You are on page 1of 13

1.

0 Pengenalan
Perang Dunia I juga dikenali sebagai Perang Besar melibatkan beberapa kuasa besar
Barat dengan persepakatan ketenteraan merentasi benua. Perang Dunia I ini berlangsung pada
tahun 1914 sehingga 1918. Perang ini telah menyebabkan kemusnahan teruk dengan jumlah
kematian sebanyak 57,616 orang.1 Perang ini berakhir dengan termeterainya Perjanjian
Damai Paris pada tahun 1919. Dalam perang ini, rata-rata negara yang terlibat adalah negaranegara Barat yang mana terbahagi kepada Pihak Berikat dan Kuasa Tengah.
Namun demikian, dapat disaksikan kemunculan Jepun dalam perang ini pada tahun 1914
dengan berpihak kepada pihak berikat disebabkan wujudnya hubungan antara Jepun dan
Britain yang dikenali sebagai Perjanjian Inggeris-Jepun yang dimeterai pada tahun 1902.
Britain mengharapkan bantuan daripada Jepun khususnya di kawasan laut menentang Jerman.
Selain itu, Jepun melibatkan diri dalam konflik ini disebabkan Jerman menentang usaha
Jepun untuk menguasai Liaotung dari China pada tahun 1895. Penglibatan Jepun dalam
perang ini boleh dikatakan untuk membalas tindakan Jerman yang menimbulkan
ketidakpuasan hati Jepun dalam tahun 1895 tersebut.2
Penglibatan Jepun dalam Perang Dunia I mempunyai agendanya yang tersendiri. Antara
agenda tersebut adalah Jepun ingin meluaskan kuasa ke atas wilayah-wilayah di China dan
Korea, mengaut keuntungan ekonomi serta memantapkan ekonomi Jepun dan juga ingin
menyamakan taraf negara Jepun dengan negara-negara Barat. Keadaan ini boleh dilihat
dengan jelas melalui 21 Tuntutan Jepun ke atas China dan Perjanjian Versailles. Penglibatan
Jepun juga telah memperlihatkan beberapa kesan yang ketara kepada negara Jepun sendiri
merangkumi aspek politik, ekonomi dan juga sosial.
2.0 Latar Belakang
Perang Dunia Pertama telah bermula di Eropah pada tahun 1914 dan melibatkan negara
negara Barat yang berkuasa seperti British, Perancis, Rusia dan Itali sebagai kuasa bersekutu
atau berikat, manakala Jerman, Austria-Hungary dan Turki Uthmaniyah sebagai kuasa pusat.
Konflik ini bermula daripada peristiwa pembunuhan pewaris takhta Austria-Hungary iaitu
Archduke Franz Ferdinand dan isterinya iaitu Dutchess Sophie oleh pengganas Serbia iaitu
1 Hamilton, F. R., Herwig, H. H. (2004). Decisions for War, 1914-1917. Cambridge:
Press Syndicate of the University of Cambridge. Hlm. 1.
2

