You are on page 1of 19

DIPLOMA IN

POLICING AND INVESTIGATION

PENGAJIAN MALAYSIA – 2

OLEH

SIR SHAHRIL IMRAN HJ ABD AZIZ


SEMESTER MEI 2015

MPU (U1) 2113 – PENGAJIAN MALAYSIA 2

TUGASAN INDIVIDU

NAMA : NITHYA BHARTHI A/P DHEENAKARAN

KURSUS : DIPLOMA IN POLICING AND INVESTIGATION

NO, I/C : 970425-14-5916

NAMA PENSYARAH : SIR SHAHRIL IMRAN HJ ABD AZIZ

OBJEKTIF
Objektif tugasan individual ini adalah untuk member peluang kepada pelajar Diploma
In Policing and Investigation untuk mempamerkan kefahaman , pengetahuan dan
kebolehan dalam mengurus organisasi yang dianggotai oleh pekerja dari berbilang
kaum dan pelbagai latar budaya . Mengurus kepelbagaian kini menjadi bertambah
rumit dan cuma mereka yang benar-benar faham akan budaya masyarakat pelbagai
kaum dan peka dengan rentetan sejarah kemajuan dan pembangunan Malaysia
sahaja yang akan berjaya . Pelajar dikehendaki mempamerkan keupayaan
mengaplikasi segala teori , konsep dan prinsip yang dipelajari dalam modul
Pengajian Malaysia , di tempat mereka bekerja .
ARAHAN TUGAS

Pelajar dikehendaki menyediakan tugasan secara individu berdasarkan isu ini ;

Integriti dan perpaduan kaum adalah masalah yang masih menggugat kestabilan
perpaduan di Malaysia walaupun pelbagai usaha telah diambil sejak Negara kita
merdeka . Jelas daripada insiden-insiden yang berlaku , segala usaha kita kea rah
perpaduaan masih tidak berkesan . Mungkin ia memerlukan dasar-dasar baru dan
strategi perlaksanaan yang lebih komprehensif .

Sejarah telah menunjukkan ketegangan kaum sehingga menyebabkan kematian dan


kecederaan telah berlaku sejak 1964 dan kemuncaknya ialah pada bulan Mei 1969 .
Walaupun mengikut sejarah ketegangan kaum selama ini melibatkan kaum Cina dan
Melayu dan sebagai contoh pergaduhan kaum Cina dan Melayu di Singapura dan di
Bukit Mertajam pada tahun 1964 , tetapi kini ia menular dan melibatkan kaum-kaum
lain pula . Beberapa tahun yang lalu berlaku ketegangan diantara kaum India dan
Melayu di Kampung Medan , Petaling Jaya sehingga menyebabkan kematian . Kini
penyebaran melalui media social menyebabkan pelbagai inseden disalah tafsir dan
menimbulkan ketegangan kaum . Kempen parti politik dalam pilihanraya-pilihanraya
kecil baru-baru ini tidak sunyi dari membincangkan dan mencetuskan sentiment
perkauman . Apa yang membimbangkan kita ialah apakah langkah pencegahan
yang diambil sekarang telah mencukupi dan bagaimana keadaan dan suasana
perhubungan atau pergeseran kaum menjelang tahun 2020 kelak .
TUGASAN INDIVIDU YANG DIBERIKAN

OLEH

SIRSHAHRIL IMRAN HJ ABD AZIZ

IALAH

ANDA DIKEHENDAKI MENGENALPASTI ,


MEMBINCANGKAN SERTA MENCADANGKAN
STRATEGI UNTUK MENYATUPADUKAN KAUM DI
MALAYSIA SETELAH MENGAMBIL KIRA APA YANG
DIUSAHAKAN SEKARANG NAMPAKNYA BELUM
BERKESAN UNTUK PERPADUAN NASIONAL .
1. PENGENALAN KEPADA INTEGRITI DAN PERPADUAN KAUM DI
MALAYSIA .

