You are on page 1of 23

VCE3013

EKONOMI KELUARGA DAN PENGGUNA

UNIVERSITI
PENDIDIKAN
SULTAN IDRIS

AT07 - ISMP EKONOMI RUMAH TANGGA

SEMESTER 3 2018/2019

TUGASAN : PERANCANGAN PERNIAGAAN

NAMA PENSYARAH :

DR. ANISAH BINTI ABDUL WAFI

DISEDIAKAN OLEH :

NORAZURA BINTI MOHD ISA (D20182085663)

2020 | VCE3013
ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN
EKONOMI RUMAHTANGGA
01 RINGKASAN EKSEKUTIF

02 MAKLUMAT PERNIAGAAN

03 CARTA ORGANISASI

04 PROSEDUR OPERASI

05 STRATEGI PEMASARAN

06 PERANCANGAN PROMOSI

07 PERANCANGAN

08 PENGIRAAN KOS
EKONOMI KELUARGA DAN PENGGUNA

09 PENGIRAAN KEUNTUNGAN

10 LAMPIRAN
PAGE | 01

1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF 

Mizusa.creative Sdn Bhd merupakan sebuah perniagaan yang telah diambil alih oleh empat orang

pekongsi. Selepas diambil alih, Mizusa.creative Sdn Bhd ditukar nama kepada Little.creative Sdn

Bhd. Little.creative  menjalankan perniagaan berasaskan kreativiti dan mengolahkan sesuatu

inovasi, yang dijual kepada semua pelanggan tanpa mengira sesuatu bangsa dan budaya.

Perniagaan ini diusahakan secara perkongsian diantara empat orang sahabat iaitu, Norazura ,

Abdul Muhaimin, Jeremiah Daniel dan Karloff Lukin. Little.creative  terletak di Taman malim

prima yang mana kedudukannya terletak di kawasan perumahan dan tempat pengajian (UPSI).

Tujuan utama rancangan perniagaan ini disediakan adalah untuk mendapatkan pinjaman bank bagi

membuka cawangan baru di Wangsa Maju.Dengan adanya pinjaman ini, kami dapat

memperbaharui cawangan baru perniagaan kami. Selain itu, kami juga dapat memperbaiki semua

keperluan seperti meja, kerusi, hiasan, barangan dan sebagainya. Pengubahsuaian premis juga

perlu untuk memaparkan imej yang baik dan menarik. Disamping itu, peralatan dan mesin juga

perlu ditambah bagi cawangan baru kami ini.Rancangan perniagaan ini ditujukan kepada Bank

Simpanan Nasional untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak RM7,800 yang dipohon di bawah

skim. Pembiayaan ini bukan sahaja untuk keperluan yang telah dinyatakan diatas, malah untuk

membeli sebuah van sebagai kemudahan pekerja.

Memandangkan tahap persaingan yang tinggi dari kalangan kedai tempatan, LittlIe.creative  akan

melipatkan gandakan usaha untuk meneruskan strategi pemasaran yang sedia ada bagi

meningkatkan syer pasaran. Oleh yang demikian, Little.creative  mengambil berat tentang kualiti

pengeluaran dan tahap kebersihan. Disamping itu, Little.creative  juga akan berusaha untuk

memperluaskan pasaran hingga mendapat sambutan yang lebih hebat daripada

pelanggan.Sekiranya perniagaan kami iaitu Extension Drop  telah berada di pasaran dan telah

berkembang maju kelak.

Little.creative  akan berusaha memperkenalkan design dan kreativti  yang baru  serta

mempelbagaikan  bagi menjamin tahap persaingan masih dalam keadaan terkawal serta memberi
EKONOMI KELUARGA DAN PENGGUNA

kelainan dan kepuasan yang maksima kepada semua pelanggan. Selain itu, kami juga akan

membuat promosi yang menarik kepada para pelanggan seperti diskaun kuantiti, diskaun dengan

pembelian secara online, dan kupon diskaun.Dari segi kekuatan pengurusan,

Little.creative  memiliki pekerja-pekerja yang berdedikasi dan komited terhadap tugas dan

tanggunjawab mereka. Pekerja-pekerja Little.creative  ini terdiri daripada pekerja yang memang

berkemahiran dalam bidang jahitan  dan pengurusan. Masing-masing mempunyai ijazah dan

diploma berserta dengan kemahiran dalam bidang yang diceburi.


