You are on page 1of 8

Kesan Perlaksanaan Dasar Etika.

Kesan yang muncul akibat daripada perlaksanaan dasar etika dapat dibahagikan
kepada tiga, iaitu politik, ekonomi dan sosial. Antaranya ialah:

1. Politik

Pada tahun 1905, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Awam Belanda De Graaf


telah mengemukakan cadangan untuk mengindonesiakan jawatan-jawatan
kerajaan. Majlis Bandaran (Tempatan) yang pertama ditubuhkan pada tahun
1905 di Bandung, Betawi dan Jati Negara. Peraturan kampung De Graaf tahun
1906 telah membuka kepada penubuhan majlis kampung yang tediri daripada
ketua kampung, pembesar-pembesar kampung serta satu perhimpunan
kampung. Majlis daerah yang pertama ditubuhkan pada tahun 1909 di kawasan
penanaman tembakau di Sumatera Timur. Menjelang tahun 1918, sudah
terdapat 32 majlis bandaran, 25 majlis daerah. 1 Walau bagaimanapun, majlis-
majlis ni gagal mencapai matlamatnya akibat campur tangan Belanda. Selain itu,
Belanda mempunyai kuasa mutlak ke atas keputusan majlis. 2/3 dari ahlinya
dicalonkan dan hanya ahli-ahli Belanda yang dipilih. Akibatnya, majlis-majlis ini
hanya bertindak sebagai badan penasihat yang mempunyai kuasa amat terhad.
Majlis-majlis ini hanya berkuasa ke atas perkara-perkara yang kurang penting
seperti jalan raya, kerja raya, taman dan sebagainya. Manakala, perkara-perkara
penting seperti polis, kewangan, kesihatan, pelajaran dan sebagainya masih lagi
di bawah kekuasaan Belanda.

Pada tahun 1916, Belanda menubuhkan majlis rakyat yang dikenali


sebagai Volksraad. Persidangan pertama telah diadakan pada Mei 1918. Walau
bagaimanapun, Volksraad juga gagal mencapai matlamatnya akibat campur
tangan Belanda. Pihak Belanda masih lagi mempunyai kuasa mutlak ke atas
keputusan Volksraad. Sehingga tahun 1928, majoriti anggota Volksraad terdiri
daripada orang-orang Belanda. Buktinya pada tahun 1928, anggota Volksraad
ialah 30 orang Belanda, 25 orang Indonesia dan 5 bangsa lain (Cina).
Perlaksanaan Dasar Etika juga telah mengakibatkan kebangkitan dan
perkembangan nasionalisme Indonesia. Perkembangan pelajaran Barat telah
melahirkan elit-elit politik yang telah terpengaruh dengan idea liberal Barat

1 Vickers, Adrian, A History of Modern Indonesia, Cambridge University Press, 2005,


hlmn.80.
seperti demokrasi, sosialisme, komunisme dan sebagainya. 2 Golongan ini tidak
berpuas hati dengan pentadbiran Belanda yang mengamalkan diskriminasi dan
gagal menyediakan pekerjaan yang sesuai untuk mereka. Golongan ini telah
membekalkan pimpinan dalam gerakan nasionalisme Indonesia. Antara mereka
ialah Sukarno, Hatta, Syahrir, Amir Syarifuddin dan Semaun. Di bawah Dasar
Etika, Belanda bertoleransi terhadap pergerakan nasionalisme Indonesia. 3
Toleransi Belanda telah membolehkan nasionalis-nasionalis mengatur kegiatan
mereka. Akibatnya lahirlah parti-parti politik seperti Budi Utomo di bawah Dr.
Wahidin Sudiro Usodo, Sarekat Islam di bawah Omar Said Tjokroaminoto, Parti
Komunis Indonesia (PKI) di bawah Semaun.

2. Ekonomi

Dalam bidang ekonomi, langkah-langkah yang dijalankan bertujuan untuk


meninggikan taraf hidup rakyat Indonesia yang tertindas akibat perlaksanaan
Sistem Kultur dan Dasar Etika. Pada tahun 1905, Belanda menubuhkan Jabatan
Pertanian di Betawi dan penubuhan ini telah menghasilkan hasil tanaman
tempatan khususnya tanaman bagi sumber makanan. Walau bagaimanapun,
pertambahan hasil tanaman tersebut tidak seimbang dengan pertambahan
penduduk, terutamanya di Jawa. Sebagai contoh, penduduk Jawa yang berjumlah
29.9 juta orang pada tahun 1905 telah meningkat kepada 40.9 juta orang pada
tahun 1930.4 Kerajaan juga menggalakkan perhutanan, perikanan, tanaman baru
dan menambahkan kemudahan pengairan. Pada tahun 1905, 40 juta guiders
dibelanjakan untuk memajukan ekonomi Jawa san Madura.