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik yang
berbeza dari segi kepercayaan, budaya dan bahasa . Perbezaan ini menyukarkan
para pemimpin untuk memacu pembangunan negara. Oleh itu, perlu ada suatu
formula yang jitu dan ampuh untuk mencapai perpaduan dan integrasi semua etnik
menjadi satu bangsa Malaysia yang bersatu.

Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini, memerlukan setiap
negara menyusun strategi masing-masing agar tidak tersisih daripada arus
kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi
keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan dan anutan agama,
perlu bergerak seiring sebagai satu bangsa, yakini Bangsa Malaysia yang berfikir
dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara
yang lebih maju, selamat, aman dan makmur serta mampu bersaing dengan
masyarakat lain di dunia .

Justeru itu, aspek pendidikan telah dijadikan salah satu wadah utama kerajaan
untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia. Pendidikan di Malaysia,
menjadi salah satu sistem sosial yang paling penting bagi perkembangan dan
kemajuan Negara . Oleh yang demikian, perancangan yang rapi dan terperinci telah
dibuat untuk mencapai hasrat dan matlamat tersebut.

Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting
yang amat dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke arah negara yang maju dan
membangun dari aspek politik, ekonomi dan sosial ialah penekanan terhadap
perlaksanaan sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di
dalam sesebuah negara, penting bukan sahaja kerana fungsi kebajikan dan
sosialisasinya iaitu di mana kanak-kanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya
dan mengenali budaya serta alam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan
sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu
melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai-nilai positif untuk perpaduan kaum
di kalangan para pelajar.
USAHA DAN STRATEGI

Ekoran dari peristiwa 13 Mei 1969 iaitu rusuhan kaum yang menjadi titik hitam
negara, kerajaan telah melaksanakan  pelbagai langkah atau dasar
sosial,ekonomi dan politik ke arah pewujudan dan pengukuhan perpaduan dan
integrasi nasional. Usaha yang diambil oleh kerajaan telah memberi kesedaran
di antara masyarakat tentang kepentingan perpaduan dan integrasi nasional. Proses
pemantapan perpaduan serta integrasi nasional yang dilaksanakan oleh kerajaan
meliputi pelbagai bidang, di antaranya ialah ;

1.RUKUNEGARA

Rukunegara merupakan dokumen awal yang menanamkan semangat kesetiaan,
kesopanan dan kesusilaan bagi mewujudkan pelbagai kaum. Menurut Tengku
Anuar dalam bukunya Pengetahuan Kenegaraan Malaysia mengatakan rukunegara
merupakan ideologi kebangsaan yang bertujuan untuk menyatukan fikiran, pendapat
dan perasaan rakyat tanpa mengira perbezaan yang berdasarkan
asal keturunan, bahasa, agama dan budaya. Tercetusnya masalah perpaduan pada
13 Mei 1969 telah mendesak kerajaan menjalankan dasar yang lebih tegas.
Rukunegara diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 dan digubal oleh Majlis
Perundangan Negara untuk memupuk integrasi nasional. Secara  terperinci, objektif
rukunegara diperkenalkan adalah  untuk mencapai perpaduan yang lebih erat
di kalangan masyarakat iaitu menghapuskan perasaan kedarahan dan perkauman.

Seterusnya ialah membentuk sebuah negara yang adil dan saksama tanpa


mengira kaum dan agama, memelihara dan mengekalkan prinsip
demokrasi , membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang liberal dan membina
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
Rukunegara melaksanakan dasar dan garis panduan supaya proses
perpaduan dapat dipercepatkan. Ia juga menggariskan prinsip-prinsip yang harus
diikuti dan diamalkan oleh rakyat. Tidak dilupakan ia menyedarkan rakyat tentang
kesan buruk yang menimpa Negara akibat tragedi tersebut. Rukunegara
membolehkan rakyat mengamalkan toleransi dan tatasusila yang mulia.
1. WAWASAN 2020