PAGE | 02

2.0 PENGENALAN

Perniagaan Little.creative  yang kami jalankan adalah perniagaan berbentuk

perkhidmatan, dimana hidangan utamanya terdiri daripada extension drop,

seperti  penghalang barang dari jatuh di celah-celah handbrake kereta  daripada

barang jatuh ke bawah kerusi penumpang .  Ia seperti bantal kecil yang

menggunakan span didalam + kain yang akan dijahit untuk dinampakkan

kemas. Selain itu, Little.creative juga menyediakan bunga buket seperti, Bunga rose

bersama coklat ferrero rocher  ,bunga lavender dengan anak patung kecil  dan lain

lain,ia sesuai untuk majlis graduasi Disamping itu, kami juga menyediakan

perhidmatan penghantaran “(cash on delivery)".

Produk diperkenalkan kepada para masyarakat agar mereka

berpeluang  mengunakan  extension drop  sebagai barang keperluan kereta. Selain

itu, kemudahan ini dapat membantu para ibu mengandung membawa kereta ,jika ada

barang seperti pelembab bibir daripada jatuh bawah kerusi kereta . Golongan ibu

mengandung susah untuk menundukkan badan untuk mengambil barang jatuh

.  Perniagaan kami terletak di Taman Malim Prima ,Tanjung Malim  iaitu terletak di

dalam pusat pengajian tinggi (UPSI) yang sering dikunjungi oleh ramai pengunjung

terutamanya pada hujung minggu.

Pengambil  alihan ini tidak bermakna kami pekongsi tidak perlu berusaha keras

untuk memajukan perniagaan ini, tetapi sekurang-kurangnya perkara ini dapat

mengelakkan lebih banyak masalah dan rintangan serta menjimatkan lebih banyak

masa dari membina sebuah struktur bangunan.Sehingga kini, sudah tiga tahun

perniagaan Little.creative  dijalankan dibawah pengurusan kami berempat dan

keuntungan yang diperolehi adalah sangat menggalakkan.Dengan adanya rancangan


EKONOMI KELUARGA DAN PENGGUNA

perniagaan ini, diharap dapat membantu kami dalam mendapatkan sumber

pembiayaan modal daripada pihak bank untuk memperbaharui pengurusan yang

sedia ada disamping untuk menarik perhatian lebih ramai pelanggan.


PAGE | 03

3.0 TUJUAN

Kami telah bersepakat dan bersetuju antara satu sama lain untuk membuka satu

cawangan baru atas permintaan yang ramai dari pelanggan. Kebanyakan dari

pelanggan kami menyatakan bahawa mereka tinggal berdekatan dengan kawasan

Wangsa maju dan lebih mudah mereka mengujungi kedai baru berbanding ke Taman

Malim Prima. Tetapi, adalah sangat sukar untuk memulakan tanpa modal atau

pembiayaan yang cukup kerana kos peralatan dan kelengkapan lain selain kos

pengangkutan adalah tinggi. Tambahan pula pengangkutan sedia ada kami adalah

cuma sebuah van sahaja.

Oleh itu, tujuan utama Rancangan Perniagaan ini dibuka adalah untuk menyakinkan

pihak bank bagi menilai potensi cadangan projek berhubung dengan pembiayaan

perniagaan yang digunakan untuk membuka satu cawangan baru ditempat yang

sama tetapi berjauhan sedikit dari lokasi yang sedia ada.

