You are on page 1of 12

KOD SUBJEK: HSA 3033

NAMA KURSUS: ASIA TENGGARA ABAD KE-19

NAMA PENSYARAH: DR RABAAH BINTI ABDULLAH

TAJUK TUGASAN

HURAIKAN BENTUK SISTEM EKONOMI MASYARAKAT DI ASIA


TENGGARA PADA ZAMAN TRADISIONAL

NAMA PELAJAR NOMBOR MATRIK

MOHD ASLAN BIN MARKUS D20161074316

MOHAMAD FARID BIN MD DARIS D20161074276

NUR ANISSA AIN BINTI MD NASIR D20161074315

NOR FATIN AQIRAH BINTI MOHD D20161074318


SOFFIE

UMI NAZIHAH BINTI SUHAIMI D20161074314

SARAH ALISSA BINTI CHE RASID D20161074351

HELLIS CHAN KIM SING D20161074460


PENGENALAN

Asia Tenggara merupakan sebuah kawasan yang terletak di bahagian tenggara rantau
Asia. Istilah Asia Tenggara ataupun dalam bahasa inggerisnya disebut sebagai
“Southeast Asia” mula diguna pakai semasa pihak barat mula menjajah
kawasan-kawasan dan negara yang terlibat seperti Indonesia, Thailand, Myanmar
ataupun turut dikenali sebagai Burma, Vietnam, Laos, Kemboja dan Filipina.

Sebelum kedatangan pihak barat untuk menjajah dan menakluki


kawasan-kawasan yang dinyatakan, penduduk Asia Tenggara mempunyai sistem
ekonomi mereka yang tersendiri yang dijalankan semasa zaman tradisional. Zaman
tradisional dalam konteks Asia Tenggara Abad ke-19 ini bermaksud zaman di mana,
pihak penjajah belum memasuki kawasan ini dan melakukan pelbagai pembaharuan
iaitu sekitar awal dan pertengahan abad ke-19. Terdapat dua bentuk sistem ekonomi
utama yang dijalankan oleh masyarakat di Asia Tenggara semasa zaman tradisional
iaitu sistem ekonomi sara diri atau hidup dan sistem ekonomi komersial. Setiap sistem
ekonomi tersebut mempunyai kegiatan ekonomi tersendiri. Sebagai contohnya, bagi
sistem ekonomi sara diri kegiatan pertanian, perdagangan dan penternakan dilakukan
oleh para penduduk di beberapa buah negara, misalnya negara Siam atau Thailand
yang merupakan pengeluar utama beras di Asia Tenggara.

Bagi bentuk ekonomi sistem komersial pula, kegiatan seperti mengeksport hasil
tanaman dan perlombongan telah dijalankan, seperti di negara Vietnam yang
menghasilkan gendang gangsa. Penulisan ini akan membincangkan secara lebih
terperinci mengenai bentuk sistem ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat di Asia
Tenggara semasa zaman tradisional.
SISTEM EKONOMI SARA DIRI

Menurut Sarjana J.M Gullick., menyatakan bahawa sistem ekonomi sara diri
merupakan bentuk ekonomi yang hanya mampu untuk menghasilkan sumber
pengeluaran untuk diri dan keluarga.1 Selain itu, ekonomi sara diri membawa maksud
hasil daripada sesuatu aktiviti ekonomi yang tidak bertujuan untuk dijual atau
diperdagangkan sebaliknya lebih kepada kegunaaan peribadi.

Semasa zaman tradisional di Asia Tenggara, iaitu pada abad ke-7 hingga awal
abad ke-19, masyarakat di rantau ini menjalankan kegiatan ekonomi yang berbentuk
sistem ekonomi sara diri iaitu dengan melakukan aktiviti pertanian, penternakan,
menangkap ikan, mengumpul hasil hutan dan sebagainya. Sistem ekonomi sara diri
ini tidak memerlukan modal, buruh dan tanah yang luas sebagai faktor
pengeluarannya. Teknologi yang digunakan pada masa itu adalah paling asas dan
bersifat primitif. Disebabkan oleh itu, lebihan hasil yang dikeluarkan oleh para petani
adalah terhad. Namun, aktiviti pertanian merupakan aktiviti yang paling terkenal
dijalankan oleh masyarakat di Asia Tenggara. Pertanian yang dijalankan adalah
penanaman padi. Penanaman padi dijalankan secara sara diri dan ianya ditanam hanya
untuk keperluan diri dan keluarga sahaja. Sekiranya terdapat lebihan, beras akan
ditukarkan dengan barang keperluan lain iaitu melalui sistem barter.

