You are on page 1of 20

BAB1: PENGENALAN KEPADA KAEDAH

PENYELIDIKAN PERNIAGAAN
BAB 1
PENGENALAN KEPADA
KAEDAH PENYELIDIKAN PERNIAGAAN
OBJEKTIF :
Menerangkan apa yang dimaksudkan dengan penyelidikan dan bagaimana ia
didefinisikan.
Membezakan antara penyelidikan gunaan dan penyelidikan asas.
Menerangkan hubungan antara pengurus dan penyelidik.
Menerangkan ciri-ciri penyelidikan saintifik dan kekangannya.
Menerangkan perbezaan antara penyelidikan induktif dan penyelidikan deduktif.
Menerangkan peranan atau keperluan etika dalam penyelidikan.
A. PENGENALAN KEPADA PENYELIDIKAN SAINTIFIK
Ilmu pengetahuan atau sains (science) merupakan pengetahuan yang diperoleh
melalui penyelidikan ilmiah. Kata kunci di sini adalah penyelidikan atau cara
memperolehi pengetahuan. Pengetahuan yang diperolehi secara kebetulan belum
dikatakan sebagai suatu sains.
Pengetahuan sehari-hari masih merupakan suatu fakta. Beberapa fakta yang
dihubungkan dan diperolehi melalui sesuatu perkaitan akan membentuk suatu
konsep, yang merupakan suatu abstrak atau deskripsi perkaitan antara fakta.
Generalisasi konsep yang dilakukan melalui suatu penyelidikan ilmiah (scientific
method) akan membentuk suatu prinsip atau teori.
Penyelidikan saintifik adalah mekanisme atau cara untuk mendapatkan
pengetahuan dengan prosedur yang didasarkan pada suatu struktur logik yang
dimulakan dengan perumusan masalah, pengumpulan data/maklumat/fakta,
analisis data, dan kesimpulan.
Manakala penyelidikan dapat didefinisi sebagai sebagai satu kaedah yang
terorganisasi,
sistematik,
berasaskan
data,
kritikal, penyiasatan
yang saintifikkepada sesuatu masalah yang spesifik yang memerlukan
penyelesaian. Ini menunjukkan bahawa di dalam menjalankan penyelidikan,
kejujuran, kebenaran dan ketepatan adalah amat dipentingkan. Setiap organisasi
pengurusan yang menjalankan penyelidikan adalah bertujuan untuk menumpukan
pencapaian matlamat bagi menyelesaikan masalah. Oleh itu adalah amat penting
bagi penyelidik mengikuti langkah-langkah kaedah penyelidikan yang ketat dan
terorganisasi dengan sempurna agar keputusan penyelidikan tidak dipertikaikan dari
segi kebolepercayan dan kesahannya.

Penyelidik mestilah berupaya mengenalpasti sumber maklumat yang berkualiti dan nilai
tinggi yang akan mendatangkan hasil yang terbaik untuk sesuatu keputusan yang dihadapi
oleh pihak pengurusan.
Oleh itu amatlah penting untuk kita mengetahui maksud saintifik.
Penyelidikan yang saintifik mempunyai matlamat yang
terfokus ke arah penyelesaian masalah dan menggunakan
langkah-langkah yang logikal,tersusun dan kaedah yang teliti
untuk mengenalpasti masalah, mengumpul data, menganalisa
data dan membuat kesimpulan yang tepat daripada itu.
Oleh itu penyelidikan saintifik bukanlah semata-mata berdasarkan perasaan, pengalaman,
atau pemikiran semata-mata, tetapi ia adalah bermatlamat yang jelas dan dilakukan dengan
berhati-hati. Oleh kerana ia dilakukan dengan teliti dan berhati-hati, maka ia menggalakkan
mereka yang berminat untuk membuat penyelidikan di dalam sesuatu bidang tertentu untuk
memperkembangkan dapatan kajian yang sebelumnya.
Penyelidikan yang dilakukan secara saintifik juga akan membantu penyelidik untuk
mendapatkan dapatan kajian yang lebih tepat dan berkeyakinan tinggi. Ini boleh membantu
menyelesaikan masalah organisasi yang lain yang mempunyai masalah yang sama. Tambahan
pula, penyelidikan saintifik adalah berbentuk objektif, di mana ia membantu pengurus untuk
mengenalpasti faktor-faktor yang paling kritikal di tempat kerja yang memerlukan perhatian
untuk mengelakkan, mengurangkan atau menyelesaikan masalah pengurusan.
Penyelidikan saintifik boleh digunakan untuk penyelidikan asas mahupun penyelidikan
gunaan. Penyelidikan gunaan mungkin boleh atau tidak boleh digeneralisasikan ke organisasi
yang lain, bergantung kepada persamaan atau kelainan dari segi faktor saiz, kerja, ciri-ciri
pekerja dan struktur organisasi.Walau bagaimanapun, penyelidikan gunaan perlulah tersusun
dan proses dilakukan secara sistematik di mana masalah dikenalpasti dengan teliti, data
dikumpul dan dianalisakan secara saintifik dan keputusan dibuat secara yang objektif. Jadual
1.2 menunjukkan perbezaan antara penyelidikan saintifik dan penyelidikan bukan saintifik.

Jadual 1.2 : Perbezaan kaedah penyelidikan saintifik dan penyelidikan bukan


saintifik.
Penyelidikan Saintifik
Penyelidikan Bukan Saintifik
Perumusan masalah jelas dan spesifik. A) Perumusan masalah kabur atau
abstrak
Masalah merupakan hal yang dapat
B) Masalah tidak selalu dapat diukur,
diamati dan diukur secara empiris.
dapat saja bersifat supernatural atau
dogmatis
Jawapan permasalahan didasarkan
pada data.
C) Jawapan tidak diperoleh dai hasil
pengamatan data lapangan
Proses pengumpulan dan analisis data,
serta pengambilan keputusan
D) Keputusan tidak didasarkan pada
berdasarkan logik yang benar
hasil pengumpulan dan analisis data
yang logik
Kesimpulan siap/terbuka untukuntuk

diuji oleh orang lain

E) Kesimpulan tidak dibuat untuk diujiulang oleh orang lain

a) PENYELIDIKAN DAN PENYELIDIKAN PERNIAGAAN


Sebagai seorang pengurus seseorang itu perlu membuat keputusan pada setiap hari ia bekerja.
Bagaimanapun apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang pengurus itu bagi membantunya
membuat keputusan? Terdapat berbagai cara bagaimana seseorang pengurus itu membuat
keputusan. Adakalanya seseorang pengurus itu membuat keputusan melalui intuisi (gerak
hati). Terdapat juga sesetengah pengurus membuat keputusan dengan menggunakan kuasa
atau autoriti yang ada.

Kaedah lain untuk membuat keputusan adalah dengan berfikir secara kritis dan berdasarkan
kepada pengalaman. Misalnya dengan menjalankan penaakulan secara deduktif dan induktif.
Pengurus yang berfikir secara deduktif akan berfikir daripada yang umum kepada yang lebih
khusus. Manakala penaakulan secara induktif memerlukan pengurus berfikir daripada suatu
perkara yang khusus kepada yang umum bagi dibuat generalisasi. Kaedah deduktif telah lama
digunakan iaitu sejak zaman kehidupan ahli falsafah Yunani yang terkenal
iaituAristoteles. Adakah dengan menggunakan intuisi dan autoriti sahaja sudah mencukupi
bagi seseorang pengurus itu memperolehi maklumat dan seterusnya membuat keputusan?
Adakah dengan pengalaman yang sedia ada sahaja atau bergantung pada nasib sahaja,
seseorang pengurus itu dapat membuat keputusan yang baik? Sudah tentu penyiasatan atau
penyelidikan yang sewajarnya patut dilakukan sebelum sesuatu keputusan dilakukan. Tidak
kira sama ada seseorang pengurus sedar atau tidak sebenarnya beliau telah melakukan
penyelidikan atau penyiasatan untuk mendapatkan jalan penyelesaian bagi masalah yang
dihadapi olehnya.