Gavrilo Principe di Sarajevo, Bosnia.Bosnia merupakan kawasan Austria yang ingin dituntut
oleh Serbia. Dengan sokongan Jerman, Austria-Hungary telah memutuskan untuk menyerang
Serbia. Peristiwa ini merupakan titik tolak bermulanya peperangan di Eropah yang akhirnya
merebak menjadi Perang Dunia I. Walau bagaimanapun, terdapat juga faktor lain yang
menyebabkan tercetusnya perang, antaranya disebabkan oleh kegagalan sistem pakatan,
imperialisme ekonomi, persaingan dalam teknolongi ketenteraan, idea dan pendidikan serta
banyak lagi. Perang Dunia I telah berakhir pada tahun 1918 apabila kuasa pusat mengalami
kekalahan di tangan pihak berikat.
2.1 Perjanjian Inggeris-Jepun 1902
Pada tahun 1898, Port Arthur dan kawasan di hujung Semenanjung Liaotung telah
dipajak oleh Rusia dari China. Hal ini kerana, Rusia ingin membina laluan keretapi dari
Harbin ke Port Arthur menerusi Mukden dan pelabuhan Dairen. Dengan demikian,
Manchuria menjadi satu kawasan yang penting bagi Rusia dari segi ketenteraan dan ekonomi.
Keadaan ini dilihat oleh Jepun seseuatu yang membimbangkan. Jepun khuatir bahawa
terdapat kemungkinan Rusia akan masuk ke Korea Selatan. Disebabkan ini, Jepun
beranggapan bahawa mereka mestilah mengusir orang Rusia keluar dari Korea dan
Semenanjung Liaotung. Keadaan inilah yang menyebabkan Jepun menandatangani perikatan
dengan Britain pada awal tahun 1902.3
Pada mulanya, satu perjanjian di antara Jepun dan Britain telah dicadangkan oleh Joseph
Chamberlain kepada Menteri Jepun di London pada tahun 1898 tetapi tidak menghasilkan
apa-apa. Pada tahun 1901 barulah Britain dan Jepun mula berunding untuk menubuhkan satu
perikatan. Bagi Britain, ini bererti meninggalkan dasar mengasingkan diri. Bagi pihak Jepun
pula, mereka melihat bahawa tujuan utama menjalinkan perikatan dengan Britain ialah untuk
mendapatkan jaminan agar Jepun diberi kebebasan bertindak di Korea. Pada peringkat awal,
Perikatan Inggeris-Jepun dilaksanakan selama lima tahun. Namun, pada tahun 1905 selepas
Perang Rusia-Jepun, perikatan antara dua buah kuasa ini diperbaharui semula selama sepuluh
tahun. Hal ini bermakna bahawa Jepun mempunyai perhubungan politik dan tentera dengan
pihak Britain dalam tempoh masa yang lebih lama daripada mana-mana kuasa asing yang
lain.4
3 Storry, R. (1982). Sejarah Jepun Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. Hlm. 122.
4 Ibid. Hlm. 123.

Perikatan ini berharga sekali kepada Britain sebagai satu imbangan balas bagi kuasa
Rusia dalam tahun-tahun awal abad ke-20 dan semasa Perang Dunia Pertama kerana
wujudnya pertolongan dari Jepun. Meskipun demikian, perikatan ini nyata lebih bererti
kepada Jepun. Dari segi politik, ia adalah amat penting kerana dua sebab. Perjanjian yang
ditandatangai oleh kedua-dua kuasa ini melalui perikatan yang dijalinkan mengakui dengan
jelas bahawa Jepun ingin menjadi kuasa tunggal yang menguasi Korea. Kedua, perjanjian
perikatan tersebut menjamin bahawa sekiranya perang di antara Jepun dan Rusia meletus,
maka Britain akan mengamalkan dasar berkecuali. Hanya apabila satu kuasa lain, misalnya
Perancis yang merupakan sekutu Rusia melibatkan diri dalam perang tersebut dan membantu
Rusia, maka baharulah Britain akan memberi bantuan secara aktif kepada Jepun. 5Dari aspek
sosial, perikatan di antara Jepun dan Britain ini telah memulangkan semula rasa bangga
kepada orang Jepun yang telah hilang setengah abad yang lepas, apabila Perry dan pihak
yang seterusnya merempuh masuk negara ini. Kini, mereka merasa lebih tenteram dan
bersedia untuk terus berjuang.
Perang telah meletus selepas dua tahun Perikatan Inggeris-Jepun ditandatangani.
Rundingan-rundingan dengan Rusia dijalankan di St. Petersburg pada tahun 1903. Dalam hal
ini, Jepun berusaha untuk mencari kata persetujuan dengan Rusia selagi tidak merugikan
Jepun. Walau bagaimanapun, pihak Rusia tetap berkeras dengan tuntutan mereka hendakkan
kuasa ekonomi ke atas kekayaan Manchuria selatan dan Rusia juga menuntut untuk
mewujudkan satu kawasan berkecuali di Korea iaitu di garisan lintang 399. Keenggan Rusia
dalam hal ini menyebabkan Jepun mula bertindak dan telah memutuskan rundingan pada 6
Februari 1904. Keadaan inilah yang mencetuskan perang di antara Jepun dan Rusia. Perang
Rusia-Jepun ini merebak ke banyak kawasan dan kemuncak perang antara dua negara ini
dikenali sebagai Pertempuran Mukden. Di sini, tentera Rusia telah diusir keluar dari
Liaoyang secara perlahan-lahan. Pertempuran ini berlangsung dari 23 Februari hingga 16
Mac 1905. Dalam permpuran ini juga, tentera Jepun telah mencapai kemenangan dan berjaya
menguasai Mukden.Namun, kejayaan Jepun yang paling besar adalah dalam Pertempuran
Tsushima yang berlaku di kawasan perairan laut Jepun pada 27 Mei 1905. Dalam masa dua
hari sahaja, tentera Rusia telah berhasil dikalahkan oleh Jepun.6