Kegiatan ini telah dijalankan secara meluas terutama di kawasan seperti Sungai
Mekong yang terletak di negara Thailand atau Siam dan Vietnam, Sungai Irrawaddy
yang terletak di Burma dan Sungai Chao Phraya yang terletak di negara Kemboja.
Selain daripada kawasan tersebut, aktiviti penanaman padi juga turut terdapat di
negara Indonesia. Kawasan yang paling popular bagi aktiviti tersebut adalah di Pulau
Jawa.2 Hal ini disebabkan oleh faktor geografi dan cuaca di Asia Tenggara yang
secara umumnya mengalami panas dan lembap sepanjang tahun telah menyumbang
kepada ke arah mengusahakan pertanian.3

1 Uqbah Iqbal, and Nordin Hussin, and Ahmad Ali Seman, (2015) Sejarah perkembangan ekonomi Semenanjung
Tanah Melayu dan sifat ekonomi masyarakat Melayu era pra-kolonial. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun
Melayu (Iman), 3 (2). pp. 95-119. ISSN 2289-1706
2 Tri Haryanto, Basri Abdul Talib & Norlida Hanim Mohd Salleh, 2016, Kecekapan Teknikal Pertanian Padi di

Indonesia:Kajian di Pulau Jawa, Jurnal Ekonomi Malaysia 50(2) 2016 143 – 154.
3 A.J.F.West & J.Rose,1969, Asia Tenggara dengan Malaysia dan Singapura, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka, hlm 22
Selain itu, kawasan tempat tinggal masyarakat Asia Tenggara pada waktu itu
misalnya lebih tertumpu di kawasan subur seperti lembah sungai dan kaki-kaki bukit.
Perkara ini diperkukuhkan lagi dengan bukti di mana, kawasan selatan Vietnam
misalnya, masyarakat yang tinggal di sana telah melakukan suatu usaha untuk
mengubah Sungai Mekong menjadi sebuah pagar bakau dan terusan air bagi membuat
padi menjadi lebih subur pada tahun 1860 iaitu sebelum kedatangan Perancis ke
negara tersebut untuk menjajah.4

Manakala di negara Indonesia terutama di kawasan Pulau Jawa, sememangnya


aktiviti penanaman padi di kawasan bukit merupakan kegiatan utama masyarakat di
kawasan tersebut pada zaman tradisional. Hal ini kerana, penanaman padi di kawasan
bukit ini tidak memerlukan kuantiti air yang banyak. Selain daripada penanaman padi,
turut juga dijalankan penanaman kopi dan rempah.5

Kegiatan penanaman padi yang dijalankan di kawasan-kawasan Asia Tenggara


ini adalah menggunakan semaian basah semasa zaman tradisional ini. 6 Kaedah
tersebut merupakan cara utama bagi para penduduk untuk mengekalkan kesuburan
tanah dan mendapatkan hasil yang banyak. Penanaman padi akan mengeluarkan hasil
utama iaitu beras. Beras pula merupakan sumber makanan primer semasa zaman
tradisional di rantau Asia Tenggara.

Seterusnya, negara Vietnam misalnya pertanian sara diri mereka amat bergantung
kepada sistem parit dan tali air yang dibina untuk mengawal banjir daripada berlaku
dan mampu merosakkan tanaman mereka.7 Buktinya dapat dilihat di Sungai Koi.
Masyarakat di Vietnam juga menggunakan najis manusia dan binatang untuk
digunakan dalam aktiviti pertanian mereka kerana mampu untuk menyuburkan
tanaaman dan mengeluarkan hasil yang lebih banyak.8 Keadaan ini bertepatan dengan
cara hidup seharian masyarakat Vietnam yang mengguna semula bahan-bahan
buangan semaksimum mungkin. Selain daripada Sungai Koi, kawasan pertanian
utama yang lain termasuklah Lembah Mekong, Delta Sungai Merah di Tongking.
Lembah Sungai Mekong merupakan antara kawasan pertanian yang utama dan
dianggap mempunyai sejarah pertanian yang sangat lama. Kawasannya sangat subur
4 Milton Osborne, 2000, Southeast Asia An Introductory History, Australia : National Library of Australia, hlm.82
5 Ibid.hlm 84
6 Mary Somers Heidhues, 2000,Souteast Asia: A Concise History, (Temples and Rice), Thames&Hudson Ltd,

