You are on page 1of 8

Senjata nuklear adalah senjata yang mendapat tenaga dari tindak balas nuklear dan

mempunyai kuasa pemusnah yang besar. Sebiji bom nuklear mampu memusnahkan
sebuah bandar. Senjata nuklear hanya dua kali digunakan dalam sejarah dunia iaitu
dalam Perang Dunia II oleh Amerika Syarikat terhadap Bandarbandar Jepun iaitu Hiroshima and Nagasaki.
Negara kuasa nuklear adalah Amerika Syarikat, Rusia, United Kingdom, Perancis, Republik
Rakyat China,India dan Pakistan. Selain itu, negara Israel dipercayai mempunyai senjata
nuklear, walaupun tidak diuji danIsrael enggan mengisytiharkan sama ada ia memiliki
senjata nuklear ataupun tidak. Lihat senarai negara dengan senjata nuklear untuk lebih
terperinci.
Senjata nuklear kini dapat dilancarkan melalui pelbagai cara seperti melalui kapal terbang
pengebom, peluru berpandu, peluru berpandu balistik, dan peluru berpandu balistik antara
benua.
Negara-negara yg ada senjata nuklear:
India, Pakistan, Korea Utara
Sebab-sebab:
-perang dingin antara 2 kuasa besar spt US n kesatuan soviet
- konflik dalaman
Kesan
- Hiroshima dan Nagasaki (perang dunia kedua)
- Perbalahan / persengketaan melibatkan Negara /dunia
- Kerosakan harta benda
- Banyak mengorbankan nyawa
- Keadaan tidak aman / tegang.
Langkah penyelesaian:
- Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear Sedunia
- Perjanjian Pembatasan Nuklear
- Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear Menyeluruh
- Rundingan damai
Nilai-nilai
- saling menghormati antara Negara
- hidup bersama secara aman
- Saling membantu dan bekerjasama

isu nuklear India dan pakistan


Sejauh Manakah Keengganan India dan Pakistan Untuk Menganggotai Nuclear NonProliferation Treaty (NPT) Memberi Cabaran Kepada Rejim Penyahcambahan Nuklear.
PENGENALAN
Non-Proliferation of Nuclear Weapons, atau Nuclear Non-Proliferation Treaty (NPT or NNPT)
adalah satu perjanjian antarabangsa, yang telah dimeterai pada 1 Julai 1968, matlamat
utama perjanjian ini adalah untuk menghadkan pengembangan penggunaan senjata
nuklear. Sebanyak 188 negara yang berdaulat telah menandatangani untuk mematuhi
perjanjian tersebut. Walau bagaimanapun, dua buah negara iaitu India dan Pakistan selain
dari tujuh negara yang telah memiliki kuasa nuklear (iaitu mereka yang telah secara terbuka
menguji senjata nuklear), dan sebuah negara yang berkemungkinan besara mempunyai
senjata nuklear ialah Israel, tidak meratifikasikan perjanjian tersebut. Selain itu, sebuah lagi
negara yang mendakwa mempunyai senjata nuklear iaitu Korea Utara telah menarik diri
daripada perjanjian tersebut. Cetusan awal di sebalik perangkaan draf perjanjian NPT
adalah disebabkan oleh kebimbangan masyarakat dunia tentang kerancakan pembinaan
teknologi senjata nuklear, yang berupaya menyediakan ruang yang paling maksimum
kearah kehancuran dunia. Dalam sejarah perang dingin, hubungan dua kuasa besar,
Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet adalah terlalu rapuh dan memungkinkan segalagalanya akan berlaku. Kebanyakan negara yang mengamalkan penggunaan senjata nuklear
telah merendahkan tahap keselamatan penggunaan senjata, dan dengan itu menyumbang
kepada risiko salahtanggapan dan salahjangka yang mungkin tercetus melalui kemalangan
atau penggunaan haram, atau melalui tercetusnya konflik-konflik kecil yang berlaku.
