You are on page 1of 6

PEMERINTAHAN RAJA ISKANDAR SYAH (1400-1414)

Raja dianggap sebagai ganti atau wakil Tuhan di dunia ini. Hukum Kanun
Melaka memberi gelaran khalifah al-mu’minin zallulLah fi al-‘alam kepada
raja-raja yang memerintah negeri Melaka. Selain itu terdapat juga
undang-undang Melaka yang menyokong fakta-fakta di atas. Contohnya dalam
buku undang-undang Melaka yang ditulis oleh PH. S. Van Ronkel. Beliau
menyatakan bahawa terdapat satu gelaran khas kepada raja iaitu Khalifah
al-Mu’minin ZallulLah fi al-‘alam. Undang-undang tersebut menegaskan
bahawa Sultan Iskandar Syah merupakan raja yang pertama memerintah
negeri Melaka. Beliau telah memerintah Melaka selama 14 tahun.1

Raja Iskandar Syah telah memeluk islam melalui seorang ulama dari
jeddah pada tahun 1414. Semasa pemerintahannya, beliau telah menyediakan
kelengkapan perahu dan pelabuhan sebagai asas tapak perdagangan
antarabangsa. Selain itu, beliau berjaya meletakkan kemajuan asas Melaka
sebagai pusat perdagangan dan pengembangan agama islam semasa
pemerintahan beliau.

PEMERINTAHAN SULTAN MEGAT ISKANDAR SYAH (1414-1424)

Selepas Raja Iskandar Syah mangkat pada tahun 1414, baginda telah
menggantikan ayah beliau. Beliau memerintah melaka selama 10 tahun.
Sepanjang pemerintahannya, beliau telah membuat dua lawatan ke China
untuk mendapatkan pengiktirafan dari maharaja China dan untuk
mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pemerintah Melaka. Selain itu,
sepanjang pemerintahan beliau, melaka telah berkembang maju. Hal ini kerana,
beliau mempunyai hubungan baik terhadap maharaja China.

1 Institusi Raja dan Peranannya terhadap penyebaran Islam di Alam Melayu Nusantara.pdf

http://repository.um.edu.my/23881/1/7.%20%20Institusi%20Raja%20Dan%20Peranannya%20

20%20Terhadap%20Penyebaran%20Islam%20Di%20Alam%20Melayu%20Nusantara.pdf

diakses pada 29 oktober 2017


PEMERINTAHAN SULTAN MUHAMMAD SHAH (1424-1444)

Baginda memerintah melaka selama 20 tahun. Beliau menggantikan ayah


beliau iaitu megat Iskandar Shah. Selain itu, beliau mempunyai dua orang anak
lelaki iaitu Raja Kassim dan Raja Ibrahim. Semasa pemerintahannya, beliau
telah melantik beberapa orang pegawai kanan yang bertanggungjawab dalam
pentadbiran dalaman. Di samping itu, beliau juga memperkenalkan pelbagai
adat resam dan larangan terhadap darjat di raja di Melaka.

RAJA IBRAHIM (SULTAN ABU SYAHID) (1444-1445)

Raja Ibrahim memerintah Melaka selama 1 tahun. Hal ini demikian kerana,
kuasa pemerintahannya terletak di tangan Raja Rekan, sepupu ibunya yang
telah datang menetap di Melaka semasa pemerintahan sultan Muhammad Shah.
Semasa pemerintahan raja Rekan, ramai pegawai-pegawai kanan di Melaka
mula membenci beliau. Raja Kassim juga dipaksa untuk meninggalkan Melaka
dan meneruskan hidup sebagai seorang nelayan.