London, hlm.35
7 Abdullah Zakaria Ghazali, 2000, Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur 1800-1963, Hlm., 133
8 Gilbert Khoo, 1978, Asia dalam perubahan, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books, Hlm., 458.
terutama kesan daripada limpahan lumpur Sungai Mekong menyebabkan ia menjadi
kawasan tumpuan penduduk. Sungai-sungai ini juga menjadi kawasan perikanan yang
penting. Sebagai masyarakat yang bergantung kepada ekonomi sara diri, maka aktiviti
pertanian dan perikanan dilaksanakan secara beriringan.

Manakala negara Kemboja pula, kegiatan ekonomi sara diri utama yang
diamalkan adalah penanaman padi. Masyarakat yang terlibat dalam aktiviti ini adalah
masyarakat Khmer.9 Namun, penanaman padi yang dihasilkan di Kemboja hanya
untuk kegunaan peribadi sahaja kerana pengeluarannya yang terhad. Hal ini
disebabkan mereka cuma bergantung kepada satu saliran sahaja untuk mengalirkan air
ke sawah padi.

Negara Laos juga pada masa ini mengamalkan aktiviti tanaman padi yang
melibatkan kelompok majoriti dan juga minoriti. Bagi kelompok majoriti Laos, padi
ditanam dilegeh yang mempunyai sistem pertaniannya tersendiri, sementara kaum
minority mengerjakannya secara ladang. 10 Di samping itu, rakyat Laos juga
menternak kerbau, khinzir dan juga ayam serta itik.

Seterusnya, aktiviti perdagangan juga merupakan bentuk ekonomi tradisional


yang diamalkan di Asia Tenggara. Aktiviti perdagangan ini muncul di negara-negara
Asia Tenggara antara abad ke-17 dan abad ke-19 yang mana secara tidak langsung telah
memberi gambaran mengenai perkembangan ekonomi sebelum berlakunya penjajahan
oleh kuasa barat. Sistem ekonomi perdagangan pula merupakan unsur yang amat
penting dalam ekonomi Asia Tenggara. Kegiatan ini berkembang kerana sebahagian
besar Asia Tenggara bersifat kepulauan, maka kegiatan pelayaran telah mewujudkan
aktiviti perdagangan. Terdapat beberapa negara yang telibat dalam perkembangan dan
kemajuan yang pesat dalam perdagangan sehinggakan faktor perdagangan itu sendiri
menjadi tujuan utama pihak barat untuk berusaha menguasai Asia Tenggara.

Salah satu kawasan Asia Tenggara yang terlibat dengan perdagangan ialah
Ayudhya. Ayudhya merupakan ibu kota kerajaan Siam sejak tahun 1350/1, walaupun
terletak di kawasan “pedalaman”, tetapi Ayudhya ditubuhkan dengan kefahaman
pentingnya perdagangan kepada golongan pemerintah dan bukan untuk menguasai

9 David Chandler,1996, A History of Cambodia, Thailand : Trasvin Publications Limited Partnership, hlm 100
10Abu Talib, 1989, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara 1800 – 1970-an, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm 56.
11
hasil golongan petani semata-mata. Pada ketika ini telah wujud hubungan
perdagangan dengan beberapa kuasa asing. Walau bagaimanapun, penglibatan mereka
adalah sangat kecil dan tidak menimbulkan tekanan-tekanan politik dan sosioekonomi
ke atas kerajaan Siam. Hubungan Siam-China seperti mana yang digambarkan oleh
orang Teochew sebenarnya bukan sahaja sekadar ikatan perdagangan,tetapi lebih
daripada itu.12

