You are on page 1of 10

BAB 4: PEMBUATAN KEPUTUSAN

Latihan 1
Huraikan keputusan rutin & keputusan tidak rutin yang
sentiasa dijalankan oleh pengurusan organisasi.
(8m)
Jawapan:
Keputusan Rutin
Keputusan rutin digunakan untuk menyelesaikan masalah yang
sering wujud, masalah dapat dijangkakan dalam perjalanan
aktiviti harian. Masalah ini sering berulang-ulang merupakan
masalah berstruktur & boleh diprogramkan. Penyelesaian segera
dilakukan untuk masalah yang dihadapi & risikonya adalah
rendah. Contoh pengurus mengambil tindakan memeberi surat
amaran kepada pekerja yang sering datang lambat.
Keputusan Tidak Rutin
Keputusan tidak rutin digunakan untuk menyelesaikan masalah
yang tidak lazim, masalah baru & perkara yang tidak dijangkakan.
Pihak pengurusan atasan memainkan peranan yang penting
untuk menyesaikan masalah yang jenis ini. Keputusan tidak rutin
dijalankan dalam menyelesaikan masalah baru, bentuk keputusan
yang baru & berisiko tinggi. Contohnya, pengurusan membuat
keputusan dalam menentukan hala tuju organisasi semasa
kemelesetan ekonomi.

Latihan 2
Terangkan tiga langkah pertama dalam proses
pembuatan keputusan rasional.
Jawapan:
Mengenalpasti Masalah
Pengurus mengenalpasti masalah sama ada secara ringkas jelas,
tepat, & khusus. Pengurus perlu berkemahiran untuk memerhati
& mentaffir masalah sera menghubungkan sesuatu masalah
denagn masalah lain.
Mengutip Data
Maklumat & data yang penting dikumpulkan dahulu. Data yang
diperolehi dari sumber dalam dan luaran.
Menganalisis Data
Data yang diperoleh mestilah boleh dipercayai dan berkualiti data
diproses menggunakan analisis kuantitatif dan kualititatif untuk
dijadikan maklumat berguna dalam membuat keputusan.

Latihan 3
Terangkan tiga langkah pertama dalam proses
pembuatan keputusan rasional.
Jawapan :
Mengenal Pasti Masalah
Mengenalpasti masalah atau peluang yang wujud dan
memerlukan penyelesaian segera perlu dikenalpasti dan
ditafsirkan secara ringkas dan tepat. Perlu memiliki kemahiran
untuk menghubungkaitkan sesuatu masalah dengan masalah lain.
Mengutip Data
Mengambil data ynag bersesuaian dengan masalah yang wujud.
Data dalaman yang diperoleh ialah mengenai kapasiti
pengeluaran dan data luaran membekalkan maklumat tentang
peluang pemasaran.
Menganalisi Data
Data yang diperoleh perlu mempunyai kualiti dan mampu
merebut peluang atau menyelesaikan masalah. Data diproses
digunakan untuk membuat keputusan.

Latihan 4
Jelaskan tiga faktor yang boleh mempengaruhi proses
membuat keputusan?
Jawapan :
Faktor Sumber Maklumat
Keputusan yang berkualiti dapat dibuat apabila maklumat yang
diperoleh adalah tepat dan sah. Sistem maklumat pengurusan
melibatkan pelbagai aktiviti untuk mendapat data yang betul.
Faktor Kecekapan Pembuat Keputusan
Kecekapan seseorang melakukan sesuatu kerja menghasilkan
produk yang meminimumkan kos dan memaksimumkan
pengeluaran. Pembuat keputusan yang cekap dapat membantu
organisasi mencapai matlamat dengan lebih mudah.
Faktor Situasi Pembuat Keputusan
Situasi yang dihadapi ketika membuat keputusan seperti
kepastian, risiko, ketidakpastian dan kesamaran. Situasi kepastian
wujud apabila pengurus mempunyai maklumat yang lengkap dan
jelas untuk mencapai matlamat.