Wawasan 2020 satu pandangan jauh yang diasaskan oleh bekas mantan
PerdanaMenteri kita, Dato Sri Dr. Mahathir bin Mohamad. Wawasan 2020
termaktub dalam cabaran pertama bagi membentuk satu  Bangsa Malaysia yang
bersatu-padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Sebenar
nya Wawasan 2020 bukan satu dasar tetapi satu tindak balas kepada
perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan
antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara. Wawasan
2020 berobjektif untuk membentuk sebuah negara yang benar-benar maju
menjelang tahun 2020 bukan sahaja dalam bidang ekonomi tetapi merangkumi
segala aspek kehidupan seperti ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan
dan kebudayaan.
2 . KENALPASTI , BINCANG DAN HURAIKAN ISU-ISU YANG MENJADI
PUNCA YANG BOLEH MENIMBULKAN KETEGANGAN KAUM DI MALAYSIA.

TERDAPAT BEBERAPA PUNCA YANG BOLEH MENIMBULKAN KETEGANGAN


KAUM DI MALAYSIA , ANTARANYA IALAH ;

Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris

       Disebabkan oleh dasar  “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British telah
menyebabkan berlakunya rusuhan etnik di Tanah Melayu. Dasar yang
mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan
diamalkan oleh penjajah British menyebabkan wujudnya jurang antara kaum sama
ada dari sudut ekonomi dan juga pola penempatan kaum. contohnya orang-orang
Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-
kawasan lombong sebagai pelombong dan  kaum cina memiliki aset yang paling
tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal
di luar bandar bekerja  sebagai petani atau nelayan kecil. Manakala kaum India
kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada
hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara
diri. Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera
khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi
antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan
sosio-ekonomi mereka tidak seimbang.

      British mengamalkan dasar pecah dan perintah ini bertujuan untuk menyekat
ketiga-tiga kaum ini daripada bersatu padu, British menyedari bahawa sekiranya tiga
kaum utama ini bersatu maka akan menyebabkan kepentingan dan sumber ekonomi
mereka akan terjejas. Masyarakat  melayu  terdiri  dari  petani  dan  nelayan  di 
kampung, masyarakat  cina  pula  telah  mewarisi  perniagaan  secara  turun 
temurun dan  tinggal  di  bandar  manakala  masyarakat  india  bekerja  sebagai
penoreh getah  dan  tinggal  di  estet. Dasar  ini  telah  berjaya  direalisasikan  bagi
mewujudkan  kelompok-kelompok  etnik  yang  berdasarkan  kegiatan ekonomi 
yang  tinggal  dalam  kelompok  masing-masing.  Kesannya, interaksi  antara  kaum 
hanya  terbatas  di  pasar  sahaja.  Ini melahirkan perasaan prasangka antara kaum
yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969.
         Keadaan seperti ini menyebabkan hubungan atau komunikasi antara kaum di
Tanah Melayu menjadi terbatas suatu ketika dahulu. Bagi penjajah British keadaan
seperti ini juga sudah memadai bagi mengukuhkan kedudukan serta mengekalkan
kuasa mereka. Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara
telah mencapai kemerdekaan.

        Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakin melebar


akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa
menghiraukan ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia.
Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah membawa
kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan yang sedar akan keresahan
dan perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum tidak seyharusnya
dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan
pada tahun 1971 sebagai usaha untuk memulihkan keadaan. Latar belakang
pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa
kepada meletusnya peristiwa 13 Mei.
Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu.

     PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang
disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka
mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih
daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan
Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia ", isu sebenar yang
mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak
istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang
Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina. Pendeknya apa yang
didakwa oleh orang-orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa
orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata umtuk mereka berlindung di
sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan
raya 1964. Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini,
Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia
pada 9 Ogos 1965 . Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk
cuba membela nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu. Berikutan itu sebuah parti
baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih fungsi PAP sebelum ini. Parti
baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya
1969 parti DAP dan parti -parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif
dan perkauman termasuk membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan
perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah .    
Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk
mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan
sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu.
Perbezaan agama dan budaya

        Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina beragama
Buddha,  Lao-Tza,  Taoisme,  Conficius  manakala  kaum  india  beragama hindu. Di
samping itu terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga  mempunyai 
kebudayaan  yang  tersendiri.  Masalah  perpaduan  ini bukannya  bermula 
disebabkan  agama  lain  tetapi  akibat  dari  sikap  jahil terhadap  agama-agama 
lain  hingga  banyak  perkara  yang  dilakukan secara  tidak  sengaja  telah 
menyinggung  emosi  penganut  agama  lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan
peristiwa 13 Mei 1969.