Sekitar abad ke-19, masyarakat Siam telah mengalami perubahan yang besar
disebabkan faktor luaran seperti kemasukan buruh Cina dan perubahan sistem cukai.
Perhubungan perniagaan antara Ayudhya dan wangsa Manchu yang dilakukan oleh
Raja Thaksin pada tahun 1776 hingga 1877 bagi mendapat bahan-bahan binaan, alat
senjata dan pekerja-pekerja mahir untuk ditukarkan dengan beras dan kayu untuk
membangunkan Siam dengan menggunakan perdagangan dan buruh dari China. 13
Secara tidak langsung, rakyat di Negara tersebut akan terlibat sebagai pengeluar
barangan untuk dieksport ke Negara luar. Hal ini menyebabkan rakyat telah terlibat
secara langsung sebagai pengeluar barangan untuk dieksport.

Kemunculan Ayudhya ini menunjukkan corak perdagangan baru yang lebih


kepada pengumpulan hasil pengeluaran tempatan selain daripada kemudahan
perniagaan yang ditawarkan oleh rantau sejak abad ketujuh. Selain itu, Ayudhya bukan
sahaja muncul sebagai pelabuhan, malah sebagai pusat pengeluaran kawasan
pedalaman seperti hasil hutan dari Kemboja, Laos, Lanna Thai dan Pagan. 14
Pelabuhan-pelabuhan Siam ini juga merupakan tempat-tempat penting pada masa itu.
Ini kerana kapal Portugis yang akan belayar ke China dapat berteduh pada musim angin
monsun timur laut apabila Laut Chian Selatan menjadi tidak selamat untuk berlayar.15

Dari sudut hubungan luar, Siam juga berdagang dengan pusat kuasa lain seperti
Segenting Kra dan Nusantara. Ayudhya telah merekodkan pengimport barang-barang
seperti kain dari Gujerat dan lada dari Sumatera dan menjualnya kepada

11 Kobkua Suwananthat Pian, 2003, Asia Tenggara: Hubungan Tradisisonal Serantau, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, Hlm. 13
12 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd.Dali, Azhar Hj. Mad Aros & Suffian Mansor, Sejarah Asia

Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963, Hlm., 165.


13Abu Talib Ahmad, 1991, Sejarah Asia Tenggara Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

Hlm., 16.
14 Kobkua Suwananthat Pian, Asia Tenggara: Hubungan Tradisisonal Serantau, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

dan Pusataka, Hlm., 46.


15 D.G.E Hall, 1968, Sejarah Asia Tenggara, London : MacMillan, Hlm., 294.
pelabuhan-pelabuhan di pantai Tanah Besar. Ayudhya merupakan pusat mengumpul
bahan-bahan pengeluaran seperti beras, bahan makanan, gading, lac dan sebagainya.16

Seterusnya Filipina turut menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari China,


Jepun, Siam dan Kemboja. Filipina juga berperanan menjadi pusat pengumpulan
barang dagangan sebagai contohnya, segala hasil sutera dan rempah ratus akan
dikumpulkan terlebih dahulu sebelum dikirimkan ke Acapulco. Filipina bertindak
sebagai gerbang perdagangan Amerika-Sepanyol menyebabkan pengaliran wang
Amerika ke Filipina. Kapal-kapal Sepanyol dari pelabuhan Acapulco di Mexico
membawa ke Manila wang dan jongkong perak bagi membolehkan mereka membeli
kain sutera, baldu, tembikar, gangsa-gangsa dan batu permata dari China.17

Disebabkan Filipina tidak mempunyai rempah atau emas dan perak, keadaan telah
menyebabkan Filipina perlu untuk mengadakan perdagangan dengan negeri-negeri
China dan Jepun untuk dapat berdiri sendiri. Ekonomi Filipina pada masa itu hanya
bergantung kepada kapal-kapal di Manila yang secara tidak langsung membolehkan
Manila mempunyai pelabuhan-pelabuahan cantik dan yang berhampiran dengan sawah
padi di Luzon Tengah untuk mengekalkan kedudukannya sebagai pusat perdagangan
pulau-pulau tersebut.18

