You are on page 1of 8

BRITISH NORTH BORNEO CHARTERED COMPANY:

PENTADBIRAN DI BORNEO UTARA (SABAH) 1900-1941

PENGENALAN

Sebelum kedatangan kuasa Barat ke Borneo Utara (Sabah) diperintah


oleh dua kesultanan iaitu Kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei. Pada
masa tersebut, sistem politik di Sabah boleh dibahagikan kepada tiga
iaitu sistem politik kesukuan, sistem politik kesultanan dan Sistem ketua
bebas. Sistem politik kesukuan berdasarkan ikatan keluarga dan sanak-
saudara Ketua kampung juga disebut sebagai Orang Tua yang
bertanggungjawab menjaga keamanan dan memberi perlindungan. Ketua
kampung dipilih daripada orang-orang tua yang berkaliber, mempunya
pengetahuan yang mendalam dan kriteria-kriteria lain. Pemilihan
biasanya dibuat melalui musyawarah. Terdapat juga Majlis Kampung
diwujudkan selain golongan agama iaitu beberapa orang pendeta
"bobohizan" yang berpengaruh dalam masyarakat sebagai pakar dalam
upacara agama dan adat.

Sistem politik kedua iaitu politik kesultanan wujud dibahagian pesisiran


pantai barat dan timur Sabah Datu-datu mentadbir daerah di situ
bersama-sama dengan pengikutnya. Penguasa wilayah terletak ditangan
wakil-wakil Kesultanan Brunei ataupun Sulu. Sistem ketiga pula iaitu
Ketua Bebas diwujudkan akibat daripada keberanian, keperwiraan dan
ketangkasan seseorang tokoh yang dapat mencabar kewibawaan Sultan
di daerah pesisiran pantai. Pemimpin-pemimpin ini lazimnya menegakkan
kekuasaan dan kewibawaannya melalui undang-undang sendiri tanpa
mengiktiraf atau menghiraukan kedaulatan kuasa-kuasa lain. Contohnya,
mereka yang mempunyai pertalian dengan Kesuttanan Sutu atau Brunei
dan juga golongan yang berketurunan Arab Sharif.

LATARBELAKANG PERJANJIAN AWAL DAN PENGUKUHAN KUASA


BARAT 1763-1881 DI BORNEO UTARA (SABAH)

Keperluan untuk membuka stesen perdagangan yang hampir dengan


China amat diperlukan oleh British khususnya menjelang abad ke-17 M
dalam menyaingi kuasa Belanda, Sepanyol dan Perancis. Di samping itu,
keperluan untuk British mempunyai sebuah stesen perdagangan sebagai
pusat transisi barangan dagangan dari China dan barangan kilang dari
England semakin terdesak. Di samping peningkatan jumlah dagangan
dengan China, kawalan perdagangan yang semakin ketat dan
menyukarkan di Guangzhou (Canton) telah menyukarkan aktiviti
perdagangan dengan bebas.

Pemerolehan kawasan Pulau Balambangan melalui perjanjian pada tahun


1763 antara Sultan Alimuddin I dan EEIC telah mengesah lagi perjanjian
yang terdahulu pada tahun 1761 antara Alexander Dalrymple dan Sultan
Mu’izzuddin. Perjanjian dengan Sultan Sulu ini adalah memberi hak
penuh ke atas Balambangan yang menjadi sebahagian dari lingkungan
perjanjian 1761 dari Teluk Kimanis, Pulau Palawan, pulau-pulau di utara
Borneo dan Kinabatangan kepada British. Pengikhtirafan Sultan Alimudin
I dan anaknya Muhamad Isra’il ke atas pemilikan Inggeris ini hanya
dapat disahkan oleh Dalrymple kepada Lembaga Pengarah EEIC di
London pada tahun 1765.

Sebelum Dalrymple kembali ke London pada tahun 1765 beliau telah


mengibarkan bendera British di Pulau Balambangan pada 23 Januari
1963 sebagai tanda pembukaan rasmi pulau tersebut yang dikenali
sebagai gugusan Felicia Proper merangkumi Pulau Balambangan dan
Pulau Banggi. Namun setelah 10 tahun bendera British berkebar di Pulau
Balambangan barulah satu bentuk penempatan sebenar didirikan.