Rancangan perniagaan ini ditujukan kepada Bank Simpanan Nasional untuk

pembiayaan sebanyak RM7,800 yang dipohon di bawah skim. Pembiayaan ini

diperlukan untuk membeli peralatan dan kelengkapan lain yang berkaitan, serta

sebuah van untuk kegunaan pekerja.

Dengan adanya penyediaan rancangan ini, kami sebagai bakal usahawan pula dapat

memperolehi peluang untuk melihat sendiri dan menilai idea perniagaan atau projek
EKONOMI KELUARGA DAN PENGGUNA

perniagaannya dengan teliti, secara objektif dan kritis.


PAGE |04

MAKLUMAT PERNIAGAAN

Nama Premis : Little.Creative Sdn Bhd

Lokasi Perniagaan : Lot 1 & 2, Ground Floor, Taman Malim Prima ,35900

,Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan .

Masa Jualan : 10:00 Pagi – 6.30 Petang (Isnin-Jumaat )

Nombor Telefon : 088-383838

Bentuk Perniagaan : Perkongsian antara 2 orang

tTarikh Beroperasi : 29 Febuari 2020

No. Pendaftaran : WQ2902101-ZModal Permulaan : RM 5000

Nama Bank : Bank Simpanan Nasional

No. Akaun Bank : Akaun Semasa No 00001200-00002-00000000-12

Jenis jualan : Extension Drop , Bunga buket dan lain - lain

Untung : Rm500 sebulan pada permulaan perniagaan

Modal : RM300( Seminggu )

Pekerja : Tiada, beliau bekerja sendiri


EKONOMI KELUARGA DAN PENGGUNA

Pengalaman : Pengalaman kerja kedai bunga


PAGE | 05

LATAR BELAKANG PEMILIK

PEKONGSI 1 :

Nama Penuh : Norazura Binti Mohd Isa

No. Kad Pengenalan : 960804-10-6168

Umur : 24

Jantina : Perempuan

Alamat Tetap : No 106 Blok D1 Wangsa Maju ,Seksyen 1 53300 Setapak Kuala
Lumpur .

No. Telefon 013-4761562

Taraf Perkahwinan Bujang

Pegalaman : Lepasan Ijazah tPendidikan dalam bidang pengurusan Hotel dan


Katering

PEKONGSI 2 :

Nama Penuh : Abdul Muhaimin Bin Inggu

No. Kad Pengenalan : 920130-12-5509

Umur : 20

Jantina : Lelaki

Alamat : Tetap Taman Bukit Sepanggar, Lot 5, Lorong 2,Jalan Sepanggar,40503

Shah Alam Selangor


EKONOMI KELUARGA DAN PENGGUNA

No. Telefon : 010-9510887

Taraf Perkahwinan : Bujang

Pengalaman : Pekerja sepenuh masa di Sutera Harbery selama dua tahun, Penyelia

Restoran di Tina Hotel selama setahunPekerjaan Pensyarah di Politeknik Kota

KinabaluPendidikan Ijazah dalam bidang Pemasaran Antarabangsa


PAGE | 06

4.0 RANCANGAN ORGANISASI .

Visi

Untuk menjadi premis perniagaan yang terkenal di Tanjung Malim dan seluruh

Malaysia.

Untuk memenuhi keperluan dan keinginan pelanggan yang sentiasa inginkan

pembaharuan.

Menyediakan sebuah premis perniagaan yang menjanjikan kepuasan dan

kenikmatan apabila berkunjung ke restoran kami.

Misi

Mampu menyediakan perkhidmatan yang dan asia yang, murah dan cepat.

Berusaha untuk mencipta kelainan pada menu seharian dari masa ke semasa dan

menawarkan keistimewaan lain.

Berusaha mencapai kualiti pengeluaran, kekemasan dan kecekapan.


EKONOMI KELUARGA DAN PENGGUNA

Ingin mengembangkan perniagaan ke satu tahap yang lebih tinggi. Dengan kata

lain, ingin meluaskan pasaran.