Perjanjian ini pada awalnya dicadangkan oleh Ireland, dan dibuka untuk ditandantangani
pada 1968. Finland adalah negara pertama yang menandatangani Perjanjian tersebut. Pada
tahun 1992, kesemua lima negara yang memiliki senjata nuklear pada waktu itu telah
menandatangani Perjanjian tersebut, dan perjanjian tersebut telah diperbaharui pada 1995,
yang kemudiannya diikuti dengan Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear (CTBT
Comprehensive Test Ban Treaty) pada 1996. Sejak perjanjian itu ditandatangani, terdapat
beberapa negara yang cuba berjinak-jinak dengan senjata nuklear telah menamatkan
program senjata nuklear mereka. Sebagai contoh, Afrika Selatan yang sedang
membangunkan program senjata nuklear pada tahun 1970-an dengan bantuan Israel, dan
berkemungkinan akan mengadakan ujian senjata nuklear yang pertama pada 1979 telah
menamatkan pembangunan senjata tersebut. Keseluruhan kemudahan persenjataan
nuklear dimusnahkan. Manakala Ukraine dan beberapa negara bekas Soviet telah
memusnahkan program persenjataan nuklear dan menyerahkan senjata nuklear yang
mereka miliki kepada Russia, yang mewarisi hak senjata nuklear daripada Soviet Union.
Perjanjian ini selalunya dibahagi kepada tiga prinsip utama: sekatan pengeluaran (nonproliferation), perlucutan (disarmament), dan hak untuk menggunakan teknologi nuklear.
Prinsip NPT
Prinsip Pertama: Sekatan Pengeluaran
Lima negara yang dibenarkan oleh NPT untuk memiliki senjata nuklear iaitu Perancis yang
menandatangani perjanjian pada 1992, People's Republic of China pada tahun 1992,
Kesatuan Soviet pada tahun 1968. Selepas keruntuhan Soviet, hak penggunaan senjata
nuklear ini diwariskan kepada negara Rusia, United Kingdom, Amerika Syarikat (1968). Ini
adalah merupakan negara-negara yang memiliki senjata nuklear sewaktu perjanjian tersebut
ditandatangani, yang mana negara-negara ini adalah merupakan anggota tetap Majlis

Keselamatan PBB. Kelima-lima negara ini telah bersetuju untuk tidak memindahkan senjata
nuklear atau teknologi persenjataan nuklear kepada lain-lain negara, manakala negaranegara yang masih belum mempunyai senjata nuklear telah bersetuju untuk tidak
membangunkan dan memiliki senjata nuklear.
Lima negara bersenjata nuklear tersebut telah membuat akujanji untuk tidak menggunakan
senjata nuklear yang dimiliki terhadap negara-negara yang tidak mempunyai senjata
nuklear, melainkan sebagai tindak balas terhadap apa-apa serangan nuklear, atau satu
serangan konvensional yang bersekutu dengan negara-negara yang memiliki senjata
nuklear. Walaubagaimanapun, akujanji-akujanji ini tidak dimasukkan secara rasmi ke dalam
perjanjian tersebut, dan butirannya sentiasa berubah dari masa ke semasa. Amerika
Syarikat contohnya, pernah membayangkan akan menggunakan senjata nuklear sebagai
tindak balas terhadap apa-apa serangan bukan konvensional dari negara pengganas. Bekas
Setiausaha Pertahanan United Kingdom juga pernah membayangkan kemungkinan
menggunakan senjata itu terhadap ancaman yang sama. Pada Januari 2006, Jacques
Chirac, Presiden Perancis menyatakan bahawa mana-mana insiden yang diakibatkan oleh
negara-negara yang membiayai keganasan ke atas Perancis akan mengundang tindak
balas nuklear dalam skala yang kecil yang bertujuan untuk memusnahkan pusat
pemerintahan rogue states tersebut.
