You are on page 1of 9

1

2
3
4
5
6
7
PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2(946/2) NAMA:.............................
JAWAPAN LATIHAN PENGUKUHAN BAB 2 : ASPEK PERUNDANGAN PERNIAGAAN

1 Takrifkan maksud kontrak menurut Akta Kontrak 1950. [4]


1. Di bawah Seksyen 2(h) Akta Kontrak 1950, kontrak ditafsirkan sebagai sesuatu
perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang.
2. "Sesuatu perjanjian yang dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah kontrak". Oleh itu
suatu kontrak akan wujud apabila kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan dan
undang-undang mengiktiraf hak-hak dan tanggungjawab yang timbul daripada persetujuan
tersebut.

2 Jelaskan elemen tawaran bagi sesuatu kontrak. [2]


Tawaran merupakan satu aku janji oleh satu pihak kepada pihak yang lain bahawa ia akan
melakukan sesuatu atau menahan diri daripada melakukan sesuatu jika pihak yang lain itu
bersedia menerima atau mematuhi sepenuhnya sesuatu syarat yang disebut oleh pihak
yang membuat janji itu.

3 Jelaskan individu yang layak membuat kontrak. [3]


Sek 11, Akta Kontrak 1950, seseorang yang layak membuat kontrak mestilah:

1.Dewasa, iaitu mencapai usia 18 tahun


2.Berakal sempurna, iaitu berfikiran waras dan dapat memahami terma dan syarat kontrak yang
ingin dimasukinya
3.Tidak hilang kelayakan berkontrak, iaitu tidak ada mana-mana undangundang yang
melarangnya berkontrak

4 Jelaskan keadaan yang memberi pengecualian terhadap seseorang yang berumur bawah 18 untuk [4]
berkontrak.
Pengecualian bagi seseorang yang berumur 18 ke bawah memasuki sesuatu kontrak:

1. Kontrak untuk keperluan hidup seperti makanan, minuman, pelajaran dan lain-lain yang
perlu dan munasabah kepada kesenangan remaja
2. Kontrak biasiswa yang melibatkan kontrak biasiswa kanak-kanak dengan badan
kerajaan sahaja
3. Kontrak insurans dengan syarat mendapat kebenaran bertuhs bapa atau penjaga
4. Kontrak perkahwinan merupakan satu pengecualian kepada kaedah umum bahawa
kanak-kanak tidak boleh membuat kontrak. Ini bermakna kanak-kanak di bawah umur
dewasa boleh membuat kontrak untuk berkahwin, dan kontrak itu sah dan dapat
dikuatkuasakan di mahkamah.

5 Jelaskan perbuatan fraud yang boleh menyebabkan sesuatu kontrak boleh dibatalkan menurut Akta
Kontrak 1950. [4]
Fraud/Tipuan

Seksyen 17 AK 1950 mendefinisikan fraud sebagai satu pihak yang membuat kontrak
dengan niat memperdayakan pihak lain untuk membuat kontrak dengannya.
Perbuatan-perbuatan itu ialah :
1. menyarankan sesuatu fakta,
2. menyembunyikan sesuatu fakta yang tidak benar,
3. membuat janji tanpa niat menepati janji,
4. melakukan mana-mana perbuatan untuk memperdaya,
5. mana-mana perbuatan atau penyembunyian yang ditetapkan oleh undang-undang
sebagai penipuan.

6 Berikan takrif barang dalam kontrak jualan barangan menurut Akta Jualan Barang 1957.

8
[3]
Barang ialah setiap jenis harta alih selain daripada tuntutan dan wang dan termasuk
stok dan saham,
tanaman, rumput dan barang yang tercantum kepada tanah atau menjadi sebahagiannya
yang dipersetujui akan dipisahkan sebelum dijual atau dipisahkan di bawah kontrak
jualan.

7 Jelaskan maksud barang sedia ada. [3]


Barang sedia ada
Barang yang sudahpun dimiliki berbentuk barang tertentu atau barang yang
belum ditentukan.
Barang tertentu, setelah barang telah dikenal pasti dan dipersetujui semasa
kontrak jualan dibuat
Barang yang belum ditentukan, barang yang belum ditentukan dan disetujui
pada masa kontrak jualan itu dibuat.

8 Jelaskan maksud syarat tersirat. [3]


1. Perkara tidak disebut secara nyata dalam sesuatu perjanjian
2. Kedua-dua belah pihak pembeli dan penjual barangan sedia maklum bahawa perkara
tersirat yang tidak dinayatakan di dalam perjanjian sememangnya wujud dalam perjanjian
tersebut.
3. Syarat tidak ditulis dengan jelas.

9 Jelaskan dua jenis waranti tersirat. [4]


2 jenis waranti tersirat :

1. Milikan aman/bebas dari gangguan


Pembeli berhak menggunakan barang yang dibeli tanpa gangguan daripada
penjual, ejen, wakil atau pihak ketiga.

2. Bebas daripada bebanan


Barang yang dijual patut bebas daripada sebarang gadaian atau bebanan bagi
mana-mana pihak ketiga yang tidak diberitahu kepada pembeli semasa atau
sebelum kontrak dibuat seperti barangan yang belum jelas pembayaran cukai.

10 Jelaskan maksud elemen bebas dari kesulitan dalam kontrak jualan. [3]

Bebas daripada kesulitan bermaksud setiap barangan yang hendak dijual oleh penjual,
menurut Akta jualan barang 1957 hendaklah :
1. Bebas dari gangguan di mana pembeli boleh menggunakan barangan tersebut
secara aman tanpa gangguan daripad apenjual, ejen, wakil ataupun pihak ketiga.
2. Bebas daripada sebarang gadaian atau bebanan dari mana-mana pihak ketiga
seperti saman, cukai, atau keberhutangan.

You might also like