You are on page 1of 18

UNIT 3 : FUNGSI PETEMPATAN

(Petempatan Luar Bandar & Bandar)

Arnold Samih
Guru Geografi
SMK Nambayan
E-mel : rnold_gonod@yahoo.com

Sesi PdPc:
5 Efisien
07.30 – 08.30 AM
24 Februari 2020
PENGENALAN
 Petempatan ialah kawasan tempat tinggal manusia
 Terdapat dua jenis petempatan iaitu;
 Petempatan luar bandar
 Petempatan bandar
 Kawasan petempatan luar bandar dan bandar mempunyai fungsi tersendiri.
PETEMPATAN LUAR
BANDAR

 Petempatan luar bandar merujuk


kepada kawasan petempatan yang
mempunyai ciri-ciri;
 Ekonomi berasaskan pertanian
 Bilangan penduduk kecil
 Kepadatan yang rendah
 Fungsi petempatan luar bandar boleh
dibahagikan kepada fungsi;
 Ekonomi
 Sosial
 Governan
FUNGSI PETEMPATAN LUAR BANDAR
 Ekonomi
 Berfungsi sebagai pusat mengumpul dan memproses hasil
pertanian, perikanan, perlombongan dan industri desa.
 Sosial
 Menyediakan pelbagai kemudahan sosial seperti rumah
ibadat, klinik desa, perkhidmatan pos, kemudahan air
bersih,elektrik,dll
 Governan
 Melaksanakan urusan kerajaan, terdapat ketua kampung
sebagai perantaraan antara penduduk dengan kerajaan.
FAKTOR MEMPENGARUHI
PELETAKAN DAN TABURAN
PETEMPATAN LUAR BANDAR

 Fizikal
 Bentuk muka bumi seperti tanah pamah yang rata, pinggir pantai dan tanah tinggi.
 Ekonomi
 Terdapat kegiatan pertanian dan pusat perlancongan.
 Sosial
 Biasanya terletak di tepi sungai.
 Air sungai juga digunakan untuk pengairan kawasan pertanian selain di jadikan jalan
pengangkutan.
 Governan
 Pembukaan tanah rancangan (Contoh; FELDA)
 Rancangan pembangunan luar bandar yang di anjurkan kerajaan menggalakkan pertumbuhan
petempatan luar bandar. Rancangan ini menyediakan kemudahan asas seperti jalan raya dan
bekalan air
PETEMPATAN BANDAR
 Petempatan bandar merujuk kepada petempatan yang mempunyai ciri-ciri
moden dari segi guna tanah, kegiatan ekonomi, kemudahan sosial dan
infrastruktur serta cara hidup penduduk.
 Di Malaysia status bandar tercapai apabila suatu kawasan petempatan itu
mempunyai penduduk melebihi 10 000 orang.
 Setiap bandar mempunyai fungsi masing-masing.
 Fungsi sesuatu petempatan bandar dapat di kenal pasti berdasarkan peranan
utamanya dari segi;
 Ekonomi
 Sosial
 Governan
FUNGSI PETEMPATAN
BANDAR

Ekonomi
 Pembangunan petempatan bandar lazimnya diikuti oleh perkembangan
sektor ekonomi bandar berkenaan.
 Antara fungsi petempatan bandar dari segi ekonomi adalah sebagai
bandar perindustrian, bandar pelabuhan, bandar perlombongan,
bandar pelancongan dan bandar teknologi maklumat.
1. Bandar Perindustrian
 Banyak kegiatan industri dijalankan seperti kilang
plastik & sebagainya
 Contoh bandar seperti Petaling Jaya & Nilai

2. Bandar Pelabuhan
 Berfungsi sebagai tempat yang menggalakkan
kegiatan perniagaan dan perdagangan.
 Contoh bandar seperti Klang, Kuantan & Kuching

3. Bandar perlombongan
 Bandar perlombongan wujud akibat kegiatan
perlombongan yang dijalankan secara giat.
 Contoh bandar seperti Kertih & Bintulu
4. Bandar Pelancongan
 Terkenal dengan aktiviti pelancongan.Bandar ini menjadi tarikan pelancong
tempatan dan luar.
 Contoh bandar seperti Port Dickson, Genting Highland & Melaka

5. Bandar Teknologi Maklumat


 Berfungsi untuk mengembangkan penggunaan teknologi maklumat dan
telemunikasi (ICT) dalam kalangan penduduk
 Contoh bandar seperti Cyberjaya.
Sosial
 Sesetengah petempatan bandar menyediakan perkhidmatan.
 Bandar pendidikan, bandar satelit dan bandar diraja memberi perkhidmatan
sosial yang penting kepada penduduk..
1. Bandar Pendidikan
 Menyediakan pelbagai kemudahan pendidikan khususnya
institusi pengajian tinggi kepada penduduk.
 Banyak peluang pekerjaan wujud di kawasan ini seperti
pensyarah,tutor dan penyelidik.
 Contoh bandar seperti Tanjung Malim

