You are on page 1of 17

1

1.0 PENGENALAN

Pada zaman purba, tanah arab dikenali sebagai Mesopotamia iaitu tanah diantara Sungai Dajlah

(Tigris) dan Sungai Furat (Euphrates). Iraq merupakan sebuah kawasan yang mempunyai

kawasan dataran yang lanar luas yang menimbulkan beberapa tamadunterawal di dunia,

termasuk orang – orang Sumer, Akkad dan Babylon.1 Iraq adalah sebuah negara yang subur dan

kaya dengan sumber minyak dan menjadinya antara tempat yang sangat berguna kepada empayar

yang lebih besar dan selepas abad ke – 7 Iraq telah menjadi kawasan yang penting dalam dunia

Islam.Iraq berjiran dengan Turki di bahagian utara, Iran di sebelah timur, Jordan dan Syria di

sebelah barat manakala Kuwait dan Arab Saudi di sebelah selatan

Sejak abad ke 16, Iraq adalah negara yang berada di bawah kekuasaan Kerajaan Uthmaniyyah

namun perjalanan sejarah Iraq mempunyai liku dan ranjaunya yang tersendiri ekoran daripada

konflik yang berterusan antara kerajaan Turki Uthmaniyyah dengan Empayar Safavid. Setelah

Empayar Safavid menjadikan Syiah Islam sebagai agama rasmi di Iran, empayar tersebut ingin

menguasai tempat – tempat suci Syiah seperti di Najaf, Karbala dan Baghdad yang mempunyai

simbolik yang besar untuk mereka.2 Kerajaan Uthmaniyyah ingin mengelakkan hal itu berlaku

dan ingin menjadikan Iraq sebagai sebuah negara yang mampu menjadi penampan Sunni yang

terkawal sekaligus dapat menghalang merebaknya Syiah Islam. Bermula daripada itulah

menyebabkan berlakunya konflik yang berterusan antara kedua – dua empayar ini sehinggalah

konflik ini ditamatkan dengan termeterainyaPerjanjian Qasr-e Shirin(Perjanjian Zuhab) pada

1 Steffan Hemsley Longgrigg, Iraq, 1900 To 1950, A Political, Social, and Economic
History, Hlm 3.

2Steffan Hemsley Longgrigg, Iraq, 1900 To 1950, A Political, Social, and Economic
History, Hlm 10.
2

tahun 1639. Perjanjian tersebut telah menyelesaikan permasalahan sempadan Iran – Iraq yang

kekal hingga ke Iraq moden dan menghapuskan persengketaan antara Kerajaan Uthmaniyyah

dengan Empayar Safavid selama hampir 150 tahun.

Semasa dibawah kekuasaan Kerajaan Uthmaniyyah, Iraq telah dibahagikan kepada tiga

wilayah ataupun provinsi yang utama iaitu Mosul, Basra dan Baghdad. Wilayah- wilayah ini

diurus tadbir oleh mamluk pasha yang menguasai seluruh pentadbiran, hal ehwal cukai dan

urusan melibatkan ekonomi. Masyarakat Iraq adalah sebuah masyarakat yang unik yang

mempunyai kepelbagaian budaya dan etnik tetapi masyarakatnya mempunyai sedikit kesukaran

untuk mendapatkan satu identiti nasional Iraq 3. Masyarakat majoriti Iraq antaranya ialah Arab

Sunni, arab Kurdish, arab syiah manakala kumpulan minoriti Iraq terdiri daripada masyarakat

Yazidi, Turkoman, Chaldean, Parsi, Armenia, Sabean, Yahudi, Kristian dan lain – lain.4

Selepas Kerajaan Uthmaniyyah dikalahkan oleh pihak Berikat semasa Perang Dunia Pertama,

Iraq telah jatuh ke bawah kekuasaan British. Semasa dibawah pemerintahan berdasarkan mandat

British, rakyat telah melakukan penentangan terhadap konsep yang dibawa oleh British ini. Hal

ini menyebabkan British telah menwujudkan satu perjanjian bagi mengekalkan pengaruhnya di

Iraq. Maka termeterailah Perjanjian British – Iraq pada Jun 1922 dimana perjanjian ini

mengatakan bahawa British bersetuju untuk mengekalkan kedaulatan Iraq namun sebenarnya

perjanjian ini semakin menguntungkan pihak British. Hal ini kerana British masih berkuasa

dalam hal ehwal kewangan, hubungan antarabangsa, keselamatan dan undang – undang di Iraq.