Oleh itu, Raja Kassim kemudiannnya berpakat dengan Seri Nara Diraja
untuk menentang Raja Rekan. Perancangan mereka telah mendapat sambutan
yang baik di kalangan penduduk Melaka kerana mereka juga tidak menyukai
Raja Rekan. Kemudian, satu serangan telah dilakukan pada waktu malam di
istana. Sewaktu serangan tersebut, Raja Kassim dan Seri Nara Diraja Tun Ali
cuba untuk memisahkan Sultan Abu Syahid daripada Raja Rekan, tetapi ianya
tidak berjaya. Apabila Raja Rekan ditikam oleh seorang penyerang, beliau juga
bertindak balas menikam Sultan Abu Syahid. Akibatnya, kedua-dua Sultan Abu
Syahid dan Raja Rekan telah terbunuh dalam serangan tersebut.2

2 Hubungan Luar Kesultanan Melayu Melaka Dengan Kawasan Sekitar dan Antarabangsa
http://melayu.library.uitm.edu.my/445/1/K_RAMLAH%20ADAM%20UniMAP%2016.pdf
PEMERINTAHAN SULTAN MUZAFFAR SYAH (1445-1458)

Nama sebenar Sultan Muzaffar Syah ialah Raja Kasim tetapi. Veliau telah
memerintah Melaka selama 13 tahun. Selain itu, beliau telah mengambil takhta
daripada adindanya Raja Ibrahim atau Sultan Abu Syahid, melalui satu
rampasan kuasa yang dirancang oleh pembesar-pembesar Melaka tanpa
persetujuan Bendahara. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Melaka
dapat dilihat sebagai pusat perkembangan agama islam yang unggul.

Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, beliau telah melaksanakan


dasar hubungan diplomatik dengan kerajaan Siam dengan konsep perdana
menteri. Di samping, beliau juga mengadakan hubungan diplomatik dengan
China yang menyebabkan kedudukan Melaka bertambah kuat dan diiktiraf oleh
negara China dan negeri lain.3

PEMERINTAHAN SULTAN MANSUR SYAH (1458-1477)

Beliau merupakan anak kepada Sultan Muzaffar Syah. Beliau memerintah


melaka selama 19 tahun. Selain itu, beliau seorang yang warak dan menjadi
imam solat berjemaah di masjid Melaka. Perhubungan luar KMM dilakukan oleh
baginda dengan pelbagai cara. Antaranya perkahwinan diraja, perdagangan
dan penyebaran dan pendakwahan agama Islam. Oleh itu, dapat dilihat
bahawa semasa pemerintahan beliau, Melaka telah mencapai zaman
kegemilangan.

Sultan Mansur Syah telah berkahwin dengan dengan puteri-puteri


kerajaan–kerajaan besar seperti Majapahit dengan China. Hal ini kerana,
perkahwinan ini menjadi satu strategi KMM untuk berbuat baik dengan
kerajaan-kerajaan tersohor itu bagi mengelakkan peperangan atau
pertandingan pengaruh diantara mereka. Sebagai menantu kepada kedua
kuasa besar itu, serangan keatas Melaka atau sebaliknya dapat dielakkan.

diakses pada 29 Oktober 2017


3 Sulat al- Salatin Ya’ni Perteturun Segala Raja- Raja (Sejarah Melayu),Dewan Bahasa dan Pustaka dan
Yayasan Karyawan , Kuala Lumpur, 2009, hlm. 69
Seterusnya, pertalian darah hasil perkahwinan tersebut juga dapat merapatkan
silaturahim diantara mereka. Melaka juga dapat menjadikan perhubungan itu
sebagai perluasan perdagangan diantara keduanya.

