You are on page 1of 11

1.

0 Pengenalan

Persekitaran makro sesebuah syarikat adalah merujuk kepada faktor-faktor luaran dan tidak
terkawal yang mempengaruhi pembuat keputusan dalam sesebuah organisasi dan
menjejaskan prestasi dan strategi organisasi terbabit. Menurut Armstrong dan Kotler (2011),
persekitaran makro lebih dikaitkan dengan persekitaran yang berada di dalam luar kawalan
syarikat tersebut, tetapi pihak syarikat tersebut perlu mengawasinya kerana persekitaran ini
akan lebih memberi peluang dan ancaman terhadap syarikat atau organisasi. Selain itu, faktor
yang mempengaruhi syarikat atau pembangunan produk yang berada diluar kawalan syarikat
juga dikenali sebagai persekitaran makro. Selain itu, menurut Armstrong dan Kotler (2011),
juga menyatakan bahawa persekitaran makro boleh mempengaruhi keputusan perniagaan
yang dibuat untuk jangka masa yang panjang dan ia merupakan unsur atau elemen yang tidak
boleh dikawal. Faktor-faktor ini adalah termasuk dalam faktor ekonomi, keadaan
perundangan dan politik, sosiobudaya dan perubahan teknologi. Persekitaran makro amnya
juga dikenali sebagai unsur-unsur luar yang wujud dalam luar kawalan syarikat yang
memberi kesan kepada prestasi dan keupayaan untuk bersaing di dalam pasaran.

Bagi melihat kesan persekitaran makro kepada sesebuah syarikat, tugasan pada kali
ini saya telah menganalisis salah sebuah syarikat yang berasaskan produk kesihatan dan
kecantikan yang menguruskan perniagaan yang mana produk keluaran mereka mendapat
tempat dihati kebanyakan pengguna pada masa kini iaitu syarikat D’ Herbs Holding
(Malaysia) Sdn. Bhd (dahulu dikenali sebagai D’Herbs Healthy Marketing Snd. Bhd.) yang
diasaskan oleh Datuk Aliff Syukri Kamarzaman. Latar belakang pengasas D’Herbs yang
hanya berumar 25 tahun apabila menerima gelaran Datuk yang mana memberi gambaran
bahawa semangat juang yang kental mampu membawa kita ke arah kejayaan dalam kerjaya
dan kehidupan. Syarikat D’Herbs sinonim dengan produk kecantikan dan kesihatannya yang
terkenal dengan slogan ‘Terlajak Laris’.

Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman dilahirkan pada 03 April 1987 di Felda Kechau,
Kuala Lipis, Pahang. Beliau telah berpindah dan bersekolah di sekolah Kebangsaan Sg.
Besar, Selangor dan kemudian melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Telok Gadong
Klang. Selepas itu beliau telah belajar di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan. Selepas
tamat pengajian di sekolah pondok, beliau menyambung pelajaran di sekolah Integrasi As-
Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan pelajaran ke Taylor Collage.
Sejarah penubuhan syarikat bumiputera D’Herbs Holdings (M) Sdn. Bhd. bermula pada
tahun 2010 di mana syarikat D’Herbs yang hanya beroperasi di lot kedai di tingkat 2 dengan
seorang pekerja sahaja dan mempunyai 4 produk utama iaitu Bedak Asas, Produk
pelangsingan, Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick Rawatan Bibir.

Produk D’Herbs sentiasa mendapat tempat dihati penguna kerana pelbagai teknik
pemasaran yang digunakan oleh Datuk Aliff Syukri bagi memperkukuhkan lagi produk
mereka di dalam pasaran Malaysia sehingga ke serata pasaran Asia Tenggara. Produk
kesihatan dan kecantikan merupakan produk yang terlaris di pasaran kerana kehendak
pengguna yang tinggi terhadap barangan sebegini. Pengguna pada masa kini sangat
mementingkan kecantikan diri dan mereka sehingga sanggup menghabiskan wang ribuan
ringgit bagi kekal jelita dan muda. Oleh sebab itu, produk yang dihasilkan oleh Datuk Aliff
sentiasa mendapat tempat dihati pengguna dan produk kecantikan ini mampu memperolehi
pasaran yang sangat meluas.

