You are on page 1of 18

1.

PENGENALAN

Malaysia terdiri daripada Semenanjung Tanah Melayu, yang merupakan bahagian paling selatan benua Asia, dan negeri-negeri Sabah dan Sarawak di Utara Pulau Borneo, yang terletak ke arah timur sejauh 530 km di seberang Laut China Selatan. Pada asalnya, negeri Sabah dan Sarawak ini bukanlah kepunyaan kerajaan Malaysia, kerana ia adalah hak milik Kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei. Namun, seiring dengan meningkatnya tahun, keadaan menjadi semakin berubah apabila akhirnya Sabah dan Sarawak telah mula menyertai Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk sebuah negara yang digelar Malaysia. Namun, seperti negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak juga tidak terlepas daripada menerima pengaruh asing. Sabah dan Sarawak telah menerima corak pentadbiran yang berbeza. Hal ini ekoran daripada Sabah telah ditadbir oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British atau lebih dikenali sebagai SBBUB dan Sarawak telah ditadbir oleh Rajah Brooke. Corak pentadbiran yang boleh dilihat di dalam dua bentuk pentadbiran ini adalah merangkumi aspek politik, sosial dan ekonomi.

2.0

PENTADBIRAN SBBUB DI SABAH 2.1 Pengenalan

Sebelum kedatangan kuasa-kuasa barat atau sebelum bertapaknya pemerintahan The British North Borneo (chartered) Company atau dikenali juga sebagai SBBUB (Syarikat Berpiagam Borneo Utara British) di Borneo Utara, tidak wujud lagi konsep negeri bagi wilayah ini. Hal ini kerana sistem pentadbiran di wilayah ini terpisah-pisah dan telah dibahagikan kepada tiga bentuk pentadbiran iaitu, pentadbiran yang berasaskan kesukuan yang dikenali sebagai sistem politik kesukuan, sistem pentadbiran kesultanan yang merujuk kepada pentadbiran kesultanan Brunei dan Sulu di wilayah kekuasaan mereka dan sistem pentadbiran ketua-ketua bebas.1Namun, bermula pada abad ke-19 kuasa-kuasa Barat mula menguasai Borneo Utara. Malah The North Borneo Utara (chartered) Company atau SBBU mula menguasai sepenuhnya Borneo Utara pada tahun 1881. Ia bermula dengan Perjanjian Tahun 1865, di mana Amerika Syarikat telah menunjukkan minatnya terhadap wilayah Borneo dan telah menghantar konsulnya iaitu, Charles Lee Moses ke Brunei pada tahun 1865. Hal ini bertujuan untuk mengadakan perjanjian perdagangan dengan negara Brunei.Dalam usaha tersebut, Charles Lee Moses bukan sahaja dibenarkan untuk berniaga di Brunei malah telah mendapat hak pajakan ke atas wilayah Borneo Utara daripada Sultan Brunei selama 10 tahun.2Sultan Brunei iaitu, Sultan Abdul Mumin telah bersetuju memajakkan sebahagian besar wilayah pantai barat Sabah dan tiga buah pulau iaitu, Pulau Banggi, Pulau Balabak dan Pulau Palawan kepada Charles Lee Moses. Melalui pajakan tersebut, Sultan Abdul Mumin telah memperolehi bayaran sebanyak $9 500 dolar setahun.3 Seterusnya, adalah pemberian konsesi kepada Syarikat Amerika Borneo.Setelah Charles Lee Moses berjaya mendapatkan hak pajakan ke atas wilayah Borneo Utara selama 10 tahun daripada Sultan Brunei, beliau menghadapi kesulitan untuk menguruskan wilayah tersebut.Hal ini kerana, pada ketika itu beliau menghadapi masalah kewangan. Justeru itu, bagi mendapatkan keuntungan daripada wilayah tersebut, beliau telah menjualkan hak

1 2 3

Siti Aishah Hj. Lokin. Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah 1881-1963.hlm 46.

Ibid. hlm 46
Ibid. hlm 47

pajakkannya kepada dua orang saudagar Amerika Syarikat yang mengendalikan Syarikat Perdagangan Amerika Borneo di Hong Kong iaitu, Joseph Torrey dan Thomas Bradley Harris.4 Namun, ekoran terdapat pelbagai masalah yang timbul seperti kematian rakan kongsinya iaitu Thomas Badley Harris, Joseph Torrey telah menjualkan haknya kepada Konsul Austria-Hungary di Hong Kong, iaitu Gustavus Baron De Overbeck.5 Namun, Overbeck juga sebenarnya tidak berniat untuk mengambil alih pentadbiran wilayah tersebut, oleh sebab itu beliau telah berusaha menjual pajakan itu kepada saudagar-saudagar Austria yang lain tetapi tidak berjaya. Namun begitu, hasil daripada usahanya beliau telah berjaya memujuk bekas majikannya iaitu, Alfred Dent untuk bekerjasama dengannya.6Namun, Overbeck dan Alfred Dent masih dengan dengan niat asal mereka untuk menjualkan pajakan tersebut namun tidak kesampaian kerana telah berlaku pembaharuan pajakan. Berdasarkan pembaharuan pajakan yang telah dilakukan menyebabkan suatu perjanjian baru telah dimeterai.Perjanjian baru ke atas pajakan tersebut telah memperuntukkan bahawa hak tanah yang telah dipajakkan oleh Sultan Brunei kepada Overbeck dan Alfred Dent adalah pemberian untuk selama-lamanya. Pada 29 Disember 1877, suatu perjanjian penyerahan Borneo Utara telah dibuat di antara Sultan Brunei, iaitu Sultan Abdul Mumin dan Pangeran Temenggung dengan Overbeck dan Alfred Dent.7 Overbeck berasa tidak berpuas hati kerana hanya menguasai wilayah yang diberikan oleh Sultan Brunei sahaja.Oleh itu, beliau ingin juga menguasai wilayah pantai timur Borneo Utara yang berada di bawah penguasaan Kesultanan Sulu.Overbeck bersama-sama dengan Treacher dan William Clarke Cowie, seorang pedagang berbangsa Scot yang sebelum ini menjadi pengurus bagi Labuan Trading Company telah belayar ke Sulu untuk melakukan perundingan dengan Sultan Sulu.8Perundingan tersebut nyata membuahkan hasil apabila pada 22 Januari 1878, Sultan Sulu iaitu, Paduka Maulana Al-Sultan Mohamet Jamal Al-Alam bin Sri Paduka Almarhum Al-Sultan Mohamat Fathlon telah bersetuju untuk menyerahkan wilayah pantai timur Borneo Utara kepada Overbeck.

