You are on page 1of 5

PEMBUBARAN PERKONGSIAN

PEMBUBARAN PERKONGSIAN

Mengikut Akta Perkongsian 1961, sesebuah perkongsian boleh dibubarkan dalam


keadaan berikut:

1. Ada keinginan antara pekongsi untuk membubarkan perniagaan mereka.


2. Apabila berlakunya sesuatu peristiwa yang menyebabkan perkongsian mereka
menjadi haram.
3. Jika kerugian akan berlaku apabila perniagaan perkongsian terus dijalankan.
4. Pekongsi meninggal dunia atau muflis.
5. Tamat perjanjian perkongsian.
6. Perniagaan perkongsian berpindah kepada perniagaan Syarikat Berhad.
7. Penggabungan dengan perkongsian/ syarikat lain.

Apabila keputusan diambil untuk membubarkan sebuah perkongsian, langkah-


langkah perlu diambil untuk menjual atau melupuskan semua aset dalam
perniagaan. Hasil yang diterima dari jualan atau pelupusan aset-aset dalam
perniagaan kemudian digunakan untuk menyelesaikan semua liabiliti perkongsian
mengikut susunan berikut:

1. Pinjaman bank, pemiutang dan hutang kepada pihak-pihak luar.


2. Pinjaman daripada pekongsi.
3. Modal pekongsi.

Akaun Realisasi
Dibuka dalam buku perkongsian untuk memastikan untung atau rugi realisasi.
Untung atau rugi realisasi kemudian dipindahkan ke Akaun Modal pekongsi
mengikut nisbah kongsi untung.

Cara-cara aset perkongsian dilupuskan


Kaedah 1: Semasa aset dijual secara berasingan kepada pihak luar.
Kaedah 2: Sebahagian atau semua aset perkongsian diambil alih oleh pekongsi
sendiri.
Kaedah 3: Semua aset dan liabiliti diambil alih oleh sebuah syarikat.

1
PEMBUBARAN PERKONGSIAN

Kaedah 1: Semua aset dijual secara berasingan kepada pihak luar


Semua aset perkongsian dijual secara berasingan kepada pihak-pihak luar dan hasil
yang diterima daripada jualan aset-aset tersebut kemudian digunakan untuk
menjelaskan segala liabiliti perkongsian.
Perkongsian yang membubarkan perniagaan dengan cara ini tidak boleh dijalankan
sebagai satu entiti berterusan kerana semua asetnya telah dijual secara berpecahan.

Catatan menutup buku perkongsian


1. Untuk menutup Akaun Aset:

2. Untuk mencatat belanja realisasi yang perlu dibayar:

3. Untuk mencatat amaun jualan yang direalis daripada jualan aset:

4. Untuk menutup Akaun Liabiliti:

5. Untuk memindahkan baki Akaun Realisasi:

ATAU

6. Untuk menutup Akaun Modal pekongsi:

2
PEMBUBARAN PERKONGSIAN

Contoh 1
Muru, Hashim dan Foong ialah 3 pekongsi yang menjalankan satu perniagaan
berkongsi untung pada nisbah 3:1:1. Berikut adalah Kunci Kira-kira perkongsian
mereka pada 31 Disember 2000.

Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2000


 
Aset Tetap Modal: Muru 30,000
Tanah dan bangunan 30,000 Hashim 10,000
Foong 10,000
Aset Semasa
Inventori 12,000 Liabiliti Semasa
Penghutang 8,000 Pemiutang 5,000
Tunai 5,000  
 
55,000   55,000

Ketiga-tiga pekongsi telah membuat keputusan untuk membubarkan perniagaan


mereka pada 31 Disember 2000. Tanah dan bangunan dan inventori dijual pada
harga RM46,000 dan penghutang menghasilkan hanya RM7,000 sahaja. Belanja
realisasi yang dibayar adalah RM1,000. Pemiutang dijelaskan pada amaun RM4,500
dan baki RM500 merupakan diskaun daripada pemiutang tersebut.
Tunjukkan catatan-catatan yang perlu dibuat untuk menutup buku perkongsian.