Syarikat dan organisasi perlulah sentiasa peka dan memberi perhatian kepada
persekitaran mikro dan persekitaran makro yang mampu mempengaruhi kedudukan dan
persaingan yang perlu dihadapi oleh mereka terutamanya bagi syarikat atau organisasi yang
baru membangun dalam sesuatu bidang perniagaan. Oleh hal yang demikian, saya akan
membincangkan kaitan antara elemen-elemen persekitaran makro yang boleh mempengaruhi
sesebuah syarikat dalam membuat keputusan. Faktor-faktor persekitaran makro adalah faktor
yang tidak mampu dikawal oleh sesebuah syarikat dan disebabkan hal ini, pihak syarikat
perlulah bijak memikirkan jalan penyelesaian yang mampu menguntungkan syarikat dari
masa ke masa.
2.0 Elemen-elemen Persekitaran Makro

Empat elemen persekitaran makro yang akan dibincangkan adalah faktor ekonomi, faktor
politik dan undang-undang, faktor sosiobudaya dan faktor teknologi.

2.1 Ekonomi

Elemen persekitaran makro bagi faktor ekonomi akan melibatkan permintaan


terhadap produk dan perkhidmatan dalam ekonomi. Menurut Kotler et. al. (2011),
persekitaran ekonomi dapat dilihat melalui faktor-faktor yang mempengaruhi kuasa beli
pengguna dan perbelanjaan. Sesebuah syarikat perlulah sentiasa memantau corak perubahan
dalam pendapatan dan perbelanjaan pengguna kerana hal ini akan memberi kesan kepada
pembelian barangan di pasaran semasa. Kuasa membeli pengguna akan mempengaruhi
kestabilan dan prestasi sesebuah syarikat. Sebarang perubahan yang berlaku sama ada dalam
bentuk positif dan negatif di dalam pembolehubah utama ekonomi seperti kadar faedah, pola
pendapatan, kos hidup, simpanan dan pinjaman akan memberi kesan terhadap pasaran.

Bagi memastikan syarikat berkembang dengan lebih pesat dan meluas, pemasaran
perlu dilihat pada persekitaran di peringkat global dan tempatan. Syarikat D’Herbs
diperhatikan mempunyai potensi yang luas dalam bidang penghasilan produk kecantikan dan
kesihatan. Melalui proses pemasaran yang pesat dijalankan, peluang syarikat D’Herbs untuk
melangkah lebih jauh dalam bidang perniagan ini adalah terbuka luas. Produk D’Herbs
dilihat mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengguna terutamanya pengguna di
Malaysia kerana harga yang ditawarkan berpatutan dan menepati kehendak semua golongan
dan peringkat umur. Ini bukan sahaja menarik minat pengguna setelah berpuas hati dengan
produk yang dihasilkan tetapi juga dapat menarik pelabur-pelabur untuk menjalinkan
usahasama dalam bidang ‘Research and Development’ (R&D).

2.2 Politik dan Undang-undang

Menurut Armstrong dan Kotler (2011), politik dan undang-undang merujuk kepada
pelaksanaan dan penggubalan perundangan oleh pihak kawalan syarikat yang memberi
pengaruh atau had di dalam firma atau individu dalam masyarakat. Setiap produk dan
perkhidmatan yang ditawarkan dalam pasaran akan dipantau oleh pihak kerajaan dengan
memberikan garispanduan dalam proses pembuatan hinggalah ke proses pemasaran sesuatu
barangan dan perkhidmatan. Ini adalah bertujuan untuk memastikan sesuatu produk itu
memenuhi piawaan yang telah ditetapkan bagi menjamin kualiti produk tersebut dan ianya
selamat untuk digunakan orang ramai selain mengelakkan berlaku ketidakseimbangan dalam
pasaran sesuatu barangan.

