You are on page 1of 17

AJ21003

EMPAYAR UTHMANIYYAH DAN ASIA BARAT MODEN HINGGA PERANG DUNIA


KEDUA

SEMESTER 2 SESI 2018/2019

PENSYARAH: DR. MOHAMAD SHAUKI BIN MOHD RADZI

SOALAN 21:
KRITIS DASAR BRITISH TERHADAP MASYARAKAT ARAB DIERA PENTADBIRAN
MANDAT BRITISH DI PALESTIN

NAMA NO MATRIK

THILUSHAA A/P SUBRAMANIAM BA17110032

CEELNA AFIFAH BINTI THOMAS BA17110040

CLARICE TONY BA17110092

FELESIA RAIMON BA17110832

MELISA BINTI NASIB BA17110134


ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN

1.1 PENGENALAN 1-2

2.1 DEKLARASI BALFOUR 3-5

3.1 DASAR BRITISH TERHADAP MASYARAKAT ARAB

3.1.1 DASAR POLITIK 5-7

3.1.2 DASAR EKONOMI 7-8

3.1.3 DASAR SOSIAL 8-9

4.1 KESAN PELAKSANAAN MANDAT BRITISH 9-10

5.1 REAKSI MASYARAKAT ARAB KESAN PELAKSANAAN 10-11


MANDAT BRITISH

6.1 ANALISIS 12

7.1 KESIMPULAN 13

RUJUKAN 14-15
1.1 PENGENALAN

Selepas tamat Perang Dunia Pertama daripada tahun 1914 sehingga 1918 telah memberikan
kesan yang cukup besar ke atas dunia Islam terutama di asia barat, berikutan membawa
kepada kejatuhan kerajaan Uthmaniyah. Kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah telah banyak
membuka peluang kepada British untuk menguasai rantau Asia Barat yang kemudiannya
membawa kepada rampasan kuasa bumi Palestin oleh golongan pendatang yahudi berikutan
kekalahan pihak Bersekutu seperti Jerman Austria-Hungary dan Uthmaniyyah kepada kuasa
Berikat seperti Rusia, Perancis, Britain, Itali dan Ameriak Syarikat ketika itu. Kerajaan
Uthmaniyyah waktu itu memihak kepada kuasa Bersekutu dan perkara ini telah membawa
kepada penguasaan dan pengagihan terhadap Tanah Arab oleh kuasa Berikat melalui
Perjanjian Sykes-Picot 1916 dan turut disebabkan pelaksanaan sistem mandat melalui
Perjanjian Paris 1919. Oleh itu, pentadbiran British secara rasminya di Palestin adalah
selepas kekalahan Empayar Turki Uthmaniyyah.

Hal yang demikian juga telah menyebabkan perubahan kepada politik dunia islam di
asia barat. Mandat untuk Palestin, juga dikenali sebagai Mandat Palestin atau Mandat British
ke atas Palestin, merangkumi wilayah di Timur Tengah yang terdiri daripada Jordan moden
dan Israel termasuklah Tebing Barat serta Jalur Gaza dimana sebelum ini kawasan tersebut
dikuasai oleh Empayar Turki Uthmaniyyah. Secara rasmi, pada 1918 iaitu selepas Perang
Dunia Pertama, Baitulmaqdis dan Palestin jatuh ke tangan British selepas daripada British
menewaskan Empayar Islam Uthmaniyyah.1 Ia telah diamanahkan oleh Liga Bangsa kepada
British untuk mentadbirnya setelah tamatnya Perang Dunia Pertama dan dikenali sebagai
Wilayah Mandat. Palestin telah menjadi wilayah dibawah pentadbiran British. Segala dasar
yang dilakukan 1916 telah menyebabkan impak kepada dunia islam dan terutama bumi
Palestin sendiri. Selain itu, dasar yang telah diputuskan oleh League of Nation yang telah
beroperasi pada 1923 sehingga 1948, dimana “National Home of Jewish People” dan
masyarakat Yahudi mendapat tempat melalui perjanjian Paris 1919. Cengkaman Kuasa
Bersekutu ke atas wilayah Uthmaniyah dapat dilihat dengan jelas dengan pemutusan kuasa
mandat Perancis ke atas Syria dan Lubnan dan British mendapat kuasa mandat ke atas Iraq
dan Palestin. Resolusi untuk memperuntukkan mandat British ke atas Palestin dan Iraq telah
pun diputuskan semasa Persidangan San Remo, berikutan kekalahan kerajaan Uthmaniyah

1
Mohd Roslan Mohd Nor, Sejarah Kejatuhan Palestin dan Kewujudan Israel, Persatuan Ulama Malaysia, Selangor:
Universiti Malaya. 2010, hlm 40.

1
dalam Perang Dunia Pertama.2 Bumi Palestin merupakan sebahagian tanah besar Arab di
wilayah Syam yang telah diagih-agihkan wilayah oleh Great Britain, Rusia dan Perancis dan
Palestin telah diletakkan di bawah Mandat British melalui perjanjian Sykes-Picott 1916.