4 5 6 7 8

Mohd Isa Othman.Sejarah Malaysia (1800-1963).hlm 250.

Ibid Ibid
Siti Aishah Hj. Lokin. Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah 1881-1963. hlm 47 Mohd Isa Othman.Sejarah Malaysia (1800-1963).hlm 250.

Setelah Overbeck dan Alfred Dent berjaya memperolehi kedua-dua wilayah pantai timur dan pantai barat Borneo Utara daripada Sultan Sulu dan Sultan Brunei, mereka telah berusaha pula untuk mendapatkan Piagam Diraja daripada Kerajaan British.9Hal ini kerana, mereka ingin mendapatkan pengiktirafan rasmi daripada kerajaan British.Alfred Dent meneruskan usahanya untuk mendapatkan piagam daripada kerajaan British.Beliau telah memujuk sekumpulan saudagar di London untuk membentuk sebuah persatuan sementara.Alfred Dent telah berjaya menjualkan sahamnya kepada pertubuhan itu dengan harga $ 120 000

pound.Akhirnya, persatuan sementara itu berjaya memperolehi perlindungan daripada Kerajaan


British.10 Akhirnya pada bulan November 1881, kerajaan British telah memberikan piagam diraja dan persatuan sementara telah ditukar namanya kepada British North Borneo Chartered

Company atau Syarikat Berpiagam Borneo Utara British.11Kompeni tersebut telah menjadi
syarikat perdagangan dan badan pentadbir di Sabah.Sir Rutherford Alcock telah dilantik sebagai presiden SBUB, manakala Alfred Dent telah dilantik sebagai pengarah urusan syarikat tersebut.Terdapat beberapa syarat yang terkandung di dalam Piagam tahun 1881 tersebut. Antaranya, hubungan luar di antara SBUB dengan kuasa-kuasa asing hendaklah di bawah izin kerajaan Inggeris, SBUB hendaklah menerima nasihat daripada kerajaan Inggeris, SBUB hendaklah membenarkan pelabuhan-pelabuhan di Sabah digunakan oleh kapal-kapal Inggeris, perlantikan Gabenor Sabah hendaklah dipersetujui oleh kerajaan Inggeris, SBUB tidak boleh menyerahkan wilayah yang diperintahnya kepada mana-mana kuasa asing tanpa kebenaran daripada kerajaan Inggeris dan SBUB hendaklah bertanggungjawab menamatkan hamba abdi dalam jajahannya dan memerintah dengan adil dan mengikut adat resam tempatan.12Setelah pengurniaan piagam diraja oleh kerajaan British barulah kedudukan SBUB semakin kukuh dan berupaya melaksanakan pentadbirannya di Borneo Utara.

Siti Aishah Hj. Lokin. Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah 1881-1963. hlm 48

10 11 12

Ibid
Mazlan Abdullah. Sejarah Malaysia Timur.hlm 57. Siti Aishah Hj. Lokin. Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah 1881-1963. hlm 50

2.2

Bentuk Pentadbiran SBBUB di Sabah 2.2.1 POLITIK

Rajah 1

Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB) telah menjalankan pentadbirannya di Sabah pada tahun 1881.Namun, pada awal-awal pentadbirannya, SBBUB terpaksa menghadapi masalah kegiatan perlanunan dan perhambaan yang amat berleluasa di Sabah.Hal ini telah menyebabkan ancaman keselamatan berlaku.13Oleh itu, para pentadbir SBBUB telah bertindak dengan segera bagi menyelesaikan masalah ini dengan mewujudkan suatu sistem pentadbiran yang lebih teratur dan sistematik. Pihak Lembaga Pengarah SBBUB di London telah menetapkan bahawa negeri ini akan ditadbir oleh seorang gabenor yang akan menjalankan tugasnya berdasarkan piagam diraja yang telah dikurniakan kepada syarikat ini.14Gabenor SBBUB yang pertama adalah Sir William Hood Treacher.Majlis Penasihat juga telah ditubuhkan untuk menasihati gabenor berkaitan hal ehwal pentadbiran di Sabah.Pada peringkat awal, SBBUB hanya dibahagikan kepada dua residensi sahaja iaitu meliputi residensi pantai barat dan residensi pantai timur.Namun, pada tahun 1935, jumlah residensi telah bertambah kepada empat buah residensi merangkumi

13 14

Siti Aishah Hj. Lokin. Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah 1881-1963. hlm 52

Lisa Yip Shukye. Jais bin Abdul Hamid. 2012. Sejarah Politik Malaysia Sehingga Awal Abad ke-20. hlm 79.