Petempatan British yang dikendalikan oleh EEIC ini kemudiannya


diserang oleh Datu Tating pada 5 Mac 1775. Serangan mengejut dari
Datu Tating bersama angkatannya berjumlah 300 orang terdiri daripad
kaum Sulu dan Irranun telah memusnahkan sama sekali penempatan ini.
Ianya ditinggalkan oleh British sehingga 28 tahun kemudian barulah satu
usul untuk membukanya semula telah diberi perhatian oleh EEIC.

Pada tahun 1802 satu ekspedisi yang diketuai oleh Robert Farquhar,
bekas Residen Inggeris di Amboina telah dihantar ke pulau tersebut.
Beliau beserta ratusan peneroka telah bertolak dari Melaka dengan
harapan untuk membangunkan semula Pulau Balambangan sebagai
sebuah pelabuhan bebas yang terkenal bukan sahaja di Asia Tenggara
tetapi juga Asia Timur. Menjelang akhir tahun 1803, dilaporkan lebih dari
1000 orang peneroka telah keluar dari pulau tersebut bagi mengelakkan
kebuluran berlaku. Perkembangan ini membawa kepada penarikan rasmi
British dan para peneroka pulau tersebut pada bulan November 1805
atas arahan Gobenor Jeneral Lord Wellesley.

Setelah 60 tahun kemudian, minat kuasa Barat ke atas terhadap Borneo


Utara (Sabah) telah muncul semula apabila Konsul Amerika Syarikat,
Claude Lee Moses di Brunei memperolehi hak pajakan bagi kawasan
Kimanis hingga Marudu. Beliau kemudian menjual hak tersebut kepada
sebuah syarikat Amerika Syarikat yang berpengkalan di Hong Kong.

2
Pada bulan November tahun yang sama, Joseph W. Torrey iaitu pengarah
syarikat tersebut telah direstui oleh Sultan Abdul Mumin untuk
memerintah di kawasan berkenaan dengan gelaran Seri Maharaja negeri
Sabah. Pusat pentadbiran syarikat ini telah didirikan di Kimanis dengan
nama Ellena.

Pada tahun 1775, sekali lagi hak pajakan bertukar tangan apabila Baron
Von Overback, Konsul Austria di Hong Kong bersama Count Mengelas
dan Lord Redsdale membeli pajakan tersebut dari Torrey. Overback
kemudian sampai ke Labuan pada 16 Disember 1877 untuk bertemu
dengan William Hood Treacher, Gabenor Labuan. Pada 29 Disember
1877, satu perjanjian telah dimeteraikan dengan Sultan Abdul Mumin
untuk memperolehi hak ke atas Sabah iaitu dari Teluk Gaya hingga ke
Sungai Sibuko. Overback bersetuju untuk membayar Sultan Abdul
Mumin sebanyak $15,000 setahun dan Pangeran Temenggung untuk
kawasan Kimanis sebanyak $3,000 setahun.

Pada awal tahun 1878, Overback bersama Treacher dan Torrey bertemu
pula dengan Sultan Sulu iaitu Sultan Mohamed Jamal bagi mendapatkan
hak pajakan untuk selamanya dan berkekalan ke atas kawasan Sungai
Sibuko hingga Sungai Pandasan. Perjanjian ini telah dimeteraikan pada
22 Januari 1879 dengan bayaran pajakan sebanyak $5,000 setahun.
Dua tahun kemudian iaitu pada bulan September 1880, Overback telah
menyerahkan hak pajakan mereka ke atas Sabah kepada Alfred Dent.
Pada tahun 1881, Dent telah menubuhkan British North Provisional
Association Limited (BNPAL) dengan ahlinya seramai 80 orang yang
antaranya ialah Sir Rutherford Alcock, Rear-Admiral Mayne dan W.H.
Read. Pertubuhan ini kemudiannya melantik Treacher sebagai Gabenor
Borneo Utara dengan berpejabat di Labuan untuk sementera waktu
kerana pulau ini merupakan tanah jajahan mahkota British.