Prinsip Kedua: Perlucutan
Artikle VI dan preamble membayangkan bahawa Negara-Negara Senjata Nuklear (NWSNuclear Weapon State) hendaklah meneruskan rancangan untuk mengurangkan dan
mencairkan senjata yang telah siap; Artikle VI juga mendesak satu Perjanjian Am dan
Menyeluruh Gencatan di bawah kawalan antarabangsa yang tegas dan ketat. Melalui Artikel
1, NWS mengisytiharkan bahawa mereka hendaklah tidak menghasut mana-mana bukan
NWS, untuk memiliki senjata nuklear. Artikel X bagaimana pun memperuntukkan bahawa
mana-mana negara boleh menarik diri daripada perjanjian ini sekiranya mereka merasakan
bahawa perkara-perkara luar biasa yang boleh mempengaruhi, mendesak atau memaksa
mereka.
Prinsip Ketiga: Hak untuk menggunakan teknologi nuklear secara aman
Oleh kerana terlalu sedikit NWS dan negara-negara lain yang memiliki reaktor tenaga
nuklear untuk tujuan perbekalan tenaga nasional, berhajat untuk secara sepenuhnya
mengabaikan pemilikan tenaga nuklear, Prinsip Ketiga NPT memperuntukkan bahawa NPT
menyediakan ruang kepada mana-mana negara untuk berbuat demikian, tetapi berdasarkan
syarat-syarat yang akan menghalang mereka dari menjana dan membina senjata nuklear.
Bagi sesetengah negara, Prinsip Ketiga NPT ini, yang membenarkan proses pengayaan
uranium untuk kegunaan tenaga, kelihatan menyediakan ruang kelemahan yang paling
utama kepada NPT. Walau bagaimanapun, perjanjian ini memberikan hak kepada setiap
negara untuk menggunakan tenaga nuklear bagi tujuan keamanan, seperti stesen tenaga
nuklear dan reaktor air yang dibina khusus untuk tujuan pengayaan uranium. Produk-produk
pengayaan uranium ini juga boleh diurusniagakan dalam perdagangan antarabangsa, walau
pun hakikat pengayaan uranium yang aman boleh dilihat sebagai merintis jalan ke arah
pembinaan secara sulit, kepala senjata nuklear nuklear warhead.
Peruntukan-peruntukan penting dalam NPT
Artike I: Setiap NWS mengakujanji undertake untuk tidak memindahkan, kepada manamana negara penerima, senjata nuklear atau apa-apa letupan berasaskan nulear, dan tidak

akan membantu mana-mana negara lain untuk membina serta menghasil senjata nuklear
atau memiliki senjata tersebut. Artikle II: Setiap negara tanpa nuklear mengakujanji tidak
akan menerima dari mana-mana sumber, apa-apa senjata nuklear atau mana-mana letupa
berasaskan nuklear, dan tidak akan membina atau memiliki senjata tersebut, dan tidak akan
meminta serta menerima apa-apa bantuan bagi pembinaan senjata tersebut. Artikle III:
Setiap negara tanpa nuklear mengakujanji untuk memeterai perjanjian dengan IAEA bagi
penggunaan dan pengawalan bahan-bahan nuklear secara aman dan seperti yang
dibenarkan serta tidak akan mengubahsuai bahan-bahan tersebut untuk dijadikan sentaja
nuklear. Artikle VI. Negara bangsa mengakujanji untuk berunding terhadap gencatan khusus
dan umum terhadap penggunaan senjata nuklea dibawah kawalan antarabangsa yang ketat
dan berkesan. Artikle X. Memberikan hak untuk menarikdiri daripada Perjanjian tersebut
dengan memberi notis 3 bulan sahaja kepada badan berkenaan.