Selepas kira-kira 3 tahun, pihak League of Nations – Liga Bangsa-bangsa (sebelum


ditukar menjadi United Nations – Bangsa-bangsa Bersatu), telah memberi mandat kepada
pihak British untuk mentadbir Palestin.3 Kerajaan British telah sepenuhnya mengawal
Palestin melalui Persidangan Damai Versailles yang dibentuk oleh Liga Bangsa pada tahun
1919. Penjelasan keatas mandat British di Palestin adalah signifikan dan nyata menunjukkan
bahawa orang Palestin tidak diiktiraf sebagai rakyat tetapi adalah komuniti bukan Yahudi
yang tidak mempunyai hak politik. Hal ini bermaksud penduduk asal orang Palestin telah
hilang hak untuk berpolitik dan diserahkan kepada masyarakat Yahudi. Kemudian melantik
Herbert Samuel sebagai Ketua Kabinet British untuk mengatur Perisytiharan Balfour. Beliau
juga merupakan Pesuruhjaya Tinggi pertama di Palestin. Perjanjian Balfour yang dianggap
satu perjanjian yang telah dimeterai pada 2 November 1917 apabila pihak Britain memihak
kepada gerakan Zionis dalam penubuhan Negara bangsa Yahudi di bumi Palestin. Yahudi
telah mendapat sokongan untuk membina negara mereka di Palestin hal ini jelas disokong
oleh British dalam Deklarasi Balfour 1917. Oleh yang demikian, telah berlaku perubahan
kepada dasar Palestin setelah Palestin di bawah pentadbiran mandat British dimana terdapat
pelbagai dasar British yang telah dilakukan keatas masyarakat Arab di era pentadbiran
mandat di Palestin. Walau bagaimanapun, pentadbiran mandat British turut telah memberi
kesan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial di Palestin. Oleh itu, dapat dilihat pentadbiran
mandat British di Palestin telah banyak mempengaruhi dasar dan impak keatas masyarakat
Arab di Palestin.

2
Azmul Fahimi Kamaruzaman & Ermy Azziaty Rozali, First World War, Balfour Declaration and Their Impacts on
Palestine, International Journal of West Asian Studies Vo. 3 No 2 (pp 19-39), Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia, 2011, hlm 27.
3
Mohd Roslan Mohd Nor, Konflik Israel -Palestin dari aspek Sejarah Moden dan Langkah Pembebasan dari
Cengkaman Zionis, Jurnal Al-Tamaddun Bil. (5) 73-92, Selangor: Universiti Malaya, 2010, hlm 73.

2
2.1 DEKLARASI BALFOUR

Deklarasi Balfour merupakan kemuncak pergerakan Zionist ada tahun 1917. Ia telah
memainkan peranan penting dalam wujudnya National Home of Jewish People (NHOJP) di
tanah Arab. Arthur Koestler dalam karyanya menyatakan deklarasi ini sebagai “one nation
promising another nation the land of a third nation”.4 Hal ini demikian kerana semasa
Mandat British diamalkan di Palestin, terbentuknya sebuah deklarasi yang memberikan
peluang kepada golongan Yahudi untuk menubuhkan negara tersendiri di Tanah Arab.
Golongan Yahudi (Jews) merujuk kepada mereka yang berpegang kepada Kristianiti tetapi
mempunyai pandangan yang unik tentang kewujudan Nabi Isa dan Tuhan mereka. Hal ini
telah menyebabkan mereka tidak diterima oleh golongan Kristian Ortodoks. Menurut Vereté,
M. (1970),

“The Declaration was a great event. It was, when published,


generally understood as a promise by the British goverment to
restore Palestine to the Jews and to assis them in setting up a
Jewish state-stirring tidings which excited or disturbed, as the
case might be, millions of Jewish and Genitile hearts.”5
Pandangan ini menjelaskan tujuan utaa termeterainya perjanjian ini iaitu untuk menubuhkan
negara Yahudi yang akan menjadi ‘tanah air’ para golongan Yahudi. Hal ini didorong ‘the
great debt’ orang Kristian terhadap golongan Yahudi yang telah ditindas berzaman-zaman di
negara Eropah. Perjanjian ini dipercayai sebagai jalan penyelesaian dan penebusan dosa
para Kristian Orthodoks terhadap diskriminasi Yahudi.6 Oleh itu, jelasnya isi perjanjian ini
dibentuk berdasarkan kepada kepentingan golongan Yahudi.

Pembentukan Mandat British di Palestin yang turut menjadi salah satu faktor utama
kepada termeterainya perjanjian ini dipercayai melaksanakan deklarasi ini atas
kepentingannya tersendiri bukannya demi menjamin kepentingan golongan Yahudi. Verete
yang turut mengkaji sumber primer dalam artikelnya The Balfour Declaration and its Makers
menyatakan bahawa bukannya golongan Zionis yang memperjuangkan tanah Palestin
sebagai pilihan ‘tanah air’ mereka kerana persoalan Palestin dan negara Yahudi kepada
kerajaan British; bukannya Yahudi yang merunding dengan pihak British malah kerajaan
British itu sendiri telah mengemukakan rundingan ini kepada golongan Zionis yang
sememangnya memperjuangkan identiti sendiri dalam bentuk sebuah negara.7 Hujahan

4
Shlaim, A., The Balfour Declaration and its consequences, Yet more adventures with Britannia: Personalities,
politics and culture in Britain, 2005, hlm. 25.
5
Vereté, M., The Balfour Declaration and its makers, Middle Eastern Studies, 1970, 6(1), hlm. 49.
6
Ibid, hlm. 49.
7
Ibid, hlm. 49-50.

3
beliau mengukuhkan niat tersembunyi golongan British dalam memperuntukkan tanah
Palestin kepada golongan Yahudi.