Pada bulan Mei 1882, British North Borneo Company ditubuhkan dan
mengambil semua kuasa dari (BNPAL). Status piagam kemudian
diberikan kepada syarikat ini oleh kerajaan British pada tahun yang sama
dan dikenali sebagai British North Borneo Chartered Company. Pusat
pentadbirannya yang baru ialah di Kudat dan dipindahkan dua tahun
kemudian ke Sandakan sehinggalah Perang Dunia Kedua tamat.

Pengukuhan kuasa BNBCC di Sabah banyak dilakukan oleh Treacher.


Beliau telah bersaing dengan pemerintahan Rajah Brooke untuk
mendapatkan kawasan-kawasan baru yang tidak termasuk dalam dua
perjanjian pajakan sebelum ini. Antara kawasan baru yang berjaya
diperolehi ialah Pengalat (1883), Semenanjung Klias (1884), Mantanani
(1885), Padas Damit (1889), begitu juga kawasan Sepitang, Bongawan
hingga Tuaran (1889). Labuan dilletakkan dibawah pentadbiran BNBCC
pada tahun 1889.

PENTADBIRAN BNBCC 1900-1941

3
Sabah mencapai kemajuan yang pesat di bawah pentadbiran Gabenor
W.H. Crocker (1887-1888) dan Charles V. Creagh (1885-1895). Gabenor
Earnest Birch menghapuskan amalan hamba abdi dan mewujudkan satu
keadaan untuk pelaburan dan menambahkan jajahan baru. Menjelang
tahun 1910 kedudukan ekonomi Sabah adalah memuaskan. Di samping
eksport getah, hasil-hasil dan tembakau, hutan, sagu, ikan kering, kelapa
kering dan arang batu telah menambahkan kemakmuran Sabah. Pada
tahun 1912, sebuah Majlis Perundangan ditubuhkan bagi menggantikan
Majlis Penasihat yang ditubuhkan dahulu. Majlis ini mengandungi 7 ahli
rasmi dan 4 ahli tidak rasmi. Ahli tidak rasmi mewakili kaum Cina, kaum
peladang di pantai timur serta pantai barat dan peniaga.

Dalam aspek politik, di Sabah, BNBCC telah memperuntukkan sedikit


sebanyak perlindungan untuk menjaga kepentingan dan hak-hak
penduduk pribumi. Dengan demikian, BNBCC telah membentuk satu
bentuk sistem pentadbiran yang mendukung beberapa kepentingan
Pihak BNBCC telah menjalankan pentadbiran secara tidak langsung
terhadap penduduk pribumi. Sistem pentadbiran yang dijalankan dengan
membentuk seinula institusi politik yang berkaitan dcngan hal ehwal
pribumi di peringkat daerah dan kampung. Institusi pribumi seperti
Ketua Anak Negeri dan Orang Tua diserapkan ke dalam jawatan
pentadbiran paling rendah ke dalam perkhidmatan kerajaan BNBCC.
Institusi-institusi pribumi utama yang dimasukkan ke dalam pentadbiran
BNBCC iaitu Ketua Anak Negeri, Orang Tua dan Mahkamah Anak Negeri

Kedudukan Ketua-ketua Anak Negeri telah diiktiraf pada tahun 1891


menerusi pengisytiharan undang-undang Pentadbiran Kampung 1891.
Undang-undang ini bertujuan mengukuhkan kedudukan Ketua-ketua
Anak Negeri Undang-undang ini telah memberi tanggungiawab dan
kuasa-kuasa Ketua Kampung sebagai pemerintah. Antara lain, ketua-
ketua tersebut telah diberi kuasa sebagai pembantu Mejistret. Pada l90l-
1904, F W Birch telah menjadi Gabenor Sabah dan dalam usaha telah
menyusun semula sistem Ketua Anak Negeri upahan

Birch percaya, untuk memperbaiki syarikat berpiagam dan menjamin


agar pribumi dapat diawasi dengan teratur, maka perlu sekali kerajaan
menambah bilangan pegawai-pegawai Inggerisdi daerah-daerah dan
handar walaupun orang pribumi diberi peluang mengambil bahagian
dalam pentadbiran Dalam proses pemilihan ketua-ketua, pegawai daerah
memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada seseorang
ketua itu layak menerima gaji sebanyak $5.00.