Masalah Ekonomi

       Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza


antara  kaum  dan  menimbulkan  rasa  tidak  puas  hati  dan  persaingan ekonomi 
secara  tidak  sihat.  Ketidakseimbangan  ini  menyebabkan  setiap kaum  saling 
mencemburui  satu  sama  lain.  Orang  melayu  mencemburui kemewahan  dan 
kejayaan  orang  cina  manakala  orang  cina dan  india mencemburui  kelebihan 
orang  melayu  yang  mendapat  peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.
Persatuan-persatuan etnik

         Struktur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia telah melahirkan banyak


persatuan  politik,  sosial  dan  ekonomi  yang  memperjuangkan  kaum masing-
masing  tanpa  menghiraukan  kaum-kaum  yang  lain. Menurut Nik Anuar Nik
Mahmud (2007) Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah peristiwa tragis yang
terburuk dialami oleh Malaysia. Peristiwa itu hampir-hampir memusnah-kan negara
ini. Alhamdulillah, dengan kebijaksanaan pemimpin dan semangat setia kawan
rakyat, bencana itu telah dapat ditangani dan negara kembali pulih seperti sediakala.
Banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada bencana itu. Antara yang
terpenting ialah peri mustahaknya memperkukuhkan perasaan muhibah dan ikatan
perpaduan antara kaum demi kestabilan politik dan keselamatan Malaysia yang
berbilang kaum ini.

Kesan peristiwa 13 Mei 1969 dalam aspek ekonomi

Ketidakseimbangan ekonomi di kalangan kaum merupakan suatu faktor yang


telah dikenal pasti sebelum ini sebagai salah satu sebab yang membawa kepada
peristiwa 13 Mei. Perasaan kurang senang ekoran daripada ketidakseimbangan
sosio-ekonomi antara kaum telah menimbulkan pelbagai tanggapan salah dan
perasaan resah serta irihati yang berterusan di kalangan masyarakat dan inilah
keadaan yang sebenar berlaku sebelum peristiwa 13 Mei. Oleh yang demikian pihak
kerajaan tidak teragak-agak lagi untuk merangka suatu pelan tindakan yang
menyeluruh bagi membendung dan mengatasi masalah itu. Atas alasan itulah pada
tahun 1971 kerajaan telah melancar Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB telah
dilancarkan bersama-sama Rancangan Malaysia Kedua.Terdapat dua matlamat
utama dalam pelancaran DEB, iaitu iaitu pembasmian kemiskinan 'tanpa mengira
kaum,' dan kedua penyusunan semula masyarakat Malaysia bertujuan untuk
menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi.