5 Ibid. Hlm. 124.


6 Ibid. Hlm. 126.

Selepas kekalahan oleh Rusia di tangan Jepun, akhirnya kedua-dua pihak mempunyai
keinginan hendak berdamai. Amerika Syarikat telah menjadi orang tengah dalam
perundingan damai ini. Disebabkan itu, satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian
Portsmouth telah ditandatangani pada 5 September 1905 yang telah menamatkan perang
tersebut. Rusia bersetuju mengakui kepentingan politik, tentera dan ekonomi Jepun di Korea
dan memindahkan kepada Jepun pajakan Semenanjung Liaotung dan keretapi yang
menyambungkan Port Arthur dengan Mukden ke utara sehingga Changchun. Rusia juga turut
menyerahkan kepada Jepun separuh daripada Pulau Sakhalin iaitu di bahagian selatan serta
hak penangkapan ikan.7
Perjanjian Portsmouth ini menunjukkan bahawa Jepun merupakan satu kuasa yang kuat
sehingga mampu menundukkan Rusia dan Jepun juga telah mengambil alih semua peranan
dan hak Rusia di China dan Korea. Kemenangan ini telah menjadikan Jepun adalah sama
taraf dengan kuasa barat lain sehingga Jepun mampu membantu Britain untuk menentang
Jerman berdasarkan peruntukkan dalam Perikatan Inggeris- Jepun. Perang Dunia Pertama
yang berlaku pada 1914 di Eropah menyebabkan Jepun mengukuhkan kuasa di Asia Timur.
Jepun juga terus mengisytiharkan perang terhadap Jerman bagi mendapatkan sokongan padu
daripada British dan Amerika Syarikat.

Apabila negara-negara Barat terlibat dalam perang di Eropah, nampaknya satu peluang
terbuka bagi Jepun. Pada bulan Ogos 1914, Jepun mengisytiharkan perang terhadap Jerman
dan dalam masa tiga bulan, Jepun telah berjaya menawan wilayah kekuasaan Jerman di
Shandong dan pulau-pulau di lautan Pasifik. Pada tahun 1915 pula, kerajaan Jepun di bawah
pimpinan Okuma mengenakan tuntutan 21 ke atas China.8 Dalam hal ini, tentangan yang
paling menonjol terhadap dasar tersebut adalah daripada kumpulan Yamagata yang proJerman. Golongan ini inginkan Jepun untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan China
bagi mempersiapkan pihak mereka menghadapi perang menentang kuasa Barat.9

7 Ibid. Hlm. 128.


8 Schirokaver, C., Lurie, D., Gay, S. (2006). A Brief History of Japanese
Civilization. United States: Thomson Wadsworth. Hlm. 228.
9 Ibid. Hlm. 229.

Walau bagaimanapun, perkara yang lebih besar dan memakan perbelanjaan yang banyak
melebihi perbelanjaan ketenteraan dalam usaha menentang Jerman yang dilakukan oleh
Jepun adalah percubaan Jepun semasa Perang Dunia I yang ingin menghalang perluasan
kekuasaan Bolshevik ke atas wilayah yang dikuasai oleh empayar Rusia yang telah menjadi
medan peperangan selepas berlakunya Revolusi 1917. Rusia dan Jepun merupakan negara
yang bersekutu, tetapi pada bulan Mac 1918, Bolsheviks telah menandatangani perjanjian
damai dengan pihak Jerman yang dikenali sebagai Perjanjian Brest-Litovsk.10
3.0 Jepun dalam Perang Dunia I (1914-1917)
Apabila Perang Dunia I meletus pada bulan Ogos 1914, Kerajaan Okuma dengan segera
telah menyebelahi pakatan pihak bersekutu, mengisytiharkan perang ke atas Jerman dan
menghantar pasukan tentera untuk menyerang wilayah-wilayah milik Jerman di Shantung
tanpa mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dari pihak China pada waktu tersebut. Britain
pula telah berkerjasama dalam usaha untuk menawan Pelabuhan Tsingtao dan dalam masa
tiga minggu, Jepun telah memperolehi pemilikan aset Jerman di Shantung dan telah
menempatkan pasukan polisnya di sepanjang landasan kereta api untuk menjamin
keselamatan mereka. Dalam kempen yang telah dijalankan ini, secara tidak sengaja, kapalkapal terbang tentera telah digunakan buat pertama kalinya dalam peperangan tersebut. Jepun
pada waktu ini juga telah menduduki Kepulauan Pasifik yang dahulunya dimiliki oleh pihak
Jerman iaitu Mariana, Caroline dan juga Kepulauan Marshall.11
Pada waktu tersebut nampaknya pihak Jepun telah menggunakan kesempatan untuk
menambahkan dan juga menggabungkan kekuatannya di benua tersebut. Pihak kerajaan pada
tahun 1915 secara rahsia telah mempersembahkan kepada Yuan Shih-kai Dua Puluh Satu
Tuntutan dalam lima kumpulan. Kumpulan satu hingga empat adalah tentang hak-hak atau
pembatasan di Shantung, Manchuria, kawasan tengah Lembah Yangtze dan Perairan China.
Kumpulan lima melibatkan pelantikan penasihat Jepun dalm urusan kerajaa China, pasukan
polis bersama antara China dan Jepun dan dalam beberapa keadaan melibatkan hal berkaitan
dengan pemilikan gudang dan pembelian senjata. Syarat kumpulan yang terakhir ini
merupakan

