You are on page 1of 4

Malaysia berminat untuk mendalami bidang inovasi hingga ke peringkat antarabangsa.

Oleh itu ,
pelbaga pihak perlu memainkan peranan bagi menyuburkan budaya inovasi dalam generasi muda.
Bincangkan.

FOKUS ISU: Menyuburkan budaya inovasi dalam generasi muda


KATA TUGAS:Peranan pelbagai pihak
KOMBINASI:5+0

Malaysia berminat untuk mendalami bidang inovasi hingga ke peringkat antarabangsa. Oleh itu,
pelbagai pihak perlu memainkan peranan bagi menyuburkan budaya inovasi dalam generasi muda.

Antara pihak yang berperanan untuk menyuburkan budaya inovasi dalam generasi muda ialah
kerajaan. Dalam hal ini, pihak kerajaan hendaklah melaksanakan dasar-dasar yang membantu
Malaysia ke arah negara yang lebih kompetitif dan cekap dalam penguasaan sains dan teknologi.
Sebagai contoh Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi negara akan menjadi platform bagi generasi muda
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam budaya inovasi yang menerapkan teknologi digital.

Selain itu, institusi pendidikan juga berperanan dalam menyuburkan budaya inovasi dalam
generasi muda. Hasrat KPM menetapkan pengambilan pelajar aliran sains dan teknologi pada nisbah
60:40 di peringkat menengah atas dan universiti awam harus diteruskan. Program-program beroreintasi
pengaplikasian sains dan teknologi dalam inovasi disekolah harus dirancakkan seperi penubuhan kelab
reka cipta, pertandiingan CIDB dan lain-lain agar memberi pendedehan awal kepada para pelajar.
Kesannya, lebih ramai generasi muda yang mempunyai kemahiran dalam menginovasikan sesuatu
rekaan.

Seterusnya, pihak yang berperanan untuk menyuburkan budaya inovasi dalam generasi muda ialah
media massa. Dalam hal ini, media massa boleh memaparkan iklan-iklan mengenai penciptaan yang
terbaharu dan maklumat kelebihan inovasi di paparan akhbar ataupun di kaca televisyen. Iklan-iklan
sebegini dapat member gambaran atau bayangan awal mengenai sains dan teknologi kepada generasi
muda . Hal ininakan mewujudkan sifat ingin tahu dalam kalangan generasi muda dan menggalakkan
mereka untuk mengkaji lebih lanjut mengenai sains dan teknologi.

Di samping itu, pihak yang berperanan untuk menyuburkan budaya inovasi dalam generasi muda
ialah ibu bapa. Ibu bapa hendaklah mendedahkan anak-anak untuk menceburi bidang sains reka cipta.
Sebagai contoh, dengan menggalakkan anak-anak menyertai sebarang aktiviti sains dan teknologi dan
inovasi seperti pertandingan dan bengkel yang dianjurkan. Sokongan ibu bapa dapat membina
keyakinan pelajar untuk mengasah kemahiran mereka dalam bidang sians dan teknologi dan seterusnya
mengembangkan lagi pengetahuan sedia ada.

Akhir sekali, pihak yang berperanan untuk menyuburkan budaya inovasi dalam generasi muda
ialah pihak bukan kerajaan(NGO). Pihak bukan kerajaan boleh menganjurkan program kesedaran atau
pertandingan inovasi yang lebih menarik untuk disertai oleh generasi muda. Pihak NGO bekerjasama
dengan kerajaan dalam menjayakan program Inovasi yang mensasarkan golongan muda. Peranan NGO
menyediakan peluang dalam bentuk latihan kemahiran dan membantu meluaskan potensi pekerjaan
dalam bidang inovasi akan membantu menarik minat golongan muda menceburi bidang ini.