Selain itu, banyak jalan raya dan jalan keretapi telah dibina di untuk
kepentingan ekonomi khususnya bagi membuka kawasan ladang serta
perlombongan dan mengangkut hasil. Perlaksanaan Dasar Etika telah
mengakibatkan perkembangan ekonomi terutamanya sektor peladangan dan
perlombongan di pulau-pulau luar. Perkembangan ekonomi berlaku akibat
penglibatan modal kerajaan dan kapitalis. Dasar Etika telah mengakibatkan

2 Ibid., hlmn. 95.

3 Ibid., hlmn. 89.

4 Ricklefs, M.C., A Modern History of Indonesia, 2nd edition, MacMillan, 1991, hlmn. 25.
pertambahan hasil Indonesia. Sebagai contoh, pada tahun 1922, Indonesia
menghasilkan 25% getah dunia dan pada tahun 1928, Indonesia mengeluarkan
40% getah dunia.5 Walau bagaimanapun, kemakmuran ekonomi hanya dinikmati
oleh kapitalis-kapitalis Belanda dan Cina yang menguasai ekonomi Indonesia. 6

Sejak tahun 1904, Kerajaan Belanda menyediakan kemudahan kredit


dengan menubuhkan Bank Padi dan Bank Tunai Desa. Tujuannya ialah untuk
mengelakkan rakyat Indonesia daripada dieksploitasikan oleh peminjam-
peminjam wang Cina serta kedai pajak orang Cina. Selain itu, kerajaan telah
mengambil alih beberapa kedai pajak Cina dan menubuhkan kedai pajak
kerajaan di seluruh Indonesia. Walau bagaimanapun, kemudahan kredit tersebut
mencapai kejayaan yang terhad. Namun, masalah pentadbiran dan jarak yang
jauh menyebabkan rakyat Indonesia mendapati sukar untuk mendapat
kemudahan kredit kerajaan. Akibatnya, mereka masih berurusan dengan
peminjam-peminjam wang Cina dan kedai pajak Cina. 7

Dasar Etika seperti dasar-dasar sebelumnya gagal meninggikan taraf


hidup rakyat Indonesia. Dasar ini hanya menguntungkan kapitalis-kapitalis
Belanda dan Cina. Sistem ekonomi bebas menyebabkan rakyat tempatan tidak
dapat bersaing dengan kapitalis kerana kekurangan modal dan pengetahuan.
Fungsi ekonomi mereka hanya sebagai buruh di ladang-ladang dan lombong-
lombong milik kapitalis. Ahli-ahli Sejarah mendakwa Belanda tidak bersungguh-
sungguh dalam melaksanakan revolusi teknik, perindustrian secara besar-
besaran yang dapat meninggikan taraf hidup Indonesia. 8

3. Sosial

Perkembangan pendidikan merupakan kesan sosial yang penting akibat


perlaksanaan Dasar Etika. Pendidikan tinggi yang berkembang di Indonesia sejak

5 Ibid. hlmn. 30.

6 Ibid.

7 Church & Peter, Focus in Southeast Asia, Singapure: Heinemann Asian, 1995,
hlm 60.

8 Ibid.
1920-an bercorak teknikal seperti penubuhan maktab pertanian, perubatan,
kejuruteraan dan undang-undang. Namun, peluang untuk mendapatkan
pendidikan tinggi amat terhad kerana bilangan sekolah menengah agak kecil. 9
Selain itu, Belanda lebih mengutamakan orang-orang Belanda dan Indo-Belanda.
Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke seberang laut juga terhad akibat
diskriminasi Belanda. Di bawah Dasar Etika, kemudahan kesihatan diwujudkan di
bandar dan luar bandar. Kemudahan kesihatan yang disediakan dapat mengawal
beberapa jenis penyakit teknikal seperti beri-beri, malaria dan kolera. Sejak
perlaksanaan Dasar Etika, Belanda menggalakkan penghijrahan rakyat Jawa ke
pulau-pulau luar. Tujuannya ialah untuk mengatasi masalah kepadatan penduduk
Jawa dan kekurangan tenaga buruh di pulau-pulau luar. Namun, usaha ini hanya
berjaya dilaksanakan sejak tahun 1930-an akibat propaganda Belanda, cara-cara
pemilihan dan langkah persediaan awal yang berkesan. 10

Seterusnya, dasar etika juga telah mengakibatkan wujudnya masyarakat


majmuk yang ditentukan oleh faktor ras dan ekonomi. Sebagai contoh, orang-
orang Belanda sebagai pentadbir dan menguasai ekonomi moden yang dibina
melalui modal mereka sendiri, orang-orang Cina pula sebagai peniaga, orang
tengah dan peminjam wang. Manakala, orang Indonesia pula menjadi petani,
nelayan dan buruh. Masyarakat majmuk telah mengakibatkan berlakunya
pengeseran terutamanya di antara masyarakat Indonesia dengan orang Cina.