perlanggaran

secara

terang-terangan

kedaulatan

negara

China

10 Ibid.
11 Morton, S. W. (2006). Jepun: Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya. Hlm. 188.

yang

memperlihatkan kuasa-kuasa Barat hanya leka dengan merasakan bahawa mereka masih lagi
berada di dalam peperangan tanpa mempedulikan perkara tersebut.12
Apabila Yuan Shih-kai dengan sengaja menyebarkan kadungan 21 Tuntutan tersebut
kepada pihak media dunia,pihak Jepun telah didesak untuk berundur dari menyatakan
permintaannya yang kontroversi,tetapi ia akan tetap memperoleh kerjasama yang berharga di
Shantung, Selatan Manchuria dan bahagian timur Mongolia. Bagi Jepun semua ini hanyalah
semata-mata untuk kepentingan ekonomi, tetapi ia telah mendatangkan kesan politik yang
dahsyat di pihak China yang mana Jepun dilihat secara tiba-tiba telah dilihat sebagai sebuah
empayar musuh yang besar. Pihak Jepun telah memberi jaminan perjanjian antara satu sama
lain dengan pihak kuasa besar untuk mendapatkan kedudukan istimewa melalui
persetujuannya di China untuk bertukar-tukar bantuan dalam Perang Dunia I. Kemuncaknya
telah berlaku pada tahun 1917 dalam pertukaran wilayah Lansing-Ishii dengan pihak Amerika
Syarikat. Melalui perjanjian ini, maka kuasa-kuasa besar tersebut dikehdaki menghormati
pemilikan wilayah oleh pihak China secara jujur, tetapi juga perlu mengambil tahu tentang
pemilikan wilayah oleh pihak Jepun yang telah memberikan faedah khas (special interest)
kepada benua Asia.13
Dalam Perjanjian Damai Versailles, Jepun telah berjaya mengekalkan mandat Liga
Bangsa-bangsa terhadap Kepulauan Pasifik Jerman yang silam dan mengingatkan hak-hak
khasnya di Shantung. Walau bagaimanapun, pihak Jepun telah gagal untuk memberikan
jaminan terhadap Fasal Kesaksamaan Bangsa, berhutang kepada pihak pembangkang,
kepada pedagang-pedagang asing yang bukan berkulit putih ke Australia dan California. Ini
telah menyebabkan wujudnya rasa geram yang bukan sedikit kepada pihak Jepun. Namun
demikian, Jepun telah dikenali pada akhir peperangan sebagi salah sebuah daripada lima
kuasa besar dengan kedudukannya di dalam Majlis Liga Bangsa-bangsa dan muncul selepas
mengeluarkan sedikit perbelanjaan terhadap sumber tenaga manusia atau kewangan, lebih
berkuasa berbanding sebelumnya.14
Pertambahan yang tinggi untuk negara Jepun bukanlah tertakluk kepada sudut politik
tetapi kepada sudut ekonomi. Mereka sedar bahawa mereka telah melakukan yang terbaik
12 Ibid.
13 Ibid. Hlm. 189.
14 Ibid. Hlm. 190.