Walaubagaimanapun, disebalik perjanjian yang ditandatangani, keberkesanannya
dipersoalkan. Beberapa negara maju dan negara-negara sekutu dengan mereka tidak
menerima pakai NPT. Sehingga kini sebanyak 188 negara sahaja yang telah
menandatangani untuk mematuhi NPT. Iran telah pun mengancam akan berundur daripada
mematuhi NPT jika dunia terus mengenakan sekatan dan tekanan. Korea Utara sudah pun
berbuat demikian pada awal 2003 selepas menamatkan pemeriksaan Agensi Tenaga Atom
Antarabangsa (IAEA) pada Disember 2002. Jika sedemikian keadaan - tidak semua negara
menerima pakai NPT dan masih ada negara anggota PBB yang memandang rendah
keberkesanan perjanjian antarabangsa mengenai nuklear sedia ada - apakah dunia masih
memerlukan satu lagi perjanjian, bagi menggantikan perjanjian yang tidak memperlihatkan
keberkesanan untuk mengatasi masalah semasa. Ataupun dunia memerlukan perjanjianperjanjian baru yang hanya memanfaatkan sesetengah negara manakala negara lain terus
ditekan atas nama perlunya mematuhi perjanjian sedemikian. Berdasarkan kandungan
rangka perjanjian yang dikemukakan pada persidangan kawalan senjata di Geneva minggu
lalu, beberapa negara melahirkan kebimbangan bahawa ia tetap akan menguntungkan
negara-negara maju ataupun negara yang telah pun memiliki senjata nuklear. Ia sama sekali
tidak akan menghapuskan senjata nuklear dari bumi, sebaliknya mengekalkan status negara
senjata nuklear, dan pada masa yang sama mengehadkan peluang negara lain menyertai
kumpulan negara nuklear. Perjanjian baru seharusnya mengawal senjata nuklear secara
komprehensif, bukannya memberi peluang kepada sesetengah pihak terus mengekalkan
senjata nuklear sedia ada, tetapi bertindak mengawal negara lain daripada memilikinya atas
alasan menyokong keganasan dan sebagainya.
PENGLIBATAN INDIA DALAM PENGUNAAN TENAGA NUKLEAR
Latar Belakang Negara India
Kashmir adalah sebuah bumi yang indah. Bukit bukaunya memukau, tasiknya tenang
menawan dan udaranya yang nyaman. Kashmir bukanlan mempunyai rupa bumi yang
cantik tetapi pelancong yang mengunjunginya sanggup menamakan wilayah itu sebagai
syurga dunia. Terdapat banyak tempat-tempatnya yang menjadi tarikan pelancong. Akan
tetapi sejak beberapa tahun ini semuanya itu sudah tidak aman lagi. Pertempuran berlaku
antara pejuang Kashmir dan tentera India. Banyak pembunuhan berlaku, malah ada
pelancong yang dijadikan tebusan. Pertempuran di benua kecil India telah mendapat
pemerhatian seluruh dunia. Kemuncak ketegangan adalah apabila Pakistan melakukan
ujian nuklear sebagai membalas ujian bom nuklear di India. India mempunyai kekuatan
tentera yang besar.
India dan Pakistan pernah berperang sebanyak tiga kali selepas mencapai kemerdekaan

dari Britain pada 1947. Keadaan ini berterusan sehingga kini, jika India berperang dengan
Pakistan kedua-duanya akan hancur. Bom nuklear India boleh memusnahkan keseluruh
Pakistan. Bom nuklear Pakistan juga boleh memusnahkan keseluruh bandar India. Program
nuklear India telah berlangsung selama lebih dari lima puluh tahun dan teknologi nuklearnya
telah dikembangkan sendiri bukan karana bantuan yang disediakan oleh pihak-pihak luar.
Berbeza dengan negara kuasa nuklear lain, India bukan negara yang menandatangani
perjanjian menghadkan pengembangan senjata nuklear (Nuclear Non-Proliferation Treaty
atau NPT). India sepenuhnya menerima kewajipannya sebagai negara pemilik nuklear yang
maju dengan kemampuan strategi, seperti keadaan negara pemilik nuklear yang lain.