16 ibid hlm 47
17 D.G.E Hall, 1968, Sejarah Asia Tenggara, 1979, Hlm., 300.
18 ibid hlm 300
EKONOMI KOMERSIAL

Ekonomi komersial merupakan kegiatan ekonomi yang bukan hanya tertumpu kepada
memenuhi keperluan hidup seperti sistem ekonomi sara diri, tetapi ia diperlukan
sebagai asas didalam pertukaran atau penjualan barangan. Ekonomi komersial
merupakan satu sistem yang mementingkan keuntungan. Ekonomi komersial ini
melibatkan penggunaan sistem matawang bagi urusan jual beli. Secara umumnya,
sistem ekonomi komersial mempunyai dua tahap iaitu tahap pertama dikenali sebagai
ekonomi komersial tradisional yang mana dilakukan zaman-berzaman terutama dalam
perdagangan.19 Manakala tahap kedua pula sebagai tahap komersial yang dibawa
oleh pengaruh Barat. Namun untuk penulisan ini, skop hanya dibincangkan tentang
tahap pertama dimana ekonomi komersial tradisonal. Kegiatan yang terdapat dalam
ekonomi komersial tradisional antaranya ialah perdagangan, perlombongan, pertanian
dan perusahaan.

Kegiatan ekonomi komersial ini dimonopoli oleh golongan pemerintah seperti


raja dan pembesar. Hal ini kerana, ianya bersifat untuk mendapatkan keuntungan.
Kegiatan ekonomi komersial ini berlaku pada sekitar abad ke 14 dan abad ke 15 di
Asia Tenggara. Lada merupakan tanaman komersial yang paling bernilai antara abad
ke-15 dan ke-18. 20 Pada mulanya ia bersifat tradisional dan terikat di bawah
kekuasaan pemerintah.

Jika dilihat pada kegiatan ekonomi komersial ini, ianya lebih menjuruskan
kepada lebihan pengeluaran yang mana barangan yang dihasilkan akan dijual ke luar
atau dalam erti kata lain terdapat aktiviti eksport import melibatkan negara luar.
Perkembangan kegiatan ekonomi komersial ini lebih tertumpu kepada kegiatan
perdagangan dan juga perlombongan.21 Kegiatan-kegiatan lain seperti penternakan,
mengumpul hasil hutan dan pertanian telah didagangkan apabila pemerintah yang
mengusahkan kegiatan ini mula untuk mencari keuntungan. Misalnya penanaman padi
yang merupakan kegiatan pertanian dilakukan secara kecil-kecilan untuk keperluan
penduduk setempat secara harian. Namun, lebihan dari hasil pertanian ini dieksport ke
negara luar yang memerlukan. Seperti yang berlaku di antara Siam, Burma, dan

19 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharuddin Mohd Dali, Azhar Hj. Mad Aros & Suffian Mansor, Sejarah Asia
Tenggara, Selatan dan Asia Timur 1800-1963, 2000, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, di akses pada 29 September
2017 di https://books.google.com hlm 141.
20 Tan Pek Leng, 2004, Sejarah Asia Tenggara Moden, Pulau Pinang: Pusat Pengajian Jarak Jauh USM, Hlm., 63
21 Ibid, hlm 142.
Kampuchea yang menjual atau memperdagangkan beras ke negara sekitar Asia
Tenggara terutamanya di Pulau Jawa pada awal abad ke 15. 22 Hal ini jelas
menunjukkan bahawa kegiatan pertanian mula berkembang apabila lebihan ini
didagangkan ke negara luar. Perubahan ketara mula dikesan apabila kegiatan
perdagangan yang melibatkan hasil pertanian, pengumpulan hasil hutan dan
penternakan ini mula melibatkan sistem penggunaan cukai, sistem timbangan yang
mana sudah terdapat penggunaan matawang untuk urusan jual beli. Seperti di Burma
sistem cukai telah diamalkan sejak abad ke 11 lagi dimana para petani di arah untuk
membayar cukai kepada pemerintah. 23 Sistem percukaian di Burma ini dimana
pemerintah sebanyak 60 sehingga 80% daripada cukai yang dikutip oleh pembesar ini
telah diserahkan kepada raja. Terdapat beberapa golongan pemerintah yang
menggunakan cukai tersebut untuk membina sistem pengairan dan perparitan yang
sistematik supaya pada musim hujan tidak berlaku banjir yang boleh merosakkan
tanaman penduduk negara tersebut. Hal ini boleh dilihat berlaku di Burma juga dalam
pembinaan satu sistem pengairan yang hebat dan membolehkan masyarakat Khmer
menghasilkan jumlah hasil tanaman sara diri yang tinggi walaupun berlaku musim
hujan monsun24. Antara sistem pengairan yang telah dibina iaitu empangan reseau
hydraulique. Sistem ini membolehkan pengairan air ke sawah-sawah dengan kawalan
kadar yang bersesuaian dengan musim dan akan berubah apabila tiba masanya.