sejak Perang Dunia I ini. Mereka telah melaksanakan langkah yang besar untuk
membangunkan dan menjana aktiviti perdagangan dengan pesat melalui kapal-kapal dagang,
malahan telah muncul sebagai salah sebuah pengangkutan yang terbesar di dunia menerusi
industry perkapalan berat, melalui pengalamannya dengan pihak Britain, Jerman dan juga
Amerika Syarikat dalam perusahaan kapal selam untuk peperangan. Pihak Jepun berupaya
menggunakan kelebihan dalam kemajuan teknikal terkini untuk pembinaan mereka yang
baharu. Jepun tidak pernah melaburkan modal yang banyak untuk kapal-kapal dengan
menukarkannya dengan pelbagai jenis enjin, tetapi beralih terus kepada penggunaan turbin
kuasa stim dan kemudiannya kepada enjin diesel.Semasa Perang Dunia I, perdagangan laut
Jepun telah bertambah sebanyak 10 kali ganda. Jepun juga telah berjaya mengeksploitasi
perkongsian yang besar dalam perdagangan tekstil dan telah mengakhiri peperangan tersebut
sebagai sebuah negara pemberi hutang dengan simpanan emasnya yang telah mencapai enam
kali ganda dalam masa enam tahun.15
Perubahan arah dan peristiwa yang telah berlaku menyebabkan penyertaan Jepun Baru
dalam arena antarabangsa. Perubahan juga berlaku dalam suasana politik tempatan.
Kumpulan Meiji yang stabil telah memberikan petunjuk berkenaan segala urusan daripaa
pemulihan sehinggalah meletusnya Perang Dunia I. Namun, pada akhir peperangan tersebut,
kekuasaan diagihkan secara meluas kepada lebih ramai kumpulan elit, seperti birokrat, ahli
pernigaan, pemimpin tentera, Majlis Penasihat Raja dan orang yang setara dengannya serta
golongan intelektual. Tiada sesiapa daripada golongan tersebut yang mempunyai tahap
kekuasaan yang membolehkan mereka semua perlu bergantung kepada pelbagai kombinasi
kuasa yang boleh merencanakan jentera politik parti-parti. Pihak Diet pula merupakan pihak
pemasar yang memperlihatkan berlakunya tawar-menawar atau pihak Diet merupakan sebuah
tempat segala ucapan-ucapan dibuat untuk kegunaan pihak awam, sementara proses tawarmenawar berjalan.16
3.1 Faktor penglibatan Jepun

Tuntutan 21 Jepun

15 Ibid.
16 Ibid. Hlm. 191.

Tuntutan 21 Jepun bolehlah dianggap satu percubaan Jepun hendak meletakkan


negeri China di bawah pengawasannya. Perang Eropah telah mengalihkan perhatian
bangsa-bangsa Eropah, terutamanya Britain dari negeri China. Hal ini kerana, dahulu
China bergantung kepada Britain untuk bantuan kewangan, hubungan diplomat dan
sokongan moral dalam usahanya hendak mendapatkan kemerdekaan untuk menentang
Jepun yang telah mengambil tempat Rusia di Manchuria Selatan. Namun, kedudukan
Britain terhadap China adalah berbelah bahagi. Pada satu pihak, sebagai sahabat
Jepun, Britain sedia menerima kekuasaan Jepun di Manchuria Selatan untuk beberapa
tahun akan datang. Pada satu pihak lain pula, ia enggan melihat Jepun atau kuasa
asing lain menganggu kerajaan Peking. Tetapi pada akhir tahun 1914, Jepun telah
bertapak dengan kukuhnya di Shantung dan dan Manchuria setelah menawan benteng
Jerman di Tsingtau. Jepun telah memasuki Perang Dunia Pertama dua minggu selepas
meletusnya perang itu dan dalam masa tiga bulan sahaja Jepun berjaya merampas
kepunyaan dan kepentingan Jerman di Shantung.17
Walau bagaimanapun, Menteri Luar Jepun iaitu Kato telah membuat kesilapan
kerana kecuaiannya. Dia mungkin dapat menukarkan pengunduran Jepun dari
Shantung dengan penguluran China yang besar dan jelas kepada Jepun di Manchuria
Selatan dan Mongolia Tengah. Sekiranya ini telah dilakukan, peristiwa Manchuria
dalam tahun 1931 dan akibatnya terhadap Jepun mungkin dapat dielakkan.
Sebaliknya, Kato telah menerima satu rancangan bertindak yang dibuat oleh seorang
pegawai Kementerian Luar Negeri dan seorang wakil tentera di Peking. Dia
kemudiannya mendapat sokongan Okuma dan anggota-anggota kabinet yang lain
untuk rancangan tersebut. 18
Langkah yang telah diambilnya ialah membuat tuntutan-tuntutan dalam lima
kumpulan kepada Yuan Shih-kai yang merupakan presiden China pada ketika itu.
Tuntutan-tuntutan tersebut bukan sahaja meliputi hal seperti pemindahan kepada
Jepun pajak Jerman di Shantung dan meluaskan lagi hak Jepun di Manchuria Selatan,
tetapi ia juga meliputi tuntutan-tuntutan supaya kerajaan China mengambil orang
Jepun sebagai penasihat politik, kewangan dan ketenteraan. Polis Jepun tersebut
17 Storry, R. (1982). Sejarah Jepun Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. Hlm. 139.
18 Ibid. Hlm. 140.