“It was received, in a dispatch of McMahon, on the very day


(23.2.1916) that Grey's cable informing Buchanan that 'the
question of the Holy Land was left for further discussion
between the Powers' was sent out. Edgar Suares, the head of
the Jewish community of Alexandria, presented as an Italian
and anti-Zionist, was pretty certain—the dispatch goes on to
record —that 'with a stroke of a pen, almost, England could
assume to herself the active support of the Jews all over the
neutral world if only the Jews knew that British policy
accorded with their aspirations for Palestine”8
Kenyataan Suares ini mengukuhkan lagi pandangan Verete yang berhujah bahawa British
mempunyai kepentingannya tersendiri dalam pembentukkan Deklarasi Balfour. Oleh itu,
layanan yang diberikan terhadap masyarakat Arab Palestin sebenarnya bukan berpunca
daripada polisi Yahudi sahaja malahan dengan sokongan penuh daripada pihak British yang
ingin mengekalkan jaminan untuk mengaut keuntungan dari segi politik dengan kedudukan
Palestin yang strategik di Tanah Arab. Namun, persoalannya apakah isi Deklarasi Balfour
tersebut yang menyebabkan berlakunya ketidakadilan terhadap masyarakat Arab Palestin.

Terdapat beberapa draft yang dihasilkan sebelum draft terakhir dimuktamadkan


oleh pihak British dan Zionist. Sokolow telah menghasilkan draft pertama yang menyatakan
“England akan mengiktiraf Palestin sebagai tanah dan hak golongan Yahudi. Mereka berhak
untuk membina negara yang dilindungi oleh British”.9 Namun draf ini telah diubah semula
untuk mengurangkan komitmen pihak British sebagai aktor utama. Oleh itu, kenyataan
“Palestine... reconstitued as the national home” kepada “every oppurtunity should be
afforded for the establishment of a home for the Jewish people in Palestine”. Melalui draf
baharu ini pihak Yahudi dibenarkan untuk menetap dan membangunkan kawasan Palestin
tanpa mempunyai sebarang institusi politik. Walau bagaimanapun, dalam draf seterusnya
British mula nampak kepentingan menjaga kebajikan dan hak orang tempatan Palestin.
Oleh itu, pada 2 November 1917, Balfour telah menghantar surat kepada Walter Rothchild
yang menyatakan bahawa,

“His Majesty’s Government view with favor the establishment


in Palestine of a national home for the Jewish people, and will
use their best endeavors to facilitate the achievement of this
object, it being clearly understood that nothing shall be done
which may prejudice the civil and religious rights of existing

8
Ibid, hlm. 56.
9
Halpern, B., A Clash of Heroes--Brandeis, Weizmann, and American Zionism, Oxford University Press on
Demand, 1987, hlm. 163.

4
non-Jewish communities in Palestine, or the rights and
political status enjoyed by Jews in any other country.”10
Berdasarkan isi deklarasi ini, dapat dikatakan bahawa hak asasi masyarakat Arab Palestian
sebagai penduduk asal tanah Palestian turut dijaga melalui Mandat British ini. Namun,
peralihan tanah Islam kepada tanah Yahudi adalah sesuatu insiden yang tidak boleh
diterima masyarakat Islam tempatan. Walaupun jaminan kebebasan beragama dijanjikan,
kebimbangan akan kuasa Yahudi yang semakin berkembang pesat sememangnya
merupakan faktor utama timbulnya reaksi negatif dalam kalangan penduduk Islam Palestin.
Oleh itu, Deklarasi Balfour jelas memainkan peranan utama dalam dasar British terhadap
masyarakat Arab di Palestin.

3.1 DASAR BRITISH TERHADAP MASYARAKAT ARAB

3.1.1 DASAR POLITIK

Setelah termeterainya Perjanjian Sykes-Picot pada tahun 1916, British telah melaksanakan
beberapa dasar ke atas Palestin demi untuk menjayakan dan memajukan pemerintahannya
di Palestin. Dasar pentadbiran yang dilaksanakan oleh British telah mengundang rasa
ketidakpuasan hati orang Arab. Walaupun orang Arab memprotes cadangan mandat oleh
gabenor di rantau Yahudi ke Palestin namun kerajaan British telah memberi orang Yahudi
kuasa perwakilan manakala penglibatan orang Arab adalah kurang.11 Pemimpin Arab
merasakan mereka ditindas apabila mereka diboikot bekerja dalam kebanyakan perwakilan
dengan kadar perwakilan yang diberi adalah sama dengan Yahudi walaupun mereka
merupakan penduduk majoriti di negara itu. Namun begitu, masyarakat Arab masih tetap
menafikan pengiktirafan mereka ke atas bangsa Yahudi dengan cara enggan menyertai
politik dengan bangsa Yahudi.

Perlantikan Sir Herbert Samuel merupakan Pesuruhjaya Tinggi pertama yang


mengetuai pentadbiran Palestin bermula pada tahun 1920 sehingga 1925. Pentadbirannya
mempunyai dua badan perundingan utama iaitu Majlis Eksekutif Inggeris dan Majlis
Penasihat. Kedua-dua majlis ini telah dianggotai oleh 22 orang anggota yang mana 10
daripadanya mewakili rakyat Palestin, tiga wakil daripada Yahudi, empat wakil daripada
orang Islam dan tiga wakil daripada orang Kristian namun ianya juga turut ditentang oleh

10
Shlaim, A.,The Balfour Declaration and its consequences, Yet more adventures with Britannia: Personalities,
politics and culture in Britain, 2005, hlm. 251; Cohen, M. J., Centenary of the Balfour Declaration, Middle
Eastern Studies, 53(6), 2017, hlm. 865
11
Elie Kedouries, England and the Middle East: The Destruction of the Ottoman Empire: 1914-1921, London,
1979, hlm. 76.