Merujuk kepada faktor undang-undang pula, ia adalah meliputi kepada peraturan-


peraturan yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan seperti penetapan harga terhadap barang
kawalan, pengiklanan, upah dan persekitaran tempat kerja. Perniagaan juga dikawal oleh
undang-undang yang sedia ada seperti Undang-undang Kontrak, Undang-undang Jualan
Barang-Barang, Undang-undang Sewa Beli, Undang-undang Perkongsian dan Undang-
undang Syarikat.

Setiap produk keluaran syarikat D’Herbs perlulah menepati piawaian yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan seterusnya memastikan setiap
produk yang dikeluarkan oleh syarikat selamat digunakan oleh pengguna. Selain itu, setiap
produk haruslah mendapatkan kelulusan dari KKM sebelum memasuki pasaran bagi
memastikan produk yang dihasilkan tidak mengandungi bahan terlarang dan sesuai
digunakan oleh pengguna. Ini amat penting kepada pengguna kerana jika terdapat produk
kecantikan dan kesihatan yang melanggar spesifikasi seperti penggunaan bahan kimia yang
berbahaya secara berlebihan boleh mengundang bahaya dan menjejaskan kesihatan dan
adakalanya boleh menyebabkan kematian kepada pengguna jika digunakan. Selain itu, harga
yang ditawarkan oleh syarikat D’Herbs terhadap barangan keluarannya juga berpatutan untuk
semua golongan samada berpendapatan tinggi ataupun rendah.

2.3 Sosiobudaya

Sosiobudaya terdiri daripada dua aspek yang berkait rapat iaitu persekitaran
demografik dan aliran budaya dalam masyarakat. Persekitaran demografik termasuklah kajian
tentang populasi manusia dari segi saiz, lokasi, kepadatan, umur, jantina, bangsa, pekerjaan
dan maklumat statistik lain. Usahawan perlulah membuat penyelidikan dan kajian yang teliti
terhadap unsur-unsur ini yang mana ia akan menyumbang kepada penciptaan pasaran.
Perubahan-perubahan dalam persekiran demografik di lihat akan membawa kepada
perubahan kepada permintaan, kuasa beli, sasaran, saiz pasaran dan sebagainya.

Aliran budaya dalam masyarakat ataupun aliran sosial adalah berkaitan dengan cara
hidup, yang mengambarkan kecenderungan dan citarasa manusia yang mana ia sangat
berkesan dalam menentukan keputusan pemasaran penguna. Selain itu, persekitaran ini juga
merangkumi cara hidup dan nilai sosial masyarakat, kepercayaan, bahasa, gaya hidup
keluarga, perubahan citarasa pengguna dan lain-lain. Elemen-elemen ini pasti akan mengubah
pola permintaan dan ianya akan mempengaruhi keputusan-keputusan yang akan dibuat oleh
syarikat atau usahawan.

Berdasarkan persekitaran sosiobudaya, syarikat D’Herbs dapat memenuhi permintaan


pasaran di Asia Tenggara seperti Malaysia, Brunei dan Singapura kerana kepercayaan yang
menebal dalam masyarakat kita yang mempercayai bahawa penggunaan herba dalam
kehidupan seharian yang mana ianya boleh mengembalikan kecantikan dan dapat
memberikan kesihatan yang baik. Penggunaan bahan semulajadi dan herba-herba didalam
proses penghasilan dan sebagai ramuan utama dalam setiap produk keluaran syarikat
D’Herbs juga di lihat mampu membantu meningkatkan jumlah jualan syarikat.

2.4 Teknologi

Pengembangan penggunaan teknologi moden dalam pengeluaran produk telah


mempengaruhi dunia pemasaran hari ini. Hal ini telah menyebabkan lebih banyak peluang
dan pasaran baru terbuka kepada usahawan. Peningkatan dalam bidang teknologi juga banyak
menyumbang kepada peningkatan peruntukan belanjawan di dalam bidang penyelidikan dan
pembangunan. Kesan dari pembangunan teknologi ini seterusnya akan meningkatkan kualiti
dan quantiti keluaran sesuatu produk di dalam pasaran serta mewujudkan produk-produk
inovasi yang mana ianya memberi kesan secara langsung kepada aktiviti-aktiviti pemasaran.

