You are on page 1of 36

GALAKAN-GALAKAN

PERDAGANGAN
ANTARABANGSA

BLOK PERDAGANGAN
PERDAGANGAN BALAS
KEMPEN-KEMPEN KERAJAAN
BLOK PERDAGANGAN
BLOK PERDAGANGAN
Kawasan pertumbuhan bagi menggalakkan
pembangunan, perkembangan dan integrasi
dalam perdagangan, pelaburan, pelancongan,
pengangkutan, komunikasi dll.
ZOPFAN (Zone of Peace, Free and Neutral)
MSC Koridor Raya Multimedia (Multimedia
Super Coridor)
MULTIMEDIA SUPER CORIDOR
(MSC)
Kawasan bertaraf dunia yang mempunyai integrasi
persekitaran yang dilengkapi dengan elemen unik
dan ciri-ciri yang diperlukan untuk membentuk
suasana multimedia secara global.
Meliputi kawasan seluas 750 km persegi, bermula
dari Pusat Bandar KL (KLCC) hinga ke KLIA.
Dua bandar yang terlibat ialah Putrajaya dan
Cyberjaya.
MULTIMEDIA SUPER CORIDOR
(MSC)
Putrajaya merupakan pusat pentadbiran
kerajaan yang berkonsepkan elektronik.
Cyberjaya Bandar Pintar yang menempatkan
industri multimedia, pusat penyelidikan dan
pembangunan, universiti multimedia dan ibu
pejabat operasi syarikat multinasional yang
mengembangkan perdagangan dan pengeluaran
melalui teknologi multimedia.
MULTIMEDIA SUPER CORIDOR
(MSC)
Peranan :

Untuk menarik firma yang menguasai


teknologi bertaraf dunia datang ke Malaysia
dan membangunkan industri tempatan.
Menawarkan suasana pintar dan produktif
menghasilkan produk dan perkhidmatan
multimedia yang diagihkan ke seluruh dunia.
MULTIMEDIA SUPER CORIDOR
(MSC)
Peranan :

Mempunyai kelebihan kompetitif dalam


keupayaan multimedia yang khusus,
teknologi, infrastruktur, perundangan, polisi
dan sistem.
Sebuah komuniti global yang hidup dalam
masyarakat bermaklumat.
MULTIMEDIA SUPER CORIDOR
(MSC)
Peranan :

Dunia serba pintar yang dilengkapi:


Rumah pintar
Bandar pintar
Sekolah pintar
Kad pintar
Perkongsian pintar
ZON PERDAGANGAN
BEBAS
Dibentuk untuk memudahkan urusan
perniagaan antarabangsa dengan
menyediakan kemudahan dan pelbagai
insentif.

Contoh di Malaysia:
- AFTA: Membentuk kawasan
perdagangan bebas utk pemprosesan
pertanian dan barangan pertanian
seperti pengurangan tariff dari 0 hingga
5% cth: AFTA
PERDAGANGAN
BALAS
PERDAGANGAN BALAS
Urusniaga tukar barang dimana pengeksport
menerima keseluruhan atau sebahagian
pertukaran dalam bentuk barangan yang
dikeluarkan oleh pengimport
Contoh: Perdagangan antara Malaysia dan India
dimana Malaysia mengeksport minyak kelapa
sawit ke India sementara India membayar dalam
bentuk wang dan tekstil
PERDAGANGAN BALAS
2 sebab berlakunya perdagangan balas:
Negara tidak mempunyai tunai yang
cukup atau kemudahan kredit.
Negara membangun yang ingin
mewujudkan eksport pengeluaran.
KEMPEN KERAJAAN
GALAKAN CUKAI
Kerajaan memberikan elaunelaun
tertentu bagi menggalakkan pelaburan
dan perniagaan di peringkat
antarabangsa.
Cth: Elaun cukai pelaburan insentif ini
menyediakan elaun pelaburan
sehingga 60% daripada perbelanjaan
modal selama 5 tahun.
PENGECUALIAN CUKAI
Pelepasan cukai atau kelonggaran
pembayaran cukai kepada
perbelanjaan promosi dan premium
insurans barangan eksport atau aspek-
aspek lain yang telah ditetapkan oleh
pihak berkuasa.
Cth: Pengecualian cukai terhadap
pendapatan dari royalti.
PEMBIAYAAN EKSPORT
Kemudahan yang diberikan kepada
pengeksport untuk mendapatkan
dana segera bagi mengeksport
produk yang dijual secara kredit.
Elaun eksport diberikan ke atas nilai
eksport barangan tertentu.
TARAF PERINTIS
Diberikan kepada pengeluar
barangan yang boleh menambahkan
nilai eksport atau mengurangkan nilai
import.
Mengecualikan keuntungan
pengeluar daripada dikenakan cukai
selama beberapa tahun.
SUBSIDI
Sejumlah bayaran yang dibayar oleh kerajaan terus
kepada pengeluar untuk mengurangkan bebanan
kerugian daripada penjualan produk di peringkat
antarabangsa
Subsidi membolehkan produk dijual dengan harga
lebih murah atau lebih menguntungkan syarikat
berkenaan
Langkah-langkah termasuklah jaminan terhadap
harga dan pasaran, khidmat atau kemudahan
bantuan dan pemotongan atau pengecualian cukai.
Subsidi membolehkan produk dijual dengan harga
lebih murah dari barangan luar atau lebih
menguntungkan syarikat berkenaan
KEMPEN BELILAH
BARANGAN MALAYSIA
Merupakan kaedah yang digunakan
untuk memberi keutamaan kepada
pengeluar tempatan agar lebih
berdaya saing dan dapat
meningkatkan produktiviti dengan
mengurangkan penggunaan bahan
mentah yang diimport.
SKIM JAMINAN EKSPORT
Disediakan oleh Syarikat Insurans
Eksport Kredit Berhad (MECIB)
usahasama kerajaan dan swasta.
Skim yang menjamin pembayaran
pampasan kepada pengeksport
sekiranya pengimport asing tidak
menjelaskan bayaran atas barang-
barang import.
SEKATAN-SEKATAN
PERDAGANGAN
ANTARABANGSA
Cukai & Levi
Tarif
Bukan Tarif
Kuota
Embargo
CUKAI & LEVI