5
masyarakat Arab.12 Pada bulan Disember 1920, mesyuarat Kongres Palestin ketiga di Haifa
telah mendesak pihak Inggeris supaya menubuhkan institusi berkerjaan sendiri. Terdapat 37
daripada perwakilan mewakili pertubuhan Islam-Kristian telah mencuba untuk mewujudkan
satu Barisan Islam-Kristian. Jawatankuasa Eksekutif Kongres telah dilantik melalui Musa
Kadhim al-Husaini sebagai Presiden dan sebagai Ketua Eksekutif (A.E) Arab manakala Arif
al-Dajani sebagai Timbalan Presiden.

Selain itu, British juga turut membenarkan Yishuv kepada orang Yahudi untuk
menubuhkan institusi yang menyerupai negara sendiri dengan cara penubuhan sebuah
negara demokrasi iaitu pertubuhan buruh Zionis dan pertubuhan tentera. Yishuv telah
menubuhkan agensi Yahudi, Zionis Eksekutif (Z.E) dan melantik Majlis perhimpunan
Kebangsaan serta menubuhkan Pasukan Simpanan Pertubuhan Tentera Nasional. Satu
memorandum Winston Churchil yang digelar sebagai kertas putih pada tahun 1922 telah
diwujudkan bagi menggambarkan tentang kebimbangan orang Arab dalam pentadbiran
mandat kerana pentadbiran mandat tidak pernah mengiktiraf A.E yang dibentuk secara
rasmi sebagai wakil kepada masyarakat Palestin.13 Undang-undang dasar yang baru
akhirnya telah dikeluarkan pada 10 Ogos 1922 oleh pihak Inggeris. Majlis baru yang
ditubuhkan itu mengandungi Pesuruhjaya Tinggi dimana telah melantik 10 orang pegawai
kerajaan, lapan orang Islam, dua orang Kristian dan dua orang Yahudi. Orang Islam
merasakan komposisi ini juga akan membenarkan bangsa Yahudi dan pegawai kerajaan
daripada menghalang kelulusan revolusi yang menentang mandat umpamanya dalam
cadangan untuk menghentikan penghijrahan Yahudi. British telah cuba untuk menubuhkan
semula majlis perundangan yang baru. Pada mulanya British melantik 10 orang Arab,
termasuk Datuk Bandar Baitulmuqqadis iaitu Raghib al-Nashashibi bersetuju dengan
pertubuhannya namun ianya gagal.14

Keganasan pihak Arab terhadap Yahudi telah membuatkan pegawai mandat lebih
cenderung untuk memberikan tuntutan Yahudi dalam meningkatkan keselamatan mereka.
Akibatnya pihak British telah mengumpul orang Yahudi untuk menjalani latihan
perkhidmatan sebagai polis dan pasukan keselamatan serta menyediakan angkatan Yahudi
untuk berhadapan dengan Arab. Pemimpin agama dan politik puak Arab kehilangan
kekuasaan dan peranan apabila peranan atau jawatan mereka dilucutkan serta dibuang

12
Mohsen M. Saleh terjemahan Ahmad Kamal Bin Mohamed, Isu Palestin Latar Belakang dan Kronologi
Perkembangannya Sehingga Tahun 2000, Kuala Lumpur: Fajar Ulung, 2001, hlm. 38.
13
Abdol Rauh Yaccob, Kemelut Dunia Islam Moden I: Sejarah Campur Tangan Inggeris di Arabia Dalam
Perang Dunia Pertama, Bangi: Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam
UKM, 1991, hlm. 49.
14
Mohsen M. Saleh terjemahan Ahmad Kamal Bin Mohamed, Isu Palestin Latar…, hlm. 78.

6
negeri. Orang Arab tidak diberi peluang untuk mengadakan pakatan dan mewujudkan
barisan bersatu dalam menentang kehadiran Yahudi. Selain itu, British juga telah
mengamalkan dasar ‘Divide and Rule’ dengan mengadakan pelbagai sekatan ke atas
masyarakat Arab Palestin seperti pemilikan senjata tetapi British memberi keistimewaan
kepada pendatang Yahudi seperti penggalakan penubuhan pasukan keselamatan separa
tentera. Hal ini telah menyebabkan rasa ketidakpuasan hati rakyat Palestin dan semangat
untuk berjuang demi keamanan dan keadilan telah membuatkan mereka menentang
sekeras-kerasnya dasar yang telah dilakukan oleh British di Palestin yang mengetepikan
mereka sebagai penduduk tetap di negara tersebut.