residensi pantai barat, pantai timur, Tawau, dan pedalaman dan Labuan.15 Setiap residensi akan diketuai oleh seorang residen berbangsa Eropah yang berperanan menjaga hal ehwal pentadbiran wilayahnya.16 Di setiap residensi pula akan dibahagikan kepada sepuluh buah daerah dan setiap satu daerah ini akan diketuai oleh seorang pegawai daerah. 17Pegawai daerah berperanan sebagai majistret, pemungut cukai, bendahari daerah, pegawai buruh dan pegawai pentadbir. Sebelum SBBUB mengambil alih pentadbiran di Sabah, sebenarnya telah wujud satu sistem pentadbiran tempatan di kawasan ini.18Ekoran masalah kewangan dan tujuan ingin mewujudkan kestabilan penduduk tempatan kerana mahu melakukan pengeksploitasian ekonomi tempatan, SBBUB telah menyerapkan institusi politik peribumi yang sedia ada dalam pentadbiran syarikat ini.SBBUB telah mengekalkan dua jawatan di dalam institusi politik peribumi yang sedia ada iaitu jawatan Ketua Kampung dan Ketua Anak Negeri (KAN). Ketua kampung bertanggungjawab menjalankan pentadbirannya di kawasan

kampung.Mereka ini terdiri daripada orang yang berpengalaman dan paling berpengaruh di dalam masyarakat tempatan.Tugas ketua kampung ialah menjaga keamanan kampung, menguruskan hal ehwal kampung, menjaga keamanan, membantu memajukan perdagangan, melaporkan kepada pegawai daerah jika wujud kes-kes seperti kes kecurian dan wabak penyakit. Ketua Anak Negeri (KAN) pula berperanan membantu pegawai daerah dalam melicinkan pentadbiran syarikat di peringkat daerah.19 Mereka akan diberi surat kuasa oleh pihak SBBUB untuk menguruskan hal ehwal berkaitan masyarakat.20Selain itu, terdapat juga KAN yang dilantik menjadi hakim di Mahkamah Anak Negeri.KAN merupakan jawatan tertinggi yang disandang oleh penduduk tempatan semasa pentadbiran SBBUB di Sabah.Mereka juga digelarsebagai Orang Kaya-Kaya atau OKK.Antara mereka yang pernah memegang jawatan ini ialah Hj. Mohamed Arsyad, Pangeran Mohammad Abbas dan Pangeran Haji Omar.21

15 16

Lisa Yip Shukye. Jais bin Abdul Hamid. 2012. Sejarah Politik Malaysia Sehingga Awal Abad ke-20. hlm 79 Ibid. hlm 80 17 Ibid 18 Siti Aishah Hj. Lokin. Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah 1881-1963. hlm 55 19 Ibid 20 Ibid 21 Ibid. hlm 56

2.2.2

EKONOMI Pelbagai pembaharuan dalam aspek ekonomi telah dilaksanakan oleh SBBUB semasa

mentadbir Sabah.Antaranya ialah memperkenalkan sistem kutipan cukai baru. Semasa awalawal pentadbiran SBBUB di Sabah, Gabenor SBBUB, iaitu Sir William Hood Treacher telah menghapuskan sistem kutipan cukai tradisional dan mengadakan satu sistem kutipan cukai yang baru. Sebagai contoh, beliau telah mengadakan cukai import sebanyak sepuluh peratus dan menjualkan hak memungut cukai candu dan tembakau kepada orang Cina yang lebih berpengalaman tentang barang-barang tersebut.Hal ini telah menyebabkan kuasa dan pendapatan pemimpin-pemimpin tempatan terjejas. Malah, sistem kutipan cukai yang baru ini juga yang telah menyebabkan tercetusnya penentangan daripada orang-orang tempatan terhadap cara pentadbiran SBBUB di Sabah. Selain itu, semasa SBBUB mula mentadbir Sabah, keadaan ekonomi negeri ini masih di tahap yang mundur.Hal ini telah menyebabkan amat sedikit komoditi yang dapat dihasilkan untuk tujuan eksport.Para pentadbir SBBUB telah menjalankan pelbagai usaha untuk memajukan ekonomi di Sabah. Antaranya, mereka telah memajukan sektor perdagangan, penanaman tembakau, pertanian moden, pembalakan dan tanaman getah. Bagi sektor perdagangan, SBBUB telah memajukan sektor perdagangan yang berasaskan hasil-hasil hutan.Residen Sandakan, Pryer telah menggalakkan penduduk membawa hasil hutan sepertisarang burung, rotan, dammar dan lain-lain untuk dijual kepada peraihperaih cina yang akan membawa barangan tersebut ke Singapura untuk dipasarkan.22 Sektor kedua, penanaman tembakau.Pada tahun 1890, sebanyak 61 buah estet milik pengusaha eropah telah dibuka untuk penanaman tembakau.23Estet-estet diuruskan oleh pengusaha dari Belanda kerana mereka mempunyai kemahiran.24Tembakau telah menjadi industri yang penting di Sabah.Namun, kemudian pada tahun-tahun berikutnya industri tembakau di Sabah ini telah menghadapi masalah apabila wujud persaingan dengan industri tembakau di Amerika dan faktor kekurangan buruh juga menyebabkan industri ini semakin merundum.