mestilah diberi sebahagian daripada tugas mentadbir bandar-bandar yang penting serta
separuh bahan perang China mestilah dibeli dari negeri Jepun. Disebabkan itu,
perasaan anti-Jepun telah dibangkitkan di China dan keadaan ini menjejaskan
perniagaan Jepun di China. Manakala, negara-negara Eropah yang terlibat dalam
Perang Dunia I tidak mempunyai masa untuk campur tangan dalam konflik yang
sedang berlaku di China. Namun, memang terdapat amaran daripada Setiusaha Luar
British yang mana menyuruh Kato agar tidak melampau dalam tuntutannya itu. Pada
masa yang sama, di California terdapat beberapa ahli politik yang menentang
kemasukan orang Jepun di Amerika. Hal ini kerana, orang Amerika mempunyai
hubungan yang rapat dengan negeri China dalam aspek pengembangan agama dan
pendidikan.19
Di China, ia telah menjadi lemah dan berpecah belah tetapi satu kesedaran
baharu sedang berkembang. Ramai pejuang kebangsaan China mendapat pendidikan
di Amerika dan mereka yang mendapat pertolongan dari Tokyo berasa tertipu oleh
Jepun. 21 tuntutan tersebut menjadi satu panggilan perpaduan kepada pencintapencinta tanah air di China dan keadaan ini menyebabkan Jepun kehilangan ramai
sekutu. China terpaksa menandatangai dua perjanjian persetujuan pemindahan
kepentingan-kepentingan Jepun di Shantung kepada Jepun dan memberi hak istimewa
kepada Jepun di Manchuria Selatan dan di bahagian timur Mongolia Tengah.
Penguluran-penguluran ini merupakan empat daripada lima kumpulan tuntutan asal
oleh Jepun. Kumpulan kelima yang paling ditentang telah ditarik balik.20
Ekonomi
Sosial
3.2 Peristiwa
Semasa Perang Dunia I, Jepun berpihak kepada pihak Berikat. Disebabkan itu,
Jepun telah mengisytiharkan perang ke atas Jerman dan menyerang wilayah
kekuasaan Jerman di Shantung (Shandong), China dan pulau-pulau di lauatan Pasifik
iaitu Pulau Mariana, Caroline dan Marshall. Selain itu, Jepun juga bertindak untuk
meluaskan pengaruhnya di China, meskipun kuasa Barat telah terlebih dahulu
19 Ibid.
20 Ibid. Hlm. 141.