Adakalanya masalah yang dihadapi oleh seseorang pengurus itu dapat diselesaikan melalui
pengalaman yang sedia ada. Sebagai contoh, bila terdapat mesin yang rosak maka ia akan
segera mendapatkan juruteknik bagi membaiki mesin tersebut. Namun demikian, sebahagian
masalah tidak dapat diselesaikan melalui pengalaman semata-mata. Kadang-kala ia
memerlukan masa dan usaha gigih bagi seseorang pengurus itu menyiasat atau menyelidik
punca masalah dan jalan penyelesaiannya. Sebagai contoh, jika wujud masalah
ketidakhadiran boleh menjejaskan produktiviti pengeluaran.
Kadang-kala pula terdapat masalah yang lebih besar sehinggakan pengurus sendiri tidak
dapat menyelesaikan masalah tersebut. Jika perkara ini berlaku, maka ada kemungkinan
pengurus memerlukan pakar penyelidikan daripada dalam atau luar organisasi bagi
mengenalpasti masalah dan seterusnya mendapatkan jalan penyelesaiannya. Sebagai contoh,
seseorang pengurus itu cuba menyiasat mengapakah organisasi yang diterajuinya itu
mendapat kerugian yang berterusan sepanjang beberapa tahun.
Apakah Penyelidikan?
Apakah sebenarnya penyelidikan itu? Apabila ditanya berkenaan dengan penyelidikan maka
kita selalu membayangkan suatu keadaan di dalam makmal sains yang sedang menguji
beberapa bahan kimia di mana terdapat tabung uji, bikar, jenis-jenis cecair dan sebagainya.
Kadang-kala pula kita akan terbayangkan bagaimana seseorang pelajar doktor falsafah itu
menulis tesis atau disertasinya. Ada juga yang berpendapat penyelidikan itu adalah berkaitan
dengan aktiviti pengutipan data melalui soal selidik bagi mendapatkan pandangan orang
ramai tentang sesuatu yang baru dilancarkan oleh majikan atau kerajaan. Sebenarnya apa
yang dibayangkan itu adalah beberapa perbezaan aspek penyelidikan.

Penyelidikan dalam Bahasa Inggeris ialah Re- search yang


bermaksud mencari semula.Manakala dalam bahasa Perancis pula berbunyi
cerchier yang bermaksud untuk mencari atau menyelidik (to seek or search).
Ada beberapa sebab mengapa seseorang manusia itu mencari/menyelidik iaitu:
1. Untuk mendapatkan penerangan yang lebih lanjut.
2. Untuk mendapatkan kebenaran yang terbukti.
3. Untuk membuat penemuan.
Perkataan re pula adalah bermaksud again atau dalam perkataan lain bermaksud diulang
semula bagi mendapatkan kepastian. Ini bermakna sesuatu hukum atau teori itu hanya akan
wujud setelah berlaku penyiasatan atau penyelidikan yang dilakukan secara berulang-ulang.
Secara yang lebih mendalam lagi ia membawa maksud, satu kajian atau penyiasatan yang
lebih mendalam tentang data untuk membuat satu penemuan baru terhadap sesuatu bidang
kajian.

Penyelidikan adalah suatu proses yang menghasilkan sesuatu sains yang mana
memberi makna usaha yang bersungguh-sungguh dan teratur untuk melakukan
pencerapan yang dirancang dan melakukan ujikaji (Salmon & Hanson: 1964).
Sesuatu penyelidikan itu perlu melalui penelitian dan analisis situasi tentang
sesuatu masalah dan mencari jalan penyelesaiannya. Dengan kata lain,

penyelidikan adalah suatu usaha tersusun dan sistematik untuk menyelidiki suatu
masalah tertentu yang memerlukan penyelesaian.
Pengurus dalam sesebuah organisasi selalunya akan meneliti dan menganalisis sesuatu isu
yang mana tidak dapat tidak, terpaksa terlibat dengan aktiviti penyelidikan bagi membantu
mereka membuat keputusan berkenaan dengan sesuatu pekerjaan. Sebagaimana yang kita
tahu kadang-kala seseorang pengurus itu selalu membuat keputusan yang baik dan dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kita juga sering mendengar terdapat pengurus yang
selalu membuat keputusan yang salah atau tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Jikalau hal ini berlaku, maka kita perlu bertanya atau mengenalpasti beberapa perkara.
Pertama, adakah pengurus itu dapat mengenal pasti masalah yang sebenar? Ini kerana
pengurus yang gagal adalah pengurus yang tidak dapat mengenal pasti masalah. Apa yang
dikenal pasti adalah merupakan symptom bukan masalah. Kedua, adakah pengurus itu
mendapatkan faktor-faktor yang relevan dan diperlukan dalam sesuatu penyiasatan? Ketiga,
adakah pengurus itu tahu jenis-jenis maklumat yang diperlukan dan bagaimana cara untuk
mendapatkannya? Keempat, adakah pengurus itu tahu menggunakan maklumat yang
diperolehi bagi menggambarkan jalan penyelesaian yang benar-benar berkesan. Akhir sekali
adakah pengurus itu mengetahui cara mengimplimentasikan keputusan yang diperolehi.
Definisi Penyelidikan Perniagaan
Penyelidikan perniagaan adalah satu usaha yang sistematik dan objektif untuk
mengumpul, merekod dan menganalisis data untuk membantu para pengurus membuat
keputusan dalam perniagaan. Dengan kata lain, penyelidikan perniagaan dapat diterangkan
sebagai satu usaha untuk menyiasat masalah secara sistematik dan spesifik melalui maklumat
yang diperolehi dengan cara mengorganisasikan usaha untuk mengumpul, merekod dan
menganalisa data bagi membantu dalam membuat keputusan perniagaan.
Penyelidik mestilah objektif supaya data yang diperolehi dan dianalisa menjadi tepat.
Penyelidik juga mestilah tidak bias dalam usahanya untuk membuktikan sesuatu idea.
Sebagai contohnya, seorang pemaju yang ingin membangunkan sebuah projek membeli belah
di sebuah kawasan yang berprestij. Beliau mahukan suatu laporan kajian untuk membuktikan
kepada para peniaga yang berpotensi bahawa kawasan membeli belah itu mempunyai potensi
pasaran yang luas.
Oleh kerana soalselidik yang dijalankan hanya di sebuah kawasan perumahan golongan elit,
maka hasil penyelidikannya mendapati bahawa peratusan yang tinggi daripada maklumbalas
yang diterima ialah permintaan untuk kawasan membeli-belah yang berprestij tinggi.
Keputusan yang diterima adalah sangat mengelirukan dan perlu dielakkan.
Penyelidikan dan Pengurusan
Kajian penyelidikan perniagaan dapat memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada para
pengurus untuk menyelesaikan masalah dan menghadapi cabaran persekitaran serta membuat
keputusan yang berubah dengan pesat. Penyelidikan Perniagaan banyak membantu pengurus
dalam membuat keputusan dan dapat mengurangkan ketidakpastian dalam membuat
keputusan. Ia juga mengurangkan risiko dalam membuat keputusan yang salah.Penyelidikan
sepatutnya menjadi satu alat untuk membuat pertimbangan dalam pengurusan. Pengurus tidak
boleh bergantung sepenuhnya kepada keputusan penyelidikan. Pengurusan adalah lebih
meluas berbanding dengan penyelidikan.