Sementara objektif utama pelancaran Dasar Ekonomi Baru ialah untuk


memulihkan hubungan dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum. Adalah
menjadi harapan agar melalui langkah ini proses agihan kekayaan dan pendapatan
serta peluang ekonomi yang lebih seimbang dan menyeluruh akan dapat
dilaksanakan .Dengan itu diharapkan perpaduan negara akan lebih terpelihara. DEB
telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971 hingga tahun 1990.
Matlamat yang hendak dicapai dalam tempoh tersebut ialah seperti berikut:
19Peratus penanaman modal dalam syarikat Bhd. 1971-1990. Bumiputera 1.5%
30%Bukan Bumiputera 23.7% 40%Asing 62.1% 30% Sementara objektif utama
pelancaran Dasar Ekonomi Baru ialah untuk memulihkan hubungan dan
ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum. Adalah menjadi harapan agar
melalui langkah ini proses agihan kekayaan dan pendapatan serta peluang ekonomi
yang lebih seimbang dan menyeluruh akan dapat dilaksanakan .Dengan itu
diharapkan perpaduan negara akan lebih terpelihara. DEB telah dirancang untuk
tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971 hingga tahun 1990. Matlamat yang hendak
dicapai dalam tempoh tersebut ialah seperti berikut: 19Peratus penanaman modal
dalam syarikat Bhd. 1971 1990Bumiputera 1.5% 30%Bukan Bumiputera 23.7%
40%Asing 62.1% 30% Membasmi KemiskinanSesungguhnya usaha untuk
membasmi kemiskinan bukanlah suatu perkara yang mudah. Perlaksanaan DEB
sendiri agak perlahan . Usaha untuk membasmi kemiskinan hanya melibatkan
tindakan yang tidak mengancam kepentingan golongan yang berharta. Umpamanya
tindakan kerajaan menyediakan kemudahan pemasaran dan kredit kepada kaum
tani tidak menampakkan tamparan terhadap kepentingan para kapitalis bukan
Melayu. Antara langkah kerajaan ialah rancangan penerokaan tanah bagi mereka
yang tidak mempunyai tanah, peluang pekerjaan bagi penganggur, serta produktiviti
dan kenaikan harga barangan bagi petani . Namun begitu tindakan seumpama ini
akan dibatasi oleh keadaan ekonomi. Contohnya kerajaan mungkin berjaya
mengawal harga padi dalam pasaran tempatan melalui langkah-langkah tertentu
yang diambil, sebaliknya kerajaan tidak terdaya untuk berbuat demikian bagi getah
yang dijual di pasaran antarabangsa. Bagaimanapun langkah kerajaan dalam
menangani masalah kemiskinan kaum bumiputera sedikit sebanyak telah berhasil .
Sekitar tahun-tahun 70-an pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pesat. Sekalipun
barangan ekspot seperti getah didapati sukar bagi kerajaan untuk mengawal
kestabilan harganya kerana dipengaruhi oleh pasang surut pasaran antarabangsa di
mana ia turut mempengaruhi kadar kemiskinan di kalangan pekerja ladang
contohnya naik daripada 40.0 peratus pada tahun 1970 kepada 47.0 peratus (1975),
sebelum jatuh kepada 35.1 peratus (1980), kemudian meningkat semula kepada
54.6 peratus (1983).
Berbalik kepada kadar kemiskinan di kalangan penanam padi telah turun
daripada 88.1 peratus pada tahun 1970 kepada 77.0 peratus (1975), dan turun lagi
kepada 52.7 peratus (1980), tetapi ianya meningkat semula kepada 54.0 peratus
(1983). Kadar penurunan yang nyata daripada tahun 1970 adalah kesan daripada
subsidi yang dibekalkan oleh kerajaan. Sebaliknya peningkatan kos pengeluaran
termasuk kenaikan harga input-input pertanian seperti baja dan racun menyebabkan
peratusnya meningkat semula.
Kesan-kesan Tercetusnya Rusuhan Etnik.

Kesan Sosial
Dari segi kesan terhadap sosial, dimana kita dapat lihat bahawa wujudnya salah
faham dan buruk pandangan terhadap kaum-kaum lain kerana wujudnya sikap
perkauman. Sikap perkauman ini akan membecah-belahkan kaum bukan sahaja
memberi kesan dalam jangka masa yang pendek namun turut memberi kesan dalam
jangka masa yang panjang. Kesan dalam jangka masa yang masa yang pendek,
contohnya sekiranya orang melayu tidak diberi peluang pekerjaan di kebanyakkan
perniagaan yang dipunyai oleh masyarakat Cina. Ini akan mewujudkan pandangan
yang serong dan rasa tidak puas hati. Dalam jangka panjang pula, perasaan ini akan
menjadi teruk dan lebih mendalam dan mungkin akan membawa kepada rusuhan
kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969,dan ini akan membawa keancaman
kepada struktur sosial di Malaysia dan rakyat tidak akan dapat hidup aman lagi.

