You are on page 1of 2

1.

Bendahara

Bendahara memegang jawatan yang tertinggi dalam Heirarki kesultanan


Melayu Melaka iaitu selepas Raja. Bendehara memainkan peranan yang
begitu penting dalam susun lapis masyarakat Melayu Melaka. Bendahara
dipertanggungjawabkan melaksanakan pentadbiran dalam organisasi
berkerajaan, tokoh penyokong yang tinggi, penegak kepada konsep daulat,
ketua pentadbir, menyusun ketua tentera ketika berlaku perang, penasihat
raja dan menjadi ketua eksekutif dalam pentadbiran. Pengaruh Hindu-Budha
dalam sistem pembesar ini dapat dilihat melalui gelaran yang diberikan
kepada bendahara ini. Antara gelaran yang diberikan adalah seperti, Seri wak
Raja, Seri Paduka Raja, Seri Maharaja dan Seri Paduka Tuan 1 . Boleh
dikatakan secara ringkasnya bahawa, Bendahara merupakan jawatan yang
paling penting dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka kerana banyak
memainkan peranan yang penting dalam urusan diraja.

1. Penghulu Bendahari

Lapisan yang kedua dalam sistem pembesar dapat dilihat dengan


jawatan Penghulu Bendahari atau lebih dikenali sebagai Ketua Bendahari.
Peranan Penghulu Bendahari ini menjadi orang yang kedua selepas
Bendahara. Tugas utama Penghulu Bendhari adalah bertanggungjawab
menjadi ketua istiadat dan acara rasmi diraja, ketua kepada Syahbandar,
mengendalikan hamba-hamba diraja serta menjadi hulubalang kerana pintar
dalam peperangan 2 . Penghulu Bendahari juga terlibat dengan aktiviti
ketenteraan. Sebagai contoh, semasa ingin menundukkan Kampar, Sultan
Mansor Syah menitahkan Penghulu Bendahari Seri Nara Diraja Tun Tahir
menjadi ketua angkatan Perang Melaka 3 . Jelas menunjukkan bahawa,

1 Muhammad Yusof Hasyim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka,
1990, hlm 170.
2 Ibid, Hlm 173
3 Muhammad Yusoff hasyim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka,
1989, Hlm 173.
Penghulu Bendahari juga berperanan dalam pelbagai aspek sehingga meliputi
bidang ketenteraan.

2. Temenggung

Peranan temenggung pada zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah


menjaga hal ehwal awam Melaka. Mengikut istilah pada zaman kini,
Temengung dianggap sebagai ketua polis negara. Temenggung
melaksanakan tugas seperti ketenteraan, menjaga keamanan dan
keselamatan negeri, menyelesaikan kes-kes jenayah, menentukan
undang-undang agar berjalan dengan sempurna dan menjadi pengiring Raja
apabila berangkat menaiki Gajah.

3. Laksamana

Laksamana merupakan jawatan terakhir dalam sistem pembesar empat


lipatan. Laksamana memainkan peranan sebagai pengawal protokol dan
kedutaan, berkuasa dalam bidang ketenteraan sama ada didarat dan dilaut.
Selain itu, Laksamana juga harus menajdi ahli pengutus, pengawal dan
pemerhati perjalanan protokol kerajaan. Sebagai Contoh, laksamana Hang
Tuah yang merupakan seorang laksamana berwibawa dan telah berkhidmat
dibawah tiga sultan serta membantu melaka dalam meluaskan empayar
melaka bersama tun perak4.

4 Mohd Jamil Mukmin, Melaka Pusat penyebaran Islam di Nusantara, Melaka: Institusi Kajian Sejarah dan
Patriotisme Malaysia (IKSEP), 2004, Hlm 66.

You might also like