Bidang Penyelidikan Perniagaan


Para pengurus sentiasa menghadapi masalah sama ada kecil atau besar yang mana perlu
membuat keputusan bagi menyelesaikannya. Biasanya dalam dunia perniagaan, para
pengurus akan menghadapi masalah dalam bidang yang berkait dengan perakaunan,
kewangan, pengurusan dan pemasaran. Masalah dalam perakaunan termasuklah sistem
kawalan bajet. Manakala dalam bidang kewangan pula, penyelidikan selalunya berkisar pada
sistem operasi kewangan institusi, nisbah kewangan optimum, sistem kewangan korporat,
gadai janji, gelagat dalam bursa saham stok pertukaran dan sebagainya. Penyelidikan dalam
pengurusan pula biasanya berkisar pada kajian dalam sikap dan gelagat, pengurusan sumber
manusia, kesan perubahan demografi terhadap perjalanan pengurusan, pengurusan operasi
pengeluaran, pengurusan strategi, pengurusan sistem maklumat dan sebagainya. Dalam
pemasaran pula penyelidikan berkisar kepada kajian terhadap pengiklanan promosi jualan,
pengedaran produk, pembungkusan, penetapan harga, perkhidmatan selepas jualan, gelagat
pengguna, pembangunan produk baru dan berbagai lagi dalam aspek pemasaran. Berikut
adalah sebahagaian daripada contoh bidang penyelidikan dalam perniagaan.
Jadual 1.1 : Bidang penyelidikan dalam perniagaan
Gelagat pekerja
Sikap pekerja

Pencapaian, ketidakhadiran, pusing ganti pekerja


Kepuasan kerja, kesetiaan terhadap organisasi, komitmen
terhadap organisasi.
Pengurusan
Pencapaian dalam penyeliaan, gaya pengurusan pemimpin,
perubahan organisasi
Pengurusan sumber
Pemilihan pekerja, pengrekrutan, latihan dan pengekalan
manusia
pekerja, kesahan dalam sistem penilaian pekerja, sistem
pampasan.
Pengurusan strategi
Strategi organisasi, pembentukan strategi dan perlaksanaannya.
Pemasaran
Saluran pengedaran barangan, pengiklanan, keberkesanan
strategi pemasaran, kitaran hidup produk, inovasi produk,
teguran pelanggan, analisis lokasi, penetapan harga,
pembangunan produk baru, peningkatan jualan, bahagian
pasaran, keuntungan, pertunbuhan dan keberkesanan.
Kewangan
Keputusan melabur, penilaian firma, polisi dividen, kewangan
institusi dan pengoperasian, pelaburan asing.
Perakaunan
Pengutipan akaun belum terima, pembangunan prosedur
perakaunan yang berkesan, sistem auditdan sebagainya.
B) JENIS-JENIS PENYELIDIKAN PERNIAGAAN
(Penyelidikan Gunaan Dan Penyelidikan Asas)
Penyelidikan boleh dibahagikan kepada dua tujuan. Pertama, pernyelidikan yang
memerlukan penyelesaian masalah yang dihadapi oleh para pengurus di tempat
kerja pada ketika itu. Sebagai contoh, terdapat barangan syarikat yang tidak
mendapat tempat di hati masyarakat. Pengurus cuba mengenal pasti apakah
sebenarnya yang menyebabkan barangan tersebut tidak laku di pasaran dan cuba
untuk memperbetulkan. Penyelidikan ini dinamakan penyelidikan gunaan. Jika
sesuatu penyelidikan itu cuba untuk menyumbangkan ilmu pengetahuan yang baru
dengan menerangkan bagaimana sesebuah masalah dalam organisasi dapat

diselesaikan, maka ia dinamakan penyelidikan asas. Adalah tidak mustahil apabila


terdapat organisasi yang cuba untuk mengaplikasikan dapatan dalam penyelidikan
asas untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Sebagai contoh, terdapat
seorang pensyarah cuba untuk mengkaji apakah faktor-faktor yang menyumbangkan
kepada masalah ketidakhadiran pekerja untuk memenuhi tanggungjawabnya
sebagai ahli akedemik. Selepas mendapatkan maklumat berkenaan tajuk yang
dibuat dari beberapa organisasi dan menganalisis data yang dikutip, maka
pensyarah tersebut dapat mengenalpasti beberapa faktor yang menyumbang
kepada masalah ketidakhadiran pekerja. Katakan faktor-faktor tersebut adalah
seperti seperti waktu kerja yang tidak anjal, latihan yang tidak sesuai dan morale
yang rendah di kalangan pekerja. Faktor-faktor yang dikenalpasti oleh pesyarah
tersebut dapat digunakan oleh para pengurus bagi menyelesaikan masalah yang
dihadapinya di organisasi tempat mereka bekerja.
Maka dengan ini, penyelidikan yang dilakukan dengan mengaplikasikan dapatan yang
didapati dari penyelidikan asas bagi menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi sekarang
adalah dinamakan penyelidikan gunaan. Penyelidikan gunaan digunakan untuk
menambahkan hasil, atau memperbaiki mutu sesuatu pengurusan perniagaan. Jika
penyelidikan dilakukan adalah untuk menambahkan jumlah jualan sebuah pasaraya maka
ianya bolehlah dikatakan sebagai sebuah penyelidikan gunaan. Ini bermaksud penyelidikan
gunaan bertujuan untuk menyelesaikan masalah praktis yang dihadapi. Dalam pengurusan
perniagaan, penyelidikan gunaan dilakukan untuk menilai peluang-peluang yang terdapat di
dalam perniagaan. Kadang-kala penyelidikan gunaan ini adalah penting untuk memperbaiki
sesuatu keadaan atau masalah yang dihadapi dalam pengurusan. Ini bermaksud penyelidikan
gunaan dilakukan secara langsung ke atas masalah sebenar dan dilakukan di dalam situasi di
mana masalah ditemui.
Kebiasaannya penyelidikan gunaan memfokuskan kepada masalah-masalah yang perlu
diselesaikan untuk mempertingkatkan amalan pengurusan perniagaan ataupun di dalam
bidang Sains Sosial yang lain.
Penyelidikan yang dilakukan semata-mata untuk menambahkan ilmu pengetahuan bagi
memahami masalah yang sering dihadapi oleh organisasi di tempat kerja dan mencari kaedah
untuk menyelesaikannya adalah dinamakanpenyelidikan asas. Ia juga dikenali
sebagai penyelidikan tulin (pure research). Dapatan yang didapati daripada penyelidikan
dapat menyumbang kepada penambahan kepada ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang di
dalam perniagaan. Ilmu pengetahuan tersebut pula dapat diaplikasikan oleh organisasiorganisasi perniagaan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ini bermaksud,
penyelidikan asas adalah sejenis penyelidikan yang semata-mata untuk menjawab persoalan
teoritikal. Penyelidikan ini adalah bersifat abstrak yang mana bertujuan untuk menambahkan
ilmu pengetahuan tentang kehidupan. Ini bermaksud penyelidikan asas adalah merupakan
penyelidikan yang menekankan tentang penemuan pengetahuan semata-mata untuk
pengetahuan. Ini kerana ia lebih mementingkan dalam penyelesaikan masalah teoritikal. Oleh
itu penyelidikan asas tidak mempunyai kesan langsung terhadap tindakan, pencapaian atau
keputusan polisi yang ingin dilakukan. Dengan kata lain penyelidikan asas biasanya lebih
menumpukan kajian teori-teori yang wujud di dalam bidang perniagaan atau sains sosial
dengan lebih mendalam.Penyelidikan asas dapat memberikan sumbangan di dalam mencari
sebab dan kesan dari perubahan global. Kajian yang dilakukan oleh penyelidik asas ini akan
dapat menyumbangkan arah penyelesaian bagi meminimakan kesan dari fenomena yang
berlaku dan akan membawa kepada beberapa penyelidikan yang lain tentang bagaimana