Perjanjian British- Iraq menyebabkan menjadi titik tolak kepada pemerintahan monarki

Hasyimiyyah (1931 – 1958) dan Raja Faisal 1 merupakan Raja boneka pertama yang telah

3 Sandra Mackey, The Reckoning, Iraq and The Legacy Of Saddam Hussein, Hlm 59 .

4Sandra Mackey, The Reckoning, Iraq and The Legacy Of Saddam Hussein, Hlm 61.
3

dilantik oleh British untuk memimpin Iraq pada tahun 1921 setelah Kerajaan Khilafah Turki

Uthmaniah kalah di dalam Perang Dunia 1.5 Beliau merupakan anak kepada Sharif Mekah ketika

itu iaitu Sharif Husin Ali. Abang sulung Raja Faisal 1, Raja Abdullah 1 pula telah ditakhtakan

oleh British sebagai Raja di Jordan. Raja Faisal 1 dilahirkan di Taif dan dibesarkan di Istanbul.

Raja Faisal 1 meninggal dunia pada tahun 1933 di Switzerland dan diganti dengan Raja Ghazi

(1933- 1939) yang pada ketika itu baru berusia 21 tahun semasa menaiki takhta. Raja Ghazi

dilahirkan di Mekah pada 1912 dan beliau dibesarkan di harem di bawah penjagaan khusus

ibunya, Puteri Rafia.6 Beliau merupakan seorang kurang berminat dengan pentadbiran negara

apatah lagi urusan politik dan banyak menghabiskan masa untuk berseronok sahaja. Hal ini

menyebabkan pemerintahan beliau dimanipulasi oleh golongan elit- elit politik dan galongan

tentera.

Selepas kemangkatan Raja Ghazi, tampuk pemerintahan diserahkan kepada anaknya iaitu Raja

Faisal 11 yang berusia 3 tahun semasa menaiki takhta pada tahun 1953. Sungguhpun begitu,

pemerintahan sebenar Iraq dikuasai oleh 2orang individu penting iaitu bapa saudaranya Abdul al-

Ilah dan Perdana Menteri Nuri al- Said. Pemerintahan Raja Faisal 11 yang lemah ini hanya

mampu bertahan selama 5 tahun setelah pemerintahan monarki ini digulingkan melalui revolusi

Iraq yang berlansung pada 14 Julai 1958. Revolusi ini telah dipimpin oleh pimpin oleh Bridager

Abdul Karim Qassim membawa kepada perubahan yang besar terhadap dunia arab amnya dan

rakyat Iraq itu sendiri khususnya. Esei ini akan membincangkan tentang persoalan- persoalan

yang timbul daripada tercetusnya revolusi ini berlaku. Adakah benar berlakunya revolusi ini

disebabkan oleh pengkhianatan tentera yang rakus berkuasa untuk merampas kuasa dan tidak ada

5 Peter Sluglett, Britain in Iraq 1914- 1932, Hlm 43.

6Sandra Mackey, The Reckoning, Iraq and The Legacy Of Saddam Hussein, Hlm 137.
4

kena mengena dengan perjuangan rakyat ? Pengkajian mengenai persoalan ini sangat penting

kerana revolusi ini merupakan penyebab kepada perubahan daripada segi politik dan ekonomi

yang berterusan sehingga ke hari ini.

2.0 FAKTOR- FAKTOR BERLAKUNYA REVOLUSI IRAQ 1958.

Memang tidak dinafikan bahawa Revolusi Iraq 1958 telah berlaku disebabkan oleh

pengkhianatan tentera yang rakus berkuasa untuk merampas kuasa namun faktor ini bukanlah

faktor yang mutlak dan dominan yang membawa kepada revolusi ini. Revolusi ini juga tercetus

disebabkan oleh banyak faktor – faktor lain yang memungkinkan kejayaan revolusi ini sekaligus

menjatuhkan pemerintahan monarki di Iraq sebelumnya. Hal ini dapat dibuktikan dengan satu

kenyataan yang dikeluarkan oleh Hanna Batatu dalam bukunya The Old Social Classes and the

Revolutionary Movement of Iraq.

