Mendatangkan Kebaikan Tidak Mendatangkan Kebaikan
1. Masyarakat dapat dilindungi 1. Hak perundangan di bawah
daripada kezaliman pembesar kuasa keluarga Brooke.
tempatan. 2. Kuasa pembesar tempatan

L.W.Keat 2017 Page 6


Sejarah Tingkatan 2

2. Mengelakkan persengketaan semakin berkurangan.


antara suku kerana kes yang 3. Keluarga Brooke mengukuhkan
melibatkan lebih daripada satu kuasa.
suku kaum akan dihakimi oleh
Residen atau Raja Sarawak.

(F) Perjanjian Perlindungan 1888


1. Bagi mengukuhkan pengaruh British di Sarawak, British telah
menandatangani perjanjian dengan Charles Brooke pada 1888.
2. Melalui perjanjian ini, Sarawak menjadi negeri naungan British.

Perjanjian pada tahun 1888 antara


kerajaan British dengan Charles
Brooke
1. British melindungi Sarawak daripada (G) Perlembagaan Sarawak
serangan musuh. 1. Pada 24 September 1941,
2. Keluarga Brooke memerintah negeri Charles Vyner Brooke
dengan bebas. mengisytiharkan perlembagaan
Mengelakkan kuasa Barat lain
3. Hal ehwal luar negeri adalah di bawah Sarawak yang merupakan
bertapak di Sarawak.
kawalan British. perlembagaan bertulis pertama di
Sarawak.
2. Tujuannya adalah untuk memberikan kuasa pemerintahan kepada rakyat
Sarawak.
3. Perlembagaan ini tidak sempat dilaksanakan kerana Perang Dunia Kedua
telah meletus.

Perlembagaan Sarawak 1941


1. Charles Vyner Brooke menyerahkan kuasa mutlaknya kepada Majlis
Tertinggi dan Majlis Negeri.
2. Raja Sarawak memerintah dengan nasihat Majlis Tertinggi.
3. Majlis Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang dan menguruskan
kewangan.
4. Raja mempunyai kuasa untuk membatalkan undang-undang yang diluluskan
oleh Majlis Negeri.
5. Raja Brooke melantik kebanyakan ahli Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri.

Tugas Majlis Negeri sebelum dan selepas Pembentukan Perlembagaan 1941


Sebelum Selepas
 Bersidang tiga tahun sekali  Meluluskan undang-undang
 Menyuarakan pandangan  Menguruskan kewangan
 Bertukar fikiran dalam satu perjumpaan
 Mengambil bahagian dalam
pentadbiran

Perlembagaan 1941 tidak memberikan kuasa politik kepada penduduk


tempatan.
Hal ini demikian kerana:
1. Raja mempunyai kuasa untuk membatalkan undang-undang yang diluluskan
oleh Majlis Negeri.
2. Raja Brooke melantik kebanyakan ahli Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri.

L.W.Keat 2017 Page 7


Sejarah Tingkatan 2

4.4 Perubahan Ekonomi di Bawah Pentadbiran Keluarga Brooke


1. Keluarga Brooke tidak menggalakkan kemasukan pelabur luar secara besar-
besaran kerana ingin menjaga kepentingan ekonomi mereka di Sarawak.
2. Walaupun keluarga Brooke menguasai ekonomi Sarawak, namun orang
Cina diberi peluang untuk bergiat dalam bidang perdagangan dan
perlombongan.
3. Pembangunan ekonomi Sarawak tidak seimbang kerana kebanyakannya
tertumpu di Bahagian Pertama dan Bahagian Kedua Sarawak.

Sumber Ekonomi Hasil Huraian


Hasil Hutan Sarang  Dikutip dari gua batu kapur seperti Gua
burung Niah.
 Mempunyai khasiat yang tinggi.
 Dijual dengan harga yang tinggi.
Getah  Dieksport ke Amerika Syarikat.
jelutung
Kayu balak  Pembalakan dijalankan oleh Syarikat
Borneo dan orang Cina di sekitar
Sungai Rajang.
 Dieksport ke Hong Kong, Australia dan
Amerika Syarikat.
Rotan  Dieksport ke Eropah.
Kapur
barus
Damar
Tanaman Tradisional Kelapa  Ditanam oleh orang Melayu di Bahagian
- Telah lama diusahakan Pertama dan Bahagian Kedua.
oleh penduduk Sarawak. Gambir  Menjelang 1885, eksport gambir
- Diusahakan secara lebih berjumlah 1370 tan.
giat semasa pemerintahan Lada hitam
 Ditanam oleh orang Cina di sekitar
Brooke untuk dieksport. Bahagian Pertama dan Ketiga.
Sagu atau  Ditanam di sepanjang tebing Sungai
rumbia Igan, Oya, Mukah dan Bintulu.
 Pada kurun ke-19, separuh daripada
pengeluaran hasil sagu dunia
dikeluarkan leh Sarawak.
 Kilang memproses sagu di Kuching
telah diusahakan oleh pedagang Cina.
 Pemprosesan sagu:
- Batang rumbia diikat dan ditinggalkan
dalam sungai untuk melembutkannya.
- Batang rumbia dibelah untuk
mendapatkan isinya yang dipanggil
ripo.
- Ripo diproses menjadi sagu.
Tanaman Baru Getah  Diperkenalkan pada akhir kurun ke-19.
- Diperkenalkan oleh  Kebanyakannya diusahakan oleh
Brooke bagi menambah pekebun kecil.
eksport.  Pada kurun ke-20, getah merupakan
eksport kedua Sarawak selepas