kesan buruk akibat perubahan global dapat diatasi. Contoh lain dalam penyelidikan asas
adalah kajian mendalam tentang teori kepimpinan atau teori motivasi oleh ahli psikologi.
Hubungan Antara Penyelidikan Asas Dan Penyelidikan Gunaan
Hasil dapatan ahli penyelidikan asas diaplikasikan dengan segera bagi menyelesaikan
masalah, maka ia mempunyai nilai yang sama dengan penyelidikan gunaan. Ini kerana
penyelidikan asas dan penyelidikan gunaan adalah perlu dan berguna di dalam
menyumbangkan kebaikan terhadap fungsi sesebuah organisasi. Adalah tidak benar jika kita
mengatakan bahawa penyelidikan asas tidak boleh diaplikasikan dengan segera bagi
menyelesaikan maslah. Sebenarnya, para pengurus yang memahami proses dan rekabentuk
penyelidikan dapat mengambil kesempatan mengimplimantasikan segala cadangan dari
dapatan yang diperolehi dalam penyelidikan asas jika ianya adalah bersesuaian dengan
keadaan atau situasi organisasi. Dapatan penyelidikan asas yang mempunyai darjah
generalisasi yang tinggi juga boleh digunakan oleh ahli penyelidikan gunaan dengan
menggunakan pembolehubah-pembolehubah yang sama pada situasi yang berlainan. Dengan
lain perkataan, penyelidikan gunaan juga dapat membantu mengesahkan dapatan yang
diperolehi dari ahli penyelidikan asas.
Walaupun kita dapat membezakan antara penyelidikan asas dan penyelidikan gunaan, tetapi
sebenarnya terdapat hubungan antara keduanya. Ini kerana penyelidik selalunya
menggunakan teori sebagai titik tolak dalam penyelidikan gunaan. Terdapat ahli sains yang
menggunakan penyelidikan sebagai asas kepada penyelidikan gunaan. Ada juga ahli sains
yang mengunakan penyelidikan asas untuk melakukan penyelidikan gunaan.
Perkara ini berlaku kerana biasanya lahir daripada penemuan yang dibuat dari penyelidikan
asas. Pengkaji yang melakukan penyelidikan asas juga ingin mengetahui sejauhmana teori
yang ditemuinya dapat diuji oleh ahli penyelidik gunaan. Ini adalah penting kerana jika teoriteori yang ditemui oleh ahli penyelidik asas tidak dapat diuji kerana tidak cukup kuat untuk
menerangkanatau menjelas keadaan yang berlaku dengan baik, maka ianya akan difikirkan
semula oleh ahli penyelidik asas. Maka dengan ini ahli penyelidikan asas akan sentiasa
memperbaiki teorinya supaya ianya benar-benar dapat diuji dan dibuktikan kebenarannya
oleh ahli penyelidikan gunaan. Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungkait yang kuat
antara penyelidkan asas dan penyelidikan gunaan. Penyelidikan gunaan juga dapat
menjelaskan teori dalam penyelidikan asas serta dapat merumuskan teori yang baru atau
dapat memperluaskan teori yang lama yang telah dibentuk oleh ahli penyelidik asas.
C) PENGURUS DAN PENYELIDIK
Kadangkala ada pengurus yang menjalankan penyelidikan sendiri. Namun begitu terdapat
juga pengurus yang tidak dapat menjalankan penyelidikan sendiri yang mana terpaksa
menggunakan pakar penyelidik sama ada pakar penyelidik dalam atau pakar penyelidik dari
luar organisasi. Apabila berlaku keadaan demikian maka pengurus dan penyelidik
mempunyai tanggungjawab masing-masing.
Apabila penyelidikan diperlukan maka pengurus adalah bertanggungjawab menyatakan
masalah yang berlaku kepada penyelidik. Ini adalah penting kerana hanya pengurus yang
terlibat secara langsung terhadap organisasi atau jabatan yang beliau uruskan. Pengamatan
pengurus terhadap apa yang berlaku di organisasi perlu di terang dan dijelaskan kepada
penyelidik supaya penyelidik dapat menyiasat sama ada yang diamati oleh pengurus itu
adalah benar-benar masalah atau akibat dari masalah tersebut (symptoms).

Pengurus juga adalah bertanggungjawab menyediakan maklumat tentang latarbelakang


organisasi atau masalah yang cukup kepada penyelidik. Maklumat latar belakang
termasuklah, demografi, kewangan, keadaan tempat kerja dan sebagainya.
Akhir sekali pengurus adalah bertanggungjawab memberikan kebebasas kepada penyelidik
untuk menyiasat atau mendapatkan maklumat lain yang berkaitan dengan penyelidikan
tersebut. Ini termasuklah kemudahan mengekses maklumat yang berkaitan.
Manakala tanggungjawab penyelidik pula adalah tidak kurang pentingnya terhadap
organisasi. Ini kerana penyelidik adalah orang yang telah diberi kepercayaan oleh pihak
organisasi maka mesti menjalankan penyelidikan dengan jujur dan bersungguh-sungguh. Di
antaranya penyelidik hendaklah menyediakan rekabentuk penyelidikan yang kreatif yang
mana menarik perhatian pihak pengurusan. Penyelidik juga bertanggungjawab memberikan
jawapan yang terbaik terhadap persoalan-persoalan perniagaan yang penting kepada pihak
pengurusan.
Konflik Pengurus-Penyelidik
Kadang-kala terdapat hubungan dan tidak sihat antara pengurus dan penyelidik. Di antara
sebab yang berlaku adalah kerana ada pihak pengurusan yang tidak bersedia mendedahkan
maklumat yang mencukupi kepada penyelidik. Ini berlaku mungkin kerana ada pengurus
yang menganggap penyelidik sebagai ancaman kepada status peribadinya yang mana mereka
tidak bersedia untukmenerima perubahan yang bakal berlaku hasil daripada penyelidikan
tersebut. Untuk mengatasi masalah ini penyelidik haruslah bijak menimbangkan budaya
korporat dan situasi politik syarikat. Penyelidik dan pengurus juga harus bekerja sama dan
saling berinteraksi dengan berkesan antara satu sama lain.
D) CIRI-CIRI PENYELIDIKAN SAINTIFIK:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
1.

Bermatlamat (Purposiveness).
Teratur dan teliti (Rigour).
Boleh diuji (Testability).
Kebolehulangan (Replicability).
Ketepatan dan aras keyakinan yang tinggi (Accuracy / Precision).
Objektiviti (Objectivity).
Generalisasi. (Generalisability).
Mudah difahami dan diaplikasikan (Parsimony).
Bermatlamat (Purposiveness).

Seseorang pengurus yang ingin melakukan sesuatu penyelidikan hendaklah bermula


dengan penetapan matlamat atau tujuan. Ini kerana sesuatu penyelidikan yang
saintifik mestilah mempunyai tujuan atau matlamat yang jelas. Jika pengurus tersebut
ingin mengkaji bagaimana komitmen dikalangan pekerjanya dapat ditingkatkan, maka
ia dapat diterangkan dengan pelbagai cara. Sebagai contoh, komitmen dapat
dijelaskan dengan kadar lantik henti yang rendah, ketidakhadiran yang rendah serta
tingkat pencapaian yang tinggi yang mana kesemuanya akan memberikan kebaikan
kepada sesebuah organisasi.