Program nuklear sivil dan nuklear strategi India seluruhnya dilaksanakan sesuai dengan
kewajipan dan tanggungjawab antarabangsa. Program tenaga nuklear sivil India telah
berlangsung selama empat dekad, dan merupakan elemen penting bagi menjana tenaga
untuk kegunaan aman. India sangat percaya bahawa semua negara harus melaksanakan
kewajipan antarabangsa yang telah mereka terima dengan sukarela, dan harus dilakukan
secara tidak bersembunyi. Dunia telah mengakui bahawa India adalah sebagai negara
pemilik nuklear yang bertanggungjawab, dengan reputasi yang layak dicontohi didalam
Nuclear Non-Proliferation Treaty atau NPT.
ISU UJIAN NUKLEAR INDIA
Isu ujian nuklear India ini paling hangat dibicarakan oleh seluruh masyarakat dunia. India
boleh dikatakan antara negara termaju dalam teknologi nuklear di Asia. Dari segi kepakaran,
India bukan sahaja mempunyai saintis dalam negara, tetapi sesetenganhya juga berkerja di
luar negara. Negara India pernah menjalankan ujian nuklear pada 1973. Pada masa itu
India mendapatkan sumber nuklearnya daripada Perancis dengan alasan untuk menjana
reaktor kuasa eletrik. India menggunakannya untuk membangunkan bom atom. Tindakan itu
menyebabkan India pernah dikenakan sekatan dari negara blok Barat yang anti-nuklear.
Dari tarikh 11- 13 May 1998 India telah melakukan lima ujian nuklear bawah tanah di
Pokhran dalam daerah Rajasthan. Tindakan India telah memberi kejutan besar kepada lima
kuasa nuklear dunia iaitu Amerika Syarikat, Russia, Britain, Perancis, dan China yang
terlebih dahulu mendahului ujian nuklear masing-masing.
Pendirian India Terhadap Isu Ujian Nuklearnya.
India bersedia menandatangai perjanjian pengharaman ujian nuklear sedunia, jika ia diberi
status negara senjata nuklear dan kerusi tetap dalam majlis keselamatan Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Seterusnya India bersedia menandatangani Perjanjian
Pengharaman Ujian Nuklear Menyeluruh (CTBT) dan Perjanjian Pembatasan Nuklear (NTP)
jika layak menjadi ahli kelab nuklear dunia.
PENGLIBATAN PAKISTAN DALAM PENGGUNAAN TENAGA NUKLEAR
Latar Belakang Negara Pakistan
Republik Islam Pakistan atau Pakistan, adalah sebuah negara yang terletak Asia Selatan. Ia
mempunyai garis pantai 1,046 kilometer (650 batu) sepanjang Laut Arab di selatan, dan
disemapadani oleh Afghanistan dan Iran di barat, India di timur dan China di timur laut jauh.
Majoriti penduduk Pakistan adalah Muslim Sunni. Pakistan adalah negara ke-6 yang
mempunyai penduduk teramai di dunia dan negara ke-2 yang mempunyai penduduk
beragama Islam teramai di dunia selepas Indonesia. Pakistan sebenarnya sebahagian
daripada India dan berpecah kepada Pakistan Barat dan Pakistan Timur. Pakistan Timur
dikenali sebagai Bangladesh, kini. Pakistan pernah dijajah oleh British dan menjadi

sebahagian dari India British yang berpusat di Delhi. Tapak tamadun purba Mahenjo Daro
terletak di Lembangan Indus, Pakistan. Lembangan ini pernah dijajah oleh kuasa Parsi dan
Greek. Kemudian dikuasai oleh kuasa Arab, Afghan, Turki, Baloch dan Mongol.
Secara jelasnya sumber tenaga nuklear yang dibangunkan oleh negara Pakistan adalah
untuk menampung penggunaan tenaga elektrinya. Namun sebalikya, penguraian tenaga
nuklear negara Pakistan dibangunkan adalah untuk menghasilkan senjata nuklear bagi
memperkasakan system pertahanan negara itu. Pembangunan sistem keselamatan
berteraskan penggunaan tenaga nuklear Pakistan juga adalah bagi mengimbangi
kekuasaan negara jiranya iaitu India yang telah menggunakan penguraian nuklear dalam
bidang pertahanan atau persenjataan. Pakistan merupakan satu-satunya Negara Islam yang
mempunyai senjata nuklear yang diiktiraf kuasa besar dunia. Negara yang sekian lama
bergolak itu sememangnya melahirkan banyak cendekiawan dalam pelbagai bidang
terutamanya dalam bidan sains dan agama.
