You are on page 1of 6

SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM PPISMP
Semester 1

KUIZ : SJHK 1084

KAMPUS : IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

ANGKA GILIRAN :

KOD KURSUS : SJHK1084


KURSUS : SEJARAH SOSIAL MASYARAKAT MALAYSIA
MASA : 0.75 JAM
JUMLAH MARKAH : 15

ARAHAN KEPADA CALON


1. Buku soalan ini mengandungi satu bahagian:
Bahagian A : 2 soalan esei pendek (15 markah)

2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A.

3. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words


menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris

4. Setiap helaian jawapan hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di


sebelah kiri header dan kod kertas peperiksaan di sebelah kanan header.

5. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 6 HALAMAN BERCETAK

© 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


BAHAGIAN A

SOALAN KUIZ
(15 markah)
Jawab semua soalan

i. Globalisasi dunia tanpa sempadan merujuk hubungan atau interaksi yang semakin
pantas dan cepat tanpa halangan. Kita boleh mengetahui keadaan dunia luar dengan
pantas dan segala maklumat boleh disalurkan tanpa sekatan.

Huraikan bahawa proses globalisasi dan kemasukan budaya asing telah mewujudkan
isu sosial terhadap masyarakat majmuk dalam era Revolusi Industri 4.0.
(10 markah)

ii. Jenayah yang melibatkan warga asing sering dipaparkan di dalam suratkhabar saban
waktu. Kes yang terlibat ialah kes samun, raagut, rogol dan bunuh. Hal ini berlaku di
tempat awam seperti pasar raya, jalan raya, bank, tempatrekreasi dan premis
perniagaan. Peningkatan kes jenayah sebegini amat membimbangkan.

Bincangkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh institusi kekeluargaan dalam era


Revolusi Industri 4.0
(5 markah)

© 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


SOALAN 1

Negara Malaysia merupakan nergara yang terkenal sebagai negara yang


mempunyai masyarakat majmuk.Contohnya, Melayu, Cina dan India. Oleh itu, negara
kita tidak terlepas daripada isu-isu sosial menjelang Revolusi Industri 4.0.

Antara isu yang melibatkan masyarakat majmuk ialah globalisasi. Globalisasi


boleh ditakrifkan sebagai dunia tanpa sempadan ruang mahupun masa. Ini
bermaksud tidak kira apa sahaja kaum, kesemuanya boleh disatukan dan berada
dibawah minat yang sama. Sebagai contoh, pakaian, makanan dan hiburan. Pada
masa yang sama,walaupun setiap kaum berbeza agama dan budaya, namun
semua kaum boleh disatukan melalui beberapa aspek seperti pendidikan, sosial,
dan budaya. Sebagai contoh, semua rakyat Malaysia boleh menyambung pelajaran
di peringkat stpm, diploma, asasi dan lain. Ini membuktikan peluang pembelajaran
di Malaysia adalah bersifat terbuka dan tidak wujudnya rasisme. Selain itu, di dalam
aspek sosial, masyarkat di Malaysia bebas untuk bersuara dan menyatakan
pendapat jika ada usul yang ingin diutarakan atau mempunyai sebarang
ketidakpuashatian. Hal ini penting bagi memastikan kebajikan semua pihak
terjamin. Contohnya, semua kaum dibenarkan menghantar wakil untuk bertanding
di dalam pilihan raya. Seterusnya, menelusuri aspek budaya, setiap kaum
dibenarkan mengamalkan apa sahaja adat istiadat dan perayaan. Pada masa yang
sama, kaum lain boleh meraikan perayaan bersama bagi menjalinkan keharmonian.
Kesannya, kita dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai suatu kaum di
samping menghiburkan diri sewaktu perayaan.

Isu lain yang wujud apabila hidup di negara bermasyarakat majmuk ialah
kemasukan budaya asing. Budaya asing merupakan perilaku yang tidak menjadi
kebiasaan di suatu tempat. Pada abad ke-14, budaya asing telah mula masuk ke
negara kita menerusi pedagang-pedagang dari China, India dan Siam. Namun,
pada hari ini budaya asing dapat dilihat datangnya dari Bangladesh, Pakistan dan
Indonesia. Perkara ini menimbulkan sedikit kegusaran terhadap rakyat Malaysia
kerana budaya asing majoritinya telah mempengaruhi mentaliti masyarakat di
negara kita. Budaya di negara-negara barat berteraskan ideologi dan logik. Berbeza

© 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


dengan negara-negara di Timur yang mengutamakan nilai-nilai agama dan rohani.
Oleh itu, masyarakat di negara kita amat mudah terpengaruh dengan apa yang
dilihat dan dibaca menerusi peranti, akhbar dan mana-mana media massa. Apa
yang dibimbangkan adalah masyarakat kita berkemungkinan akan terlibat dengan
jenayah siber, sindiket dadah secara atas talian atau melayari laman-laman
sesawang yang tidak bermanfaat.

© 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


SOALAN 2

Institusi Kekeluargaan bermaksud badan atau organisasi suatu keluarga yang


mempunyai talian perikatan darah antara satu sama lain. Oleh itu, institusi
kekeluargaan ini tidak terlepas daripada isu-isu sosial apabila negara kita memiliki
masyarakat majmuk pada era revolusi industri 4.0 ini.

Antara cabaran yang dihadapi institusi kekeluargaan adalah dari segi sosial.
Pada era pembangunan teknologi pada hari ini, komunikasi boleh diakses pada hujung
jari sahaja dengan menggunakan apa-apa peranti komunikasi. Namun begitu, timbul
isu-isu yang kurang senang didengar seperti kes jenayah siber, penipuan atas talian
(scammer) dan sebagainya. Mangsa isu scammer ini biasanya terdiri daripada
golongan remaja yang masih baru menggunakan peranti komunikasi. Ini kerana
mereka mudah percaya dengan mesej-mesej yang menawarkan tawaran lumayan
setelah mereka memberikan maklumat privasi mereka.

Selain itu, institusi kekeluargaan menghdapi cabaran terhadap keselamatan


fizikal. Ini kerana golongan kanak-kanak mahupun remaja mudah menjadi mangsa kes
rogol, culik dan sebagainya. Lebih membimbangkan kes culik ini akan berpanjangan
sehinnga ke pemerdagangan manusia. Perkara ini menjadi kebimbangan dalam
kalangan ibu bapa sekiranya masalah ini tidak dibendung. Selanjutnya, cabaran yang
dihadapi oleh banyak institusi kekeluargaan pada hari ini ialah krisis ekonomi. Hal ini
berpunca daripada kos sara hidup yang semakin tinggi. Oleh itu, pihak
bertanggungjawab perlu memainkan peranan untuk mengatasi masalah-masalah

© 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


© 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

You might also like