You are on page 1of 20

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN

CTU552
FALSAFAH DAN ISU SEMASA

TAJUK
ULASAN ARTIKEL/BUKU: ISU KETUHANAN DALAM FALSAFAH

NAMA PENSYARAH:
PUAN NOR ASMIRA BINTI MAT JUSOH

MAKLUMAT PELAJAR
NAMA NO. PELAJAR
1. AHMAD FAIZ BIN MOHAMAD AZMAN 2020449478
2. AHMAD KHAIRY BIN MOHAMAD HAMDAN 2020496548
3. MUHAMMAD AFHAM BIN NOR ZAWAWI 2020816436
4. MUHAMMAD MUAZZAM BIN MARZUKI 2020614388
5. SITI HAZIQAH BINTI ZAKARIA 2020465594
6. WAN MUHAMMAD AMIRUL IZZAT BIN 2020861888
MOHD SHARAZI

KUMPULAN
D2BA2422B
ISI KANDUNGAN

1.0 TEMA KAJIAN ................................................................................................................. 2

1.1 PENGENALAN .............................................................................................................. 2

2.0 OBJEKTIF KAJIAN ......................................................................................................... 3

3.0 KAEDAH KAJIAN ............................................................................................................ 7

3.1 BAHAN KAJIAN ........................................................................................................... 7

3.2 JALAN PENYELIDIKAN ............................................................................................ 8

3.3 ANALISIS HASIL PENYELIDIKAN ......................................................................... 9

4.0 PERBINCANGAN UMUM............................................................................................. 10

4.1 ISU UTAMA: BAGAIMANAKAH MANUSIA MEMPERCAYAI KEWUJUDAN


TUHAN .................................................................................................................................... 10

4.2 KEPENTINGAN ISU .................................................................................................. 12

4.3 APLIKASI..................................................................................................................... 15

4.4 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN ........................................................................ 16

5.0 RUMUSAN ....................................................................................................................... 17

5.1 RUMUSAN ARTIKEL ................................................................................................ 17

5.2 RUMUSAN KAEDAH PENULISAN ARTIKEL ..................................................... 18

6.0 RUJUKAN ........................................................................................................................ 19


1.0 TEMA KAJIAN
1.1 PENGENALAN

Sejarah Ketuhanan mempunyai rentetan yang cukup panjang. Fitrah manusia memerlukan
Tuhan tetapi pada masa lain tidak memerlukan tuhan. Sejarah ketuhanan ini wujud sejak
kelahiran Nabi Adam lagi. Kewujudan Tuhan diakui, ditentang, disanggah, dipertikaikan dan
ditukar-tukarkan dengan yang lain tuhan sewenang-wenangnya.

A History of God, ditulis oleh Karen Armstrong telah menyatakan sejarah konsep mengenai Tuhan,
Manusia adalah makhluk yang wujud sekian lamanya, oleh kerana itu pelbagai nama Tuhan juga
muncul dalam wacana sejarah dan pemikiran agama. Di samping itu, memandangkan manusia
hidup dikelilingi oleh pelbagai jenis etnik dan budaya, maka wujudnya pelbagai pandangan dan
idealogi mengenai Ketuhanan.

Secara semulajadinya, manusia akan menyedari bahawa terdapat kekuasaan yang mengatasi
manusia, suatu yang dianggap Maha Berkuasa, yang dapat mendatangkan kebaikan mahupun
keburukan serta mampu mengabulkan doa dan keinginan. Ini kerana semua ciptaan yang dirasakan
oleh seseorang dalam kehidupan adalah tanda-tanda membuktikan wujudnya Tuhan. Sebenarnya,
kewujudan Tuhan mula diperlakukan secara falsafah oleh ahli falsafah dari Yunani sehingga ke
hari ini. Penggunaan akal sebagai alat oleh ahli falsafah moden untuk memahami dan megenali
kemisterian dan kehebatan Tuhan. Oleh itu, mereka kebanyakan menfokuskan dalam usaha
membuktikan kebenaran tersebut melalui kaedah sains praktikal dan materialisme sahaja. Dalam
sejarah manusia terdapat konsep mengenai Tuhan beberapa penampilan antara lain muncul: (1)
Memahami Teisme; (2) Memahami Deisme (3) Memahami Pantheisme; (4) Memahami
Penenteisme. Dari keempat pemahaman ini, tidak ada yang benar-benar memuaskan bagi pendeta
dan ahli falsafah. Namun, berbeza pandangan ahli falsafah beragama Islam yang menggunakan
Al-Quran, Sunnah dan akal sebagai sumber rujukan mereka untuk membuktikan bahawa agama
Islam adalah agama benar. Pembahasan mengenai konsep-konsep ketuhanan dalam falsafah agama
dianggap penting untuk dilakukan suatu penelitian secara lebih mendalam.

2
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Mengenalpasti kepercayaan dan falsafah berdasarkan konsep falsafah dan ketuhanan.