22 23 24

Siti Aishah Hj. Lokin. Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah 1881-1963. hlm 74

Ibid. hlm 75 Ibid

Bagi sektor pertanian moden, SBBUB telah membawa masuk para petani yang berpengalaman dari negara luar bertujuan untuk memajukan kegiatan perladangan di Sabah.25 Skim 1883 telah dibentuk oleh SBBUB yang memperuntukkan bahawa kebenaran membawa masuk sekumpulan orang Hakka bagi menjalankan aktiviti pertanian seperti menanam jagung, padi dan kopi di Sabah.26 Pada masa yang sama, SBBUB telah mengatur strategi untuk menarik orang-orang cina mengisi kekosongan buruh bagi sektor perladangan di Sabah. Hal ini kerana, SBBUB percaya tindakan mereka ini akan memajukan lagi sektor pertanian di Sabah seterusnya memberikan keuntungan yang banyak kepada mereka. Selain itu, SBBUB turut membangunkan sektor pembalakan di Sabah.SBBUB turut menggunakan kemahiran buruh-buruh cina untuk membangunkan sektor ini.27Eksport pertama balak dari Sabah ke Australia menjadi perintis kepada peningkatan pasaran balak secara besarbesaran.28Nilai eksport balak telah meningkat setiap tahun.Hal ini mendorong SBBUB menubuhkan Jabatan Perhutanan untuk mengawal kegiatan balak di Sabah.29 Sektor tanaman getah turut dibangunkan semasa pentadbiran SBBUB di Sabah.Pada tahun 1882, tanaman getah telah mula diperkenalkan di Sabah. Namun, pada mulanya ia bukanlah bertujuan untuk komersial.30Namun, pada tahun 1892, permintaan terhadap getah semakin meningkat.Hal ini kerana, getah merupakan suatu keperluan bagi industri pembuatan tayar kereta dan barangan getah.31SBBUB kemudiannya telah menggalakkan penanaman getah kepada para pekebun. Sebagai usaha untuk menarik minat para pekebun, SBBUB tidak mengenakan cukai kepada mereka dan akan memberi jaminan bahawa para pekebun akan turut mendapat keuntungan walaupun pokok getah mereka tidak memberikan apa-apa hasil.32Pada tahun 1907, sebanyak 3,226 ekar tanah telah dibuka untuk penanaman getah di Sabah.33Usaha SBBUB ini nyata membuahkan hasil dan mampu menjana ekonomi di Sabah.

25 26 27

Siti Aishah Hj. Lokin. Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah 1881-1963. hlm 76

Ibid Ibid. hlm 77 28 Ibid 29 Ibid 30 Ibid. hlm 78 31 Ibid 32 Ibid. hlm 79 33 Ibid

2.2.3 2.2.3.1

SOSIAL Memperkenalkan Undang-Undang Perhambaan Di Sabah, kegiatan perlanunan sebenarnya telah wujud sejak akhir abad ke-16

lagi.Antara kawasan yang menjadi pusat kegiatan lanun ialah Tempasuk, Pandasan, pesisiran pantai Teluk Marudu, Tungku dan bahagian selatan Semenanjung Unsang.34Pada abad ke-18 dan awal abad ke-19, kegiatan perlanunan ini semakin berleluasa.Antara suku kaum yang terlibat dalam kegiatan ini ialah suku Iranun dan suku Balanini.35 Setiap tahun, suku-suku ini akan menyerang perdagangan Brunei dan menangkap orang-orang Brunei dan Sabah untuk dijadikan hamba. Hamba tersebut akan dijual kepada Sultan dan pembesar Brunei. Antara faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh monopoli kuasa Eropah di Kepulauan Melayu dan hal ini telah menyebabkan masyarakat tempatan terpaksa menjadi lanun untuk meneruskan kehidupan.36 Oleh itu, jelas bahawa kegiatan perlanunan dan aktiviti perhambaan adalah saling berkaitan kerana lanun-lanun ini akan menangkap masyarakat tempatan dan dijadikan hamba untuk dijual kepada ketua-ketua tempatan. SBBUB telah berusaha mengatasi masalah ini dengan mewujudkan Undang-undang Perhambaan.37 Undang-undang ini telah memperuntukkan bahawa tiada orang asing, baik orang eropah atau cina atau bangsa-bangsa lain yang boleh membeli, menjual, memiliki atau menjadi tuan kepada hamba-hamba di mana-mana wilayah kekuasaan SBBUB. Undangundang perhambaan lain telah digubal pada tahun 1883, memperuntukkan bahawa semua hamba yang dibawa ke Sabah akan dibebaskan dan tiada penduduk Sabah yang boleh membeli hamba.38 2.2.3.2 Memperkenalkan Sistem Perhubungan

Sistem perhubungan yang telah dibina semasa pentadbiran SBBUB di Sabah ialah landasan keretapi.Landasan ini telah dibina bertujuan untuk memajukan ekonomi Sabah.39Landasan keretapi pertama telah dibina sejauh 32 km antara Weston dan Beaufort
34 35 36

Siti Aishah Hj. Lokin. Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah 1881-1963. hlm 50

Ibid. hlm 51 Ibid 37 Ibid. hlm 52 38 Ibid


39

Mazlan Abdullah. Sejarah Malaysia Timur. hlm 60

pada tahun 1876.40Dari Beaufort, landasan ini disambung sejauh 91 km ke Jesselton dan juga dari Beaufort ke Tenom dan Melalap.41Landasan keretapi dibina bertujuan untuk menyediakan pengangkutan kepada penduduk dan memberi kemudahan untuk mengangkut hasil-hasil pertanian. Namun, menurut Salim Nabijan, di dalam penulisannya Sejarah Perhubungan

Keretapi Kedah, beliau ada menjelaskan bahawa pada abad ke-19 usaha-usaha pembinaan
jalan keretapi oleh penjajah di kawasan rantau Asia Tenggara adalah berpunca daripada persaingan kuasa imperialis.42Perkembangan pembinaan jalan keretapi di Tanah Melayu dilihat mempunyai motif politik dan ekonomi.Oleh itu, jelas bahawa pihak penjajah sememangnya mempunyai agenda tersembunyi di sebalik pembangunan dan kemajuan yang mereka bawa. 2.2.3.3 Memperkenalkan Sistem Pendidikan

