You are on page 1of 4

Kesan dekolonisasi kepada bidang politik, sosial, pendidikan dan ekonomi,

1. Bidang Pendidikan.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini tentang maksud dekolonisasi, negara kita pernah
dikolonisasi dan terpaksa membebaskan diri daripada penjajah. Situasi ini meninggalkan banyak
kesan kepada pelbagai aspek. Implikasi pertama ialah dekolonisasi telah memberi kesan kepada
sistem pendidikan. Ini kerana sistem pendidikan sebelum ini dipegang oleh pihak penjajah, iaitu
Jepun dan British. Pendidikan tamil, melayu dan cina sudah wujud semasa Tanah Melayu di
bawah pemerintahan Jepun pada tahun 1941, tetapi ia ditambah dengan bahasa Jepun. Di
sekolah, lagu kebangsaan Jepun akan dimainkan semasa perhimpunan dan orang Jepun akan
memperkenalkan budaya mereka kepada orang Melayu. Mereka mesti mempelajari budaya,
bahasa dan lagu Jepun. Sekiranya mereka tidak mematuhi arahan tersebut, mereka akan
mendapat hukuman yang setimpal.

Tanah Melayu diambil semula oleh British selepas itu. Pada tahun 1950 an, semasa tempoh
dekolonisasi Malaysia selepas Perang Dunia Kedua, kerajaan British terus menguasai sistem
pendidikan. Walau bagaimanapun, mereka mengubah beberapa sistem kerana tidak berkesan
pada masa lalu. Sebelum dekolonisasi, British menggunakan idea sistem sekolah berasingan,
dengan sekolah yang berbeza untuk pelbagai kaum. Namun, sistem yang dikenali sebagai sekolah
vernakular masih digunakan. Kerana kemungkinan ia menjejaskan perpaduan kaum, kerajaan
British mula menyedari kegagalan sekolah vernakular ini. Oleh itu, pihak British mengubah dasar
pendidikan. Sistem pendidikan yang dahulunya berasingan di Persekutuan Tanah Melayu telah
digabungkan dengan penggubalan semula dasar pendidikan ini. Hal ini juga berpunca kerana
kemasukan imigran cina dan india yang semakin ramai.

Di samping itu, Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina (PGSC) terlibat dalam gerakan pendidikan cina
sebagai tindak balas kepada penyusunan semula proses pendidikan oleh kerajaan British.
Persediaan untuk penubuhan kerajaan persekutuan Tanah Melayu adalah tujuan perkara ini
dilakukan. Ini adalah kesan dekolonisasi di Malaysia terhadap sistem pendidikan. Akibatnya,
banyak perubahan positif telah berlaku dalam sistem pendidikan Malaysia hari ini. Sekolah
vernakular masih ada, tetapi kebanyakan hanya untuk pelajar sekolah rendah. Mereka harus
berada di sekolah menengah yang biasa dan pelbagai kaum apabila mereka memasuki alam
sekolah menengah. Oleh itu, itulah salah satu daripada kesan dekolonisasi terhadap pendidikan
di Tanah Melayu. (Sua ,2009). Kesedaran dalam kalangan masyarakat semakin meningkat kesan
pakej sistem pendidikan acuan Barat yang bukan melahirkan insan bahkan menghasilkan
manusia tanpa roh untuk tujuan aktiviti ekonomi kapitalis global.
2. Bidang sosial

Dekolonisasi memberikan dampak kepada aspek kehidupan manusia. Dasar dekolonisasi juga
telah berjaya mengubah gaya hidup masyarakat yang sebelum ini berpusatkan barat
(Eurocentric) kepada masyarakat yang lebih berfikiran lokal, (local value-based centric). Hal ini
dapat dibuktikan apabila terdapat perkembangan sosiobudaya masyarakat tempatan yang masih
mengekalkan dan mengangkat tradisi turun temurun dalam kehidupan seharian. Kini kita dapat
lihat bahawa, masih wujud masyarakat yang mempunyai kerangka sendiri serta memiliki norma
kehidupan yang lebih lokal serta bertentangan dengan budaya kolonisasi. Rakyat juga
memainkan peranan penting sebagai ‘main stakeholder’ dalam sistem sosial pascakolonial dan
pembangunan sosial.