3.1.2 DASAR EKONOMI

Bukan sahaja politik tetapi British juga telah melakukan pembaharuan serta dasar ke atas
ekonomi di Palestin. Terdapat 705 orang Arab yang bergantung kepada bidang pertanian.
Tetapi mereka juga terpaksa berhadapan dengan pendapatan yang rendah, kadar sewa
yang tinggi dan bebanan hutang telah menyebabkan ramai petani hidup dalam kemiskinan.
Dasar British juga telah menetapkan kadar cukai yang tinggi sehingga membebankan petani
miskin. Hal ini telah menyebabkan petani menderita akibat daripada cukai yang dikenakan
ke atas barangan keperluan. Terdapat perbezaan di antara jumlah cukai yang dikenakan
terhadap petani Arab dan petani Yahudi. Cukai yang dibayar oleh petani Arab adalah jauh
lebih tinggi jika dibandingkan dengan petani Yahudi. Hal ini disebabkan oleh pemotongan
cukai yang dilakukan terhadap kos-kos pengeluaran di dalam sektor Yahudi adalah lebih
tinggi berbanding dengan sektor Arab.15 Kerajaan juga telah memberikan subsidi kepada
sektor Yahudi yang dikatakan lebih produktif dan mempunyai modal yang lebih besar jika
dibandingkan dengan peladang kecil atau penyewa Arab. Hal ini disebabkan oleh British
hanya memfokuskan kepada orang Yahudi sahaja kerana mereka beranggapan bahawa
kegiatan orang Arab tidak mendatangkan keuntungan kepada mereka. Pada tahun 1936,
mereka hanya berpendapatan 1/5 daripada pendapatan perseorangan yang dinikmati oleh
orang Yahudi.16

Dari aspek pemilikan tanah pula, kes-kes pembelian tanah mendapati bahawa
kebanyakan tanah yang dibeli oleh orang Yahudi adalah tanah yang telah diusahakan oleh
orang Arab dan tanah tersebut telah dijual oleh tuan-tuan tanah orang Arab yang tinggal di

15
Apter L, Disorderly Decolonization: The White Paper of 1939 and the End of British Rule in Palestine, University
of Texas, 2008, hlm. 39.
16
Abu Talib Ahmad dan Saleha Haji Hassan, Pergolakan Dunia dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, hlm. 97.

7
Beirut mahupun Damsyik. Pada tahun 1930-an, wujud propaganda secara besar-besaran
bagi menghalang rakyat Palestin daripada menerima tawaran menarik daripada orang
Yahudi dengan menegaskan bahawa perbuatan orang Islam yang menjual tanah kepada
orang Yahudi merupakan dosa dan satu bentuk pengkhianatan. Penganut Kristian juga telah
diminta untuk menyokong kempen tersebut dibawah nama agama Kristian.

Di samping itu, kemasukan modal yang besar dan teknologi moden bersama-sama
pendatang Yahudi telah menyebabkan pertukaran sistem ekonomi tempatan daripada bukan
kapitalis kepada ekonomi kapitalis. Ini telah menyebabkan sistem ekonomi tradisional orang
Arab terhakis. Industri besar telah dibina oleh orang Yahudi sehingga memberi kesan yang
negatif kepada sektor pertukangan orang Arab dimana sistem ekonomi masyarakat semakin
terhakis. Pendatang Eropah yang mempunyai modal pula memasukkan modal mereka ke
dalam ekonomi Yahudi yang ketika itu sedang meningkat naik dan stabil. Bagi menjaga
kepentingan Yahudi, Institusi Histadrut bagi pertubuhan pekerja Yahudi telah ditubuhkan
dan berkembang pesat selepas tahun 1920.17 Pertubuhan ini bermula sebagai organisasi
buruh, iaitu kesatuan sekerja peneroka yang terlibat dalam menggalakkan buruh Yahudi
untuk memiliki 85 ribu orang anggota yang terdiri daripada orang Yahudi menjelang tahun
1936.

3.1.3 DASAR SOSIAL

Pihak British telah membenarkan migrasi yang berskala besar iaitu masyarakat Yahudi ke
Palestin. Misgrasi ini bermula semasa penguatkuasaan mandat British di Palestin.
Kesinambungan daripada pendudukan tersebut juga menyaksikan British telah
menempatkan wakilnya di Palestin dan menjadikan Baitulmuqqadis sebagai ibu kotanya.18
Hal ini memberi impak yang besar terhadap perubahan demografi penduduk di Palestin.
Tujuan utama migrasi masyarakat yahudi adalah untuk mendapatkan kuasa majoriti supaya
wujudnya idea penubuhan “National Home of Jews People”19 yang ada dibincangkan dalam
Deklarasi Balfour. Pada tahun 1922 hingga 1926, awal mandat British telah dikuatkuasakan,
kesan migrasi ini yang secara berskala besar menyebabkan berlakunya peningkatan populasi
di Palestin. Pada tahun 1922, migrasi populasi masyarakat Yahudi adalah 88, 970 orang dan
telah meningkat secara mendadak sehingga mencecah jumlah 159, 278 orang pada tahun
1926. Perkara ini telah memberi kesan khusus terhadap hubungan Arab-Yahudi di Palestin.

17
Eeman Mohamed Abbas, Sultan Hamid II dan Kejatuhan Khalifah1 Islamiah, Kuala Lumpur: Pustaka Salam,.
2002, hlm. 95.
18
Dov Gavish, A Survey of Palestine under the British mandate 1920-1948, 2005, hlm. 293.
19
Walter Laqueur and Barry Rubin, The Israel-Arab Reader: A Document History of Middle East Conflict (6th ed),
New Work, 2001, hlm. 16.

