You are on page 1of 2

STPM 2005

1. Huraikan tiga alasan mengapa sesebuah Negara perlu berdagang dengan negara yang lain. [6]
2. Terangkan tiga langkah kerajaan yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah defisit dalam
imbangan perdagangan dan masalah kadar pengangguran yang tinggi yang berlaku secara serentak.[6]
3. (a) Imbangan pembayaran defisit boleh disebabkan oleh akaun semasa atau akaun modal.
Terangkan. [6]
(b) Huraikan bagaimana devaluasi dapat mengatasi masalah imbangan pembayaran defisit. [4]

STPM 2006
1. Jelaskan tiga alasan mengapa sebuah negara mengamalkan dasar perlindungan. [6]

STPM 2007
1. Bincangkan empat langkah untuk membaiki imbangan perkhidmatan defisit Malaysia. [6]
2. Jelaskan kesan terhadap nilai Ringgit Malaysia (RM) jika
(a) Singapura menurunkan tarif ke atas barang keluaran Malaysia. [2]
(b) Malaysia menggalakkan kemasukan pelaburan firma asing. [2]
(c) Amerika Syarikat mengalami kemelesetan ekonomi. [2]
3. Dengan menggunakan jadual, bincangkan bagaimana teori faedah berbanding memberikan
keuntungan kepada negara yang menjalankan perdagangan antarabangsa. [10]

STPM 2008
1. Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan tarif terhadap kuantiti import, pengeluaran
domestik, dan imbangan perdagangan bagi negara yang mengenakan tarif. [6]
2. (a) Jelaskan empat jenis sekatan yang boleh digunakan oleh kerajaan untuk mengurangkan import.[6]
(b)Jelaskan mengapa kerajaan mengenakan tarif terhadap suatu barang import dan memberikan
subsidi kepada pengeluar tempatan. [4]

STPM 2009
1. (a) Jelaskan maksud kadar syarat perdagangan. [2]
(b) Terangakan dua langkah untuk membaiki kadar syarat perdagangan sesebuah negara membangun.
[4]
2. Jelaskan lima sektor yang menyebabkan permintaan terhadap mata wang asing meningkat di
sesebuah negara. [10]

STPM 2010
1. Jelaskan dua langkah yang akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan defisit akaun
semasa dan kemelesetan secara serentak. [6]
2. Huraikan empat kelemahan dalam andaian teori faedah berbanding. [6]

STPM 2011
1. Jelaskan tiga alasan mengapa sekatan perdagangan dilakukan. [6]
2. Jelaskan lima langkah yang perlu diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan defisit akaun semasa.
[10]

STPM 2012
1. Terangkan tiga alasan mengapa rakyat Malaysia meminta Dolar Singapura dalam setiap urusan yang
dijalankan di negara tersebut. [6]
2. Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan tarif terhadap ekonomi sesebuah negara. [10]

You might also like