Ini bermakna, fokus kajian ialah untuk mencari faktor-faktor yang boleh
meningkatkan komitmen pekerja di dalam sesebuah organisasi. Segala maklumat
tersebut dapat membantu organisasi menjalankan aktiviti-aktivi yang berkesan bagi
meningkatkan komitmen di kalangan para pekerjanya. Dapatan kajian ini juga akan
dapat mengurangkan pusing ganti di kalangan pekerja, mengurangkan ketidakhadiran,
dan seterusnya akan meningkatkan tahap prestasi organisasi.
2.

Teliti (Rigor).

Asas teori dan rekabentuk kajian yang baik menjadikan tujuan penyelidikan saintifik
kelihatan dilakukan secara teratur dan penuh ketelitian. Teliti di sini bermaksud,
berhati-hati, cermat dan darjah ketepatan yang tinggi terhadap penyiasatan atau
penyelidikan tertentu. Sebagai contoh, jika seorang penyelidik bertanyakan 10 hingga
15 orang pekerja bagi mendapatkan maklumbalas tentang apakah faktor-faktor yang
dapat meningkatkan komitmen mereka terhadap organisasi. Jika berdasarkan maklum
balas dari 10 hingga 15 orang pekerja itu dijadikan asas kepada kesimpulan yang
dibuat, maka keseluruhan penyelidikan itu adalah dianggap tidak saintifik. Ini kerana
penyelidikan tersebut tidak dilakukan dengan teliti. Alasannya ialah:
a. Kesimpulan mungkin tidak dibuat dengan betul kerana ia berasaskan
kepada pandangan segelintir pekerja sahaja yang mungkin tidak boleh
mewakili ke semua golongan tenaga kerja yang ada diorganisasi tersebut.
b. Cara soalan dikemukakan mungkin bias dan mungkin responden
memberikan maklumbalas yang tidak tepat.
c. Komitmen sesebuah organisasi yang mungkin tidak diterangkan dengan
sampel yang kecil yang mana tidak dapat mewakili populasi yang ingin
disasarkan.
Penyelidikan yang teliti juga termasuk asas teoritikal yang baik dan berhatihati dalam menjalankan penyelidikan. Faktor-faktor ini membolehkan
penyelidik mengumpul pelbagai jenis maklumat dari sampel yang bersesuaian
dengan darjah kesilapan (bias) yang rendah dan menggunakan analisis yang
sesuai bagi memproses data yang telah dikutip.
3.

Boleh diuji (Testability).

Setelah mengumpul data dan membuat pembacaan tentang kajian-kajian yang lepas
tentang komitmen dalam organisasi, seseorang pengurus atau penyelidik boleh
membangunkan beberapa hipotesis tentang bagaimana komitmen pekerja boleh
dipertingkatkan di dalam sesebuah organisasi. Hipotesis tersebut mestilah boleh diuji
dengan menggunakan kaedah berstatistik yang bersesuaian.
Sebagai contohnya sekiranya seorang penyelidik membuat hipotesis bahawa terdapat
hubungan yang positif antara peluang untuk naik pangkat dengan darjah komitmen
dalam sesebuah organisasi. Hipotesis ini mestilah dipastikan supaya dapat diuji
apabila segala maklumat tentang peluang naik pangkat dan darjah komitmen telah
dikutip. Ini bermaksud penyelidik menjangkakan bahawa mereka yang merasakan
mempunyai peluang untuk naik pangkat akan lebih komited terhadap sesebuah
organisasi. Analisis korelasi dapat digunakan bagi menguji sama ada terdapat

hubungan yang positif antara peluang naik pangkat dengan komitmen. Oleh itu kita
dapati bahawa hipotesis di atas boleh diuji berdasarkan data yang telah dikutip.
4.

Kebolehulangan (Replicability).

Katakan bahawa seseorang penyelidik itu telah membuat kesimpulan bahawa peluang
naik pangkat adalah faktor yang terpenting yang mempengaruhi komitmen pekerja di
sesebuah organisasi. Sekiranya kita membuat kajian di organisasi yang lain dan
didapati dapatan yang sama diperolehi maka kita mempunyai kepercayaan yang lebih
tinggi kepada hasil kajian tersebut. Ini bermakna sesuatu kajian itu adalah dikatakan
saintifik apabila kajian yang sama dilakukan di tempat atau organisasi yang lain, kita
masih mendapat hasil atau keputusan yang sama.
5.

Ketepatan dan aras keyakinan yang tinggi (Accuracy / Precision).

Dalam penyelidikan perniagaan, kita jarang mendapatkan kesimpulan yang


benar-benar tepat berdasarkan analisis data yang telah dijalankan. Kita
biasanya akan membuat pengganggaran selang tentang sesuatu yang ingin
kita jangkakan. Sesuatu kajian yang saintifik hendaklah mempunyai darjah
ketepatan dan kenyakinan yang tinggi. Namun begitu, penyelidik akan
mendapati terdapat trade-off antara ketepatan dan keyakinan. Ini
bermaksud seseorang yang ingin menjangkakan dengan tepat biasanya
mempunyai aras keyakinan yang rendah. Begitu juga sebaliknya, jika
seseorang penyelidik yang ingin meningkatkan aras keyakinannya maka
beliau mendapati darjah ketepatannya akan berkurangan.
Ketepatan bermaksud berapa hampirnya dapatan kajian, berdasarkan kepada
sampel yang dikutip dengan keadaan yang sebenar. Sebagai contoh, katakan
kerugian sebenar dalam setahun akibat ketidakhadiran adalah 35 hari. Kita
membuat adalah lebih tepat jika kita menganggarkan bahawa dalam masa
setahun, akan ada kerugian 30 hingga 40 hari jika dibandingkan dengan
anggaran bahawa terdapat kerugian antara 10 hingga 60 hari.
Aras keyakinan pula adalah merujuk kepada kebarangkalian sama ada
penganggaran yang dibuat betul ataupun tidak. Pada kebiasaannya
penyelidik akan membuat jangkaan bahawa hasil kajiannya adalah 95% betul
iaitu di paras keyakinan 95% dan hanya 5% sahaja kemungkinan yang
dapatan kita adalah salah. Ini dipanggil aras signifikan .05 (p = .05).
Oleh itu semakin tinggi ketepatan dan aras keyakinan maka semakin
saintifiklah sesuatu kajian itu. Ketepatan dan keyakinan dapat ditingkatkan
dengan rekabentuk persampelan yang betul.
6.

Objektiviti (Objectivity).

Kesimpulan yang dibuat daripada penterjemahan keputusan analisis data kita


mestilah objektif. Ia mestilah berpandukan kepada fakta yang diperolehi
daripada data yang sebenar dan bukan daripada nilai emosi atau perasaan
kita sahaja. Sebagai contohnya, sekiranya kita telah membuat hipotesis yang
mengatakan bahawa lebih tinggi peluang untuk naik pangkat dalam sesebuah

organisasi maka semakin tinggi komitmen terhadap organisasi. Namun


bergitu ia bukanlah sesuatu penyelidikan yang saintifik jika ia tidak disokong
dari dapatan yang sebenar tetapi hanya pandangan penyelidik sahaja.
Sekiranya penyelidik masih ingin berpegang kepada pandangan beliau sendiri
tanpa mengambil kira hasil kajian yang sebenar, maka kajian itu adalah tidak
bermakna.
Adalah sesuatu yang amat buruk jika sesebuah organisasi itu melaksanakan
(implimentasi) sesuatu tindakan berdasarkan penyelidikan yang tidak
berdasarkan data yang sebenar atau berdasarkan kesimpulan yang tidak
berpandukan kepada hasil kajian. Membuat kesimpulan yang tidak
berpandukan hasil kajian yang sebenar akan memberi kesan yang buruk
kepada organisasi pada peringkat perlaksanaan. Pihak pengurusan atasan
mungkin akan membuang banyak masa, tenaga dan menanggung kos
perbelanjaan yang tinggi untuk menjalankan program-program yang tidak
sepatutnya dijalankan. Ini kerana ada kemungkinan program-program yang
dilasanakan tidak dapat meningkatkan komitmen terhadap sesebuat
organisasi.
Semakin objektif sesuatu pentafsiran data itu, maka semakin tinggilah darjah
saintifik sesuatu kajian tersebut.
7.