8
Penubuhan Majlis Kebangsaan Yahudi pada tahun 1920 merupakan institusi penting
dalam menjalankan tanggungjawab mereka bagi masyarakat Yahudi semasa kekuasaan
mandat British di Palestin. Majlis ini berperanan sebagai sebuah kerajaan untuk orang-orang
Yahudi di Palestin. Dalam majlis tersebut terdapat jabatan-jabatan lain yang mempunyai
fungsi tersendiri seperti jabatan politik yang berperanan untuk menjaga hubungan dengan
masyarakat Arab, Agensi Yahudi dan pihak British. Majlis Kebangsaan Yahudi mempunyai
banyak fungsi seperti perkhidmatan pendidikan, kesihatan, kebajikan, dan hal ehwal
keselamatan. Mandat British di Palestin banyak mendorong kepada kebangkitan masyarakat
Yahudi tetapi segala hasil yang diperolehi daripada dasar-dasar yang dijalankan adalah
digunakan untuk membiayai pentadbiran British.

4.1 KESAN PELAKSANAAN MANDAT BRITISH DI PALESTIN

Berakhirnya Perang Dunia Pertama (1914-1918) memberikan kesan yang cukup besar ke
atas dunia Islam, berikutan kekalahan empayar Uthmaniyah dalam peperangan tersebut.
Antara kesan yang penting ialah membuka laluan kepada British untuk menguasai rantau
Asia Barat yang kemudiannya membawa kepada rampasan bumi Palestin oleh golongan
pendatang Yahudi.20 Oleh yang demikian, penawanan British ke tanah Palestin pun bermula
dengan adanya mandat British ke atas Palestin. Dimana Deklarasi Balfour yang diisytiharkan
oleh British pada tahun yang sama menawarkan Palestin sebagai ‘a national home’ kepada
bangsa Yahudi. Kuasa mandat juga diberikan oleh Pertubuhan Liga Bangsa kepada British
untuk mentadbir Palestin, Iraq dan Transjordan. Di bawah mandat British ini, keizinan
diberikan kepada bangsa Yahudi untuk menetap di barat Palestin, iaitu di antara Sungai
Jordan dan Laut Mediteranean.21 Demikianlah kesan daripada mandat British yang
membawa kepada kemasukkan orang-orang Yahudi untuk menduduki Palestin pada ketika
itu bahkan boleh dilihat sehingga sekarang. Di samping ia memberikan dan mewujudkan
kemerdekaan kepada Yahudi pada ketika itu di Palestin, boleh dikatakan British telah
membuka ruang kepada pembentukan negara Israel pada tahun 1948. Oleh yang demikian,
setelah mandat British mula dilaksanakan di Palestin, maka segala sistem pentadbiran di
Palestin pun juga turut berubah mengikut dasar pemerintahan bangsa-bangsa British.
Misalnya, pada tahun 1920, pesuruhjaya tinggi yang pertama pada ketika itu adalah Sir
Herbert Samuel iaitu salah seorang daripada pegawai British.

20
Ermy Azziaty Rozali & Azmul Fahimi Kemaruzaman, Perang Dunia Pertama, Deklarasi Balfour Dan
Kesannya Terhadap Palestin, International Journal of West Asian Studies, Universiti Kebangsaan
Malaysia: Fakulti Pengajian Islam, 2011, hlm 20.
21
Ibid.

9
Bukan itu sahaja, masyarakat Palestin adalah bangsa yang boleh dikatakan tertindas
pada waktu itu tidak kiralah dari segi ekonomi, sosial mahupun politik. Misalnya, dari segi
ekonomi itu sendiri, ekoran pertambahan pendudukan Yahudi cukai tanah terpaksa
dinaikkan oleh British. Namun begitu, kadar cukai yang tinggi itu telah menyebabkan
penduduk Palestin pada ketika itu terpaksa menjualnya kepada orang-orang Yahudi
disebabkan tidak mampu membayar cukai tersebut. Buktinya, di Palestin, pembaharuan
undang-undang tanah telah membolehkan golongan Yahudi keturunan Rusia membeli tanah
di Palestin dan mendapat hak untuk berhijrah ke tanah tersebut. Ia adalah sebahagian dari
pembaharuan ke atas struktur pemilikan tanah di dalam Undang-undang Tanah
Uthmaniyyah (Ottoman Land Law) 1858.22 Hal ini turut menjadi punca kepada berlakunya
huru-hara di Palestin ekoran penduduk asal Palestin pada waktu itu kehilangan tanah dan
menjadi pelarian di bumi sendiri. Misalnya, persaingan pelbagai puak di antara golongan
pekerja ini membawa kepada pertelingkahan di antara Arab-Yahudi. Bagi kedua-dua bangsa
Arab dan Yahudi, isu tanah dan pemilikannya merupakan satu perkara yang serius yang
berkait rapat dengan semangat kebangsaan mereka. Masyarakat Arab Palestin, terutamanya
yang beragama Islam, 90 peratus daripada mereka terlibat dengan pertanian berbanding
peratusan yang kecil dalam kalangan bangsa Yahudi.23 Pendek kata, pelaksanaan mandat
British ke atas bumi Palestin demi kepentingan bangsa Yahudi telah membawa kepada
beberapa kesan baik kepada bumi Palestin atau kepada masyarakat Palestin itu sendiri.