Kaedah 2: Sebahagian @ semua aset perkongsian diambil oleh pekongsi


sendiri

3
PEMBUBARAN PERKONGSIAN

Persetujuan perlu dicapai mengenai nilai aset yang akan diambil alih. Nilai-nilai
kemudian dicatat ke dalam buku perkongsian dengan cara berikut:

Akaun Modal Pekongsi didebitkan untuk mengurangkan tunai yang akan dibayar
kepada pekongsi berkenaan sebagai penjelasan terakhir.

Contoh 2

Cantik dan molek adalah 2 pekongsi yang membahagikan untung dan rugi pada
nisbah 3:2. Kunci Kira-kira mereka pada 31 Disember 2000 adalah seperti berikut:

Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2000


 
Aset tetap Modal: Cantik 20,000
Tanah dan bangunan 10,000 Molek 15,000
Kenderaan(kos) 10,000  
Tolak: PSN 4,000 6,000 Liabiliti semasa
Pemiutang 3,000
Aset semasa  
Inventori 9,000  
Penghutang 5,000  
Tunai 8,000  
38,000   38,000

Cantik dan Molek mengambil keputusan untuk membubarkan perkongsian mereka


pada 31 Disember 2000. Mereka bersetuju untuk mengambil alih aset-aset berikut:
1) Tanah dan bangunan diambil alih oleh Cantik pada nilai RM14,000.
2) Kenderaan diambil alih oleh Molek pada nilai RM1,200.
3) Inventori perniagaan dijual kepada pihak luar pada harga RM10,000 dan
penghutang perniagaan menghasilkan RM4,500. Pemiutang perniagaan sanggup
memberi diskaun sebanyak RM200 semasa penjelasan dibuat. Belanja Realisasi
adalah berjumlah RM1,200.

Tunjukkan catatan-catatan yang perlu dibuat untuk menutup buku perkongsian.

Kaedah 3: Semua aset dan liabiliti diambil alih oleh sebuah syarikat

4
PEMBUBARAN PERKONGSIAN

Amaun yang diterima sebagai balasan daripada pembelian syarikat tersebut


mungkin berbentuk tunai atau saham/syer. Apabila semua aset dan liabiliti
perkongsian diambil alih oleh sebuah syarikat, semua baki amaun aset dan liabiliti
tersebut dipindah ke bahagian debit Akaun Realisasi. Amaun yang diterima sebagai
balasan belian dicatat ke dalam buku perkongsian dengan cara berikut:

a) Apabila tunai diterima:

b) Apabila syer diterima:

Contoh 3
Long dan Panjang menjalankan satu perniagaan perkongsian membahagikan untung
dan rugi pada nisbah 3:2. Kunci Kira-kira membahagikan untung dan rugi pada
nisbah 3:2. Kunci Kira-kira mereka pada 31 Disember 2000 adsalah seperti berikut:

Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2000


Harta 65,000 Modal: Long 65,000
Kenderaan(kos) 25,000 Panjang 50,000
Tolak: PSN 15,000 10,000  
Pemiutang 29,000
Inventori 34,000  
Penghutang 30,000  
Tunai 5,000  
 
144,000   144,000

Pada tarikh yang sama, Long dan Panjang bersetuju untuk menjual perniagaan
mereka kepada Syarikat FRK yang akan mengambil alih semua aset dan laibiliti
perkongsian, kecuali tunai, pada harga RM135,000. Pertimbangan belian ini
diselesaikan dengan cara berikut:
1. RM85,000 dibayar dengan tunai.
2. Baki dari jumlah yang patut diselesaikan dengan menerbitkan syer dalam
Syarikat FRK.
3. Syer-syer yang diterima daripada Syariakt FRK dibahagikan samarata di
antara Long dan Panjang.

Tunjukkan catatan-catatan yang perlu dibuat ke dalam buku perkongsian.

You might also like