Abdul Qadeer Khan merupakan orang yang bertanggungjawab menjadikan Pakistan
sebagai sebahagian daripada kuasa nuklear dunia. Bukankah ini menandakan umat Islam
sebenarnya mampu berdiri sejajar dengan kuasa besar dunia yang lain?. Malangnya
teknologi sehebat itu belum pasti menjanjikan keselamatan dan kamanan kepada rakyat
Pakistan. Kita boleh merujuk kepada sejarah tanah air mereka yang penuh pergolakan
antara etnik dan ideologi. Dalam dunia ini terdapat beberapa negara yang mempunyai
nuklear, antaranya adalah, Amerika, Syarikat, Rusia, Israel, Perancis, Britain, China, India,
dan Korea Utara. Jikalau antara kita merujuk kepada hubungan antara kuasa nuklear dunia
mempunyai senjata nuklear, kita tidak akan berperang. Logiknya adalah jikalau salah satu
negara cotohnya Amerika telah melancarkan senjata nuklearnya kepada negara nuklear
yang lain kita pilih Pakistan untuk ini, maka sudah pasti Pakistan akan bertindak serupa
dengan melancarkan serangan yang sama. Kesan bagi persenketaan ini amatlah dasyat
untuk dilihat jika ianya berlaku.
Mengapa India dan Pakistan Enggan Menandatangani NPT
Seperti yang diketahui, negara India dan Pakistan adalah merupakan antara dua buah
negara yang tidak menandatangani atau menjadi ahli kepada Perjanjian Non proliferasi atau
NPT. Namun begitu, India dan Pakistan mempunyai alasan dan pendirian tersendiri dalam
mempertahankan penggunaan atau sumber nuklearnya. India dan Pakistan sering berkonflik
tentang pembangunan program senjata nuklear mereka. Salah satu sebab mereka tidak
menandatangani NPT dalah kerana kedua-dua negara ini perlu membangunkan penguraian
tenaga nuklear dalam bidang persenjataan bagi mengimbangi kekuasaan antara kedua
negara. Penghasilan senjata nuklear oleh kedua negara ini tidaklah disenangi oleh negaranegara lain, namun mereka tetap dengan pendirian mereka untuk meneruskan program
senjata nuklear mereka untuk mempertahankan kedaulatan dan menjamin kekuasaan
negara.
India dan pakistan juga menuntut supaya negara mereka diiktiraf sebagai berstatuskan
negara bersenjata nuklear dan mereka menjadi anggota tetap PBB barulah kedua negara ini
akan menandatangani NPT. Dengan tuntutan ini, ia menjadi alasan mengapa India dan
Pakistan tidak menandatangani NPT. Persaingan pembangunan program nuklear dan
penghasilan senjata nuklear negara India dan Pakistan nyata jelas kelihatan apabila keduadua negara ini saling menjalan nujian senjata nuklearnya. Keadaan ini menunjukkan
pendirian kedua-dua negara ini untuk meneruskan program senjata nuklear mereka adalah
utuh dan tidah mudah untuk disekat atau diancam oleh mana-mana pihak atau negara.
Tahap keselamatan negara juga menjadi alasan mengapa India dan pakistan tidak

menandatangani NPT, dengan mempunyai progaram senjata nuklear, India dan Pakistan
yakin dan kukuh terhadap tahap keselamatan negara walaupun terdapat ancaman daripada
kuasa-kuasa besar dunia.