SBBUB telah memulakan sistem persekolahan secara formal di Sabah.Hal ini kerana mereka telah terikat dengan Piagam Diraja.43Berdasarkan peruntukan piagam, SBBUB harus menyediakan peluang pendidikan kepada penduduk tempatan.Namun, seperti di negeri-negeri di Tanah Melayu, SBBUB hanya menyediakan pendidikan asas sahaja. Hal ini kerana, mereka tidak mahu timbul kesedaran dalam kalangan rakyat dan bimbang rakyat akan bangkit memberontak. Selain itu, sistem persekolahan agama Islam telah ditubuhkan oleh Gabenor Treacher tetapi tidak mendapat sambutan.Hal ini kerana, penduduk curiga dengan niat gabenor yang beragama kristian itu.44 Pada 1887 pula, sekolah-sekolah mubaligh telah dibina ekoran kedatangan para mubaligh kristian di Sabah. Sekolah-sekolah mubaligh ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan.Kemudian, SBBU telah menubuhkan Jabatan Pelajaran yang berperanan untuk mengawasi sekolah-sekolah yang dibina oleh badan-badan persendirian seperti sekolah mubaligh kristian tersebut.45Dalam tempoh antara 1921 1922, SBBUB telah menubuhkan beberapa buah sekolah kerajaan.Menjelang 1930, terdapat sepuluh buah sekolah Melayu.Pada 1935, pemakaian pakaian seragam sekolah telah diperkenalkan.Selain itu, latihan jasmani turut diadakan dengan mengadakan pekerjaan berkebun di sekolah.Namun, meskipun bilangan sekolah bertambah namun kanak-kanak perempuan tidak digalakkan bersekolah kerana kurangnya kesedaran daripada ibu bapa.
40 41
42

Siti Aishah Hj. Lokin. Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah 1881-1963. hlm 80

Ibid
Salim Nabijan. 1979/1980. Sejarah Perhubungan Keretapi Kedah. Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm 3 Siti Aishah Hj. Lokin. Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah 1881-1963. hlm 81

43 44 45

Ibid Ibid. 82

10

3.0

PEMERINTAHAN REJIM BROOKE DI SARAWAK 3.1 PENGENALAN James Brooke ialah anak kepada seorang pegawai yang bertugas dengan Syarikat

Hindia Timur Inggeris.46 Beliau dilahirkan pada 29 April 1803 di Secrone, India. Setelah dewasa, James Brooke memasuki perkhidmatan tentera Syarikat Hindia Timur Inggeris (EEIC) diantara tahun 1819-1830. Selepas bersara daripada tentera, beliau telah melibatkan diri dalam sektor perdagangan. Pada tahun 1830an, beliau telah membuat beberapa siri pelayaran ke Asia Tenggara dan China. Di Sarawak, James Brooke telah menemui Pangeran Muda Hashim dan berjaya mengasaskan satu hubungan baik dengan wakil Sultan Brunei itu. Pada September 1839, beliau ke Singapura dan kembali semula ke Sarawak pada 29 Ogos 1840. Pada masa itu berlaku pemberontakan dan kekacauan di Sarawak yang mendorong James Brooke untuk meninggalkan Pangeran Sarawak kerana bimbang keselamatan dirinya terancam. Namun begitu, Hashim memujuk James Brooke supaya membantunya mengawal Muda

pemberontakan tersebut.47 Dalam keadaan terpaksa, Pengeran Muda Hashim berjanji menyerahkan Seriawan dan Sarawak (Kuching) kepada James Brooke dan berjanji untuk menjadikan James Brooke sebagai Rajah Sarawak jika pemberontakan tempatan berjaya dihapuskan. Akhirnya , James Brooke berjaya memulihkan keamanan dan mengalahkan pemberontakan pada 20 Disember 1840. Pihak lawannya iaitu Datu Patinggi Ali telah mengaku kalah dan meminta damai. Oleh yang demikian, James Brooke mula menuntut janji-janji Pengeran Muda Hashim.48Bermula dari sinilah titik mulanya James Brooke bertapak di Sarawak dan menguasai Sarawak secara berperingkat-peringkat. Sebelum kedatangan Inggeris, Sarawak pada asalnya adalah kawasan naungan Kesultanan Brunei telah diasaskan sekitar akhir abad ke-15 dan mencapai kemuncak kegemilangan pada awal abad ke-16. Pembesar-pembesar Sarawak yang dilantik oleh Sultan Brunei telah menjadi wakil mentadbir daerah-daerah yang telah diberikan kepada mereka. Pemerintahan Rejim Brooke ke atas Sarawak bermula pada 24 September 1841 manakala
46

Haji Buyong bin Adil , 1974 , Sejarah Sarawak . Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysis, Hlmn 17 47 Kay Kim Khoo & Jazamuddin Baharuddin , 1979 , Malaysia : sejarah dan proses pembangunan , University Of Michigan : Persatuan Sejarah Malaysia , Hlmn 119 48 Institut Terjemahan Negara Malaysia , 2008 , Old Treaties & Documents of Malaysia, 1791-1965 , Hlmn 26

11

rajah Brooke yang pertama di Sarawak ialah James Brooke. Beliau menjadi raja Sarawak sepenuhnya pada 1 Ogos 1842 setelah ditabalkan secara rasmi oleh Sultan Brunei.49 Beliau menjadi pemerintah sarawak selama 27 tahun dari tahun 1841 hingga ke 186850. Terdapat tiga siri pemerintahan Rejim Brooke di Sarawak iaitu Charles Vyner Brooke. Walaupun ketiga-tiga rajah James Brooke, Charles Brooke dan tersebut mempunyai hubungan

persaudaraan yang rapat, namun begitu masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam mentadbir Sarawak. Walaubagaimanapun, Rajah Brooke yang kedua iaitu Charles Brooke dikatakan lebih berwibawa dan menonjol Sarawak. 3.2 BENTUK PENTADBIRAN REJIM BROOKE DI SARAWAK dalam membangunkan dan memajukan