Ketua-ketua yang baik biasanya memainkan peranan penting sebagai


pengadil Anak Negeri menjalankan penyeliaan di daerah-daerah Contoh
yang baik dalam hal ini ialah Panglima Udang yang mentadbir daerah
Telok Darvel Selain daripada itu, terdapat juga ketua-ketua lain yang
berkebolehan seperti Pengeran Haji Omar, Pengeran Abbas, Orang Kaya
Haji Mohd Arshad dan Haji Pati.

4
Sebagai Gabenor Sabah yang aktif, Birch melaksanakan rancangan bagi
memajukan pentadbiran negeri dan membaiki kedudukan kewangan
syarikat Walau bagaimanapun, usaha-usaha baik beliau tidak selalunya
diterima oleh Lembaga Pengarah di London terutama W. C. Cowie yang
menjadi pengarah dan pengerusi Lembaga. Birch akhirnya telah
dipanggil balik ke Pejabat Tanah Jajahan British pada 1904 dan diganti
oleh F. P Gueritz.

Pada tahun 1912, Ridgeway telah menyusun semula institusi Ketua Anak
Negeri dan Majlis Penasihat yang tidak perlu bersidang sejak tahun
1905. Dalam undang-undang berkenaan, Ketua Anak Negeri dibahagikan
kepada kategori berasaskan kepada pengaruh, lama masa berkhidmat
dan rekod perkhidmatan yang lalu. Ketua Anak Negeri. perlu kenal huruf
kerana mereka dikehendaki menyimpan rekod-rekod tersebut Ketua Anak
Negeri Gred I ditauliahkan menjadi Ketua Daerah, Gred II menjadi Ketua
Daerah Kecil dan satu lagi ketua Anak Negeri iaitu Gred III.

Semasa Perang Dunia Pertama, 1914 - 1919 Sabah mengadapi krisis


ekonomi. Sabah menghadapi kekurangan bekalan beras. Oleh itu, Sabah
terpaksa membuat catuan. Akibatnya, pada tahun 1920 Sabah dan
Sarawak telah membuat rayuan untuk mendapatkan lebih banyak
bekalan beras dan Burma. Selepas tamat peperangan, Sabah telah
berjuang untuk mengukuhkan ekonominya. Kekurangan modal dan
perkapalan telah melumpuhkan eksportnya serta melambatkan
pembangunan dan melemahkan pentadbiran.

Bagaimanapun krisis ekonomi ini dapat diselamatkan oleh Jeneral Sir


Neill Malcolm. Yang Dipertua baru Lembaga Syarikat Borneo Utara.
Beliau telah menstabilkan soal kewangan Sabah dan membangunkannya
secara perlahan. Di bawah Gabenor Douglas J. Jardine, kemajuan telah
dicapai dalam bidang pelajaran, kesihatan, tanah dan Jabatan
Pentadbiran Bumiputera ditubuhkan juga. Pada tahun 1937, Jardine
digantikan oleh Charles R. Smith. Beliau mengekalkan dasar pentadbiran
yang telah diwujudkan sehingga tahun 1942.

PERBANDINGAN ANTARA PENTADBIRAN BNBCC DAN RAJAH


BROOKE

Pentadbiran politik Negeri Sabah dan Negeri Sarawak mempunyai


persamaan kerana terdapat masyarakat tempatan atan pribumi yang
terlibat di daiam suatu pentadbiran itu baik seeara Iangsung ataupun
tidak langsung. Tujuan BNBCC dan juga Dinasti Brooke berbuat
demikian adalati untuk menjimatkan kos merekadaripada mengupah
orang-orang Eropah sendiri. Selain itu negeri-negeri tersebut mempunyai
pelbagai etnik atau kaum, jadi sukar untuk mereka menetapkan sesuatu
selain mengikut keadaan ditempat itu sendiri dan rnenyelitkan
pentadbiran baru yang boleh diterima oleh masyarakat

5
Selain itu, persamaan yang lain kita boleh lihat bahawa, lnggeris tidak
menghapuskan undang-undang tempatan tetapi masih lagi
menggunakannya kerana undang-undang tersebut telah serasi dengan
masyarakat di situ Namun, pihak lnggeris telah memainkan peranan
untuk membenarkan penyertaan golongan pribumi di dalam pentadbiran
mereka.