Ramai pelancong asing yang melawat Malaysia hari ini mengagumi nilai budaya dan tradisi
tempatan yang unik. Penduduk Tanah Melayu memainkan peranan yang sangat penting dalam
struktur sosial yang wujud selepas kolonialisme. Selain itu, agenda pembangunan negara terdiri
daripada pembangunan sosial. Ini menunjukkan dengan jelas bahawa selepas dekolonisasi,
masyarakat mula berubah daripada mengikut dan mengagungkan budaya darat dan Eropah
kepada mengutamakan budaya dan tradisi tempatan. Rakyat yang dahulunya tiada kuasa kini
memainkan peranan yang sangat penting dalam membangunkan negara. Ini menunjukkan
dengan jelas bahawa dekolonisasi memberi kesan yang ketara kepada kehidupan individu,
masyarakat dan negara (Daud, n.d).

3. Bidang politik

Jelas diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia bahawa negara kita merupakan negara yang mengamalkan
sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan. Demokrasi wujud sebagai
satu sistem sistem politik yang menggantikan sistem empayar dan monarki iaitu sistem pemerintahan
sebelum berlakunya perang dunia kedunia (Burhan Che Daud, 2018). Dari segi perkembangan politik, ini
adalah salah satu daripada kesan dekolonisasi. Sebelum ini, rakyat tidak mempunyai hak asasi manusia
atau kebebasan untuk bersuara. Walau bagaimanapun, apabila sistem demokrasi muncul, sistem pilihan
raya dan hak asasi manusia menjadi komponen paling penting dalam sistem pentadbiran, yang boleh
dikatakan bergantung sepenuhnya pada keputusan yang dibuat oleh rakyat.

Ini adalah salah satu daripada kesan dekolonisasi dari segi perkembangan politik. Rakyat sebelum ini
tidak menikmati hak asasi manusia mereka, termasuk kebebasan untuk bersuara. Walau bagaimanapun,
apabila sistem demokrasi muncul, sistem pilihan raya dan hak asasi manusia menjadi komponen paling
penting dalam sistem pentadbiran, yang boleh dikatakan sepenuhnya bergantung pada pilihan rakyat
sekaligus mengekalkan sistem beraja yang melindungi hak keistimewaan orang Melayu dan memberikan
kuasa penuh terhadap perkara yang berkaitan dengan agama Islam, agama rasmi Malaysia. Dalam apa
jua perkara yang berkaitan dengan agama Islam, Yang dipertuan Agong mempunyai kuasa penuh. Oleh
itu, Malaysia adalah satu-satunya negara yang mempunyai sistem pemerintahan demokrasi raja
berpelembangaan. Selepas demokrasi, pelbagai parti politik seperti UMONO, PAS, Parti Perikatan, dan
Barisan Nasional telah ditubuhkan.

Di samping itu, proses dekolonisasi British turut dikaitkan dengan status warga asing British iaitu BOC
(British Overseas Citizen) yang dimiliki oleh rakyat Malaysia hari ini. Keadaan BOC adalah hasil daripada
proses dekolonisasi British, yang membenarkan penduduk di tanah jajahan yang telah dikolonisasi
mengekalkan status kewarganegaraan kolonial mereka. Melalui kemerdekaan, orang yang menjadi
kewarganegaraan Inggeris di Tanah Melayu sebelum 31 Ogos 1957 dibenarkan mengekalkan status
mereka sebagai kewarganegaraan persekutuan. Warganegara Britain yang berasal dari dua bekas jajahan
British, Borneo Utara dan Sarawak, jika mereka memilih untuk tidak menjadi warganegara Malaysia,
mereka boleh mengekalkan identiti mereka sebagai rakyat British walaupun semasa Borneo Utara dan
Sarawak bergabung dengan Malaysia. Mereka mempunyai hak untuk masuk ke United Kingdom dan
menjadi kewarganegaraan Inggeris apabila mereka tiba di sana. Namun begitu, mulai tahun 60-an,
penduduk di bekas tanah jajahan dihalang daripada menuntut hak kerakyatan penuh di UK dengan
perlahan-lahan menghalang mereka daripada mendapatkan kewarganegaraan British. (Low Choo Chin,
2015)