Pada awal tamadun manusia, konsep ketuhanan dan keagamaan tamadun awal manusia dimana
mereka mempercayai kepada agama yang menyembah banyak tuhan di samping mengadakan
upacara pemujaan dan pengorbanan bagi menunjukkan taat setia mereka kepada tuhan. Mereka
juga mempercayai bahawa agama merujuk kepada segala kepercayaan kepada tuhan, dewa atau
roh nenek moyang serta kebangkitan dan tuntutan tuntutan yang berkaitan kepadanya. Kewujudan
pelbagai sistem kepercyaan dalam peradaban manusia ialah hasil hubungan antara manusia dengan
alam semulajadi yang mana mereka mempercayai bahawasanya alam semulajadi memudaratkan
kehidupan manusia. Oleh hal demikian, mereka berpendapat bahawa sekiranya berdamai dengan
alam semulajadi dengan mempersembahkan acara pemujaan dan pengorbanan akan menjadikan
mereka damai tanpa sebarang musibah.

Mengikut kepercayaan orang Yunani yang mempercayai bahawa tuhan tuhan atau dewa dewi
sepertu Zeus, Apollo, Athena dan lain lain. Mengikut mereka dewa dewi mempunyai cara berfikir
dan hawa nafsu seperti manusia biasa tetapi dianugerahkan dengan satu kuasa yang luar biasa.
Mereka juga berpendapat yang dewa dewi ini mementingkan keadilan dan belas kasihan. Dengan
itu upacara penyembahan dan pemujaan dilakukan untuk merapatkan lagi hubungan.

Mengikut ketuhanan dan falsafah Yunani atau dikenali sebagai Greek ini yang mana ahli falsafah
ingin membongkarkan tentang kewujudan alam semesta serta siapakah pencipta alam semesta
yang maha luas dan indah. Ahli falsafah iaitu Plato merumuskan bahawa Sang Pencipta iaitu tuhan
tidak lebih dari sebagai lambing kebaikan atau kecantikkan. Perkembangan ilmu falsafah Ketika
tamadun Greek ini berdasarkan pemikiran dan idea idea yang diwarisi daripada Socrates, Plato
dan Aristotle yang mana digunapakai dalam permikiran. Golongan mazhab ar- Ruwaqiyyah atau
dikenali Stoic yang mempercayai tuhan sebagai cahaya suci yang menjadi asas kepada alam.
Golongan ini menggunakan undang undang (qanun dhahuri dan kulli) yang mana menjelma di
dalam alam seluruhnya.

3
Mengikut ketuhanan dan falsafah moden pula, Descarte iaitu seorang tokoh falsafah moden
berpendapat bahawasanya sesiapa yang dikurniakan akal fikiran oleh Allah hendaklah
menggunakannya dengan mengenali Allah sebagai pencipta alam semesta ini. Hal ini dimana
mengakui kewujudan Allah merupakan tiang keyakinan dan meneguhkan pelbagai hakikat. Beliau
berpendapat bahawa pemikiran tentang ketuhanan merupakan pemikiran yang paling mulia dan
paling nyata lagi jelas yang tercetus di dalam minda merupakan dalil yang putus tentang
kewujudan hakikat luar yang sekaligus berfungsi sebagai sumber kepadanya. Tokoh ini
memperlihatkan bahawa tuhan dapat diterima akal dengan mudah tanpa perlu mengkaji dengan
lebih mendalam.

Mengikut Spinoza, yang mengemukakan gagasan yang berdasarkan pendalilan dan dalil bukti,
yang mana kemuncaknya ialah cahaya keimanan dan ledakan pengetahuan. Menurut beliau, Allah
ialah satu jawhar yang tidak berakhir, bersifat azali, tetap dan tidak berubah ubah bahkan ianya
adalah jawhar tunggal dan bersifat mutlak. Ini bermakna alam sekitar ini takkan wujud dan berdiri
dengan sendiri tanpa penciptanya iaitu Allah.

Sementara itu menurut falsafah Leibnitz yang berpendapat bahawa atom kerohanian dikira sebagai
asas kepada alam. Hal ini kerana kewujudan semua ini mengikut satu sistem yang kemas dan jitu.
Beliau mengakui dengan konsep pemeliharaan dan keselarasan azali yang kedua duanya kembali
kepada Allah sahaja. Penyempurnaan alam dan keselarasan sistemnya dengan keistimewaan yang
dimiliki merupakan tanda kebesaran Allah dan kebijaksanaanNya.

Menurut Kant (m. 1804M), merupakan tokoh falsafah Jerman yang mengemukakan satu mazhab
yang berdasarkan kritikan mendedahkan pandangan yang berbeza di kalangan ahli ahli falsafah
terdahulu. Hal ini kerana beliau menolak semua idea dan pandangan ahli falsafah terdahulu dengan
mengkritik car acara pendalilan dalam membuktikan kewujudan Allah. Beliau juga melakukan
percubaan dengan membina satu gagasan yang dikatakan lebih selamat dan teguh dimana beliau
berpendapat kewajipan berakhlak ditegakkan berdasarkan tiga prinsip seperti kemahuan bebas,
kekekalan roh dan kewujudan Allah. Tanpa kebebasan tidak wujudnya sebarang makna untuk
menjalankan kewajipan dan agama.

4
Mengikut ketuhanan dan falsafah semasa yang menonjolkan gelombang keraguan dan tidak
percayakan tuhan (atheism). Ini disebabkan oleh perkembangan pengaruh kebendaan dan
pengkajian akademik yang dikatakan mampu merungkaikan rahsia rahsia yang tak dirungkai
sebelum ini bersertakan kecanggihan teknologi yang semakin membangun dan menganggumkan.
Ini mengambarkan bahawa pemikiran sebegini menjadi toksik kepada masyarakat yang mana
memanipulasikan ideologi masyarakat yang kurang kefahaman tentang agama.

