You are on page 1of 1

SOALAN TEMU BUAL BERSAMA PEMILIK DHAZ BAKERY

a) Apakah produk atau perkhidmatan yang ditawarkan? Produk-aneka roti,kek,muffin,pastri,coklat,biskut,kuih muih. Perkhidmatan-kelas masakan,mini katering b) Bagaimana kos produk ditentukan? Kos produk bergantung kepada modal yang dikeluarkan untuk membuat sesuatu produk.Modal yang terlibat akan dikalikan sebanyak 2.5 bagi penentuan kos. c) Apakah sumber yang digunakan untuk mengumpulkan kos? Hanya menggunakan resit-resit jual beli. d) Apakah pengagihan overhed yang digunakan? Pengagihan overhed menggunakan kaedah tradisional di mana overhed dikira secara sekaligus dan kos overhed dikira sama bagi setiap produk. e) Bagimana anggaran kuantiti produk dikeluarkan? Kebanyakan jenis kek dibuat bergantung kepada permintaan pelanggan.Manakala roti adalah mengikut tahap kemampuan bakeri.Pengeluaran produk juga bergantung kepada hari tertentu.Contohnya,pada cuti umum atau cuti sekolah pengeluaran dikurangkan kerana permintaan berkurang. f) Adakah sering berlaku kos sebenar pengeluaran melebihi kos yang dianggarkan? Tidak berlaku kerana mengambilkira kos purata produk. g) Bagaimana kos kerosakan dikira? Kos kerosakan kebanyakannya melibatkan produk yang telah tamat tarikh luput.Kos kerosakan ini dikurangkan dengan memberi diskaun harga kepada produk yang hampir tamat tarikh luput. Produk yang tidak terjual akibat tamat tarikh luput tidak banyak berlaku. h) Jika diberikan rank antara 1-10(10 adalah terbaik),berapa yang patut diberi untuk menunjukkan tahap pengurusan kos Dhaz Bakery? Rank-antara 6 hingga 7

You might also like