Syarikat D’Herbs mempunyai visi dan misi yang jelas untuk memasarkan produknya
sehingga menembusi pasaran dunia. Oleh itu, syarikat D’Herbs telah menaik taraf pengunaan
teknologi bagi menampung pengeluaran sesuatu produk dan menjamin kualiti produk
keluaran mereka. Penggunaan teknologi moden mampu meningkatkan hasil pengeluaran
sesuatu produk bagi memenuhi permintaan pengguna dan pasaran.
3.0 Kesan Elemen Persekitaran Makro Ke Atas Organisasi

3.1 Kesan: Ekonomi

Kuasa membeli dan corak perbelanjaan pengguna untuk membeli sesuatu produk
adalah kesan dari faktor ekonomi syarikat D’Herbs. Akibat dari peningkatan harga barangan
dan taraf hidup sejak akhir-akhir ini mengakibatkan kuasa membeli pengguna juga
berkurangan ke atas barangan kehendak. Perkara yang membimbangkan pemasar adalah dari
segi kuasa beli, kos, harga dan keuntungan yang berada diluar kawalan mereka. Perubahan
yang berlaku di dalam pendapatan iaitu apabila pendapatan meningkat, kuasa beli juga akan
meningkat. Manakala sekiranya harga barang semakin naik, kuasa membeli akan
berkurangan.

Bagi mengimbangi kesan dari faktor ekonomi ini, syarikat D’Herbs masih lagi
menawarkan harga produknya yang berpatutan kepada pengguna. Hal ini adalah untuk
memastikan pengguna terus membeli dan menggunakan produk D’Herbs walaupun keadaan
ekonomi pada masa kini semakin merudum.

3.2 Kesan: Politik dan Undang-undang

Aspek perundangan juga dilihat penting dalam memberikan kesan positif mahupun
negatif bagi sesebuah perniagaan ataupun pelaburan. Ini adalah termasuk undang-undang
dalam bidang kepenggunaan, hubungan pekerja, alam sekitar dan amalan kompetitif.
Persekitaran ini juga dapat mempengaruhi dalam menentukan objektif, dasar, keputusan,
sekatan undang-undang dan juga undang-undang berkaitan dengan cukai.

Faktor politik dilihat tidak banyak mempengaruhi penjualan produk syarikat D’Herbs
di pasaran. Namun begitu, syarikat D’Herbs perlulah bersaing dengan produk tempatan yang
lain dan produk yang diimport dari luar negara. Dari segi perundangan, terdapat beberapa
halangan perdagangan seperti tarif (cukai) dan kuota bagi barangan dan produk yang
dieksport yang mana telah ditetapkan oleh kerajaan ataupun negara tuan rumah bagi menjaga
produk tempatan dari persaingan yang mampu untuk menjatuhkan produk tempatan dalam
pasaran mereka.

3.3 Kesan: Sosiobudaya

Elemen-elemen persekitaran demografik boleh mempengaruhi aspek pemasaran


dalam strategi pemasaran yang meliputi jumlah kuantiti produk yang bakal dihasilkan dan
sesuai untuk dikomersialkan. Hal ini terjadi apabila strategi yang digunakan tidak menepati
kehendak pasaran dilihat mampu mengakibatkan kerugian kepada syarikat.

Dari segi aliran budaya pula, syarikat D’Herbs mengeluarkan produk yang menepati
citarasa pengguna di pasaran kerana majoriti penduduk di Malaysia, Brunei dan Singapura
adalah orang Melayu yang mementingkan kecantikan terutama penggunaan produk yang
berasaskan herba yang didapati dari alam semulajadi. Selain itu, produk-produk yang
dihasilkan juga mendapat pengiktirafan halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) yang mana hal ini amatlah sensitif apabila berkaitan dengan pengguna yang
beragama Islam.