Kesimpulannya, semua pihak perlu memainkan peranan dalam menyuburkan budaya inovasi
dalam kalangan generasi muda. Oleh itu, tahap penetahuan sains dan teknologi mampu meingkatkan
taraf inovasi di negara kita.
SOALAN
Pencipataan alatan sains dan teknologi memberi manfaat kepda kehidupan manusia .
Bincangkan
FOKUS ISU : Penciptaan alatan sains dan teknologi
KATA TUGAS : Manfaat
KOMBINASI : 5+0
Hampir 90 peratus kehidupan manusia mempunyai kaitan dengan aspek sains dan
teknologi . Hal ini menjelaskan bahawa sains dan teknologi banyak membantu manusia
dalam menjalani kehidupan seharian.
Antara manfaat penciptaan alatan sains dan teknologi adalah memudahkan urusan
transaksi kewangan . Hal ini diktakan demikian kerana, transaksi kewangan boleh diakses
dengan mudah pada setiap masa dimana-mana sahaja. Urusan kewangan dapat
dipermudahkan melalui mesin-mesin ATM dan perbankan atas talian . Oleh itu , segala
perbelanjaan dapat dipermudahkan dengan menggunakan kad debit, kad kredit dan e-tunai.
Selain itu,manfaat penciptaan alatan sainsdan teknologi juga adalah dapt mencipta
peralatan komunikasi.Kajayaan saintis dalm mencipta alatan tersebut membantu manusia
meningkatkan interaksi antarabangsa. Tambahan pula,melalui ciptaan ini telah membantu
penyampaian maklumat ke seluruhan penduduk di dunia.Oleh itu,hasrat kerajaan menjadi
rakyat kelas pertama boleh dicapai.
Seterusnya,manfaat penciptaan alatan sains dan teknologi adalah dapat
memudahkan urusan kerja domestik. Hal ini dikatakan demikian kerana, penciptaan
peralatan moden dapat melakukan kerja-kerja yang sukar dan hanya perlu dikendalikan oleh
manusia. Kesannya, urusan kerja domestik seperti memasak,membersih.mencuci dan
mengering memerlukan sains dan teknologi setiap hari . Oleh itu,semua urusan kerja
menjadi pntas dan dapat menjimatkan masa seseorang.
Di samping itu,manfaat penciptaan alatan sains dan teknologi adalah dapat
mencekapkan sistem ekonomi negara. Kekayaan negara Jerman,Amerika Dyarikat dan
Jepun yang maju didorong oleh kemajuan sains dan teknologi . Sebagai contoh, Malaysia
menghasilkan kereta tempatan yang telah dieksport ke lir negara seperti Asia Barat dan
rantau ASEAN. Oleh itu , kemasukan wang asing akan meningkatkan pendapatan negara.
Kesimpulannya,bidang sains dan teknologi sangat banyak memberikan sumbangan
kepada manusia sejagat.Oleh itu, kita haruslah menghargai dan menggunakan sains kearah
kebaikan dan sebaliknya .
Pengajian am Tema: Sains dan teknologi

Soalan: Matlamat kerajaan untuk melahirkan rakyat Malaysia sebagai penyumbang tamadun sains dan
teknologi tidak tercapai selagi rakyat tertarik menjadi pengunaan semata-mata. Jelaskan.

Fokus Isu: Malaysia sebagai penyumbang tamadun sains dan teknologi


Kata Tugas: Halangan
Kombinasi: 1+4

Kemudahan sains dan teknologi banyak membantu manusia dalam kehidupan seharian.
Kebanyakkan negara maju berpendapatan tinggi disebabkan oleh pengetahuan sains dan teknologi
yang dimiliki. Pelbagai halangan yang dihadapi kerajaan dalam melahirkan rakyat Malaysia sebagai
penyumbang tamadun sains dan teknologi .

Antara halangan yang dihadapi kerajaan dalam melahirkan rakyat Malaysia sebagai
penyumbang tamadun sains dan teknologi ialah rakyat masih tertarik menjadi pengguna semata-mata.
Hal ini kerana rakyat Malaysia tidak gemar menceburi bidang sains, teknologi dan inovasi. Rakyat
menggangap aktiviti mereka cipta adalah sukar.

Seterusnya, halangan yang dihadapi kerajaan dalam melahirkan rakyat Malaysia sebagai
penyumbang tamadun sains dan teknologi ialah kekurangan kemudahan sains dan teknologi. Hal ini
kerana kemudahan di makmal sains seperti alatan sains tidak dilengkapi dengan sepenuhnya.
Kemudahan yang sedia ada ketinggalan zaman dan tidak menarik minat pelajar.

Selain itu, halangan yang dihadapi oleh dihadapi kerajaan dalam melahirkan rakyat Malaysia
sebagai penyumbang tamadun sains dan teknologi ialah kesukaran mendapatkan tenaga pekerja mahir.
Hal ini kerana tenaga kerja mahir yang sedia ada, tidak mencukupi dan seringkali berlaku penghijrahan
tenaga kerja ke luar negara. Oleh hal yang demikian, kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi
bagi mengambil tenaga kerja mahir dari luar.