L.W.Keat 2017 Page 8


Sejarah Tingkatan 2

minyak.
Tembakau  Ditanam di Lundu.
 Dieksport ke London.
Galian Antimoni  Logam yang berharga.
 Brooke memberikan monopoli
melombong antimoni kepada Syarikat
Borneo.
 Perlombongan antimoni dijalankan di
Bau dan Kuching.
 Antimoni yang dieksport antara tahun
1870 hingga 1916 berilai hamper dua
juta dolar.
 Pada akhir kurun ke-20, antimoni tidak
lagi menjadi bahan eksport yang penting
kerana galian ini semakin berkurangan.
Emas  Dilombong di Bau oleh pelombong Cina.
 Pada 1857, pelombong Cina
memberontak kerana tidak berpuas
hati dengan cukai yang dikenakan oleh
kerajaan Brooke.
 Pelombong Cina melarikan diri ke
Sambas setelah pemberontakan
mereka dipatahkan.
 Perlombongan emas kemudiannya
diusahakan oleh Syarikat Borneo.
 Emas merupakan bahan eksport
penting Sarawak pada awal kurun ke-
20.
Arang batu  Diusahakan di Sarawak mulai tahun
1889.
 Pengeluaran arang batu di Sarawak
pada 1898 berjumlah 31390 tan.
Raksa
Minyak  Usaha cari gali minyak mula
berkembang apabila galian lain
berkurangan pada tahun 1882.
 Pada 1909, The Anglo-Saxon Oil
Company telah mendapat konsesi untuk
menjalankan kegiatan perlombongan
petroleum di Sarawak.
 Telaga petroleum yang pertama digali di
Miri pada tahun 1882.
 Kilang menapis minyak didirikan di
Lutong pada 1917.

Nilai Murni/ Unsur Patriotisme


1. Memanfaatkan aset negara
2. Bersyukur
3. Melibatkan diri dalam usaha pembangunan
4. Memperkasa diri untuk kemajuan negara kita

L.W.Keat 2017 Page 9


Sejarah Tingkatan 2

4.5 Perubahan Sosial di Bawah Pentadbiran Keluarga Brooke


Perubahan Sosial Huraian
Dasar Pecah dan Perintah  Fungsi ekonomi/ pekerjaan
- Setiap kaum dipisahkan dengan - Melayu: Pentadbiran
kegiatan ekonomi dan petempatan - Iban: Ketenteraan
yang berbeza. - Cina: pertanian, perlombongan dan
- Bertujuan menghalang perpaduan perdagangan
kaum dan menjamin kedudukan Raja - India: Perniagaan kain di Kuching
Brooke sebagai Raja Sarawak. - Sikh: Polis
 Petempatan
- Cina: bandar
- Bumiputera: kawasan pedalaman
Pembandaran  Pembangunan bandar-bandar baru
- Berlaku akibat perkembangan seperti Kuching, Miri dan Sibu.
ekonomi dan pertambahan penduduk.  Bandar menjadi pusat pentadbiran dan
perdagangan.
 Kuching: ibu negeri dan pusat
pentadbiran Sarawak mulai 1841.
 Miri: berkembang pesat selepas
kegiatan melombong petroleum
dijalankan pada 1910.
 Sibu: pusat perdagangan.
Kemudahan Asas  Jalan raya, bekalan air dan elektrik.
- Hanya terhad di bandar yang
merupakan kawasan pentadbiran dan
pusat kegiatan ekonomi.
- Kemudahan asas di kawasan
pedalaman kurang diberikan perhatian.
Pengangkutan Darat  Jalan raya hanya terdapat di bandar
besar seperti Kuching dan Miri.
 Landasan kereta api yang
menghubungkan Kuching dengan Bau
dibina pada 1917.
 Perkhidmatan kereta api diberhentikan
pada 1932 akibat kemelesetan
ekonomi.
 Motosikal diperkenalkan di Kuching
pada tahun 1920-an.
 Terdapat juga perkhidmatan bas di
Kuching.
Pengangkutan air  Di bandar Kuching, terdapat
- Pengangkutan Sarawak banyak perkhidmatan syarikat perkapalan
bergantung pada pengangkutan air seperti Singapore and Sarawak
kerana bentuk muka bumi yang Steamship Company.
bergunung-ganang.  Pada 1924, perkhidmatan kapal
terbang air menghubungkan bandar
Kuching dengan Singapura.