3.4 Kesan: Teknologi

Teknologi yang digunakan haruslah sempurna dalam penghasilan produk-produk


kerana ia juga memberi kesan yang besar kepada syarikat. Ini kerana, penggunaan teknologi
akan melibatkan kos dan proses pembuatan sesuatu produk. Menurut Kotler et. al. (2011),
teknologi ialah tenaga yang paling dramatik yang sangat memberi kesan kepada usahawan
atau syarikat. Pengunaan teknologi lama kepada baharu dilihat akan meningkatkan
pengeluaran suatu produk. Hal ini seterusnya akan memberi kesan yang baik kepada
perkembangan syarikat.

Bagi syarikat D’Herbs, teknologi yang digunakan bagi penghasilan produk masih lagi
boleh dikira sebagai teknologi moden kerana syarikat D’Herbs masih lagi baru beroperasi.
Syarikat D’Herbs hanya perlu menambahbaik teknologi yang digunakan bagi meningkatkan
pengeluaran produk syarikat bagi memenuhi permintaan yang semakin tinggi terhadap
produk mereka.
4.0 Cadangan Penambahbaikan Untuk Pengurusan Persekitaran Makro Organisasi

Terdapat beberapa cadangan untuk penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh


syarikat D’Herbs untuk meningkatkan pemasaran produk di pasaran dan menambahkan
jumlah jualan serta keuntungan yang akan diperolehi.

4.1 Cadangan: Ekonomi

Dari sudut ekonomi, syarikat D’Herbs haruslah bersaing dengan produk-produk


import yang mana ia dilihat menjadi pilihan kebanyakan kaum bukan Melayu. Ini kerana,
kualiti yang diberikan oleh barangan berjenama import lebih baik berbanding produk
tempatan. Bagi mengimbangi dan seterusnya memenangi hati semua kaum di Malaysia,
syarikat D’Herbs haruslah meningkatkan kualiti produk seterusnya membina keyakinan
pengguna bukan Melayu bagi menggunakan produk keluaran syarikat mereka. hal ini
seterusnya dapat meluaskan pasaran kepada kumpulan sasaran kaum berbilang bangsa seperti
India dan Cina di Malaysia dan menjadikan produk D’Herbs sebagai produk yang bersifat
sejagat dan umum yang mampu di beli oleh semua pengguna.

4.2 Cadangan: Politik dan Undang-undang

Pengaruh politik perlulah diambil kira bagi memastikan produk D’Herbs mampu
bertahan dalam industri ini untuk tempoh jangka masa yang lebih panjang seterusnya
menjadikan produk D’Herbs sebagai produk multinasional dan mampu dipasarkan sehingga
ke seluruh dunia. Sebagai contoh, sekiranya suatu negara itu mengalami ketidakstabilan
politik sudah tentu hal ini akan mempengaruhi pemasaran dan pengurusan ekonomi syarikat.
Secara amnya, kestabilan politik sesuatu negara di mana perniagaan dilakukan memberikan
peluang kepada usahawan untuk memulakan ataupun mengembangkan perniagaan mereka.

Dari segi perundangan, tarif dan percukaian serta kuota yang dikenakan ke atas
produk D’Herbs memang tidak boleh dielakkan. Setiap produk yang di import keluar negara
haruslah mematuhi perkara ini. Walaubagaimanapun, bagi meningkatkan jualan di pasaran
luar negara, syarikat D’herbs perlulah menilai dan meneliti pasaran dunia dengan terperinci
serta mengetahui struktur politik dan undang-undang yang telah ditetapkan di negara terbabit.
Oleh hal yang demikian, peluang untuk memasuki pasaran lebih tinggi kerana sayrikat dapat
memahami keadaan sesebuah negara tersebut.
4.3 Cadangan: Sosiobudaya

Syarikat D’Herbs haruslah mengkaji dengan lebih terperinci dan bijak memantau
perubahan gaya hidup, citarasa dan pilihan pengguna untuk mengenal pasti peluang
perniagaan. Pemboleh ubah yang perlu dititikberatkan adalah pembentukan rumah tangga,
ragam pekerjaan, kadar penglibatan tenaga buruh, tahap pendidikan, corak perbelanjaan dan
corak waktu lapang. Syarikat boleh menggunakan maklumat yang didapati dari sumber
umum dan persendirian untuk menilai dan memantau perubahan ini. Syarikat juga perlu
meramal dan menilai maksud perubahan untuk perniagaan mereka dengan menjaga
kepentingan syarikat itu sendiri.