2. Bandar Satelit
 Berfungsi sebagai kawasan sokongan kepada bandar induk.
 Pembangunan yang pesat di bandar induk menyebabkan
perebakan pembangunan ekonomi khususnya kegiatan
perindustrian ke bandar satelit.
 Contoh bandar seperti Petaling Jaya, Ayer Keroh & Senawang

3. Bandar Diraja
 Bandar diraja menempatkan tempat kediaman rasmi bagi sultan
atau kerabat diraja.
 Upacara dan adat istiadat rasmi diraja di jalankan di sini.
 Contoh bandar seperti Kuala Kangsar(Perak), Klang(Selangor)
dan Pekan(Pahang)
Governan
 Fungsi sesuatu bandar juga berkait rapat dengan polisi kerajaan.
 Pembinaan pejabat kerajaan dan penempatan agensi kerajaan di sesuatu
kawasan membolehkan bandar berkenaan berperanan sebagai bandar
pentadbiran, bandar pertahanan dan bandar sempadan.
1. Bandar Pentadbiran
 Berfungsi sebagai ibu negara atau ibu negeri.
 Contoh bandar seperti Putrajaya,Kota Kinabalu & Kuching.

2. Bandar Pertahanan
 Berfungsi sebagai pangkalan angkatan tentera.
 Penempatan pangkalan tentera mempengaruhi perkembangan bandar
berkenaan.
 Contoh bandar seperti Port Dickson, Lumut & Butterworth

3. Bandar Sempadan
 Berfungsi sebagai jalan keluar dan jalan masuk antara negara kita dengan
negara jiran.
 Perkhidmatan imigresen terdapat di bandar sempadan bagi memastikan pelawat
mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
 Contoh bandar seperti Padang(Perlis), Johor Bahru(Johor) dan
Tebedu(Sarawak).
FAKTOR MEMPENGARUHI
PELETAKAN DAN TABURAN
PETEMPATAN BANDAR

 Faktor-faktor yang mempengaruhi peletakan sesuatu


petempatan bandar ialah fizikal, ekonomi, sosial dan governan.
1. Fizikal
 Petempatan bandar tertumpu di dataran aluvium dan pinggir laut.
2. Ekonomi
 Beberapa bandar di Malaysia berkembang kerana terdapatnya sumber semulajadi.
3. Sosial
 Petempatan bandar biasanya berkembang di pertemuan antara dua jalan perhubungan.
 Pembinaan lebuh raya di Malaysia memajukan kawasan terpencil yang dilalui oleh lebuh raya
berkenaan.
4. Governan
 Keputusan pihak berkuasa memindahkan pusat pentadbiran ke tempat yang baru mewujudkan
suatu petempatan bandar terancang seperti Putrajaya.
● Pusat pentadbiran ini dilengkapi dengan kemudahan perumahan dan infrastruktur.
SALING BERGANTUNG ANTARA LUAR BANDAR DENGAN BANDAR

 Bandar bergantung kepada luar bandar untuk memperoleh makanan dan


bahan mentah untuk perindustrian dan perdagangan.
 Bandar merupakan pasaran bagi hasil pertanian dan penternakan dari luar
bandar.
 Bandar menyediakan banyak kemudahan untuk penduduk luar bandar.
Peluang pendidikan tinggi terdapat di bandar seperti bandar Baru Bangi dan
Tanjung Malim.
 Bandar yang yang mempunyai perkhidmatan perubatan moden
membolehkan kemudahan kesihatan yang lebih baik disediakan untuk
penduduk luar bandar.
 Bandar menjalankan fungsi pentadbiran untuk penduduk luar bandar.
SALING BERGANTUNG ANTARA BANDAR DENGAN BANDAR

 Sesebuah bandar tidak dapat menyediakan semua barang dan perkhidmatan


yang diperlukan oleh penduduknya. Oleh itu, wujud saling bergantung antara
sebuah bandar dengan bandar yang lain.

 Petaling Jaya berfungsi sebagai bandar satelit kepada Kuala Lumpur dengan
menyediakan lebih banyak tapak perindustrian dan petempatan untuk
menampung keperluan bandar induk.
PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN PETEMPATAN LUAR BANDAR
KEPADA PETEMPATAN BANDAR

 Setiap petempatan mengalami perubahan dari kawasan kecil kepada kawasan


yang lebih luas.

 Pertambahan penduduk di kawasan petempatan luar bandar menyebabkan


kawasan berkenaan berubah menjadi bandar.

 Sebagai contoh ialah Kuala Lumpur dahulunya ialah sebuah petempatan


perlombongan yang berkembang menjadi bandar kecil dan berkembang
menjadi ibu negeri negeri Selangor dan kini menjadi ibu negara Malaysia.

You might also like