You are on page 1of 3

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, mentafsirkan

perkataan global sebagai seluruh dunia atau pada keseluruhannya dan pada
umumnya.Manakala, globalisasi pula bermaksud suatu fenomena yang menjadikan
dunia semakin mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan oleh kepantasan
perkembngan teknologi maklumat.Pada dewasa ini,Dewasa ini kita sering mendengar
pelbagai masalah konflik yang berlaku di seluruh negara.Hal ini kerana dunia masa kini
dilingkari degan pelbagai kemajuan sains dan teknologi.Zaman sekarang lebih dikenali
sebagai zaman globalisasi di mana ia telah menyebabkan wujudnya jurang di antara
negara-negara.Kini keruntuhan moral manusia juga menjadi salah satu sebab rosaknya
sesebuah tamadun.Negara Malaysia juga tidak terlepas daripada kesan konflik yang
berlaku di negara-negara asing terutamanya dari bidang pendidikan.Pelbagai implikasi
telah berlaku tidak kira positif mahupun negatif.

BREXit Merupakan sebuah referendum yang telah diadakan untuk memutuskan


sama ada Britain perlu kekal atau keluar daripada EU.Referendum ini dilaksanakan
kerana Perdana Menteri David Camerron telah berjanji untuk mengadakkannya selepas
beliau menang pilihan raya.Seterusnya,hal ini juga berikutan daripada tindak balas
kepada gesaan yang semakin meningkat daripada Ahli Parlimen Parti Konservatif dan
Parti Kemerdekaan (UKIP).Mereka menegaskan dan mengatakan bahawa Britain tidak
boleh membuat keputusan sendiri sejak menyertai EU pada 1975.Antara kesan yang
berlaku kepada pendidikan di Malaysia adalah kemungkinan pihak kerajaan dapat
menaikkan jumlah bilangan pelajar untuk melanjutkan pelajaran di United
Kingdom.Perkara ini berlaku kerana,BREXit telah memberi kesan Sekiranya UK
meninggalkan EU,maka diramalkan nilai pound boleh mencecah nilai Dolar menurut
ramailan Ketua Ekonomi IQI Shan Saeed dan ini sekaligus secara tidak langsung
menguatkan lagi nilai tukaran ringgit ke pound.Oleh yang demikian,peluang untuk anak
muda di Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di sana akan lebih terbuka luas.Bukan
itu sahaja,bagi mahasiswa yang suda menuntut di United Kingdom juga mendapatkan
banyak keuntungan seperti nilai tukaran matawang yang meningkat antara pound dan
ringgit bakal menyenangkan hidup mereka.Oleh itu jelaslah bahawa isu BREXit ini
memberi kesan positif kepada pendidikan Malaysia.
Selain itu,isi Greece tidak mampu membayar hutang negara mereka juga
memberi kesan kepada pendidikan di negara kita.Sebagai mana yang kita tahu,konflik
negara Greece berlaku apabila kerajaannya gagal menguruskan pembayaran balik
hasil pinjaman negara.Dengan ini,jelaslah bahawa berlakunya kelemahan dalam
pengurusan sistem kewangan tersebut negara tersebut.Sehubungan dengan
itu,Pendidikan di Malaysia harus mengambil ikhtibar dari apa yang telah berlaku di
negara Greece.Kerajaan Malaysia haruslah bersama-sama bagi mendedahkan pelajar
dengan ilmu kewangan dan pengurusan ketika umur mereka masih muda lagi.Antara
subjek yang perlu di ambil serius oleh kerajaan ialah subjek akaun,finance, ekonomi
dan statistik.Subjek-subjek seperti ini seharusnya dijadikan sebagai subjek teras di
sesebuah sekolah dan bukan hanya sekadar subjek tambahan.Dengan adanya pelajar
yang mantap dalam bidang ini,maka pada suatu hari nanti para pelapis negara yang
akan lahir adalah golongan yang boleh mnguruskan kewangan negara dengan lancar
dan teratur.

Konflik di antara Palestin dan Israel juga dapat memberi impak yang besar
kepada Pendidikan di negara kita.Hal ini dikatakan sedemikian kerana golongan muda
seperti mahasiswa sekarang lebih mudah terpengaruh dengan perkara-perkara
sekeliling mereka.Sebagai contoh terdapat segelintir mahasiswa yang terlalu taksub
dengan kempen-kempen yang melibatkan anti-Israil ataupun menyokong Palestin tanpa
membuat usul periksa dahulu.Dengan ini,walaupun niat mereka baik,namun
jika,pemikiran mereka terlalu taksub dengan kempen seperti ini sehinggakan ada yang
menganjurkan tunjuk perasaan dan ia amatlah dapat menjatuhkan imej pendidikan di
negara kita.Selain itu,ada juga di kalangan mereka yang mengadakan tunjuk perasaan
sehinggakan dapat menjejaskan keamanan negara kita sendiri.Perkara ini jelaslah
dapat menggambarkan golongan muda di negara kita seperti kurang didikan.Oleh yang
demikian,pihak bertanggungjawab wajib memperbetulkan masalah ini dengan
memberikan pendedahan dan kesedaran melalui pendidikan kepada golongan muda
dengan menerapkan ilmu-ilmu sivik di dalam diri mereka.
Konklusinya,setiap negara mempunyai konflik dan isu peribadi di negara
mereka sendiri .Melalui konflik itu,secara tidak langsung,terdapat pelbagai kesan yang
bakal diterima oleh negara-negara sekeliling.Kesan yang diterima ada kalanya bersifat
positif dan ada kalanya negatif.Sebagaimana yang telah kita bincangkan,jelaslah
konflik-konflik yang berlaku di negara serantau sekarang dapat memberi impak yang
besar kepada negara kita.Dengan ini,pihak kerajaan haruslah bertindak proaktif dan
bijak dalam mengawal hal ini agar ia tidak akan menjejaskan keamanan dan
kesejahteraan di negara kita.

You might also like