Dari segi sosial pula, pentadbiran Jnggeris di Sabah telah berjaya


membasmi amalan hamba abdi seperti juga di Sarawak iaitu
menghapuskan amalan pemburuan kepala. Di Sabah, pentadbiran
BNBCC telah berjaya membasmi hamba abdi di wilayah tersebut dengan
membuat serbuan di sepanjang pantai Sabah dalarn awal tahun 1880an.
Kerajaan British serta Lembaga Pengarah telah berazam untuk
menghapuskan amalan tersebut. Dalam tahun 1878, Pryer berjaya
menenggelamkam kapal lanun di Teluk Sandakan dan meemusnahkan
pangkalan lanun di Tungku. Ordinan Negeri-negeri Selat dilaksanakan
dan menetapkan bahawa adalah menjadi satu kesalahan bagi barang
sesiapa yang melindungi penjual hamba abdi atau abdi-abdi yang baru
ditangkap.

Di Sarawak pula, James Brooke telah berusaha untuk menghapuskan


beberapa adat tradisi masyarakat pribumi yang dirasakan kejam seperti
adat "mengayau' atau memenggal kepala musuh serta amalan
perhambaan Amalan "mengayau" dilakukan oleh masyarakat Iban
manakala amalan perhambaan pula dilakukan oleb Pembesarpembesar
Sarawak dan Brunei. Tindakan James Brooke ini mendapat tentangan
yang hebat daripada masyarakat tersebut. Namun, James Brooke berjaya
juga menghapuskannya dengan cara berperingkat-peringkat.

Dalam aspek politik terdapat beberapa perbezaan antara pentadbiran


Inggeris di Sabah dan Sarawak. Di Sabah, pemerintahannya dikendalikan
oleh BNBCC. Narnun begitu, mereka juga perlu merujuk kepada
kerajaan British di London ketika menjalankan pentadbiran. Tujuan
utama BNBCC mengambil Sabah didorong oleh kecenderungan untuk
mendapatkan keuntungan sebanyak mungkin, namun tidak dapat
dinafikan bahawa piagam diraja yang dikurniakan itu telah
rnernperuntukkan sedikit sebanyak perlindungan untuk menjaga
kepentingan dan hak-hak penduduk pribumi.

Sabah yang kaya dengan sumber buminya telah menarik minat BNBCC
untuk menduduki dan terus bertapak di situ. Kekeyaan hasil bumi Sabah
boleh membantu penambahan modal untuk mereka dan menampung
perbelanjaan untuk BNBCC. Antara kegiatan yang mereka lakukan iaitu
menjalankan kajian untuk basil bumi seperti emas yang dikatakan berada
di Sungai Segarna oleh dua buah syarikat iaitu Syarikat Sindiket Emas
Borneo British sebelum digantikan oleh Syarikat Carigali Borneo British.
Namun begitu, penemuan penting telah ditemui oleh Syarikat Cowie
Harbour Coal Company di Sungai Silim Popon pada tahun 1903 di mana
terdapat longgokan arangbatu.

6
Selain itu, BNBCC juga terlibat di dalam penanaman tembakau dan juga
getah dan ini telah memberi keuntungan yang besar kepada syarikat
tersebut. Pelancaran tembakau sebagai tanaman pasaran adalah atas
usaha Saunders yang mempunyai pandangan luas . Bagi getah, antara
kawasan ladang-ladang getah yang agak luas terdapat di sekitar
Sandakan dan Tawau Bagaimanapun, perusahaan yang terpenting di
Sabah iaitu pembalakan. Dalam tahun 1941, Borneo Utara menduduki
tempat ketiga dalam empayar British sebagai pengeksport kayu balak
dan Sandakan menjadi salah sebuah pelabuhan kayu balak yang
terkemuka di dunia.