Di samping itu, halangan yang dihadapi oleh kerajaan dalam melahirkan rakyat Malaysia
sebagai penyumbang tamadun sains dan teknologi ialah kurangnya minat dalam menceburi bidang
sains dan teknologi dalam generasi muda. Hal ini kerana, ramai pelajar yang kurang minat dalam
bidang sains dan teknologi sejak di awal persekolahan lagi. Hasrat kerajaan untuk mewujudkan pelajar
aliran sains sastera 60:40 juga semakin sukar. Pelajar lebih gemar untuk menceburi bidang lain kerana
menggangap bidang sains dan teknologi adalah sebuah bidang yang sukar.

Akhir sekali, , halangan yang dihadapi oleh kerajaan dalam melahirkan rakyat Malaysia
sebagai penyumbang tamadun sains dan teknologi ialah tidak menjadi pilihan utama dalam pengagihan
peruntukan belanjawan. Hal ini kerana sumber kewangan negara kita lebih banyak dilaburkan dalam
bidang lain. Geran-geran penyelidikan seharusnya diberikan keutamaan untuk menggalakkan inovasi
dalam kalangan akademik. Jumlah dana yang terhad menambahkan kesukaran Malaysia dalam
mencapai matlamat menjadi penyumbang sains dan teknologi.

Kesimpulannya, banyak halangan yang dihadapi kerajaan dalam melahirkan rakyat


Malaysia sebagai penyumbang tamadun sains dan teknologi tidak akan tercapai. Jadi, semua pihak
harus berganding bahu untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Salah satu hasrat bagi merealisasikan wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat saintifik
dan progresif. Oleh itu, pelbagai pihak perlu memainkan peranan bagi mencapai hasrat
tersebut. Huraikan.

Fokus isu : Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif


Kata tugas : Peranan pelbagai pihak
Kombinasi : 5+0
Malaysia sentiasa berusaha untuk menjadikan masyarakat saintifik dan progresif. Pelbagai
pihak haruslah memainkan peranan masing-masing untuk merealisasikan hasrat tersebut.

Antara pihak yang memainkan peranan dalam mewujudkan masyarakat saintifik dan
progresif ialah pihak sekolah. Hal ini demikian kerana pelajar dapat dilatih dari peringkat awal
melalui sukatan pelajaran dan kokurikulum yang berasaskan sains dan teknologi. Kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis perlu diterapkan bagi mendidik pelajar untuk menyelesaikan
masalah dalam membuat keputusan dengan tepat dan mengemukakan idea-idea baru.

Selain itu, pihak yang memainkan peranan dalam mewujudkan masyarakat saintifik dan
progresif ialah pihak ibu bapa. Tindakan yang dapat dilakukan oleh pihak ibu bapa ialah dengan
menyemai minat dalam bidang sains dan teknologi sejak kecil. Sebagai contoh, ibu bapa boleh
membeli banyak buku dan majalah sains serta menyertai lawatan dan pameran sains. Ini
secara tidak langsung dapat mendorong dan membimbing anak-anak agar menyedari
kepentingan dan kelebihan bidang sains dalam kehidupan.

Di samping itu, pihak yang memainkan peranan dalam mewujudkan masyarakat saintifik dan
progresif ialah institut pengajian tinggi. Hal ini demikian kerana penawaran lebih banyak kursus
berkaitan sains dan teknologi dengan sasaran 60% pelajar mengambil jurusan sains dan
teknologi. Misalnya, pihak ini memainkan peranan yang penting dalam menyediakan lebih
banyak peluang pekerjaan kepada siswazah dalam bidang sains dan tekonologi.

Seterusnya, pihak yang memainkan peranan dalam mewujudkan masyarakat saintifik dan
progresif ialah media massa. Sebagai contoh, mengadakan kempen kesedaran untuk memberi
pendedahan tentang kelebihan sains dan teknologi. Tambahan pula, media massa boleh
memaparkan kejayaan penyelidikan dan pembangunan (RnD) berkaitan dengan sains dan
teknologi.

Akhir sekali,pihak kerajaan juga memainkan peranan dalam mewujudkan masyarakat


saintifik dan progresif. Pihak kerajaan berperanan dalam memberi dana untuk menjalankan
penyelidikan dan pembangunan berasaskan sains dan teknologi. Dalam masa yang sama, pihak
kerajaan juga boleh memberi pengiktirafan dan anugerah rekaan sains dan teknologi yang
kreatif dan inovatif kepada individu yang layak.

Kesimpulan, semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing dalam melahirkan


masyarakat yang berpandangan jauh ke hadapan dan berproduktiviti yang berkualiti akan
meningkatkan ekonomi dan seterusnya memajukan negara.

*Ditaip & diubahsuai semula ayat oleh umi 😊

You might also like