Berdasarkan kefahaman tulin kebendaan yang dilihat daripada golongan Marxist yang menyokong
falsafah kebendaan berasaskan sejarah. Falsafah ini memperlihatkan satu fahaman bahawa fakta
fakta ekonomi yang merupakan asas asas yang utama kepada satu pemikiran, kefahaman,
perlakuan dan tingkah laku manusia penjang zaman. Mengikut pemikiran yang kritis seiring
dengan perkembangan zaman, justeru itu nilai nilai agama dan akhlak sepatutnya berkembang
mengikut lunas lunas ilmu dan keagamaan. Ketuhanan seolah olah tidak menjadi satu topik
pembincangan berdasarkan aliran falsafah semasa ini yang mana mengemukakan pengkajian yang
berkisarkan si sekitar soal soal epistemologi.

William James (m. 1910M) iaitu pengasas mazhab Pragmatism yang mendokong kefahaman
bahawa faedah faedahlah yang menentukan kesahihan sesuatu idea atau pemikiran. Kebenaran itu
menurut beliau yang ditentukan bergantung kepada sejauhmana manfaat yang boleh digunakan
dan dihasilkan dari kebenaran itu. Hal ini kerana beliau mengkaji pengalaman agama agama
dengan teliti dan menyimpulkan bahawa akidah agama yang dianuti adalah berlandaskan asas asas
psikologi.

Mengikut ketuhanan dan falsafah Islam yang membincangkan topik iaitu Allah, manusia dan alam.
Konsep ketuhanan mengikut Islam bersumberkan wahyu yakni Al Quran dan Hadis yang
digunapakai oleh umat Islam. Ideologi yang digunakan yang diambil dan diubahsuai supaya
sepadan dengan matlamat dan ajaran Islam yang mengikut kefahaman dan fikiran mereka bahawa
Islam adalah agama akal. Ketuhanan ini dapat dibuktikan melalui Al Quran yang mana
menegaskan bahawa Allah ialah Tuhan semesta alam, Tuhan Yang Maha Esa dan tiada tuhan yang
layak disembah melainkan Allah. Ini dapat ditegaskan melalui firman Allah yang bermaksud:
"sekiranya terdapat di kedua-dua tempat (langit dan bumi) tuhan-tuhan selain dari Allah tentunya
kedua-duanya rosak binasa".

5
Para ilmuan Islam membahaskan dengan bersandarkan kepada idea idea falsafah Yunani asalkan
tidak bercanggah dengan Islam. Hakikat Allah wajib dikenali maka tentulah pengetahuan ini tidak
boleh dicapai kecuali melalui perbahasan akan sifat sifat Allah yang disebut di dalam Al Quran.

Mengikut Abul Hasan al-Ashari(260-324H) merupakan tokoh agamawan yang lahir dari kalangan
kaum Mu’tazilah yang memahami selok belok falsafah Mu’tazilah. Beliau mengatakan sifat sifat
Allah samada zatNya sendiri atau tambahan kepada zatNya dan mendakwa melakukan
penggabungan di antara aliran salaf yang berpeganag dengan nas yang dipelopori oleh Ibn
Hanbal(m. 855M) dan aloiran Mu’tazilah sendiri.

Hal ini dilihat, penggabungan di antara wahyu dan akal di mana kedua duanya saling hajat berhajat
dalam menentukan sessuatu kebenaran. Idea idea oleh Al-Ashari ini digunakan sehinggakan
mendapat sokongan sebilangan besar ulama selepasnya sehingga mampu menawarkan satu
rangkaian ulama Al Ashari. Isu ketuhanan tetap menonjol sebagai isu utama dan sekaligus
menjawab segala isu-isu yang ditimbulkan Mu'tazilah.

6
3.0 KAEDAH KAJIAN
3.1 BAHAN KAJIAN

Kajian ini adalah satu kajian semula kesusasteraan. Punca utama dan bahan penyelidikan adalah
buku yang berkaitan dengan penulisan ini. Antara lain termasuk Filsafat Agama : Wisata
Pemikiran dan Kepercayaan Manusia (2009) karya Amsal Bakhtiar, Filsafat Agama (1979) karya
Harun Nasution, Agama Masa Depan : Perspektif Filsafat Perennial (1995) karya Komarudin
Hidayat dan Muhammad Wahyuni Nafis, PersoalanPersoalan Filsafat Agama (2003) karya Jhon
K. Roth, Filsafat Agama (1970) karya HM. Rasjidi, Persoalan-Persoalan Filsafat (1984) karya
Titus dkk, Filsafat Ketuhanan Kontemporer (1994) karya Louis Leay S.J, Tahafut Al-Falasifah
(1968) kaya Alghazali, Perspective Understanding and Evaluating Today‟s (1984) karya Norman
L. Geisler dan Williams D. Watkins, Percakapan Dengan Sidney Hook Tentang 4 Masalah Filsafat
(1980) karya Harsa W. bachtiar, Introduction to Religious Philosophy (1960) karya Gaddes
MacGregor, Filsafat Modern: Dari Machiaveli Sampai Nietzsche (2004) karya F. Budi Hardiman,
Alam Pikiran Yunani (1986) karya Muhammad Hatta, Ketuhanan Dalam Telaah Filsafat Perenial
: Refleksi Pluralisme Agama Di Indonesia (2006) karya Arqom Kuswanjono, Filsafat Agama
(1992) karya H. Hamzah Ya‟qub