5.1 REAKSI MASYARAKAT ARAB KESAN PELAKSANAAN MANDAT BRITISH DI


PALESTIN

Pelaksanaan mandat British di Palestin telah menyebabkan kepada ketidakpuasan hati


penduduk Palestin pada ketika itu. Justeru, dapat dilihat kesan mandat British ini mendapat
reaksi daripada masyarakat Palestin. Oleh yang demikian, sejak tahun 1917, bangsa Palestin
lantang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap usaha Zionis dan juga
pentadbiran British di wilayah tersebut. Serentak dengan kemasukan pendatang Yahudi di
Palestin pada 1919, masyarakat Arab tempatan yang terdiri daripada komuniti Islam dan
Kristian mengadakan First Palestinian Arab Congress pada awal 1919 di Jerusalem bagi
membincangkan persoalan Zionisme dan masa depan politik Palestin.24 Namun begitu,
pelaksanaan mandat British sudah mulai digerakkan di bumi Palestin dan bangsa Yahudi

22
Raja Shehadeh, The Land Law of Palestine: An Analysis of the Definition of State Lands, Journal of
Palestine Studies, 1982, Vol. 11, No. 2 , hlm 82-99.
23
Ermy Azziaty Rozali & Azmul Fahimi Kemaruzaman, Perang Dunia Pertama…, hlm 30.
24
Ibid, hlm 29.

10
juga mulai memenuhi Palestin. Iaitu Di antara tahun 1919-1920, terdapat lebih daripada
10,000 imigran Yahudi memasuki Palestin.25 Perlahan-lahan tanah milik masyarakat Arab
Palestin mulai dikuasai oleh Yahudi begitu juga harta milik Palestin. Oleh itu, mungkin tidak
keterlaluan jika dikatakan bumi Palestin telah dimasuki oleh pendatang seperti bangsa
Yahudi dan memusnahkan kedudukan masyarakat yang pada asalnya sudah menduduki
Palestine itu lebih awal daripada mereka. Keadaan inilah yang menyebabkan masyarakat
Arab Palestin ketika itu iaitu masyarakat Islam dan Kristian sendiri kecewa dan sedih ekoran
tempat tinggal mereka yang dahulunya milik mereka kini telah dimiliki oleh orang lain. Oleh
yang demikian, akibat daripada menyedari mereka telah ditindas oleh pelaksanaan mandat
ini. Maka, gerakan kebangkitan masyarakat Palestin diadakan untuk menunjukkan
penentangan dan pemberontakan terhadap pemerintahan British. Misalnya, pada awal tahun
1950, gerakan Nasionalisme Arab yang melakukan gerakan serangan balas ke atas
keganasan yang dilakukan oleh bangsa Yahudi. Tambahan lagi, Revolusi Arab yang berlaku
pada tahun 1936 telah menjadi pendorong kepada usaha untuk menentukan garis
sempadan di Palestin. Pihak British menubuhkan Suruhanjaya Peel untuk menyiasat
kedudukan Palestin. Suruhanjaya ini mencadangkan pembentukan dua buah negara yang
berasingan, iaitu untuk bangsa Yahudi dan juga Arab.26 Namun begitu, Suruhanjaya Diraja
Peel ini tidak berjaya dilaksanakan kerana kedua-dua pihak tidak mempersetujui
pembahagian wilayah ini. Lebih-lebih lagi kepada masyarakat Palestin yang majoritinya
beragama Islam menolak pembahagian tersebut. Demikianlah, reaksi masyarakat Arab pada
ketika itu di bumi Palestin ekoran pelaksanaan mandat British.

25
Ibid, hlm 29.
26
Ibid, hlm 33.

11
6.1 ANALISIS

Secara analisisnya, mandat British di Palestin telah memberikan impak kepada perubahan
masyarakat Arab di kawasan tersebut. Mandat Palestin ini membawa kepada pembahagian
kawasan Palestin kepada dua bahagian dan menyebabkan pemberontakan masyarakat Arab
dan perasaan konsesi Yahudi terhadap pemilikan tanah di Palestin itu. Namun begitu,
terdapat bukti bahawa sememangnya British ada menyokong perjuangan Yahudi untuk
menjadikan Palestin sebagai negara mereka. Perkara itu disebut dalam Deklarasi Balfour
1917, yang ditulis oleh Arthur James Balfour sebagai balasan terhadap surat yang ditulis
oleh Pemimpin Yahudi pada masa itu, Lord Rothchild.

“... His Majesty’s Government view with favour the establishment in Palestine
of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours
to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that
nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of
existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status
enjoyed by Jews in any other country. I should be grateful if you would bring
this declaration to the knowledge of the Zionist Federation.”27

Namun begitu, penentangan oleh bangsa Arab Palestin tidak kurang hebatnya terhadap
pentadbiran British dan usaha Zionis untuk menawan kawasan tersebut. Hal ini telah
mewujudkan kesepakatan antara penduduk dalam membantah bersama-sama kemasukan
pendatang-pendatang Yahudi ini. Bagi mereka, tuntutan Zionis terhadap wilayah Palestin itu
adalah tidak berhati perut dan tidak bermoral. Sememangnya berlaku kebangkitan demi
kebangkitan oleh masyarakat Arab Palestin namun, Zionis disokong oleh kuasa besar dunia
yang sememangnya adalah sekutu rapat. Apa yang dapat dilihat, segalanya bermula sejak
kejatuhan empayar Uthmaniyyah itu sendiri yang membawa kepada Deklarasi Balfour oleh
British. Perkara itu telah diambil sebagai peluang oleh Zionis untuk membina sebuah negara
bagi Yahudi yang merupakan hasrat mereka sejak sekian lamanya. Lebih dahsyat lagi,
British mengurniakan “National Home of Jewish People” kepada orang-orang Yahudi di
Palestin sehingga membawa kepada penubuhan negara Israel pada 15 Mei 1948.