PAGE |07
5.0 CARTA ORGANISASI

Pengurus /Pemilik

Norazura

Penolong Jualan

Abdul Muhaimin

PENGURUS /PEMILIK

Pengurus besar memainkan peranan dengan bertindak untuk mengawal dan menyelaras

kesemua tindakan organisasi-organisasi di bawahnya.

Menyediakan belanjawan tahunan perniagaan.

Menyediakan laporan kewangan perniagaan.

Mengawal dan mengurus penggunaan sumber perniagaan.

Menyelaras lejar personel di bahagian kewangan.

PEMBANTU JUALAN :

Antara tanggungjawab utama :

Membangunkan promosi sepanjang tahun dengan efektif.

Menubuhkan rancangan organisasi dengan efektif.


EKONOMI KELUARGA DAN PENGGUNA

Mengurus dan memberi latihan terhadap perkeja.

Membina dan mengekalkan hubungan kerja dengan efektif seperti pembekal.

Menubuhkan sistem komunikasi yang baik.


PAGE | 08

6.0 PROSEDUR OPERASI

8.1 Analisis SWOT

8.1.1 Kekuatan

1) Mempunyai koleksi fabrik yang digunakan extension drop berkualiti tinggi.

2) Lebih mementingkan keselesaan dan harga yang berpatutan .

8.1.2 Kelemahan

1)Tiada pengalaman perniagaan sendiri

2)Belum ada strategi pemasaran yang berkesan

3)Pendapatan gaji yang tidak tetap

8.1.3 Peluang

Perkembangan laman media sosial lebih memudahkan proses pencarian pelanggan kerana

kebanyakkan pelanggan mempunyai masa yang terhad untuk membeli belah di luar.

8.1.4 Ancaman

1)Persaingan harga yang tidak sihat.

2)Perkhidmatan secara online mudah dikaji oleh pesaing seperti harga yang ditawarkan

3)Laman media sosial mudah digodam.

Dalam mengendalikan perniagaan ini, waktu operasi perniagaan adalah seperti berikut ;
EKONOMI KELUARGA DAN PENGGUNA
PAGE | 09

OBJEKTIF

Untuk menaikkan nama dan imej masyarakat syarikat agar sejajar dengan

syarikat lain.

Untuk meningkatkan keuntungan syarikat.

Mengeluarkan produk yang berkualiti,unik dan dapat mememuhi kehendak

pelanggan.

Untuk memberikan pengurusan yang teratur supaya syarikat berjalan

dengan lancar.

STRATEGI OPERASI

Untuk memastikan syarikat kami boleh memenuhi permintaan pelanggan

dan juga menyediakan perkhidmatan kelas pertama.

Untuk memastikan perniagaan yang dijalankan oleh syarikat berjalan

dengan lancar. .

Untuk mengekalkan status syarikat kami.

Untuk memastikan bahawa setiap pekerja menunjukkan usaha yang tinggi

dan kualiti kerja yang baik.


EKONOMI KELUARGA DAN PENGGUNA
PAGE | 09

7.0 Produk

Terdapat pelbagai jenis produk yang dikeluarkan di mana ia meliputi


berbagai jenis produk dan bahan-bahan yang digunakan. Senarai produk
yang digunakan ada dinyatakan secara terperinci seperti dalam jadual di
bawah.

Jadual 1 : Cadangan tambahan kakitangan (outlet baru dan lama )

EKONOMI KELUARGA DAN PENGGUNA


PAGE | 20

8.0 STRATEGI PEMASARAN

i) Produk :

Produk yang dijual oleh Little.creative sdn bhd mampu bersaing dengan produk

yang dijual di kedai  yang lain kerana produk Little.creative  tetap memenuhi

citarasa pelanggan dari kepelbagaian jenis inovasi produk .

Little.creative  bukan sahaja  mempunyai banyak jenis kreativiti, ia juga dikenali

sebagai produk yang bersih, kemas  dan teliti  serta sesuai untuk digunakan oleh

pelbagai kaum.