7
3.2 JALAN PENYELIDIKAN

Penyelidikan ini dilakukan dengan langkah-langkah yang boleh dihantar seperti berikut:

a) Pengumpulan data. Tahap pengumpulan data ini merangkumi mencari literatur atau data
yang relevan dengan tema, sama ada langsung atau tidak. Data ini diperoleh melalui kajian
semula kesusasteraan.
b) Pemprosesan data. Tahap pemprosesan data ini merangkumi aplikasi kaedah penyelidikan
untuk memproses data sudah tersedia. Data diproses sedemikian rupa sehingga dapat
difahami dan dapat dijadikan sebagai sistem yang lengkap.
c) Pembentangan hasil penyelidikan. Pada peringkat pembentangan hasil penyelidikan akan
memaparkan hasil pemprosesan data di atas, sehingga merumuskan konsep pemandangan
sistematik pada konsep ketuhanan sepanjang sejarah manusia.

8
3.3 ANALISIS HASIL PENYELIDIKAN

Penyelidikan ini menggunakan kaedah penyelidikan falsafah iaitu kaedah sejarah fakta melalui
penyelidikan perpustakaan. Untuk kaedah yang digunakan merangkumi:

a) Kaedah pentafsiran
Kaedah ini penting untuk digunakan untuk menyelami data tersebut tersedia dan
menyatakan maksudnya serta maksud yang tersirat di dalamnya. Kaedah kaedah aplikasi
Tafsiran ini diharapkan dapat digambarkan tepat dan lengkap mengenai masalah konsep
ketuhanan sepanjang sejarah manusia. Melalui kaedah penafsiran ini juga boleh mencari
langkah awal sebagai idea yang dapat mengarahkan langkah perkembangan konsep
ketuhanan sepanjang sejarah manusia.

b) Kaedah induksi
Kaedah ini bermaksud setiap bahan konsep-konsep ketuhanan dalam falsafah agama dikaji
sebagai kajian kes untuk memerhatikan dan menganalisis konsep asas dan hubungannya
dengan yang lain (induksi) sehingga dapat disebut sintesis dari dia.

c) Kaedah perbandingan
Kaedah ini bertujuan untuk membandingkan konsep ketuhanan yang wujud sepanjang
sejarah manusia. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangan
kekurangan konsep ilahi hasilnya dicerminkan dalam penilaian.

9
4.0 PERBINCANGAN UMUM
4.1 ISU UTAMA: BAGAIMANAKAH MANUSIA MEMPERCAYAI
KEWUJUDAN TUHAN

Sejak azali lagi, setiap manusia telah diberikan akal fikiran oleh pencipta untuk digunakan ke arah
kebaikan dan berfikir secara waras. Akal ialah satu kekuatan yang dikurniakan dan ianya amat
berharga kepada sekalian manusia. Dengan adanya akal fikiran ini, manusia dapat membezakan
yang baik dan yang buruk, dan sekaligus dapat membawa seseorang itu ke arah Jalan yang benar.
Telalu banyak ciptaan Tuhan yang berada di atas muka bumi ini, akan tetapi manusialah golongan
yang paling terbaik, terindah sempurna, serta terhormat walaupun manusia bukanlah makhluk
yang terbesar atau tertinggi yang dicipta. Sebenarnya, Fungsi utama akal adalah untuk mengenal
TuhanNya dengan memerhatikan segala kekuasaanNya, melihat keindahan alam ini dan
mensyukuri nikmat yang dikurniakan olehNya, supaya dapat mengetahui perkara yang sebenar di
sebalik rahsia-rahsia itu.

Idea wujudnya ketuhanan ini adalah sekaligus mempunyai hubungan yang selari dengan
kewujudan dan kesahihan sesuatu pegangan akidah atau agama. Jika tiada pegangan ini, tentunya
manusia akan menjadikan akal mereka sebagai alat untuk menilai sepenuhnya berdasarkan
pemerhatian yang dilihat oleh mereka sendiri. Akal manusia terbatas untuk memikirkan perkara-
perkara ghaib. Akan tetapi, dorongan dan panduan agama inilah yang menjadikan manusia dapat
berfikir lebih daripada pemerhatian mereka. Setiap agama mempunyai perbezaan pandangan
tentang kewujudan Tuhan ini. Sebagai contoh, Agama hindu yang menyembah Tuhan mereka
yang dipercayai berpunca daripada amalan dan budaya sebuah masyarakat agong, iaitu kaum Arya
yang dikatakan telah berhijrah ke benua kecil India sejak zaman sebelum masihi lagi. Terdapat
unsur kepercayaan agama Hindu ini selepas tahun Masehi yang menggunakan teras kepercayaan
dan budaya masyarakat Arya ini seperti unsur ketigaan dalam Tuhan (trinity) dan penyembahan
dewa-dewa seperti yang terdapat di dalam agama-agama wad'i yang lain (Muhamat, 2003) .
Kebanyakan agama menggunakan unsur monoteisme, iaitu unsur keperayaan terhadap Tuhan yang
satu menjadikan manusia takut untuk melakukan perkara yang dimurkai oleh Tuhan.