4. Bidang Ekonomi

Selain itu, adalah penting untuk kita mengingati bahawa, semasa Tun Dr. Mahathir berkhidmat sebagai
perdana menteri, hampir empat puluh tahun dahulu, beliau telah berusaha untuk mengembalikan hak
Malaysia kepada penjajah British dengan melancarkan operasi Dawn Raid di London. Naratif Nusantara
Siri 55, 2018 menceritakan tentang Serangan Dawn Raid, atau serangan Subuh, yang berlaku pada 7
September 1981. Operasi yang berlangsung selama empat jam ini berjaya mengembalikan syarikat
Guthrie kepada Brtish. Sebagai sedia maklum, British telah melaksanakan dasar pecah dan perintah
sebelum merdeka. Apabila Melayu diasingkan, dasar ini menyebabkan perpecahan antara tiga kaum. 12
di kampung, 12 di bandar (kawasan perlombongan) Cina, dan 12 di estet India. Ini disebabkan oleh
matlamat mereka untuk memecahkan rakyat supaya mereka boleh memerintah dan memperoleh
keuntungan. Selain itu, ia telah memberi kesan negatif kepada orang Melayu kerana mereka tidak
dibenarkan mengambil bahagian dalam kemajuan ekonomi, berbanding dengan cina dan india, yang
telah diberi kewarganeraan untuk menjaga kepentingan penjajah barat (MK Zainal, 26 Januari 2017)

Serangan Dawn Raid yang dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir telah membawa kepada kesan yang
besar, terutamanya dalam ekonomi pada masa itu, yang telah mengakibatkan kesan yang berterusan. Di
antaranya ialah perniagaan British di Malaysia yang sebelum ini tidak melayan kerajaan Malaysia dengan
baik akhirnya mula berunding untuk terma baharu, yang membawa kepada penjualan Highlands and
Lowlands, Barlows dan Harrison & Crosfield (H&C). Syarikat itu mengusahakan ladang kelapa sawit dan
getah serta mempunyai banyak aset lain di negara luar seperti India, New Zealand dan China. Oleh itu,
kerajaan Malaysia akhirnya menjadi tuan tanah kepada aset yang dahulunya dimiliki oleh British.
Kejayaan daripada pendekatan yang dilakukan oleh, Tun Mahathir telah diingati di seluruh dunia sebagai
pemimpin negara pasca merdeka yang paling konsisten dan lantang dalam menyahkoloniankan ekonomi
dari pengaruh penjajah yang berterusan pada akhir abad ke-20 dan awal abad ke-21. (Naratif Nusantara
Siri 55,2018)
Namun begitu, para pemimpin terus diingatkan bahawa mereka tidak boleh terlalu lalai dengan harapan
dan janji manis Barat; sebaliknya, mereka perlu terus berusaha untuk mengekalkan kekuatan
dekolonisasi Malaysia supaya kesan positifnya kekal. Ini disebabkan oleh fakta bahawa kemerdekaan
yang masih kita perjuangkan tidak mustahil akan lenyap dari ingatan kolektif rakyat Malaysia apabila
mereka berhadapan dengan cabaran globalisasi dan kolonisasi sehala Kuasa-Kuasa Besar Dunia pada
masa ini. Para pemimpin negara dan pemimpin agama harus sedar bahawa pengkolonian pendidikan,
politik dan sosial boleh membawa lebih banyak bahaya kepada rakyat sesebuah negara dalam jangka
masa panjang berbanding dengan pengkolonian ekonomi fizikal dan bersifat material. Hal ini disebabkan
oleh fakta bahawa pengkolonian politik, sosial, dan ilmu pengetahuan, rakyat dan negara ini akan terus
menjadi hamba kepada cara, pemikiran, dan nilai kehidupan penjajah. Kita sedang berhadapan dengan
pengkolonian ideologi, yang sama seperti pengkolonian ekonomi, yang mungkin memberi kesan kepada
pemikiran dan kehidupan rakyat. Oleh itu, para pemimpin negara harus meneladani sikap dan semangat
Tun Mahathir terhadap penjajah ini untuk dekolonisasi dan menyahkolonisasi mereka supaya Malaysia
dapat dibebaskan daripada belenggu penjajah kuasa besar dari Barat dan Timur yang sentiasa menunggu
peluang untuk memerangkapnya dengan cara yang halus atau kasar. Siri 55, (Naratif Nusantara, 2018).

You might also like