Latihan 5
Terangkan tiga kelebihan alat kuantitatif dan tiga kelebihan alat
keputusan kualitatif.
Tiga kelebihan alat kelebihan
Keputusan yang dibuat didalam bentuk objektif, hasil yang
diperoleh didalam bentuk angka. Hasil boleh dilihat dan membuat
perbandingan tepat dan jelas.
Lebih cepat dalam membuat keputusan
Mempunyai teori dan sistem yang sedia ada dengan boleh
mengumpul data dan disusun secara sisitematik. Data yang
dikumpulkan dan disusun memudahkan proses pembuatan
keputusan dibuat.
Menjimatkan kos pemprosesan
Membuat keputusan dibantu penggunaan komputer. Data yang
diprogramkan di komputer tidak memerulukan banyak tenaga
pekerja.
Tiga kelebihan alat kuanlitatif
Membuat keputusan yang baik bagi kes pemerhatian. Kos
memerlukan pengumpulan data-data dan memerlukan maklum
balas dari pekerja dan pelanggan. Maklumat dikumpul dan
dianalisis untuk membuat keputusan yang baik.

Sesuai untuk membuat keputusan dalam keadaan baharu. Tiada


penggunaan keputusan berulang dan perlu mengumpul data yang
cukup. Prosedur yang terbaik dijadikan formula membuat
keputusan.
Sesuai digunakan bagi setiap keputusan yang menggunakan
jangka panjang. Memerlukan kajian dan pengumpulan data dalam
tempoh yang lama. Hasil keputusan merupakan hasil penemuan
baharu.

Latihan 6
Berikan maksud statistik dan huraikan dua contoh alat statistik.
Jawapan:
Statistik adalah kaedah mengurus dam menganalisis data atau
maklumat serta membuat rumusan hasil daripada analisis data
dari maklumat yang diperolehi.
Contoh alat deskriptif ialah
Min, median dan mod
Min, median dan mod adalah statistik mengukur kecenderungan
memusat maklumat berangka julat, varian dan sisian piawai
merupakan darjah serakan untuk mengukur maklumat berangka.
Carta dan graf merupakan paparan data melalui gambar rajah
carta & graf untuk memudahkan membuat perbandingan.

Latihan 7
Huraikan faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan
(6m)
Jawapan:
Faktor kedapatan maklumat
Faktor kedapatan maklumat merujuk kepada maklumat yang
diperlukan itu sedia atau tidak untuk dirujuk. Ketepatan dan
kesahihan maklumat mestilah jelas dan teratur.
Faktor kecekapan pembuatan keputusan
Kecekapan pengurus membuat keputusan berdasarkan
pengalaman sedia ada dan pengalaman membuat lepas
Faktor situasi pembuat keputusan
Merujuk kepada suasana atau persekitan semasa pengurus
membuat keputusan. Contohnya keadaan ekonomi semasa.

Latihan 8
Terangkan kreativiti dan inovasi sebagai alat pembuat keputusan
kualitatif. (6m)
Jawapan:
Kreativiti kebolehan menghasilkan sesuatu yang baharu. Sama
ada produk, perkhidmatan, idea, atau konsep baru. Kreativiti
dilakukan denagn berfikiran luar kotak dan menjangkakan situasi
dan hasil yang akan datang. Seorang yang berfikiran terbuka,
sentiasa memajukan diri, minda terbuka dan fleksibel mampu
menghasilkan kreativiti.
Inovasi
Inovasi adalah kebolehan unutuk membuat pengubahsuaian
sesuatu yang sedia ada dalam bentuk yang lebih baik dari
sebelumnya. Inovasi melibatkan konsep persepsi dan kebolehan
menganalisis data. Inovasi dapat mengenalpasti peluang baru
dipasaran serta bersifat fleksibel.

Latihan 9
Jelaskan 2 kelebihan teknik Delphi
Jawapan:
Ahli tidak bersemuka dan ini dapat mengurangkan pertelingkahan
antara ahli. Mengurangkan pertelingkahan antara ahli kerana
semua ahli berkomunikasi secara bertulis sama ada surat atau
email.
Ini dapat menjimatkan kos pengangkutan atau penginapan. Ahli
boleh memberi pandangan walaupun melibatkan isu sensitif.
Ahli tidak boleh mempengaruhi ahli lain kerana identiti
dirahsiakan.

Latihan 10
Perihalkan dua kebaikan alat pembuat keputusan kuantitatif.
Jawapan:
Hasil daripada pembuatan keputusan kuantitatif dalam bentuk
angka, graf, jadual adalah lebih objektif dan tepat. Pembuatan
keputusan ini boleh dilakukan dengan lebih cepat dan tepat.
Proses ini menggunakan komputer membolehkan penganalisis
data dapat menjimatkan kos pemprosesan & masa. Persembahan
dalam bentuk angka senang difahami.

You might also like