10
Ahli falsafah dan cendikiawan sejak turun temurun telah berusaha bersungguh sungguh
menggunakan pemikiran mereka yang dianggap bijaksana dalam masyarakat dengan membongkar
perkara yang berkaitan rahsia kewujudan alam dan sekaligus ia dapat membongkar pencipta
kepada alam ini. Kewujudan itu sendiri terus terbahagi kepada dua iaitu, Wajib dan Mungkin yang
mewakili Pencipta dan selain dariNya, yakni alam. Ahli-ahli falsafah Mesir purba misalnya telah
mengkaji soal keTuhanan sebelum mengkaji matemetik dan sains. Begitu juga agama-agama
Brahmin, Hindu, Buddha dan Confucius membahaskan keTuhanan sebelum isu-isu lain.

KeTuhanan ini adalah lambang keagungan dan kebesaran, benda yang ditakuti dan sumber kepada
kebahagiaan, kekuatan, keamanan keselamatan dan pemeliharaan diri. Jika kita lihat matahari yang
bersinar menerangi bumi pada waktu siang, dan digantikan kemunculan bulan pada waktu malam,
tentu kita akan tertanya-tanya kepada diri siapakah yang mewujudkan kejadian alam ini. "Matahari
tidak akan dapat mendahului bulan. Dan tidak juga malam dapat mendahului siang, dan masing-
masing pada garis edarnya terus menerus beredar." (QS Yasin 40). Semua benda di langit,
termasuk planet, satelit yang mengiringi planet, bintang, dan galaksi tersebut bergerak dalam satu
garis peredaran yang tiada kekurangan atau kecacatan kejadiannya. Selama jutaan tahun, masing-
masing masih berputar di atas paksinya tanpa berhenti walaupun sesaat. Komik yang berada di
ruang angkasa juga bergerak di atas paksinya dalam satu arah. Hal ini menunjukkan betapa
hebatnya ciptaan Tuhan yang mana manusia pasti tidak dapat menandinginya.

Manusia juga dapat melihat bagaimana pokok-pokok dan tumbuhan subur menghijau serta
tanaman yang menghasilkan buah buahan untuk dijadikan makanan kepada manusia. Dengan
adanya hujan, tumbuhan-tumbuhan ini akan mendapatkan air yang mencukupi dan akan
menyegarkan serta menyuburkan daun-daun yang layu dan kekuningan. hujan turun mencurah-
curah membasahi bumi yang kering kontang akan menyiram pokok-pokok dan tanam-tanaman
yang kecil dan besar. Ia juga memenuhi sungai dan empangan supaya dapat membekalkan sumber
air yang mencukupi. Dengan ini, pengaliran air sungai ke arah tanaman-tanaman seperti padi akan
lebih sempurna. Disamping itu, manusia juga dapat melihat sinaran cahaya yang dihasilkan
daripada kilat yang menyambar, melihat bencana-bencana alam yang berlaku seperti tsunami,
letusan gunung berapi, gempa bumi dan puting beliung. Bukit bukau dan gunung-gunung yang
berdiri teguh juga dapat dilihat oleh manusia dengan mata kasarnya. Sudah pasti akan timbul di
benak fikiran setiap manusia siapakah yang mengadakan segala benda di alam ini.

11
Dengan adanya perkara-perkara berikut, idea ketuhanan ini dengan sendirinya akan timbul
persoalan kepada manusia dan menjadikan mereka berfikir serta menimbulkan pelbagai persoalan
kerana sudah menjadi sifat manusia, yang sentiasa mempunyai perasaan ingin tahu dan mengkaji
benda yang wujud di depan mereka. Dengan ini, wujudlah pelbagai falsafah pemikiran oleh tokoh-
tokoh untuk membuktikan kewujudan Tuhan ini. Tamadun yang berlainan kefahaman agama
mempunyai pandangan yang berbeza-beza tentang kewujudan Tuhan.

4.2 KEPENTINGAN ISU

Isu ketuhanan ini masih menjadi topik hangat pada masa kini. Mereka yang mempunyai perbezaan
agama ingin menegakkan kefahaman masing-masing supaya dapat menarik minat individu lain
dengan menerangkan kepercayaan dari sudut pandangan mereka serta menyatakan bukti-bukti
yang ada bagi menjawab setiap persoalan yang tergantung. Sebenarnya, banyak manfaat yang akan
diperolehi oleh manusia jika mempunyai pegangan yang teguh terhadap agama yang dianuti.
Berdasarkan pemerhatian dan kajian, kebanyakan agama mempunyai ciri yang hampir sama dari
segi nilai kemanusiaan, sebagai contoh, agama Islam, Kristian, dan Yahudi maing-masing
menyuruh penganut mereka berkelakuan baik terhadap sesama manusia. hubungan manusia
dengan Tuhan dilihat penting dalam usaha mewujudkan keharmonian antara manusia sesama
manusia dan antara manusia dengan Tuhan bagi mengelakkan kemudharatan dan juga bencana.
Ajaran-ajaran ini akan memberikan kesan yang positif kepada kehidupan manusia sejagat. Dengan
adanya kepercayaan kepada Tuhan ini, penganut-penganut sesuatu agama akan patuh dengan
ajaran agama mereka. Ajaran agama yang menyuruh manusia berkelakuan baik sesama manusia
ini akan mewujudkan suasana harmoni antara individu dan juga negara. Dengan ini, negara- negara
yang lemah akan mendapat manfaat daripada negara yang telah berkembang. Ekonomi negara
akan berkembang pesat oleh kerana kurangnya konflik dan penindasan terhadap negara kecil.
Pemimpin-pemimpin negara akan membantu antara sesama mereka.