“In July 1958, the nation awaited only the catalyst, and it was the army, not one of the parties,

that effected ‘the will of the people’, which is a grandiloquent phase, but it means only ‘what

most people wanted’. Qasim personified the undecided state of the nation agreed about the old

regime but with little notion about the future.7”

Menurut Hanna Batatu, rakyat Iraq hanya menunggu pemangkin sesuai yang membolehkan

kerajaan monarki digulingkan dan ianya muncul dengan gerakan revolusi yang dilancarkan oleh

golongan tentera. Golongan tentera ini dikatakan telah memenuhi hasrat atau harapan rakyat

tempatan Iraq pada ketika itu yang benar – benar menginginkan perkara itu berlaku selama ini.

7 Hanna Batatu, The Old Social Classes and the Revolutionary Movement of Iraq
(Princeton, 1978), Hlm 806.
5

2.1 PERANAN GOLOGAN TENTERA DALAM REVOLUSI IRAQ 1958

Golongan tentera telah memainkan peranan yang penting dalam mencetuskan revolusi Iraq

pada tahum 1958 dan golongan ini mempunyai pengaruh yang besar dalam sistem pentadbiran di

Iraq.Peranan golongan tentera ini jelas dapat dilihat selepas tahun 1932 iaitu pergembangan

dibawah ‘National Service Law’ pada tahun 1934 yang mempunyai hubungan rapat dengan

negara dan puak- puak lain.8 Golongan tentera in telah berkembang dengan mendadak dari 12

ribu kepada 43 ribu ribu antara (1932- 1941) telah menwujudkan satu entiti yang sangat

berpengaruh pada masa itu. Golongan tentera ini bukan sahaja digunakan untuk menyokong

pemberontakan suku kaum di dalam negara ini, namun tentera juga telah menyumbang kepada

beberapa pemberontakan dengan pengerahan tentera di kawasan luar bandar selepas Jun 1935.

Sebagai contoh, Pegawai Kanan tentera yang geram dan mula ingkar akan arahan- arahan yang

diberikan oleh ahli- ahli politik untuk menghentikan kebangkitan pemberontakan. Hal ini kerana

golongan ini merasakan mereka tidak diberikan bekalan senjata yang mencukupi untuk

melakukan tugas mereka, sementara itu Jeneral Bakr Sidqi sendiri mengatakan bahawa tindakan
9
kerajaan memberikan kelonggaran yang melampau kepada pesalah- pesalah puak. Contohnya

pada tahun 1936, Jeneral Bakr Sidqi telah menggerakkan tentera yang dikenali sebagai ‘National

Reform Force’ yang melancarkan pemberontakan untuk mendesak raja untuk menggantikan

8 Roger Oven, Class and Class Politics in Iraq before 1958 : The ‘Colonial and Post –
Colonial State’. Hlm 164.

9 Tarbush, The Role of the Military, Hlm 128.


6

Perdana Menteri Yasin al- Hashimi dengan Perdana Menteri Hikmat Sulaiman. 10 Raja terpaksa

akur dengan desakan tersebut.

Pengaruh golongan tentera ini selanjutnya telah menghasilkan satu fenomena politik yang baru

dengan halatuju politik Iraq yang ditentukan oleh golongan tentera dan bukannya kerajaan

awam. Pada tahun 1950-an, pihak tentera telah terpengaruh dengan pemberontakan yang

dilakukan ‘Free Officer’Mesir pada tahun 1952 lalu menubuhkan gerakan ‘Free Officer’ yang

diketuai oleh Rif’at al- Hajj Sirri. 11Pada tahun 1957, gerakan sulit ini mula aktif diketuai oleh

Bridager Abdul Karim Qassim dan Kolonel ‘Abd Salam Arif selain Sirri sendiri. 12Bridager Abdul

Karim Qassim dan Kolonel ‘Abd Salam Arif telah mengambil keputusan untuk tidak

mengunakan tentera- tentera meraka untuk menentang Syria sebagai tanda protes mereka

terhadap politik Iraq pada masa tersebut. Selain itu, terdapat sekutu- sekutu lain turut menyertai

kumpulan Abdul Karim Qassim seperti pada awal tahun 1956 iaitu Bridager Muhyi al- Din ‘Abd

al- Hamid and Naji Talib termasuklah pemimpin ‘Free Officer’ lain yang menonjol seperti

Leftenan Kolonel ‘Abd al- Karim Farhan dan Leftenan Kolonel Wasfi Tahir.13 Gerakan tentera ini

pada tahun 1958 menegaskan pendirian mereka bahawa Iraq perlu menjadi sebuah negara

republik dan mengatakan bahawa gologan elit lama adalah pengkhianat yang bersekutu dengan

pihak penjajah. Setelah beberapa kali mengubah tarikh untuk melakukan pemberontakan

10Steffan Hemsley Longgrigg, Iraq, 1900 To 1950, A Political, Social, and Economic
History, Hlm 249.