Selain dari sistem cukai yang digunakan untuk mengaut keuntungan dari petani
dan membaiki saliran, sistem lain turut diperkenalkan juga misalnya sistem tanah
yang diamalkan di Indonesia yang mana petani akan mengusahakan tanah dan hasil
tersebut dibahagikan kepada dua iaitu kepada tuan tanah dan juga kepada petani.25
Selain itu, dapat dilihat di kawasan Tonkin dan Annam sebelum kedatangan barat
dimana kawasan ini mempunyai tradisi iaitu dengan memiliki tanah sendiri seperti

22 Makalah Perbadingan Sistem Ekonomi? Sejarah dan Perkembangan Kapatalisme di Indonesia, di akses pada
24 September 2017 di https://karyatulisanilmiah.com
23 Abu Talib Ahmad, 1991, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, 1991, hlm 40
24 D.G.E Hall, 1968, Sejarah Asia Tenggara, London : MacMillan, Hlm., 163
25 Makalah Perbadingan Sistem Ekonomi? Sejarah dan Perkembangan Kapatalisme di Indonesia, di akses pada

24 September 2017 di https://karyatulisanilmiah.com


sistem tanah yang digunakan di China. Saiz tanah juga telah dihadkan oleh
pemerintah.26

Kegiatan ekonomi komersil juga turut dikesan apabila perdagangan ini


melibatkan aktiviti perlombongan. Aktiviti perlombongan yang dijalankan di kawasan
Asia Tenggara ini seperti di Vietnam telah menghasilkan gendang gangsa di Dongson,
Vietnam yang mana gangsa dan besi menjadi bahan utama dalam pembuatan
barangan tersebut.27 Penemuan gendang gangsa di Siam telah membuktikan bahawa
terdapat aktiviti perdagangan diantara Vietnam bersama Siam.

Kegiatan ekonomi komersial ini juga dapat dilihat apabila kegiatan perdagangan
berkembang pesat seiring dengan pembukaan kawasan-kawasan pelabuhan di Asia
Tenggara dimana pelabuhan ini dijadikan tempat persinggahan bagi laluan
kapal-kapal dagang. Buktinya, pelabuhan di wilayah Jawa dijadikan pelabuhan bagi
laluan perdagangan rempah seperti lada hitam 28. dimana pelabuhan ini dijadikan
tempat untuk Kegiatan pertanian pula didapati menjadi semakin rancak apabila
adanya Sungai Mekong dan Delta Merah di Vietnam, serta Sungai Irrawady di Siam
yang mana menjadi laluan perdagangan dan pengairan kawasan pertanian.29

Kegiatan komersial ini mengalami perkembangan apabila bermulanya


pengeluaran barang ke luar negara yang mana terdapat penggunaan sistem matawang
dalam aktiviti jual beli. Sistem ekonomi komersial lebih kepada kegiatan perdagangan
kerana melibatkan negara luar. Sistem ekonomi komersial pada zaman tradisional di
monopoli oleh golongan pemerintah dan hanya berkembang apabila melibatkan
perdagangan dengan negara luar.