Generalisasi (Generalisability).

Generalisasi merujuk kepada skop di mana hasil kajian di


sesebuahorganisasi boleh diguna atau diaplikasikan terhadap sesebuah
organisasi yang lain yang lebih kurang sama situasi atau masalahnya.
Semakin tinggi darjah aplikasi sesuatu kajian itu bagi menyelesaikan masalah
maka semakin tinggi tahap generalisasinya. Ini bermaksud, semakin
saintifiklah kajian tersebut. Sekiranya sesuatu hasil kajian oleh seseorang
penyelidik boleh digunakan di industri perkhidmatan atau pembuatan dan juga
di industri yang lainnya maka hasil kajian tersebut sangat berguna dan
berharga.
Untuk menjalankan sesebuah penyelidikan yang boleh digeneralisasikan
secara meluas, sampel kajian perlu lebih besar, maka kos untuk menjalankan
penyelidikan itu akan bertambah tinggi. Oleh itu kebanyakan penyelidikan
gunaan akan menggunakan sampel di mana hasil kajian boleh
digeneralisasikan kepada sesebuah organisasi yang mempunyai situasi dan
keadaan yang sama. Ini tidaklah akan menjejaskan darjah saintifik
penyelidikan itu. Bagaimanapun, darjah generalisasi mungkin akan
berkurangan.
8.

Mudah difahami dan diaplikasikan (Parsimony).

Sebuah penyelidikan yang dapat menerangkan fenomena atau masalah


kajian secara mudah adalah lebih baik berbanding dengan penyelidikan yang
lebih kompleks yang sukar untuk diimplimentasikan hasil kajiannya.

Contohnya, sekiranya penyelidik dapat mengenalpasti 3 pembolehubah yang apabila


diubah akan meningkatkan komitmen pekerja sebanyak 43% adalah lebih berguna dan
berharga kepada pengurus berbanding dengan penyelidik memaklumkan bahawa ada
13 pembolehubah yang perlu diubah untuk meningkatkan komitmen pekerja sebanyak
45%.
Oleh itu adalah amat penting bahawa penyelidik benar-benar memahami masalah
kajian dan faktor-faktor yang berkaitan dengan masalah tersebut.
Ini boleh dilakukan dengan membuat temubual secara berstruktur atau tidak
berstruktur dengan mereka yang terlibat dalam sesuatu situasi yang hendak dikaji dan
juga membuat pembacaan mendalam terhadap kajian-kajian yang lepas.

E) KEKANGAN PENYELIDIKAN SAINTIFIK


Adalah agak sukar untuk menjalankan sesuatu penyelidikan yang 100% saintifik. Ini
adalah disebabkan:
a. Masalah yang dihadapi dalam pengumpulan dan pengukuran data yang berbentuk subjektif
seperti perasaan, emosi, sikap dan persepsi. Ini kerana agak sukar untuk kita
memberikan kuantiti kepada kelakuan manusia.
b. Masalah juga timbul apabila kita ingin memperolehi sampel-sampel yang mencukupi dan
bersesuaian. Kesilapan dalam persampelan akan menjejaskan generalisasi hasil kajian.
Maka dengan ini adalah agak sukar untuk kita memenuhi kesemua ciriciri penyelidikan saintifik dengan baik dan sempurna.
F) PENYELIDIKAN DEDUKTIF DAN INDUKTIF
1. Deduktif (Deduction)

2. Induktif (Induction)
Penaakulan Deduktif
Penakulan deduktif bermula dengan generalisasi terlebih dahulu dan penelitian untuk
menyokong atau menyangkal generalisasi tersebut. Ini bermakna penakulan deduktif adalah
satu bentuk inferens yang membawa kepada kesimpulan. Kaedah ini adalah proses bagi
penyelidikan berbentu kuantitatif.
Penaakulan Induktif
Penyelidikan direkabentuk untuk mengenalpasti komponen yang akhirnya boleh
menghasilkan satu kesimpulan atau generalisasi. Ini bermaksud penakulan induktif adalah
untuk membina kesimpulan dari satu atau lebih fakta. Kaedah induktif ini adalah proses bagi
penyelidikan berbentuk kualitatif.

Asas Falsafah Dalam Penyelidikan Perniagaan

Penyelidikan adalah suatu proses yang kompleks. Berdasarkan kepada sifar yang kompleks
ini, maka setiap ahli penyelidikan menyatakan perbezaan pendapat tentang bagaimana harus
sesuatu penyelidikan dijalankan. Perbezaan ini dapat dikategorikan kepada tiga jenis
penyelidkan iaitu penyelidikan positivis, penyelidikan interpretivis dan penyelidikan kritikal.
Penyelidikan positivis
Berdasarkan kepada penyelidikan saintifik, positivisme menekankan bahwa objek yang dikaji
harus berupa fakta, dan bahawa kajian harus mengarah kepada kepastian dan kecermatan.
Menurut August Comte, penyelidikan dapat dilakukan dengan cara melakukan kajian ilmiah
seperti melalui pengamatan, perbandingan, eksperimen, dan kaedah sejarah.
Penyelidikan positivis adalah mementingkan ketepatan, pengukuran yang objektif, dan
selalunya berkaitan dengan penyelidikan kuantitatif. Oleh itu penyelidikan positivis selalunya
akan mengemukakan penbentukan hipotesis. Penyelidik pula akan cuba menolak hipotesis
nol. Kaedah pengumpulan data pula adalah melalui langkah-langkah tertentu yang telah
dipiawaikan. Manakala analisis data memerlukan analisis secara kuantitatif atau kaedah
analisis berstatistik. Penyelidikan positivis yang baik adalah memerlukan kaedah
pengulangan atau dengan kata lain penyelidik-penyelidik lain boleh menjalankan penyelidik
sama bagi menyokong atau menyanggah penyelidikan yang lepas.
Penyelidikan positivis akan menggunakan penaakualan deduktif yang mana ia bermula
dengan teori dan berakhir dengan keputusan empirikal untuk menerima atau menolak
hipotesis null. Dalam penyelidikan ini jenis penaakulan iaitu deduktif digunakan. Bagi
menganalisis eksperimen makmal sering digunakan. Borang soal selidik (primer) dan
penggunaan data sekunder juga digunakan dalam kaedah pengumpulan data. Analisis data
secara kuatitatif diperlukan. Dengan ini analisis berstatistik yang sesuai digunakan dalam
penyelidkan jenis ini.
Contoh penyelidikan positivis
Pengurus hal Ehwal Pelajar ingin mendapatkan maklum balas pelajar terhadap
perkhidmatan kantin di universiti tersebut. Beliau ingin tahu apakah alasan pelajar datang
ke kantin, kekerapan ke kantin, pendapat tentang kualiti makanan dan minnuman serta
layanan.
Penyelidikan Interpretivist
Berbeza dengan positivisme, penyelidikan interpretivis menekankan bahwa ilmu yang berasal
dari pemahaman intelektual yang dibangunkan atas kemampuan argumentasi secara logik.
Oleh itu, perkara penting bagi penyelidikan interpretivis ialah ketajaman dalam empirikal.
Pemahaman intelektual dan kemampuan penyelidikan perlu didukung data empirik yang
relevan, agar produk ilmu yang berlandaskan penyelidikan interpretivis betul-betul ilmu,
bukan mitos. Bagi penyelidikan interpretivis fakta empirik bukan hanya yang sensasi,
melainkan ada empiris logik, empiris teoritik, dan empiris etika. Misalnya: ruang angkasa,
peninggalan sejarah masa lampau, dan jarak dalam tahun juta cahaya, semuanya merupakan
realiti tetapi hanya dapat dihayati secara teoritis. Oleh itu, penyelidikan
interpretivis mengakui realiti, empirik teoritik dan empiris logik