11Hanna Batatu, The Old Social Classes and the Revolutionary Movement of Iraq
(Princeton, 1978), Hlm 772.

12 Juan Romero, The Iraqi Revolution of 1958 : A Revolutionary Guest for Unity and
Security, Hlm 94-101.

13Juan Romero, The Iraqi Revolution of 1958 : A Revolutionary Guest for Unity and
Security, Hlm 95.
7

disebabkan beberapa faktor- faktor yang tertentu, akhirnya Bridager Abdul Karim Qassim

mengambil keputusan untuk menyerang pada waktu malam 13 dan 14 julai 1958. Seramai kira-

kira 3000 tentera menerima untuk bertindak dan hanya mengambil masa beberapa jam sahaja

untuk menawan kerajaan monarki dan seterusnya mengambil alih sistem pemerintahan Iraq

secara rasmi. Qasim telah dirinya dilantik Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, dan berhasrat untuk

menjadikan dirinya pemimpin tunggal iaitu ‘sole leader’.14

2.2 KEBANGKITAN RAKYAT TEMPATAN AKBAT KETIDAKADILAN SOSIO-EKONOMI

IRAQ

“In 1958 the intelligentsia, living mostly around the seat of government or the other big cities,

remote from the few development project and surrounded in Baghdad by the poor immigrants

from the south, could see only the classic face of cruelty and corruption, and that, they saw

was foreign. The local face of both these was yet to come and does not concern us here.”15

Kenyataan berikut telah dikeluarkan oleh Hanna Batatu yang ingin menzahirkan apa yang

dirasai oleh golongan rakyat tempatan yang merasakan diri mereka ditindas dan diainayai oleh

sistem ekonomi Iraq yang diperintah oleh kerajaan monarki. Ekonomi Iraq ini dikuasai oleh

golongan elit yang mana rakyat tempatannya sangat miskin. Masyarakat Iraq terbahagi kepada

dua iaitu golongan aristokrat dan golongan bawahan. Golongan aristokrat terdiri daripada

14Juan Romero, The Iraqi Revolution of 1958 : A Revolutionary Guest for Unity and
Security, Hlm 110.

15Hanna Batatu, The Old Social Classes and the Revolutionary Movement of Iraq
(Princeton, 1978), Hlm 236- 44.
8

golongan pemerintah, bangsawan, tuan-tuan tanah (mallaks) dan pegawai- pegawai british.

Manakala golongan bawahan pula terdiri daripada golongan petani yang miskin. Apabila berlaku

penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh pihak atasan, golongan bawahan akan menerima

kesannya. Sebagai contoh, penyelewengan kuasa dalam pentadbiran ini telah menyebabkan tuan

tanah tidak teragak-agak untuk menindas golongan petani yang mengerjakan tanah mereka dan

tidak ada sebarang hukuman yang dikenakan ke atas mereka.

Sistem ekonomi kapitalis Iraq ini seterusnya mejadi titik tolak kepada kesengsaraan rakyat

tempatan yang kian dihimpit oleh kemiskinan dan kebuluran. Hal ini kerana sistem ekonomi

kapitalis ini hanya melibatkan penguasaan pemodal peribadi yang melibatkan hampir

keseluruhan pertanian di Iraq. Lebih malang lagi dengan kehadiran wabak penyakit dan bencana

alam seperti banjir pada 1831 telah menyebabkan ramai rakyat Iraq meninggal dunia sekaligus

menjejaskan populasi rakyat di Baghdad dari 80 ribu menjunam kepada 27 ribu. Hanna Batatu

dalam bukunya The Old Social Classes and the Revolutionary Movement of Iraqtelah menulis

satu bab yang khusus untuk memberikan gambaran betapa teruknya keadaan sosial Iraq beberapa

dekad sebelum revolusi 1958 bertajuk ‘Shaikhs, Aghas, Peasants’.16Terdapat beberapashaikh di

selatan Iraq yang menjadi tuan tanah yang tamak yang memaksa petani mengerjakan tanah

mereka dan sebagai balasan para petani hanya diberi makan untuk mengelakkan kebuluran

sahaja. Dominasi golongan shaikh sebelum Revolusi Iraq ini menurut Hanna Batatu telah

menjadi alat pengekploitasian rakyat dan merupakan saki- baki era pemerintahan kolonial

British yang merosakkan penduduk Iraq.17

16Hanna Batatu, The Old Social Classes and the Revolutionary Movement of Iraq
(Princeton, 1978), Bab 6.