26 Donald W. Fryer PH.D, 1979, Asia Tenggara Yang Sedang Membangun Suatu Kajian Mengenai
Perkembangan dan Sebaliknya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia,
Hlm., 101.
27 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharuddin Mohd Dali, Azhar Hj. Mad Aros & Suffian Mansor, Sejarah Asia

Tenggara, Selatan dan Asia Timur 1800-1963, 2000, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, di akses pada 29 September
2017 di https://books.google.com hlm 142
28 Anthony Reid, Asia Tenggara Dalam Kurun Niaga 1450-1680 Jilid 1: Tanah di Bawah Angin, Yayasan pustaka

Indonesia, 2014, Diakses pada 10 oktober 2017 di


https://books.google.com.my/books?id=bh8aDAAAQBAJ&pg=PR24&lpg=PR24&dq=sistem+tanah+di+asia+ten
ggara&source=bl&ots=tN2dUEOm8J&sig=FaCXPDT1mNxc9RE34wkNFoHblOU&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v
=onepage&q=sistem%20tanah%20di%20asia%20tenggara&f=false
29 Adnan Jusoh, 2014, Gendang Dongson di Semenanjung Malaysia Asal Usul dan Signifikan, Batu Pahat, Johor:

Universiti Tun Hussin Onn di akses pada 30 September 2017 di https://www.reasearchgate.net


KESIMPULAN

Kesimpulannya, sebelum kedatangan penjajah Asia Tenggara telah mempunyai


sistem ekonominya sendiri. Sistem ekonomi bercorak tradisi ini kemudiannya
bertukar kepada komersial dan lebih menjadi maju. Tetapi kebanyakan daripada
sistem ekonomi ini adalah bersifat tradisional dan terikat dengan pemerintah.
Terdapat beberapa cukai yang dikenakan oleh pemerintah dalam sistem ekonomi
tradisional ini. Hasil bumi yang banyak di Asia Tenggara telah mendatangkan banyak
manfaat kepada kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara.
BIBLIOGRAFI

Abdullah Zakariah Ghazali, Azharudin Mohamed Dali, Azhar Mad Aros dan Suffian
Mansor, 2000, Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan Dan Asia Timur 1800-1963,
Kuala Lumpur: Fajar Bakti sdn.Bhd.
Abu Talib Ahmad, 1989, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka
Adnan Jusoh, 2014, Gendang Dongson di Semenanjung Malaysia Asal Usul dan
Signifikan, Batu Pahat, Johor: Universiti Tun Hussin Onn di akses pada 30
September 2017 di https://www.reasearchgate.net
A.J.West & J.Rose, 1969, Asia Tenggara dengan Malaysia dan Singapura, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Anthony Reid, Asia Tenggara Dalam Kurun Niaga 1450-1680 Jilid 1: Tanah di
Bawah Angin, Yayasan pustaka Indonesia, 2014
David Chandler,1996, A History of Cambodia, Thailand : Trasvin Publications
Limited Partnership
D.G.E Hall, 1979, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
D.J.M.Tate, 1980, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara, Jilid Kedua Perubahan
Ekonomi dan Sosial, Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Donald W. Fryer PH.D, Asia Tenggara Yang Sedang Membangun Suatu Kajian
Mengenai Perkembangan dan Sebaliknya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia, 1979
Gilbert Khoo & Dorothy,1978, Asia dalam perubahan, Kuala Lumpur : Heinemann
Educational Books (Asia) Ltd.
Kobkua Suwananthat Pian, 2003, Asia Tenggara: Hubungan Tradisisonal Serantau,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Milton Osborne, 2000, Southeast Asia An Introductory History, Australia : National
Library of Australia
Tan Pek Leng, 2004, Sejarah Asia Tenggara Moden, Pulau Pinang: Pusat Pengajian
Jarak Jauh USM
Uqbah Iqbal, and Nordin Hussin, and Ahmad Ali Seman, (2015) Sejarah
perkembangan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu dan sifat ekonomi masyarakat
Melayu era pra-kolonial. JurnalAntarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman),
3 (2). pp. 95-119. ISSN 2289-1706
Tri Haryanto, Basri Abdul Talib & Norlida Hanim Mohd Salleh, 2016, Kecekapan
Teknikal Pertanian Padi di Indonesia:Kajian di Pulau Jawa, Jurnal Ekonomi
Malaysia 50(2) 2016 143 – 154.

You might also like