3.2.1 PENTADBIRAN JAMES BROOKE 1841-1868 Pada 24 September 1841 Pangeran Muda Hasyim mengisytiharkan James Brooke sebagai Gabenor Sarawak dan beliau digelar "Rajah Sarawak".51Beliau menjadi Rajah Sarawak yang pertama dan memerintah kawasan seluas lebih kurang 3,000 batu persegi.Kawasan ini meliputi kawasan dariTanjung Data hingga ke kuala Sungai Samarahan serta Sungai Sarawak dan Sungai Lundu.52James Brooke dari aspek politik, mula mengadakan satu sistem pentadbiran yang teratur tetapi dia menyedari kepentingan mempelajari dan memahami kepercayaan dan adat resam orang Sarawak untuk memperkenalkan undang-undang.Oleh yang demikian, beliau mula menjalinkan hubungan dengan kaum Dayak Laut.Selain itu, Ketua-ketua orang Melayu Sarawak dilantik memegang jawatan kerajaan.Brooke meminta nasihat mereka untuk memerintah Sarawak.James Brooke memperkenalkan undang-undang dan mahkamah berdasarkan sistem Inggeris.Jenayah-jenayah yang berat dihukum mengikut undang-undang Inggeris.Dari aspek ekonomi pula, Orang-orang tempatan dan asing dibenarkan berdagang dengan bebas dan dikenakan cukai yang berpatutan yang telah ditetapkan.Dari aspek sosial pula, James Brooke mengambil tindakan keras ke atas amalan membara kepala.Kegiatan yang menjadi amalan tradisi ini diamalkan secara meluas di Sarawak.Biasanya kepala dipenggal dan musuh-musuh suku kaum sebagai tanda keberanian.
49

S. Baring-Gould, M.A. & C.A. Bampfylde, F.R.G.S. A HISTORY OF SARAWAK : Under its Two White Rajahs. 2007.Kuala Lumpur : S.A. Majeed & Co Sdn Bhd. Hlmn 93 50 R. Steven. 2007. The White Rajahs. Kuala Lumpur : S.A. Majeed & Co Sdn Bhd. Hlmn 207. 51 Institut Terjemahan Negara Malaysia , 2008 , Old Treaties & Documents of Malaysia, 1791-1965 , Hlmn 26 52 Lisa Yip Shukye. Jais bin Abdul Hamid. 2012. Sejarah Politik Malaysia Sehingga Awal Abad ke-20. hlm 75

12

Apabila James Brooke menjadi pemerintah yang sah, beliau mula mengambil langkahlangkah yang tegas untuk membanteras kegiatan lanun di Sarawak.Sebagai langkah pertama, dengan bantuan Pangeran Muda Hasyim dan Pangeran Badaruddin, James Brooke dapat mengusir Pangeran Mahkota keluar dan Kuching.Dia telah lari ke Sadong dan berkomplot dengan Syarif Sahap di situ.Dalam usaha menghapuskan lanun-lanun, James Brooke dibantu oleh kapten Henry Keppel kapal dengan H.M.S. Dido.Serangan bersama mereka ditujukan terhadap orang Iban Saribas yang berkubu di Padeh dan di Layar.53 Pada bulan Julai 1843, orang Iban Saribas di kawasan tersebut telah menyerah kalah.Keppel dan James Brooke seterusnya membinasakan kubu-kubu orang Iban Saribas lagi di Rimbas dan di Paku.54Kemudian James Brooke dan Keppel mengalihkan perhatian mereka terhadap Batang Lupar yang dipimpin oleh Syarif Sahap bersama Pangeran Mahkota. James Brooke memerintah Sarawak dengan cekap dan adil sehingga tahun 1863.Beliau merupakan seorang pemerintah yang bertimbang rasa serta mengambil berat terhadap kebajikan rakyatnya.Ia meluluskan undang-undang untuk melindungi hak dan kepentingan orang-orang Dayak.
55

Mereka

dilindungi

daripada

penindasan

pembesar-pembesar

bumiputera.Brooke menggalakkan kemasukan orang Cina dan memajukan bidang perniagaan dan pertanian. Pentadbiran dibiayai daripada cukai-cukai yang dikutip dengan cara yang adil. Perdagangan bebas diamalkan. Hasilnya, Kuching berkembang maju dengan pesatnya sebagai sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan utama di Sarawak. James Brooke menggalakkan perkembangan agama Kristian terutamanya di kalangan orang Cina di Kuching. James Brooke telah merayu kepada kerajaan Inggeris supaya menolong mentadbir dan melindungi Sarawak.56Namun hanya pada tahun 1862, kerajaan Inggeris telah mengiktiraf pemerintahan Brooke di Sarawak.Seorang Konsul Inggeris juga dilantik di Sarawak. James Brooke menunjukkan kesetiannya terhadap Inggeris dengan menawarkan kerajaan Sarawak kepada kerajaan lnggeris sekiranya ia sanggup membayar segala perbelanjaan ke Sarawak. Selepas pengiktirafan kerajaan Inggeris terhadap Sarawak.Rajah James Brooke menyerahkan

53 54

Lisa Yip Shukye. Jais bin Abdul Hamid.. Sejarah Politik Malaysia Sehingga Awal Abad ke-20. 2012 , hlmn 79 Ibid ,. hlmn 79 55 Ibid , Hlmn 79 56 Ibid , Hlmn 79