17Hanna Batatu, The Old Social Classes and the Revolutionary Movement of Iraq
(Princeton, 1978), Hlm 87.
9

Pada tahun 1958, berlakunya perbezaan dari segi hak antara tuan tanah (mallaks) dengan

golongan rakyat biasa dalam pemilikan tanah.Seramai 253 orang tuan tanah telah menguasai

hampir 32.1 juta dunhum tanah pertanian yang di usahakan kira-kira 6.5 penduduk Iraq. Di

antara tuan – tuan tanah yang memiliki tanah yang paling banyak tanah ialah seperti Ahmed Ajil

al- Yawer yang memiliki 295 ribu dunnum tanah di Mosul dan Baghdad dan Muhammad al

Habib al- Amir yang memiliki tanah sebanyak 206 ribu dunnum di wilayah Kut. Majoriti

penduduk Iraq hidup dalam kemiskinan. Mereka bekerja sebagai petani yang merangkumi 98%

jumlah penduduk Iraq.Selebihnya sebanyak 2% terdiri dari golongan tuan tanah yang kaya raya

dengan menguasai 2/3 tanah pertanian di Iraq. Lebih daripada 4/5 keluarga di Iraq yang lansung

tidak mempunyai tanah. Kehidupan petani yang terseksa dengan kekurangan sumber makanan,

sistem kerah tenaga berlebihan dan cengkaman hutang dikenakan oleh tuan tanah.Keperitan

hidup ini menyebabkan rakyat bangkit untuk menggulingkan sistem pemerintahan yang

dirasakan berat sebelah dan kebanyakan rakyat ini adalah salah satu penyumbang kepada

berlakunya revolusi ini.

2.3 POLISI PRO IMPREALIS DAN DASAR LUAR KERAJAAN MONARKI IRAQ

“The gap between Nuri and the people of Iraq has been growing fast and when he goes, it will

not be just Nuri going out of power; it will be the end, or the near end of a phase when British

influence, formerly dominant but steadly declining, clung on the last solid pro- British rock,

Nuri Pasha, while the tide of affairs went on, beyond his control.”18

18 Micheal Ionides, Divide and Lose : The Arab Revolt of 1955-1958 ( London,
1960), Hlm 188-89.
10

Sebelum tercetusnya Revolusi Iraq 1958, Perdana Menteri Iraq iaitu Nuri al- Said merupakan

antara penyokong kuat kepada dasar British dan menyokong segala tindakan British. Nuri al –

Said menganggap British sebagai pelindung kepada kerajaan monarki Iraq untuk

membolehkannya terus memerintah Iraq. Tambahan pula, berlaku situasi apabila Nuri al- Said

berebut kuasa pemerintahan dengan Abdul Al Ilah iaitu bapa saudara Raja Faisal II dan bagi

mencapai kemenangan Nuri telah menjalankan kerjasama yang erat dengan British bagi

mengukuhkan kedudukannya dalam pemerintahan. Pendomominasian British terhadap negara

Iraq yang ‘dihalalkan’ oleh Nuri al- Said ini mendapat tentangan daripada pihak nasionalis

radikal dan pihak tentera sendiri. Hal ini kerana, bagi golongan yang anti- British ini mengatakan

bahawa dominasi British terutama dari segi ekonomi dan dasar luar Iraq ini telah mencabar

kedaulatan Iraq sendiri dan ini tidak dapat diterima oleh golongan ini. 19 Penentangan golongan

ini juga disebabkan oleh pembangunan ekonomi Iraq yang terlalu perlahan dan lembab. 20

Tambahan pula, pihak nasionalis Iraq telah dipengaruhi oleh sistem politik yang berlaku di

Jerman. Sebagai contoh, golongan nasionalis ini telah menjadikan ‘Nationalist Socialist

Germany’sebagai pembakar semangat mereka dalam menentang polisi British dan mereka sangat

yakin Axis akan menang dalam perang.21 Mereka telah terpengaruh dengan propaganda Jerman

yang kebanyakannya datang dari diplomat Jerman seperti Fritz Grobba. Selepas Perang Dunia

Kedua meletus menyebabkan British meminta kerajaan Iraq memutuskan hubungan dengan

negara- negara luar terutamanya Jerman dan meminta sokongan penuh Iraq terhadap British dan

permintaan ini telah dipersetujui oleh Nuri al- Said tanpa sebarang bantahan.