Dengan mempercayai wujudnya Tuhan ini, manusia juga akan bergantung sepenuhnya kepada
kekuasaan Tuhan dengan meminta segala yang diingini kepada Tuhan. Contohnya apabila
seseorang itu jatuh sakit, individu tersebut menaruh harapan dan memohon sepenuhnya kepada
Tuhan agar disembuhkan penyakitnnya. Dalam agama islam, corak pemikiran perubatan ini dapat
dilihat daripada manuskrip MSS 1292 Kitab Tib menunjukkan bahawa kepercayaan Islam yang
menjadi anutan masyarakat Melayu memberikan kesan kepada aplikasi perubatan masyarakat

12
khususnya pada awal abad ke-19 Ini dapat dilihat daripada penggunaan ayat-ayat Al-Quran sama
ada yang dipetik secara rambang, digabungkan dengan ayat-ayat al-Quran lainnya atau
dicampurkan dengan ungkapan-ungkapan tertentu dalam doa (Sidik, 2011). Contohnya ialah doa
yang dibaca untuk mengubati penyakit sakit mata, barah, bisul, muntah luka atau tumpah yang
menggunakan ayat 137 diambil dari Surah al-Baqarah dan dicampur dengan ungkapan-ungkapan
tertentu untuk menyembuhkan penyakit tersebut. Islam juga telah melahirkan tokoh yang terkenal
iaitu Ibnu Sina yang telah menyumbang banyak perkara tentang ilmu perubatan. Dalam satu
bukunya, iaitu Qanun fi al – Thibb (Canon of Mecine) telah dianggap penyumbang kepada dunia
perubatan dan telah menguasai kaedah rawatan Eropah selama lebih kurang 500 tahun. Ilmu
perubatan ini berkait rapat dengan falsafah keTuhanan ini kerana kebanyakan ilmu yang diperolehi
adalah berdasarkan kitab-kitab yang dikaji. Sebagai contoh, ahli pengkaji telah mengkaji dan
meneliti Al-Quran dan Al Sunnah sebagai sumber utama rujukan untuk memperolehi kaedah dan
jalan penyelesaian rawatan perubatan ini. Hal ini telah jelas menunjukkan bahawa Al-Quran yang
mempunyai kata-kata Allah itu terdapat banyak manfaat di dalamnya apabila ianya dikaji.

Tajuk berkaitan dengan ketuhanan dan agama ada dibincangkan dalam disiplin ilmu sains iaitu
metafizik, yang merupakan salah satu cabang utama dalam ilmu falsafah. Untuk memahami
konsep dan pemikiran ini, memerlukan pelbagai siri penelitian dan perbincangan yang mendalam
bagi menjelaskan segala terminologi dan kerangka berfikir yang berbeza. Berdasarkan satu
pandangan sinis dan negatif terhadap epistemologi agama oleh seorang saintis barat terkemuka,
Stephen Hawking ialah ideologi agama hanya difahami oleh orang yang tidak memahami sains.
Hawking menyebut bahawa: “Pada masa kini, sains memberikan jawapan yang lebih baik dan
konsisten, tetapi orang akan selalu berpegang pada agama, kerana ia memberikan keselesaan, dan
mereka tidak mempercayai atau memahami sains” Teks Hawking tadi menunjukkan bahawa bagi
Hawking, agama dipercayai oleh manusia disebabkan oleh sikap manusia yang menginginkan
keselesaan, berbanding sains yang agak menyukarkan. Manusia yang tidak memahami kaedah
sains akan lebih cenderung untuk lebih mempercayai agama walaupun pencapaian sains itu lebih
konsisten dan lebih baik dalam kehidupan manusia. Menurut perspektif Islam, sains sahaja tidak
mencukupi untuk menjelaskan kesemua rahsia alam ini dan memberikan jawapan kepada semua
persoalan besar mengenai kehidupan manusia. Pandangan naturalisme saintifik (scientific
naturalism) ini berpegang bahawa alam ini hanyalah terdiri daripada zat yang material dan fizikal
sahaja yang bersumberkan empirisisme, rasionalisme dan materialism. Sedangkan ajaran Islam

13
mengajarkan bahawa alam ini turut dihuni oleh makhluk- makhluk ghaib dan terdapat banyak
perkara ghaib yang Allah SWT sembunyikan daripada pancaindera manusia. Pengaruh ilmu sains
dalam pemikiran mereka itu demikian hebat mendalam sehingga ia dijadikannya seolah-olah
sebagai suatu nilai hidup atau penilai kehidupan yang utama bagi membimbing mereka ke arah
keyakinan terhadap kebenaran demi mencapai kesejahteraan” (al-Attas, 2007).