Sementara itu, di Sarawak pula, pentadbirannya dijalankan oleh satu


dinasti iaitu Rajah Brooke. Rajah Brooke bermula dan tahun 1881-I946,
dengan James merupakan pemerintah yang pertama, dikuti oleh Charles
Brooke , Vyner Brooke. Memang tidak dapat dinafikan, James Brooke
merupakan seorang pedagang sebelum beliau menjadi Rajah Sarawak
yang pertama. Pemerintahan beliau di Sarawak lebih kepada usaha untuk
membangunkan negeri Sarawak dan juga masyarakatnya untuk
memerintah sendiri, berbanding dengan Sabah yang diperintah oleh
BNBCC yang lebih menguntungkan BNBCC sendiri.

Sarawak juga tidak dinafikan mempunyai banyak sumber bahan mentah


berbanding dengan Sabah seperti emas di Bau, Petroleum di Miri,
bauksit, kayu balak dan sebagainya selain antimoni Antimoni telah
dilombong oleh orang Cina dan orang Melayu di kawasan Bau. Arangbatu
juga merupakan galian yang penting mulai tahun 1889-1898 dengan
jumlah pengeluaran 500 tan pada 1874 kepada 31,390 tan pada tahun
1898. Lada hitam juga ditanam di Sarawak iaitu di bahagian pertama
dan ketiga. Selain itu gambir dan getah juga ditanam serta sagu yang
merupakan eksport utama pada sepanjang abad ke-19. Sagu diusahakan
oleh orang Melanau di bahagian Mukah. Kawasan utama pengeluaran
sagu iaitu di bahagian kedua dan ketiga. Jumlah eksport sagu meningkat
dari 8,700 tan pada 1887 kepada 20,400 tan pada tahun 1907.

PERJUANGAN PENENTANGAN BRITISH PASCA PADUKA MAT


SALLEH 1900-1915

Tewasnya dan jatuhnya kubu terakhir Paduka Mat Salleh di Tambunan


tidak melemahkan semangat perjuangan para pengikutnya untuk terus
menentang penguasaan British di Borneo Utara. Serangan demi
serangan dilakukan seperti oleh Mat Satur bersama 400 pengikutnya ke
atas Kudat pada 28 April 1900. Malangnya serangan ini beliau bersama
Mat Daud terkorban. Kamunta yang menyertai serangan tersebut pula
telah berjaya menyelamatkan diri. Beliau kemudiannya mengetuai
serangan ke atas Tempasuk dan Menggatal pada bulan Mei. Serangan
demi serangan dilakukan oleh saki baki pengikut Paduka Mat Salleh yang
lain seperti di Tuaran, Jesselton dan Pindasan.

7
Serangan kemudiannya bertukar kepada pembunuhan kerana pengikut
Paduka Mat Salleh seperti kehilangan punca kerana ketiadaan pemimpin
yang berkarisma seperti beliau. Satu demi satu pengikut kuat Paduka
Mat Salleh terkorban atau menyerah diri kepada British dan dihukum
mati. Antaranya ialah Kamunta dan Sidek yang menyerah diri di Kudat
pada tahun 1902 dan dihukum tembak di Ambong pada bulan Julai tahun
tersebut. Kemudian, Langkap pula menyerah diri di Tempasuk dan
menerima hukuman yang sama di Ambong pada bulan Mac 1903.

Menjelang tahun 1915, BNBCC telah menguasai sepenuh Sabah tanpa


diganggu gugat oleh kebangkitan penduduk tempatan. Perjuangan Pak
Musa di Membakut, Antanom di Rundum, Tenom dan Mat Ali iaitu adik
kepada Mat Salleh di Pandasan, Kota Belud yang dianggap sebagai
pahlawan pasca Paduka Mat Salleh antara tahun 1908 hingga 1915 telah
dipatahkan oleh British dengan bantuan talibarut masyarakat tempatan
sendiri yang lebih rela bertuankan bangsa British.

You might also like