19 Wm. Roger Louis, The British and the Origins of the Revolution, Hlm 41.

20Micheal Ionides, Divide and Lose : The Arab Revolt of 1955-1958 ( London, 1960),
Hlm 119.

21
11

Selain itu juga, dasar luar Iraq yang didalangi oleh Nuri al- Said ini telah menimbulkan

kemarahan rakyat tempatan terutamanya kepada golongan yang menyokong Pan-

Arabisme.Sebagai contoh, Nuri juga telah menandatangani sebuah perjanjian keselamatan pada

1956 dengan pihak British bagi memanjangkan tempoh pendudukan pihak British di bumi Iraq.

Perjanjian ini juga dikenali sebagai Pakatan Baghdad yang merupakan salah satu tindakan Nuri

al- Said yang lebih kepada pro-British. Pakatan Baghdad ini juga turut disertai oleh Iran, Turki

dan Amerika Syarikat pada tahun 1956. Melalui pakatan ini telah meletakkan negara Iraq

merupakan antara negara yang menyokong Blok Barat dan sekaligus menentang Blok Komunis.

Pakatan yang telah dimeterai oleh Iraq ini telah dikritik oleh Gemal Abdul Nasser yang dilihat

sebagai pro-barat dan hal ini bertentangan dengan aspirasi keselamatan bersama negara Arab di

bawah Pan -Arabisme. Oleh hal yang demikian, kebanyakan penglibatan tentera dalam Revolusi

1958 ini banyak dipengaruhi oleh Gemal Abdul Nasser yang mengemukakan Dasar Pan

Arabisme. Beliau merupakan seorang yang sangat anti- barat dan menyeru penyatuan negara-

negara Arab untuk menentang sebarang pendudukan imperialis di wilayah Arab.

2.4 PENGARUH KOMUNIS IRAQ DAN ARAB RADIKAL DALAM REVOLUSI 1958.

Gerakan Komunis di Iraq bermula pada tahun 1930-an lagi. Gerakan ini mula merebak ke

Nasiriyyah, Basra, Baghdad dan bandar-bandar lain. Gerakan ini dimulakan oleh beberapa orang

aktivis yang mengembara ke Moskow dan memasuki Universiti Komunis Toilers Timur

(KUTV), sebuah sekolah latihan Parti Komunis.22 Antara tokoh yang penting ialah Yusuf Salman

Yusuf, Setiausaha Agong ICP antara 1941 hingga 1949 yang juga merupakan siswazah yang

22Hanna Batatu, The Old Social Classes and the Revolutionary Movement of Iraq
(Princeton, 1978), Hlm 411-414.
12

berpengaruh di (KUVT).Hanna Batatu telah menceritakan secara terperinci mengenai

sumbangan pihak Komunis ini di Iraq. Sebagai contoh, pihak Komunis memainkan peranan

penting dalam perjuangan untuk hak-hak kesatuan sekerja. Parti Komunis telah menguasai 12

daripada 16 kesatuan sekerja sisi undang-undang di antara 1944 dan 1945. Draf program mereka

telah ditulis dan dirangka sendiri olehYusuf Salman Yusuf. 23 Parti komunis ini kemudianya telah

menaja kumpulan- kumpulan radikal buruh dan NGOs antaranya ialah seperti Persatuan

Reformasi Popular ( Jam’iyya al –Islah al- Sha’bi ). Golongan- golongan ini telah melancarkan

mogok- mogok awam yang telah melumpuhkan ekonomi Iraq misalnya di Basra pada tahun

1945.

