You are on page 1of 14

KONFLIK

PERSEMPADANAN
DAN TUNTUTAN
BERTINDIH DI
ASIA
MALAYSIA

SINGAPURA INDONESIA

PULAU BATU PULAU PULAU


PUTIH SIPADAN LIGITAN
KONFLIK MALAYSIA-SINGAPURA KE ATAS
TUNTUTAN PEMILIKAN PULAU BATU PUTIH
 Pertikaian mengenai status kedaulatan Pulau Batu Putih mula tercetus pada tahun 1979 ketika Malaysia
menerbitkan peta rasmi yang baharu dengan memasukkan Pulau Batu Putih di dalam perairan wilayahnya
 Jarak Pulau Batu Putih adalah lebih jauh dari titik terdekat Pulau Singapura (Changi), iaitu terletak 46km
(25.5 b.n) berbanding hanya 14.3km (7.7 b.n) dari Johor(Tanjung Penyusop, Bukit Pengerang)
 Berikutan daripada Pejanjian Inggeris-Belanda 17 Mac dan Perjanjian Crawford 2 Ogos 1824, Malaysia
menegaskan apabila Kesultanan Johor menyerahkan Singapura dan 19km (10 b.n) pulau-pulau dan perairan
di sekelilingnya kepada pihak British, penyerahan ini sama sekali tidak termasuk Pulau Batu Putih
 Temenggung dan Baginda Sultan Johor ketika itu memberi kebenaran secara bertulis kepada pihak British
untuk membina rumah api di atas pulau tersebut hanya pada tahun 1844. Ini sekali lagi membuktikan
bahawa Kesultanan Johor sememangnya mempunyai kedaulatan serta penguasaan di perairan pulau terbabit
 Pihak koloni British dan kemudiannya Singapura hanya diberikan kebenaran mengurus rumah api tersebut
bagi kepentingan industri perkapalan Singapura yang kurang penting bagi pihak Malaysia atau Malaya pada
masa itu. Ini memandangkan tiadanya pelabuhan utama di Johor serta kebergantungan kebanyakan
pedagang-pedagang Inggeris di Tanah Melayu ketika itu kepada kemudahan pelabuhan tukar barang
Singapura untuk mengeksport hasil perdagangan mereka.
 Singapura pula mengemukakan dakwaan bahawa mereka telah menguasai pulau tersebut semenjak tahun
1840-an tanpa sebarang tentangan dan halangan oleh pihak Malaysia
 Sikap berdiam diri serta mengelak dari menggunakan pendekatan konfrontasi oleh Malaysia berdasarkan
semangat setiakawan dua negara yang berjiran itu sebaliknya telah digunakan dengan sebaiknya di
dalam penggulungan hujah pihak Singapura di Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang akhirnya dengan
persetujuan 12-4 memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh milik Singapura sementara 15-1
mengesahkan Batuan Tengah milik Malaysia. Manakala status Tubir Selatan pula akan ditentukan
kemudian berdasarkan di perairan mana ia terletak
 Kemerosotan dalam kemesraan hubungan antara Singapura dan Malaysia merupakan fenomena yang
kerap kali berlaku apabila terdapat beberapa petanda tentang merosotnya kemesraan dalam hubungan
antara dua negara ini
 Isu-isu persempadanan merupakan salah satu penyebab kepada krisis antara dua buah negara apabila
Singapura mempertikaikan haknya ke atas Pulau Batu Putih di mana kawasan atau pulau ini sebenarnya
berada dalam kawasan tuntutan yang bertindih dengan Malaysia dan Singapura amat memerlukan pulau
tersebut sebagai satu kawasan pembangunan negaranya
 Pelbagai helah telah dibuat oleh Singapura seperti memburukkan kerajaan Malaysia dan mewujudkan
suasana tegang sebagai provokasi kepada Malaysia untuk mempertahankan tuntutan tersebut
 Malaysia dan Singapura masih berada dalam satu pertubuhan yang sama iaitu ASEAN yang mempunyai
cara yang tersendiri dalam menyelesaikan masalah mengikut prinsip-prinsip yang termaktub dalam
perlembagaannya
 Prinsip tidak campur tangan dalam urusan dalaman dan luaran negara ahli yang lain, ‘Self-Restraint’ dan
amalan Musyawarah (Consensus) menjadi satu budaya ASEAN
 Pihak yang terlibat bersetuju untuk mencari penyelesaian secara perundangan dalam pertikaian antara
Singapura dan Malaysia
 Hal ini adalah selaras dengan Deklarasi ASEAN yang ditandatangani pada bulan Julai 1992 yang meminta
semua pihak yang terlibat untuk menyelesaikan pertikaian secara aman melalui perundangan
 Tindakan ini selaras dengan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Treaty of Amity and Cooperation in
Southest Asia sebagai satu kod perlakuan antarabangsa yang melingkungi wilayah ASEAN
 Setelah kes pertikaian ini berlangsung selama 28 tahun, pada 23 Mei 2008 pihak Mahkamah Keadilan
Antarabangsa telah memutuskan bahawa Pulau Batu Putih adalah hak milik Singapura
PULAU BATU
PUTIH
KONFLIK MALAYSIA-INDONESIA KE ATAS PEMILIKAN
PULAU SIPADAN DAN PULAU LINGITAN
 Isu hak pemilikan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan antara Malaysia dan Indonesia menjadi kontroversi pada tahun
1969 apabila Indonesia membantah cadangan wilayah pelantar laut Malaysia yang memasukkan kedua-dua pulau
tersebut