Tidak seperti penyelidikan positivis yang mengandaikan manusia berkongsi nilai yang sama
penyelidikan interpretivis percaya bahawa pengalaman dan sosial manusia mempunyai arah
yang berbeza. Ini bermaksud sistem dan kelakuan manusia terhasil dari interaksi sesama
manusia. Penyelidikan interpretivis percaya bahawa dunia ini luas dengan kelakuan manusia
yang berbagai ragam. Oleh itu ada realitinya kehidupan sosial manusia adalah sentiasa
berubah-ubah. Para penyelidikan interpretivis berminat untuk memahami pengalaman hidup
manusia. Dalam penyelidikan ini jenis penaakulan iaitu induktif boleh atau patut digunakan.
Bagi menganalisis data, pemerhatian peserta, temuduga; kumpulan fokus atau kajian kes
sering digunakan.
Contoh penyelidikan interpretivis
Pengurus sebuah syarikat ingin menyiasat laporan prestasi pengeluaran setiap pekerjanya
pada tahun tersebut. Ini kerana dengan cara tersebut beliau dapat menganggarkan
pengeluaran pada tahun hadapan. Pengurus tersebut akan memberikan anugerah cemerlang
kepada setiap pekerja yang menunjukkan prestasi yang baik dengan harapan motivasi
pekerjanya akan meningkat bagi meningkatkan pengeluaran pada tahun berikutnya.
Bagaimanapun, kepada para pekerja ia merupakan tekanan untuk meningkatkan prestasi. Ia
juga akan menyebabkan ketidakpuasan pekerja yang merasakan berhak menerima anugerah
tersebut. Kenyataan ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaanpendapat antara pengurus
dan pekerja dalam perkara ini. Ini menunjukkan bahawa sesuatu tindakan yang dilakukan
tidak semestinya akan membawa kepada kesan yang kita harapkan kerana manusia
mempunyai sifat yang berbagai ragam.
Penyelidikan Kritikal
Tujuan asas penyelidikan kritikal adalah adalah untuk menjadikan manusia lebih baik dari
sebelumnya. Pendekatan ini adalah mencakupi makna yang tersembunyi. Dalam penyelidikan
jenis ini kehidupan manusia diandaikan adalah tidak statik dan dan boleh dieksplotasi.
Manusia mempunyai kuasa untuk mengubah dunia kehidupannya. Mereka yang melakukan
penyelidikan ini akan menggunakan kedua-dua jenis penaakulan iaitu deduktif dan induktif.
Ia akan mengutamakan pemberian kuasa kepada penyelidik untuk mengubah panduan dan
tindakan pengumpulan data. Manakala rekabentuk penyelidikan yang sering digunakan
adalah dari jenis eksperimen lapangan atau analisis sejarah.
Contoh penyelidikan kritikal
Penentuan sama ada terdapat hubungan aatau tidak di antara guru dan murid, penyelidik
interpretivist mungkin cuba menerangkan interaksi antara guru dan murid. Manakala ahli
penyelidik kritikal pula akan melihat isu-isu yang paling penting dalam menentukan
hubungan tersebut.

Andaian
Tujuan

Positivis
Interpretivis
Kritikal
Kehidupan adalah suatu Dunia adalah suatu
Kehidupan adalah
sains yang oleh diukur dan sains yang
tidak statik dan dan
melambangkan kepada
subjektif yang dapat
boleh dieksplotasi.
pengetahuan yang ada.
menerangkan konsep.
Meliputi seluruh
Untuk memahami
Manusia mempunyai
kehidupan di dunia yang kehidupan manusia kuasa untuk
mana dapat digunakan
yang berbagai-bagai mengubah dunia

untukmeramalkan aktiviti
manusia.
Jenis
Penaakulan

Deduktif

kehidupannya.
Induktif

Deduktif danInduktif

Anjal dan mengikut Pemberian kuasa


Perancangan Teratur, berasaskan kepada maklumat yang
kepada penyelidik
penyelidikan hipotesis kajian
diperolehi dari subjek untuk mengubah
penyelidikan.
panduan dan tindakan
Kaedah
Eksperimen; soal selidik; Ethnografi;
Eksperimen
penyelidikan data sekunder; analisis
pemerhatian peserta;
Lapangan; analisis
dan jenis
kuantitatif; analisis
temuduga; kumpulan
sejarah;
analisis
berstatistik
focus; kajian kes
Perbandingan antara penyelidikan positivis, interpretivis dan kritikal
Pendekatan Penyelidikan
Terdapat pelbagai cata atau kaedah dalam penyelidikan perniagaan. Namun yang demikian
kepelbagaian jenis kaedah penyelidikan yang ada boleh dibahagikan kepada dua jenis yang
utama iaitu penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kuantitatif. Perbezaan di antara kedua
jenis penyelidikan tersebut dapat diterangkan oleh jadual yang dipaparkan. Secara umumnya,
penyelidikan kuantitatif menggunakan paradigma penyelidikan positivist, manakala
penyelidikan kualitatif pula menggunakan paradigma penyelidikan intepretivist.
Jadual 1.3 Perbezaan antara penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif
Penyelidikan Kuantitatif
Realiti adalah bersifat objektif dan
diketahui dan dapati ianya tidak pelbagai
dan berasingan dengan penyelidik.
Penyelidik adalah bebas daripada apa
yang dikaji
Penyelidikan diandaikan dapat diukur dan
tiada kejadian bias.

Penyelidikan Kualitatif
Realiti adalah bersifat subjektif dan
pelbagai perkara boleh dijadikan sebagai
peserta dalam pengkajian.
Penyelidik berinteraksi dengan apa yang
dikaji.
Penyelidikan diandaikan tidak dapat diukur
dan sentiasa terdedah dengan bias yang
mana nilainya adalah bersifat eksplisit.
Teori dapat dikesan atau dibangunkan dan
biasanya memerlukan penaakulan induktif.
Data yang dikumpulkan oleh penyelidik
akan dijelaskan dan didedahkan maksudnya.
Konsep akan dijadikan dasar, motif,
generalisasi
Alat pengukuran dibangunkan secara ad
hoc.