India dan Pakistan juga telah memberi keyakianan bahawa dapat mengawal penggunaan
sumber nuklearnya daripada disalah guna untuk tujuan keganasan oleh pihak persendirian
atau pengganas. Selaian itu juga, keengganan India untuk tidak menandatangani perjanjian
NPT adalah disebabkan oleh dakwaan negara tersebut bahawa terdapat ketidak
seimbangan antara hak-hak dan kewajipan NWS dan NNWS. Ujian nuklear negara China
juga mendorong India mengambil keputusan untuk tidak menandatangani perjanjian NPT.
Pakistan menyokong hak yang sah kepada semua kerajaan untuk mendapat faedah
daripada kerjasama nuklear yang aman. Disamping itu, keputusan India untuk tidak
menandatangani perjanjian NPT adalah bagi mengimbangi kuasa dengan China yang juga
mempunyai program senjata nuklear, China merupakan anggota tetap majlis keselamatan
PBB yang mana dihalalkan mempunyai program senjata nuklear.
Negara India juga disokong oleh Amerika Syarikat untuk meneruskan program nuklear India
kerana India dan Amerika Syarikat adalah bekerjasama tentang pertahanan kedaerahan
melalui peluru berpandu. Kengganan dan pendirian negara Pakistan dan India terhadap
pembangunan program nuklear atau senjata nuklear mereka telah mendapat perhatian
kuasa-kuasa besar dunia dan mengundang kepada campurtangan badan-badan berkuasa
seperti PBB untuk mengambil tindakan keatas kedua-dua negara ini. Walaubagaimanapun,
India dan Pakistan tidak menampakkan bahawa mereka akan berhenti membangunkan
program nuklear mereka. Malah sehingga sekarang program nuklear mereka masih
diteruskan dari masa kesemasa.
Kesan dan Cabaran Kepada Kedua-Dua Negara.
Pendirian Negara India dan Pakistan untuk meneruskan agenda program nuklear mereka
telah mendapat riaksi dan tindak balas daripada kuasa-kuasa dunia dan badan yang
bertanggungjawab mengenai isu nuklear ini. Keadaan ini telah seakan membawa cabaran
yang besar terhadap kedua-dua negara. Antara cabaran yang dihadapi oleh kedua negara
ini ialah tentangan daripada negara kuasa dunia seperti Amerika Syarikat, China, Jepun,
Perancis dan sebagainya. Amerika Syarikat amat memandang berat terhadap isu ini dan
memberi riaksi untuk campurtangan dalam menyelesaikan atau menyekat pembangunan
program nuklear India dan Pakistan. Kerisauan Amerika Syarikat terhadap keganasan atau
pengganas yang mungkin akan mengambil kesempatan terhadap pembangunan program
nuklear ini mengundang Amerika supaya terus menekan atau mendesak supaya program ini
diberhentikan secara segera.
Pelbagai tekanan terus diberikan kepada kedua negara, antaranya ialah, mendesak PBB
mengenakan sekatan ekonomi bagi kedua negara ini jika program nuklear mereka
diteruskan. Amerika dan sekutunya juga telah memprovokasikan isu nuklear ini kepada
dunia supaya menghalalkan campurtangan ketenteraan dilakukan keatas negara India dan
Pakistan supaya program nuklear dapat diberhentikan. Ugutan-ugutan yang dilemparkan
adalah sebagai cabaran terhadap negara India dan Pakistan. Selaian daripada itu, tekanan
dan sekatan juga terus dikenakan terhadap kedua-dua negara ini. Ugutan demi ugutan dan
tindakan terus diberikan terhadap India dan Pakistan kerana kedegilan mereka dalam
meneruskan program nuklear mereka. Sebagai contoh, Sebaik sahaja India menjalankan
ujian nuklearnya, pelbagai tekanan dan sekatan telah dikenakan ke atasnya. Di antara
tekanan dan sekatan yang telah dikenakan ke atas India ialah, Jepun menggantung bantuan
AS$1.1 billion (RM 4.18 billion), Australia memanggil pulang dutanya dan meminta bantuan