Puak- puak Kurdish ICP juga memainkan peranan penting dalam kepimpinan parti. Dalam

puak Kurdish ada yang mula untuk membangunkan asas atau tapak di kawasan luar bandar

dengan mengambil tuan-tuan tanah tempatan,( Aghas). Parti itu disokong pemberontakan petani

di Arbat, berhampiran Sulaymaniyyah, pada tahun 1947. Pemberontakan telah berlaku selepas

tuan rumah kepada penduduk kampung iaitu Sheikh Latif hanya memberikan satu pertiga

daripada tanaman mereka, bukannya sepuluh jika mengikut adat. Dengan sokongan daripada ICP

bermakna bahawa Sheikh Latif terpaksa berkompromi untuk memenangi sokongan penduduk

bandar di Sulaymaniyyah. Golongan petani tidak lagi terpencil. David McDowell menjelaskan

bahawa Arbat merupakan sesuatu kawasan tadahan air yang mempuyai keunikannya yang

tersendiri dan buat kali pertama dalam sejarah hidup golongan petani, mereka telah mengambil

kelas Agha, yang menunjukkan perubahan yang lebih baik.24 Dalam keadaan yang genting dan

penting ICP datang untuk mewakili harapan generasi. Gerakan besar-besaran yang dijalankan di
23Hanna Batatu, The Old Social Classes and the Revolutionary Movement of Iraq
(Princeton, 1978), Hlm 605.

24D McDowell, A Modern History of the Kurds (London, 2000), Hlm 297.
13

dalamnya menjadi benih-benih cabaran kepada struktur mazhab masyarakat Iraq. Hubungkait

negara dan mazhab adalah yang paling jelas dalam pengecualian bersejarah Syiah majoriti Iraq

dari jentera kerajaan. Salah satu faktor yang menarik Syiah ke dalam Parti Komunis dalam

tempoh ini disebabkan perasaan marah mereka semakin membuak-buak akibat penindasan secara

terus oleh kerajaan. Syiah telah mendominasi sebahagian besar pangkat dan fail parti serta 47

peratus daripada kepimpinannya oleh 1955. Kemuncak kepada golongan penentang ini ialah

pada Febuari 1957, beberapa parti utama ini seperti Parti Istiqlal, NDP, ICP dan Parti Ba’ath

telah bergabung untuk menubuhkan Barisan Bersatu Kerajaan (United National Front) bagi

menentang kerajaan monarki. Hal inilah yang telah menjadi titik tolaknya kepada berlakunya

Revolusi Iraq yang begitu diinginkan oleh setiap lapisan masyarakat di Iraq pada masa itu.

2.5 KECELARUAN IDENTITI QAUMIYYAH DAN WATANIYYAH.

“The two forces of Arab unity and revolution also formed the overarching social and

intellectual framework for the Iraqi society in the 1950s. Both forces operated throughout the

1950s causing revolutionary sentiments to grow over the decade and also continued to

profoundly affect the Iraqi Revolution took. The power of struggle between the proponent of

qaumiyya and wataniyya clearly distracted from the important tasks of building an equitable

society for all Iraqi which the revolutionaries had promised to the country. Arab unity also

destabilized the United Arab Republic and eventualy led to Syria’s secession from the union in

1961.”25

25Juan Romero, The Iraqi Revolution of 1958 : A Revolutionary Guest for Unity and
Security, Intro.
14

Wujud pendebatan yang polemik antara dua konsep masyarakat arab iaitu konsep wataniyyah

dan konsep qaumiyyah. Konsep wataniyyah ini merupakan satu pegangan atau kesetiaan sebagai

seorang yang berbangsa Iraq manakala konsep qaumiyyah pula ialah satu kesetiaan kepada

perpaduan bangsa Arab- Pan Arabisme. Terdapat beberapa regim di Iraq yang berpegang kepada

konsep wataniyyah iaitu dasar yang mengutamakan Iraq terlebih dahulu. Antaranya ialah seperti

Hikmat Sulaiman yang cenderung kepada wataniyyah dan mengadakan hubungan yang rapat

dengan Turki dan Iran terutamanya dalam urusan dasar luar negara Iraq. Hal ini menyebabkan

golongan Pan- Arabisme tidak berpuas hati dan mengkritik tindakannya itu terutamanya

golongan tentera. Pada tahun 1936 telah berlakunya satu pemberontakan dan pemberontakan ini

telah mengukuhkan kedudukan Pan-Palestin. Selepas meletusnya Perang Dunia Kedua 11 pula,

Perdana Menteri Nuri al- Said telah cuba untuk membuat sedikit dengan dasar luar Iraq apabila

beliau cuba untuk menubuhkan Federasi Arab Bersatu. Federasi Arab Bersatu ini dianggotai oleh