13

kerajaan Sarawak kepada anak saudaranya.Charles Brooke pada tahun 1863 dan kembali ke England.57 3.2 PENTADBIRAN CHARLES BROOKE 1868-1917 Charles Brooke yang pernah menjadi Tuan Muda mewarisi takhta Sarawak selepas kematian Rajah James Brooke pada tahun 1868.Charles Brooke memerintah selama 49 tahun.Pada zaman pemerintahannya yang panjang ini, Sarawak banyak mencapai kemajuan.58Syarikat Borneo yang merupakan syarikat asing yang tunggal di Sarawak memulakan perniagaannya di Sarawak pada tahun 1856.Syarikat ini membuat satu perjanjian dengan Rajah James Brooke untuk berdagang dengan Sarawak.Syarikat Borneo melombong antimoni dekat Sungai Bau dan Buso dan juga melombong emas dekat Bau serta arang batu dekat Simunjan. Syarikat Borneo memajukan perusahaan kayu balak dan juga memiliki sebuah kilang sagu di Mukah.Antara tahun 1890 dan 1900 gambir merupakan tanaman penting bagi rakyat dan kerajaan.Kebanyakan petani terutamanya orang Cina menanam gambir di Bahagian Pertama.Pokok Getah mula ditanam di Sarawak pada tahun 1905.Manakala petroleum dijumpai di Miri pada tahun 1910. Rajah Charles Brooke memerintah Sarawak atas prinsip bahawa kerajaan Sarawak diperintah dengan bantuan rakyat untuk kepentingan rakyat.Beliau membenarkan sistem tradisional diteruskan.59Beliau berpendapat bahawa kejayaan pemerintahan Brooke di Sarawak adalah disebabkan oleh hubungan rapat yang terjalin di antara pemerintah dengan rakyat.Oleh sebab itu Rajah Charles Brooke mengadakan hubungan yang baik dengan masyarakat tempatan.Sepanjang zaman pemerintahannya, beliausering melawat jabatan-jabatan kerajaan di Kuching setiap pagi. Sarawak pada ketika itu ditadbir secara informal dan bilangan pegawainya amat kecil walaubagaimanapun merekatetap menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Semasa pentadbirannya Sarawak tidak mempunyai undang-undang tanah, tidak ada peraturan tertentu bagi Pegawai Tempatan, tidak ada sistem cukai yang sama atau rekod-

57 58

Ruslan Zainuddin , Sejarah Malaysia , Fajar Bakti , Hlmn 230 Ibid , Hlmn 230 59 Ibid , Hlmn 230

14

rekod kerajaan yang lengkap.

60

Walaubagaimanapun sistem kerajaan informal itu dapat

mewujudkan satu sistem pentadbiran yang cekap.Rajah Charles Brooke memerintah dengan kuasa mutlak.Beliau memilih pegawai-pegawai yang berpengalaman dan cekap. Pada tahun 1868 Sarawak dibahagikan kepada tiga bahagian.61Tiap-tiap bahagian diketuai oleh seorang dan Residen Eropah.Residen dibantu juga oleh beberapa sebagai Penolong Presiden ResidenEropah pegawai-pegawai.Residen bertugas

Mahkamah.Mahkamah ini tidak mempunyai undang-undang yang tertentu, Mahkamah ini menggunakan undang-undang tradisional dan kanun Inggeris India, Sarawak tidak mempunyai peguam yang terlatih sehingga tahun 1928.Di samping menjadi Presiden Mahkamah, Residen juga menjalankan pentadbiran umum.Rajah Charles Brooke juga melantik Pegawai-pegawai Tempatan terutamanya ketua-ketua Melayu. Mereka menjalankan tugas hampir sama seperti seorang Penolong Residen. Setiap bahagian mempunyai seorang Pegawai Tempatan yang paling kanan. Rakyat tempatan mengambil bahagian dalam semua peringkat pentadbiran.62Misalnya, Majlis Tertinggi (ditubuhkan oleh James Brooke pada tahun 1855) yang ahlinya terdiri daripada Rajah, Residen Bahagian Pertama dan termasuk tiga atau empat orang Datuk Melayu. Pada tahun 1865, Rajah Charles Brooke menubuhkan Majlis Negeri.63 Ahli-ahlinya terdiri daripada anggota-anggota Majlis Tertinggi, pegawai-pegawai kanan kerajaan serta pegawaipegawai dun ketua-ketua anak bumiputera. Pada tahun 1906, ahli-ahlinya terdiri daripada 13 orang Eropah dan 36 orang pegawal tempatan.Majlis ini mengadakan mesyuaratnya sekurang-kurangnya tiga tahun sekali untuk membincangkan perkara-perkara penting. Majlis Negeri tidak berhak membuat undang-undang tetapi ia boleh menasihatkan Rajah dan kerajaannya. Majlis Negeri mengadakan mesyuarat yang pertama di Sibu pada tahun 1867.Tiap-tiap bahagian juga mempunyai majlisnya sendiri.Majlis dipengerusikan oleh residen dan ahlinya termasuk ketua-ketua tempatan.64Di peringkat kampung, ketua Melayu atau Cina mengekalkan peraturan, menyelesaikan pergaduhan dan memungut cukai.Adat atau undang60 61

Ruslan Zainuddin , Sejarah Malaysia , Fajar Bakti , Hlmn 231 Ibid , Hlmn 231 62 Ibid , Hlmn 231 63 Ibid , Hlmn 231 64 Ruslan Zainuddin , Sejarah Malaysia , Fajar Bakti , Hlmn 231

