You are on page 1of 5

>> BERITA > NASIONAL > Ancaman jenayah scam

Ancaman jenayah scam

NURULATIQ AHMAD BANDI | | 9 Jun 2019

Penipuan scam mencecah jutaan ringgit ( Gambar kecil: Dr Norita)

HARI ini semakin kerap kita membaca dan melihat di media cetak mahupun elektronik, polis
membuat pelbagai pendedahan berkaitan jenayah siber khususnya jenayah penipuan atau scam.

Setiap pendedahan polis, turut disertakan dengan kisah bagaimana mangsa ‘dijerat’ sehingga
terpedaya dan akhirnya mengalami kerugian ratusan ribu ringgit.

–– ADVERTISEMENT ––

ADVERTISING

Berdasarkan statistik oleh laman web Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCert),
sebanyak 10,699 kes jenayah siber dicatatkan tahun lalu dan jumlah itu meningkat sebanyak 25.6
peratus berbanding tahun sebelumnya, sebanyak 7,962 kes.

Statistik yang dikeluarkan MyCert memaparkan sembilan kategori jenayah siber, antaranya
gangguan siber, penafian perkhidmatan dan pencerobohan. Sementara itu, jenayah siber kategori
penipuan termasuklah scam yang saban tahun mencatat jumlah paling tinggi.

Bagi empat bulan pertama tahun ini, sebanyak 1,993 kes penipuan siber dicatatkan berlaku dan
jumlah ini meningkat kira-kira 34.7 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu yang
mencatatkan 1,302 kes.
Pakar sains komputer, Prof Dr Norita Md Norwawi berkata, peningkatan statistik jumlah jenayah
siber sangat membimbangkan yang melibatkan kerugian puluhan ribu ringgit daripada mangsa.

“Lebih parah, mangsa berisiko terlibat dalam masalah sosial dan jenayah lain seperti keruntuhan
rumah tangga, pinjaman ah long, jenayah kekerasan sehinggalah kepada pembunuhan,” katanya
kepada Sinar Harian.

Norita yang juga pensyarah Program Sains Komputer (Keselamatan dan Jaminan Maklumat), Fakulti
Sains dan Teknologi di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkata, jenayah siber bagi kategori
penipuan yang terkandung di dalamnya jenayah scam mencatatkan peningkatan statistik
membimbangkan iaitu hampir sekali ganda setiap tahun seperti dilaporkan oleh MyCert.

Menurutnya, scam terbahagi kepada dua kategori iaitu berbentuk digital dan kejuruteraan sosial.

“Scam bentuk digital melibatkan penipuan melalui emel, WhatsApp, Facebook, Instagram dan
Twitter, sementara kejuruteraan sosial pula adalah penipuan melalui panggilan telefon yang
menyamar menjadi pegawai penguat kuasa polis, kastam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM), mahkamah, bank dan sebagainya yang bertujuan untuk mendapatkan data peribadi
mangsa.

Macam Scam

“Saya sendiri pernah melalui pengalaman dihubungi individu yang mengaku sebagai wakil dari bank
dan menyatakan saya telah memenangi hadiah istimewa. Ada juga hubungi saya mengatakan
pinjaman saya telah tertunggak walhal saya tidak pernah membuat pinjaman dari bank berkenaan.

"Saya akui pada awalnya panik tapi disebabkan ragu-ragu dengan butiran yang dikatakan, saya sedar
itu adalah penipuan," katanya.

Norita berkata, keadaan itu menunjukkan penipuan scam boleh berlaku kepada sesiapa sahaja
daripada golongan professional sehinggalah kepada kelompok pesara kerajaan, nelayan, petani,
kakitangan kerajaan dan swasta termasuklah warga emas dan pelajar.

Manipulasi
Menurut Norita, wujudnya peningkatan kes penipuan siber di negara ini disumbangkan oleh banyak
faktor, antaranya scammer atau penipu itu sendiri mahir memanipulasi teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT).

Katanya, scammer menguasai dengan baik perkembangan teknologi dan menggunakan kemahiran
‘soft skills’ untuk memanipulasi individu yang berpotensi menjadi mangsa penipuan.

"Mangsa biasanya mudah teruja dengan barangan berjenama yang ditawarkan, hadiah wang
lumayan mahupun menjalinkan hubungan cinta palsu dengan gambaran bahawa individu tersebut
kacak atau jelita terutama individu yang kesunyian, naif dan sebagainya. “Scammer menggunakan
bahasa yang sopan dan manis untuk memikat bagi menjerat, mencairkan hati dan menambah
kepercayaan mangsa," katanya.

Menurutnya, faktor orang ramai yang kurang pendedahan mengenai kegiatan scammer juga
menyumbang kepada jenayah berkenaan terus berleluasa dan scammer mengambil kesempatan
atas keadaan tersebut.

Modus operandi scammer

Norita berkata, ada beberapa kaedah scammer memperoleh nombor talefon mangsa dengan
mudah.

“Salah satunya melalui penjualan data. Kegiatan ini jelas melanggar Akta Perlindungan Data.
Penjualan data dipercayai dilakukan oleh pihak kedua atau ketiga yang berjaya memperoleh data
peribadi pelanggan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.