Palestin dan Jordan namun malangnya penubuhan federasi ini gagal mencari jalan penyelesaian

dan akhirnya menemui kegagalan. Lebih malang lagi, apabila usaha yang dilakukan oleh Nuri

dianggap sebagai satu konspirasi untuk menghapuskan aspirasi Palestin. Setelah meletusnya

perang Arab Israel pada tahun 1948 dan dalam peperangan tersebut Arab telah mengalami

kekalahan. Sungguhpun begitu, faktor kekalahan Arab ini ada yang mengatakan bahawa

disebabkan oleh Iraq yang dikatakan tidak memberi sepenuh sokongan kepada ketenteraan Arab.

Hal ini mungkin disebabkan oleh Iraq dibawah kerajaan Nuri tersepit antara dasarnya yang pro-

British dan tanggungjawabnya terhadap nasionalisme Arab itu sendiri. Keadaan Nuri boleh

diibaratkan seperti pepatah “ ditelan mati emak, diluah mati ayah” yang pada akhirnya telah

menjadi pencetus kepada penggulingan kerajaan Nuri al- Said.


15

3.0 KESIMPULAN

Begitu banyak yang boleh dipelajari tentang perjalanan pembangunan mengenai era moden

dunia Arab terutamanya negara Iraq sekiranya penelitian secara telus dalam Revolusi Iraq

ini.Revolusi Iraq ini merupakan satu revolusi yang sangat menarik untuk dikaji, hal ini kerana

revolusi ini melibatkan begitu banyak konflik dan permasalahan dari pelbagai aspek seperti

sosial, ekonomi, politik dan psikologi. Di dalam pengkajian revolusi ini merangkumi sumua

lapisan masyarakat dan etnik yang berada di Iraq yang pada masa tersebut mempunyai satu

hasrat yang sama iaitu ingin menggulingkan kerajaan Monarki yang telah banyak menindas

mereka selama pemerintahan Monarki berlansung. Menurut Hanna Batatu yang mengatakan

bahawa negara Iraq sebelum berlakunya Revolusi Iraq ini hanya menunggu satupemangkin

untuk memercikkan api revolusi di Iraq.

“In July 1958, the nation awaited only the catalyst, and it was the army, not one of the parties,

that effected ‘the will of the people’, which is a grandiloquent phase, but it means only ‘what

most people wanted’.26

Seperti yang dinyatakan diatas, jelas mengatakan bahawa golongan tentera telah dikatakan

mendukung hasrat seluruh rakyat Iraq untuk mengulingkan kerajaan Monarki. Namun begitu,

harus diingat bahawa terdapat juga faktor- faktor yang menjadi pencetus kepada terjadinya

revolusi ini seperti faktor ketidakadilan sosio-ekonomi rakyat Iraq, faktor pemerintahan Monarki

yang lemah dan pro- British, faktor kebangkitan golongan komunis dan faktor identiti

nasionalisme Arab. Kombinasi faktor- faktor ini dengan inisiatif yang diambil oleh golongan

tenteralah yang menyebab berlakunya Revolusi Iraq pada 14 Julai 1958.

26Hanna Batatu, The Old Social Classes and the Revolutionary Movement of Iraq
(Princeton, 1978), Hlm 806.
16

4.0 BIBLIOGRAFI

David McDowell. 2000.A Modern History of the Kurds. London.

Hanna Batatu. 1978.The Old Social Classes and the Revolutionary Movement of Iraq. Princeton.

Juan Romero. 2011. The Iraqi Revolution of 1958 : A Revolutionary Guest for Unity and

Security.United Kingdom : University Of Press Of America.

Micheal Ionides. 1960. Divide and Lose : The Arab Revolt of 1955-1958. London : Bles.

Peter Sluglett. 1976. Britain in Iraq 1914- 1932. London : Ithaca Press 13.

Roger Oven. 1991. Class and Class Politics in Iraq before 1958 : The ‘Colonial and Post –

Colonial State’. London.


17

Sandra Mackey. 1937. The Reckoning : Iraq and The Legacy Of Saddam Hussein. New York.

W.N Norton & Company.

Steffan Hemsley Longgrigg. 1953. Iraq, 1900 To 1950 : A Political, Social, and Economic

History, Oxford University Press.

Wm. Roger Louis. 1991. The British and the Origins of the Revolution. London.

You might also like