Falsafah merupakan satu komponen yang penting dalam perbincangan bagi pelaksanaan sesuatu
sistem pendidikan. Falsafah yang dibina akan membentuk objektif, metodologi, wasilah, sistem
dan prasarana pendidikan (Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri, 2011). Generasi muda masa
kini banyak terdedah kepada informasi ateisme. Kadang-kadang seseorang itu mungkin timbul
keraguan dalam dirinya tentang kewujudan Tuhan, lalu terpendam atau berhujah secara terbuka.
Kewujudan falsafah adalah sebagai memenuhi keperluan kepada tujuan pendidikan yang telah
ditetapkan supaya ianya dapat digapai dan menjadi tunjang kepada pelaksanaan sesuatu sistem
pendidikan bagi sesebuah negara. Kekuatan sesebuah negara terletak kepada pemikiran rakyatnya.
Dengan pemikiran ini jugalah yang dapat menentukan hala tuju negara; baik dari segi
pembangunannya, ekonominya, dan politiknya. Untuk membina pemikiran yang kritis, kreatif,
inovatif, sihat dan matang, aspek pendidikan amatlah penting. Pendidikan ialah wahana paling
penting untuk menentukan pemikiran rakyat yang bagaimanakah yang ingin dibentuk suatu hari
nanti. Pendidikan yang membangunkan peribadi ini harus berterusan sehingga ke peringkat
pengajian tinggi. Ramai orang yang beranggapan bahawa falsafah merupakan pengetahuan yang
amat rumit dan membebankan. Hakikatnya, ilmu falsafah ialah ilmu berfikir. Dengan falsafah,
seseorang itu mampu belajar untuk mengaturcara fikiran seterusnya membina tamadun pemikiran.
Dengan falsafah jugalah seseorang itu dapat menganalisa, mencari kebenaran, dan seterusnya
merancang penyelesaian.

14
4.3 APLIKASI

Negara Malaysia mempunyai prinsip rukun negara yang tersendiri. Rukun Negara yang pertama
ialah Kepercayaan Kepada Tuhan dan agama Islam merupakan agama Persekutuan Malaysia.
Memandangkan negara Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada rakyat yang
berbilang kaum, agama dan bangsa, maka terdapat beberapa jenis anutan dan amalan agama yang
berbeza antaranya ialah Islam, Buddha, Kristian, Hindu dan lain-lain. Namun kesemua penganut
mempunyai hak untuk mempraktikkan amalan agama masing-masing dengan syarat tidak
mengganggu amalan agama lain dan selagi mana tidak bercanggah dengan perlembagaan negara.
Di sini kita dapat melihat bahawa, falsafah rukun negara bukan sekadar dihayati tetapi juga
memainkan peranan penting dalam membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia. Dari sudut
kefahaman Islam pula, menghormati agama lain adalah satu tuntutan. Bangsa dan Negara ini telah
diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama yang
betul akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama Persekutuan, tetapi
agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-
mana bahagian di dalam Persekutuan. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan
pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama
boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa
pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing,
prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

15
4.4 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Secara keseluruhannya, artikel ini mempunyai hujah-hujah yang kukuh kerana fakta-fakta yang
menyokong hujah-hujah yang terdapat dalam artikel ini adalah asli dan tepat. Penyampaian dari
aspek gaya penulisan dan bahasa juga mudah difahami dan menarik. Penulis artikel ini telah
berjaya menyusun maklumat dengan teratur. Dengan ini, memudahkan lagi penyampaian
maklumat dengan lebih jelas. Setiap maklumat yang berbeza telah disusun dengan menggunakan
subtopik yang berbeza. Malah penelitian telah dibahagikan kepada beberapa bahagian utama
seperti perbincangan, persoalan serta kesimpulan. Ini adalah untuk mengelakkan daripada
sebarang konflik atau salah faham terhadap kenyataan yang dinyatakan. Ini juga berfungsi untuk
mengisi ilmu baru untuk pembaca. Tanpa pengetahuan yang menyeluruh tentang isu yang
dikupaskan, pembaca mungkin akan meragui kesahihan artikel ini. Dengan ilmu yang padat ia
mampu untuk menguatkan dan menyakinkan pegangan pembaca.

Terdapat beberapa cadangan untuk penambahbaikan artikel ini antaranya adalah penulis mungkin
boleh mengupas dengan lebih mendalam dan jelas tentang isu-isu ketuhanan dengan mengaitkan
dengan situasi pada masa kini. Sebagai contoh, membincangkan perbezaan isu-isu ketuhanan yang
telah berlaku pada masa lampau dan juga pada masa kini. Justeru itu, pembaca dapat memahami
dengan lebih jelas apakah yang cuba dikupaskan oleh penulis. Ini mampu memberikan nilai yang
lebih banyak terhadap artikel ini kerana pemikiran kritis penulis boleh dijadikan maklumat dan
sumber rujukan pembaca dan secara tidak langsung ia juga boleh dijadikan teladan umat Islam.

Selain itu, penulis mungkin boleh menggunakan grafik seperti rajah, carta atau apa sahaja grafik
yang bersesuaian dengan artikel ini untuk lebih menarik minat pembaca dan membantu
penyampaian intisari artikel dengan lebih pantas dan mudah. Bukan itu sahaja, dapatan artikel juga
dapat ditafsir oleh pembaca dengan lebih mudah.

Akhir sekali, penulis diharapkan berusaha untuk menyenaraikan kesan positif dan negatif isu-isu
ketuhanan yang dikaitkan dengan isu semasa selari dengan era permodenan pada masa kini.
Dengan membangkitkan perkara tersebut ia dapat mencetuskan pandangan dan pemikiran daripada
pelbagai sudut. Tambahan pula sesetengan pembaca sangat berpegang teguh dengan fahaman dan
ideologi mereka sendiri, oleh itu dengan membangkitkan perkara tersebut ia mampu membuatkan
pembaca memikirkan pandangan kedua dari semua sudut.

