You are on page 1of 3

Bahagian A

[50 markah]

Jawab semua soalan.


a) Terangkan tiga langkah terakhir dalam proses pembentukan pasukan [6]

b) Huraikan dua jenis kuasa yang dimiliki seseorang pemimpin dalam sesebuah organisasi [4]

c) Terangkan dua perbezaan antara pemimpin formal dengan pemimpin tidak formal [6]

d) Terangkan dua elemen atau syarat membuat tawaran . [4]

e) Terangkan dua jenis kontrak yang boleh dimasuki oleh seseorang di bawah usia 18 tahun [4]

f) Berikan empat kebaikan komunikasi lisan secara bersemuka. [4]

g) Huraikan dua kaedah mendengar secara berkesan. [6]

h) Terangkan tiga elemen perundingan antara pengurus kilang keropok dengan pembekal ikan [6]

i) Huraikan maksud pembuatan keputusan secara kualitatif dan pembuatan keputusan secara
kuantitatif. Berikan contoh alat pembuatan keputusan tersebut. [6]

j) Huraikan faktor kecekapan seseorang pengurus terhadap keputusan yang dibuat. [4]
Bahagian B[50 markah]
Jawab semua soalan

PENSTRUKTURAN SEMULA SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA

Syarikat Takaful Malaysia tidak menolak kemungkinan penggabungan dan


pengambilalihan dengan syarikat insurans M&A dalam usaha untuk
memuktamadkan struktur korporatnya selaras dengan kehendak di bawah Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam(IFSA) 2013. Di dalam sidang media bersama
pemberita akhbar, Pengarah Urusan Syarikat Takaful Malaysia(TM), Datuk Seri
Mohammad Hassan Kamil, menyatakan bahawa TM dalam proses untuk
mematuhi IFSA bagi memisahkan perniagaan insurans nyawa dan insuran am di
bawah lesen yang berbeza. Syarikat akan bekerjasama rapat dengan penggubal
undang-undang, pakar runding dan peguam untuk menyempurnakan peringkat
awal struktur korporat perniagaan Takaful Am dan Takaful Keluarga. Rancangan
dan pencapaian yang jelas telah diwujudkan untuk mengasingkan beberapa
fungsi perniagaan. Manakala , pelaburan di dalam latihan dan pengambilan calon
yang sesuai merupakan antara langkah yang akan diambil oleh syarikat untuk
menyokong operasi perniagaan pada masa depan.Kami akan terus
berkembang menerusi saluran pengedaran kami dengan secara aktif merekrut
ejen korporat berbakat untuk mempromosikan produk TM di samping meluaskan
rangkaian produk kami untuk memenuhi permintaan pasaran.
Kami menganggarkan kos operasi akan meningkat selepas pengasingan lesen
dan ini akan memberi impak terhadap pendapatan diperingkat awal.
Walaubagaimanapun, beliau optimis bahawa perubahan ini akan menyediakan
peluang pertumbuhan yang lebih besar dalam jangka masa panjang dan
syarikat akan mampu mengurus tekanan pendapatan dalam jangka pendek
melalui pengurusan perbelanjaan yang aktif dan berdisiplin. Syarikat juga akan
terus mengamalkan pengurusan risiko yang berhemat untuk mengoptimumkan
tahap modal berdasarkan modal semasa untuk memaksimumkan nilai
pemegang saham.
Kami juga dalam proses menilai pilihan untuk mengembangkan perniagaan
menerusi penggabungan dan pengambilalihan dengan syarikat insurans M&A
dengan mengambilkira strategi pertumbuhan perniagaan syarikat dan
penambahan nilai pemegang saham. Sementara itu, syarikat TM menjangkakan
perniagaan Takaful Keluarga akan terus menjadi penyumbang utama kepada
pendapatan tahun ini meskipun keadaan ekonomi yang mencabar.

Takaful Malaysia telah membangunkan pelbagai portal laman web untuk


pelanggan dan rakan kongsi syarikat. Fokus kami adalah kearah memanfaatkan
saluran digital untuk memastikan produk dan perkhidmatan kami boleh diakses
oleh pelanggan dan rakan-rakan perniagaan syarikat dengan mudah dan lebih
cekap bersaing di pasaran liberal. Antara portal yang disediakan ialah portal
untuk pelanggan individu, pelanggan organisasi, agen syarikat dan portal untuk
pihak bank. Menerusi muka utama laman Web Takaful Malaysia pelanggan
dengan mudah boleh mendapat maklumat melalui pautan pantas tentang
rangkaian Takaful Malaysia, hospital dan klinik panel, kalkulator Takaful
kenderaan, pertanyaan NCD motor, pertanyaan nilai pasaran kenderaan dan
pelbagai maklumat yang berguna kepada pelanggan. Pelanggan juga boleh
mendapat sebut harga untuk insurans kenderaan dan membuat pembaharuan
perlindungan insurans secara atas talian. Manakala informasi kewangan seperti
laporan tahunan syarikat juga boleh diakses dan dimuat turun dengan mudah
oleh pelabur dan bakal pelabur syarikat.

( Dipetik dan disesuaikan daripada http://www.takaful-malaysia.com.my yang


dicapai pada 23 February 2017, dan The Star 23 January 2017)
Berdasarkan kes di atas:
(a) Terangkan perancangan strategik yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohamad
Hassan Kamil untuk Takaful Malaysia.
[8]
(b) Jelaskan jenis kemahiran pengurusan Datuk Seri Mohammad Hassan Kamil,
sebagai Pengarah Urusan Syarikat Takaful Malaysia.
[16]
(c)Terangkan kepentingan teknologi maklumat dalam perniagaan Takaful
Malaysia. [6]

Jawab satu soalan sahaja, sama ada soalan 3(a) atau soalan 3(b).

3 (a) Jelaskan proses penjabatanan yang perlu diambil oleh pengurus


dalam sesebuah organisasi yang menjalankan perniagaan peruncitan. [20]

ATAU

(b) Dengan bantuan gambarajah yang sesuai, jelaskan bagaimana Analisis Tulang Ikan dapat
membantu syarikat menyelesaikan masalah pengeluaran merosot. [20]

You might also like