global dilakukan, Kanada, New Zealand dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
meminta langkah berjaga-jaga dilakukan secara maksimum di rantau ini, Russia memberi
amaran perlumbaan senjata nuklear akan meningkat, Jerman dan China menyatakan
kekesalan kerana mencemarkan keamanan dunia, Negara-negara Kumpulan Lapan (G8)
bersetuju membekukan bantuan bukan kemanusiaan kepada negara India iaitu sebanyak
AS$1.1 billion, Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi berjumlah AS$20.7 billion,
Semua jualan dan lesen tentera bagi mengeksport peluru dibatalkan selain bantuan
ketenteraan yang layak diterima yang membabitkan kira-kira AS$775,000, semua pinjaman
kredit, jaminan kredit dan bantuan kewangan lain kerajaan Amerika kepada kerajaan India
dihentikan yang membabitkan lebih AS$2 billion, dan sekatan juga dikenakan keatas India
melalui semua bank Amerika dilarang memberi pinjaman atau kredit kepada kerajaan India,
kecuali untuk membeli komoditi makanan dan pertanian yang membabitkan hampir AS$2
billion. Keadaan yang sama juga telah berlaku terhadap negara Pakistan. Keadaan ini telah
membawa kepada keadaan yang teruk terhadap kedua-dua negara dan menjadi cabaran
yang besar untuk dihadapi. Walau bagaimanapun, segala cabaran dan tekanan yang
diberikan tetap dihadapi demi untuk meneruskan matlamat dan pendirian mereka dalam
meneruskan program penguraian nuklear bagi kedua negara ini.
KESIMPULAN
Perjanjian Non-Proliferation of Nuclear yang bermatlamatkan untuk menyekat dan
mengawal sebarang pembangunan program senjata nuklear yang telah dimeterai pada 1
Julai 1968 yang telah ditandatangani 188 negara yang berdaulat untuk mematuhi perjanjian
ini. Namun, sehingga sekarang himpir keseluruhan negara di dunia yang mengamalkan
sistem pemerintahan demokrasi telah menendatangani dan menjadi anggota NPT. Walau
bagaimanapun, sesetengah pihak menganggap NPT adalah dijadikan alat oleh kuasa-kuasa
besar seperti Amerika Syarikat untuk menindas atau menekan negara yang dilihat sebagai
mengamcam kekuasaan negaranya. NPT juga telah diskriminasi oleh pihak Amerika
Syarikat dan sekutunya untuk menentang dan menghapuskan negara-negara Islam yang
menjadi musuh atau ancaman terhadapnya. Segala tuduhan terus dilemparkan kepada
negera-negara Islam sebagai negara yang mengamcam keamanan dunia jika negara ini
mempunyai program penguraian tenaga nuklear. Negara India dan Pakistan adalah dua
negara yang tidak menandatangani perjanjian NPT. Walaupun menerima tekanan serta
cabaran yang besar daripada kuasa-kuasa besar dunia dan desakan oleh badan dunia iaitu
PBB, India dan Pakistan tetap dengan pendirian mereka untuk meneruskan program
pembangunan senjata nuklear dengan alasan-alasan yang tersendiri. Akibat dari kedegilan
ini, India dan Pakistan telah menerima pelbagai tekanan termasuk sekatan ekonomi,
penarikan dana bantuan, pengharam pinjaman dana daripada IMS dan juga ugutan-ugutan
kuasa besar dunia terutamanya Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, sehingga 2005
India dan Pakistan tidak menandatangani perjanjian NPT. Mulai 1998 mereka saling
melancarkan ujian senjata nuklear mereka sehingga ke hari ini. Organisasi program
penguraiaan nuklear terus dikukuhkan oleh kedua-dua negara ini walaupun dikecam oleh
kuasa-kuasa besar dunia termasuk majlis keselamatan PBB dan juga aensi-agensi lain.
Keadaan ini telah membuatkan rejim penyahcambahan nuklear tidak begitu tenang dan
memberi cabaran terhadap rejim itu.

You might also like