“Modus operandi yang paling popular dan mudah ialah scammer boleh mendapatkan nombor
telefon melalui maklumat yang dipaparkan di media sosial mangsa, contohnya individu yang
membuat perniagaan secara atas talian pasti akan memaparkan nombor talefon mereka di
Facebook.

“Individu yang kerap melakukan pembelian atas talian juga berpotensi menjadi mangsa scammer
kerana mereka mendedahkan maklumat nombor akaun dan telefon mereka, khususnya jika mangsa
menggunakan talian internet percuma di kawasan umum seperti restoran, lapangan terbang dan
lain-lain," katanya.
Justeru, beliau menasihatkan orang ramai jangan sewenang-wenangnya mendedahkan nombor
telefon jika tiada keperluan atau kepentingan untuk berbuat demikian dan menggunakan talian
internet peribadi jika melakukan transaksi di atas talian seperti perbankan internet, tempahan hotel,
kapal terbang dan sebagainya.

Norita juga menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan jangan mudah percaya apabila
mendapat panggilan daripada individu yang mengaku sebagai pegawai SPRM atau polis dan lain-lain
pihak berkuasa yang kemudiannya meminta maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan,
nama ibu yang biasanya digunakan untuk pengesahan akaun bank, apatah lagi meminta untuk
membayar sejumlah wang tanpa usul periksa.

TAC Scam

“Contohnya, kita perlu lakukan semakan dengan menghubungi atau pergi sendiri ke pejabat agensi
berkenaan atau melayari laman web rasmi mereka.

"Orang ramai juga perlu berhati-hati menyerahkan salinan fotokopi kad pengenalan ketika
melakukan sebarang urusan. Salinan itu perlulah ditanda seperti tanda pangkah yang besar dan
dicatatkan tujuan kegunaan salinan bagi mengelak ia diguna pakai kali kedua oleh individu tidak
bertanggungjawab,” katanya.

Dalam usaha menangani jenayah scam, Norita mendesak agar syarikat telekomunikasi memainkan
peranan yang agresif seiring dengan usaha kerajaan untuk mendepani jenayah scam.

Menurutnya, beliau mencadangkan agar syarikat telekomunikasi membangunkan Sistem


Pengurusan Keselamatan Maklumat bagi melindungi organisasi mereka dan memberi keutamaan
kepada pelanggan.

“Pihak yang menawarkan khidmat dan yang menerima khidmat perlu peka dengan jenayah ini
kerana ada pihak tidak bertanggungjawab sedang ambil kesempatan.

“Scammer biasanya pelanggan kepada syarikat telekomunikasi, maka wajar syarikat ini
meningkatkan langkah keselamatan kepada pelanggan, selain mewujudkan program pendidikan
keselamatan siber kepada pelanggan atau pengguna secara berkala dan berterusan.

“Syarikat telekomunikasi ini juga perlu berkempen secara agresif untuk mendidik pelanggan agar
peka mengenai taktik dan helah scammer,” katanya.
Norita tidak menafikan kini terdapat kempen kesedaran jenayah scam yang disiarkan melalui media
yang dilaksanakan agensi kerajaan.

“Pendidikan di peringkat sekolah boleh dimulakan, bukan semata-mata melalui kempen celik IT
tetapi dimasukkan dalam silibus subjek ICT, pendidikan agama Islam dan pendidikan moral dan
dibincangkan dengan serius.

"Ini kerana pengguna usia sekecil itu telah pun menjadi sebahagian daripada jutaan pengguna siber
di negara ini dan wajar dididik dengan langkah-langkah keselamatan siber agar lebih berhemah dan
berwaspada” katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/31637/BERITA/Nasional/Ancaman-jenayah-


scam

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Penipuan bitcoin Twitter 2020 ialah penggodaman besar-besaran akaun-akaun Twitter yang


bermula pada 15 Julai 2020, sekitar jam 20:00 UTC.[1] Sejumlah akaun Twitter, masing-masing
dengan jutaan pengikut, digodam untuk mempromosikan penipuan bitcoin.[2] Penipuan itu
meminta individu untuk mengirim mata wang bitcoin ke dompet mata wang kripto tertentu,
dengan janji bahawa wang yang dikirim akan berlipat ganda dan dikembalikan.
[3]
 Berdasarkan Vice dan TechCrunch, para pelaku telah memperoleh akses ke alat administratif
Twitter sehingga mereka dapat mengubah akaun sendiri dan menghantar tweet secara
langsung, dengan akses yang diperoleh dengan cara membayar kakitangan Twitter untuk
menggunakan alat itu, atau dari akaun kakitangan yang bekerja sama untuk mengakses alat
secara langsung.[4][5]
Pada 16 Julai 2020, lebih dari 12 bitcoin (BTC) telah dikirim ke salah satu alamat yang terlibat
(setara dengan lebih dari AS$110.000).[6] Beberapa minit setelah tweet dihantar, lebih dari 320
transaksi telah berlaku di salah satu alamat dompet.[1]
Dmitri Alperovitch, salah seorang pengasas CrowdStrike, perusahaan keselamatan siber,
menyifatkan insiden itu sebagai "gangguan terburuk platform media sosial terkenal."[2][7]

Insiden

You might also like