Kesan Ekonomi
Ekoran daripada keruntuhan struktur sosial di Malaysia ataupun perpecahan kaum di
Malaysia mungkin akan menyebabkan aktiviti ekonomi tidak dapat berjalan dengan
lancar dan juga mungkin berhenti dengan serta-merta. Hal ini akan mengakibatkan
Negara mengalami kerugian atau defisit dimana perbelanjaan melebihi pendapatan.
Antara sebabnya, apabila berlaku rusuhan kaum , kerajaan terpaksa
membelanjakan banyak duit untuk mengamankan Negara dan pada masa yang
sama pendapatan Negara akan berkurang disebabkan ekonomi terbantut. Selain
daripada itu, pelabur-pelabur juga akan menghentikan pelaburan mereka di Malaysia
kerana risau mengalami kerugian dan pelabur luar negara ingin melabur di Malaysia
juga akan membatalkan hasrat mereka. Mata wang Malaysia juga akan jatuh teruk
dimana apabila berlakunya ketidaktenteraman di Malaysia, ramai akan
meninggalkan Negara Malaysia untuk mencari tempat yang lebih selamat dan ini
akan mengakibatkan duit ringgit Malaysia keluar dengan banyaknya dari Malaysia.   

Kesan kepada Integriti dan Imej Negara


Seperti yang telah dicatatkan dalam sejarah Malaysia Tunku Abdul Rahman ,Tun
V.T Sambanthan dan ahli politik kaum yang lain mendapatkan kebebasan Negara
dengan membuktikan kepada kerajaan British yang rakyat di Tanah Melayu mampu
bersatu padu di bawah satu pentadbiran maka atas sebab inilah kita diberi
kemerdekaan dan atas sebab itu jugalah Negara kita dipandang tinggi kerana
mampu bergerak walaupun rakyatnya terdiri daripada banyak kaum.Jikalau rusuhan
kaum berlaku lagi, ini akan mencemarkan nama baik Negara dimana ia akan jelas
menunjukkan Negara gagal dalam menyatupadukan penduduknya malah keadaan
menjadi semakin teruk. Ini akan menconteng arang terhadap imej dan integriti
Negara sebagai sebuah Negara yang berdaulat dan mengamalkan prinsip
demokrasi.
Peristiwa Kampung Medan 2001

Berlaku pergaduhan setempat antara orang-orang Melayu dengan orang-orang India


di Kampung Medan yang tercetus pada 8 Mac 2001 berlarutan sehingga 12 Mac
2001. Terdapat beberapa faktor utama yang mencetuskan tragedi di Kampung
Medan iaitu:

1)       Masalah sosio-ekonomi seperti perumahan, kekurangan kemudahan awam


masyarakat miskin bandar (Melayu dan India) yang dipinggirkan daripada projek-
projek pembangunan. Keadaan ini mewujudkan kesan psikologi yang tinggi.
2)      Isu-isu yang berkaitan dengan polarisasi perkauman di kawasan tersebut yang
tidak dapat diselesaikan oleh pihak berwajib.
3)      Perbuatan anasir luar yang ingin menganggu ketenteraman di kawasan tersebut
dan mewujudkan ketidakstabilan politik.
4)      Masyarakat Melayu di kawasan tersebut telah hilang sabar terhadap sikap anti
sosial sekumpulan remaja India dan mereka ingin memberi suatu pengajaran.
5)      Pengaruh parti politik yang sengaja memperbesarkan perkara-perkara kecil.
6)       Ketidakmampuan Kerajaan Negeri dan Tempatan untuk menyelesaikan isu-isu
pembangunan infrastruktur dalam masa yang singkat.
3.KENALPASTI ,DAN JELASKAN DASAR-DASAR UNTUK PERPADUAN KAUM
YANG SEDIA ADA . BINCANGKAN KEBERKESANAN ATAU KELEMAHAN
YANG TERDAPAT DALAM PERLAKSANAAN DASAR-DASAR TERSEBUT .

You might also like