Cukai Bayaran yang dikenakan oleh


kerajaan bagi pemastautin di sesebuah
negara ke atas perkara-perkara tertentu
seperti yang telah diperuntukkan oleh
undang-undang negara tersebut.
Cth: Cukai pendapatan, cukai tanah, cukai
pintu, cukai perniagaan, cukai jalan, cukai
korporat, cukai pengilangan, dll.
CUKAI & LEVI

Levi Satu bentuk cukai atau sejumlah


wang seperti cukai yang perlu dibayar
kepada kerajaan atau sesebuah
organisasi.
Cth: Levi yang dikenakan sekiranya
membawa pekerja asing ke dalam
negara.
TARIF

Tarif Cukai kerajaan yang dikenakan


terhadap barangan yang dibawa masuk
ke dalam atau dihantar ke luar negara.
Tarif diklasifikasikan kepada 3 kategori
utama:
Tarif Eksport
Tarif Import
Tarif Transit
TARIF

Tarif Eksport Cukai yang dikutip oleh


negara pengeksport.
Tarif Import Cukai yang dikenakan
oleh negara pengimport.
Tarif Transit Cukai yang dikenakan
sekiranya melalui sesebuah negara lain
sebelum sampai ke destinasi dan dikutip
oleh negara yang memberikan laluan.
BUKAN TARIF

Semua bentuk diskriminasi ke atas


import selain tarif import.
Dibahagikan kepada 2 bentuk:
Bukan Tarif bentuk Kuantitatif
Bukan Tarif bentuk Bukan
Kuantitatif
BUKAN TARIF

Bukan Tarif bentuk Kuantitatif


Satu langkah yang digunakan oleh
kerajaan untuk menghadkan
amaun kuantiti atau jumlah barang
yang boleh diimport.
Cth: Kuota
KUOTA

Kuota Merupakan amaun kuantiti


produk yang dibenarkan dibawa masuk
ke dalam sesebuah negara untuk tempoh
tertentu jika dilihat dari perspektif negara
pengimport.
Jika kuota telah dipenuhi, barang tersebut
tidak dibenarkan dibawa masuk lagi.
Tujuan Untuk mengurangkan import
dan melindungi industri tempatan.
KUOTA

Kuota Eksport Merupakan had amaun


kuantiti produk yang boleh dieksport ke
luar negara.
Tujuan:
o Memastikan pengguna tempatan
mendapat bekalan yang mencukupi serta
murah.
o Mengelakkan kepupusan sumber bahan
mentah tempatan.
KUOTA

Tujuan:
o Mengelakkan cubaan meningkatkan
harga eksport produk tersebut
dengan mengurangkan penawaran
produk di pasaran antarabangsa.
BUKAN TARIF

Bukan Tarif bentuk Bukan


Kuantitatif Satu bentuk
diskriminasi yang digunakan
untuk menghadkan amaun kuantiti
produk yang diimport secara tidak
langsung.
BUKAN TARIF

Bukan Tarif bentuk Bukan


Kuantitatif Cth: Penyataan
standard,Galakan pembelian
barangan tempatan, Campurtangan
kerajaan (Proses pentadbiran yang
lambat, Kebenaran khusus,
Perjanjian timbal-balik, dll.)
EMBARGO

Embargo (sekatan) Larangan


kerajaan secara rasmi untuk
mengimport atau mengeksport sesuatu
barangan atau perkhidmatan dari / ke
sesebuah negara.
Contoh: Malaysia dengan Israel.
Juga dinyatakan sebagai kuota mutlak
yang menghalang terus kemasukan
sesuatu barangan ke dalam negara.
PIAWAIAN

Satu ukuran keseragaman (standard) yang


perlu dipatuhi sebelum membawa masuk /
memasarkan sesuatu produk ke dalam
sesebuah negara.
Produk tempatan diberikan standard yang
setaraf dengan produk luar melalui set
klasifikasi, pelabelan dan ujian piawaian
bagi menunjukkan bahawa produk
tempatan setanding dengan produk luar.
PIAWAIAN

Piawaian dilakukan untuk menjamin


kesihatan dan keselamatan pengguna
tempatan dan juga bertujuan bagi
menjaga kepentingan pengeluar dan
produk tempatan.
SEKIAN, TERIMA
KASIH

BERTEMU LAGI NANTI

You might also like