Sultan Mansur Syah terkenal sebagai pemerintah yang warak. Hal ini
disebabkan beliau sangat berminat kepada permasalahan yang berkaitan
dengan Agama Islam. Raja Pasai juga melayan permintaan Sultan Mansur Syah
dengan penuh adat istiadat diraja. Hubungan agama ini sangat penting kerana
untuk mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak. Dengan itu, semasa
pemerintahan Sultan Mansur Shah, dakwah islamiah telah berkembang dengan
meluas ke seluruh Asia Tenggara terutamanya ke gugusan kepulauan Melayu.4

PEMERINTAHAN SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH (1477-1488)

Beliau merupakan anak kepada Sultan Mansur Syah. Nama asalnya ialah Raja
Raden. Beliau memerintah melaka selama 11 tahun. Semasa pemerintahannya,
beliau masih muda dan sangat terkenal dengan kekuatan, keberanian dan
kesungguhannya dalam menjaga keselamatan Melaka daripada pencuri. Beliau
menghapuskan ancaman rompakan dan kecurian dengan menangkap dan
menghukum mereka yang bersalah supaya rakyatnya hidup dengan aman.
Oleh itu, baginda menyamar sebagai pencuri bersama dengan dua orang
pengiringnya. Baginda boleh dikatakan sebagau raja yang perkasa dan
disayangi rakyat kerana mempunyai keberanian dan bijaksana.

Baginda juga seorang yang warak. Hal ini demikian kerana, Semasa
pemerintahannya, beliau juga mengadakan hubungan luar dengan
negeri-negeri di Alam Melayu, yang menjadi naungan dan jajahan takluknya.
Hubungan ini juga mempunyai unsur peperangan dan persahabatan.5

PEMERINTAHAN SULTAN MAHMUD SYAH (1488-1511)

4 Ibid, hlm. 88
5 Ibid, hlm.249
Baginda merupakan seorang sultan yang juga meneruskan legasi Melaka yang
meneruskan dasar-dasar perhubungan luar, yang mempunyai perhubungan
secara persahabatan, perdagangan, perkahwinan dan peperangan. Beliau
memerintah Melaka selama 23 tahun. Selain itu, baginda adalah anakanda
Sultan Alauddin Riayat Syah dan menggantikan ayahandanya diusia yang
sangat muda.

Semasa pemerintahannya, beliau melantik Tun pepatih Putih sebagai


bendahara Putih. Tetapi setelah Tun pepatih putih meninggal, sultan telah
melantik Tun Mutahir sebagai bendahara yang baru. Oleh itu, Melaka telah
semakin berkembang maju dengan kedatangan pedagang-pedagang asing
selepas perlantikan Tun Mutahir. Bukan itu sahaja, Melaka masih berada di
kemuncak, kekuasaan dan kegemilangan sekitar tahun 1500. Namun demikian,
pada tahun 1509, satu angkatan Portugis yang terdiri daripada lima buah kapal
besar yang diketuai oleh Diego Lopez De Sequiera telah mendarat di pelabuhan
Melaka dan tidak lama kemudian, bermulalah keruntuhan dan kejatuhan
Melaka.

Oleh itu, beliau mengadakan hubungan baik dengan pihak antarabangsa


apabila Melaka dikalahkan oleh Feringgi atau Portugis pada tahun 1511. selain
itu, baginda telah membuat kerajaan-kerajaan baru ditanah jajahan takluknya
untuk menentang semula Portugis.6

Hubungan Luar Kesultanan Melayu Melaka Dengan Kawasan Sekitar dan Antarabangsa
http://melayu.library.uitm.edu.my/445/1/K_RAMLAH%20ADAM%20UniMAP%2016.pdf
diakses pada 29 Oktober

6 Op Cit Hubungan Luar Kesultanan Melayu Melaka Dengan Kawasan Sekitar dan Antarabangsa
http://melayu.library.uitm.edu.my/445/1/K_RAMLAH%20ADAM%20UniMAP%2016.pdf diakses pada 29 Oktober
2017
nstitusi Raja dan Peranannya terhadap penyebaran Islam di Alam Melayu Nusantara.pdf
http://repository.um.edu.my/23881/1/7.%20%20Institusi%20Raja%20Dan%20Pera
nannya%20%20%20Terhadap%20Penyebaran%20Islam%20Di%20Alam%20Melayu
%20Nusantara.pdf diakses pada 29 oktober 2017

SULALATUS SALATIN

You might also like