Bermula dengan teori dan memerlukan


penaakulan deduktif.
Hipotesis yang dibentuk oleh penyelidik
dapat diuji
Konsep dapat dibahagikan kepada
beberapa pembolehubah
Alat pengukuran sistematik dibangunkan
terlebih dahulu sebelum data dikutip dan
dipiawaikan.
Data adalah dalam bersifat numerikal Data adalah dalam bentuk perkataan
melalui ketepatan pengukuran.
daripada sesuatu dokumen, pemerhatian
atau transkrip.
Terdapat banyak kes atau subjek.
Terdapat beberapa kes atau subjek.
Prosedur
adalah
dipiawaikan dan Prosedur penyelidikan adalah Research
diandaikan selalu berulang.

procedures are
spesifik, dan jarang berulang.
Analisis data berstatistik, jadual atau Analisis
dilakukan
dengan
cara
rajah diperlukan dalam membincangkan menerangkan tajuk atau generalisasi
hubungannya dengan hipotesis kajian.
daripada bukti dan perlu mengorganisasikan
data untuk dipersembahkan secara logik dan
kadang-kala memerlukan gambar yang
dipercayai.
Sumber: Cresswell (1994:5); Neuman (1997:14, 329).
G) ASAS KEPADA ETIKA PENYELIDIKAN
Etika merupakan perkara penting dalam penyelidikan, terutama dalam penyelidikan
perniagaan. Etika merupakan suatu kumpulan nilai atau norma yang digunakan oleh suatu
kelompok masyarakat untuk mengatur kehidupan bermasyarakat anggotanya. Etika bersifat
normatif dan kontekstual. Ini bermakna etika yang digunakan sebagai panduan untuk
mengatur kegiatan dunia perniagaan berbeza dengan etika untuk ahli akademik.
Etika penyelidikan perniagaan adalah norma atau aturan yang digunakan untuk memandu
penyelidik agar menjunjung tinggi nilai-nilai ilmiah yang berlaku. Penjagaan etika
terutamanya harus dilakukan pada saat pengumpulan data dan pengambilan kesimpulan.
Masalah etika yang perlu diperhatikan ketika pengumpulan data antara lain:
Persetujuan subjek penyelidikan untuk menjadi sumber maklumat tanpa paksaan yang
biasanya dituangkan dalam suatu surat persetujuan (informed consent) yang
ditandatangan oleh subjek penyelidikan dan oleh penyelidik.
Kerahsiaan identiti subjek penyelidikan dan maklumat yang diberikannya.
Melaporkan kesemua maklumat tanpa menyembunyikan maklumat yang tidak
diinginkan.
Masalah etika dalam analisis dan pengambilan kesimpulan yang harus diperhatikan antara
lain adalah:
Kerahsiaan subjek penyelidikan.
Laporan hasil analisis yang jujur.
Pengambilan kesimpulan yang didasarkan pada hasil analisis data.
Etika dalam penyelidikan perniagaan adalah merujuk kepada pengaplikasian kod tertentu
sebagai nilai gelagat seseorang penyelidik dalam menjalankan penyelidikan. Kod etika
merupakan tatasusila yang memberi peraturan kawalan diri terhadap tingkahlaku ahli sesuatu
profesion. Seseorang penyelidk itu sepatutnya faham tentang beberapa prinsip yang
mempengaruhi asas etika penyelidikan.

Hubungan antara penyelidikan dan responden (kadang kala dipanggil subjek) adalah unik.
Pertama, hubungan itu akan mencipta faedah antara faedah yang didapati oleh keduanya bila
kedua-duanya berminat dengan kajian tersebut.Kedua, penyelidik biasanya akan
menggunakan segala kemahiran yang ada untuk mendapatkan maklumat dari subjek yang
pada mulanya tidak berminat.

Mengikut pandangan consequentialist etika menumpukan kepada apa yang


baik dan buruk itu adalah bersangkutan dengan kesan atau akibat sesuatu
tindakan. Pandangan ini tergolong dalam pendekatan Utilitarian. Pendekatan
utilitarian adalah terbahagi kepada dua iaitu Utilitarian Tindakan dan Utilitarian
Peraturan. Mengikut pandangan utilitarian tindakan, Kita perlu melakukan
sesuatu tindakan dengan kesan-kesan tindakan yang boleh membawa
keseronokan
ataumemanfaatkan
ramai
orang.
Manakala
mengikut
pandangan Utilitarian Peraturan, Kita perlu mematuhi peraturan yg dapat
memaksimumkan keseronokan bagi semua yg terlibat. Dengan kata lain
mengikut pandangan ini penyelidik sepatutnya melakukan sesuatu yang akan
memberi kesan kebaikan kepada kebanyakan masyarakat.
Bagaimanapun mengikut pandangan deontological yang berasal daripada perkataan deon
(bermaksud: tugas atau kewajipan / duty) sesuatu penyelidikan dikatakan bermoral sematamata kerana ia difikirkan sebagai bermoral atau baik, dan sebaliknya. Pandangan
ini berpendapat semua pertimbangan moral adalah spesifik. Contoh ialah prinsip
eksistensialis (prinsip kewujudan) yangmenegaskan bahawa nilai buruk mesti berasaskan
pilihan individu secara bebas.
Contohnya, meletakkan sebuah kamera video yang tersembunyi di bilik rehat para pekerja
untuk mendapatkan maklumat tentang kepuasan/ketidakpuashatian para pekerja adalah
tindakan BERMORAL jika ia dilakukan atas pilihan sendiri. Sebaliknya, pilihan individu
menjadi TIDAK BERMORAL jika kerana terpaksa. Pandangan ini berpendapat tindakan
BERMORAL ialah tindakan yang sesuai dengan peraturan. Sebagai contoh:
prinsip subjektiviti menyatakan bahawa manusia memilih untuk menjadi diri sendiri. Kita
memilih segala yang baik, dan tidak ada yang boleh menjadi baik untuk dia sendiri tanpa
menjadi baik untuk orang lain.
Walaupun penyelidik-penyelidik menjalankan kerjanya dengan tekun dan minat, mereka
sepatutnya memikirkan tentang layanannya kepada para responden. Individu-individu yang
telah dipilih sebagai responden hendaklan dilayan dengan baik dan berkesan supaya ia akan
memberikan kesan yang benar-benar bermakna dalam sesuah penyelidikan yang dijalankan.
Menurut Ehrich (2000), terdapat tiga jenis tanggungjawab yang perlu ada dalam diri
seseorang penyelidik. Pertama, tanggungjawab profesional yang menumpukan kepada
membantu menetapkan piawai seseorang profesional. Contoh tanggungjawab seperti ini
adalah termasuk dalam keseluruhan komponen yang berada dalam tanggungjawab sosial.
Mengelak darimelakukan kesalahan seperti pencabulan dari segi plagiarism dan penipuan
adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial. Kedua adalahtanggungjawab korporat. Ia
adalah tanggungjawab terhadap penaja (sponsor) sesuatu projek penyelidikan. Dalam
kebanyakan kes, tanggungjawab ini adalah bertumpu kepada tanggungjawab terhadap
organisasi atau pengurus yang menaja sesuatu kajian. Di antaranya ialah tanggungjawab
dalam melakukkan penyelidikan dengan penuh teliti dan berkualiti dan tanggungjawab
menjaga hasil dapatan agar tidak bocor kepada pesaing penaja (sponsor). Ketiga

adalahtanggungjawab moral. Tanggungjawab moral adalah menumpukan kepada hubungan


antara penyelidik dan subjek atau responden. Ini menunjukkan bahawa para penyelidik
mempunyai tiga jenis tanggungjawab iaitu tanggungjawab terhadap sosial atau masyarakat,
tangungjawab terhadap penaja (sponsor) dan tanggungjawab terhadap responden (subjek)
yang menjadi tumpuan penyelidikan. Cabaran-cabaran yang dihadapi dalam interaksi dengan
manusia ini dinamakan etika. Di antaranya ialah menjaga keselamatan responden baik dari
segi fizikal, psikologikal dan nyawa dan undang-undang.
Jadual 1.4: Contoh tanggungjawab penyelidik terhadap sosial, korporat dan moral.
Tanggungjawab sosial
Mengelak diri dari
melakukan plagarism
Tidak jujur
Pembohongan

Tanggungjawab korporat Tanggungjawab moral


Melakukkan penyelidikan Menjaga
keselamatan
dengan penuh teliti dan
responden baik dari segi
berkualiti.
fizikal, psikologikal dan
nyawa
dan
undang Menjaga hasil dapatan agar undang.
tidak bocor kepada pesaing
penaja (sponsor).

You might also like