You are on page 1of 2

Buah-buahan tempatan merupakan buah-buahan yang paling hangat di pasaran negara kita

khususnya buah durian. Hal ini demikian kerana buah-buahan tempatan lebih berkualiti dan
membawa banyak kebaikan terhadap kita berbanding dengan buah-buahan eksport yang mahal.
Bak kata pepatah, “ Tepuk dada Tanya selera.” Persoalannya, apakah kebaikan yang dibawa oleh
buah-buahan tempatan ?

Antara kebaikan buah-buahan tempatan ialah buah-buahan tempatan lebih berkhasiat dan
segar. Hal ini demikian kerana buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang ditanam di
negara sendiri. Oleh itu, kita dapat merasai buah-buahan yang segar dipetik dan lazat.
Berbanding dengan buah-buahan eksport, buah-buahan tempatan lebih berzat kerana buah-
buah tempatan tidak perlu menjalani proses eksport yang memakan masa.

Selain itu, buah-buahan tempatan juga memacu industri pelancongan di negara kita.
Misalnya, semasa musim durian, banyak pelancong dari luar negara akan berkunjung ke negara
kita untuk merasai keenakan buah durian. Tindakan ini telah memberi pendapatan kepada
peladang-peladang buah-buahan tempatan sekali gus juga memperkenalkan buah-buahan
tempatan ke mata dunia.

Di samping itu, buah-buahan tempatan juga dapat menambahkan pendapatan negara.


Melalui eksport buah-buahan tempatan ke luar negara, negara kita mengaut keuntungan yang
banyak. Hal ini demikian kerana banyak pengunjung luar negara mengemari buah-buahan
tempatan negara kita sehingga rela menggunakan duit untuk melancong ke watan kita untuk
menikmati kelazatan buah-buahan tempatan.

Tambahan pula, harga buah-buahan tempatan lebih rendah berbanding dengan buah-
buahan yang diimport. Aspek ini telah menarik perhatian rakyat yang berpendapatan sederhana
untuk memilih buah-buahan tempatan. Pada masa yang sama, buah-buahan tempatan boleh
didapati di mana-mana sahaja dan segar dimakan.

Buah-buahan tempatan juga tiada bahan pengawet yang boleh merbahayakan kesihatan.
Kebanyakan buah-buahan yang diimport seperti buah epal disapu bahan pengawet supaya
tahan lama. Oleh itu kita dapat mengelakkan risiko penyakit seperti keracunan makanan.

Selain itu, buah-buahan tempatan digunakan untuk perniagaan dan perusahaan.


Contohnya peniaga dari industri kecil dan sederhana akan menjadikan perniagaan buah-buahan
tempatan sebagai mata pencarian bahkan sudah ada peniaga yang berjaya. Jika kita membeli
buah-buahan tempatan, kita dapat membangunkan industri perniagaan buah-buahan tempatan.
Dengan ini, kita dapat mengurangkan pengaliran wang ke luar negara. Ekonomi negara kita akan
berkembang dengan pesat. Dengan dibantu oleh dasar ekonomi kerajaan yang menggalakkan,
peniaga-peniaga IKS menceburi bidang ini dengan lebih luas. Dengan memberikan pinjaman
perniagaan, peluang-peluang untuk memasarkan buah-buahan tempatan lebih terbuka. Oleh
itu, buah-buahan tempatan ini mampu dikomersialkan dengan lebih kreatif dan dinamik.
Contohnya boleh dijadikan jus buah-buahan, kek, jus makanan dan lain-lain lagi.
Salah satu faktor Malaysia dikenali di mata dunia adalah disebabkan buah-buahan tempatan
yang sedap dan berkhasiat kerana Malaysia terletak di iklim khatulistiwa yang memudahkan
pelbagai jenis buah-buahan ditanam. Faedahnya, masyarakat di dunia mampu mengenali
Malaysia kerana buah-buahan itu sebagai identiti kebudayaan warga Malaysia. Contohnya,
pokok pisang dan buahnya yang digunakan untuk majlis perkahwinan dalam masyarakat India.
Dengan cara ini, mereka dapat memahami dan menghargai buah-buahan tempatan sebagai
simbol budaya di Malaysia.

Selain itu, harganya yang murah berbanding dengan buah-buahan import seperti anggur, epal
dan strawberi dapat membantu kita menjimatkan wang. Buah-buahan tempatan juga mudah
didapati di mana-mana sahaja, baik di gerai-gerai tepi jalan, pasar tani mahupun pasaraya.
Secara tidak langsung hal ini dapat menjimatkan perbelanjaan negara kerana kurang membeli
buah-buahan yang diimport.

Kesimpulannya, memang tidak dinafikan bahawa buah-buahan tempatan mempunyai


kelebihan sendiri berbanding dengan buah-buahan yang diimport. Oleh itu, kita haruslah
menyokong barang buatan negara sendiri dengan membeli buah-buahan tempatan. Akhir kata,
buah-buahan tempatan haruslah menjadi buah-buahan pertama yang dipilih di hati setiap anak
Malaysia.

Kesimpulannya, buah-buah tempatan mengandungi banyak vitamin dan zat yang diperlukan
oleh manusia. Oleh itu makanlah buah-buahan tempatan.Banyak kebaikan yang dapat kita
peroleh sekiranya kita makan buah-buahan hasil keluaran negara kita sendiri.

You might also like