Kesuciannya memang tidak boleh dipertikaikan dan kami memiliki Sijil

Kemahiran Malaysia  dari pihak JPK  dan juga pihak JAKIM  telah membuat

pemeriksaan dan penyelidikan yang rapi terhadap proses dan perlatan yang

digunakan. 

Produk yang ditawarkan juga mengikut segmentasi pasaran di mana ia sesuai

digunakan untuk semua kategori sama ada tua atau muda.

ii) Harga :

Harga yang ditawarkan kepada pelanggan adalah pada harga yang kompetitif dan

tidak terlalu mahal.

Harga yang ditetapkan berdasarkan pada kos   pengeluaran yang ditanggung   dan

‘mark-up’ sebanyak 20 peratus dengan margin keuntungan yang telah

diperhitungkan.
EKONOMI KELUARGA DAN PENGGUNA

Harga produk kami tidak berbeza dengan harga yang telah ditetapkan oleh

cawangan yang lain. Kami menjangkakan kuasa beli di kalangan penduduk tetap

tinggi.
PAGE | 21

Lokasi

Lokasi di Taman Malim Prima , Tanjung Malim  menunjukkan premis perniagaan

Little.creative Sdn Bhd yang terletak bahagian pintu barat UPSI adalah strategik.

Ini kerana, ia berada di tengah-tengah pusat tumpuan penduduk berhampiran dan

pelajar kolej/universiti berdekatan.

Little.creative  juga terletak berhampiran di laluan utama ke pusat perindustrian dan

kolej-kolej yang terletak berdekatan.

Saluran Pengedaran

Proses pengedaran dan penjualan produk yang menggunakan perkhidmatan

kenderaan seperti van/lori bergantung pada jenis tempahan, kuantiti dan jarak

penghantaran.

Promosi

Little.creative sdn bhd menjalankan pelbagai jenis promosi yang efektif bagi

melariskan jualan kami. Antaranya;· 

-Memberi diskaun kuantiti

-Diskaun Kupon

-Sambutan Ulangtahun Little.creative Sdn Bhd


EKONOMI KELUARGA DAN PENGGUNA

- Risalah

Promosi yang digunakan oleh pihak kami ialah iklan dari segi media dan lisan.

Belanjawan yang digunakan untuk promosi adalah RM 5 000. Promosi paling banyak

digunakan ialah melalui ict iaitu e-dagang.


PAGE | 22

9.0 Perancangan promosi

1.Iklan /Poster

Penggunaan poster dan kod promosi

EKONOMI KELUARGA DAN PENGGUNA


PAGE | 23

2. Penggunaan dropship

Kami menyediakan sistem dropship pada ringkasnya untuk menjual produk atau

perkhidmatan bagi pihak ketiga menggunakan rangkaian internet 

Kelebihan sistem perniagaan ini adalah pengurangan kos peruncitan kerana penjual

atau ejen dropship tidak memerlukan modal untuk mengeluarkan produk.

Kebiasannya dropship ini boleh berniaga dari rumah atau pun secara atas talian

.Seperti mendapat untung diatas talian.

Dengan penggunaan dropship ini permintaan semakin tinggi untuk pengeluaran

produk.

3. Penggunaan Pusat Pembelian Digital Mall

Penggunaan Apps Lazada.com.my

Ia dikenali sebagai gedung membeli belah dalam talian yang menawarkan pelbagai jenama

terkenal dan kategori produk seperti barangan elektronik, peralatan rumah, produk

kecantikan, kesihatan dan sebagainya.

Kami membuat promosi diatas talian ,ia juga mendapat sambutan yang tinggi kerana

pesaiangan yang rendah dan permintaan tinggi .