15

undang tradisional memainkan peranan penting dalam pentadbiran keadilan di mahkamahmahkamah Sarawak.Biasanya residen terpaksa bergantung kepada nasihat Pegawai Tempatan dan penghulu. Rajah Charles Brooke menentang amalan perhambaan di Sarawak dengan

hebatnya.Pada tahun 1868, beliau mengarahkan residen-residen supaya mengharamkan penjualan, pengeksportan dan pengimportan hamba abdi.Amalan ini telah lenyap dan Sarawak pada penghujung abad ke-19.Pada tahun 1888, Sarawak,Borneo Utara (Sabah) dan Brunei menandatangani satu perjanjian dengan kerajaan Inggeris.Menurutnya, Sarawak menjadi negeri naungan Inggeris dan Rajah Brooke diiktirafkan sebagai pemerintah yang sah bagi Sarawak. Kerajaan lnggeris juga berjanji melindungi Sarawak daripada seranganserangan luar tetapi berjanji tidak akan bercampur tangan dalam hal-ehwal pemerintahan Rajah Brooke. Kemajuan-kemajuan lain yang di capai di bawah Rajah Charles Brooke ialah menamatkan pertikaian yang sering berlaku di antara suku kaum Iban dengan Kayan.Beliau menjalankan perdamaian di antara mereka untuk menamatkan perselisihan itu.Di bawah pemerintahan Rajah Charles Brooke, Sarawak maju dengan pesat.65Sarawak mula mengeksport arang batu antimoni, emas, petroleum, sagu, lada hitam, gambir, balak dan getah. Import barang-barang juga bertambah banyak.Selepas kebakaran besar pada 1884, bandar Kuching dibina semula dan didirikan bangunanbangunan kerajaan, sekolab, padang permainan, hospital dan muzium. Limbungan Kering Brooke dibina untuk membaiki kapalkapal besar dibuka pada tahun 1912.Pada tahun 1915, jalan keretapi sepanjang sepuluh batu mula dibina dan Kuching ke selatan.Pada tahun 1917 apabila Rajah Charles Brooke meninggal dunia. 3.3 PENTADBIRAN CHARLES VYNER BROOKE 1917-1946 Beliau ialah anak sulung Rajah Charles Brooke.66 Vyner Brooke melanjutkan kerja bapanya untuk mewujudkan keamanan di kalangan suku kaum Sarawak. Pada tahun 1920 diadakan satu mesyuarat di Simanggang di antara suku-suku kaum Iban, Ulu Mi dan Engkari Than bertemu dengan Sekrang, Layar dan Lemanak Iban bersetuju mengadakan keamanan di

65 66

Ruslan Zainuddin , Sejarah Malaysia , Fajar Bakti , Hlmn 231 Ibid , Hlmn 231

16

kalangan mereka. Pada tahun 1924, Rajah Vyner Brooke mengadakan satu lagi mesyuarat yang terakhir dengan lebih daripada empat ribu orang Iban, Kayan dan Kenyah di Kapit, Sungal Rejang dan hasilnya mereka bersetuju menamatkan perselisihan. Di
67

bawah pemerintahan Vyner Brooke perniagaan berkembang dengan pesatnya di

Sarawak. Sarawak menjalankan ekonomi seperti menjual getah, lada hitam atau kayu balak dan membeli barang-barang kilang seperti basikal, radio, kain dan jentera bot. Wang yang diperolehi daripada cukai digunakan untuk membiayai projek pembinaan jalan raya, hospital dan sekolah. 4.0 ANALISIS Berdasarkan perbincangan di atas, memang wujud perbezaan diantara pentadbiran SBBUB di Borneo utara dan Rajah Brooke Di Sarawak. Namun begitu, perbezaan yang jelas wujud ialah dari sudut politik. Ini kerana SBBUB mengamalkan pemerintahan berasaskan corak yang moden manakala Rajah Brooke di Sarawak mengamalkan Pemerintahan Beraja dan dasar pecah dan perintah. Dari aspek sosial dan ekonomi perbezaan tersebut tidak terlalu ketara dan banyak mempunyai persamaan. 5.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, Pentadbiran SBBUB di Borneo Utara dan Rajah Brooke di Sarawak banyak membawa perubahan kepada sabah dan Sarawak. Hal ini dapat dilihat dari sudut politik ,sosial dan ekonomi. Namun begitu, wujud perbezaan yang ketara dalam pentadbiran SBBUB di Borneo Utara dan Rajah Brooke di Sarawak terutamanya dari aspek politik. Walaubagaimanapun apa yang dapat disimpulkan ialah walaupun kedua dua pemerintahan kuasa besar ini berbeza namun disebaliknya turut terdapat kesan positif terhadap masyarakat sabah dan Sarawak pada ketika itu dari sudut sosial,politik dan ekonomi.

67

Ruslan Zainuddin , Sejarah Malaysia , Fajar Bakti ,

17

6.0

RUJUKAN 1974 . Sejarah Sarawak .Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian

Haji Buyong bin Adil.

Pelajaran Malaysis. Institut Terjemahan Negara Malaysia .2008 .Old Treaties & Documents of Malaysia, 1791- 1965. J. H. Walker .2002 . Power and Prowess: The Origins of Brooke Kingship in Sarawak . Southest Asia : University of Hawaii Press . Khoo Kay Kim & Jazamuddin Baharuddin . 1979 .Malaysia : sejarah dan proses pembangunan, University Of Michigan : Persatuan Sejarah Malaysia . Lisa Yip Shukye. Jais bin Abdul Hamid. 2012. Sejarah Politik Malaysia Sehingga Awal Abad ke20. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Mazlan Abdullah.1978. Sejarah Malaysia Timur. Kuala Lumpur: Utusan Printcorp SDN. BERHAD. Mohd Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia ( 1800-1963 ). Kuala Lumpur : Utusan Publications &Distributors Sdn. Bhd. R. Steven. 2007. The White Rajahs. Kuala Lumpur : S.A. Majeed & Co Sdn Bhd. Ruslan Zainuddin . Sejarah Malaysia . Fajar Bakti . Siti Aidah Hj. Lokin. 2007. Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah

(1881-19630). Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.


S. Baring-Gould, M.A. & C.A. Bampfylde, F.R.G.S. A HISTORY OF SARAWAK : Under its Two

White Rajahs. 2007.Kuala Lumpur : S.A. Majeed & Co Sdn Bhd

18

You might also like