You are on page 1of 2

Kini,negara Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan buah-

buahan tempatan.Hal ini demikian kerana cuaca and keadaan negara yang
panas dan hujan selalu menyediakaan suasana yang sesuai untuk menanam
buah-buahan tropika.Antara buah-buahan tropikal di Malaysia ialah rambutan,
durian ,manggis nanas ,duku dan manga.Buah-buahan ini bukan sahaja sedap
malahan kaya dengan zat dan vitamin.Walaubagaimanapun,masyarakat tidak
membeli buah-buahan tempatan ini kerana masyarakat tidak mengetahuai
keistimewaan buah-buahan tersebut.Hal ini adalah penting untuk menguar-
uarkan kebaikan buah-buahan tempatan kepada rakyat jelata agar permintaan
buah-buahan tempatan dapat meningkat.Bak kata pepatah,’Tepuk dada tanya
selra’.Oleh itu,kita mestilah berkerjasama bertindak untuk mempromosikan
dan meningkatkan pasaran buah-buahan tempatan.
Apabila berdiskusi tentang usaha meningkatkan pasaran buah-buahan
tempatan,sudah pasti terlintang pada benak fikiran kita tentang caranya
sebagai wacana paling ampuh iaitu dengan mempromosikan buah-buahan
tempatan ke luar negara.Dengan ini,dapat meluaskan pasaran buah-buahan ke
luar negara.Ini kerana dapat lebih banyak negara di dunia tertarik untuk
mengimport buah-buahan tempatan.Ini dapat menambahkan pendapatan
negara.Melalui eksport buah-buahan tempatan ke luar negara, negara kita
mengaut keuntungan yang banyak.Hal ini demikian kerana banyak pengunjung
luar negara mengemari buah-buahan tempatan negara kita sehingga rela
menggunakan duit untuk melancong ke watan kita untuk menikmati kelazatan
buah-buahan tempatan.Ini akan mengakibatkan buah-buahan tempatan akan
dikenali di seluruh pelosok dunia.Tambahan pula, harga buah-buahan tempatan
lebih rendah berbanding dengan buah-buahan yang diimport. Aspek ini telah
menarik perhatian rakyat berpendapat sederhana untuk memilih buah-buahan
tempatan.Pada masa yang sama, buah-buahan tempatan boleh didapati di mana-
mana sahaja dan segar dimakan.Oleh itu,mempromosikan buah-buahan
tempatan ke luar negara merupakan antara usaha meningkatkan pasaran buah-
buahan tempatan.
Mari telusuri pula usaha meningkatkan pasaran buah-buahan tempatan
dengan mempelbagaikan produk buah-buahan tempatan tersebut.Ini akan
mengakibatkan peningkatan kebolehpasaran buah-buahan tempatan.Antara
produk buah-buahan tempatan ialah jus buah-buahan,jeruk ,jem dan barangan
kosmetik.Ini kerana dapat menghasilkan produk berasaskan buah-buahan
tempatan supaya tahan lama.Selain daripada itu dapat memberi lebih banyak
pilihan kepada pengguna tetapi memanfaatkan keistimewaan dan faedah buah-
buahan tempatan yang sama.Hal ini demikian kerana,mengikut kajian yang
telah dilakukan oleh saintis Malaysia sendiri, buah-buahan tempatan
sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi dan kaya dengan
serat.Contohnya,buah durian mempunyai fiber yang tinggi, vitamin C dan
vitamin A.Dengan ini,adanya pelbagai produk buah-buahan tempatan yang
berkhasiat kita dapat meningkatkan pasaran buah-buahan tempatan.
Tidak lengkap wacana ilmiah jika tidak memperkatakan tentang usaha
meningkatkan pasaran buah-buahan tempatan iaitu dengan mengadakan kempen
makan buah-buahan tempatan.Dengan menjalankan kempen secara berterusan
dapat boleh memberikan impak positif dan menyebarkan keistimewaan buah-
buahan tempatan.Pihak kerajaan boleh mengadakan pesta atau promosi jualan
murah supaya dapat menarik perhatian pembeli.Pihak media massa boleh
mengiklankan kelebihan makan buah-buahan tempatan melalui kempen makan
buah-buahan tempatan.Sebagai contoh,Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan Malaysia(FAMA) telah memperkenalkan kampen “Lebihkan
Makan Buah-buahan Tempatan”.Kempen ini diperkenalkan ke sekolah amat
bertepatan sejajar dengan hasrat FAMA bagi menggalakan golongan muda gear
makan buah-buahan tempatan termaksuklah buah-buahan bermusim.Ini dapat
menarik masyarakat dan pelancong untuk merasai keenakan buah-buahan
tempatan melalui pesta buah-buahan tempatan.Jelaslah bahawa kempen makan
buah-buahan tempatan perlu disokong oleh masyarakat supaya dapat
merealisasikan usaha meningkatkan pasaran buah-buahan tempatan.
Kesimpulannya,pelbagai usaha perlu dilakasanakan supaya dapat
meningkatkan pasaran buah-buahan tempatan agar dapat dimanfaatkan oleh
masyarakat.Industri buah-buahan ini masih perlu berkembang dengan lebih
pesat.Semua orang terutamanya golongan muda perlu berkerjasama bagai aur
dengan tembing dan melihat industri ini dengan sikap yang terbuka untuk
memajukannya sehingga di mata dunia.Oleh itu,kita haruslah bersifat gigih
ibarat parang diasah lagikan tajam untuk mempromosikan buah-buahan
tempatan tanpa mengira musim agar buah-buahan tempatan menjadi pilihan
utama rakyat tempatan dan buah-buahan terbaik di seantero dunia.

You might also like