Penggunaan Apps Shoppee juga memainkan peranan yang baik ,kerana setiap pembelian
EKONOMI KELUARGA DAN PENGGUNA

di shoppee pelanggan akan mendapat pulangan coin atau rebat dari kedai online kami ,

Setelah pembelian pelanggan berjaya kami akan meletakkan free gift untuk memuaskan

hati pelangan .
PAGE | 24

10.0 PERANCANGAN

1.JADUAL PERANCANGAN KEWANGAN

Bahan asas yang digunakan dalam menjalankan perniagaan ini adalah seperti berikut;

Benang Jahit

EKONOMI KELUARGA DAN PENGGUNA

Mesin Jahit

Kain meter berwarna hitam


PAGE | 25

CARTA ALIRAN PERANCANGAN

EKONOMI KELUARGA DAN PENGGUNA

Jadual Keperluan bahan bulanan dan kos


PAGE | 26
11.0 Pengiraan kos

TENAGA KERJA

GANJARAN, UPAH DAN GAJI

KEPERLUAN PEJABAT

SENARAI ASET TETAP

EKONOMI KELUARGA DAN PENGGUNA


PAGE | 27

SENARAI ASET TETAP YANG DIPERLUKAN

KOS PROJEK DAN JADUAL PEMBIAYAAN

Jika dilihat prestasi kewangan pada tiga tahun lepas, ia adalah menggalakkan

dengan jualan yang tinggi. Dengan kos perbelanjaan bahan mentah yang

terkawal, restoran mencatat keuntungan bersih sebanyak RM254,350 pada tahun


EKONOMI KELUARGA DAN PENGGUNA

pertama, RM278,050 pada tahun kedua dan RM301,550 pada tahun ketiga.

Dilihat dari segi kedudukan kewangan dari kunci kira-kira pada tiga tahun yang

lepas adalah didapati Misuza.Creative sdn bhd mempunyai modal pusingan yang

mencukupi serta mempunyai tingkat kecairan kewangan yang baik untuk tiga

tahun. Nilai bersih kewangan juga kukuh dan telah meningkat kerana keuntungan

dilaburkan balik untuk perniagaan.


PAGE | 28

12.0 PENGIRAAN KEUNTUNGAN

EKONOMI KELUARGA DAN PENGGUNA


PAGE | 29

13.0 Rumusan

Perniagaan Misuza.creative.sdn.bhd telah membuktikan prestasinya yang

cemerlang untuk memenuhi kehendak pasaran di pasaran kecil kecilan di

Tanjung Malim dengan sambutan yang semakin meningkat. Perniagaan ini

sangat menitikberatkan terhadap lima perkara iaitu keseragaman sistem,

kemantapan daya saing, kekemasan, keselesaan dan kesopanan. Kualiti fabrik

juga tidak akan diabaikan kerana perniagaan ini mempunyai matlamat jangka

panjang. Oleh itu, sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk

mengembangkan perniagaan yang dibuktikan melalui rancangan pembukaan

cawangan baru.

Dengan faktor kekuatan dari segi aspek pengurusan, lokasi yang begitu

strategik, ditambah lagi dengan prestasi kewangan yang terbukti

menguntungkan, maka perniagaan ini boleh mencapai objektifnya untuk

berkembang dan menembusi pasaran yang lebih luas.

Sebagai kesimpulannya, rancangan perniagaan ini sangat penting dalam

memulakan sesuatu perniagaan kerana selain untuk tujuan bantuan modal, ia

dapat menyedarkan seseorang pengusaha perniagaan akan masalah – masalah

yang mungkin timbul dalam melaksanakan projek perniagaan. Contohnya,

masalah kekurangan kakitangan dan kekurangan modal. Selain itu, ia dapat

memberi peluang kepada usahawan untuk melihat dan menilai idea perniagaan

dengan teliti secara objektif dan kritis. Di samping itu, rancangan perniagaan
EKONOMI KELUARGA DAN PENGGUNA

juga penting kepada pihak luar seperti jurubank atau pegawai bank dalam

menilai potensi cadangan projek berkenaan dengan permohonan pembiayaan

perniagaan.
PAGE | 30

Lampiran

Ukuran produck extension drop

EKONOMI KELUARGA DAN PENGGUNA

You might also like