You are on page 1of 1

Bagaimana cuaca dan iklim mempengaruhi keselesaan hidup manusia

Cuaca dan iklim mempengaruhi keselesaan hidup manusia dapat dilihat daripada
pemanasan global. Hal ini kerana, pemanasan global yang berlaku disebabkan oleh
kurangnya penyerapan karbon dioksida daripada pokok atau tumbuh-tumbuhan.
Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakselesaan manusia kerana cuaca akan menjadi
panas. Cuaca panas akibat daripada pemanasan global boleh mendatangkan pelbagai
penyakit kepada manusia. Contohnya, penyakit kulit seperti penyakit kulit yang
berlaku di Afrika dan mudah untuk demam. Selain itu, cuaca yang penuh dengan asap
karbon dioksida daripada kenderaan boleh menjejaskan keselesaan hidup manusia.
Hal ini terjadi kerana, karbon dioksida tidak diserap oleh pokok-pokok disebabkan
kekurangan tumbuh-tumbuhan. Oleh itu, keadaan ini akan mengundang kepada
pelbagai penyakit seperti masalah jantung, Asma, dan katarak mata.

You might also like