27
Ermy Azziaty Rozali dan Azmul Fahimi Kemaruzaman, Perang Dunia Pertama…, hlm 25.

12
7.1 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, mandat British di Palestin ini telah menberikan kesan yang cukup
mendalam terhadap hak serta tanah air rakyat Palestin sehingga ke hari ini. Mereka dizalimi
dan tanah air mereka seakan dirampas tanpa ada keadilan tercapai demi mereka.
Keruntuhan empayar Turki Uthmaniyyah yang menaungi dunia Arab ketika itu serta
pengisytiharan deklarasi Balfour pada tahun 1917 oleh British telah menjadi pemacu kepada
hasrat Zionis untuk membina sebuah negara bagi bangsa Yahudi. Pengurniaan “National
Home of Jewish People” (NHOJP) kepada bangsa Yahudi di bumi Palestin yang telah
membawa kepada penubuhan negara Israel pada tahun 1948 yang ternyata telah
memberikan impak kepada rakyat Palestin. Dapat dilihat juga telah berlaku perubahan
kepada dasar Palestin setelah Palestin diletakkan di bawah pentadbiran mandat British
dimana terdapat pelbagai dasar British yang telah dilakukan keatas masyarakat Arab semasa
era pentadbiran mandat British di Palestin. Pelaksanaan mandat di Palestin turut mendapat
reaksi negatif dalam kalangan orang Arab sehingga mencetuskan penentangan terhadap
pentadbiran British. Sepanjang pentadbiran mandat ini, pentadbiran British turut
mewujudkan polisi migrasi terhadap para imigran Yahudi yang datang ke Palestin dan
sehinggakan menyebabkan jumlah penduduk Yahudi meningkat secara mendadak dan
sepanjang mandat, kira-kira 500 ribu orang Yahudi yang telah berhijrah ke Palestin dari
serata dunia.

13
RUJUKAN

Abdol Rauh Yaccob. (1991). Kemelut Dunia Islam Moden I: Sejarah Campur Tangan
Inggeris di Arabia Dalam Perang Dunia Pertama. Bangi: Jabatan Pengajian Arab dan
Tamadun Islam. Fakulti Pengajian Islam UKM.

Apter L. (2008). Disorderly Decolonization: The White Paper of 1939 and the End of British
Rule in Palestine. University of Texas.

Abu Talib Ahmad dan Saleha Haji Hassan. (2001). Pergolakan Dunia dan Kerjasama
Masyarakat Antarabangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azmul Fahimi Kamaruzaman & Ermy Azziaty Rozali. (2011). First World War Balfour
Declaration and Their Impacts on Palestine. International Journal of West Asian Studies
Vo. 3 No 2 (pp 19-39). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Cohen, M. J. (2017). Centenary of the Balfour Declaration. Middle Eastern Studies, 53(6),
865–878.

Dov Gavish. (2005). A Survey of Palestine under the British Mandate 1920-1948.

Eeman Mohamed Abbas. (2002). Sultan Hamid II dan Kejatuhan Khalifah Islamiah. Kuala
Lumpur: Pustaka Salam.

Elie Kedouries. (1979). England and the Middle East: The Destruction of the Ottoman
Empire 1914-1921. London.

Ermy Azziaty Rozali & Azmul Fahimi Kemaruzaman. (2011). Perang Dunia Pertama,
Deklarasi Balfour Dan Kesannya Terhadap Palestin. International Journal of West
Asian Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia: Fakulti Pengajian Islam.

Halpern, B. (1987). A Clash of Heroes--Brandeis, Weizmann, and American Zionism. Oxford


University Press on Demand.

Mohsen M. Saleh terjemahan Ahmad Kamal Bin Mohamed. (2001). Isu Palestin Latar
Belakang dan Kronologi Perkembangannya Sehingga Tahun 2000. Kuala Lumpur:
Fajar Ulung.

14
Mohd Roslan Mohd Nor. (2010). Konflik Israel -Palestin dari aspek Sejarah Moden dan
Langkah Pembebasan dari Cengkaman Zionis. Jurnal Al-Tamaddun Bil. (5) 73-92.
Selangor: Universiti Malaya.

Mohd Roslan Mohd Nor. (2010). Sejarah Kejatuhan Palestin dan Kewujudan Israel.
Persatuan Ulama Malaysia. Selangor: Universiti Malaya.

Raja Shehadeh. (1982). The Land Law of Palestine: An Analysis of the Definition of State
Lands. Journal of Palestine Studies. Vol. 11, No, 2.

Shlaim, A. (2005). The Balfour Declaration and Its Consequences. Yet more adventures with
Britannia: Personalities, Politics and Culture in Britain, 251-270.

Trias Kuncahyono. (2008). Jerusalem: Kesucian, Konflik, dan Pengadilan Akhir. Jakarta:
Penerbit Buku Kompas.

Vereté, M. (1970). The Balfour Declaration and its makers. Middle Eastern Studies, 6(1), 48-
76.

Walter Laqueur and Barry Rubin. (2001). The Israel-Arab Reader: A Document History of
Middle East Conflict (6th ed). New Work.

15

You might also like