Perkhidmatan Perhubungan  Perkhidmatan pos, telegraf dan telefon.


- Diwujudkan untuk melicinkan urusan  Pada 1897, terdapat perkhidmtan

L.W.Keat 2017 Page 10


Sejarah Tingkatan 2

pentadbiran dan menguruskan kegiatan telegraf antara bandar Kuching dengan


ekonomi. Singapura.

Perkhidmatan Kesihatan  Pembinaan hospital dan klinik


dimulakan oleh mubaligh Kristian.
 Hanya tertumpu di bandar besar seperti
Kuching dan Sibu.
 Kurang disediakan di kawasan
pedalaman.
Pendidikan  JENIS sekolah
- Sekolah Melayu
- Dibina pada 1883.
- Bertujuan untuk melatih orang
Melayu menjadi guru sekolah
Melayu serta kakitangan rendah
kerajaan.
- Menggunakan buku teks dari
Semenanjung Tanah Melayu.
- CONTOH sekolah: Sekolah Merpati
Jepang dan Sekolah Encik Buyong.

- Sekolah Inggeris
- Kerajaan menggalakkan mubaligh
Kristian mendirikan sekolah Inggeris.
- CONTOH sekolah: Sekolah St.
Thomas, Sekolah St. Mary dan
Sekolah St. Teresa.

- Sekolah Cina
- Sekolah Dayak
- Sekolah Melanau

Penyediaan kemudahan asas di Sarawak bukan untuk meningkatkan taraf hidup


penduduk Sarawak tetapi untuk membantu penjajah mengeksploitasi ekonomi
Sarawak.

Perkembangan pendidikan moden di Sarawak kurang diberi perhatian.


Mengapa?

1. Keluarga Brooke tidak yakin sistem pendidikan Barat sesuai untuk penduduk
Sarawak.
2. Mengelakkan berlaku perubahan cara hidup peribumi.
3. Enggan mengeluarkan perbelanjaan.
4. Bimbang pendidikan akan membangkitkan semangat nasionalisme.

Mengapakah pendidikan untuk orang Dayak tidak digalakkan?

Brooke ingin mengekalkan cara hidup tradisional mereka.

Sekolah Cina banyak didirikan. Apakah ciri-ciri/ identiti sekolah tersebut?


Apakah nilai yang boleh anda pelajari?
1. Pembinaannya dibiayai oleh orang Cina.
2. Guru-guru dari negara China.
3. Sukatan pelajaran dari negara China.

L.W.Keat 2017 Page 11


Sejarah Tingkatan 2

4. Buku-buku dari negara China.


- Mementingkan ilmu pengetahuan

Sekolah Inggeris didirikan oleh mubaligh Kristian. Pada pendapat anda,


apakah perbezaan antara sekolah Melayu dengan sekolah Inggeris?

Sekolah Melayu Sekolah Inggeris


Bahasa Melayu sebagai bahasa Bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar. pengantar.
Sukatan pelajaran dari Semenanjung Berasaskan sistem pendidikan England.
Tanah Melayu.
Tahap sekolah rendah sahaja. Pendidikan sekolah menengah
disediakan.
Tiada peluang melanjutkan pelajaran Berpeluang melanjutkan pelajaran ke
kecuali Maktab Perguruan Sultan Idris, luar negara.
Perak dan Maktab Perguruan Kent
(untuk menjadi guru sekolah Melayu).
Lepasan sekolah Melayu dapat menjadi Lepasan sekolah Inggeris berpeluang
guru sekolah Melayu atau pegawai menjawat jawatan yang lebih tinggi
RENDAH kerajaan. dalam kerajaan.
Pada 1924, Jabatan Pelajaran ditubuhkan. Mengapa?

Untuk mengawal perkembangan pendidikan di Sarawak.

~TAMAT~

L.W.Keat 2017 Page 12

You might also like