16
5.0 RUMUSAN
5.1 RUMUSAN ARTIKEL

Naluri hati manusia telah lama mengakui bahawa ada satu kuasa yang telah mentadbir dan
memperjalankan alam ini. Justeru, mereka melemparkan pelbagai pandangan berhubung perkara
ini dan sehingga wujudnya fahaman dan aliran tertentu. Oleh yang demikian, sebagai umat Islam,
mempercayai kewujudan Allah S.W.T. adalah merupakan satu kewajipan. Menyatakan
penyaksian bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad
S.A.W. pesuruhNya. Percaya Kepada Allah merupakan rukun iman yang pertama, maka bagi
sesiapa yang ragu-ragu dan menolak kewujudan Allah akan gugur iman mereka dan sehinggakan
boleh menjadikan mereka murtad. Keimanan dan ketauhidan kepada Allah S.W.T akan
berkembang menjadi keimanan seperti mana dalam rukun-rukun Islam yang lain.

17
5.2 RUMUSAN KAEDAH PENULISAN ARTIKEL

Perkembangan pengetahuan telah berlaku secara berperingkat sejak zaman berzaman. Pelbagai
kaedah telah dikemuka dan diperkembangkan oleh tokoh-tokoh yang berwibawa dalam pelbagai
bidang falsafah pengetahuan. Secara keseluruhan, artikel ini telah menbincangkan mengenai
sejarah perkembangan berkaitan dengan isu ketuhanan daripada pelbagai fahaman. Secara amnya,
penulis telah menjelaskan dengan terperinci berkenaan dengan sejarah perkembangan kepercayaan
masyarakat terdahulu terhadap Tuhan. Penulis telah menggunakan kaedah kronologi atau garis
masa dalam memberikan gambaran kepada pembaca. Penyelidikan berdasarkan garis masa atau
penyelidikan sejarah memberi peluang kepada penulis untuk mengimbas kembali zaman lampau
bagi cubaan untuk memberikan penerangan dan gambaran terhadap apa yang telah terjadi pada
waktu itu. Bagi menyempurnakan penulisan beliau, penulis juga telah mengemukakan beberapa
persoalan dalam penulisannya. Antaranya adalah:

a) Siapakah yang terlibat?


b) Bilakah perkara tersebut berlaku?
c) Dimanakah peristiwa itu terjadi?
d) Apakah aktiviti atau amalan yang dilakukan pada waktu tersebut?

Sebagai contoh penulis telah menyusun perkembangan kepercayaan terhadap Tuhan bermula
dengan era Tamadun Yunani, diteruskan dengan era falsafah moden, seterusnya zaman kedatangan
Islam dan tokoh-tokoh ilmuan Islam iaitu Zaman Kegemilangan Islam. Penulis mengemukakan
tokoh-tokoh yang berkait dengan era yang dinyatakan sebagai justifikasi fakta dan huraian
terhadap topik yang dibincangkan.

18
6.0 RUJUKAN

Mohamed, O. (2001). Penulisan Tesis dalam Bidang Sains Sosial Terapan. Serdang: Penerbit
Universiti Putra Malaysia.

M. Baharudin. (2014, January). KONSEPSI KETUHANAN SEPANJANG SEJARAH


MANUSIA. Retrieved from
http://ejournal.radenintan.ac.id/index.php/alAdyan/article/download/1406/1112

Syalaby, A. (2016, March 08). Pergerakan Matahari dan Bulan di dalam Al-Quran. Retrieved
from https://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/hikmah/16/03/08/o3ptxh394-
pergerakan-matahari-dan-bulan-di-dalam-alquran-part3

Faizah, W. (2012). KEHARMONIAN ANTARA MANUSIA, ALAM DAN PENCIPTA


DALAM PERUBATAN MELAYU. Retrieved from
https://core.ac.uk/download/pdf/153212085.pdf

Abdul Rahman, N., Mohd Khambali @ Hambali, K., Awang, J., Yaakob, Z., & Shapiee, N.
(2020, June 13). Memahami Agama Lain Asas Toleransi Beragama: Tujuan dan Syarat
dari Perspektif Pemimpin Agama di Malaysia. Retrieved from
https://ejournal.ukm.my/akademika/article/viewFile/40447/10796

Retrieved December 15, 2020, from


http://staging.islam.gov.my/emuallaf/papar_maklumat.php?ID=27

Prof Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim. (2020, July 04). Falsafah Rukun Negara bukan
sekadar dihayati. Retrieved from
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/07/707201/falsafah-rukun-negara-
bukan-sekadar-dihayati

Naser, X. (2019, September 10). Mengapa wajib falsafah? Retrieved from


https://www.sinarharian.com.my/article/47228/KOLUMNIS/Mengapa-wajib-falsafah

Samsudin, F. (2019, April 24). Hormat semua agama. Retrieved from


https://www.hmetro.com.my/addin/2019/04/448168/hormat-semua-agama

Mustafa, R. B., Lubis, M. A., & Hamzah, M. B. (n.d.). FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
ASAS PEMBANGUNAN MODAL INSAN BERSEPADU. Retrieved from
https://hrmars.com/papers_submitted/old-data/ROHAYU_MUSTAFA.pdf

19

You might also like