4.4 Cadangan: Teknologi

Syarikat D’Herbs perlu bijak mengawal dan memantau perubahan teknologi serta
mengesan penggunaan teknologi bagi memenuhi permintaan pasaran dan pengguna. Hal ini
dilihat mampu meningkatkan penghasilan produk dengan kuantiti yang lebih banyak dan
berkualiti sekiranya ingin menembusi pasaran dunia. Selain itu, syarikat D’Herbs perlu
mencari satu tapak yang besar bagi membina kilang yang lebih canggih untuk menghasilkan
produk D’Herbs untuk menampung keperluan dan permintaan pasaran dan pengguna. Ini
kerana, sekiranya permintaan terhadap produk adalah tinggi tetapi teknologi yang digunakan
adalah terhad, hal ini akan mengganggu dan memberi kesan yang buruk serta membantutkan
proses pemasaran produk.
5.0 Kesimpulan

Kefahaman mengenai konsep persekitaran makro amatlah penting bagi sesebuah


organisasi atau syarikat kerana elemen ini mampu mempengaruhi kedudukan dan strategi
sesebuah syarikat itu. Walaupun pengaruh persekitaran makro berada di luar kawalan
sesebuah syarikat, namun kesan dan impak yang terhasil daripada persekiran makro ini
adalah besar dan hebat. Ianya juga memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan
atau kegagalan sesuatu perniagaan. Persekitaran makro terdiri empat aspek utama iaitu faktor
ekonomi, faktor politik dan undang-undang, faktor sosiobudaya dan faktor teknologi.
Elemen-elemen persekitaran makro ini memberikan kesan positif dan negatif dari segi
strategi dan keupayaan syarikat untuk terus berkembang dan beroperasi.

Berdasarkan kajian dan perbincangan yang telah dibuat mengenai syarikat D’Herbs
dapatlah disimpulkan bahawa persekitaran makro mempengaruhi strategi perkhidmatan
didalam syarikat. Jika dilihat persekitaran makro dari elemen ekonomi, kesan yang terhasil
adalah meliputi kesemua produk dan perkhidmatan yang dihasilkan, diedarkan, dijual
seterusnya diguna. Syarikat perlulah sentiasa menganalisa persekitaran ini pada peringkat
global, nasional mahupun tempatan dimana perniagaan ini dijalankan. Dari segi elemen
politik dan undang-undang pula, syarikat perlulah sentiasa peka terhadap isu-isu dalam
negara dan global seperti halangan perdagangan, tarif dan risiko politik serta hubungan dua
hala dan pelbagai hala. Dari segi persekitaran sosiobudaya, syarikat hendaklah melihat
kepada unsur-unsur demografik dan aliran budaya masyarakat yang mana melalui
pemantauan dan penilaian unsur-unsur ini ianya mampu untuk menyumbang dalam
penciptaan pasaran. Dari persekitaran teknologi pula, syarikat perlulah sentiasa mengambil
inisiatif untuk membangunkan bidang teknologi terutamanya dari segi proses inovasi. Proses
inovasi merujuk kepada perubahan kecil dalam reka bentuk, pembentukan dan pengeluaran
produk, bahan dan pengedaran.

Melalui cadangan pengurusan persekitaran makro yang telah diberi sedikit sebanyak
dapat meningkatkan dan menambahbaik qualiti dan nilai pemasaran syarikat D’Herbs yang
sedia ada. Oleh itu, untuk memastikan syarikat D’Herbs mampu untuk terus bersaing dan
berkembang, amatlah penting bagi syarikat untuk melihat kepada kesan elemen persekitaran
makro ini ke atas prestasi dan strategi syarikat. Selain itu, syarikat D’Herbs juga perlu
memikirkan kekangan-kekangan dari persekitaran makro ini dengan lebih mendalam dan
meluas lagi bagi menjadikan syarikat D’Herbs salah satu pengeluar produk kecantikan dan
kesihatan yang terbesar dan tersohor di dunia.

You might also like