9 M.C. Ricklefs, Sejarah Indonesia Moden, Yogyakarta: Universiti Gajah Mada, 1994, hlm
90.

10 Ibid., hlmn. 104


ANALISIS

Dasar etika yang telah diperkenalkan oleh pihak Belanda di Indonesia ini telah
menunjukkan bahawa pentingnya memberikan penekanan terhadap
pembangunan yang serius dalam aspek ekonomi. Selain itu, pihak Belanda juga
telah menjadikan aspek pendidikan sebagai asas utama yang menjayakan dasar
ini bagi melahirkan golongan terpelajar dalam kalangan masyarakat Indonesia
khasnya. Namun demikian, polisi ini mengalami pelbagai masalah semasa
perlaksanaannya yang melibatkan pelbagai faktor iaitu masalah kekurangan
pembiayaan daripada pihak kerajaan Belanda dan kurang penerimaan daripada
masyarakat koloni sendiri serta dibantu masalah kemelesetan ekonomi global
pada ketika itu.
Selain itu, program pendidikan yang dijalankan oleh pihak Belanda secara
amnya telah membawa sumbangan yang amat penting dalam menggalakkan
kemunculan gerakan nasionalisme di Indonesia. Bidang pendidikan yang
dijayakan dalam dasar etika yang telah menjadi alat bagi masyarakat Indonesia
untuk bangkit menentang penjajahan yang dijalankan Belanda. Oleh sebab itu,
hal ini menunjukan bahawa dasar yang telah dilaksanakan Belanda tersebut
merupakan satu kesilapan dan mendatangkan kerugian yang amat besar
terhadap mereka sendiri. Kesannya gerakan Nasionalisme Indonesia yang mula
muncul menerusi aspek komunisme yang kian menular di Indonesia.

KESIMPULAN

Kesimpulanya, setelah Dasar Liberal dimansuhkan, dasar tersebut telah


digantikan dengan Dasar Etika pada tahun 1901. Dasar Etika ini mempunyai 3
prinsip utama, iaitu pendidikan, penghijrahan dan pengairan. Dasar Etika yang
telah diperkenalkan oleh British ini telah mendatangkan pelbagai kesan terhadap
politik, sosial dan ekonomi Indonesia. Di samping itu, dasar ini juga
bertanggungjawab membahagikan gerakan nasionalisme kepada beberapa
golongan, misalnya nasionalisme Islam, golongan Komunis dan golongan Sekular.
Golongan berpendidikan Barat hasil dari Dasar Etika telah mula memainkan
peranan penting dalam gerakan nasionalisme yang sebelum ini banyak
digerakkan oleh golongan berpendidikan Islam di Timur Tengah. Selain itu, dasar
etika ini juga telah membantu meningkatkan ekonomi dengan pesat
terutamanya dalam sektor pertanian dan pelombongan. Walau bagaimanapun,
keuntungan ini hanya dikaut oleh pedagang-pedagang cina dan Eropah sahaja
sedangkan rakyat Indonesia semakin miskin dan hal ini menimbulkan
ketidakpuasan hati dalam kalangan masyarakat Indonesia.

RUJUKAN

Eng, P. V. (1996). Challenging Changes:Current Themes in The Economic History


of Indonesia. Australia: Australian National University.

I.J., B. (1987). Politik Etis dan Revolusi Kemerdekaan (Terj. Amir Sutaarga).
Jakarta: Yayasan Obor Indonesia.

Notosanto, M. D. (1993). Sejarah Nasional Indonesia. Jakarta: Balai Pustaka.

Oostindie, G. (2008). Dutch Colonialism, Migration and Cultural Heritage.


Netherlands: Royal Netherlands of Southeast Asian and Caribbean Studies.

Soedjatmoko. (1995). Historiografi Indonesia Sebuah Pengantar. Jakarta: PT


Gramedia Pustaka

Tarling, N. (1999). The Cambridge History of Southeast Asia Volume Three From
c.1800 to the 1930s. United Kingdom: Cambridge University Press.
Vickers, A. (2005). A History of Modern Indonesia. United Kingdom: Cambridge
University Press.

You might also like