bertapak di sana. Oleh itu, China melihat Jepun sebagai ancaman utama mereka
melebihi negara Barat yang lain. Sementera kuasa-kuasa Eropah sibuk menghadapi
perang di sana, Jepun telah mengambil peluang tersebut dengan meluaskan lagi
pengaruhnya di China.21 Tuntutan 21 yang dilaksanakan pada tahun 1915 ke atas
China oleh Jepun adalah bermatlamat untuk menempatkan China di bawah kekuasaan
Jepun berikutan dengan keadaan kucar kacir yang berlaku di China akibat Revolusi
1911.
Meskipun tuntutan tersebut dilihat sesuatu yang melampau, tetapi ia adalah
bertujuan untuk membolehkan penasihat-penasihat Jepun ditempatkan di dalam hal
ehwal pentadbiran kerajaan China. Keadaan ini menyebabkan wujudnya golongan
anti- Jepun dalam kalangan rakyat China dan Amerika juga melihat bahawa Jepun
merupakan saingan sengit mereka dalam konteks pengaruh di China. Disebabkan ini,
Amerika mula menganggap Jepun sebagai musuh mereka dan menyokong
nasionalisme di China.22
Perjanjian Damai Versailles mengukuhkan lagi penguasaan Jepun di Shantung dan
kepulauan di Lautan Pasifik.
3.3 Kesan penglibatan Jepun
Politik
21 tuntutan yang dilaksanakan oleh Jepun merupakan detik perubahan dalam
perhubungan Amerika-Jepun. Selepas tahun 1915, Jepun tidak pernah lagi mendapat
penghormatan yang begitu tinggi seperti pada tahun 1905. Kini, Jepun dianggap
memegang peranan kuasa kuat yang menganiayai negara lemah. Apabila Jepun cuba
melakukan kebaikan terhadap China, sebagaimana yang dilakukan pada tahun 1920an, Jepun tidak mendapat penghargaan ke atas usahanya itu.23
Selain itu, Kato Takaaki yang bertanggungjawab dalam tuntutan 21 tersebut
dikecam oleh ramai pihak. Terdapat ramai ketua tentera yang tidak bersetuju dengan
21 Andressen, C. (2002). Short History of Japan: From Samurai to Sony. Australia:
Allen & Unwin. Hlm. 97.
22 Ibid.
23 Storry, R. (1982). Sejarah Jepun Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. Hlm. 141.

cara beliau mengelolakan hal ehwal negeri China itu. Misalnya, Yamagata sangat
marah kerana timbulnya rasa benci terhadap Jepun di China disebabkan dasar Kato
tersebut. Oleh itu, Yamagata mencadangkan agar Kato dilucutkan dari jawatannya itu.
Akhirnya, apabila Okuma meletakkan jawatan pada musim luruh tahun 1916,
Yamagata mencalonkan seorang pengikutnya iaitu Terauchi (Gabenor- Jeneral Korea)
menjadi perdana menteri yang baru.24
Ekonomi
Kemampuan Jepun dapat memberi pinjaman kepada China adalah satu bukti
tentang keuntungan yang didapati dari Perang Dunia Pertama. Dari tahun 1905 hingga
1914 keadaan kewangan dan ekonomi Jepun tidaklah teguh dan baik. Dalam tahuntahun itu, memang terdapat perkembangan perusahaan tetapi ini menambahkan
pembawaan masuk bahan-bahan mentah. Dari satu segi, memang benar Jepun dalam
tahun 1914 adalah jauh lebih kuat daripada masa yang telah lalu. Kapal-kapal besar
untuk angkatan laut telah dibina di Jepun dan mendapat lebih tujuh belas buah kapal
besar dan kira-kira dua puluh buah kapal penjelajah. Tetapi semua itu melemahkan
kedudukan kewangan Jepun.25
Hal ini kerana pada tahun 1914, barang-barang yang dibawa masuk adalah lebih
daripada yang dikeluarkan. Perdagangan yang tidak seimbang ini amat berbahaya
terutamanya jika ditinjau dari segi bilangan penduduk negeri Jepun yang bertambah
dengan kadar yang cepat. Tambahan pula tanah nampaknya telah digunakan
sepenuhnya. Dari sebuah negeri yang mengeksport barangan, kini Jepun membawa
masuk sebahagian daripada sumber makanannya termasuklah beras. Kebanyakan
barangan tersebut diimport dari Korea. Namun, keadaan ini berubah selepas Perang
Dunia I. Bidang perkapalan dan kilang-kilang kapal serta hasil-hasil dari kilangkilang Jepun sangat diperlukan oleh pihak Berikat. Di pasaran Asia Tenggara dan
tempat-tempat lain, barang keluaran Jepun terutamanya kain sangat dikehendaki
untuk memenuhi permintaan yang tidak dapat dipenuhi oleh Britain, Jerman dan
Perancis.26
24 Ibid.
25 Ibid. Hlm. 142.
26 Ibid. Hlm. 143.