 Kontoversi terhadap pulau yang seluas 23 hektar ini disebabkan oleh kesamaran persempadanan yang menjadi
garis pemisah antara kedua Negara
 Sengketa pemilikan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan telah pun berbangkit semenjak pemerintahan Hindia Belanda
dengan Inggeris pada tahun 1917 lagi
 Konflik Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan dikatakan terungkit semula apabila Indonesia menyatakan bahawa
Malaysia dalam pemetaan yang dibuat pada 21 Disember 1979 telah mencantumkan kedua-dua buah pulau dalam
wilayahnya dan Indonesia telah mengemukakan protes diplomatiknya pada 8 Februari 1980 dan 14 April 1992
 Bagi menyelesaikan konflik persempadanan secara ‘berjiran’ ini, satu pertemuan peringkat kepimpinan tertinggi
antara kedua-dua buah negara telah diadakan, iaitu melibatkan Presiden Soeharto dan Dato’ Hussein Onn pada
26 Mac 1980 di Kuantan
 Penyelesaian masalah melaui rundingan ini mengahadapi jalan buntu dan gagal
 Selepas rundingan melalui ASEAN juga gagal menyelesaikan pertikaian, pada 2 November 1998 kedua-dua pihak
bersetuju untuk membawa kes ini ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa
 Isu ini bertambah gawat apabila berlakunya pertembungan kepentingan ekonomi antara kedua negara
berkaitan dengan hak eksplorasi industri minyak di kawasan tersebut
 Malaysia melalui syarikat Petronas telah memberikan hak kepada Shell untuk melakukan eksplorasi di
wilayah perairan laut di sebelah timur Kalimantan Timur yang dinamakan sebagai Blok ND6 (Y) dan ND7
(Z)
 Dalam masa yang sama, Indonesia juga meneroka kawasan tersebut dengan melabelkan kawasan sebagai
blok Ambalat dan Ambalat Timur dalam usahanya menggerudi minyak bumi dan gas
 Tanggal 3 Jun 2002, wakil Malaysia dan Indonesia membentang hujah masing-masing mempertahankan
hak kedaulatan ke atas pulau-pulau tersebut di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, The Hague
 Keputusan yang dikeluarkan pada 17 Disember 2002 memberi hak kedaulatan terhadap wilayah Pulau
Sipadan dan Pulau Lingitan kepada Malaysia
 Pertikaian selama 33 tahun akhirnya ditamatkan dengan keputusan 16-1 oleh badan perundangan
tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
PULAU
SIPADAN
KEDUDUKAN PULAU
LINGITAN
PETA PULAU SIPADAN DAN PULAU
LINGITAN
KONFLIK NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA
TERHADAP PULAU LAYANG-LAYANG
 Pulau Layang-Layang atau Terumbu Layang-Layang adalah sebuah pulau yang merupakan sebahagian
daripada gugusan Kepulauan Spratly
 Kerajaan Malaysia telah memantau pulau ini dan menegaskan bahawa pulau ini adalah kepunyaan
Malaysia kerana kedudukannya yang berada berhampiran dengan Sabah
 Pulau ini juga dituntut oleh negara Republik Rakyat China, Republik China (Taiwan), Filipina dan
Vietnam
 Pulau ini merupakan tuntutan negara Malaysia terhadap sebahagian daripada pemilikan di
Kepulauan Spratly kerana ia berdekatan dengan kawasan tanah
 Setelah Kerajaan Malaysia mengisytiharkan terumbu-terumbu Pulau Layang-Layang itu terletak
dalam perairan zon ekonomi ekslusif Malaysia pada 20 September 1979, Kabinet Malaysia telah
mengarahkan agar kajian dilakukan untuk mendirikan tugu dan penempatan di beberapa buah
terumbu batu karang yang dalam wilayah Negara
 Hasil kajian telah melihatkan pembinaan tugu pertama terumbu Layang-Layang atau Stesen Lima
telah didirikan pada 21 Jun 1980 dan pada Mei 1983, 18 anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL)
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditempatkan di Terumbu Layang-Layang
 Terumbu Layang-Layang terletak kira-kira 162 batu nautika atau sejam penerbangan dari Kota
Kinabalu merupakan sebahagian daripada gugusan kepulauan Spratlys di Laut China selatan dengan
empat lagi terumbu dikawal oleh TLDM, iaitu Terumbu Ubi, Terumbu Mantanani, Terumbu Siput,
dan Terumbu Peninjau
 Kepulauan Spratlys menjadi rebutan beberapa negara seperti China, Vietnam, Filipina dan Brunei
kerana dipercayai kaya dengan hasil semula jadi seperti fosforus, gas asli, minyak mentah, dan
pelbagai hasil marin
 Pulau Layang-Layang terletak 165 b.n dari barat laut Kota Kinabalu (dalam lingkungan 200km zon
ekslusif) di Laut China Selatan
 Pulau ini timbul hampir 2000 meter dari dasar laut, berukuran sepanjang 1.2km dan selebar 200
meter, pulau terbentuk bujur ini amat menarik dengan pelbagai pemandangan dasar laut yang
mengagumkan, kepelbagaian batu karang dan ikan terumbu, termasuk haiwan laut dalam (pelagik)
yang menjadi tarikan kepada para penyelam
 Pulau Layang-Layang juga menjadi tempat perlindungan kepada beribu-ribu ekor burung berpindah
PULAU LAYANG-
LAYANG

You might also like