Oleh itu, daripada satu bangsa yang berhutang, Jepun telah menjadi satu bangsa
yang memberi hutang dalam masa yang singkat sahaja. Satu zaman kemewahan dan
kemakmuran dalam perniagaan pun bermula. Orang yang mendapat keuntungan dari
peperangan menjadi bertambah ramai apabila peperangan di Eropah yang
menguntungkan Jepun itu berlanjutan. Zaibatsu, kumpulan syarikat dan ahli
perusahaan yang ada masa itu mendapat keuntungan yang sangat besar. Demikian
juga dengan pemodal-pemodal lain yang baru muncul. Perbelanjaan yang berlebihlebihan juga dapat dilihat dengan jelas sekali. Selain itu, golongan menengah yang
kecil bilangannya berkembang menjadi bertambah ramai.27 Tambahan pula, selepas
maharaja Meiji mangkat, tahun-tahun tersebut menjadi tahun kejayaan kerana
kemakmuran yang dicapai selepas perang menambah seratus kali ganda simpanan
emas yang dipegang oleh kerajaan dan oleh Bank Jepun.28
Justeru, dapat dilihat bahawa semasa Perang Dunia I berlangsung, ekonomi
Jepun telah melonjak yang mana permintaan terhadap barangan industri Jepun sangat
menggalakkan yang belum pernah berlaku sebelumnya. Industri-industri di Jepun
mengalami perkembangan pesat, bahkan industri-industri baru yang ditubuhkan juga
berkembang dengan majunya. Selain itu, aktiviti eksport turut meningkat menjadikan
Jepun sebagai negara pemberi hutang. Namun, keadaan tersebut tidak berlanjutan. Hal
ini kerana, perkembangan ekonomi Jepun yang mendadak telah menyebabkan inflasi.
Keadaan ini telah menyebabkan kerugian kepada golongan pekerja terutamnya
pekerja dalam bidang perikanan dan bidang pekerjaan tradisional yang lain. Harga
beras meningkat dan hal ini menyebabkan penduduk tidak lagi mampu membeli
beras. Pada bulan Ogos 1918, telah berlaku satu rusuhan penduduk di kawasan
bandar, pekan dan perkampungan di serata Jepun.29
Sosial
Dari tahun 1900 hingga 1918, iaitu sebelum bayangan Rusuhan Beras dan
tamatnya Perang Eropah, di Jepun ia dianggap sebagai masa kejayaan. Sepuluh
tahun terakahir dalam zaman Meiji telah menyaksikan satu keyakinan baharu dan
27 Ibid.
28 Ibid. Hlm. 144.
29 Ibid.

kecenderungan baharu ke arah eksperimen dalam dunia kesusateraan dan kesenian.


Pinjam-meminjam dari luar dijaga dengan lebih teliti. Kebanggaan kebangsaan
bertambah dalam.

4.0 Penutup
Keputusan Jepun mengisytiharkan perang terhadap Jerman merupakan cetusan idea
oleh Kato Takaaki yang memegang jawatan menteri luar Jepun. Keputusan yang dibuat pada
tanggal 8 Ogos ini mempunyai dua tujuan yang utama. Pertama, untuk menyelesaikan
kekacauan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan Jepun. Kedua, untuk mengukuhkan lagi
pengaruh dan kedudukan Jepun di Asia. Oleh itu, cara yang paling mudah untuk mencapai
kedua-dua matlamat tersebut adalah dengan menyingkirkan Jerman. Penyingkiran Jerman
oleh Jepun berjaya dicapai dalam tempoh kurang daripada lapan bulan apabila Qingdao telah
jatuh pada November 1914. Pada masa yang sama, Jepun juga menakluki Kepulauan
Caroline, Mariana (kecuali Guam) dan juga Kepulauan Marshall.
Kato Takaaki bertekad untuk melibatkan diri dalam perang ini kerana Jepun bersekutu
dengan Britain melalui satu persepakatan yang dikenali sebagai Anglo-Japanese Alliance.
Namun, Britain tidak mewajibkan dan memaksa Jepun untuk terlibat dalam perang yang
berlaku. Walau bagaimanapun, para pemimpin British secara beransur-ansur menyuruh
pemimpin-pemimpin Jepun untuk menghulurkan bantuan dalam menghadapi konflik di
Eropah. Pada pertengahan April 1917, Jepun telah menghantar empat kumpulan pemusnah
kaba moden serta kapal Akashi di laut Mediterranean di mana mereka melaksanakan tugas
dengan baik.30

30 Hamilton, F. R.,Herwig, H. H. (2004). Decisions for War, 1914-1917. United


Kingdom: Cambridge University Press. Hlm. 156.

You might also like